Anda di halaman 1dari 5

RASIONAL

Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya : Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II. PROTIM selepas UPSR. Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1,2 dan 3 (Tahap 1) menguasai kemahiran asas Literasi dan Numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

DEFINISI ASAS LITERASI KEUPAYAAN MEMBACA, MENULIS DAN MEMAHAMI PERKATAAN, AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK DALAM BAHASA MALAYSIA DAN MAMPU MENGGUNAKAN PERKATAAN TERSEBUT DALAM PEMBELAJARAN DAN KOMUNIKASI HARIAN.

LATAR BELAKANG
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012. (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)

Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

DEFINISI ASAS NUMERASI KEUPAYAAN UNTUK MENYELESAIKAN OPERASI ASAS MATEMATIK, MEMAHAMI IDEA MATEMATIK YANG MUDAH DAN MAMPU MENGGUNAKAN KEMAHIRAN MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Anda mungkin juga menyukai