Anda di halaman 1dari 15

771204115412 HBML 3103

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML 3103

PEMGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

SEMESTER MEI 2016

Nama : ROHANA BT MOHD ZALI

No. Kad Pengenalan : 771204-11-5412

Nombor Matrik :771204115412001

Nombor Telefon : 019 9563172

Alamat E-mail : rohanamohdzali@ymail.com

Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER MEI 2016

1
771204115412 HBML 3103

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Isi Kandungan


2.1 Bentuk Bahan-Bahan Pengajaran 4-5

2.2 Rasional Pemilihan Bahan 6

2.3 Aktiviti Pengajaran Yang Di Pilih 7-9

2.4 Contoh-contoh Pengajaran komsas 10 11

3.0 Maklumat Sokongan 12 - 13

4.0 Kesimpulan 14

5.0 Rujukan 15

2
771204115412 HBML 3103

1.0 Pengenalan

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.
Pengajaran perlulah dirancangkan oleh guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya
dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan
murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan.

Kesusasteraan Melayu merupakan peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan
menjadi lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran
Kesusasteraan Melayu adalah satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang mula
diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar
di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera supaya dapat menghayati,
menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan
dan kerjaya, ke arah pemantapan dalam kalangan masyarakat.

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan
kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada
erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang
indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan.
Dalam kehidupan seharian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah
daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang
merupakan hasil sastera. Malahan, kita sendiri akan menggunakan pelbagai peribahasa dan
pepatah yang indah sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah


ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan
oleh mereka sendiri.

3
771204115412 HBML 3103

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 Bentuk Bahan-Bahan Pengajaran

Komponen Sastera yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran meliputi karya sastera dalam
bentuk puisi, prosa tradisional, cerpen, dan novel. Hasil karya penulis yang berpengalaman dan
juga yang baharu mempunyai pelbagai bentuk. Oleh itu, guru-guru hendaklah mempelbagaikan
teknik pengajaran dan pembelajaran komsas agar suasana pembelajaran menjadi lebih menarik
dan tidak membosankan murid..

Sebenarnya bahan komsas sudah digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum ini,
tetapi tidak ditetapkan sumber atau genrenya. Jadi, selepas komsas diperkenalkan, genrenya
sudah jelas dan memudahkan guru dan murid untuk mempelajarinya. Bahan-bahan sastera
seperti prosa tradisional, cerpen, drama, novel, puisi tradisional dan sajak boleh juga digunakan
semasa guru membincangkan aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Sebagai contohnya, guru
boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata, jenis-jenis ayat dan kesalahan bahasa yang
terdapat dalam bahan komsas tersebut. Oleh yang demikian, semasa pengajaran komsas, guru-
guru sepatutnya mengajarkan tatabahasa kepada murid secara tidak langsung.

Semasa mengajarkan sajak, guru-guru bolehlah meminta murid melagukan sajak tersebut
mengikut melodi lagu yang diminati oleh mereka. Sebelum itu guru perlu mengarahkan murid
berbincang dalam kumpulan untuk membincangkan melodi lagu yang diminati oleh mereka dan
menyesuaikannya dengan sajak yang sedang dibincangkan. Kemudian, guru boleh meminta
murid menyampaikan persembahan di hadapan rakan-rakan di dalam kelas. Teknik ini biasanya
digemari oleh murid-murid kerana kebanyakan murid pada hari memang suka menyanyi. Ini
mungkin disebabkan oleh pengaruh media masa seperti televisyen yang banyak menganjurkan
pertandingan nyanyian. Selain itu, guru juga boleh meminta murid membawa alat muzik seperti
gitar atau juga muzik instrumental daripada MP3 untuk digunakan mereka semasa membuat
persembahan agar persembahan mereka menjadi lebih menarik. Selepas persembahan itu,
barulah guru membincangkan aspek yang hendak dikaji daripada bahan komsas itu.

4
771204115412 HBML 3103

Bagi puisi tradisional pula, guru hendaklah menggalakkan murid bersyair atau bergurindam di
dalam kelas. Guru semestinya menunjukkan cara melagukan syair atau gurindam sekiranya
mampu untuk berbuat demikian.Sekiranya guru tidak mampu untuk bersyair atau bergurindam,
gunakanlah bahan bantu belajar seperti kaset, cakera padat atau MP3 tentang syair atau gurindam
yang boleh didapati di pasaran atau dimuat turun daripada internet. Seandainya puisi tradisional
atau sajak ini dibaca seperti pembacaan biasa sudah tentu hal ini membosankan murid. Jadi,
dengan melagukannya sudah tentu hal ini menimbulkan kelainan dan pastinya akan menarik
perhatian murid serta mereka lebih mudah untuk menghayati maksud puisi atau sajak tersebut.

Bagi bahan komsas seperti cerpen, drama, prosa tradisional dan novel, guru-guru haruslah
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid. Sebagai
contohnya, guru-guru boleh menggunakan teknik lakonan, main peranan, simulasi dan kerusi
panas semasa mengajarkan bahan komsas tersebut. Dengan cara ini, murid-murid tidak akan
berasa bosan kerana aktiviti tersebut memang menarik perhatian mereka. Selain itu, guru-guru
juga hendaklah mempelbagaikan hasil karya daripada sesuatu bahan karya itu. Sebagai
contohnya, daripada bahan komsas seperti novel atau cerpen, guru boleh meminta pelajar
menerangkan perwatakan, pengajaran atau nilai dari cerpen tersebut dalam bentuk sajak, pantun,
atau syair yang dihasilkan oleh pelajar sendiri. Bahan komsas lain seperti sajak, syair atau
gurindam juga boleh diadaptasi ke dalam bentuk tulisan yang lain contohnya, guru-guru boleh
meminta murid untuk menulis karangan berformat cerpen (karya kreatif) berdasarkan bahan
komsas tersebut. Guru-guru juga boleh meminta murid menulis karangan berformat ulasan
daripada novel atau cerpen yang dibincangkan di dalam kelas.

5
771204115412 HBML 3103

2.2 Rasional Pemilihan Bahan

Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan emosi,
membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan serta nilai estetik.
Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu
dalam subjek Bahasa Melayu mempunyai pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya.
Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati
nilai-nilai murni. Dengan ini, murid dapat belajar melalui peniruan watak-watak baik yang
ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Secara tidak langsung dapat
mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana mereka tertarik dengan cerita
tersebut dan akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti serta tidak mungkin akan
menimbulkan masalah disiplin.

Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu menerapkan nilai-nilai
murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan serta kebenaran dalam
pemikiran mahupun perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal
sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang bertujuan untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Kurikulum baru berorientasikan komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk


mewujudkan murid yang berminat dengan karya-karya yang bermutu. Penggunaan kesusasteraan
Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu
dan mempercepat proses selari dengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi
pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu. Di samping melahirkan rasa hormat
dan kesedaran tentang nilai-nilai Melayu untuk menyumbangkan khazanah kesusasteraan
kebangsaan yang dimiliki bersama itu.

Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat
yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca
buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-
pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih

6
771204115412 HBML 3103

bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu serta dapat memartabatkan taraf
kesusasteraan Melayu kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan
tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan
seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-
karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru.

2.3 Aktiviti Pengajaran Yang Di Pilih

Aktiviti pengajaran yang dipilih dalam pengajaran komsas iaitu menggunakan teknik
Improvisasi.Teknik ini merupakan satu aktiviti yang membimbing pelajar melakukan aksi kaku
(muzium lilin) secara spontan bagi menggambarkan sesuatu peristiwa atau situasi. Teknik ini
sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Langkah pelaksanaan:

i. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada dua hingga lima orang
sekumpulan.

ii. Setiap kumpulan diberi satu petikan yang perlu dikaji oleh mereka.

iii. Murid diminta berbincang tentang satu gambaran yang paling sesuai bagi menjelaskan
peristiwa dalam petikan tersebut. Mereka diminta memilih seorang ketua kumpulan untuk
memberikan penjelasan tentang situasi yang dipilih. Ahli kumpulan yang lain akan memainkan
peranan sebagai watak-watak dalam petikan itu. Setiap watak perlu memahami peranan mereka
dan melakukan aksi kaku yang dikehendaki mengikut petikan.

iv. Semasa pembentangan murid diminta melakonkan aksi kaku bagi watak-watak yang
telah ditetapkan berdasarkan petikan yang diberi. Ketua perlu menerangkan peranan setiap ahli
kumpulannya dan mengapakah mereka kelihatan seperti yang digambarkan. Ketika penerangan
ini setiap pelakon mesti membekukan dirinya seperti patung lilin di muzium sehinggalah ketua
kumpulan selesai menjelaskan senario tersebut.

7
771204115412 HBML 3103

Aktiviti tunjuk cara:

i. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan melantik seorang
ketua.

ii. Ketua kumpulan diminta mengambil kad petikan dan berbincang tentang situasi seperti
dalam kad petikan.

iii. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan menetapkan pelakon untuk watak-watak
dalam petikan.

v. Guru menerangkan peranan ketua, nenek kebayan dan Inderaputera berdasarkan petikan.

vi. Semasa ketua kumpulan menjelaskan tentang senario berdasarkan petikan, setiap pelakon
mesti membekukan dirinya seperti patung lilin di muzium sehinggalah ketua kumpulan selesai
menjelaskan senario tersebut.

vii Murid lain diminta menyenaraikan tiga perwatakan berdasarkan penerangan dan lakon kaku
dalam lembaran grafik yang diberi.

Refleksi:

Aktiviti ini juga boleh dijalankan mengikut situasi yang berlainan bagi setiap kumpulan.

Lampiran 1:

Petikan Hikayat Inderaputera (Muka surat 53 54)

Maka setelah itu nenek kebayan pun sampailah kepada pintu kebunnya. Maka dilihatnya ada
terikat dan dilihatnya di dalam kebunnya itu ada seorang kanak-kanak duduk di bawah pohon
delimanya itu. Maka rupanya terlalu amat indah penuh dengan pakaiannya.

Maka ujar nenek kebayan, Anak siapa gerangan ini dan daripada mana gerangan
datangnya. Lagipun pintu pagar ini ada terikat dan kampungku pun terlalu jauh daripada
kampungnya orang banyak.

Maka bertanya nenek kebayan, Hai, cucuku! Kanak-kanak siapa cucuku ini dan dari
mana cucuku datang ini?

8
771204115412 HBML 3103

Maka ujar Inderaputera, akulah anak Raja Bikrama Buspa dan namaku disebut orang
Inderaputera. Ada pun sebabnya aku sampai ke mari ini diterbangkan oleh merak emas.

Contoh penerangan oleh ketua kumpulan:

Senario yang dipilh ialah peristiwa nenek kebayan menjumpai seorang kanak-kanak di
kebunnya.Ini ialah nenek kebayan. Dia mendapati seorang kanak-kanak duduk di bawah pokok
delima di dalam kebunnya. Keadaan itu menimbulkan rasa hairan kepadanya kerana pagar
kebunnya masih terkunci dan kebun itu jauh dari rumah orang kampung yang lain. Kanak-kanak
itu memakai pakaian yang cantik. Nenek kebayan bertanyakan identiti dan kampung asal kanak-
kanak itu. Kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia ialah anak raja Bikrama Buspa yang
bernama Inderaputera. Dia sampai ke situ kerana diterbangkan oleh merak emas.

1.Teknik Pelayaran Plot

Plot ialah rentetan peristiwa. Pelayaran plot ialah melayari jalan cerita dengan memilih
peristiwa-peristiwa penting dari awal eksposisi hingga peringkat peleraian cerita untuk mengesan
aspek komsas seperti watak ,latar ,teknik plot dan sebagainya.

2. Langkah pelaksanaan teknik pelayaran plot.

i. Guru memilih beberapa peristiwa penting berdasarkan karya cerpen

ii. Setiap peristiwa dinyatakan muka surat.

iii. Berdasarkan setiap peristiwa yang dipilih guru boleh bertanya kepada murid tentang aspek-
aspek struktural cerpen seperti teknik plot yang digunakan, perwatakan, nilai dan sebagainya.

iv. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran grafik pelayaran plot yang disediakan.

9
771204115412 HBML 3103

2.4 Contoh-contoh Pengajaran komsas

(a) Teater Pembaca


Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.
Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-
olah sedang berlaku di hadapan mereka.
Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita


Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita
tersebut.
Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat


Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang
pencatat.
Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan.
Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
Masa perbincangan 15 20 minit.
Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

10
771204115412 HBML 3103

(d) Monodrama
Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan
tindakan watak dalam sesuatu karya.
Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan
individu lain.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca


Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama.
Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak
tubuh dan sebagainya.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas


Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.
Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang
dilakonkannya.
Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik
(LPG) yang disediakan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(g) Improvisasi
Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi
sebenar.

11
771204115412 HBML 3103

Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid.


Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
Berdasarkan contoh-contoh pengajaran di atas, saya telah memilih teknik pengajaran secara
Improvisasi dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Teknik ini dipilih kerana ia sangat sesuai
dan boleh mencapai ke arah objektif pengajaran saya. Di samping itu,melalui teknik ini semua
murid dalam kelas saya dapat dilibatkan secara sepenuhnya. Penglibatan murid dalam aktiviti
berkumpulan sangat diperlukan bagi menyumbang idea-idea yang bernas dan tepat dalam
tugasan yang diberikan. Melalui aktiviti berkumpulan pula, semua murid dapat dilibatkan dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Melalui aktiviti ini, saya dapat membuat penilaian secara
pemerhatian aktiviti kumpulan yang dijalankan. Penerapan nilai bekerjasama dan sikap
kepimpinan dalam kumpulan yang dibentuk dapat dilihat dan dinilai dengan lebih berkesan.

3.0 Maklumat Sokongan

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000,
oleh itu kajian terperinci terhadap hasil pelaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh
mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun,
sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli
akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi.

Menurut Othman (2001) dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa
Melayu antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan
pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, seharusnya mempunyai
perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru yang
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusasteraan akan membawa
pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi seterusnya mendorong pelajar-pelajar
melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana dalam peperiksaan Ujian Penilaian

12
771204115412 HBML 3103

Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila
menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan
sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan
pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata, memberikan maksud
perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab
soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik.

Kajian Subadrah Nair (2000) juga menunjukkan pengajaran skema sastera secara terancang
dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan
subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Implikasi penyelidikan ini menunjukkan model
skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk
meningkatkan kefahaman bacaan Komsas di kalangan pelajar.

Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens, mencadangkan idea baru dan
menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat
membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Fauziah (1999) telah memetik kenyataan penulis-
penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long(1991), Sage
(1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan bahawa sastera dapat
digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris. Mereka
bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu
teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik.

Dengan kajian-kajian serta pendapat-pendapat yang dikemukakan tersebut diharapkan lebih


banyak lagi kajian lain mengenai pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat dibuat demi
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat mencapai
objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut. Kajian-kajian berkaitan boleh dijadikan asas
serta panduan kepada guru-guru bahasa khususnya Bahasa Melayu bagi tujuan melihat
keberkesanannya apabila hasil perlaksanaan Komsas diuji buat pertama kalinya melalui
peperiksaan SPM pada akhir tahun 2001.

13
771204115412 HBML 3103

4.0 Kesimpulan

Pengajaran komponen sastera secara formal dalam bilik darjah dapat memperkemaskan lagi
usaha melahirkan golongan masyarakat berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia.
Pembelajaran dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang luas. Setiap ilmu berkaitan
sastera boleh melahirkan pelajar yang lebih berjaya dan memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain membolehkan pelajar
menikmati keseronokan dengan menerapkan unsur-unsur sastera secara tidak langsung
melahirkan pelajar yang suka membaca. Ini kerana di Malaysia, sukar mencari orang yang suka
membaca. Mempelajari komponen sastera memberi peluang warga Malaysia menyedari aktiviti
membaca perlu disertai dengan minat.

Perkembangan sahsiah pelajar dibentuk apabila mereka melangkah masuk ke sekolah menengah
iaitu dengan mempelajari nilai-nilai murni ataupun yang lebih penting iaitu nilai-nilai
kemanusiaan. Ini dapat diketahui melalui karya-karya atau genre sastera yang dipelajari. Pelajar
adalah aset utama yang memerlukan kekuatan bahasa. Kesusasteraan Melayu khazanah yang
bernilai tinggi kerana masih ada nilai-nilai kesantunan tersembunyi di celah-celah kehidupan
masyarakat. Ini adalah salah satu cara mengangkat darjat bahasa Melayu di peringkat global.

5.0 Rujukan

14
771204115412 HBML 3103

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Fauziah Ahmad. (1999). Pembelajaran Bahasa Melalui Sastera: Bahasa Inggeris Sebagai

Bahasa Kedua. Jurnal Dewan Bahasa 43(11).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.(2000 )Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan Pembelajaran Komsas. Kuala Lumpur ( 2000 ): Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Pauzi Mahmad. (2003). Kajian dan Ulasan Komponen Sastera dalam Bahasa
Melayu Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Federal Publications.

Othman Puteh, (2001). Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan

Bahasa dan Pustaka

Talib Samat, Mohd Rosli Saludin.(2003). Apresiasi Komsas Dalam Bahasa Melayu, Bukit
Kepong dan Anak Laut Tingkatan 4 :Selangor Darul Ehsan: Longman Sdn.Bhd

http://spmbahasamelayu.blogspot.com

http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian

15

Anda mungkin juga menyukai