Anda di halaman 1dari 27

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan pada peringkat rendah ialah penguasaan membaca, menulis dan mengira

(3M) yang merupakan kunci kepada penerokaan bidang ilmu dan asas kejayaan dalam

pendidikan. Pendidikan literasi Bahasa Melayu semakin dipandang sebagai satu mata

pelajaran yang amat penting di sekolah, selaras dengan strategi kerajaan dalam NKRA

Negara adalah untuk melahirkan generasi yang celik huruf dan maju ke hadapan.
2.0 PERANCANGAN

2.1 PERNYATAAN MASALAH

Menurut Malaysia Education Blueprint 2012-2025 (Malaysia Education Blueprint

2012-2025, 2011), jumlah pelajar kita yang berada di bawah penilaian minimum TIMMS

dalam kemahiran membaca adalah lebih dua kali ganda berbanding negara-negara OECD.

Literasi meletakkan asas untuk pembelajaran dalam pendidikan rendah dan tahap seterusnya.

Membaca dan menulis adalah tersirat dalam hak asas setiap orang untuk pendidikan. Tanpa

kebolehan ini, adalah hampir mustahil bagi seseorang itu untuk memperoleh pendidikan dan

fungsi yang lebih tinggi dalam masyarakat moden. Kemahiran literasi adalah penting kepada

keupayaan seseorang untuk membangunkan sepenuhnya sebagai seorang individu, untuk

menjalani kehidupan yang memuaskan dan bermanfaat dan mengambil bahagian sepenuhnya

dalam masyarakat kita.

Banyak kajian yang pernah dijalankan telah membuktikan bahawa murid-murid yang

bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah

dalam bidang akademik (Abdull Sukor & Kalaidevi 2012). Beberapa kajian menunjukkan

masalah buta huruf wujud dalam kalangan murid apabila sebanyak 138,271 murid-murid

tahun 1 tidak menguasai asas literasi pada tahun 2006 (Othman, Normarini, Darusalam, dan

Siraj, 2011).

Menurut Malaysia Education Blueprint 2012-2025 (Malaysia Education Blueprint

2012-2025, 2011), jumlah pelajar kita yang berada di bawah penilaian minimum TIMMS

dalam kemahiran membaca adalah lebih dua kali ganda berbanding negara-negara OECD.

Literasi meletakkan asas untuk pembelajaran dalam pendidikan rendah dan tahap seterusnya.

Membaca dan menulis adalah tersirat dalam hak asas setiap orang untuk pendidikan. Tanpa

kebolehan ini, adalah hampir mustahil bagi seseorang itu untuk memperoleh pendidikan dan
fungsi yang lebih tinggi dalam masyarakat moden. Kemahiran literasi adalah penting kepada

keupayaan seseorang untuk membangunkan sepenuhnya sebagai seorang individu, untuk

menjalani kehidupan yang memuaskan dan bermanfaat dan mengambil bahagian sepenuhnya

dalam masyarakat kita. Bagi mengatasinya, kelas Transisi dilaksanakan oleh guru pemulihan

semasa di sekolah. Pendidikan pemulihan ini ialah suatu rancangan khas berupa suatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran seperti kemahiran asas di dalam kelas.

Setelah menyedari masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan menerusi kelas

pemulihan semata-mata, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program

KIA2M atau Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis. Program ini dirangka bagi

membantu murid, terutamanya murid-murid di tahun 1 bagi menguasai kemahiran asas, iaitu

membaca dan menulis. Program ini dijalankan sepenuh masa oleh guru bahasa Melayu tahun

1 di seluruh negara tidak kira di Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan

(Kertas Konsep Pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis, 2005).

Data bilangan pelajar pemulihan khas di sekolah yang ‘dipulihkan’ selepas mengikuti

program intervensi 3M menunjukkan bahawa program ini masih belum berjaya memulihkan

semua pelajar yang mengikutinya. Daripada 53,544 orang pelajar sekolah rendah yang

mengikuti program intervensi 3M, hanya 28,801 pelajar atau 53.8% telah berjaya dipulihkan

dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, 2001). Data terkini menunjukkan bahawa

seramai 105,255 (23%) daripada jumlah 463,990 orang pelajar belum menguasai kemahiran

membaca pada bulan Julai, 2008 (BPPDP, KPM, 2008).

Setelah itu, semenjak tahun 2010, program ini diganti dengan program LINUS.

LINUS merupakan akronim daripada Literacy and Numeracy Screening dan bermanfaat bagi
membantu murid-murid di sekolah rendah, di Tahap 1 bermula dari tahun 1 hingga 3 yang

agak tercicir dalam penguasaan kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira.

Semua guru Tahun Satu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan mengikuti

kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010 yang dikendalikan oleh

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini dilaksanakan secara wajib di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Terdapat tiga peringkat saringan,

iaitu Saringan 1 (di Tahun Satu), Saringan 2 ( di Tahun Dua), dan Saringan 3 (di Tahun Tiga).

Semua murid tahun 1 pada sesi awal persekolahan adalah diwajibkan untuk menduduki ujian

saringan. Hasil daripada ujian diagnostik tersebut, murid-murid dapat diklasifi kasikan

sebagai calon untuk program intervensi LINUS atau pun tidak.

Penggunaan ujian saringan ini adalah bagi mengenal pasti murid-murid yang benar-

benar perlu menduduki kelas intervensi membaca dan menulis dengan berdasarkan 12

konstruk kemahiran membaca yang perlu dikuasai murid. Program LINUS ini dijalankan

sepenuhnya oleh guru Bahasa Melayu tahun 1 di sesebuah sekolah. Guru yang

mengendalikan program tersebut akan mengasingkan murid-murid tahun 1 yang gagal

melepasi ujian saringan untuk mengikuti program intervensi ini (Modul LINUS, 2010).

Justeru, pendidikan literasi di Malaysia, terutamanya dalam Bahasa Melayu kian menjadi

suatu mata pelajaran terpenting di sekolah memandangkan program literasi ini telah

diprogramkan secara rasmi di bawah program LINUS dan juga menjadi strategi kerajaan

dalam National Key Result Area (NKRA). Misinya, adalah bagi membentuk kemahiran

literasi yang tinggi, yakni golongan celik huruf yang berdaya maju ke hadapan menjelang

tahun 2020 (Khairuddin, 2011).


Ramai pelajar di SJK masih lagi menghadapi masalah dalam Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris. Ini adalah ekoran daripada ketidakserasian pelajar dengan bahasa asing dan

ketiadaan pengetahuan asas dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Namun begitu,

terdapat juga pelajar yang tercicir dalam UPSR dengan keputusan yang sangat tidak

memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah pun memainkan peranannya

dengan memperkenalkan Program LINUS di seluruh Negari. Oleh itu, kami di peringkat

sekolah telah mengambil inisiatif untuk memantapkan lagi pengguasaan kemahiran literasi di

kalangan pelajar di sekolah kami dengan mengadakan program – program yang berkaitan

dengan bahasa terutamanya Bahasa Malaysia.

2.2 OBJEKTIF PROGRAM

Program-program ini dijalankan untuk memantapkan lagi penguasaan pelajar tahun

satu, dua dan tiga dalam Bahasa Malaysia dalam kemahiran membaca. Secara khususnya,

objektif program ini adalah seperti berikut:-

 Para pelajar mampu membaca 20 suku kata dalam masa seminggu.

 Para pelajar mampu membaca 50 suku kata dalam masa sebulan.

 Para pelajar mampu membaca 20 hingga 30 ayat mudah dalam masa tiga bulan.

2.3 SOROTAN KAJIAN

Seseorang pelajar lazimnya perlu banyak membaca. Untuk menjadi seorang pembaca

yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Leslie

(2001) menjelaskan maksud membaca adalah satu proses kognitif yang menekankan aspek

pengecaman, membuat interpretasi dan persepsi terhadap bahan bercetak atau bertulis.
Rushidy Ahmad Tu’aymah (2006: 187 ) pula menyatakan, membaca merupakan interaksi

pembaca dengan bahan bacaan menerusi deria penglihatan dan pembaca akan mentafsir dan

merungkai simbol-simbol bacaan kepada mesej tertentu serta cuba memahami makna yang

hendak disampaikan berdasarkan maklumat pembaca yang sedia ada.

Tubah (2008) dalam kajiannya mengenalpasti tahap penguasaan dan bentuk

kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid KIA2M. Dapatan kajian

beliau menunjukkan tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan murid-murid

KIA2M adalah pada paras sederhana lemah. Seterusnya dapatan kajian beliau ialah murid-

murid KIA2M dapat menguasai kemahiran membaca dengan bantuan guru secara sistematik.

Berdasarkan dapatan kajian ini, beliau mencadangkan kaedah pengajaran guru perlu lebih

berfokus kepada murid murid dan aktiviti dalam kelas. Bagi mencapai tahap tersebut guru-

guru KIA2M terlebih dahulu perlu menguasai kaedah pengajaran KIA2M secara khusus dan

profesional. Oleh sebab itu, guru-guru di sekolah ini telah memilih Program Bacalah Sayang

(Snake and Ladder) untuk membantu murid yang mengalami kesukaran membaca menguasai

kemahiran membaca.

Selain itu, Bunn dan Kenneth (2006) pula membuat kajian keberkesanan intervensi

tambahan dalam kalangan murid-murid tahun 3 & 4 yang bermasalah literasi. Dalam

kajiannya, beliau membandingkan kemajuan dalam membaca dan mengeja daripada 256

orang kanak-kanak di 11 kelas di sembilan sekolah rendah dalam Kelas 3 dan 4 dan

sebahagian sampel daripada 126 orang anak yang menerima bantuan literasi tambahan

selama satu tahun.


Hangley & Bill, Jr. Mc Clanahan (2002) juga membuat kajian tentang program literasi

di Philadelphia, Pennsylvania yang dijalankan oleh Youth Education for Tomorrow (YET).

Di pusat YET ini, guru yang berkelayakan dan pembantu sukarela membantu kanak-kanak

menguasai literasi menggunakan pelbagai teknik. Dapatan kajian ini proses pelaksanaan YET

sangat kompleks, sukar dan penuh cabaran. YET merupakan tapak yang mencabar dalam

menyediakan pelbagai cara agar literasi dikuasai.

Sorotan Kajian yang dibincangkan menunjukkan kepentingan untuk melaksanakan

sesuatu kaedah dalam Program LINUS ini. Hal ini demikian kerana kejayaan program

pendidikan bergantung atas bagaimana penggubal merangka dasar program dan dihubungkait

dengan bagaimana pelaksana memahami dan melaksanakannya.


2.4 HASIL PEMBELAJARAN

Berikut adalah hasil daripada program bacaan yang kami laksanakan di sekolah. Amat

jelas impaknya adalah sangat positif. Keberkesanannya dapat dilihat melalui prestasi murid

yang amat memberangsangkan dalam saringan yang telah dijalankan baru-baru ini.

Dapatanya adalah seperti berikut :

Jadual 2.0 : Data saringan 2 Tahun 2017 (Akhir Tahun)

Tahun Tidak Tidak Tidak Menguasai Jumlah murid


Hadir menguasai menguasai (K1-K12)
(K1-K2) (K3-K12)
2 0 5 23 0 28

Jumlah 0 5 23 0 28

Jadual 2.0, menunjukkan data saringan 2 tahun 2017. Kita dapat melihat sebanyak 28

pelajar tidak melepasi dalam Ujian Saringan Dua. Sebanyak 5 orang murid dua (pada tahun

2017) tidak menguasai konstruk satu hingga dua manakala sebanyak 23 orang murid tidak

menguasai konstruk tiga hingga dua belas. Selepas menjalankan Program Bacaan My Buddy

ini kita dapat melihat terdapat peningkatan Ujian Saringan Dua dalam literasi Bahasa

Melayu.
Tahun Tidak Tidak Tidak Menguasai Jumlah murid
Hadir menguasai menguasai (K1-K12)
(K1-K2) (K3-K12)
3 0 0 5 23 28

Jumlah 0 0 5 23 28

Jadual 2.1 Data saringan 1 Tahun 2018

Jadual 2 menunjukkan data saringan 1 tahun 2018. Kita dapat melihat sebanyak 5 orang

pelajar sahaja tidak melepasi dalam Ujian Saringan Dua. Manakala sebanyak 23 orang

pelajar telah menguasai konstruk satu hingga dua belas dalam Ujian saringan satu 2018

melalui Program Bacaan My Buddy.

3.0 REKA BENTUK KAJIAN


3.1 JUMLAH PELAJAR

Jumlah pelajar di SJK(T) Thamboosamy Pillai adalah seramai 239 orang pelajar. Kami telah

memilih murid tahun 3 yang tidak mengusai konstruk 1 hingga 12 bagi kajian kes ini. Untuk

projek ini, kami telah mengambil sampel pelajar tahun tiga seramai 28 orang pelajar. Ia

bertujuan untuk menunjukkan prestasi penguasaan bacaan pelajar dari Saringan 2 Tahun 2017

hingga Saringan 1 Tahun 2018. Kesemua pelajar yang dipilih terdiri daripada 16 orang

pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. Kesemua mereka berasal daripada Daerah

Sentul dan Batu Caves. Selain itu, seramai 4 orang guru telah terlibat dalam projek ini.

Keempat-empat mereka mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Malaysia selama 5 tahun.

Dalam program ini guru hanya akan berperanan sebagai fasilitator sahaja. 28 orang pelajar

dibahagikan kepada empat kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang

guru. Terdapat 3 orang murid cemerlang dari tahun 4 dalam setiap yang akan membantu dan

membimbing murid yang dipilih untuk membaca.

3.2 TEMPOH P\ELAKSANAAN PROGRAM

Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama tiga bulan bermula dari bulan Januari

hingga Mac. Penguasaan akan dinilai semasa saringan LINUS. Pentaksiran berterusan akan

dilakukan seminggu sekali. Guru-guru akan diberikan borang pentaksiran untuk melakukan

pentaksiran.

3.3 ASAS PROGRAM


Program bacaan My Buddy merupakan program yang direka oleh Panitia Bahasa

Malaysia. Program ini telah dicadangkan oleh beberapa guru Bahasa Malaysia dalam

Mesyuarat Panitia yang lepas. Guru-guru amat bimbang dengan keputusan murid LINUS

dan segera merancang satu program yang boleh memberikan keputusan yang

memberangsangkan dan juga efektif. Justeru selepas perbincangan dijalankan dalam

mesyuarat panitia, program ini dijalankan dengan sokongan sepenuhnya daripada semua

pihak.

Dahulunya program bacaan pagi telah dijalankan tetapi tidak memberikan impak yang

begitu memberangsangkan kerana murid-murid tidak diberikan focus. Tetapi melalui program

My Buddy murid lebih focus kerana mereka dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil.

Murid lebih rapat dengan rakan sebaya mereka jadi ia menjadikan program ini lagi efektif

dimana murid yang cemerlang akan membimbing murid yang lemah.

3.4 SUMBER

Sumber untuk program yang dilaksanakan adalah daripada Panitia Bahasa

Malaysia.

Bil Jenis Perbelanjaan Harga per Kuantiti Jumlah (RM) Sumber


unit (RM)
1. Hadiah murid cemerlang 5.00 28 140.00

2. Bahan bacaan (fotostat) 2.00 28 52.00 Wang Panitia


Bahasa
3. Buku Penilaian Bacaan 1.00 28 28.00 Malaysia

Jumlah 220.00

4.0 IMPLIKASI PROGRAM


Program ini telah diadakan 5 hari dalam seminggu persekolahan iaitu pada hari Isnin,

Selasa, Rabu ,Khamis dan Jumaat. Program Bacaan My Buddy ini dijalankan sebelum sesi

persekolahan bermula iaitu 7.10 pagi hingga 7.40 pagi. Ia akan dijalankan kira-kira 30 minit

setiap hari. Selepas waktu tersebut, murid-murid akan kembali semula ke kelas mereka untuk

mengikuti kelas seperti biasa.

4.1 JADUAL PROGRAM BACAAN MY BUDDY

HARI MASA MATAPELAJARAN


ISNIN 7:10 pg – 7:40 pg BAHASA MELAYU
SELASA 7:10 pg – 7:40 pg BAHASA MELAYU
RABU 7:10 pg – 7:40 pg BAHASA MELAYU
KHAMIS 7:10 pg – 7:40 pg BAHASA MELAYU
JUMAAT 7:10 pg – 7:40 pg BAHASA MELAYU

4.2 NAMA GURU & MURID

4.2.1 Program Bacalah Sayang


Bil Nama Guru Nama Murid Subjek Nama Buddy
Monisha Sree A/P Tiagu
1 Rajeswary a/p Poovili A/P Rames BM Kaviyaa a/p Prakash
Kanniappan Tharvin A/L Ashok Visnupriya a/p kaviyar
Tanusri A/P Balasubramaniam
Hemah malini a/p
Kavita a/p Kanan
Richard
Jeyasree a/p Siva
Pavitra a/p Kogul

Avinash Rao A/L


2 Pn. Peatrice Balasubramaniam BM Nanthini a/p kumar
Ashwin A/L Ashokumar Malathi a/p sathya
Vikneswaran A/L Selvakumar Anni margaret
Ponnarasi
Vishnu a/l Dev
Shanmugan a/l Rutrasan
Priya a/p Harikrishnan

En. Thinagaran Hari Priya a/p balan


3. Vimala a/p Narayanan
Kabil a/l Parasu BM Kannan a/l sivakumar
Dinesh a/l Bala Ashok a/l prateep
Kugan a/l Suri Shobanah a/p
Ravi a/l Vadivelu jeyaprabagaran
Kumari a/p Vijay
Vigneshwar A/L Ravichandran
4. En. Amirul Yaknariya A/P Ashokumar
Viloshini A/P Ravichandran BM Lethchimi a/p Ashok
Deenash A/L Thavabalan Sopna a/p athisivan
Thevanisha A/P Elanggo Sulochana a/p sandaraj
Arvin a/l saravanan
Deenaratchagi a/p Palanivel

4.3 CARA PELAKSANAAN PROGRAM BACAAN MY BUDDY


Seperti yang telah dinyatakan diatas, pada setiap tahun sekolah SJK(T) Thamboosamy

Pillai akan mengadakan beberapa aktiviti atau program bagi meningkatkan lagi kemahiran

membaca dalam kalangan murid. Tahun ini juga sekolah ini telah menetapkan beberapa

aktiviti di bawah Panitia Bahasa Malaysia . Salah satunya ialah Program Bacaan My Buddy.

Program ini dijalankan dalam kumpulan yang sangat kecil kerana ia membolehkan

murid lebih fokus kepada bahan bacaan mereka. Program ini dijalankan dari bulan Januari

hingga Mac 2018. Dalam tempoh masa tiga bulan bersamaan 12 minggu ini murid perlu

membaca sekurang-kurangnya ayat-ayat mudah. Jumlah murid yang tidak menguasai Linus

adalah seramai 28 murid. Jadi ia dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan seorang guru

telah menjadi fasilitator bagi setiap kumpulan.

Seorang guru akan mendapat 7 orang murid dan 3 orang murid cemerlang dari tahun 4

yang akan membimbing murid yang telah dipilih itu. 7 orang murid tersebut akan

dibahagikan lagi kepada kumpulan yang terdiri daripada 2 orang dan seorang Buddy.

Pengagihan kumpulan kecil ini secara tidak langsung membolehkan murid memberikan

tumpuan yang lebih lagi.

Setiap pagi pada pukul 7.10 pagi murid-murid bersama guru dan Buddy akan masuk

ke dalam kelas yang telah disediakan. Murid-murid diedarkan modul yang telah disediakan

oleh panitia Bahasa Malaysia. Modul etrsebut mengandungi bahan bacaan dari Konstruk sati

hingga 12. Murid telah dilatih untuk menguasai 12 konstruk dalam 12 minggu itu (3 bulan).

Ini bermakna setiap murid perlu menguasai 1 konstruk dalam seminggu. Misalnya , murid

akan membaca konstruk 1 pada minggu pertama selama 4 hari iaitu hari isnin hingga khamis

dan pada hari jumaat pula murid akan ditaksir konstruk satu oleh Buddy. Carta 4.3.1

menunjukkan konstruk 1 hingga 12 yang perlu dikuasai oleh murid.


4.3.1 Carta membaca murid Linus dari Konstruk 1 hingga 12

Apabila murid melakukan kesilapan, ia akan diperbetulkan oleh Buddy. Dengan ini

murid berasa tidak malu dan takut untuk menanyakan apa yang mereka kurang pasti kepada

Buddy merekamereka sebaya dengan murid linus. Ini merupakan salh satu sebab utama

program inin berjaya. Apabila murid berjaya membaca kesemua perkataan dalam sesuatu

konstruk maka Buddy akan menandakan tarikh dan tandatangan mereka dalam rekod bacaan

murid. Aktiviti ini akan diulangi sehingga ke minggu 12.

Di akhir bulan, guru pula akan melakukan pentaksiran kepada murid yang telah

diagihkan kepada mereka dengan menggunakan rekod bacaan. Murid yang paling aktif dan

dapat membaca dengan baik tanpa kesalahan akan mendapat hadiah.

5.0 PENILAIAN
Penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis

data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal

ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang

tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menggunakan instrument temu bual

untuk mendapat maklumat tentang program Bacaan My buddy yang diadakan di sekolah.

5.1 KAEDAH TEMUBUAL

Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang

boleh dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik dapat

memperoleh informasi dan maklumat terus daripada responden kajian. Justeru, dalam

penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi antara kaedah yang digunakan

oleh penyelidik sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden

kajian. Temubual yang dijalankan adalah berkenaan latar belakang program, sokongan yang

diberikan dan komitmen daripada murid. Mereka ini terdiri daripada ketua panitia selaku

penyelaras program , seorang murid tahun 4 yang membimbing murid linus dan seoarng

murid linus yang mengikuti Program Bacaan My Buddy.

Penggunaan kaedah ini untuk mengumpul maklumat kajian tinjauan. Cara

pelaksanaannya ialah dengan melakukan temu bual secara lisan dan jawapan direkod oleh

penyelidik secara bertulis, melalui rakaman elektronik. Temu bual didefinisi sebagai

perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual

merupakan intraksi bersemuka antara penemubual / penyelidik responden. Menurut Denzin

( 2001) temu bual harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan

maklumat; temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan

sebenar mengenai sesuatu fenomena. Berikut adalah temu bual yang dijalankan kepada dua

orang murid dan dua orang cikgu.


TRANSKRIP TEMUBUAL KETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA

Tarikh: 19 April 2018 (Khamis)


Masa: 11.20- 12.15 tengah hari (Semasa tiada waktu PnP)
Tempat: Bilik Gerakan Sekolah
Penemubual: Cikgu A
Orang yang ditemu bual: Cikgu B
Sebelum temu bual ini berlangsung, Cikgu A telah mendapatkan keizinan daripada ketua
panitia Bahasa Malaysia untuk mengadakan sesi temu bual. Berikut adalah transkrip temu
bual tersebut:

Cikgu A Selamat pagi cikgu B…

Cikgu B (senyum)… selamat pagi cikgu A.

Cikgu A Ok cikgu, tanpa melengahkan masa saya ingin tanya pasal program
Bacalah Sayang yang diadakan sepanjang tahun ini. Apakah pendapat
cikgu tentang Program Bacaan My Buddy ini?

Cikgu B Pada pendapat saya, Program Bacaan My Buddy merupakan satu


program yang sangat berfaedah kepada murid Linus. Ia sangat
membantu mereka untuk mengatasi masalah mereka dalam kemahiran
membaca.

Cikgu A ok.. soalan saya yang seterusnya ialah, adakah cikgu terlibat dalam
program ini? Bagaimana penglibatan murid?

Cikgu B Saya memang terlibat dalam program ini. Saya menjalankan aktiviti
bacaan My Buddy pada setiap hari. Murid-murid memang seronok
melibatkan diri dalam program ini. Mereka bertanding antara satu
sama lain untuk membaca perkataan yang banyak.

Cikgu A Bagusnya… berapa orang murid dalam kelas cikgu telah lulus dalam
Linus tahun ini?

Cikgu B Sebenarnya, semua murid di kelas saya telah lulus dalam Saringan
Linus pada tahun ini. Sebelum ini terdapat 3 orang murid Linus, tapi
sekarang mereka semua dah lulus.

Cikgu A Kalau macam ini, program ini sangat bagus dijalankan. Usaha cikgu
mengadakan program Bacalah Sayang ini berbaloi juga kan?

Cikgu B Memang berbaloi…Program ini sangat membantu murid-murid Linus


untuk membaca. Hmmm… lagi satu ia memang menarik minat murid
Sebagai seorang guru Linus, saya mendapati murid- murid Tahun 3
yang saya ajarkan itu sejak kebelakangan ini dah boleh jawab soalan-
soalan peperiksaan juga.. bukan macam dulu, ramai yang gagal. Bagi
saya, kalau kita sebagai guru dapat menggunakan pedagogi yang
berbeza mengikut kemampuan dan kefahaman murid means mesti
murid semua suka dan faham apa yang kita ajar.

Cikgu A Good la tu.. cikgu ini adalah soalan terakhir saya. Adakah cikgu
mempunyai sebarang cadangan untuk meningkatkan minat murid
dalam program Bacalah Sayang ini pada masa hadapan? Kenapa?

Cikgu B Saya harap program ini diteruskan pada tahun akan datang, kerana
program ini sangat bermanfaat kepada murid-murid. Peningkatan
pencapaian murid dalam Saringan Linus menunjukkan keberkesanan
program ini. Jadi, pihak sekolah harus meneruskan program pada tahun
depan

Cikgu A Baiklah Cikgu B, saya rasa saya sudah mendapat maklumat yang
diperlukan dari pihak cikgu. Saya berharap kejayaan seperti ini
berterusan sehingga murid- murid sekolah ini mampu lulus 100%
dalam Literasi. Terima kasih atas kerjasama cikgu untuk memberikan
maklumat tentang program ini. Terima kasih cikgu B…

Cikgu B Terima kasih cikgu…(SENYUM)

TRANSKRIP MURID TAHUN 3 (LINUS)


Tarikh: 20 April 2018 (Jumaat)
Masa: Waktu pertama ( ganti guru matapelajaran lain masuk)
Tempat: Kelas Pemulihan
Penemubual: Cikgu A
Orang yang ditemu bual: murid tahun 3 (Murid Z)
Sebelum temu bual ini berlangsung, Cikgu A telah memilih seorang murid dari Tahun 3
secara rawak dan mendapatkan izin untuk ditemu bual. Berikut adalah transkrip temu bual
tersebut.
Cikgu A Hello, selamat pagi murid

Murid Z Hi cikgu…Selamat pagi cikgu…(senyuman manis)

Cikgu A Ok… cikgu panggil kamu untuk tanya pasal Program Bacaan My Buddy.
Kamu ada melibatkan diri dalam program ini kan?

Murid Z Ya cikgu…saya terlibat juga. Cikgu pilih saya.

Cikgu A Ok…Adakah program Program Bacaan My Buddy menarik minat kamu?

Murid Z Menarik juga cikgu.

Cikgu A Apa yang menarik minat kamu dalam program ini?

Murid Z Cikgu sediakan kakan tahun 4 untuk ajar kami. So… hmmm. Saya suka kaka
tu sebab tak marah saya kalau tak tahu. Dia ajar saya slow…slow saya
faham..

Cikgu A Hmm…ok…Apakah pendapat kamu tentang aktiviti- aktiviti yang diadakan


dalam Program Bacaan My Buddy ?

Murid Z mmm…bagi saya memang program itu berkesan sebab kakak buddy ajar
kami untuk membaca satu demi satu. rasa seronaklah… Saya dan kawan-
kawan lain yang terlibat juga akan bersaing untuk membaca perkataan .Kami
bersaing sebab murid yang dapat baca banyak perkataan akan dapat hadiah
cikgu…

Cikgu A So pernah tak kamu dapat hadiah?

Murid Z Pernah cikgu…

Cikgu A Ok…kalau macam ini, adakah pencapaian kamu dalam Ujian Saringan Satu
meningkat?

Murid Z Meningkat cikgu…

Cikgu A Apa kamu dapat dalam Ujian Saringan Satu?

Murid Z (Senyum)… Ujian Saringan Satu dulu saya tak lepas so masuk linus dapat
Tapi dalam Saringan satu ini saya dapat melepasi semua konstruk cikgu.

Cikgu A Bagus… kalau macam itu adakah program ini yang bantu kamu untuk
melepasi Linus?

Murid Z Mesti cikgu.. saya suka program ini… saya bertanding dengan kawan-kawan
saya untuk membaca.

Cikgu A (Senyum lebar)...ok.. setakat ini sahaja temu bual kita hari ini...terima kasih…
kamu boleh balik ke kelas ye.

Murid Z Ok cikgu…sama- sama cikgu.

TRANSKRIP MURID TAHUN 4 ( pembimbing – My Buddy )


Tarikh: 23 April 2018 (Isnin)
Masa: Waktu Bahasa Malaysia
Tempat: Perpustakaan
Penemubual: Cikgu A
Orang yang ditemu bual: murid tahun 4 (Murid T)
Sebelum temu bual ini berlangsung, Cikgu A telah memilih seorang murid dari Tahun 4 yang
menjadi pembimbing dan mendapatkan izin untuk ditemu bual. Berikut adalah transkrip temu
bual tersebut.
Cikgu A Selamat pagi.

Murid T Hi cikgu Selamat pagi.

Cikgu A Ok… cikgu panggil kamu untuk tanya pasal Program Bacaan My Buddy.
Kamu ada melibatkan diri dalam program itu kan?

Murid T Ya cikgu…saya terlibat..ahh.. saya ialah cikgu kepada murid-murid lemah tu..
(senyum…)

Cikgu A Baik… adakah guru telah memberikan taklimat mengenai program ini?

Murid T Ya cikgu.. cikgu B memanggil 12 orang dari tahun 4 untuk mengajar murid
linus yang tidak tahu membaca.

Cikgu A Ok… adakah kamu faham tentang konsep program tersebut?

Murid T Ya saya faham cikgu. First… cikgu B telah agihkan kami kepada kumpulan
kecil untuk diajar semua perkataan dalam modul tersebut. Kami kena ajar dan
kalau murid susah nak baca kami kena tolong mereka untuk mengajar sampai
mereka dapat baca.

Cikgu A Ok.. so kamu rasa adakah program ini member manfaat kepada anda dan
murid linus tersebut?

Murid T Ya off course cikgu…

Murid linus sangat gembira apabila program ini dijalankan. Mereka telah
melibatkan diri dengan aktif dimana mereka tidak lagi ponteng sekolah.
Mereka telah mempertingkatkan kemahiran membaca mereka juga.

Kalau lihat dari segi saya pula, waktu saya digunakan dengan baik. Sauya
juga rasa bertanggungjawab kerana satu kerja telah diberikan kepada saya. So
so on time datang ke sekolah untuk ajar murid di bawahn saya.

Cikgu A Hmm…ok…adakah kamu dapat pencapaian murid di akhir program ini.

Murid T Ya cikgu. Daripada tidak tahu membaca suku kata sekarang murid boleh
membaca ayat mudah. Lepas tu….. cikgu bagitau saya result saringan mereka
juga amat baik dan mereka dapat lepas daripada Linus.

Cikgu A Ok terima kasih kerana sudi menjawab. Thank you…

Murid T Thank you, teacher.


6.0 Hasil Dapatan Temu Bual

Dalam temu bual dengan murid yang mengikuti Program Bacaan My Buddy, kami

mendapati bahawa murid-murid suka mengikuti kelas bacaan pagi yang melibatkan Buddy

mereka. Aktiviti bacaan dengan Buddy mendorong mereka untuk membaca serta menguasai

konstruk satu hingga dua belas yang terdapat dalam Ujian Linus. Semasa Ujian Linus

Saringan dua tahun 2017 murid-murid tidak menguasai konstruk –konstruk tertentu kerana

mereka lemah dalam kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selepas murid-murid yang
dipilih mengikuti Program Bacaan My Buddy terdapat peningkatan dalam Ujian Linus

Saringan satu 2018. Hal ini disebabkan murid-murid ini suka bertanya soalan apabila mereka

kurang pasti dan mereka tidak teragak-agak untuk menanyakan soalan kerana pembimbing

ialah rakan sebaya mereka sendiri. Selain itu, guru juga turut memberi peneguhan positif

kepada murid-murid ini seperti memberi hadiah dan memberi motivasi. Menurut murid

berkenaan juga, mereka banyak belajar melalui pembetulan dan kesilapan yang dilakukan

oleh rakan –rakan mereka semasa membaca semasa Program Bacaan My Buddy. Contohnya,

Jika murid berkenaan membaca perkataan dengan salah maka murid pembimbing akan tolong

murid tersebut untuk membaca dengan betul.

Melalui temu bual dengansala seorang orang cikgu yang mengikuti Program Bacaan

My Buddy, kami mendapati program ini sangat bermanfaat kepada murid-murid. Peningkatan

pencapaian murid dalam Saringan Linus menunjukkan keberkesanan program ini.

Seterusnya, hasil dapatan temu bual dari guru menunjukkan bahawa guru-guru metaksir

kebolehan murid semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan dengan mengesan kelemahan

murid dalam konstruk-konstruk tertentu. Selepas mengesan kelemahan murid, mereka

membimbing terus murid tersebut secara berterusan sehingga lulus dalam Ujian Linus.

6.0 Rumusan

Program ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam

kalangan murid linus. Pengkaji mendapati bahawa responden yang dahulunya amat lemah

dalam kemahiran membaca kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara, hasil

daripada Pelaksanaan Program Bacaan My Buddy. Responden juga semakin seronok kerana

boleh membaca perkataan dari konstruk 1 hingga 12 dengan ejaan dan sebutan yang betul

tanpa kesukaran.
Rujukan

Abdull Sukor Shaari & Kalaidevi a/p Aplanaidu. 2012. Kesan Pendekatan pembelajaran
masteri terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa melayu murid pemulihan
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 92-103.

Khairuddin Mohamad. (2011). Siri pendidikan guru literasi Bahasa Melayu. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

NKRA Pendidikan. 2010. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian


Pendidikan Malaysia. Modul LINUS. (2010). Ministry of Education. Malaysia
Othman, A. J., Normarini, N., Darusalam, G., & Siraj, S. (2011). Cabaran guru program
LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Issues in Education, 34, 37-51.

Anda mungkin juga menyukai