Anda di halaman 1dari 6

Definisi Literasi

Definisi asas literasi adalah kebolehan


untuk membaca, menulis dan memahami
perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk yang mudah (dengan
menggunakan kata hubung dan serta
mengaplikasi pengetahuan tersebut
dalam pembelajaran serta komunikasi
harian

Definisi Numerasi
Kebolehan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea
matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam kehidupan
harian.

APA ITU PROGRAM LINUS?


LINUS: Literacy And Numeracy Screening
National Key Result Areas (NKRAs) KPM
telah menyasarkan bahawa semua murid
yang
tidak
mempunyai
masalah
pembelajaran berkeupayaan menguasai
asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun mengikut pendidikan rendah
menjelang 2012. Program ini mula
dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan
murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
telah
dipertanggunajawabkan
untuk
menerajui usaha mengatasi masalah
literasi dan nemerasi di kalangan murid
sekolah rendah.

Program LINUS
Numerasi: operasi asas matematik digubal
khusus bagi menangani masalah yang
dihadapi murid dalam menguasai
kemahiran asa mengira serta memahami
idea matimatik yang mudah dan
mengaplikasikan
pengetahuan
serta
kemahiran matematik dalam kehidupan
harian.
Kandungan program telah dipilih dan
disusun
supaya
dapat
memberi
pengalaman yang cukup kepada murid
untuk membina asas yang kukuh dalam
membuat pengiraan dan seterusnya
membolehkan
mereka
mengikuti
pembelajaran matematik dengan lebih
bermakna dan berkesan.

Rasional Program LINUS:


Masalah murid yang tidak mempunyai masalah
pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran
asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya
walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program
pemulihan. Antaranya:
1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula
dilaksanakan pada tahun 2006.
2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3
yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di
sekolah masing-masing.
3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca,
Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap
2.
4. PROTIM selepas UPSR.
KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu
perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan
numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1.
Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana
murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M
merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan
berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di


Sekolah:
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di
semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3
peringkat saringan bagi setiap tahun,
iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun),
Saringan 3 (September).
Semua murid Tahun 1 akan menduduki
ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas
mereka pada awal tahun setiap tahun.
Program ini dikendalikan oleh guru BM,
Matematik dan Pemulihan. Instrumen
dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BCBI dan BT-BI.

___tik

___bor

___mas

___wan

___dang

Anda mungkin juga menyukai