Anda di halaman 1dari 31

BAB 1

Pengenalan

1.1 Pendahuluan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Melalui pembacaan
ilmu pengetahuan dapat diperolehi. Sejak kebelakangan ini timbul isu tentang kedaulatan
bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah penggunaan bahasa Inggeris
sebagai pengganti tempat dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains menjadi
isu hangat di parlimen sehingga akhirnya baru-baru ini telah diumumkan semula kembalinya
penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran tersebut.

Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan negara ini. Dengan adanya
penggunaan satu bahasa sebagai bahasa berkomunikasi perpaduan kaum dapat
diperkukuhkan lagi. Oleh itu guru-guru bahasa Melayu berperanan penting dalam usaha
untuk mengketengahkan bahasa ini kepada murid-murid khasnya dan masyarakat amnya.

1.2

Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa
Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta
untuk murid-murid Tahun 5 Pintar demi meningkatkan pencapaian mereka dalam bahasa
Melayu. Kajian ini juga digunakan sebagai pengukur bagaimana kaedah ini boleh
1

memantapkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan ke atas muridmurid di SK Slim River, Slim River dari kelas Tahun 5 Inovatif seramai 40 orang. Murid-murid
dari kelas ini datangnya dari keluarga yang berpendidikan sederhana. Kebanyakan daripada
mereka hanya mengharapkan pengajaran daripada guru semata-mata. Hasil temuramah
yang dibuat terhadap murid-murid didapati kebanyakkan ibu bapa mereka tidak ada masa
untuk mengajar anak mereka di rumah. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang mata
pelajaran bahasa Melayu dianggap tinggi arasnya berbanding semasa ibu bapa mereka di
zaman persekolahan dahulu.
Banyak istilah-istilah yang tidak difahami oleh mereka. Daripada pemerhatian pengkaji
murid-murid kurang mahir menulis karangan terutamanya karangan yang berbentuk fakta.
Lantaran itu pengkaji sebagai seorang pendidik bahasa Melayu merasakan tanggungjawab
dalam membantu mereka untuk menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Melayu.
Dengan itu, pengkaji telah memilih kaedah koperatif untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran yang diajar di bilik darjah. Proses menulis karangan merupakan
kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari,
2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak
mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan
kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata
pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002).
Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum
menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas
karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan
bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta
menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa
memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam
penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman
dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005).
2

Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan


dengan berkesan (Roselan Baki, 2003). Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya
bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis
yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor 2005). Oleh
itu, dalam pengajaran kemahiran menulis penguasaan peringkat asas adalah dimulakan
dengan huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila
dibaca (Yahya Othman, 2005).
Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara
jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama
ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atat untuk bercerita.
Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan
kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui
teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga
dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika
seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun, dan
sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan
pelajar sukar hendak menyatakan mesj dalam bentuk tulisan.Kemahiran mengarang
mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja kiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga
penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001).
Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , guru seharusnya memiliki pengetahuan
kandungan, pengetahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan
pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Hamzah, 1994). Sukatan pelajaran
Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa dalam

pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu ialah supaya murid dapat menggunakan Bahasa melayu
secara berkesan dalam kehidupan seharian. Dalam pengajaran bahasa khususnya
penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan
3

kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan
menggunakan strategi berpusatkan murid. Kementerian Pelajaran berusaha untuk
menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan memberi penekanan
kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan.

Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi
kandungan yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai
kualiti intelek yang tinggi. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), guru harus melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan
yang merentas pelbagai disiplin ilmu dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik
pengajaran guru juga mesti sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira
penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai
dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.
Penggunaan

pendekatan

pembelajaran

koperatif

merupakan

satu

daripada

ciri

pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial.


Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa
kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan,
berinteraksi dan menyeronokan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Kaedah yang
digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif
dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Oleh itu salah satu teknik
yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan

proses pengajaran dan

pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk


kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama
(Salvin, 1982).
Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri,
tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu
4

saling bergantunsg antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara
bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan
pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an keran
positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan
motivasi diri (Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid
seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental
masing-masing (Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong-menolong dan
bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih
faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989).

1.3. Pernyataan Masalah


Bahasa Melayu juga sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dalam
kalangan pelajar bukan melayu. Pemasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran
memang tidak dinafikan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat menguasai dan
mencapai prestasi yang baik dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana kaedah pengajaran
yang kurang efektif. Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memastikan
kemahirannya dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik. Justeru itu, pengkaji menganggap
bahawa bahasa Melayu boleh menjadi satu mata pelajaran yang mudah dan digemari
sekiranya pelajar diajar dengan menggunakan kaedah koperatif. Pelajar selalu menghadapi
masalah dalam menguasai kemahiran yang diajar di dalam

bilik darjah kerana

kebanyakkannya telah membina satu konsep dan anggapan yang salah bahawa Bahasa
Melayu adalah sukar.
Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak tahu apa tujuan sebenarnya mereka belajar
Bahasa Melayu, sama ada untuk tujuan peperiksaan semata-mata atau untuk kegunaan
penyelesaian masalah harian dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sering
beranggapan bahawa tidak perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana bahasa
pertuturan harian mereka sudah cukup untuk difahami untuk menyampaikan maklumat.
5

Pelajar yang lemah selalu menghadapi masalah untuk memahami sesuatu kemahiran dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Perasaan takut dan bosan juga selalu menjadi tabiat, khasnya
bagi subjek yang mereka tidak diminati.

Perkara seperti ini sering berlaku di dalam bilik darjah. Lantaran itu, untuk mengatasi
masalah-masalah di atas, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah kooperatif. Dalam proses penulisan,
masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk memulakan penulisan.
Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal
pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun
turut menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).
Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai
keputusan yang baik dalam peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR) mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid cina menyebabkan pencapaian
mereka dalam bidang akademik rendah kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu
dengan baik dan berkesan melalui tulisan. Penutur Bahasa Melayu keturunan cina adalah
yang paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek
tempatan dalam penguasaan bahasa (Abdul Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini disebabkan
struktur bahasa cina berbeza dengan Bahasa Melayu.
Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam
penulisan. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan naik tanpa bantuan guru. Ini
berlaku terutama bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif.
Pemeriksaan terhadap beberapa buah buku karangan yang ditulis oleh murid dan dalam
ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan karangan muridmurid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk
menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam kalangan murid bukan melayu kurang
6

memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi), kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan
sebagainya. Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan
kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas.
Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang
membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan
tugasan (Roselan Baki, 2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih kepada
memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan mengamalkan
pendekatan membincangkan isi untuk menghabiskan sukatan pelajaran Tambahan pula,
suasana dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada
pencapaian akademik semata-mata.

Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan


khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka
maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi,
bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh
mereka. Kawalan begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak bergantung
kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk
mengarang.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK)
dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta. Objektif kajian secara
terperincinya ialah ingin mencapai objektif berikut:-:

1. Untuk mengkaji sikap murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar
dengan menggunakan kaedah koperatif.
2. Untuk mengkaji motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas
diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.
7

3. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan prestasi muridmurid Tahun 5 dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

1.5 Persoalan Kajian


Persoalan kajian merupakan persoalan yang mana jawapannya akan dapat membantu
dalam bidang kajian yang dilakukan kelak. Ia juga merupakan suatu pernyataan yang
mengenalpasti fenomena kajian yang diselidik. Ia ditulis dalam bentuk soalan. Untuk
mencapai tujuan dan objektif kajian, soalan kajian berikut telah digunakan :1. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-murid
Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi muridmurid Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?
3. Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam
penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?

1.6 Kepentingan Kajian

Pembelajaran koperatif di dalam kelas murid-murid dapat mengembangkan minat mereka


terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah ini juga telah membantu mereka untuk
menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu yang
diajar. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat membiasakan diri dalam perbincangan dan
mengeluarkan idea-idea dan pendapat bersama. Murid-murid juga dapat membiasakan diri
dengan berfikiran terbuka dan kreatif. Komunikasi dalam kumpulan telah melatih mereka
menjadi lebih berani dan dapat berinteraksi dengan rakan lain tanpa rasa malu dan segan.
8

Murid-murid dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih seronok tanpa bosan.
Mereka juga dapat melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran seterusnya. Ini sudah
tentu dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada tenaga pengajar untuk menangani
masalah dan tanggapan serta pendapat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu.
Disamping itu kajian ini juga dapat merintis jalan untuk menarik minat dan memotivasikan
murid-murid terhadap Bahasa Melayu. Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid
menyampaian buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003
dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya,
tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan
pantas, namun kita akan tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan
kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji
(Mahrom Mamat, 2000). Justeru, kajian ini diharap dapat memberi maklumat tentang
keberkesanan
kemahiran menulis karangan fakta kepada murid, guru-guru dan juga para penyelidik pada
masa akan datang. Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai
masalah tidak berminat untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam
bilik darjah. Oleh demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di SK Pengkalan Baharu, Kampung Kepayang, Perak
dalam penguasaan kemahiran menulis karangan fakta. Kepada guru-guru Bahasa Melayu,
kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang boleh dicuba dalam pengajaran
menulis karangan Bahasa Melayu.
Justeru, kajian ini diharap akan menjadi satu amalan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan
mencuba kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan
9

pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik. Kajian ini juga diharap dapat
menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang
penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada para
penyelidik.

1.7 Batasan Kajian


Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan murid-murid Tahun 5 seramai 50 orang.
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu, Kampung Kepayang,
Perak. Semua aktiviti kajian dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini hanya tertumpu kepada
kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan satu topik kemahiran iaitu kemahiran
menulis karangan fakta. Soalan- soalan ujian diambil daripada topik yang diajar pada masa
itu.
Namun begitu ada beberapa aspek yang mungkin menjadi penghalang semasa kajian
dijalankan. Antaranya ialah:-

1. Motivasi dan minat murid-murid berbeza.


2. Pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu adalah berbeza.
3. Waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza (pagi / tengahari ).
4. Pelajar mungkin mahir dalam kemahiran menulis jika telah mempelajarinya di kelas
tambahan.
1.8 Definisi Istilah
Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan.
Antara istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:
a. Keberkesanan pembelajaran

10

Perkataan 'keberkesanan' berasal daripada 'kesan'. Kamus Dewan (2002:663) 'kesan'


membawa maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau
keburukan. Manakala 'keberkesanan' membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan
atau perbuatan. Dalam kontek kajian ini 'keberkesanan' bermaksud hasil atau akibat yang
terjadi daripada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan
karangan fakta dalam kalangan murid bukan Melayu.
b. Kaedah Pembelajaran Koperatif

Perkataan 'kaedah' mengikut Kamus Dewan (1993:513) bermaksud cara atau aturan
membuat sesuatu. Selain itu 'kaedah' merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi
mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satusatu

kaedah

itu

(Arbak

Othman,

1989:13).

'kaedah'

juga

membawa

maksud

langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau
bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).

Manakala Kaedah Pembelajaran Koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem
pembelajaran dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid
digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran
ini membolehkan pelajar heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai
matlamat bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan
kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan
kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan -kumpulan murid berkenaan
untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat, pelopor dan seumpamanya.

Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah menguasai literasi membaca dan
menulis. Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran
dan Meja Bulat. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk mencapai
11

matlamat pembelajaran dalam penulisan karangan. Teknik Putaran Giliran (Round Robin),
setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan
mengikut putaran giliran mereka (Kagen, 1994: Zawiyah Abd Shukor, 2001).

Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masingmasing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini
berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan
menjadi lebih jelas dan bermakna. Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli
kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang
dibincangkan. (Kagan, 1994; Zawiah Abd Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan
idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh
ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang
sangat bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran
menulis dengan baik.
Menulis karangan adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi
(Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis
sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas. Menurut Byrne (dalam Robiah
Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan
tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu. Urutan ini
mungkin panjang dan mungkin pendek.
Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas
maksudnya. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan
bahasa dalam menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih
panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan
12

penglahiran idea yang jelas dan tersusun. (Kamarudin Hj. Husin, 1998). Dalam konteks
kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan karangan fakta. Karangan fakta
lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap.

Segala tanggapan yang bertentangan sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan
hujah-hujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat
dengan huraian sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau
ungkapan berwibawa (Roselan Baki, 2003). Dalam konteks kajian ini, karangan fakta
merujuk kepada suatu tajuk perbincangan atau pendapat yang memerlukan fakta atau
hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk menyokong pernyataan.

Rumusan

Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa


sebelum menjalankan sesuatu kajian kita perlulah menyelidik beberapa perkara terlebih
dahulu seperti bidang kajian, sasaran, objektif kajian dan persoalan-persoalan yang perlu
diketahui serta beberapa maklumat lain yang perlu terlebih dahulu agar kajian yang akan
kita jalankan akan mendapat manfaatnya bersama.

13

BAB 2

TINJAUAN LITERATURE

2.1 Pengenalan
Bab ini akan mempersembahkan hasil kajian-kajian yang terdahulu berkaitan dengan
pembelajaran koperatif. Ia juga melihat kelebihan dalam menggunakan kaedah koperatif
untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
melayu. Bab ini juga membincangkan aspek yang berkaitan tinjauan literature seperti teori
yang mendasari pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan, rajah
14

pembelajaran koperatif, ciri-ciri karangan yang bermutu, prinsip-prinsip

pembelajaran

koperatif, kesan pembelajaran koperatif dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan
pembelajaran koperatif.
2.1.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam penulisan bahasa Melayu

Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses menulis
karangan, murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru tidak
membenarkan mereka bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis karangan dalam
bilik darjah. Sauders dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya
bekerjasama dengan rakan sebaya dalam pembelajaran menulis terutamanya untuk
merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama dan menerbitkan bersama.
Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Melayu iaitu
menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk
menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan
secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam
karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis
berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan
kepada murid. Guru dan murid akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah
setiap ahli dalam kumpulan sama-sama mencari isi penting, membuat huraian dan mencari
contoh yang sesuai bagi huraian. Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan penting
untuk menghubungkan orang yang lebih berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang
lebih pintar dengan pelajar yang sedang menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam
Roselan Baki 2003).

Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan
membawa memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan seperti yang terkandung
15

dalam Kaedah Pembelajaran Koperatif. Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip


Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK), pengkaji menggunakan teknik Putaran Giliran.Meja
Bulat dalam penulisan karangan fakta. Dalam teknik ini setiap ahli kumpulan akan
mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut giliran. Dengan proses ini
berlakulah proses pertukaran pandangan antara satu sama lain untuk mendapat idea yang
lebih jelas dan bermakna.

Aktiviti berkongsi maklumat ini dilaksanakan oleh ahli kumpulan agar perkara yang
dibincangkan

itu

menghasilkan

satu

idea

yang

boleh

di

bawa

dalam

bentuk

penulisan.Menerusi teknik ini murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jika
dijalankan dengan sempurna , setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai
sesuatu topik serta berpeluang berkongsi pengetahuan dengan ahli kumpulan yang lain.

Untuk tujuan ini, pelajar perlu memahami topik dan bukan hanya sekadar menghafal sahaja.
Ini akan mengakibatkan pemprosesan yang tinggi, yang meningkatkan daya ingatan dan
seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang baik. Justeru, kumpulan
murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif mencatat pencapaian yang
lebih tinggi berbanding kumpulan yang diajar melalui kaedah tradisional (cheah dan Poon,
1998). Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat berkongsi
kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing.
Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesai
masalah bersama-sama. Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan
pembelajaran koperatif dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Kajian dilakukan terhadap
30 orang pelajar di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Nerang, Kedah. Dapatan kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan karangan.
Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam menulis karangan
sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil hubungan
16

interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya meningkatkan
pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

Rumusan
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif sewktu sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas rawatan. Sikap dan perlakuan mereka didapati mengalami
perubahan menerusi pembelajaran koperatif. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam
segala aktiviti yang dirancang oleh guru kerana mempunyai tanggungjawab untuk
menaikkan imej kumpulan masing-masing. Semangat perpaduan, kerjasama dan saling
membantu amat penting memandangkan kaedah pembelajaran yang menekankan
persaingan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran koperatif juga sesuai
digunakan dalam apa jua mata pelajaran yang hendak diajarkan kepada pelajar.

17

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan
Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian

ini.Aspek-aspek yang dibincangkan ialah reka bentuk kajian, pemilihan sampel kajian,
proses pengumpulan data, dan analisis data yang merupakan aspek-aspek penting yang
menentukan kejayaan kajian ini.
3.2

Reka Bentuk Kajian


18

Kajian ini adalah berbentuk eksperimen yang merangkumi kajian kuantitatif dengan mencari
frekuensi dan peratus. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpul
maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan
menggunakan kaedah koperatif, pengkaji telah melihat sejauhmana keberkesanan kaedah
tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam

bahasa Melayu.

Pengkaji pada mulanya, telah memerhatikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
yang dijalankan di dalam bilik darjah. Selepas pemerhatian tersebut, pengkaji telah
mengedarkan satu borang latar belakang kepada semua murid yang terlibat dalam kajian.
Tujuan utamanya adalah untuk memperolehi maklumat-malumat mengenai latarbelakang
pengetahuan, minat terhadap bahasa Melayu dan juga cara pembelajaran mereka.
Seterusnya satu ujian pra telah diberikan kepada murid untuk mengetahui pencapaian
mereka.

Setelah

mendapat

maklumat-maklumat

yang

diperlukan,

pengkaji

telah

menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif. Sehabisnya pengajaran


penulisan karangan fakta, pengkaji telah memberi satu lagi ujian pos kepada murid untuk
mengetahui pencapaian mereka dengan menggunakan kaedah koperatif. Keputusan murid
telah disemak dan dibandingkan dengan pencapaian mereka sebelum penggunaan kaedah
koperatif.

3.3

Populasi dan Persampelan

Sample yang dipilih terdiri daripada murid Tahun 5 seramai 40 orang di sebuah sekolah
Kebangsaan

Pengkalan

Baharu,Jalan

Gopeng,Kampung

Kepayang,Perak.

Mereka

dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mempunyai tahap kepintaran, sikap dan motivasi
yang lebih kurang sama. Murid-murid ini menghadapi masalah dalam

pembelajaran

khasnya dalam menguasai kemahiran menulis karangan jenis fakta. Oleh itu satu
pendekatan telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran koperatif
digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran koperatif digunakan untuk
19

mengatasi masalah di mana murid-murid sukar untuk memahami kemahiran yang diajar.
Kajian ini lebih berfokuskan kepada pembinaan minat dan motivasi pelajar terhadap
penguasaan kemahiran menulis karangan jenis fakta. Jumlah sample hendaklah melebihi 30
unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sample melebihi 30 unit
(Mohd Majid konting, 2005).

3.4

Kajian Rintis

Secara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, pengkaji
menjalankan aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah belajar secara
kumpulan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran kepada pelajar
tentang kaedah pembelajaran secara koperatif. Peringkat kedua merupakan sesi rawatan.
Jenis rawatan yang diberikan ialah menulis karangan secara kerjasama dan berkongsi idea
atau menulis secara berkoperatif dengan menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja
Bulat. Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan fakta, murid dilatih untuk
bekerjasama memberi pendapat, menghurai isi, memberi contoh bagi isi karangan, dan
membaiki kesalahan
bersama rakan dalam kumpulan. Disamping itu, murid dilatih untuk membanding hasil kerja
sendiri dengan hasil kerja rakan-rakan dalam bilik darjah. Peringkat ketiga dalam
eksperimen ialah setelah selesai menjalani pembelajaran menulis secara berkoperatif, satu
ujian pos diberikan kepada pelajar. Data yang dikumpulkan melalui ujian ini dibandingkan
dengan data yang diperolehi dalam pra ujian untuk melihat keberkesanan KPK ke atas
pengajaran dan pembelajaran ke atas pengajaran penulisan karangan fakta.
3.5

Instrumen Kajian

Pengkaji dalam kajian ini menggunakan empat jenis instrumen untuk menyelidik masalah
yang dihadapi. Ia adalah seperti di bawah:
3.5.1

Pemerhatian
20

Dalam kajian eksperimen ini, pengkaji telah memerhatikan dulu pengajaran dan
pembelajaran Bahasa melayu yang dijalankan di dalam bilik darjah dengan menggunakan
lampiran pemerhatian sebelum memulakan kajiannya. Pemerhatian juga dilakukan
sepanjang kajian ini dibuat dari awal pembelajaran hinggalah di akhir pembelajaran.
3.5.2

Soal Selidik

Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi murid tentang kaedah
pembelajaran koperatif. Satu borang soal selidik telah diberikan kepada setiap kumpulan
murid sebelum memulakan penyelidikan untuk mengukur sikap dan motivasi terhadap
Bahasa melayu dan juga untuk mengetahui latar belakang mereka. Borang soal selidik
kedua pula telah diberikan kepada murid setelah kaedah pembelajaran koperatif
dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah.
Cara ini telah membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan
pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif.
3.5.3

Ujian Pra

Ujian pra ini diberikan untuk mendapatkan gambaran terhadap prestasi pelajar sebelum
pembelajaran koperatif dimulakan dalam penulisan karangan jenis fakta.
3.5.4

Ujian Pos

Ujian pos ini telah diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
menggunakan kaedah koperatif untuk mengetahui keberkesanan kaedah koperatif dalam
pembelajaran. Ujian ini dapat membandingkan-bezakan pencapaian murid-murid tersebut.
3.6

Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, seperti yang telah dinyatakan tadi, untuk pengumpulan data instrumeninstrumen pemerhatian, borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos telah digunakan.
Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid
yang hendak dijadikan sample. Hasil pemerhatian dicatatkan ke dalam borang pemerhatian
21

(Lampiran 1).

Pemerhatian akan dibuat pada aspek-aspek tingkah laku sebelum guru masuk kelas,
semasa guru mengajar, cara mereka menjawab soalan, perasaan apabila diberi kerja rumah
dan juga tingkahlaku apabila guru meninggalkan kelas.

Kajian telah dimulakan dengan pengedaran borang soal selidik (Lampiran 3 & 4)
untuk mengetahui latarbelakang pelajar dan juga minat dan motivasi mereka terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengetahui maklumat tersebut, pengkaji telah mula
mengajar tajuk penulisan karangan jenis fakta kepada murid tersebut dengan menggunakan
kaedah tradisional. Seterusnya satu set ujian pra (Lampiran 5) diberikan kepada mereka
mengenai tajuk yang diajar.

Pencapaian dan prestasi mereka direkodkan Setelah memperolehi data prestasi murid
sample, pengkaji memulakan eksperimennya iaitu penggunaan kaedah koperatif dalam
pengajarannya bagi tajuk yang sama. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah koperatif dijalankan dalam bilik darjah. Murid-murid dibahagikan
kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 7 hingga 8 orang ahli. Ketua
kumpulan telah dilantik bagi setiap kumpulan. Sehingga kajian ini selesai mereka telah
berada dalam kumpulan yang sama semasa mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan.
Pengkaji mengajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pengkaji juga
telah membuat pemerhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlaku dan juga
selepas pembelajaran koperatif (Lampiran 2).

Pemerhatian ini termasuklah kerjasama murid, penglibatan diri dalam perbincanga,


pengeluaran idea dan cara menyelesaikan masalah yang diberikan. Setelah selesai
pengajaran tajuk tersebut, satu set ujian pos (Lampiran 6) telah diberikan kepada sampel
kajian iaitu murid-murid kajian. Pencapaian mereka selepas penggunaan kaedah koperatif
22

juga direkodkan. Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik yang sama sekali lagi
kepada pelajar untuk mengetahui perubahan sikap dan motivasi mereka setelah
penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran. Dengan ini juga dapat dilihat reaksi
murid terhadap cara pembelajaran dan juga kefahaman mereka tentang topik yang diajar.

3.7

Analisis Data

Pengkaji mesti memastikan semua murid menjawab kesemua soalan dalam borang soal
selidik. Pengkaji harus merekodkan setiap aktiviti dan hasil dapatan. Semua ujian pra dan
pos mesti diperiksa untuk mendapatkan markah supaya dapat dibuat perbandingan sebelum
dan selepas kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan. Data yang diperolehi daripada
ujian pra dan pos telah dianalisis secara kaedah kuantitatif dengan mencari frekuensi dan
peratus. Perbandingan antara ujian pra dan ujian pos telah dibuat dengan menggunakan
peratus dan telah dijelaskan dengan lebih terperinci. Dapatan daripada pemerhatian yang
dijalankan telah dihuraikan secara diskriptif.

23

3.8

Rumusan

Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian eksperimen. Sampel kajian adalah terdiri
daripada murid-murd Tahun 5 seramai 40 orang di sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu,
Jalan Gopeng,Kampung Kepayang, Perak. Di antara instrumen kajian yang digunakan
adalah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Data dikumpulkan dan dianalisis
dengan membandingkan keadaan sebelum dan selepas penggunaan kaedah pembelajaran
koperatif. Pengumpulan dan penganalisisan data harus dilaksanakan dengan teratur dan
sistematik supaya pengkaji mendapat maklumat yang tepat tentang kajiannya. Dapatan
daripada soal selidik dan ujian pos adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada
terdapat perbezaan prestasi dalam kalangan murid-murid ini.

24

BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Talib. (ed) (1989). Pengajaran dan pengujian Bahasa: Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Ahmad. (1998). Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap
karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia di Sekolah
Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia,
Serdang.
Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus. Dewan
Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir. Pelita Bahasa. Julai,
18 (7): 12-14.
Atan Long.(1993). Pedagogi am mengajar . Cet. Ke-2. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn.
Bhd.
Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin Tahir (2005). Kesan strategi koperatif dalam meningkatkan tahap pemahaman
di kalangan pelajar tingkatan 1. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak
diterbitkan.

25

Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan koperatif dalam kemahiran menulis bahasa Melayu
di kalangan pelajar tingkatan 2. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak
diterbitkan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga
Peperiksaan Malaysia. (2008). Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.
Khatijah bt Endut. (1997). Satu kajian tentang keberkesanan pembelajaran secara koperatif
dalam pendidikan Islam. Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman ke arah kemantapan
pembelajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Penerbitan UM.
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan.
Pelita Bahasa, Ogos, 14 (08): 44-45.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran menulis: Pengalaman penulis. Bengkel Pedagogi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.
Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Rusnah Hashim (2003). Perlakuan dan proses pengajaran pra menulis karangan dua orang
guru tingkatan 4. UM: Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.
Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar
pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tingkatan 4 di sekolah dalam daerah
Kulim. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

26

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1
BORANG PEMERHATIAN
Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran biasa
sebelum kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap pembelajaran.
Perkara

Nota Pemerhatian
Minat dan suka
Neutral
Tidak suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru


masuk ke kelas
Pemerhatian tingkahlaku selepas guru
masuk ke kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya
soalan
Pemerhatian tingkahlaku bila diberi
tugasan di dalam kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila diberi
kerja rumah
Pemerhatian tingkahlaku bila guru
27

keluar dari kelas setelah


pengajarannya
CATATAN : ___________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Diperhati Oleh :
Tarikh : _________________________________ Hari : ________________
LAMPIRAN 2
BORANG PEMERHATIAN
Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran
kaedah koperatif selepas kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku
terhadap pembelajaran.

Perkara

Nota Pemerhatian
Minat dan Suka
Neutral
Tidak Suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru


masuk kelas
Pemerhatian tingkahlaku semasa guru
masuk kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya
soalan
Pemerhatian tingkahlaku bila diberi
tugasan di dalam kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila diberi
kerja rumah
Pemerhatian tingkahlaku bila guru
keluar dari kelas setelah
pengajarannya

28

LAMPIRAN 3
Maklumat Latarbelakang Pelajar.
Sila tuliskan segala maklumat yang diminta di ruang yang disediakan dan jawab soalansoalan di bawah.
Nama : _________________________________________________
Tahun : _________________________________________________
Jantina : ________________________________________________
Bangsa : _________________________________________________
Umur : _________________________________________________
Keputusan PKSR 1 dalam bahasa Melayu : __________________________________
Pekerjaan Bapa : __________________________________
Pekerjaan Ibu : __________________________________
1.
2

Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu? A. Ya B. Tidak


Siapakah yang akan memberikan sokongan dan galakan terhadap pembelajaran
kamu? A. Ibu bapa C. Guru mata pelajaran B. Rakan D. Diri sendiri

3.

Adakah kamu mengulangkaji bahasa Melayu di rumah setiap hari?


A. Ya B. Tidak C.

Jarang

29

LAMPIRAN 5
UJIAN PRA
Nama : _________________________________________________
Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ]
Arahan soalan Pilih da jawab satu soalan sahaja 1.

Kawasan perumahan kamu mengalami pencemaran baru yang disebabkan oleh longgokan
sampah yang tidak dikutip. Kamu diamanahkan untuk menulis sepucuk surat kepada pihak
yang berkenaan.Tulis surat selengkapnya. 2. Kamu turut serta dalam lawatan muhibbah ke
sebuah sekolah.

Tuliskan laporan hasil lawatan kamu itu.

30

LAMPIRAN 6
UJIAN POS
Nama :___________________________________________________
Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ]
Arahan soalan: Pilih dan jawab satu soalan sahaja.

1.Kamu tidak dapat hadir ke sekolah beberapa hari kerana ada hal yang tidak dapat
dielakkan. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar menerangkan perkara berkenaan.

2. Kamu mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah. Tuliskan laporan


mengenainya.

31

Anda mungkin juga menyukai