Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada kajian ke atas amalan oleh

pengkaji, secara individu mahupun bersama pengkaji lain untuk mengubah

dan menambah baik amalan sedia ada. Pengkaji boleh terdiri daripada

seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain

yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Bahagian

Perancangan dan Kajian Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia).

Kajian tindakan ialah salah satu kaedah kajian yang kini digunakan dengan

meluas dalam pendidikan. Kebanyakan kaedah kajian ini digunakan oleh guru

adalah bertujuan untuk memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga

menggalakkan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran

mereka. Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk

memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan

berlainan daripada kaedah kajian lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik

melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran.

Menurut Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah

satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan

melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar

tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan

tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Menurut

beliau, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta

melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usaha sama) sewaktu

mengadakan kajian. Malahan itu, Elliott dan Adelman (1976) berpendapat

kajian tindakan ialah satu pendekatan kajian yang berusaha untuk

meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi


sosial di sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk membaiki kualiti amalan

guru. Guru-guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-

masing untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

demikian kerana, kajian tindakan yang dijalankan dapat mengenal pasti atau

mengesan kelemahan murid dan guru perlulah memikirkan cara-cara yang

sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut kesesuaian pelajar di

dalam sesuatu kelas. Hal ini terbukti melalui kajian tindakan yang telah

dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya berjaya meningkatkan

pencapaian murid masing-masing.

Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang penting di

sekolah rendah. Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang wajib

dipelajari oleh semua murid tahap satu dan tahap dua iaitu bermula dari

Tahun 1 hingga Tahun 6. Objektif mata pelajaran ini untuk menyemai

kefahaman murid terhadap Bahasa Melayu sejak sekolah rendah lagi. Hal ini

kerana dengan pengetahuan dan kefahaman terhadap aspek Bahasa Melayu

maka negara kita mampu melahirkan murid yang berjiwa kesusasteraan yang

tinggi. Jadi, melalui kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah, maka murid

dapat diberi pendedahan awal berkaitan Bahasa Melayu sebelum memasuki

sekolah menengah. Justeru itu, Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran teras

dalam KSSR mulai Tahun 2014 dan mata pelajaran penting sejak dahulu lagi.

Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu ini sememangnya penting

di sekolah rendah dan di sekolah menengah, akan tetapi pelbagai cabaran

yang berlaku terutamanya dari aspek pedagogi mata pelajaran tersebut. Hal

ini kerana cabaran yang berlaku terutamanya dalam memastikan

keberkesanan pengajaran pendidikan dalam bilik darjah. Perkara ini perlu

dititikberatkan kerana pandangan awal murid dan minat murid dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu sangat mempengaruhi pencapaian murid dalam

2
mata pelajaran ini. Pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih menekankan

kepada kefahaman dan penulisan memerlukan murid perlu menguasai

kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis, mendengar serta

mengingat dengan baik agar mereka mampu memahami apa yang

disampaikan oleh guru. Keadaan ini penting dalam memastikan murid

memahami yang telah disampaikan dan dapat memupuk minat murid

terhadap Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) bahasa Melayu seharusnya menjadi suatu mata

pelajaran yang hidup dan boleh menarik minat murid terhadap mata pelajaran

tersebut supaya kebekesanan pembelajaran bahasa Melayu dikuasai oleh

murid.

Oleh yang demikian, kajian tindakan yang pengkaji fokuskan adalah

kepada kemahiran lisan menyebut huruf berbantukan pandang dan sebut

pada pengajaran dalam bilik darjah. Dalam kehidupan seharian, kita tidak

dapat mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain sama ada

untuk menyampaikan perasaan, kehendak, pengetahuan, pendapat atau

seumpamanya. Komunikasi berlaku dalam bentuk lisan atau gerak badan.

Kemahiran Lisan merupakan suatu elemen penting yang harus dikuasai oleh

setiap murid, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses

pelajaran dan persiapan untuk menempuh alam pekerjaan ataupun dalam

interaksi sosial. Kemahiran Lisan adalah suatu kebolehan untuk mewujudkan

interaksi atau hubungan melalui medium perantara atau sebaliknya dengan

orang lain. Menurut Nussabaum (2007) didalam pertuturan ini meliputi

kemahiran menulis, kemahiran lisan, membaca, berhujah, mendengar, etika

dalam berkomunikasi, dan juga mempunyai kaitan dengan penggunaan

teknologi. Kemahiran lisan yang dijalankan oleh penyelidik adalah pelbagai

iaitu merangkumi lisan dan bukan lisan. Jadi untuk mengukuhkan kemahiran

3
lisan murid-murid tersebut penyelidik menggunakan bahan berasaskan

pandang dan sebut. Menurut Djamarah & Zain,(2013), media merupakan apa

sahaja alat bantu yang boleh dijadikan medium pembelajaran. Dengan

adanya medium sebegini ia lebih menarik minat dan kefahaman murid murid.

Dalam bidang pendidikan, kemahiran lisan ini memainkan peranan

penting dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran. Ini

kerana, guru bukan sahaja bercakap untuk menyampaikan maklumat kepada

murid malah, guru juga perlu bersoal jawab bersama murid dan murid juga

perlu bersoal jawab sesama mereka. Penggunaan kemahiran lisan

berbantukan pandang dan sebut dalam mata pelajaran sekolah rendah telah

lama diaplikasikan di negara kita. Aplikasi berbantukan pandang dan sebut ini

membantu murid dalam memahami sesuatu bab atau tajuk dan menyebut

huruf dengan cara yang menarik dan mudah iaitu dengan bantuan

komunikasi dua hala, guru menggunakan gambar, guru menyelitkan unsur

kecindan dan soal jawab bersama murid akan lebih menarik. Dengan adanya

pandang dan sebut maka dapat membantu murid dalam mengingat huruf dan

sebutan yang guru sampaikan. Proses kemahiran lisan berbantukan pandang

dan sebut berkaitan huruf dapat membantu murid memperkukuhkan sebutan

huruf Bahasa Melayu mereka. Perkongsian ilmu sebutan huruf secara

pandang dan sebut meningkatkan sebutan huruf murid. Keadaan ini

dibuktikan apabila murid lebih mengingati apa yang disampaikan oleh guru

dalam bentuk kemahiran lisan dengan bantuan pandang dan sebut kerana

kemahiran lisan yang sentiasa melibatkan murid dan gambar yang berkaitan

huruf sebagai bahan sokongan akan lebih mudah diingati oleh murid.

Menurut Saidatul Nornis Hj Mahali, (2011) komunikasi sentiasa

memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan penguasaannya

4
akan mempengaruhi keberkesanan kehidupan manusia. Komunikasi ini

sebenarnya merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada

seseorang kepada seseorang. Jika kepada murid pengaliran maklumat

tersebut maka perlulah lebih mudah kerana jika aliran maklumat yang

diberikan secara yang laju, tidak teratur ia akan membuatkan murid sukar

untuk memahami apa yang disampaikan. Komunikasi yang mudah dapat

menghubungkan dua belah pihak bagi tujuan menyampaikan maklumat.

Menurut Mohd. Yusof et.al., (2011) sesuatu komunikasi berkesan apabila

komunikasi penerima iaitu murid memahami mesej yang dihantar oleh guru.

Ini merupakan Kemahiran Lisan yang dilakukan. Kemahiran lisan atau

interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Kemahiran lisan yang

efektif ini adalah kemahiran lisan yang baik kerana apa yang ingin

disampaikan dapat disampaikan kepada murid. Kemahiran lisan bukan

sahaja dapat memberikan kefahaman kepada murid tetapi ia dapat

membantu mengeratkan hubungan guru dan murid di dalam kelas. Pakar

komunikasi iaitu Pearson,(2000) percaya bahawa komunikasi yang lemah

merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif

adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. Guru yang tiada kemahiran

berkomunikasi dan berinteraksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif

menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi dan tidak berminat untuk

belajar dan akhirnya prestasi mereka akan menurun.

Proses kemahiran lisan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej

kepada individu lain apatah lagi dalam dunia pendidikan. Tidak dapat

dinafikan lagi peranan kemahiran lisan dalam bidang pendidikan memberikan

impak yang besar kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Seseorang guru yang memiliki kemahiran lisan dipandang

5
sebagai seorang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka

dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Bahkan kemahiran lisan merupakan satu bonus

kepada seorang guru untuk menarik perhatian murid dan mendampingi murid

sekaligus dapat merapatkan jurang di antara mereka. Selain itu, kemahiran

lisan juga berperanan besar dalam proses menyebarkan maklumat. Dalam

Bahasa Melayu, kemahiran lisan ini berperanan sebagai agen yang

mengubah tingkah laku murid agar dapat menambah maklumat atau ilmu

dalam bidang penulisan bahasa Melayu. Mendidik dan mengajar

mementingkan kedua-dua pihak, iaitu penyampai dan penerima maklumat

untuk memastikan fungsi komunikasi lisan dan penulisan dalam bidang

pendidikan tercapai. Menurut Zurida Binti Abdul Manan (2007) komunikasi

guru menggunakan segala kemahiran seperti menyusun strategi kosa kata

agar seluruh komunikasi antara mereka berkesan dan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan lebih bermakna.

Kemahiran lisan juga digunakan dalam aktiviti-aktiviti pdp bersama

dan soal jawab bersama murid yang telah disokong oleh Pogue dan Kimo

(2006). Semasa aktiviti pdp dan bersoal jawab bersama murid dijalankan

guru bolehlah memasukkan unsur-unsur kecindan bagi meningkatkan lagi

kefahaman murid dengan fakta yang guru sampaikan. Selain itu, pengajaran

yang menggunakan kemahiran lisan ini dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan antara guru dan murid

menjadi lebih baik serta membina keadaan bilik darjah yang selesa dan

selamat. kemahiran lisan dalam pembelajaran bahasa Melayu bukan satu

teknik yang membosankan tetapi ia merupakan satu cara yang membolehkan

murid terhibur dan memahami bahasa Melayu dengan mudah atas bantuan

teknik-teknik yang pelbagai. Malahan itu menurut Nor Shafrin Ahmad, (2009)

6
untuk menarik minat murid dalam kelas guru perlulah menggunakan bahasa

yang jelas dan tepat tanpa ada sebarang ayat yang panjang dan berbelit-belit

yang boleh menyebabkan murid keliru kerana murid akan mengingati apa

yang mereka dengar dengan mudah.

Malahan itu, setiap kemahiran lisan yang dijalankan tidak akan

berjaya tanpa menggunakan alat bantu mengajar. Bahan bantu mengajar

untuk mata pelajaran bahasa Melayu yang sesuai digunakan adalah dengan

menggunakan gambar ICT atau visualisasi. Bahan menggunakan gambar ini

dapat meningkatkan kefahaman murid ketika pembelajaran dan pengajaran

didalam kelas. Kepelbagaian teknik dan strategi pengajaran dan

pembelajaran akan menjadikan murid aktif, seronok dan mudah memahami

apa yang disampaikan oleh guru. Guru yang bijak, kreatif dan inovatif dapat

menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta

berupaya melibatkan semua murid secara aktif dan terkawal. Dalam kajian

ini, pengkaji menggunakan kemahiran lisan berbantukan pandang dan sebut

seperti contoh visualisasi. Visual merupakan bahan yang penting dalam

menyampaikan maklumat dalam pelbagai bidang termasuk bidang

pendidikan. Visualisasi membawa kepada pembinaan pengetahuan apa yang

dilihat dan dicerap ke dalam minda secara aktif dan seterusnya membentuk

kerangka untuk menilai imej yang terhasil dari cerapan. Maka visual

membolehkan pdp dijalankan dengan lebih berkesan. Dalam hal ini menurut

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar

pemerolehan pengetahuan menunjukkan bahawa penglihatan mencatatkan

peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan

pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses

pemerolehan maklumat berjalan dengan lancar. Berikutan dengan bantuan

7
visualisasi yang digunakan oleh pengkaji, maka akan dapat meningkatkan

sebutan huruf murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Untuk kajian tindakan yang telah dilakukan, pengkaji telah memilih

murid Tahun 2 sebagai peserta kajian. Sepanjang menjalani aktiviti yang

melibatkan kemahiran lisan di dalam kelas, perancangan aktiviti yang diatur

oleh guru mempunyai tujuan yang tersendiri. Antara tujuan bertutur adalah

seperti mengenal huruf, mengeja perkataan, melahirkan fikiran dan perasaan

serta menyuburkan minat membaca. Selain itu, menyebut huruf juga dapat

membantu murid dalam meluaskan kosa kata, memenuhi keperluan jiwa dan

memenuhi kehendak masyarakat serta negara.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di

dalam bilik darjah, pengkaji mendapati bahawa sebilangan daripada murid

kurang berminat dalam pengajaran yang dijalankan. Pengkaji telah masuk ke

kelas Tahun 2. Sepanjang 6 minggu pengkaji masuk ke kelas Tahun 2,

mendapati murid-murid kelas ini mempunyai daya kognitif yang rendah dan

mereka mempunyai masalah dalam menerima maklumat yang disampaikan

oleh guru. Pengkaji telah merancang aktiviti yang menarik untuk murid lebih

memahami pelajaran yang disampaikan iaitu lebihkan kepada aktiviti

kumpulan kerana aktiviti koperatif dapat merangsang murid untuk belajar. Hal

ini kerana murid dapat berbincang sesama mereka bagi mengeluarkan idea

yang menarik dan dapat membuatkan mereka terhibur serta dapat

menambahkan pengetahuan mereka berkenaan bahasa Melayu. Namun

yang berlaku adalah diluar jangkaan pengkaji kerana murid-murid ini tidak

mampu untuk melaksanakan kerja kerana mereka tidak memahami

pengajaran yang disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, minggu

pertama pengkaji mengajar topik Kebersihan Diri. Selepas pengkaji memberi

8
penerangan dan membahagikan murid kepada kumpulan untuk

membincangkan langkah kebersihan diri yang baru sahaja diterangkan. Murid

tidak mampu untuk menyatakan semula secara lisan dengan baik dari aspek

sebutan huruf serta penggunaan tatabahasa yang baik dalam berkomunikasi

untuk bercerita. Maka itu, guru perlulah memberi bimbingan dari sudut

menyatakan idea-idea untuk menggalakkan murid untuk menceritakan

semula apa yang guru telah ajar supaya murid lebih faham. Malahan itu,

pengkaji lihat mereka tidak aktif dan kelihatan bosan semasa penyampaian

sehala tanpa bersoal jawab dan tidak menggunakan apa-apa bahan. Hal ini

dibuktikan melalui lembaran kerja yang telah diedarkan pada akhir sesi

pengajaran dan pembelajaran iaitu hampir separuh daripada kelas gagal

mencapai tahap lulus yang telah pengkaji tetapkan.

Di sebalik kekurangan yang ada, mereka juga tidak dapat menjawab

latihan-latihan pengukuhan yang pengkaji berikan kepada mereka. Sebelum

ini, pengkaji pernah meminta mereka untuk berbuat kumpulan-kumpulan kecil

untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan tetapi apa yang pengkaji lihat

mereka tidak faham apa yang ingin pengkaji mahu mereka lakukan. Mereka

bertanya sehinggalah pengkaji perlu mengulang berkali-kali kepada mereka

untuk membuat kumpulan. Respon murid yang diberikan bagi kelas ini sangat

lemah yang mana murid tidak memahami pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan. Ini dibuktikan dengan lembaran kerja yang pengkaji berikan

pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu hampir semua murid-

murid gagal untuk menjawab apa yang diberi. Selain itu, pengkaji juga dapati

sepanjang pengkaji mengajar di SK Bukit Indera Muda ini adalah penguasaan

murid terhadap bahasa dan sebutan huruf sangat lemah. Lebih separuh

antara mereka yang tertinggal pada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah yang jalankan. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengkaji menjana

9
idea mereka iaitu pengaji melakukan aktiviti kuiz mereka tidak dapat

menjawab dan ada antara mereka yang menyorok apabila pengkaji mahu

memanggil nama mereka.

Hal ini, semua berpunca dari pengkaji. Pengkaji bercakap laju tanpa

ada intonasi suara yang baik serta tidak menggunakan apa-apa bahan bantu

mengajar. Pengkaji hanya menjalankan pengajaran secara langsung atau

direct teaching learning dan menyebabkan kurangnya Kemahiran Lisan

dengan murid. Sememangnya pengajaran sebegini adalah tidak berkesan

kerana menurut Burton (1987), menunjukkan bahawa murid-murid dapat

belajar lebih berbanding kaedah chalk and talk. Kemahiran Lisan yang baik

serta penggunaan bahan bantu mengajar akan membuatkan murid lebih

faham dan memberi tumpuan di dalam kelas. Keadah pengajaran secara

terus ini menyebabkan murid-murid pengkaji tidak memberi tumpuan di dalam

kelas. Hal ini menyebabkan mereka tidak memahami apa yang disampaikan

oleh pengkaji. Ada juga sebilangan murid pengkaji mengambil sikap tidak

mahu mendengar dan tidak kisah apa yang saya sampaikan. Kelemahan

pengkaji ialah pengkaji tidak menegur murid-murid yang tidak memberi

tumpuan semasa pengkaji mengajar dihadapan kelas. Tambahan pula,

pengkaji hanya berdiri dihadapan kelas dan tidak bergerak ke belakang untuk

memeriksa apa yang murid pengkaji lakukan. Pengkaji juga hanya

menyampaikan kepada mereka dengan teknik kuliah iaitu tiada unsur

kecindan dan penerangan yang lebih sehingga membuatkan mereka kurang

berminat. Di dalam kelas Tahun 2 ini juga terdapat banyak tahap murid,

apabila pengajaran dilakukan. Hanya yang berminat sahaja yang melibatkan

diri dan memberi tumpuan dalam pengajaran yang pengkaji jalankan. Hal ini

dapat pengkaji buktikan di dengan pemerhatian yang pengkaji lakukan

sebanyak tiga kali.

10
Kelemahan lain yang pengkaji dapat kesan ialah bahan bantu

mengajar yang pengkaji gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan kad imbas dan paparan slaid yang pengkaji gunakan kurang

mendapat respon dari murid kerana bahan tersebut hambar tanpa

mempunyai gambar yang boleh menarik minat murid. Apabila pengkaji

mengunakan kad imbas dan paparan slaid murid tidak nampak penerangan

yang guru paparkan. Malahan itu, pertuturan yang laju membuatkan murid

kurang memahami penerangan yang disampaikan oleh guru. Hal ini

dibuktikan bahawa pada minggu pertama pengkaji mengajar topik Kebersihan

Diri murid tidak mengambil bahagian di dalam kelas semasa pengajaran dan

pembelajaran pengkaji jalankan. Di samping itu, semasa pengkaji

menggunakan kad imbas dan paparan slaid yang mempunyai huruf bagi

penerangan kepada murid, murid-murid saya menjadi pasif iaitu tidak

memberi sebarang respon dan tidak menjawab soalan yang ditanya oleh

guru.

Seterusnya, pada sesi meminta murid untuk membuat peta minda

ringkasan dan aktiviti stesen daripada apa yang telah dipelajari, Kemahiran

Lisan pengkaji semasa memberi arahan dan penjelasan tentang apa yang

sepatutnya mereka lakukan tidak berkesan. Mereka tidak memahami apa

yang pengkaji terangkan. Selain itu, semasa ringkasan aktiviti dijalankan,

pengurusan masa pengkaji sangat lemah sehinggakan masa tidak cukup

untuk membuat latihan pengukuhan. Justeru, pengkaji meminta murid

menyiapkan tugasan tersebut dirumah dan ini menyebabkan pengkaji tidak

mengikut langkah pengajaran iaitu menyiapkan aktiviti sebelum sesi kelas

berakhir. Pada sesi menjawab soalan pengukuhan, kelemahan pengkaji

memberikan soalan iaitu terlalu panjang dan murid tidak memahami soalan

11
yang pengkaji berikan. Malahan itu, penerangan yang seperti kuliah

membuatkan murid tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru.

Kelemahan pada aktiviti ini juga adalah pengkaji sering memberi klu jawapan

kepada murid sehinggakan objektif pengajaran pengkaji tidak dapat diukur.

Pengkaji tidak mahir apabila memberi penerangan secara lisan dan

membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penerangan ini

disokong oleh Nawi Ismail (2006) yang menyatakan bahawa pada

kebiasaannya, guru menggunakan kaedah penerangan atau kuliah untuk

mengajar sesuatu tajuk disebabkan kerana kurangnya pendedahan terhadap

kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan

murid-murid keliru di antara penerangan yang guru beri itu adakah penting

atau tidak. Oleh yang demikian, pengkaji telah menukar cara penyampaian

dan penggunaan bahan. Pengkaji perlulah lebih peka terhadap murid-murid.

Jadi, pengkaji perlulah memegang teguh bahawa pengajaran yang pengkaji

berikan perlulah mempunyai komunikasi yang lebih baik agar murid

memahami apa yang diajar dalam kelas. Jadi pengkaji perlulah peka dengan

Kemahiran Lisan agar apa yang pengkaji sampaikan akan memberi motivasi

kepada murid agar mereka tidak ketinggalan dan terus bersemangat.

Namun begitu, setelah membuat refleksi pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan beberapa minggu mengajar kelas ini, pengkaji

mendapati bahawa murid-murid pengkaji tidak memahami apa yang cuba

pengkaji sampaikan. Keadaan ini merupakan faktor penting dalam

mempengaruhi kefahaman mereka untuk terus belajar. Tinjauan awal

pengkaji, mendapati bahawa murid yang tidak boleh mengikuti apa yang guru

sampaikan. Apabila ini berlaku maka murid akan mengalami masalah pada

pencapaian mereka. Jadi dalam keadaan ini pengkaji perlulah memastikan

murid faham apa yang hendak diajarkan oleh pengkaji. Pengkaji telah

12
menggunakan ayat dan huruf yang mudah dan pengkaji perlulah sentiasa

melibatkan murid dalam menjawab soalan supaya murid lebih memahami

apa yang disampaikan. Penggunaaan susunan huruf dan ayat yang ringkas

dan padat serta bantuan bahan bantu mengajar oleh pengkaji perlu dilakukan

kerana ia turut mempengaruhi kefahaman murid sehinggakan membawa

kepada pretasi murid tersebut. Di samping itu, pengkaji telah melibatkan

murid dalam penyampaian agar kefahaman murid lebih mendalam terhadap

sesebuah topik yang dipelajari.

Oleh yang demikian, pengkaji telah berbincang berkaitan perkara ini

dengan rakan-rakan praktikum di sekolah, guru panitia bahasa Melayu dan

beberapa orang guru bahasa yang lain serta pensyarah pembimbing. Dalam

perbincangan tersebut, mereka menyatakan, pengkaji perlulah membuat satu

perubahan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh pengkaji lakukan

bagi menangani masalah ini?.

Pengkaji telah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran

yang berbeza berbanding kepercayaan yang dipegang oleh pengkaji iaitu

pembelajaran berpusatkan kepada murid dengan bantuan pandang dan

sebut iaitu visualisasi pada sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penambahbaikan yang dilakukan adalah, pengkaji pelbagaikan komunikasi

yang bersesuaian berbantukan pandang dan sebut iaitu visualisasi dengan

pembelajaran yang dijalankan supaya murid lebih berminat dan lebih faham

untuk mempelajari bahasa Melayu. Seterusnya, pengkaji telah mencari aktiviti

yang sesuai agar kemahiran lisan antara guru dengan murid dan murid

dengan murid itu berlaku. Ini supaya pemahaman dan pembelajaran dapat

difahami pada tahap yang maksimum. Selain itu pengkaji telah perbaiki cara

penyampaian supaya murid lebih fokus dan tidak berasa bosan dengan

penyampaian yang disampaikan. Isi pelajaran yang pengkaji sampaikan

13
diselang-selikan dengan unsur jenaka atau unsur kecindan agar murid tidak

terlalu tertekan menerima isi pelajaran.

Seterusnya penambaikan yang telah dilakukan adalah bahan bantu

mengajar. Bahan bantu mengajar perlu menarik, interaktif dan bahan yang

boleh dipraktikan sendiri oleh murid adalah bahan bantu mengajar yang

terbaik. Sebagai contoh pengkaji telah menggunakan visual bergambar, huruf

dan ayat yang mudah diingati supaya murid mudah untuk memahami mata

pelajaran bahasa Melayu. Di samping itu, pengkaji bercerita menggunakan

bahan sampingan dan mempunyai unsur kecindan. Melalui cara ini, ia telah

membawa kepada perubahan yang positif terhadap murid pengkaji, iaitu

pembelajaran akan berpusatkan kepada guru dengan murid-murid. Ini

bermaksud guru adalah aset yang sangat berguna untuk membantu murid

dalam mengingat apa yang akan disampaikan. Hal ini kerana dengan

komunikasi guru ini secara tidak langsung ia dapat menghubungkaitkan

pengalaman yang lama dan yang baru kepada murid kerana apa yang guru

sampaikan akan dikaitkan dengan apa yang telah disampaikan.

Melalui kaedah ini, perubahan positif dalam diri murid apabila

pembelajaran berpusatkan kepada guru ini mampu menyampaikan pelajaran

menggunakan huruf-huruf, gambar-gambar secara serentak dan ayat yang

mudah beserta kata kunci bagi membantu murid mengingat, menginspirasi,

mengilhamkan diri mereka untuk menyebut semula huruf dalam ayat. Jadi

melalui kajian ini, ia membantu diri pengkaji agar menambah baik amalan

pengajaran dan pembelajaran kendiri sebagai seorang guru. Malahan itu,

kaedah yang telah pengkaji lakukan ini dapat meningkatkan motivasi belajar

dan memahami topik yang telah diajar sepenuhnya kerana murid-murid dapat

menerima konsep dan sebutan yang lebih baik apabila guru memberikan

penerangan menggunakan komunikasi yang pelbagai. Akhir kata, pengkaji

14
menggunakan kaedah kemahiran lisan berbantukan pandang dan sebut iaitu

visualisasi untuk murid-murid, agar dapat meningkatkan sebutan huruf

mereka dalam Bahasa Melayu.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Beberapa kajian telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu berkaitan kesalahan

yang murid lakukan dalam kemahiran lisan menyebut huruf dan perkataan

khasnya yang melibatkan huruf-huruf yang sukar disebut. Jenis-jenis masalah

Kemahiran Lisan peringkat awal ialah lambat menyebut huruf, sebutan tidak

betul, dan sebagainya.

Murid sekolah rendah khususnya murid Tahun 2 memerlukan

bimbingan berterusan dari guru. Oleh sebab itu pengkaji memilih kaedah

pandang dan sebut dengan menggunakan Pengajaran Langsung dari model

pengajaran Behaviorisme. Menurut Noriati A. Rashid et.al (2012), dalam

proses pembelajaran dan pengajaran, murid-murid memerlukan guru sebagai

agen penunjuk cara dan model untuk ditiru. Murid lebih memahami sesuatu

pelajaran yang diajar jika mendapat bimbingan dan arahan guru terutamanya

dalam memahami sesuatu kemahiran dan konsep. Menurut beliau lagi,

pengajaran secara langsung adalah sesuai digunakan oleh guru untuk

memudahkan cara pembelajaran. Jenis pengajaran ini terarah guru dan

mengikut struktur tetap dengan langkah- langkah spesifik untuk membimbing

murid ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. Berdasarkan

model pengajaran langsung yang salah satu kumpulan model Behaviorisme

dan kaedah pandang dan sebut, pengkaji merancang satu tindakan bagi

memperbaiki amalan pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Lisan yang

betul untuk subjek kajian. Pengajaran akan dilakukan secara mudah dengan

mengikut langkah demi langkah dalam membimbing murid sehingga

mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Berdasarkan pembelajaran

15
terarah guru dalam pengajaran secara langsung yang digunakan, pengkaji

akan menjadi rujukan atau model bagi murid sepanjang aktiviti pembelajaran.

16

Anda mungkin juga menyukai