Anda di halaman 1dari 58

SABTU, 9 JANUARI 2010

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TATABAHASA DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula
atau peraturan tertentu.

Tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa


-Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain.
-Membolehkan kanak-kanak memahami makna satu perkataan atau ayat dan menganalisa
kedudukkannya.
-Membolehkan menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu.
- Berfaedah kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka. Ini kerana mereka suka belajar
mengikut peraturan tertentu (Mengikut bahasa ibunda mereka).

PANDANGAN SARJANA MENGENAI TATABAHASA

- Tatabahasa perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik.
-Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang.
- Diperkenalkan sebelum kanak-kanak, agar mahir berbahasa dengan baik.
-Mempelajari tatabahasa dan tidak menghafaz peraturan dan undang-undang tetapi berdasarkan contoh
yang sesuai.
-Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapan peraturan dan undang
sesuatu bahasa.

Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i.memahami
dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja
dengan betul; ii.memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul;
i.memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;vi. menggunakan
imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan v.memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN +
FN , dan FN + FK dengan betul.

Aspek tatabahasa

menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang
digunakan. ii. memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks. iii. Tidak
menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa. iv. Diajar secara terancang dalam sesi
pengajaran bahasa. v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.

Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik
dan berkesan. vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk
simulasi secara berkesan. viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-
belok tatabahasa yang hendak disampaikan. viiii. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu. x.
Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks. xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan
untuk pengetahuan dan kefahaman.

1.0 Pendahuluan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, bahasa pengantar utama yang digunakan di
seluruh Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu diwajibkan dalam urusan kerajaan dalam
memartabatkan lagi bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selaras dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata
pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan (KPM,
2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan
berbahasa dan berkomunikasi selaras sebagai bahasa ilmu (KPM, 2001). Pendidikan Bahasa Melayu
berhasrat untuk membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan
pemikiran rakyat, serta berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air.
Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah bertujuan untuk mewujudkan asas semangat
kewarganegaraan yang tinggi dalam jiwa pelajar. Pembelajaran Bahasa Melayu secara formal
kebanyakkan berlaku di sekolah. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa sangat jelas dalam
bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahasa ialah kunci pintu khazanah ilmu manakala bacaan ialah jaminan untuk
mendapatkan ilmu. Melalui bahasa, manusia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, buah fikiran mendapatkan informasi, menambah ilmu
pengetahuan dan sebagainya. Bahasa merupakan pembentung yang di dalamnya terdapat konsep,
nilai dan idea yang diwarisi oleh bangsanya. Bahasa juga menentukan pemikiran sesuatu bangsa.
Oleh itu, bahasa merupakan alat yang memindahkan suatu kebudayaan daripada satu generasi
kepada satu generasi akan datang (Abdullah Hassan, 2002). Sistem bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran merujuk kepada Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan
dan intonasi, kosa kata serta peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis
manakala aspek kosda kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata
pelajaran yang lain pada peringkat rendah. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan pelajar menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan
dalam kehidupan seharian. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan pelajar. Pembelajaran merupakan
satu proses yang mementingkan interaksi empat komponen utama iaitu pelajar, guru, bahan
pembelajaran dan pendekatan. Bahan pembelajaran pada masa kini tidak terhad kepada buku teks
semata-mata. Mengikut kreativiti guru tersebut dalam menggunakan alat teknologi terkini untuk
dijadikan bahan pengajaran dan mampu mengembangkan pemikiran pelajar ke arah pembangunan
insan cemerlang. Bahan pengajaran harus dititikberatkan oleh guru untuk menghasilkan suasana
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan membuka minda pelajar untuk meminati subjek
Bahasa Melayu. Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkatkan dan memperkembangkan
potensi diri dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran berupaya
menambah kemahiran, kebolehan,pengetahuan dan pengalaman pelajar supaya dapat memberi
faedah dan kemajuan dalam kehidupan. Melalui pengajaran akan dapat membantu dan mendorong
untuk bertindak dengan cara yang betul untuk kepentingan diri sendiri, masyarakat, agama dan
negara. Kemahiran membaca merupakan keupayaan pelajar membaca ayat dengan lancar serta
sebutan, intonasi dan jeda dengan betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Melalui
kemahiran membaca, pelajar dapat menggunakan bahan pembacaan untuk dijadikan bahan berbual
sesama mereka. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran bertutur dalam menyampaikan maklumat,
pendapat dan idea yang kritis serta kreatif di dalam bilik darjah. 1.1 Latar Belakang Kajian Kajian
akan dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan masalah guru-guru dalam mendidik pelajar untuk
memahami pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melentur buluh biar dari rebungnya, pihak
Kementerian Pelajaran telah membuat pelan strategik bagi setiap pelajar yang tercicir dalam
berbahasa Melayu dengan betul. Kementerian melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah
menggubal Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi menentukan standard aras seperti yang
dikehendaki oleh pihak kementerian. Selain menekankan aspek kemahiran asas mendengar,
membaca dan menulis, kandungan sukatan pelajaran lebih menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif dan kritis, berkomunikasi dan berinteraksi dalam mengembangkan pemikiran pelajar dalam
Bahasa Melayu. Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada Bahasa
Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata serta
peribahasa yang diajar dalam bilik darjah. Masalah yang paling membimbangkan ialah pelajar kurang
memberi perhatian terhadap guru mengajar kerana guru menggunakan kaedah pengajaran secara
tradisional iaitu bersyarah untuk memberi maklumat. Guru-guru kurang mahir dalam teknik penyoalan
bagi merangsang pemikiran pelajar menyebabkan pelajar kurang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga kurang mengaplikasikan kemahiran berfikir melalui kaedah penyoalan yang
digunakan. Pola soalan yang diajukan kepada pelajar adalah soalan-soalan berasas rendah pada
peringkat pengetahuan. Guru-guru yang berpengalaman lama kurang didedahkan dengan
penggunaan teknologi terkini dan ini merumitkan lagi pembelajaran yang menggunakan teknologi
terkini sebagai tarikan kepada pelajar untuk memberikan sepenuh perhatian. 1.2 Penyataan Masalah
Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Jalan Kuantan-Pekan dengan seramai 10
tenaga pengajar yang ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Modul pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan telah
disahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Modul ini perlu digunakan mengikut tatacaranya oleh
tenaga pengajar bagi memastikan perjalanan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Modul ini
diperkenalkan berikutan daripada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran mendapati
165,000 pelajar di negara ini masih tidak mampu membaca dan 125,000 daripadanya adalah murid
sekolah rendah yang dilaporkan dalam Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Kegagalan dan kelambatan pelajar menguasai kemahiran membaca di peringkat rendah perlu dilihat
dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai bagi mengatasinya. Masalah ini boleh
memberikan kesan yang buruk kepada pelajar daripada segi akademik dan sosial dimana sekiranya
mereka ketinggalan dalam menguasai Bahasa Melayu menyebabkan mereka kurang berminat
dengan matapelajaran yang lain. Seterusnya mengundang kepada masalah yang lebih serius iaitu
tidak suka menghadiri kelas dan selalu tidak hadir ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran
membaca mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata pelajaran yang lain. Sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran sesetengah guru kurang menggunakan teknik penyoalan di dalam
kelas. Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar telah menyebabkan penglibatan pelajar
kurang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memberikan masa yang singkat
untuk pelajar mencari dan memikirkan jawapan. Sesetengah guru akan menghukum pelajar tersebut
dengan berdiri sehingga sesi soalan selesai. Perkara ini akan menyebabkan pelajar kurang untuk
mengikuti mata pelajaran tersebut. Selain itu, guru kurang menekan aspek penglibatan pelajar dalam
mengemukakan soalan iaitu hanya bertanyakan kepada beberapa pelajar sahaja. Masalah
seterusnya ialah kehadiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran membantutkan
guru-guru yang telah lama berkhidmat yang kurang arif tentang penggunaan alat elektronik tersebut.
Sedar atau tidak kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu gelombang yang
telah mempengaruhi pendidikan di negara ini dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah memahirkan diri mereka dengan kemahiran
teknologi maklumat serta dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang terkini yang meliputi bidang
teknologi maklumat dan komunikasi agar objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran pelajar
dapat dicapai. Sewaktu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan
agar guru dapat memberikan penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran secara konstruktivitisme.
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus
belajar sepanjang hayat. Manakala pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan.
Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang
melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan
mereka. 1.3 Kerangka Konseptual Bagi menghuraikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
di sekolah rendah, kerangka konseptual yang sesuai adalah berasaskan kepada model Pendekatan
Bersistem CIPP(Context, Input, Process and Product) dalam rujukan Olivia (2005). Model ini
membincangkan tiga elemen penting berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu penggarisan,
pemerolehan dan penyediaan (Olivia, 2005). Elemen penggarisan memfokuskan kepada informasi
yang dapat ditakrifkan dan lebih spesifik. Elemen pemerolehan melibatkan proses pengumpulan
data, mengorganisasi dan menganalisis penilaian pengajaran dan pembelajaran. Dalam elemen
penyediaan pula merupakan kesinambungan daripada tujuan sistem penilaian dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini merangkumi asas metodologi dalam kajian terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konseptual untuk pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu terdiri daripada empat model iaitu konteks, input, proses dan output. Dalam kajian ini,
konteks melibatkan antara guru-guru dan pelajar manakala input merupakan pelajar sekolah. Proses
pula melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan output ialah hasil pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kaedah pengajaran, sukatan pengajaran dan bahan
pengajaran adalah elemen yang saling berhubung kait untuk memastikan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Manakala penilaian pula merujuk kepada satu sistem
maklum balas yang dapat digunakan untuk menilai perubahan serta memberikan maklumat kepada
guru berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pendekatan
komunikatif, deduktif, induktif dan elektif diukur bagi mengetahui sejauh mana guru-guru
mengaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Perkaedahan merujuk kepada pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran seperti mengajar, latihan, persoalan dan perbincangan yang selalu
digunakan oleh guru-guru. Bahan bantu mengajar ialah bahan yang digunakan oleh guru bagi
membantu pelajar mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Aspek penilaian
pengajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat berkenaan kemajuan dan prestasi pelajar.
Hasil daripada penilaian ini dapat digunakan oleh guru-guru untuk menyediakan alternatif yang lebih
baik bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. 1.4
Objektif Kajian Matlamat matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan
murid yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Usaha ini yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta bertujuan untuk
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia. Antara objektif
kajian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah seperti berikut. i)
Pelajar mampu bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta
menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila. ii) Mengenal pasti sikap guru terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. iii) Mengenal pasti masalah pelajar yang
kelambatan dalam menguasai kemahiran membaca. iv) Mengenal pasti aplikasi dan kaedah yang
sesuai bagi memudahkan guru-guru untuk menyampaikan modul pengajaran dan pembelajaran
kepada pelajar. v) Mengenal pasti kaedah bagi membantu guru-guru dalam menggunakan
sepenuhnya bahan bantu elektronik yang disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 1.5
Soalan Kajian i) Adakah matapelajaran Bahasa Melayu yang disampaikan oleh guru-guru mudah
diterima oleh murid-murid? ii) Apakah punca kepada kegagalan dan kelambatan pelajar dalam
menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu? iii) Adakah guru-guru menghadapi masalah dalam
mengendalikan bahan ilmiah menggunakan peralatan teknologi terkini? 1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam mengatasi masalah pelajar. Kajian ini juga penting dalam melihat
keberkesanan modul-modul yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi mengatasi
masalah kelambatan pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Selain itu, kajian ini dilakukan
kerana dapat menjelaskan kepada guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Diharapkan
kajian ini dapat memberi kesedaran kepada semua pihak akan kepentingan pendidikan yang
sewajarnya kepada pelajar demi masa depan mereka dan memberi sumbangan kepada negara pada
masa akan datang. Dengan kajian ini dapat memberikan jalan keluar kepada masalah yang
membuntukan dan menyelesaikan masalah pelajar dan guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Guru-guru perlu mengetahui jenis bahan, ciri-ciri dan kemahiran
menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti majalah dan bahan bantu mengajar
elektronik seperti televisyen dan komputer. Guru perlu mengikuti perkembangan menggunakan
bahan bantu mengajar yang sentiasa berkembang dengan pesatnya. Sebagai pendidik, guru perlu
menilai kualiti bahan pengajaran yang ingin digunakannya. Melalui kajian ini, semua pihak dapat
meneliti corak pengajaran yang diajar di dalam kelas dan menentukan kaedah yang sesuai sekiranya
untuk membuat perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.7 Batasan Kajian Kajian
ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Jalan Kuantan-Pekan. Setiap kajian
yang dijalankan pastilah mempunyai masalah dan batasan yang terpaksa dihadapi oleh setiap
penyelidik. Kajian ini memerlukan borang soal selidik bagi mendapat jawapan kepada persoalan yang
dikemukan. Borang akan diedarkan kepada respoden iaitu guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu.
Masa yang akan diambil oleh responden mungkin lebih lama kerana soalan yang perlu dijawab
adalah banyak bagi mengungkai permasalahan iaitu mempunyai empat bahagian borang soal selidik.
Jadual kelas yang padat menyukarkan lagi pengkaji untuk memberikan borang soal selidik dan perlu
mencari masa yang sesuai seperti waktu rehat atau selepas sesi persekolahan. Selain itu, kerjasama
daripada semua pihak dalam melakukan kajian ini adalah sangat penting kerana responden yang
akan membantu dalam menjayakan kajian ini. Selain itu, pihak pentadbiran juga memainkan peranan
penting dalam membantu mengeluarkan senarai nama pelajar dan guru bagi memudahkan kajian
dijalankan. Kaedah pemerhatian yang akan dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas amatlah memerlukan kerjasama sepenuhnya oleh guru dan pelajar untuk mendapatkan
data yang lengkap. Selain itu, sesi temu bual bersama guru yang dilakukan selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran tamat. Sekiranya semua pihak tidak memberikan kerjasama yang padu
memungkin kajian ini tidak dapat dijalankan dan mungkin terkandas dipertengahan kajian. 1.8
Definisi Pembolehubah Dalam kajian ini perlulah diterangkan beberapa definisi atau ungkapan yang
mempunyai makna khusus. Terdapat tiga definisi yang perlu diterangkan dalam konteks ini iaitu :
Pelaksanaan Pelaksanaan merupakan kegiatan yang dilaksanakan oleh sesuatu badan atau wadah
secara berencana, teratur dan terarah guna mencapai tujuan yang diharapkan. Pengajaran
Pengajaran merupakan satu bentuk komunikasi kerana melaluinya berlaku proses penyampaian dan
penerimaan maklumat. Proses ini akan menentukan bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
disampaikan kepada pelajar. Pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan
kepercayaan. Pembelajaran juga berkaitan dengan proses belajar. Proses pembelajaran berlaku di
mana-mana tempat dan pada sebarang masa yang tidak ditetapkan tempoh tamatnya.
1.9 Rumusan Rumusan yang dapat disimpulkan dalam bab 1 ini
adalah pengetahuan tentang kepentingan matapelajaran Bahasa Melayu terhadap pelajar melalui
latar belakang kajian, penyataan masalah, soalan kajian dan objektif kajian. Objektif kajian yang
menekankan kepada aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui persoalan, pengkaji cuba untuk mengenalpasti punca sebenar
masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar. Kepentingan kajian adalah untuk dijadikan
rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai
pendidik kepada pelajar dalam pembelajaran kemahiran membaca. Sekiranya seseorang guru tidak
dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat itu tidak
akan berhasil. Diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam
matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Pendahuluan

Tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek yang kering, membosankan, dan
kadangkala menakutkan. Tatabahasa dianggap kering dan membosankan kerana
kononnya tatabahasa hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya dengan
Matematik. Bercakap mengenai tatabahasa seolah-olah bererti bercakap mengenai
soal salah betul penggunaan bahasa semata-mata. Sekian lama pula telah tertancap
pada benak kebanyakan orang bahawa tatabahasa mengekang gaya bahasa dan
kreativiti. Persepsi seumpama semua itulah yang kadangkala menjadikan orang takut,
malah mungkin benci pula akan tata bahasa. Jika timbul rasa takut dan benci,
bagaimanakah tatabahasa dapat menjadi subjek yang menarik di bilik darjah?
Nampaknya tugas pertama saya sebelum memberikan pandangan mengenai kaedah
dan teknik pengajaran tatabahasa yang menarik ialah berusaha membetulkan
anggapan salah mengenai tatabahasa. Kata pepatah Tak kenal maka tak cinta.
Mudah-mudahan dengan mengenal hakikat tatabahasa, tumbuhlah rasa cinta
kepadanya. Teringat pula saya akan satu baris dalam lagu Melayu lama yang berbunyi
Kalau hati sudah suka, semua indah sahaja. Demikianlah mudah-mudahan
tatabahasa akhirnya dapat dilihat sebagai sesuatu yang indah.

Tata Bahasa dan Hakikat Bahasa

Untuk mencapai makrifat bahasa, penting sekali kita mengenal hakikat


bahasa.Hakikat bahasa pada asasnya ialah tatabahasa, dengan pengertian yang lebih
dasar dan luas daripada sekadar subsistem yang terdiri daripada morfologi dan
sintaksis. Tatabahasa yang saya katakan menjadi asas hakikat bahasa ialah suatu
bentuk potensi akliah yang dikurniakan Tuhan kepada anak-anak Adam (manusia)
sewaktu mereka masih di alam roh, sebelum dilahirkan ke dunia (al-Quran, al-Araf:
172). Oleh Chomsky, potensi yang ternurani atau innate ini disebut tata bahasa sejagat
(universal grammar). Potensi ini bukan sahaja dalam bentuk lahiriah yang terdiri
daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana dalam bahasa yang
tertentu, tetapi merupakan satu kemampuan akal yang dapat membentuk unsur-unsur
bahasa yang disebut tadi dalam satu sistem semantik.

Potensi yang disebut tatabahasa sejagat inilah yang menjadi asas bagi semua manusia
berbahasa dalam bahasa masing-masing melalui proses penyesuaian parameter (lihat
Bab 1). Dengan memahami asal usul bagaimana kita berbahasa, terang pada kita
bahawa tatabahasa adalah asas yang memungkinkan kita berbahasa.Adanya
tatabahasa sejagat pada manusia inilah yang memungkinkan manusia menjadi kreatif,
iaitu dapat menghasilkan unsur-unsur bahasa yang tidak terbatas jumlahnya dengan
berdasarkan prinsip-prinsip yang terhad. Adanya tata bahasa ini jugalah yang
memungkinkan bahasa manusia teracu dalam sistem, tidak seperti haiwan yang
biarpun mungkin dapat menguasai sejumlah unsur bahasa, misalnya kata-kata melalui
latihan intensif tetap tidak mampu menyusun kata-kata itu dalam pola-pola yang
bersistem, kreatif, dan berkonteks.

Daripada tatabahasa sejagat, terbina tatabahasa yang khusus bagi sesuatu bahasa yang
tertentu.Maka itu setiap bahasa ada tatabahasanya yang khusus yang perlu dipelajari
apabila orang ingin menguasai mana-mana bahasa.Jadi, adanya konsep tatabahasa
sejagat tidak bererti hanya ada satu tatabahasa yang sesuai untuk semua bahasa
manusia seperti yang disalahfahami oleh setengah-setengah orang.Perihal adanya
kepelbagaian bahasa manusia, yang bererti adanya tatabahasa yang berlainan
dijelaskan dalam al-Quran (surah al-Hujurat, ayat 13 dan surah al-Rum, ayat
22).Oleh itu perlu difahami perbedaan tatabahasa sejagat daripada tatabahasa khusus
bagi bahasa yang tertentu.

Hakikat tatabahasa sebagai tunjang bahasa dapat digambarkan dalam hubungannya


dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa.Representasi bahasa yang
diwakili oleh kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis berasaskan satu
kerangka tersembunyi yang menjadi asas pembentukan pola-pola bahasa yang
bermakna. Kerangka tersembunyi itu tidak lain daripada tatabahasa. Tanpa kerangka
itu, tidak dapat manusia bertutur untuk melahirkan idea dan perasaan kerana kerangka
itulah yang menyusun unsur-unsur pertuturan dalam satu sistem yang teratur dan
bermakna. Demikian juga, tanpa kerangka itu tidak mungkin berlaku proses
pembacaan dan penulisan kerana segala sesuatu tertulis dalam satu sistem yang
menimbulkan makna dan si pembaca perlu memiliki keupayaan menguasai sistem itu.
Orang yang hendak menulis pula perlu mempunyai skema sistem itu dan
menerjemahkannya dalam bentuk-bentuk bahasa yang bermakna.Sesuai kiranya saya
sisipkan di sini konsep tatabahasa (gramatikos) yang ditakrifkan oleh ahli-ahli falsafah
Yunani sebagai seni membaca dan menulis, yang dengan jelas menunjukkan
peranan tatabahasa.

Demikianlah selayang pandang penjelasan mengenai hakikat tatabahasa.Dengan


bertitik tolak daripada hakikat tatabahasa, yang ternyata bukan sekadar sehimpunan
rumus atau aturan bahasa menurut pengertian yang sempit, baharulah sesuai kita
bincangkan soal menjadikan tatabahasa sebagai sesuatu yang penting dan menarik
untuk diajarkan (oleh guru) dan dipelajari (oleh murid atau pelajar).

Pengajaran Tata Bahasa: Penyataan Fenomena

Tata bahasa memang kelihatan kering dan membosankan, baik kepada guru mahupun
murid, jika diajarkan hanya sebagai aturan-aturan, secara didaktik pula.Memang
tujuan pokok kita mengajarkan tatabahasa ialah supaya murid menguasai sistem
bahasa selanjutnya memanfaatkan penguasaan sistem bahasa itu bagi tujuan-tujuan
yang fungsional, seperti pemerolehan ilmu, penghayatan nilai-nilai masyarakat, dan
berinteraksi dengan baik dalam masyarakat.Jadi, terang bahawa pengajaran tatabahasa
ialah prasyarat untuk komunikasi yang berkesan dan juga bagi tujuan pembinaan diri,
terutama melalui pemerolehan ilmu.Pengajaran tatabahasa tidak patut bernoktah
dengan pendedahan sistem semata-mata.Sebaliknya pengajaran tatabahasa hendaklah
dihubungkan secara langsung dengan aspek-aspek fungsionalnya.
Telah dibahaskan dengan panjang lebar oleh ahli-ahli pendidikan bahasa soal tujuan
pengajaran bahasa, termasuk tata bahasa.Sekurang-kurangnya ada empat mazhab yang
dominan dalam hal ini.Yang pertama ialah mazhab tradisionalis yang menekankan
penguasaan rumus-rumus tata bahasa.Yang kedua ialah mazhab strukturalis behavioris
yang menekankan pembentukan kebiasaan berbahasa sebagaimana yang berlaku
dalam masyarakat.Yang ketiga pula ialah mazhab rasionalis yang menekankan
keupayaan bahasa sebagai lawan pelaksanaan bahasa (bentuk unggul bahasa lawan
realiti penggunaannya).Yang terakhir ialah mazhab fungsionalis yang menitikberatkan
fungsi bahasa dalam komunikasi sosial.Keempat-empat mazhab itu mewakili
pandangan dan sikap yang ekstrem sehingga menimbulkan salah faham tentang tujuan
pengajaran bahasa.Tiga mazhab yang pertama dilabelkan oleh mazhab keempat
sebagai model pengajaran kemahiran kerana menekankan penguasaan sistem
bahasa.Sebaliknya mazhab keempat yang mengemukakan model pengajaran
alamiah terlalu cenderung pada aspek praktis sehingga agak mengabaikan
penguasaan sistem pula.

Dua konsep lain yang turut mempengaruhi gaya pengajaran bahasa, termasuk
tatabahasa ialah keupayaan linguistik dan keupayaan komunikatif. Ahli-ahli
pedagogi yang memberikan perhatian berat kepada penguasaan sistem bahasa kurang
atau sama sekali mengabaikan aspek komunikatif bahasa. Dalam hal pengajaran tata
bahasa, penekanan kepada penguasaan rumus-rumus tatabahasa menjadikan guru alpa
menerapkannya dalam konteks penggunaan yang wajar dan sesuai. Yang taksub
kepada penguasaan aspek komunikatif bahasa pula memandang remeh akan ketepatan
bahasa daripada segi rumus tata bahasa. Kesannya ialah bahawa yang pertama gagal
atau kurang berjaya menjadikan tata bahasa sesuatu yang bermakna dalam kehidupan
murid.Yang kedua pula mungkin menarik kerana mengaitkan bahasa dengan
kehidupan sehari-hari tetapi gagal melahirkan murid yang berdisiplin daripada segi
penggunaan bahasa yang gramatis dan bersistem.

Impian kita kini ialah menciptakan dan menemukan kaedah pengajaran tata bahasa
yang dapat mengukuhkan keterampilan bahasa murid daripada segi sistem bahasa dan
juga daripada segi pragmatiknya. Murid yang patut kita bentuk ialah yang menguasai
rumus-rumus tatabahasa secara sedar dan sekali gus dapat menggunakannya untuk
komunikasi dengan pengertian yang luas, bukan sekadar komunikasi biasa yang
ditandai oleh laras bahasa terhad (restricted code) bahkan untuk komunikasi
canggih yang ditandai oleh laras bahasa terbina (elaborated code). Dalam konteks
memenuhi peranan bahasa sebagai wahana pembinaan tamadun, ketrampilan bahasa
yang sewajarnya dimiliki ialah yang dapat memenuhi keperluan aras yang dapat
menjadi wadah pemikiran, ilmu, dan budaya tinggi.
Strategi Pengajaran Tatabahasa
Selaras dengan konsep pendidikan bersepadu yang diamalkan di negara ini sejak
tahun 1988, maka pengajaran bahasa pun tidak boleh lagi diajarkan menurut cara lama
yang memisah-misahkan aspek-aspek yang diajarkan, misalnya antara satu kemahiran
dengan kemahiran yang lain, antara kemahiran dengan sistem bahasa dan sebaliknya,
serta antara kemahiran dan sistem bahasa dengan isi bahasa, terutama ilmu dan nilai.

Strategi pengajaran bahasa Melayu menurut pendekatan bersepadu berasas pada


strategi 2P, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Penggabungjalinan yang asasnya
telah bermula pada lewat 1970-an melibatkan:
a. Penggabungjalinan antara empat kemahiran bahasa, iaitu mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis dengan sekurang-kurangnya dua kemahiran digabungjalinkan.
b. Penggabungjalinan antara kemahiran bahasa dengan sistem bahasa (terutama tata
bahasa) dan sebaliknya.
c. Penggabungjalinan antara peribahasa dengan kemahiran bahasa.

Dalam konteks pengajaran tatabahasa, penggabungjalinan yang berkaitan ialah


penggabungjalinan (b) di atas. Secara ringkas, pengajaran tatabahasa tidak boleh
dipisahkan sama sekali daripada kemahiran. Apabila tatabahasa diajarkan secara
gabung jalin dengan kemahiran, maka dapatlah dielakkan pengajaran yang tertumpu
semata-mata pada rumus-rumus tatabahasa sehingga menimbulkan kebosanan. Tata
bahasa dapat diajarkan bersama-sama dengan aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
dan menulis.Selain tidak membosankan, dapat pula murid memahami penggunaan tata
bahasa secara fungsional dan dalam konteks yang sesuai dan wajar.Hal ini
dibincangkan lebih lanjut dalam pembicaraan tentang pengajaran tatabahasa
terancang.

Strategi penyerapan pula berkaitan dengan gagasan menyepadukan aspek sistem


bahasa dan kemahiran bahasa dengan kandungan bahasa.Dengan perkataan lain,
pendidikan bahasa di samping menitikberatkan penguasaan tata bahasa serta aspek-
aspek sistem bahasa yang lain dan juga penguasaan empat kemahiran bahasa
(mendengar, bertutur, membaca, dan menulis), perlu turut menekankan aspek
kandungan bahasa.

Secara kasar, yang dimaksudkan kandungan bahasa ialah segala maklumat mengenai
kehidupan manusia yang dipelajari dan diwarisi melalui perantaraan bahasa.Dalam
konteks pendidikan bahasa di negara kita, penyerapan melibatkan dua aspek utama,
iaitu ilmu dan nilai.Secara lebih terperinci, ilmu dipecahkan kepada beberapa aspek
lagi, iaitu kandungan mata-mata pelajaran lain, sains dan teknologi, bahasa dan
sastera, budaya dan warisan.Selain itu terdapat pula isu dan hal masyarakat dan
negara, serta isu dan hal ehwal antara bangsa.Nilai-nilai murni pula dibahagikan
kepada 16 nilai utama dengan pecahan-pecahannya.Di samping itu perlu diserapkan
juga unsur kewarganegaraan.

Dengan berdasarkan strategi 2P itu, saya yakin bahawa pengajaran tatabahasa dapat
menjadi sesuatu yang menimbulkan minat guru dan murid, menjadi sesuatu yang
betul-betul bererti, dan sekali gus dapat menghakis anggapan salah bahawa tatabahasa
merupakan bidang yang kering dan tidak lebih daripada sehimpunan rumus. Melalui
strategi penggabung-jalinan murid diasuhkan menguasai tatabahasa sambil melakukan
aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Melalui strategi, penyerapan pula, murid dituntun menguasai tata bahasa
dalam konteks yang bermakna, iaitu sambil mempelajari beraneka maklumat ilmu, hal
ehwal semasa, kegiatan masa lapang, dan nilai-nilai murni. Dengan demikian,
tatabahasa tidak menjadi unsur yang terasing daripada kehidupan sehingga fahamlah
murid mengapa ia perlu mempelajari tatabahasa dan fahamlah juga guru mengapa ia
perlu mengajarkan tatabahasa.

Daripada segi pelaksanaannya, pendekatan bersepadu dalam pengajaran tata bahasa


memerlukan perhatian yang sungguh-sungguh daripada segi perancangan dan
pengajarannya di bilik darjah.

Perancangan

Aspek perancangan yang pertama melibatkan usaha mengenal pasti unsur-unsur


tatabahasa yang perlu diajarkan sepanjang tahun, dengan berdasar pada Risalah
Panduan Pemeringkatan dan Perincian Tatabahasa untuk peringkat sekolah menengah
yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Selanjutnya unsur-unsur
tatabahasa itu perlu dimasukkan dalam perancangan tahunan, penggal, mingguan, dan
akhirnya harian.Kesesuaian unsur tatabahasa tertentu dimasukkan dalam kelompok
kemahiran-kemahiran (kecekapan-kecekapan di bawah setiap kemahiran) bergantung
pada beberapa pertimbangan, iaitu mudah sukarnya dan relevannya dengan bahan
pengajaran.

Aspek lain yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan bahan pengajaran. Bahan
pengajaran yang dimaksudkan ialah yang dapat digunakan untuk menyampaikan
maklumat tentang unsur atau unsur-unsur tata bahasa yang hendak diajarkan.Bahan
di sini tidak patut disalahertikan sebagai perincian unsur tatabahasa, misalnya bentuk-
bentuk kata ganda berserta huraian makna dan contohnya untuk unsur kata ganda
yang menjadi fokus pengajaran.Bahan yang dimaksudkan ialah wadah penggunaan
bahasa yang hendak diajarkan, atau bahan yang dapat dijadikan asas untuk
mencungkil atau meramalkan unsur-unsur tata bahasa tertentu.Bahan yang menjadi
wadah bahasa ialah pelbagai bentuk wacana, sementara yang dapat menjadi asas
mencungkil unsur tata bahasa ialah ilustrasi. Dengan perkataan lain, dapatlah kita
katakan bahan itu sebagai bahan rangsangan.

Beberapa pertimbangan dalam pemilihan bahan untuk pengajaran tata bahasa ialah:
a. Memanfaatkan pelbagai bentuk bahan seperti prosa, puisi dan bahan grafik, sesuai
dengan kepelbagaian konteks penggunaan tatabahasa.
b. Bahan hendaklah meliputi pelbagai bidang ilmu dan maklumat yang sesuai, selaras
dengan konsep penyerapan ilmu.
c. Bahan hendaklah berisi nilai atau nilai-nilai murni, selaras dengan gagasan
penyerapan nilai.
d. Bahan sedapat-dapatnya hendaklah autentik, seperti brosur iklan, berita, borang,
risalah, dan sebagainya.
e. Bahan yang dipilih mestilah bermutu bahasanya, kecuali untuk tujuan analisis
kesilapan.
f. Bahan hendaklah dapat menarik minat murid.

Dengan adanya bahan rangsangan, dapatlah murid diajar tentang tata bahasa dalam
konteks, sama ada konteks ilmu, laras bahasa, mahupun jenis-jenis wacana.
Maksudnya, murid tidak mempelajari tatabahasa tanpa latar.Guru pula dapat
memanfaatkan bahan untuk memberikan contoh unsur tatabahasa yang ada unsur ilmu
dan nilainya.Demikian juga, guru dapat membina latihan daripada bahan
tersebut.Apabila pengajaran guru, termasuk contoh dan latihannya berdasar pada
bahan yang terpilih, maka terlaksanalah pengajaran yang berdasarkan tema.

Pengajaran
Pengajaran tatabahasa di bilik darjah melibatkan pemilihan aktiviti yang sesuai dan
menarik.Pendekatan deduktif yang dilaksanakan dalam bentuk penerangan rumus
tampaknya tidak sesuai untuk pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah. Antara
aktiviti yang dapat menimbulkan minat murid termasuklah:
a. Kegiatan penemuan murid mengesan unsur atau unsur-unsur tata bahasa tertentu
dalam pelbagai wacana seperti dialog, cerpen, rencana, puisi, iklan dan sebagainya.
b. Kegiatan berdialog dan berlakon murid menggunakan pola-pola tertentu yang
sesuai, seperti jenis ayat (ayat tanya, ayat penyata, ayat seruan, ayat permintaan) atau
kata-kata tanya, kata silaan, kata seru, dan sebagainya.
c. Kegiatan mencungkil unsur bahasa daripada visual murid menamakan objek atau
peristiwa, menyatakan sifat atau keadaan, membina ayat daripada bahan tersebut, dan
sebagainya.
d. Kegiatan berpuisi, bernyanyi, dan bercerita murid menghayati unsur-unsur bahasa
dalam bahan dan boleh juga menghasilkan puisi, seni kata, dan cerita.
e. Kegiatan pentomim murid mengagak nama, perbuatan atau sifat, atau mungkin
ayat yang dibayangkan oleh bahasa badan.
f. Kegiatan main peranan murid diletakkan dalam situasi atau konteks yang
sebenarnya dan menggunakan bahasa yang sesuai dengan konteks itu, misalnya
sebagai wartawan ia menggunakan kata tanya dan ayat tanya yang betul (5W + 1H).
g. Kegiatan permainan bahasa murid berteka-teki, menjawab kuiz, meneka nama,
sifat, perbuatan, teka silang kata, melengkapkan peta minda, memadankan unsur
bahasa (seperti subjek-prediket), melengkapkan ayat, menukar struktur ayat untuk
maksud yang sama, dan sebagainya.
h. Kegiatan penyuntingan murid membuat analisis kesilapan dan membetulkan
bahasa pada bahan autentik (termasuk juga karangan murid).
i. Kegiatan penghasilan murid berkreativiti menggunakan unsur-unsur tatabahasa
untuk menulis iklan, moto, slogan, tema, poster, dan sebagainya.

Penutup

Demikianlah secara umum gagasan bagaimana kira-kira tatabahasa dapat diajarkan


dengan menarik.Asas yang saya gunakan ialah pertama-tama sekali menimbulkan
pengertian bahawa tata bahasa ialah bahagian yang penting dalam kehidupan
kita.Oleh itu pengajaran tatabahasa tidak boleh diajarkan secara terasing, melainkan
hendaklah diajarkan dengan strategi penggabungjalinan dan penyerapan.Bagi
memenuhi strategi tersebut, perlu dibuat perancangan yang rapi, terutama daripada
segi pemilihan bahan untuk menunjukkan konteks yang sesuai bagi unsur-unsur
tatabahasa yang hendak diajarkan.Dalam pengajaran di bilik darjah pula, guru perlu
melaksanakan pelbagai teknik dan aktiviti yang dapat merangsang murid sehingga
pengajaran tatabahasa dapat membantu murid menguasai tata bahasa dengan tidak
berasa tertekan atau terpaksa.

1. PENGENALAN
Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang tatabahasa merupakan
aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh guru-guru.Aspek tatabahasa
merangkumi beberapa perkara yang mengajar murid-murid mahir dalam pembinaan ayat,
penggunaan sesuatu perkataan yang sesuai dalam sesuatu ayat serta mengenali pelbagai jenis
ayat dan kata.Itu hanya beberapa perkara yang saya nyatakan kerana dalam Bahasa Melayu
sahaja ada pelbagai lagi aspek yang perlu diajar kepada murid dan murid perlu menguasainya
atau sekurang-kurangnya perlu mengetahui tentang aspek-aspek tersebut.Pengajaran aspek
tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan melalui Huraian Sukatan Pelajaran. Guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu akan mengajar tatabahasa secara langsung dan ada juga secara tidak
langsung. Namun, walau apa juga cara pengajarannya samaada secara langsung atau tidak
langsung, aspek tatabahasa perlu ada dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Ada pro dan kontranya pengajaran secara langsung atau tidak langsung itu kerana apa
juga pengajaran mata pelajaran itu akan menghadapi masalah. Dari segi pronya, murid akan
dapat menjana minda mereka secara automatik jika guru mengajar secara langsung. Murid akan
mengetahui dan menyedari bahawa guru sedang mengajar tatabahasa contohnya membina ayat
penyata atau ayat tanya. Manakala dari segi kontra pula, murid akan menjadi malas untuk
berfikir sendiri kerana guru perlu menerangkan satu persatu. Berlainan pula jika pengajaran
tatabahasa itu diajar secara tidak langsung. Sudah tentulah kebaikannya, guru dan murid akan
dapat mengaitkan pembelajaran tersebut dengan situasi sebenar seperti contohnya, pembinaan
ayat secara lisan tanpa ditulis dan ini akan membantu murid-murid dalam meningkatkan
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mereka. Ironinya, terpulanglah kepada
guru-guru itu melaksanakan pengajaran aspek tatabahasa ini secara langsung atau tidak langsung
asalkan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa perlu digunapakai dalam menentukan
keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Menurut Kamus Dewan (1984:
1056), prinsip mendukung makna asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian
atau tindakan sesuatu teori. Maka dengan itu, sesuatu teori itu adalah penentu apakah prinsip
yang harus dipegang dalam pengajaran. Dengan berpegang serta mengaplikasikan prinsip-prinsip
pengajaran tatabahasa, maka sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih berkesan
dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran yang ingin
disasarkan oleh guru. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa adalah pelbagai dan terpulang
kepada guru itu dalam mengaplikasikannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa.Apapun teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru, yang pasti prinsip-prinsip
pengajaran perlu diutamakan agar penyampaian aspek tatabahasa dalam pengajaran dapat
mencapai objektif. Penting agar semua guru dapat menggunakan prinsip-prinsip yang ada dalam
pengajaran tatabahasa bagi membantu murid lebih memahami apa itu tatabahasa kerana
pembelajaran tatabahasa bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi murid perlu mengetahui
banyak perkara melalui tatabahasa seperti penggunaan tanda bacaan yang betul dan tepat pada
ayat selain dapat membantu murid membezakan jenis-jenis ayat. Prinsip-prinsip pengajaran
tatabahasa ini juga boleh diperoleh seterusnya digunapakai berdasarkan teori-teori pembelajaran
seperti Behavioris.Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini penting sebagai garis panduan dalam
pengajaran tatabahasa agar guru dapat mencapai objektif dengan cemerlang.Selain berdasarkan
teori-teori pembelajaran, prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa juga adalah daripada prinsip-
prinsip umum pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

2. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DI


PERINGKAT SEKOLAH

Pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu di peringkat sekolah mementingkan penguasaan murid


terhadap beberapa perkara asas seperti pembinaan ayat yang betul dari segi konteks dan
situasi.Selain itu, murid juga perlu didedahkan kepada beberapa jenis ayat, penggunaan tanda
bacaan, penanda wacana, simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya lagi serta murid dapat
menguasainya dengan baik.Pengajaran tatabahasa ini memerlukan beberapa prinsip yang perlu
dijadikan sebagai garis panduan agar guru dapat mengajar dan mencapai objektifnya sementara
murid dapat menguasai tatabahasa.Berikut adalah beberapa prinsip umum dalam pengajaran
tatabahasa Bahasa Melayu.
Prinsip pertama pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ialah, guru perlu membuat perancangan
yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam aspek
tatabahasa yang ingin disampaikan kepada murid. Guru perlu menyediakan satu Rancangan
Pengajaran yang berkesan dan sesuai dalam pengajaran tatabahasa. Melalui Rancangan
Pengajaran ini guru dapat merancang beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai dengan aras murid-
murid di dalam kelas yang berbeza-beza selain memanfaatkan masa yang diberikan adalah
mencukupi untuk setiap aktiviti yang dirancang oleh guru itu. Contohnya Kuiz Membina Ayat
atau perbincangan kum pulan membina ayat. Lazimnya, dalam penyediaan Rancangan
Pengajaran ini, guru perlu memfokuskan beberapa perkara agar dapat mencapai target atau
objektif pengajarannya sekurang-kurangnya tiga daripada lima atau dua daripada tiga objektif
yang ingin dicapai. Guru juga perlu sedar bahawa perancangan yang rapi itu akan dapat
menjamin keberkesanan penyampaian seorang guru dengan lebih bermakna dan berkesan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik dengan perkembangan idea oleh
guru sebelum memulakan pengajaran.
Prinsip yang kedua ialah, guru perlu memulakan proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
daripada yang mudah kepada yang lebih susah atau lebih kompleks. Guru perlu mengelakkan diri
daripada mengajar atau mendedahkan murid kepada sesuatu yang kompleks terlebih dahulu
apatah lagi jika ianya berkaitan dengan tatabahasa. Pengajaran secara berperingkat daripada
senang kepada susah merupakan satu langkah yang bijak kerana murid perlu memahami terlebih
dahulu konsep tatabahasa yang diajar kemudian barulah mereka dapat mengaplikasi dan
memahaminya. Selain itu, prinsip ini turut bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya
kekeliruan dan kesukaran kepada murid dalam memahami isi pelajaran tatabahasa yang
disampaikan oleh sesorang guru itu. Tambahan lagi, di dalam bilik darjah itu pula murid-
muridnya adalah terdiri daripada pelbagai tahap atau aras kecerdasan mereka, iaitu ada murid
yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan mudah dan cepat manakala ada pula murid
yang lambat (slow learner) dalam memahami atau menguasai tatabahasa. Oleh sebab itu, adalah
penting agar guru menyampaikan isi pelajaran tatabahasa itu bermula dengan perkara-perkara
asas dan yang mudah difahami oleh murid.
Prinsip ketiga pula ialah, persediaan oleh guru terhadap murid-murid dengan latih tubi dalam
jumlah yang memadai atau banyak.Melalui latih tubi ini, murid bukan sahaja dapat memahami
dan menguasai aspek tatabahasa dengan baik, malahan murid-murid dapat membantu diri mereka
dalam memperkayakan lagi kosa kata.Kosa kata pula merupakan salah satu daripada aspek
tatabahasa.Latih tubi ini boleh diberikan oleh guru samaada pada penghujung sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas ataupun sebagai kerja tambahan kepada murid ketika berada di
rumah. Latihan latih tubi yang disediakan oleh guru kepada murid-murid boleh dibuat sama ada
dalam bentuk tulisan ataupun lisan yang mampu mengekalkan ingatan murid-murid terhadap
aspek tatabahasa yang mereka pelajari dengan lebih kukuh lagi. Bagi pihak guru pula, latihan
latih tubi ini pula berfungsi sebagai alat yang akan mengesan kesilapan-kesilapan yang dilakukan
oleh murid-murid. Maka, dengan adanya alat ini, bolehlah guru-guru membuat atau melakukan
tindakan yang sewajarnya dalam membantu murid-murid tersebut, yang sudah dikenalpasti
mempunyai kelemahan untuk dibantu agar dapat menguasai aspek tatabahasa dengan lebih baik
lagi.
Prinsip yang keempat dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ini ialah, pengajaran secara
konkrit dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan bahan rangsangan lain yang
sesuai serta menarik dan berkesan. Penggunaan BBM dan bahan rangsangan lain yang sesuai ini
bertujuan untuk menarik minat murid-murid agar lebih fokus terhadap isi pelajaran mengenai
tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran pula tidak
akan membosankan dengan adanya BBM yang menarik utnuk digunapakai sepanjang sesi
berlangsung. Secara tidak langsung, murid akan lebih tertarik serta menambah atau
meningkatkan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran mengenai tatabahasa. Bagi guru pula,
faedah penggunaan BBM ini bukan sahaja mampu menarik minat murid untuk belajar tatabahasa
tetapi juga bahan-bahan tersebut dapat membantu guru-guru dalam proses penyampaian isi
pelajaran kepada murid. Ia membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah serta dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.
Prinsip seterusnya ialah, guru perlu mahir tentang selok-belok aspek tatabahasa yang ingin
diajarkan.Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru Bahasa Melayu yang ingin mengajar
tatabahasa itu supaya mengenalpasti struktur isi pelajaran dengan lebih jelas sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran.Apa yang pentingnya mengenai prinsip ini ialah, sebagai
seorang guru, adalah amat penting agar guru dapat mengelakkan diri daripada menyampaikan
atau memberikan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan
oleh guru itu adalah bersesuaian serta menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan
dalam pemahaman murid dalam sesi pembelajaran tatabahasa. Sekiranya maklumat yang
disampaikan itu bercanggah atau tidak menepati dan tidak bersesuaian dengan kehendak Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu, adalah menjadi kesalahan kepada guru yang mengajar itu kerana
setiap isi pelajaran adalah berasakan kepada garispanduan yang diberikan oleh Kementerian
Pendidikan itu sendiri. Murid bukan sahaja keliru atau mendapat maklumat yang salah, malah
guru tidak akan dapat mencapai objektif pengajaran yang disasarkannya.
Prinsip keenam pula ialah berkaitan dengan rumus atau hukum bahasa yang terdapat di dalam
aspek tatabahasa.Seperti mata pelajaran Sains atau Matematik yang mempunyai rumus atau
hukum-hukum tertentu, tatabahasa Bahasa Melayu juga tidak terlepas daripada rumus atau
hukum bahasa.Jika Sains dan Matematik menggalakkan agar rumus atau hukumnya perlu dihafal
agar senang mengingatinya, berbeza dengan rumus dan hukum bahasa yang tidak menggalakkan
agar murid-murid untuk menghafal rumus dan hukum tersebut.Sudah memadai sekiranya murid-
murid hanya perlu memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana sudah
menjadi prinsip dalam pengajaran tatabahasa yang turut menekankan aspek tatabahasa itu perlu
diajar secara sistematik atau terancang.Selain itu, pengajaran aspek tatabahasa ini juga diajar dan
digunakan mengikut kesesuaian atau dalam konteks situasi sebenar harian murid-murid.
Sekiranya apa yang diajarkan itu diaplikasikan oleh murid dalam situasi sebenar, maka lebih
mudah dan senanglah murid-murid memahami seterusnya dapat menguasai aspek tatabahasa
dengan baik.
Prinsip seterusnya pula ialah proses menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa itu mengikut
konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Lazimnya, sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu tidak akan lari daripada penggunaan petikan sebagai BBM. Dengan penggunaan
petikan ini maka guru perlu mementingkan makna serta aspek tatabahasa yang terdapat di dalam
petikan yang digunakan. Guru perlu mempastikan penggunaan aspek tatabahasa mengikut
konteks berdasarkan petikan yang digunakan itu. Guru perlu tahu bahawa pemahaman dan
penguasaan adalah sangat penting terhadap aspek tatabahasa kerana ia terdiri daripada
kepelbagaian hukum-hukum bahasa serta beberapa peraturan atau undang-undangnya yang akan
dapat membantu murid-murid menguasai aspek tatabahasa itu dengan lebih baik lagi.

3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU BERKAITAN


PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG

Tarikh : 28. 06. 2013


Hari : Jumaat
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 8.10 9.10 pagi (60 minit)
Kelas : Tahun 5
Bilangan pelajar : 29 orang
Tajuk : Pesan Nenek

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir proses pembelajaran, murid akan dapat :
1. Melaksanakan sesuatu arahan dengan tindakan yang wajar
2. Membina ayat perintah dengan betul
3. Menjawab dengan betul empat daripada lima soalan kefahaman.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :


Murid sudah pernah diarah melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti

Fokus Utama :
Langkah / Isi Aktiviti Catatan
Masa Pelajaran P&P

Set induksi 1.Permainan : 1. Guru meminta ketua Nilai:


(5 minit) - Menyampaikan maklumat kumpulan tampil ke depan -Yakin
2. Sampul Rahsia untuk mencabut pesanan yang
terdapat di dalam sampul Kemahiran Berfikir:
rahsia. -Menjana idea
2. Ketua kumpulan diberi masa
mengingati maklumat dan BBM:
menyampaikan pesanan kepada -Kad ayat
setiap ahli kumpulan.
3. Ahli kumpulan terakhir akan
menyatakan maklumat yang
diterima.
4. Guru mengaitkan set induksi
dengan isi pelajaran pada hari
ini.

Langkah 1 1.Permainan : 1. Guru meminta ketua Kemahiran Berfikir:


(15 minit) - Pesan Nenek membuat kumpulan tampil ke depan -Menjana idea
simulasi berdasarkan situasi yang untuk mencabut sampul rahsia -Menganalisis
dipilih yang mengandungi kad situasi.
2. Simulasi 2. Berdasarkan situasi yang Nilai:
diberi, murid diminta membuat -Berani
simulasi terhadap arahan yang
tertera pada kad situasi. BBM:
3. Guru membimbing -Kad situasi
perbincangan murid.

Langkah 2 1.Tatabahasa : 1. Berdasarkan simulasi yang Nilai:


(10 minit ) - Ayat Perintah dilakukan, murid diminta -Rajin
membina 2 ayat perintah yang
mengandungi adegan simulasi Kemahiran Berfikir:
2. Guru membimbing tugasan -Menganalisis
murid.

Langkah 3 1.Perbincangan Kumpulan: 1. Guru meminta ketua Kemahiran Belajar


(15 minit) - Membina 4 ayat majmuk yang kumpulan tampil ke depan Cara Belajar :
mengandung kata perintah untuk mengambil kertas manila -Perbincangan
2. Pembentangan dan pen marker.
2. Guru memberi arahan tajuk BBM:
perbincangan -Kad Manila
3. Guru membimbing -Pen marker
perbincangan murid
4. Wakil setiap kumpulan akan Kemahiran Berfikir:
membentang hasil -Menjana idea
perbincangan
Nilai:
-Berani

Langkah 4 1.Soalan kefahaman 1. Murid dipilih secara rawak Nilai:


(10 minit) untuk mengedarkan lembaran -Rajin
kerja
2. Guru meminta murid BBM:
menjawab soalan kefahaman -Lembaran kerja
3. Guru membimbing tugasan
murid-murid. Kemahiran Berfikir:
-Menjana idea

Penutup 1.Rumusan 1. Guru merumuskan pelajaran Nilai:


(5 minit) pada hari tersebut -Patuh
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara

Aras 3
i. Meneliti arahan dan pesanan untuk membuat tindakan wajar

Fokus Sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk

Aras 1
i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat

Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Ayat Perintah

Pengisisan Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Berani, Rajin, Patuh, Kerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah:


Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menganalisis
Kemahiran Belajar Cara Belajar : Membaca, perbincangan
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal
Kontekstual : Menghubungkait pengalaman dengan pembelajaran

Bahan Bantu Mengajar (BBM):


Lembaran kerja, kad manila, kad situasi, pen marker, kad ayat
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SEMASA PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA

Proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa merupakan satu proses yang berterusan
dilakukan oleh guru sekiranya guru ingin mempastikan murid-murid memahami dan dapat
mengaplikasikan tatabahasa dengan betul. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah berlangsung, tugasan guru lebih mencabar kerana dia perlu berkebolehan dalam
mengaplikasikan teknik-teknik dan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa agar murid dapat
memahami tatabahasa dengan lebih baik. Namun, tidak dinafikan bahawa, setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran itu pasti akan timbul beberapa masalah yang dihadapi oleh guru ataupun
murid. Berikut saya nyatakan, beberapa masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini.
Masalah yang pertama ialah, kesalahan penggunaan imbuhan.Dalam pengajaran aspek
tatabahasa, elemen seperti imbuhan itu adalah sangat penting untuk dikuasai oleh murid-murid
agar mereka tidak terpengaruh dengan bahasa pasar atau bahasa campuran yang tidak sesuai
digunakan ketika berada di dalam acara atau majlis formal. Dengan menguasai atau memahami
aspek imbuhan, murid akan dapat menambahkan lagi pemahaman orang lain berkaitan ayat yang
dituturkan atau yang disampaikan oleh mereka. Kadangkala, masalah berkaitan imbuhan ini
bukanlah berpunca daripada pengajaran oleh guru itu tetapi lebih kepada murid yang kurang atau
tidak memahami konsep penggunaan imbuhan di dalam ayat.Kita sedia maklum bahawa, dalam
imbuhan itu wujudnya kata dasar.Tujuan penambahan imbuhan terhadap kata dasar itu pula lebih
kepada membezakan maksud ayat yang menggunakan kata dasar itu. Contohnya,penggunaan
kata pakai. Jika kita meletakkan imbuhan di hadapan kata tersebut, iaitu imbuhan awalan di-,
maka katapakai tadi akan menjadi dipakai. Contoh penggunaannya dalam ayat ialah, kasut hitam
itu dipakai oleh Liza. Contoh seterusnya meletakkan imbuhan pada belakang kata dasar
iaitu imbuhan akhiran -kan dan menjadi pakaikan. Contoh dalam penggunaan ayat ialah,
Pakaikan dia baju itu, kata ibu kepada Amin. Manakala penggunaan imbuhan pada awalan dan
akhiran kata dasar pakai ialah imbuhan apitan di kan menjadi dipakaikan. Contoh
penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut, robot itu dipakaikan dengan sut yang
mewah. Ada dikalangan murid yang tidak tahu membezakan penggunaan perkataan berimbuhan
tersebut di dalam ayat yang mereka bina. Lazimnya masalah ini hanya berlaku dikalangan murid-
murid yang lembab atau slow learner dan juga murid di kelas Pemulihan. Bagi kes seperti ini,
guru perlu bijak menanganinya dengan memberikan seberapa banyak latihan latih tubi berkaitan
dengan imbuhan agar murid tersebut dapat memahami konsep imbuhan dengan lebih baik
lagi.Selain memberikan latihan latih tubi yang berterusan, guru juga perlu menggunakan kaedah
secara lisan untuk melatih murid agar dapat menguasai atau sekurang-kurangnya tahu
menggunakan imbuhan dengan baik.
Masalah yang kedua pula ialah, kesalahan penggunaan kata hubung. Murid-murid akan berasa
sukar untuk mengikis kebiasaan mereka menggunakan kata hubung dalam pertuturan atau
perbualan dalam situasi formal dengan penggunaan ayat yang betul. Dalam kata hubung, konsep
yang perlu diketahui dan difahami oleh murid ialah, fungsi kata hubung itu iaitu sebagai
penghubung atau penyambung kepada dua atau lebih lebih sama ada perkataan, frasa, klausa atau
ayat untuk menjadi satu ayat sahaja. Namun, kebanyakan murid lebih suka menggunakan kata
hubung contohnyayang. Ada murid lebih suka dan selesa menggunakan
perkataan yang diletakkan pada permulaan ayat semasa bertutur ataupun ketika menjawab soalan
kefahaman.Oleh itu, untuk mengurangkan kebiasaan ini seterusnya menghilangkannya sekaligus
daripada keterbiasaan, guru perlu bijak memainkan peranan sebagai pembimbing murid-murid
untuk menggunakan kata hubung dengan betul, sesuai dengan fungsinya sebagai penghubung
kepada dua ayat untuk dijadikan kepada satu ayat sahaja. Guru perlu memperbanyakkan latih
tubi berkaitan dengan kata hubung agar murid dapat menguasai seterusnya mengaplikasikan
penggunaan kata hubung yang betul sama ada ketika bertutur mahupun menjawab soalan
kefahaman.
Masalah yang ketiga ialah, masalah yang berkaitan dengan kesalahan penggunaan aspek frasa
nama, frasa kerja dan frasa sendi nama. Apabila murid mempelajari aspek tatabahasa yang
berkaitan dengan kata nama seperti tempat atau arah selain kata kerja atau adjektif, murid akan
mengalami kesukaran untuk menyesuaikan ayat dengan situasi atau sukar membina ayat yang
betul dan tepat jika terdapat elemen-elemen tersebut. Contohnya, jika di dalam ayat itu ada
menunjukkan arah atau tempat, maka murid perlu menjarakkan kata imbuhannya. Contohnya di
sini, di sana, di dalam, ke Komplek Sukan, di Kedai Serbaneka. Begitu juga dengan dengan ayat-
ayat yang melibatkan penggunaan kata sendi.Murid juga mengalami masalah untuk membina
ayat dengan baik. Guru perlu menerangkan kepada murid satu persatu mengenai maksud dan
fungsi frasa-frasa tersebut kerana dengan penerangan yang diberikan sebelum meminta murid
membina ayat, maka murid akan lebih mengetahui dan memahami konsep frasa-frasa tersebut.
Selain latih tubi yang berterusan sama ada ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan
pembelajaran, guru juga perlu meminta murid untuk membina ayat secara lisan sebagai latihan
kepada mereka untuk mengaplikasikan frasa-frasa tersebut serta tahu membezakannya mengikut
fungsinya.
Manakala masalah yang keempat pula ialah, masalah penggunaan sendi nama. Penggunaan kata
sendi nama seperti di, ke, kepada, daripada, pada, bagi, tentangjuga adakalanya mengelirukan
murid. Masalah keliru dan tidak tahu menggunakan kata sendi mana yang harus digunakan
sering membelenggu murid dalam menghasilkan ayat yang betul. Oleh itu, penerangan daripada
guru mengenai fungsi dan konsep penggunaannya adalah sangat penting agar murid
mengetahuinya serta dapat membantu murid menguasai atau memahami penggunaan sendi nama
di dalam ayat yang mereka bina. Guru perlu memperbanyakkan latihan latih tubi tatabahasa
berkaitan sendi nama agar murid dapat membezakan fungsi dan konsep antara pada,
kepada dan daripada dan sebagainya lagi. Latihan lisan juga penting agar murid dapat
membiasakan diri menggunakan kata sendi nama yang sesuai untuk digunakan dalam perbualan.
Malah, murid juga perlu digalakkan membina ayat setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat
dalam sehari sebagai latih tubi untuk mereka menguasai dan memahamai aspek tatabahasa
tersebut.
5. PENUTUP

Secara amnya, proses pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu proses yang
berterusan, sama ada ia disampaikan atau diajarkan baik secara langsung mahupun secara tidak
langsung dan perlu mengikut prinsip-prinsip pengajarannya agar apa yang disampaikan oleh
guru itu dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan lagi. Murid bukan sahaja dapat
memahami malah dapat mengaplikasikan aspek tatabahasa ini dengan baik sama ada dalam
pertuturan secara lisan mahupun secara bertulis. Perancangan lebih awal oleh guru adalah
penting agar guru dapat memikirkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan serta menarik melalui Rancangan Pengajaran Harian. Walaupun setiap proses
pengajaran itu akan berhadapan dengan masalah terutamanya berkaitan dengan murid, namun
sebagai seorang pendidik, guru perlu lebih kreatif dan terbuka dalam mengajar murid aspek
tatabahasa ini agar dapat mencapai objektif. Guru juga perlu memikirkan langkah-langkah untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan memikirkan cara yang sesuai agar murid
sekurang-kurangnya dapat memahami konsep sesuatu elemen tatabahasa itu.
Posted by Azrin Gambit at 05:27

PENGENALAN

Penulisan karangan adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga ia dijadikan
satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat sekolah rendah
atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996: 192) memetik pendapat Loban menyatakan
bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
dan akhir sekali ialah kemahiran menulis. Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
penulisan karangan bagi semua peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.

Kemahiran mengarang ini amat disedari oleh para pendidik dan pengkaji bahasa. Ianya perlu
dipelajari dan dilatih sebagai aset penting yang perlu dimiliki oleh setiap murid dalam mengharungi
dunia moden hari ini. Ini jelas kelihatan mencakupi ruang litup dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan
sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat-
menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada
dalam bentuk yang kreatif (kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah.

Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak Haron (1979)berpendapat penulisan
karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa,
dan ayat, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya yang terdapat dalam
pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa (Awang
Mohamad Amin, 1983:188).

Ketrampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat sekolah rendah
sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan negara.Ini kerana semua mata pelajaran
memerlukan kecekapan dalam pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam bentuk tulisan. Marohaini
Yusoff (1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih
tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang, dan tidak kepada
aspek-aspek penggunaan bahasa yang baik serta teknik-teknik mengarang yang berkesan. Selain
keperluan berfikir untuk mendapatkan isi, pelajar juga tidak diajar bagaimana untuk berfikir bagi
menghasilkan cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej atau idea.

Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh manusia untuk
melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Malah di dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan
wajib bagi selain daripada kemahiran membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen
pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul pembelajaran di alaf baru ini.

Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan pendidikan


Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran prestasi dan keupayaan
murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca memerlukan kaedah yang spesifik
dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh. Proses menulis adalah proses berterusan yang
tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah tetapi berlangsung sepanjang hidup.

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung, menyusun dan
mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan lisan seperti kuliah dan
syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh yang sekata seperti minda, mata dan
tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau
perenggan yang lengkap yang kemudiannya memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau
idea untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika perlu.

Menulis juga adalah proses merekod bahan-bahan ujuran ke dalam bentuk tulisan berdasarkan
pendapat, idea dan pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik yang disusun menjadi
lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan bahasa dan gagasan. Penulisan
yang tersusun akan memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan
pendengarnya.
Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses
menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik yang
digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita bercakap sehingga
dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk
disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W yang dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi
kebaikan kepada umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah berlalu.

Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons (1995: 253) mengatakan bahawa penulisan bukanlah
bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa dengan tanda yang dapat dilihat.Tanda-tanda yang dapat dilihat
itulah yang dinamakan simbol atau huruf yang disatukan sehingga menjadi perkataan yang membawa
makna. Beliau juga mentakrifkan penulisan ialah bahasa yang disampaikan melalui bunyi atau grafik
malahan melalui cara yang tidak terhingga banyaknya.

2. DEFINASI WACANA

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa


Inggeris.Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983: 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-
kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan.Hubungan secara umum, terutama
sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta
khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993: 1484 bermaksud ucapan,
pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana.Retorik menjadi komponen yang penting
bagi wacana.Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan
kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat.Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah
diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada heirarki
yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut:

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat
yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah
meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007),wacana membawa maksud keseluruhan tutur
kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut
pendapat Harimurthi (1982)pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.
Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk
Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana
itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang
di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut
beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa


mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad.Walaupun begitu, sejumlah ayat tertentu hanya membawa
satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk satu fokus pemikiran
yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. Selain itu, wacana juga boleh disebut
sebagai rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga menjadi satu
bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah, buku seminar, bengkel, forum dan
sebagainya.

Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu wocono atau woco yang membawa maksud
baca. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis iaitu:

a) Wacana Jenis Lisan

b) Wacana Jenis Tulisan.

a) Wacana Jenis Lisan

Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga
pendengar.Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara
langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah,
ucapan, khutbah dan sebagainya.Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya
kenapa tidak hadir ke kelas.

Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam
menyampaikan sesuatu maksud.Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain
daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan menggunakan wacana
yang betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh
orang lain. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa
dengan betul ketika bercakap.

b) Wacana tulisan
Wacana Jenis Tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan melibatkan hubungan
antara penulis dengan pembaca.Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak
langsung. Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel, surat rasmi yang
ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya.

Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri buku.
Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam
penghasilan penulisan atau pengucapan.

Sesebuah wacana tulisan yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea.
Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu
perenggan dengan satu perenggan, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk
memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh.

3. DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan yang terancang juga dapat membantu murid-
murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan maknatatabahasa (Arbak Othman
1985:19). Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan
dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi
menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran
tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka.Pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan
berkesan. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek
tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain.

Menurut Abd.Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid


berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran
berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini dalam
pengajaran tatabahasa adalah untuk memastikan murid akan belajar dan menguasai tatabahasa wacana
dalam penulisan karangan sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang
ditetapkn (Awang Sariyan, 2004:194).

4. STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH


Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan
mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan inilah yang membuatkan
sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah
sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan
tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah
mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana
yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan
disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang
dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh
digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan
menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca
akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan itu.

Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa
Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun
penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu
sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi:

a) Cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat.

b) Pembahagian perenggan.

c) Penggunaan kosa kata.

d) Penggunaan bahasa secara keseluruhan.

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan cara-cara meningkatkan


kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan. Penggunaan wacana yang
lemah akan menjejaskan kualiti sesebuah karya. MenurutKamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku
HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open University
Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha
menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.

Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau
karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih
bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi mendapatkan
idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik
untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka nanti.

Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan
yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami fungsi penanda wacana
yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti.(Kamarudin Hj. Husin, 1988), menyarankan agar
seorang guru sentiasa memberi perhatian dalam beberapa perkara dalam mengajarkan penulisan iaitu:

a) Sebelum Penulisan

I. Murid perlu memahami format karangan dan apakah yang diinginkan dalam soalan.

II. Mengetahui maklumat penting dalam soalan atau kata kunci .

III. Menjana idea isi penting dan seterusnya membina draf karangan .

IV. Memastikan tiga aspek utama penulisan di patuhi iaitu, pendahuluan, isi dan penutup. Kebiasaannya
setiap karangan perlu mempunyai satu perenggan pendahuluan, empat perenggan isi dan penutup.

b) Semasa Penulisan

I. Memastikan format yang perlu di patuhi

II. Membuat huraian berdasarkan isi karangan/kerangka penulisan.

III. Menulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dua atau tiga baris ayat.

IV. Setiap isi seharusnya di nyatakan dengan jelas beserta huraian dan contoh.

V. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada karangan

4.1 MENULIS PENDAHULUAN

Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan


dalam bahagian isi. Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula
dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca
untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan
ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.

Perenggan pendahuluan perlu memperkenalkan tajuk karangan kepada


pembaca.Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang
berkait rapat dengannya. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat pokok, yang membawa pembaca secara
tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi
nanti.

Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam
karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang
mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang
perbincangan dalam bahagian isi.Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan
pendahuluan.

Perkara-penting Dalam Pendahuluan

Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut:

Kehendak soalan yang dikemukakan.

Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan

Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan

Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan)

Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan,
antaranya:

a. Pendahuluan jenis definisi

b. Pendahuluan jenis pendapat

c. Pendahuluan jenis suasana

d. Pendahuluan jenis persoalan

e. Pendahuluan jenis peribahasa

a) Pendahuluan Jenis Definisi.

Memberikan takrif makna definisi

Contoh:
Pembelajaran secara berkumpulan dapat didefinisikan proses pembelajaran bersama rakan
dalam kumpulan kecil. Hal ini bermaksud pelajar akan berkongsi idea dan maklumat bersama rakan lain
dalam kumpulan sewaktu proses pembelajaran.

b) Pendahuluan Jenis Pendapat.

Menyatakan pendapat mengenai sessuatu perkara.

Contoh:

Kebanjiran warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan bukanlan
sesuatu yang positif. Hal ini kerana Jabatan Imigresin merekodkan sebahagian pendatang asing ini
merupakan pendatang asing tanpa izin yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Tanpa
kawalan yang sewajarnya, mereka akan menyumbang kepada pelbagai masalah sosial negara
Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian
isi.

a) Pendahuluan Jenis Peribahasa.

Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafaka' adalah peribahasa yang amat
bersesuaian dengan kita sebagai masyarakat berbilang kaum. Tanpa permuafakatan yang jitu dan teguh,
kita pastinya akan menjadi ahli masyarakatseperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing
masing. Hal ini kerana permuaafakatan akan membawa pelbagai kebaikan yang akan memajukan
negara,

b) Pendahluan Jenis Persoalan.

Mengemukakan beberapa pertanyaan yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:
Kita sebagai rakyat Malaysia sering berkata bahawa kita perlu mengamalkan nilai-nilai
murni.Adakah kita mengetahui apakah nilainilai murni itu?Adakah kita yakin bahawa kita telah berjaya
menerapkan nilai murni dalam diri?Sejauh mana pula kita mengamalkan nilai-nilai murni ini dalam
kehidupan seharian?Segala persoalan ini seharusnya mampu membuat kita merenung kembali dalam
diri.

c) Pendahuluan Jenis Suasana.

Menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

Contoh:

Kedinginan pagi disusuli kicauan unggas hutan amat menarik perhatianku.Di kiri dan kananku
adalah kehijauan rimba yang mangamit sukmaku, betapa tenangnya berada di desa ini.Ku lihat cahaya
matahari mencuri masuk di celah dedaun pokok menandakan hari kian cerah.

4.2 MENULIS BAHAGIAN ISI

Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.Isi perlu mengikut
kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi.Isi yang lebih tidak mengapa tetapi
mungkin menyebabkan kekurangan masa.Isi yang utama didahulukan.

Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, pelajar amat digalakkan banyak membaca surat
khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu,
menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan.Sebaik-baiknya satu isi, dalam setiap


perenggan kecuali jika isi tersebut agak pendek dan saling berkaitan.Pelajar perlu sentiasa memerhatikan
penghuraian isi agar tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Selain itu pelajar menyenaraikan isi
sebelum menulis. Hal ini bertujuan setiap isi tidak bercampur dengan isi lain.

Penghuraian setiap perenggan tidak semestinya sama panjang. Ianya bergantung kepada
penekanan sesuatu isi. Kebiasaannya isi utama di huraikan lebih panjang berbanding yang lain kerana
diberi lebih penekanan. Perenggan isi terdiri daripada:

a) Isi utama.

b) Huraian tentang isi utama.


c) Mengemukakan bukti/contoh/ data/ statistik.

d) Rumusan/ pendapat/ cadangan.

Contoh isi karangan

Tajuk : Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar


Skop : Kaedah mengatasi pencemaran alam sekitar

Pendahuluan : Pencemaran membawa banyak keburukan_ perlu dibendung_ pelbagai langkah perlu dijalankan

Isiisi penting

(A1) Kempen kesedaran perlu diperhebat_ menyedarkan orang ramai supaya memelihara alam sekitar
daripada pencemaran.

Contoh: Ceramah dan pameran tentang kesan pencemaran alam sekitar.

(A2) Program pendidikan tentang bahaya pencemaran. Perlu diterapkan dalam sistem pendidikan
sekolah.

Contoh: Program Anak Angkat Sungai.

(A3) Penguatkuasaan terhadap alam sekitar._ Hukuman berat kepada pihak yang mencemarkan alam
sekitar.

Contoh: Pembuangan sisa toksik, pembakaran terbuka dan pembalakan haram dikenakan denda dan
hukuman penjara.

(A4) Memperbaik sistem pengangkutan awam_ mengurangkan jumlah kenderaan yang menggunakan
bahan api fosil. Untuk mengelakkan pencemaran udara yang lebih teruk

(A5) Melaksanakan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan.

Contoh: Kempen kitar semula bahan terbuang

4.3 PENUTUP
Kaedah menulis Bahagian Penutup

Sesebuah karangan itu seharusnya disudahi dengan penutup yang tepat dan jelas dan
bersesuaian dengan huraian yang ditulis sebelum itu. Tidak kiralah apa jua laras wacana tersebut sama
ada cerita, catatan, perbahasan dan sebagainya.

Pelajar seringkali mengabaikan komponen penutup kerana berandaian bahawa bahagian ini
kurang penting dalam sesebuah karangan . Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap
tergantung. Penutup merupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian
pengembangan isi.

Aspek penting dalam penutup

Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut:

a) Ayat / Frasa memulakan penutup.

1) Kesimpulannya

2) Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa .

3) Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ..

4) Ringkasnya, jelaslah bahawa .

5) Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa.

6) Natijahnya, jelaslah bahawa

Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut
format yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan.Pelajar perlu mengemukakan rumusan
pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi karangan yang telah dibincangkan.Teliti
perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup seperti di bawah.

b) Ayat / Frasa memulakan penutup berformat


1) Sekian, terima kasih.

2) Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,

Pucuk pauh delima batu

anak sembilang di tapak tangan

sekian sampai dini dahulu

buat tatapan pembaca sekalian.

Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam bahagian isi cerita.Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan.
Umpamanya, jika soalan berkehendakkanmenceritakan cara memulihkan rakan yang pengsan,
pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkan
penghujung cerita tergantung.

Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja.Bagi mendapatkan hasil yang
baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid
melengkapkan atau membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang betul.Seterusnya, murid juga
perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan ayat serta meletakkan penanda wacana dan kata
hubung yang sesuai.

Murid juga diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan
memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan supaya terdapat
kohesi dan koherennya.

Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah sentiasa merujuk
kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar atau perkataan baru yang bakal digunakan di
dalam sesuatu penulisan.

Pendedahkan penggunaan penanda wacana yang betul patut dimulai sejak awal lagi agar mereka
tidak kekok dan mampu mengaplikasikannya secara berkesan.Pemantauan dan perlaksanaan yang secara
sistematik serta berterusan diikuti pengembangan secara konsisten adalah usaha gabung pelbagai pihak
yang di harap mampu memacu usaha kita bagi melahirkan seorang penulis atau karyawan yang
berkaliber di masa hadapan. Ironi dengan pengabungan tugas dan fungsi demi mencapai matlamat yang
sama adalah satu langkah yang baik dan koheran dalam membentuk wadah pendidikan melalui bidang
penulisan.
Wacana merupakan unit yang berada di tingkat bahasa yang teratas melampaui tiga kategori
besar iaitu ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan
tentu bahasa.Wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa.

5. CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

Ciri- ciri wacana

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama
dalam sebuah wacana yang utuh iaitu:

a) Kohesi (atau tautan)

Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat.Maka kesinambungan di sini di ertikan


sebagai kesatuan makna.Ini bermakna kohesi merupakan hubungan antara ayat dalam sebuah wacana.
Tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal atau strata leksikal tertentu. Penguasaan dan juga
pengetahuan kohesi yang baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik. Kaedah yang digunakan ialah
berdasarkan penyampaian maklumat lama dan baru.

Wacana juga di cirikan oleh kesinambungan maklumat yang diertikan sebagai kesatuan
makna. Kesatuan makna dalam wacana ini pula dapat di lihat dari segi makna logik dan makna tautan.
Menurut Halliday dan Hassan (1976) tautan merupakan satu set kemungkinan yang, wujud dalam
bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan.Tautan juga memperlihatkan jalinan unjuran dalam
bentuk ayat bagi membentuk teks atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung
dalam unsur.

b) Koheren (atau runtutan).

Menurut Lehman (1984) wacana mempunyai ciri-ciri koheren atau keutuhan wacana, maksud pengirim,
pemberian informasi, situasi pengujaran dan pertautan.Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur
dunia teks, terutamanya susunan gagasan atau konsep. Jalinan hubungan yang mengetengahkan hal
tersebut dan isi teks supaya mudah difahami secara relevan.

Menurut Lehman (2002) terdapat empat aturan yang menetapkan aturan tersebut iaitu:

1) Aturan pengulangan
2) Aturan perkembangan

3) Aturan hubungan

4) Aturan tidak bercanggah.

c. Tujuan sesuatu wacana

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, beliau menjelaskan
juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca,
maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana
wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca.

Tujuan wacana adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana sama ada
naratif, deskriptif, eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana sama ada
ucapan, syarahan, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya.

d. Makna dalam Wacana

Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan ianya dapat dilihat daripada kewujudan
hubungan dengan aspek makna berdasarkan penggunaan tatabahasa yang betul.Hubungan wacana
dengan makna dapat ditinjau daripada kesepaduan makna yang wujud berdasarkan aspek tatabahasa
yang digunakan.

6. KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur
dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca.
Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa) dalam
pertuturan.

Wacana juga mempunyai tujuan menentukan jenis sesuatu ayat tersebut. Kata hubung dan
penanda wacana yang digunakan akan menentukan jenis-jenis sesuatu ayat bergantung fungsi sesuatu
ayat tersebut. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah
ayat tanya. Ianya bagi mengelakkan pengulangan maklumat atau pengulangan ayat yang mempunyai
tujuan atau matlamat yang sama. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti
hubungan hasil bacaan dengan pembacanya.Sesuatu penulisan yang baik dapat dinilai melalui sejauh
mana bahan tulisan itu mampu menyakinkan pembacanya.Pencerahan dari segi maklumat dan
pengolahannya yang sempurna mampu mengwujudkan satu bentuk penghubung antara bahan bacaan
dengan pembacanya.

Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar iaitu wacana
lisan.Penanda wacana dan kata penghubung berfungsi sebagai pengabung jalin antara maklumat yang
diterima dan menjadikannya serasi dan bertepatan. Segala maklumat akan digabungkan mengikut hiraki
dan keutamaan. Pengabungan antara maklumat dan fakta akan dipisahkan dengan mengunakan
perenggan yang ianya seharusnya saling berkait dan saling bertautan. Maklumat yang bertentangan tidak
boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya: Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga
jam 9.00 pagi.

Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat,
waktu, keutamaan dan sebagainya.Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.Ayat- ayat
dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi (makna tautan)
dan koherens (logik).Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.

Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi.Maklumat pertama dalam wacana digelar
andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai
satu inferensi sahaja.Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca itu sendiri tanpa perlu
ditulis.Secara tidak langsung pembaca dapat menghayati sesuatu penulisan tersebut dan menikmatinya.

Wacana haruslah mempunyai maklumat baru dan dapat dibuktikan dengan data atau sesuatu
fakta.Sesuatu ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu
wacana. Ianya berfungsi untuk membenarkan sesuatu yang mungkin akan dianggap sebagai satu andaian
atau rumor pada permulaannya menjadi sesuatu yang hakiki dan fakta. Ini akan menghasilkan sesuatu
penulisan yang bersifat kenyataan, logik dan realistik dan bukanlah rekaan individu semata- mata.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana.Retorik menjadi komponen yang penting
bagi wacana.Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa.Sintaksis pula mengkaji
ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya.Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-
bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa
sahaja.Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata.frasa, klausa, isi. Kamus

Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap dan melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang
lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

1. Pendahuluan

2. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal,
miring, garis tebal)
3. Penutup

4. Graf, jadual, peta dan statistik.

7. APLIKASI PENULISAN WACANA BERBENTUK FAKTA DI SEKOLAH RENDAH

Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

a) Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang sekiranya bercadang
menulis karangan jenis ini.

b) Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang
tajuk yang dikemukakan.

c) Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap, tersusun, dan menepati kehendak soalan.

d) Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami.

e) Carilah sekurang-kurangnya 4 isi penting, pendahuluan dan penutup.

Jadual dibawah berikut menerangkan aplikasi kemahiran wacana dalam penulisan sekolah rendah.

TAJUK/OBJEKTIF KEMAHIRAN MEDIA PENGAJARAN KBKK

Penulisan: Fakta 1.1.6 Menjawab soalan 1. Gambar. 1. Menjana idea.


tentang isi sesuatu
Objektif : 2. Kad jalur. 2. Menyusun mengikut
bahan.
keutamaan.
Murid boleh: 3. Carta.
1.4.9. Menyatakan
1. Memberikan pendapat yang bernas 4. Keratan akhbar.
pendapat yang bernas dalam perbincangan.
mengenai sesutu
3.3.5. Menulis semula
perkara yang
maklumat yang
dibincangkan.
diterima dengan
2. Menyusun isi teratur.
mengikut turutan yang
3.4.0 Menulis karangan
betul
dalam bentuk Prosa.
3. Menyenaraikan isi
dengan menulis
semula isi dengan baik.

4. Murid dapat
menjawab soalan yang
dikemukakan dengan
tepat berdasarkan
bahan.

5. Menulis karangan
lengkap dalam bentuk
prosa.

Jadual: Tajuk atau Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran dan Kemahiran berfikir secara kritis dan
Kreatif (KKBK).

Contoh 1.

Kita digalakkan rajin membaca buku cerita. Terangkan faedah-faedah yang diperolehi daripada
membaca.

Rangka karangan.

Pendahuluan

Membaca hobi yang banyak memberi faedah.

Boleh didapati di perpustakaan atau kedai buku.

Masa yang terluang digunakan dengan membaca buku.

Idea

1) Dapat menambah pengetahuan. 3) Bahasa akan bertambah baik.

Membaca fiksyen sains, mengetahui tentang sains. Membaca buku inggeris bahasa kita semakin baik.

Boleh digunakan dalam mata pelajaran sains. Kita mahir mengarang.


2) Dapat memberikan hiburan. 4) Menggunakan masa terluang dengan berfaedah.

Perasaan merasa tenang sesudah membaca. Tidak membaca akan bercampur dengan budak
nakal.
Mudah untuk mengulang kaji buku sekolah.
Boleh melakukan perbuatan yang tidak baik.

Penutup

Masa itu sangat berharga.

Genakan masa terluang dengan membaca.

Perlu membaca sebuah buku dalam tempoh seminggu.

Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Faedah-faedah Membaca Buku Cerita.

Membaca buku cerita merupakan hobi yang banyak memberikan faedah. Buku cerita boleh kita
perolehi dari perpustakaan ataupun menerusi kedai buku. Oleh sebab faedahnya yang begitu banyak,
setiap masa yang terluang perlu kita mafaatkan dengan membaca buku cerita.

Membaca buku cerita boleh menambahkan ilmu pengetahuan sebagai contoh, sekiranya kita
membaca buku fiksyen sains, kita akan mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan sains.
Segala pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran matapelajaran Sains di kelas.

Membaca buku cerita juga dapat memberikan kita hiburan. Sebagai contoh, hati kita yang
tertekan akan menjadi tenang dengan kesudahan kita yang kita baca. Apabila kita merasa tenang
mudahlah untuk kita mengulang kaji buku-buku pelajaran pula.

Seterusnya, membaca buku cerita dapat mempercepatkan penguasaan kita dalam sesuatu
bahasa. Sebagai contoh, sekiranya kita rajin membaca buku dalam bahasa inggeris, penguasaan kita
dalam bahasa inggeris akan bertambah baik. Kesannya, mudah untuk kita mengarang dalam bahasa
tersebut apabila guru menyuruh kita mengarang cerita.

Membaca buku cerita sebenarnya adalah satu cara untuk kita menggunakan masa lapang kita
dengan baik. Sebagai contoh jika kita tidak membaca, mungkin kita menggunakan masa itu untuk
bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kemungkinan kita akan terjebak dalam kegiatan
yang tidak sihat seperti mencuri.

Sesungguhnya, masa itu emas dan membaca pula sebagai jambatan ilmu. Oleh itu, gunakan
masa yang terluang dengan membaca. Bermula hari ini, kita hendaklah tanamkan azam untuk
membaca sebuah buku cerita setebal 60 halaman dalam tempoh seminggu agar kita menjadi murid
yang tajam hati.

Maksud peribahasa yang digunakan.

Tajam haticerdas dan pintar.

Contoh 2.

Kita dididik sepaya berjasa kepada guru. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Rangka karangan.

Pendahuluan

Menjadi murid yang tahu membalas jasa.

Di rumah membalas jasa ayah dan ibu.

Di sekolah membalas jasa guru.

Idea

1) Rajin belajar. 3) Tahu menghargai jasa guru.

Memberi tumpuan ketika belajar. Berterima kasih dan memberikan hadiah ketika
Hari Guru.
Akhirnya mendapat keputusan yang baik.
Guru bangga murid tahu mengenang budi.

3) Mengamalkan nasihat guru.


4) Ingat guru walaupun sudah meninggalkan
Guru mahu kita berbudi bahasa. sekolah.

Bersifat lemah lembut dengan guru. Menghubungi bekas guru.

Mengeratkan siraturahim.

Penutup

Banyak cara membalas jasa guru.

Berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.

Orang berbudi kita berbahasa.

Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Cara-cara Membalas Jasa Guru.

Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa.Di rumah kita perlu membalas jasa ayah
dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.

Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di dalam kelas, kita
memberikan tumpuan semasa guru mengajar. Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang
dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira.

Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita bersikap berbudi
bahasa.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.

Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau
member hadiah ketika Hari Guru.Kesannya, guru merasa murid-muridnya insan yang tahu mengenang
budi.

Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan alam
persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika
dahulu.Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.

Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu,
kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi. Orang berbudi kita berbahasa, orang
member kita merasa.
Maksud peribahasa yang digunakan.

Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa Tiap-tiap pemberian orang
hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima kasih.

7.1 JENIS-JENIS PENULISAN/KARANGAN FAKTA

Berdasarkan tujuan, ada karangan berbentuk fakta seperti perbincangan, persuasi, rencana,
dekskripsi dan narasi.Karangan narasi dan dekskripsi adalah bersifat fiksyen, dan karangan rencana,
persuasi dan perbincangan yang sifatnya non-fiksyen.

a) Penulisan Fakta Berbentuk Rencana

Penulisan fakta berbentuk eksposisi ialah sesuatu penulisan yang memaparkan sejumlah
pengetahuan atau informasi.Ianya bertujuan agar pembaca mendapat informasi dan pengetahuan yang
jelas dan sahih.Penulisan fakta jenis ini haruslah mengemukakan data dan fakta-fakta yang berkaitan
yang boleh diambil daripada sesuatu kajian ataupun keterangan oleh pakar-pakar untuk memperjelas
pemaparannya.

Penulisan fakta berbentuk eksposisi adalah salah satu jenis pengembangan paragraf dalam
penulisan yang dimana isinya ditulis dengan tujuan untuk menjelaskan atau memberikan pengertian
dengan gaya penulisan yang mempunyai ciri-ciri seperti singkat, akurat dan padat. Contoh-contoh
penulisan fakta berbentuk eksposisi adalah berita di akhbar dan petunjuk penggunaan dan laporan
kegiatan

b) Penulisan Fakta Berbentuk Perbincangan.

Penulisan fakta berbentuk argumentasi adalah bertujuan untuk membuktikan suatu kebenaran
sehingga pembaca meyakini kebenaran sesuatu idea, gagasan atau pendapat tersebut adalah benar dan
terbukti. Pembuktian sesuatu penulisan tersebut memerlukan sesuatu data dan fakta yang meyakinkan.

Penulisan fakta adalah salah satu jenis pengembangan perenggan dalam penulisan yang ditulis
dengan tujuan untuk meyakinkan atau memujuk pembaca mempercayainya.Dalam penulisan fakta
berbentuk argumentasi, isi ialah merupakan penjelasan, pembuktian, alasan, mahu pun ulasan objektif
dimana perlu disertakan dengan contoh, analogi dan sebab akibat bagi tujuan penerangan sesuatu fakta
tersebut. Struktur informasi dalam penulisan fakta jenis ini adalah seperti berikut:

1) Pendahuluan, bertujuan untuk menarik perhatian pembaca, memusatkan perhatian pembaca kepada
argumen yang akan disampaikan, atau menunjukkan dasar-dasar mengapa argumentasi dikemukakan.

2) Tubuh, bertujuan untuk membuktikan kebenaran yang akan disampaikan dalam perenggan argumentasi
sehingga kesimpulan yang akan dicapai juga benar. Kebenaran yang disampaikan dalam tubuh harus
dianalisis, disusun, dan dikemukakan dengan mengadakan observasi, eksperimen, penyusun fakta, dan
buah fikiran yang logik.

3) Kesimpulan atau ringkasan, bertujuan untuk membuktikan kepada pembaca bahawa kebenaran yang
ingin disampaikan melalui proses penalaran memang dapat diterima sebagai sesuatu yang logik.

8. KESIMPULAN

Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang


selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang.Sebagai kemahiran bahasa,
fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian
yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.

Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat komunikasi, sebuah kajian yang
menggunakan model komunikatif (Hymes, 1972; Canale, 1983; Allen dan rakan-rakan, 1983; Bachman,
1990; Hutchinson, 1990) telah dijalankan oleh satu pasukan penye1idik dari Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Kajian yang mendapat peruntukan kewangan di
bawah Fundamental research Grant Scheme (FRGS) dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran
menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Pengumpulan data adalah meliputi sampel di
Semenanjung Malaysia untuk digunakan dalam pembinaan jadual matriks yang mengandungi tanda aras
kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dari Tahun 2 hingga Tahun 6.

Dalam sesebuah hasil penulisan yang baik dan bermutu, penggunaan penanda wacana atau
dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu
idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan
hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun antara
perenggan dengan perenggan.

Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian, penggunaan frasa yang sesuai diperlukan
juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga Jelaslah, aspek penanda wacana akan
mempengaruhi pengolahan,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya
yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang
dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah
karangan yang berkualiti.

9. BIBILOGRAFI

1. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa
Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

2. Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

3. Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.

4. Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.

5. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu


sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

7. Atas talian :http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa


Melayu di Sekolah.pdf (tarikh muat turun :12 FEB 2014 )

8. http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-berkesan.html ( tarikh muat turun :


10 FEB 2014)

9. http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat turun : 7 FEB


2014)

10. http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-melayu.html ( tarikh


muat turun : 2 FEB 2014 )

11. http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun : 2 Februari


2014)

12. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-menulis.html(tarikh muat


turun : 31 Januari 2014 )
13. http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat turun : 24
Januari 2014)

14. http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-Pendapat(tarikh muat


turun : 21 Januari 2014 )

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat.Semua
perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana.Retorik menjadi komponen yang penting bagi
wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa
dengan kohensi tinggi, dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama
ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan
yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran
bahasa Melayu sebelum ini.

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan untuk
berkomunikasi dalam konteks sosial.Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat atau
ujaran.Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau
interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai
proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan,
wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang mempelajari
wacana disebut dengan analisis wacana.Analisis wacana merupakan suatu kajian yang meneliti
atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa.Selain itu,
wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu kalimat.Wacana ialah unit bahasa
yang melebihi ayat/ klausa.Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang
berurutan dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan
koheren.Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan secara lisan atau
tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.

CIRI- CIRI WACANA

Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya. Gaya
wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan
masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca.
Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras
bahasa ) dalam pertuturan.

Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur adalah
untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Penulisan bertujuan untuk
pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.
Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar.Wacana lisan
adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah kaitan antara
penulis dengan pembaca.

Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana.Contohnya : Kelmarin dia tidur
sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.

Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu,
keutamaan dan sebagainya.Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.Penulis
berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan. Ayat- ayat yang
dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna
tautan ) dan koherens ( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu
diulang.

Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi.Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian,
manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu
inferensi sahaja.Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

Wacana hendaklah ada maklumat baru.Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya
tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan hendaklah bersifat kenyataan , logik
dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata.

Definisi Wacana. Maksud Wacana


Definisi Wacana. Maksud Wacana:

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.

Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.

Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.

ASMAH HAJI OMAR, 1986

Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan
unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan
atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.

KAMUS DEWAN, 1996:1540


Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan
sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti
Kridalaksana,1982)

TEKS PRA-U STPM

Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan
melebihi batas ayat.Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu
hadir selepas tingkat ayat.

KAJIAN BAHASA

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah
ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan sebagainya yang dalamnya memperlihatkan
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Dengan perkataan lain,
wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.

TEKS DAN RUJUKAN LENGKAP BAHASA MELAYU KERTAS 1&2

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa
yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan
ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

KESIMPULANNYA

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.

RUJUKAN

Goay Teck Chong, ChooSay Tee, Zainuddin Ahmad (2007), Teks Pra-U STPM, Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007), Bahasa Melayu
Kertas 1&2 teks dan rujukan lengkap, Arah pendidikan Sdn. Bhd.

Pengenalan
Penanda Wacana digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan
perenggan dengan perenggan. Selain itu, penanda wacana juga digunakan untuk mewujudkan
kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana.Aspek penanda wacana akan
mempengaruhi pengolahan, struktur ayat, pemerenggan, kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya
yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan atau ucapan yang baik. Dalam
huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga. Penggunaan kata yang sesuai
penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. Tegasnya,
penanda wacana menyempurnakan tautan isi-isi di dalam ucapan atau esei.
Dalam bahasa Melayu lama, satu ciri yang menonjol ialah penggunaan penanda wacana dengan
banyaknya. Contohnya ialah maka, syahdan, sebermula, arakian, hatta, kata sahibul hikayat, dan lain-lain
lagi. Penanda-penanda wacana sebegini jarang-jarang digunakan lagi pada masa ini, kecuali maka dan
hatta. Tetapi ini tidak bererti sudah tidak ada penanda wacana dalam bahasa melayu. Kini timbul
penanda-penanda wacana baharu pula, sesuai dengan perkembangan yang berlaku kepada bahasa kita.
1

Contoh penanda wacana:


Kata penghubung
-tetapi -lalu jika -serta -agar supaya -sungguhpun -kerana -walaupun

Penambahan
-dan -sebenarnya -juga -sekali lagi -bertitik tolak -hal ini-tambah lagi -lebih-lebih lagi
-selain juga

Perbandingan/ Perbezaan
-tetapi -dalam nada yang berbeza -selain itu -walaupun -sehubungan dengan
-sebagaimana -sebaliknya -jika dibandingkan dengan -sama dengan
-berbeza dengan -walau bagaimana sekalipun -selari dengan
-walau bagaimanapun -setelah dibandingkan dengan -namun demikian

Turutan/ terusan
-pertamanya -akhirnya -selain itu -keduanya -seterusnya -pertama sekali -selepas itu
-lebih awal dari itu -lebih penting lagi
Contoh
-contohnya -biar kita ambil contoh -khususnya-misalnya -mari kita mengambil contoh
-terutamanya-umpamanya -apa yang dimaksudkan -seperti
Masa
-akhirnya -pada masa yang sama -sesekali -dewasa ini -pada ketika itu -sebelum ini
-selepas itu -pada mulanya -semenjak itu -sementara itu -serentak dengan -ada ketikanya
Kesimpulan
-oleh itu -jadi kesimpulannya -jika kita tidak -jelaslah -dapatlah disimpulkan bahawa
-kesudahannya -sesungguhnya -tanpa (penglibatan/ usaha, dan sebagainya.)
-pendek kata -walaupun -oleh hal yang demikian -ringkasnya -marilah kita
-komitmen semua pihak -sebagai rumusan -demikianlah -dapatkah kita membayangkan..
2
-kejayaan...bergantung pada -pada keseluruhannya -sebagai menggulung hujah
-keengganan... bakal menyaksikan -(peribahasa)
Penanda wacana umum
-dengan ini -banyak pihak yang berpendapat -amnya -sememangnya -selaras dengan
-lazimnya -sejajar dengan sering kali kita -justeru itu -sementelahan pula
-secara khususnya -pada kebiasaannya

1.1 Definisi Penanda Wacana


Penanda wacana merupakan kata, rangkai, kata, atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah, dan
buah fikiran.

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang menunjukkan pertalian antara suatu
idea dengan idea yang lain dalam ucapan atau karangan.

Nik Safiah Karim, (2003),

1.2 Konsep Penanda Wacana


Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu
idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.Seandainya sesuatu wacana
berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana
berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan pertautan yang lengkap.

(Harimurti Kridalaksana, 1982).


Penanda wacana ialah kata atau frasa perangkai ayat.Sementara itu menghubungkan dua ayat lalu
membentuk satu ayat dan antara perenggan.Dapatlah dirumuskan bahawa penanda wacana merupakan
kata hubung antara dua ayat. Fungsi kata hubung ini ialah menghubungkan dan sekali gus menerangkan
apa yang sedang dikatakan oleh ayat yang mengikutinya dan yang telah dikatakan oleh ayat
sebelumnya. Sementara itu, penulisan penanda wacana harus dikuti tanda koma.Penanda wacana juga
dapat digunakan untuk menghubungkan idea antara perenggan.
Awang Sariyan, (1980)
3
2.0 Jenis-jenis Penanda Wacana
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2010), terdapat sekurang-kurangnya
lima jenis penanda wacana, iaitu :
(i) Penanda penghubung
(ii) Penanda rujukan
(iii) Penanda penggantian
(iv) Penanda leksikal
(v) Penanda elipsis atau pengguguran
2.0.1 Penanda Penghubung
Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan
maklumat yang lain dalam wacana. Sekiranya penanda wacana hadir pada awal ayat, lazimnya tanda
koma (,) digunakan. Contoh dalam ayat:
a) Guru hendaklah mengajar dengan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar.Di
samping itu, isi pelajaran yang disampaikan hendaklah menarik.

2.0.2 Penanda rujukan

Jenis penanda wacana yang kedua ialah penanda rujukan. Penanda rujukan ialah kata ganti nama yang
digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain. Contoh dalam ayat:
a) Cikgu Ali mengajar di Sekolah Kebangsaan Telaga Air. Beliau mengajar di situ
sejak tahun lalu.

2.0.3 Penanda penggantian

Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam
wacana yang sama. Penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa.
Contoh dalam ayat:
a) Ibu tidak menggalakkan Abu terlalu kerap menonton televisyen. Mengikut ibu,
melakukan perbuatan itu tidak membawa manfaat. (frasa kerja)
5
2.0.4 Penanda leksikal

Penanda leksikal pula melibatkan kohensi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui
pengulangan kata. Unsur pengulangan terdiri daripada pengulangan perkataan yang sama. Pengulangan
perkataan yang sama makna (sinonim) pengulangan yang melibatkan perkataan yang umum maknanya
dengan yang khusus maknanya (hiponim),
Dan pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi). Contoh:
a) Pengulangan perkataan yang sama:
Ayah mengucapkan tahniah kepada abang atas kejayaannya. Kami juga turutmengucapkan
tahniah.
b) Pengulangan sinonim:
Sungguh cantik pemandangan di tepi laut itu. Semua pengunjung bersetuju bahawa tempat itu
sungguh indah.
c) Pengulangan hiponim
Pasar tani itu menjual pelbagai jenis sayur; ada bayam, sawi, kangkung, dankubis.
d) Pengulangan kolokasi
Ahmad gemar menonton filem kung fu. Adegan yang paling digemarinya ialah adegan berlawan
menggunakan senjata dan berlawan menggunakan kaki.
2.0.5 Penanda elipsis atau pengguguran

Penanda elipsis atau pengguguran melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan
dalam ayat sebelumnya. Contohnya:
a) Pada minggu lalu Keluarga Ahmad berkelah di Pantai Pasir Pandak. Demikian
juga keluarga kami.

Menurut Dr Adenan Ayob (2011), Terdapat tiga jenis penanda wacana iaitu:
2.1.1 Menunjukkan pertautan dari segi kronologi iaitu memberi pengertian kepada
persoalan berkaitan waktu.
Contoh penanda wacana:
lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari
esoknya dan sebagainya.
Contoh ayat:
a. Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang kuat.
2.1.2 Memperjitu organisasi penulisan iaitu untuk menghubungkan bahagian wacana dengan bahagian
wacana yang lain.
Contoh penanda wacana:
sebagai kesimpulan, untuk merumuskan, contohnya, tegasnya, dapat dinyatakan bahawa pertama, akhir
sekali, dengan kata lain, dalam hal ini, dalam hubungan ini, untuk menjelaskan lagi dan sebagainya.
Contoh ayat:
a. Penduduk di negara yang dilanda peperangan hidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahaja
kehilangan harta benda malahan anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai penduduk Islam
Bosnia terpaksa melarikan diri ke negara jiran semata-semata untuk untuk menyelamatkan diri daripada
menjadi korban peperangan.

2.1.3 Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain.
Menurut Dr Adenan Ayob (2011) dalam Leman Ahmad (1984) membahagikan
jenis penanda wacana kepada tiga bahagian , iaitu:
a. Menambah atau memperluas idea
Contoh penanda wacana:
dan, selanjutnya, di samping itu, selain itu, lebih-lebih lagi, tambahan pula, begitu juga, seterusnya, satu
lagi dan sebagainya.

7
Contoh ayat:
Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan
dalam penulisan, perbincangan, dan penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak
dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.
b. Menunjukkan pertentangan idea
Contoh penanda wacana:
tetapi, sebaliknya, pada masa yang sama, walaupun, walau bagaimanapun, walaupun demikian, sama
ada, sebenarnya, namun, dan sebagainya.
Contoh ayat:
Adi dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun, hatinya masih teringat akan
kampung halamannya.
c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat
Contoh penanda wacana:
jadi, oleh sebab itu, disebabkan, oleh yang demikian, untuk tujuan itu, maka, berikutan itu, dengan
demikian, kecuali, dengan syarat dan sebagainya.
Contoh ayat:
Beg iru bukan beg saya, sebaliknya ia adalah beg Raju.

3.0 Fungsi-fungsi Penanda Wacana


Nik Safiah Karim, (2010), menyatakan bahawa penanda wacana mempunyai
empat fungsi, iaitu:

8
3.0.1 Penghubung tambahan

Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada


sesuatu yang diperkatakan sebelumnya. Antara penanda wacana jenis ini termasuklah dan, lalu,
malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya. Contoh dalam ayat:
a) Saya telah meneliti cadangan ini dan telah mengambil keputusan untuk menyokongnya. Tambahan
pula, cadangan tersebut amat bernas sekali.
Dalam ayat ini, tiga perkara yang disebut secara berurutan iaitu, bahawa saya telah meneliti cadangan
ini, saya telah mengambil keputusan untuk menyokongnya, cadangan tersebut amat bernas. Ketiga-tiga
perkara tersebut dihubungkan dengan kata hubungdan, dan penanda wacana tambahan pula yang
berfungsi sebagai unsur tambahan iaitu, sebagai unsur wacana.

3.0.2 Penghubung tentangan

Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara


suatu yang baharu diperkatakan dengan sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda wacana
jenis ini termasuklah tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, dan walau bagaimanapun. Contoh dalam
ayat:
a) Dalam peperiksaan penggal lalu, prestasi Ali tidak begitu memuaskan. Walau
bagaimanapun, dia berazam untuk mencuba lagi pada penggal ini.
Dalam contoh di atas, pernyataan awal ialah bahawa prestasi Ali tidak memuaskan dan ini boleh
dianggap sesuatu yang mengecewakan. Namun begitu, ayat seterusnya menunjukkan bahawa
semangatnya tidak patah dan bahawa dia akan terus mencuba lagi. Unsur pertentangan ini disampaikan
melalui penanda wacana walau bagaimanapun.

3.0.3 Penghubung musabab


Penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu.
Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, dan maka
itu. Contoh dalam ayat:
9
a) Pada petang ini saya berasa amat letih kerana bertungkus-lumus membersihkan rumah yang dilanda
banjir kilat. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak ke latihan bola sepak pada petang ini.
Dalam contoh di atas, pernyataan awal ialah bahawa badan saya letih. Ini diikuti dengan keputusan
bahawa saya tidak akan menghadiri latihan pada petang tersebut. Pertalian antara dua urutan peristiwa
ini dikaitkan dengan penanda wacana oleh itu yang membawa maksud musabab.

3.0.4 Penghubung tempoh

Penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri
berlakunya sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah mula-mula, pertama, seterusnya, kemudian,
selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya. Contoh dalam ayat:
a) Mula-mula, saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan
majikannya.
Dalam contoh di atas, pernyataan awal ialah saya disuruh duduk. Ini diikuti dengan diajak berbincang dan
dibawa masuk bertemu dengan majikannya. Pertalian antara tiga urutan peristiwa ini dikaitkan dengan
tiga penanda wacana iaitu mula-mula, kemudian, dan akhirnya yang membawa maksud tempoh.

Menurut Dr Adenan Ayob (2011) dalam Leman Ahmad (1984) pula, terdapat empat fungsi utama
penanda wacana yang menunjukkan maksud tambahan, seterusnya, sebab dan ketika.
3.1.1 Penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan.
Antara penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah:
(i) Ini bererti
(ii) Di samping itu
(iii) Pendek kata
(iv) Malahan
(v) Tambahan pula
11
3.1.2 Penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya
Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah:
(i) Sesungguhnya
(ii) Berbanding dengan
(iii) Dalam masa yang sama
(iv) Sebaliknya
(v) Walau bagaimana sekalipun

3.1.3 Penanda wacana untuk menunjukkan sebab


Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebab ialah:
(i) Berdasarkan
(ii) Berpegang pada
(iii) Sekiranya begitu
(iv) Akibatnya
(v) Kesudahannya

3.1.4 Penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika


Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah:
(i) Merujuk
(ii) Berbalik kepada
(iii) Akhirnya
(iv) Sementara itu
(v) Sejenak kemudian

4.0 Penggunaan Wacana dalam Perenggan


Terdapat beberapa fungsi penggunaan penanda wacana dalam sesuatu perenggan. Di bawah ini,
saya kemukakan tiga petikan yang menggunakan penanda wacana yang menunjukkan empat fungsi
utama penanda wacana.

12

4.0.1 Petikan 1.
Penduduk di negara yang dilanda peperangan hidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahaja
kehilangan harta benda malahan anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai penduduk Islam
Bosnia terpaksa melarikan diri ke negara jiran semata-semata untuk untuk menyelamatkan diri daripada
menjadi korban peperangan. Bagi negara yang bersimpati dengan nasib mereka seperti Malaysia dan
banyak negara lain akan memberi bantuan. Di samping itu, Malaysia juga menyediakan penempatan
khas kepada rakyat Bosnia yang dibawa ke sini. Mereka akan dijaga dan diberi layanan istimewa sama
seperti negara ini. Tambahan pula, rakyat Malaysia menerima dan begitu bersimpati dengan nasib
rakyat Bosnia ini.

Malahan
- Contoh ayat topik:
Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda.
- Contoh ayat huraian:
Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda malahan anggota keluarga yang tersayang.
Penggolongan penanda wacana:
- Penanda wacana malahan tergolong sebagai penanda penghubung tambahan, yang merupakan
maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.

Di samping itu
- Contoh ayat topik:
Bagi negara yang bersimpati dengan nasib mereka seperti Malaysia dan banyak negara lain akan
memberi bantuan.
- Contoh ayat huraian:
Di samping itu, Malaysia juga menyediakan penempatan khas kepada rakyat Bosnia yang dibawa ke sini.
13
Penggolongan penanda wacana:
- Penanda wacana di samping itu tergolong sebagai penanda penghubung tambahan, yang merupakan
maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.
-
4.0.2 Petikan 2.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana dan para hadirin yang dihormati. Tajuk
syarahan saya pada hari ini ialah, Kelalaian Punca kebakaran.

Hadirin yang dihormati,


Lalai adalah satu sikap yang tidak baik. Kebakaran mungkin berpunca daripada banyak
perkara. Namun begitu, kelalaian adalah penyebab utama kebakaran.
Kita lihat sahaja di rumah, kita sering menggunakan ubat nyamuk, dapur gas, lilin, barangan
elektrik dan sebagainya. Kelalaian kita semasa menggunakan alat-alat ini boleh menyebabkan
berlakunya kebakaran di rumah. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak yabg tidak diawasi oleh ibu bapa semasa
menggunakan alat-alat tersebut.
Selain itu, sikap acuh tidak acuh dalam menyediakan alat pemadam api di rumah juga
menyebabkan tahap keselamatan diabaikan. Sikap sebegini tidak harus ada dalam diri kita.
Justeru, tanamkan ikap prihatin dalam diri kita sebagai langkah berjaga-jaga dalam apa juga
perkara. Kebakaran dapat dielakkan jika kita sentiasa berwaspada.
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa api semasa kesil menjadi kawan, apabila besar
menjadi lawan. Oleh itu, elakkan kelalaian supaya tidak berlaku kebakaran.

Sekian, terima kasih.

14
Namun begitu
- Contoh ayat topik:
Kebakaran mungkin berpunca daripada banyak perkara.
- Contoh ayat huraian:
Namun begitu, kelalaian adalah penyebab utama kebakaran.
Penggolongan penanda wacana:
- Penanda wacana namun begitu tergolong sebagai penanda penghubung tentangan, yang
menunjukkan maklumat antara suatu yang baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana
yang sama.

Akhir sekali
- Contoh ayat topik:
Kebakaran dapat dielakkan jika kita sentiasa berwaspada.
- Contoh ayat huraian:
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa api semasa kesil menjadi kawan, apabila besar menjadi
lawan.
Penggolongan penanda wacana:
- Penanda wacana akhir sekali tergolong sebagai penanda penghubung tempoh, yang menunjukkan
urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.

4.0.3 Petikan 3.

Semua objek di angkasa bergerak di atas paksi dan orbit masing-masing. Hal yang demikian
ini menjadikan sistem suria begitu harmoni dan menakjubkan. Kita mesti memikirkan betapa luasnya
alam semesta dan betapa teraturnya sistem suria.

15
Hal yang demikian ini
- Contoh ayat topik:
Bumi sentiasa berputar di atas paksinya.
- Contoh ayat huraian:
Hal yang demikian ini menyebabkan berlakunya siang dan malam.
Penggolongan penanda wacana:
- Penanda wacana hal yang demikian ini tergolong sebagai penanda penghubung musabab, yang
merupakan sebab berlakunya sesuatu.

5.0 Cadangan Aktiviti


Aktiviti Penanda Wacana dan Frasa menarik
Pelajar diberikan senarai perkataan dan frasa menarik yang telah dibukukan untuk dihafal dan mereka
diminta menulis perkataan dan frasa-frasa menarik yang baru di dalam buku catatan. Setiap hari pada
waktu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu seorang pelajar diminta memberikan lima kata dan
frasa menarik untuk dikongsi bersama-sama.
pelajar diberikan senarai penanda wacana untuk memulakan sesuatu ayat dan pelajar diminta
mengingatinya.
Setiap kali waktu pembelajaran dan pengajaran penulisan karangan, pelajar diminta menggunakan
penanda wacana, kata, dan frasa menarik yang telah diberikan.
Contoh aktiviti:
Pengajaran yang saya peroleh daripada petikan ialah ...............................................
................................. . Di samping itu, ..................................................................................
..................................................... . Selain itu, ......................................................................
.......................................................................... . Seterusnya, ...............................................
........................................... . Akhir sekali, ...........................................................................
..................................................................... . Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan nilai-nilai
yang baik dalam kehidupan seharian kita.

16
(aktiviti ini sesuai digunakan oleh murid-murid tahun 4,5, dan 6 untuk menjawab soalan penulisan
bahagian C)

6. Rumusan
Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan
antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan.
Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai isi
yang banyak dan bertepatan dengan tajuk.Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak
menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu karangan itu menjadi tidak sempurna
disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Justeru penanda wacana memainkan peranan yang
amat penting dalam menghasilkan satu-satu perenggan yang menarik bersesuaian dengan fungsi-fungsi
penanda wacana itu sendiri seperti apa yang telah dijelaskan.

Anda mungkin juga menyukai