Anda di halaman 1dari 27

SEPATAH DUA KATA

GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Buku Panduan Pengurusan LINUS Tahun 2015 ini disediakan khas sebagai buku rujukan bagi
guru-guru yang terlibat secara langsung dengan Program LINUS. Saya difahamkan bahawa
buku ini juga akan diserahkan pada PPD sebagai rujukan di peringkat daerah dan sekolah.
Pada zahirnya buku ini adalah komunikasi dua hala antara pihak guru dengan pihak berwajib
dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan aspek pengurusan LINUS.

Saya merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat di
atas daya usaha penambahbaikan buku ini melalui mesyuarat/bengkel bagi mempastikan
agar pengurusan LINUS berjalan sewajarnya mengikut landasan yang telah digariskan.

Pihak sekolah telahpun mewujudkan ahli jawatankuasa Induk LINUS sebagaimana yang
digariskan agar perlaksanaan LINUS di SKBP khususnya berjalan dengan baik dan berkesan.
Beberapa kekuatan dan kelemahan dikenalpasti. Pihak sekolah percaya gandingan mantap
dari pihak pentadbir, guru-guru pelaksana serta kerjasama yang erat daripada ibu bapa akan
menjayakan segala perancangan yang telah dibuat. Usaha mentafsir masalah, menganalisis
faktor, mengumpulkan maklumat, menyelesaikan masalah dan membuat penyelesaian
alternatif adalah satu langkah positif untuk penambahbaikan ke arah keberkesanan program
LINUS pada peringkat sekolah terutamanya.

Saya penuh yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru dalam
melaksanakan Program LINUS akan dapat merealisasikan NKRA berkaitan LINUS, iaitu murid-
murid yang berkeupayaan normal dan tidak menghadapi masalah pembelajaran adalah wajib
menguasai kemahiran literasi dan numerasi..

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjadikan pencapaian dalam LINUS
sebagai matlamat yang perlu di diutamakan.

Sekian terima kasih.

HJ. ABDULL AZIZ BIN NOR

Guru Besar SK Beris Panchor


rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 1
SEKAPUR SIREH
SETIAUSAHA INDUK PROGRAM LINUS
SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah,
Kita bersyukur kepada Ilahi, kerana dengan limpah Rahmat dan kasih sayangnya,
masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan khidmat bakti di arena pendidikan.
Buku Panduan Pengurusan LINUS Tahun 2015 ini disediakan khas sebagai buku
rujukan bagi guru yang terlibat dengan LINUS khususnya.

Dalam NKRA, murid-murid yang berkeupayaan normal dan tidak menghadapi


masalah pembelajaran adalah wajib menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
Kemahiran tersebut perlu dikuasai pada seawal tahun 1 atau paling akhir pada tahun
3. Sehubungan dengan itu, marilah kita meningkatkan usaha agar sasaran dan
matlamat yang ditetapkan tercapai.

Jawatankuasa Induk LINUS sebagaimana yang ditetapkan agar perlaksanaan LINUS


berjalan dengan jayanya. Pendedahan menyeluruh tentang LINUS dimuat turun
dalam buku pengurusan ini agar segala maklumat jelas dalam bentuk blueprint ini.
Beberapa kekuatan dan kelemahan dikenalpasti. Pihak sekolah percaya gandingan
mantap dari pihak pentadbir, guru-guru pelaksana serta kerjasama yang erat
daripada ibu bapa akan menjayakan segala perancangan yang telah dibuat.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat khususnya di atas
sumbangan buah fikiran serta khidmat bakti yang tidak pernah putus dalam
menangani keciciran dalam penguasaan 3M seawal yang mungkin.

Sekian, terima kasih.

LUKMANUL HAKIM BIN SHAMSUDDIN


Setiausaha Induk Program LINUS
SK. Beris Panchor
rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 2
VISI
MENJADIKAN SEKOLAH INI
INSTITUSI PENDIDIKAN
CEMERLANG

MISI SEKOLAH
MEMBERI PENDIDIKAN / ILMU SECUKUPNYA SECARA
MENYELURUH KEARAH MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG
DARI SEGI INTELEK, JASMANI, EMOSI, DAN ROHANI
AGAR DAPAT MENYUMBANG UNTUK KEMAJUAN DIRI,
MASYARAKAT, BANGSA DAN NEGARA.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 3
PENGENALAN

LINUS ialah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara
keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan
kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Pada tahun 2013 program LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 kerana melibatkan
saringan literasi untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini saringan hanya untuk literasi
Bahasa Melayu dan Numerasi untuk Matematik.

PROGRAM LINUS 1.0 dan LINUS 2.0

LINUS: Literacy And Numeracy Screening GTP 1.0 (2010-2012)

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi
selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula
dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui


usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah
yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea
matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik
dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang
cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan
seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih
bermakna dan berkesan.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 4
RASIONAL PROGRAM LINUS

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai
kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah
melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.

2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan
khas di sekolah masing-masing.

3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk
murid Tahap 2.

4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah
literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi
perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan
kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 5
APA ITU LINUS ?

LINUS 2.0 BANTU MURID KUASAI BAHASA INGGERIS

Literacy and Numeracy Screnning (LINUS) atau lebih dikenali sebagai program peningkatan
pencapaian murid dalam penguasaan literasi dan numerasi akan diteruskan pada tahun 2013
sebagai LINUS 2.0. Ini berikutan dari kejayaan yang memberangsangkan LINUS 1.0. Sejak
diperkenalkan pada tahun 2010, program ini telah menghasilkan 99.84 peratus murid Tahun
Tiga berjaya menguasai literasi (membaca dan menulis) manakala 99.92 peratus murid
berjaya menguasai asas numerasi (mengira).

Pencapaian Linus 1.0


LINUS 2.0 akan diteruskan pada 2013 yang akan merangkumi Basic Literacy in English sebagai
pemangkin kepada persediaan graduan yang berketrampilan di peringkat antarabangsa.
Melalui program LINUS 2.0, murid yang menghadapi literasi Bahasa Inggeris akan menerima
bantuan dan sokongan tambahan bagi membolehkan mereka setara dengan rakan-rakan
yang lain dalam arus perdana.

Perubahan yang dibawa oleh LINUS 2.0


Isu Bahasa Inggeris adalah perubahan yang ketara dalam LINUS 2.0. Di samping itu juga,
saringan akan
hanya dibuat dua kali setahun berbandingkan tiga kali sebelum ini dan akan melibatkan
semua murid. Untuk keterangan yang lebih terperinci, guru-guru digalakkan melayari portal
Government Transformation Programme
Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang PROGRAM LINUS dan diharap agar ia dapat
menambahkan lagi kefahaman dan kesedaran pada masyarakat betapa pentingnya dan
harapan dan impian kerajaan untuk melihat semua murid yang berada di sekolah rendah
dapat membaca, menulis dan mengira sebelum menginjak kaki ke sekolah menengah.
Insyaallah.

Dengan kerjasama ibu bapa dan komitmen yang jitu daripada pihak sekolah, kita berharap
agar program ini berjaya dan dapat merealisasikann impian dan harapan kerajaan. Semua
murid akan menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mendapat
pendidikan rendah

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 6
OBJEKTIF LINUS 2.0

Meningkatkan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah 


Memberi sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah literasi
Bahasa Inggeris setara dengan rakan lain dalam arus perdana.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 7
TAKRIF LITERASI BAHASA MELAYU

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI


TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat
mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan
dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan
memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu
perenggan.

KONSTRUK ASAS LITERASI


12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal
berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan
akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan
rangsangan.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 8
TAKRIF LITERASI BAHASA INGGERIS

Literasi Bahasa Inggeris selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah iaitu tahun 1 hingga
tahun 3. Program pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013 yang mewajibkan semua
murid tahun 1 menduduki ujian saringan ini.

Definisi Literasi Bahasa Inggeris ialah :


a. Able to communicate with peer and adult appropriately
b. Able to read and comprehend simple texts and stories
c. Able to write a range of texts through a variety of media.

Linus Literasi Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk mengenalpasti murid yang tidak
melepasi standart prestasi Literasi Bahasa Inggeris supaya murid ini diberikan pemulihan
mana - mana konstruk yang tidak di kuasai. Instrumen saringan disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Program ini sama seperti Linus Literasi Bahasa Melayu yang telah
dilaksanakan selama 3 tahun.

Program ini mengandungi 12 konstruk yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dalam
tempoh 3 tahun. Tahun ke 4 semua pelajar boleh menguasai semua 3 definisi diatas atau
dengan bahasa mudahnya pelajar tidak menghadapi masalah asas Bahasa Inggeris semasa
ditahun 4. Mereka harus berstatus perdana - menguasai keseluruhan konstruk yang
ditetapkan.

Ujian saringan dijalankan 2 kali setahun dan 6 kali selama 3 tahun. Ujian saringan terdiri
daripada :
a. Saringan membaca
b. Saringan bertulis Saringan 1 dan 2 semasa ditahun 1 , saringan 3 dan 4 semasa di tahun
2 dan saringan 5 dan 6 semasa ditahun 3.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 9
Mereka wajib menduduki ujian saringan ini dan pencapaian prestasi mereka akan
direkodkan secara online dengan Lembaga Peperiksaan. Saringan pertama pada bulan Mei
dan saringan ke 2 pada bulan September / oktober setiap tahun.

KONSTRUK ASAS LITERASI BAHASA INGGERIS


KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM LITERASI BAHASA INGGERIS
Ia mengandungi 12 konstruk iaitu konstruk 1 hingga 12.
Pelajar pula diketogorikan kepada 2 kumpulan asas iaitu :
a. TIDAK menguasai - Linus dan Linus tegar
b. Menguasai - Perdana Linus Tegar ialah pelajar yang gagal konstruk 1 dan 2 manakala pelajar
Linus pula gagal salah satu daripada konstruk 3 hingga 12.

Murid perdana menguasai kesemua 12 konstruk yang ditetapkan. Konstruk yang


ditetapkan adalah :
Construct 1 : Able to identify and distinguish shape of the letters of the alphabet
Construct 2 : Able to associate sounds with the letters of the alphabet
Construct 3 : Able to blend phonemes into recognizable words
Construct 4 : Able to segment words into phonemes
Construct 5 : Able to understand and used the language at word level
Construct 6 : Able to participate in daly conversations using appropriate phrases
Construct 7 : Able to understand and used the language at phrase level in liner texts
Construct 8 : Able to understand and used the language at phrase level in non - linear
texts
Construct 9 : Able to read and understand sentences with guidance
Construct 10 : Able to understand and used the language at paragraph level in non - linear
texts
Construct 11 : Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts
Construct 12 : Able to construct sentences with guidance

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 10
LITERASI MEMBACA - LISAN

CONSTRUCT 1 :
Able to identify shape of letters The ability to identify and distinguish the shapes of letters.
Pupil read the given letters. Pelajar diberikan kad huruf yang dipilih secara rawak A hingga Z
oleh guru. Pelajar menyebut huruf yang tercatat pada kad huruf yang ditunjukkan.

CONSTRUCT 2 :
Able to associate sound with the letters of alphabet The ability to say aloud the sounds of the
phonemes. Pupil says aloud the sound of the phonemes. Guru menunjukkan huruf yang
dipilih dan pelajar dikehendaki membunyikan huruf tersebut dengan bunyi yang betul. Pada
tahap ini pelajar tahu atau kenal huruf dan faham dengan membunyikannya dengan betul.
Konstruk 1 dan 2 adalah konstruk asas. Jika gagal pelajar dikelasifikasikan tegar.

CONSTRUCT 3 :
Able to blend phonemes into recognizable word. The ability to blend sound of phonemes
into recognisable word. Pupil blends the phonemes and says the words aloud. Pupil should
be alowed to say the whole word aloud without spelling it. Pelajar membunyikan perkataan
yang diberi dengan membunyikan dengan kuat.
Perkataan yang diberi menggandungi 2 suku kata. Contohnya :
m at
a nt
p a n

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 11
CONSTRUCT 4 :
Able to segment words into phonemes. Ability to segment words into phonemes. Pupil says
the words then sounds the given phonemes. Guru menunjukkan gambar beserta perkataan
yang tertera pada kad yang dipilih. Pelajar akan melihat gambar yang diberi dan
membunyikan perkataan yang tertulis pada kad tersebut.
Contohnya : Gambat tap - tap
Gambar tin -tin
Gambar muka sedih -sad

CONSTRUCT 5 :
Able to understand and used the language at word level Teacher describe the picture given
for example mat , tin and pin. Pupil listens to the teacher , circle the correct words and says
them aloud.

CONSTRUCT 6 :
Able to participate in daily conversations using appropriate phrases. Teacher asks pupil to
read and tick the correct responses. Pupil read and ticks the correct answers.
Example :
Responses - correct answers
Thank you You are welcome
I am sorry

CONSTRUCT 7:
Able to understand and used the language at phase level in linear texts. Teacher shows the
picture and phrases. Teacher may describe the picture briefly. Pupil read and matches the
pictures to the correct phases. Example :
Picture Phrases 1
1 a toy car a toy car
a cup of tea a cup of tea
two big bags two big bags
walk to school walk to school
a cup of tea a toy car

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 12
CONSTRUCT 8:
Able to understand and use the language at phase level in non - linear texs. Teacher shows
the picture to the pupil and asks : What do you see in this picture ?.
A picture in the playing ground : Tick the correct answears
a dog , cat sleeps , three flowers , one kite
1. a dog ( )
a birds ( )
2. a cat sleeps ( )
a boy stand ( )
3. two kites ( )
three flowers ( )

CONSTRUCT 9 :
Able to read and understand sentences. Teacher may guide the pupil to read the entire
paragraph aloud anad prompt when necessary. Not more than 3 mispronounced words in
the paragraph can be accepted and full marks should be awarded. Pupil read the sentences
aloud. Example : I have a bag , It is a big bag . It is a big blue bag.

CONSTRUCT 10 :
Able to understand and use the language at sentence level in non - linear texts. Teacher
points to the picture and briefly describe them. Pupil listens , read and matches the picture
to the correct sentences. Example :
Picture Sentences
Picture Sarah walk to school She eats breakfast
Sara eats breakfast Sara wake up early
She wake up early Sarah walk to school
She brushes her teeth She brushes her teeth

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 13
CONSTRUCT 11 :
Able to understand and used the language at paragraph level in linear texts. Teacher guide
the pupil to read aloud the paragraph aloud , prompting where necessary. Pupil read the
paragraph and answers the quistions by ticking Yes or NO. Example :

CONSTRUCT 12 :
Able to construct sentences with guidence. Teacher guide the pupil to form simple sentences
using the subsitution table. Pupil constructs sentences from the subsititution table and reads
them aloud. Example :

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 14
LITERASI MENULIS
CONSTRUCT 1 : Pupil writes the letters correctly given in the quistion paper
CONSTRUCT 2 : Pupil writes the letters with the correct sounds in the given boxes
CONSTRUCT 3 : Pupil writes the correct words based on the pictures given
CONSTRUCT 4 : Pupil fills in the boxes with the correct letters to spell the words based on
the picutres
CONSTRUCT 5 : Pupil reads the greeting card given and fills in the blanks with the correct
words
CONSTRUCT 6 : Pupil read the sentences and writes the correct answears.
CONSTRUCT 7 : Pupil reads the form and writes the correct phrases in th blanks
CONSTRUCT 8 : Pupil readst he phrases and write them correctly based on the picture
given
CONSTRUCT 9 : Pupil reads , traces and copies the sentences correctly based on the
pictures given
CONSTRUCT 10 : Pupil reads and copies the sentences correctly in neat legble print
CONSTRUCT 11 : Pupil reads and answears the questions given
CONSTRUCT 12 : Pupil reads and rearranges the phrases to form correct sentenses

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 15
PROSEDUR PERLAKSANAAN - SARINGAN LISAN ( MEMBACA )
Apabila tarikh yang diberi oleh NKRA - KPM dan soalan saringan lisan telah diterima ,
pentadbir akan menyemak kertas soalan tersebut bersama guru - guru Bahasa Inggeris dan
memastikan segala dokumen perlaksanaan ada : Manual Am Pentadbiran Instrumen Literasi
- Saringan 1 ( Baseline ) Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca - Saringan 1
( Baseline ) Manual Pentdbiran Instrumen Literasi Menulis - Saringan 1 ( Baseline ) Pentadbir
akan mengadakan taklimat perlaksanaan kepada semua guru - guru Bahasa Inggeris tahun 1
dan membincangkan cara perlaksanaan. Guru Bahasa Inggeris akan diberikan satu salinan
setiap instrumen tersebut. Pentadbir juga memastikan jumlah bilangan soalan yang diberi
mencukupi , jika berkurangan pihak sekolah akan membuat salinan tambahan jika
bilangannya sedikit. Jika bilangannya banyak pihak sekolah akan menghubungi pihak
pencetak dan memaklumkan juga kepada PPDG.

Kaedah saringan lisan : Guru akan menggunakan masa PDP Bahasa Inggeris untuk
melaksanakan ujian saringan lisan dan akan menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan -
4 hari. Saringan dibuat secara individu dalam kelas Jika ada pelajar yang tidak hadir pada hari
tersebut , pelajar akan diberi untuk mengambil ujian saringan pada hari berikutnya kerana
setiap pelajar wajib mengambil ujian saringan yang ditetapkan. PROSIDUR PERLAKSANAAN -
SARINGAN MENULIS Kaedah perlaksanaan hampir sama seperti Saringan Lisan ( Membaca )
tetapi pihak NKRA - KPM ada memberikan cara perlasanaan iaitu - 2 Pilihan : Pilihan 1 -
Dalam 3 sesi - 30 minit bagi setiap sesi Sesi pertama - untuk konstruk 1 - 4 ( kertas soalan
akan dikutip sblm meneruskan sesi 2 ) Sesi ke dua - untuk konstruk 5 - 8 Sesi ke tiga - untuk
konstruk 9 - 12 Pilihan 2 - Dalam 2 sesi - 60 minit setiap sesi Sesi pertama - untuk konstruk 1 -
6 Sesi ke dua - untuk konstruk 7 - 12

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 16
TAKRIF NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang
mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan
harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak

- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur
panjang/pendek objek

TAHUN 3

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta
mengukur objek dalam unit piawai.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 17
KONSTRUK ASAS NUMERASI

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan


harian terhad kepada nombor bulat

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan


harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 18
OBJEKTIF PROGRAM LINUS

Sifar pelajar
buta huruf dan
buta  nombor

Menguasai 
OBJEKTIF kemahiran asas
LINUS membaca, menulis
dan mengira

Meningkatkan
prestasi
pencapaian  dalam
ujian Bahasa
Malaysia, Bahasa
Inggeris dan
Matematik

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 19
Perancangan strategik:

a) Aktiviti Jangka Panjang


1. Menyediakan bahan bacaan untuk murid LINUS
Ahli jawatan kuasa telah memilih buku “ Bacalah Anakku “ sebagai bahan bacaan
untuk murid LINUS. Buku tersebut diwajibkan bersama murid setiap masa.Murid
LINUS akan belajar membaca buku-buku tersebut yang mengandungi 8 buah buku
untuk satu set . Setiap hari , mereka akan bersama guru LINUS atau bapa angkat atau
ibu angkat untuk memperdengarkan bacaan masing-masing. Aktiviti ini akan
berterusan hinggalah murid tersebut Berjaya menghabiskan buku ke – 8. Setelah
murid-murid berjaya menghabiskan ke lapan-lapan buah buku tersebut, mereka akan
diberi ganjaran.

b) Jangka Pendek
1. Program Mentor Mantee
Setiap orang murid akan diserahkan kepada guru Bahasa Malaysia yang lain ( bapa
angkat atau ibu angkat ). Mereka akan diajar membaca oleh ibu angkat atau bapa
angkat masing-masing sekurang-kurangnya 15-20 minit setiap hari. Mereka akan
belajar membaca bahan bacaan yang telah dibekalkan oleh guru LINUS.

2. Pemulihan
Murid LINUS tegar dan yang lambat menguasai pembelajaran dihantar kepada guru
pemulihan ( murid tahun 2 ). Murid ini akan bersama dengan guru pemulihan lima
masa seminggu .

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 20
KELEMAHAN MURID

Masalah 2
Masalah 1 Tidak dapat
Tidak kenal menyebut suku
huruf kata tertutup
3. Tidak KELEMAHAN
dapat menyebut dengan betul
perkataan yang
MURIDmengandungi
diftong, vokal berganding dan
konsonan bergabung.

Masalah 3
Tidak dapat menyebut
perkataan yang mengandungi
diftong, vokal berganding dan
konsonan bergabung.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 21
PENYELESAIAN

1. Murid akan menulis huruf contohnya huruf


Masalah 1 “c”. Murid akan terus menulis huruf tersebut
sehingga mereka dapat mengingati huruf
tersebut..

2. Langkah pertama akan diteruskan dengan huruf


yang hampir sama dengan huruf “c” misalnya
huruf a,d, e, dan g.

3. Langkah pertama dan kedua akan diteruskan


lagi
dengan huruf yang hampir sama dengan huruf g

4. Langkah ini akan diteruskan lagi hinggalah


murid mengenali semua huruf.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 22
PENYELESAIAN

Untuk menyelesaikan masalah kedua dan


ketiga, kaedah latih-tubi digunakan dimana
murid akan dilatih menyebut suku kata
Masalah tertutup, perkataan yang mengandungi
ke-2 diftong, vocal berganding dan konsonan
bergabung. Apabila murid dapat menyebut
&
perkataan tersebut dengan betul, mereka
ke- 3 akan dilatih membaca ayat pendek dengan
menggunakan bahan bacaan yang
disediakan oleh guru iaitu buku “bacalah
Anakku”.

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 23
ANALISIS PERSEKITARAN

S1 Mempunyai guru-guru yang bepengalaman dan dedikasi

S2     Bekerja dalam satu pasukan dimana semua guru


melibatkan          dalam setiap  program

S3 Kerjasama yang erat antara pentadbir  dan guru

S4 Iklim sekolah membantu proses  P&P  berjalan lancar


walaupun  prasarana kurang mencukupi
Kekuatan
( Strenght – S )

W1 Peratusan murid yang belum


menguasai 3M masih tinggi
Kelemahan
W2 Murid kurang membaca
( Weakness – W )
W3 Tidak mempunyai bahan bacaan yang
ANALISIS sesuai di rumah
PERSEKITARAN
(SWOT)
O1 Ibu bapa memberi kerjasama dan   
sentiasa mengambil berat hal  
Peluang pembelajaran anak-anak
( Opportunities – O )
O2 PIBG memberi sokongan terhadap
semua  program           panitia
Ancaman
( THREATS –
T)
T1 Harapan ibu bapa terhadap  kejayaan  terlalu tinggi

T2 Status sosio-ekonomi ibu bapa berbeza  dalam kalangan


keluarga murid

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 24
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN LINUS
SEK. KEB. BERIS PANCHOR
TAHUN 2015

PENGERUSI
TN. HJ. ABDULL AZIZ BIN NOR
( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI
EN. MOHAMAD BIN JUSOH
( PEN. KANAN PENTADBIRAN )

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2


TN. HJ. DAUD BIN YUSOFF PN. HJH. NORMADIAH BT CHE NOH
( PEN. KANAN HEM ) ( PEN. KANAN KOKURIKULUM )

SETIAUSAHA 1 SETIAUSAHA 2
EN. LUKMANUL HAKIM B. SAHMSUDDIN PN. RUZITA BT RAMLI

AJK
EN. NIK KAMARUZAMAN B. R. DAUD PN. ROSLAINI BT AB. RAHMAN
(KETUA PANITIA BAHASA MELAYU) PN. NIK ROIHAN BT NIK HIM
EN. ZAKUAN B. SALLEH EN. HASNI B. HAMZAH
(KETUA PANITIA MATEMATIK) PN. NIZAMIAH BT ISMAIL
TUAN SALWATI BT TUAN ISMAIL PN. SITI FATIMAH BT DAUD
(KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS) PN. ROSMAWATI BT CHE OMAR
PN. KAMILAH BT ABDULLAH EN. MOHD ZAIDI B. MOHD ZAIN
(GURU PEMULIHAN KHAS) PN. WAN HALEFAH BT WAN
ABDULLAH
EN. MALIKI B. MOHAMAD PN. ROSMAWATI BT CHE OMAR
(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING) EN. YUSMANIRA B. YUNOH
MOHD NORPIZAN B. HUSSIN
PN. ZAMZURINA BT DERANI

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 25
CARTA ORGANISASI LINUS LITERASI
SEK. KEB. PANCHOR
TAHUN 2013

PENGERUSI
TN. HJ. ABDULL AZIZ BIN NOR
( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI
EN. MOHAMAD BIN JUSOH
( PEN. KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2


TN. HJ. DAUD BIN YUSOFF PN. HJH. NORMADIAH BT CHE NOH
( PEN. KANAN HEM ) ( PEN. KANAN KOKURIKULUM )

SETIAUSAHA
EN. LUKMANUL HAKIM B. SHAMSUDDIN

AJK
PN. ROSLAINI BT AB. RAHMAN
PN. NIK ROIHAN BT NIK HIM
PN. RUZITA BT RAMLI
EN. YUSMANIRA B. YUNOH
PN. SITI FATIMAH BT DAUD
PN. ROSMAWATI BT CHE OMAR
PN. NIZAMIAH BT ISMAIL

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 26
CARTA ORGANISASI LINUS NUMERASI
SEK. KEB. BERIS PANCHOR
TAHUN 2015

PENGERUSI
TN. HJ. ABDULL AZIZ BIN NOR
( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI
EN. MOHAMAD BIN JUSOH
    ( PEN. KANAN PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2


TN. HJ. DAUD BIN YUSOFF PN. HJH. NORMADIAH BT CHE NOH
( PEN. KANAN HEM ) ( PEN. KANAN KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
PN. RUZITA BT RAMLI

AJK
PN. ROSLAINI BT AB. RAHMAN
PN. NIK ROIHAN BT NIK HIM
PN. WAN HALEFAH BT WAN ABDULLAH
PN. NIZAMIAH BT ISMAIL
EN. LUKMANUL HAKIM B. SHAMSUDDIN
EN. MOHD HASNI B. HAMZAH
EN. MOHD ZAIDI B. MOHD ZAIN

rzt/bukupengurusanlinus/skbp Page 27

Anda mungkin juga menyukai