Anda di halaman 1dari 32

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

________________________________________________________________

HBML3103 : PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER: MEI 2010 TUTOR ENCIK MOHD NOOR BIN AWANG Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu DISEDIAKAN AHMAD ZAWAWI BIN IBRAHIM @ MUDA NO. MATRIK 720211115031002

NO. TELEFON 013-9833827 TARIKH


10 JULAI 2010

BIODATA PELAJAR

NAMA

: AHMAD ZAWAWI B. IBRAHIM @ MUDA

NO. FAIL JPN : ( D 38509 ) NO. KP : (BARU)720211-11-5031 (LAMA) A 2101582

NO. MATRIK : 720211115031002 AMBILAN MAJOR MINOR SEKOLAH MUSANG, : SEPTEMBER 2008 : BAHASA MELAYU : 1. BAHASA INGGERIS 2. PENDIDIKAN KESIHATAN : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAI, 18300 GUA KELANTAN

ALAMAT RUMAH : LOT 2730, DESA REBANA, 18500 MACHANG, KELANTAN NO. TELEFON : 013-9833827

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor, En. Mohd Noor bin Awang di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan seperjuangan yang turut sama menyumbang idea bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

ISI KANDUNGAN ---------------------------------------------------------------------------------------------------------Halaman BIODATA PELAJAR PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN Soalan 1 1.0 Pendahuluan 2.0 Pelaksanaan KOMSAS dalam memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3.0 Bagaimana KOMSAS membantu Penguasaan Berbahasa Pelajar Soalan 2 2.0 Metodologi Kajian 2.1 Reka bentuk kajian 2.2 Subjek kajian 2.3 Instrumen kajian 3.0 Dapatan kajian dan perbincangan 3.1 Maklumat latar diri 3.2 Persepsi guru terhadap minat pelajar 3.3 Strategi Pengajaran dan pembelajaran Komsas 3.4 Minat guru terhadap pembelajaran Komsas 3.5 Peruntukan waktu mengajar Komsas 3.6 Pendapat guru tentang kesesuaian kandungan Komsas Cadangan Penutup Bibliografi Lampiran i 1 4 8 11

13 16 17 18 19 21 22 25

4.0

Soalan 1
...KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan di samping mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. (Nadzeri Isa :2008)

Kenal pasti satu teks KOMSAS yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bincangkan pelaksanaan KOMSAS dalam memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping dapat membantu penguasaan berbahasa pelajar. Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan dengan mengambil kira aspek sistem bahasa dan seni bahasa 1.0 PENDAHULUAN KOMSAS ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan

kesusasteraan Melayu. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pasca tahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi perdedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Secara praktisnya, kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Hal ini bermakna pengajaran KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa. Dua impak tersebut ialah untuk menjadikan P&P Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari kesusasteraan. KOMSAS adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan memantapkan aspek emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1

Melaluinya diharapkan emosi para pelajar dapat dibentuk dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan. Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku. Iaitu dari segi ilmu iaitu pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan dengan ilmu bahasa. Selain itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran di mana bahan-bahan kesusteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya digunakan dalam pengajaran. Matlamat Utama Pengajaran Komsas mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Subjek KOMSAS diperuntukkan 2 waktu dalam seminggu yang merangkumi genre sajak, puisi tradisional, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Ini dapat mempelbagaikan bahasa Melayu supaya sesi pengajarannya lebih terancang bagi sepanjang tahun persekolahan. Kesempurnaan aplikasi subjek ini dalam proses belajar dan mengajar menjadikan waktu Bahasa Melayu lebih menarik, bermanfaat dan lebih menyeronokkan para pelajar khususnya di sekolah menengah dan amnya di sekolah rendah. Teks sastera yang digunakan dapat menyuburkan daya penghayatan pelajar pada keindahan Bahasa Melayu dan juga menghiburkan hati. Di samping itu, ia dapat menanam serta menjadi amalan membaca walaupun selepas mereka meninggalkan bangku sekolah. Justeru itu pelbagai langkah proaktif diambil dapat menjadikan KOMSAS suatu subjek yang menghiburkan. Di samping itu juga ianya dapat membentuk perwatakan manusia dan menanam pelbagai benih ilmu kepada para pelajar. Proses ini tidak akan tercapai tanpa perancangan pengajaran yang berkesan daripada guru-guru di dalam menyampaikannya melalui aktiviti-aktiviti yang difikirkan sesuai. Diperingkat sekolah rendah ianya tidak ditikberatkan namun kebanyakan bahan di dalam buku teks dimulai dengan puisi terlebih dahulu terutama buku teks tahun 6. Jadi secara tidak langsung pengajaran 2 sebagai usaha dan tanggungjawab bagi membantu para pendidik terutamanya guru bahasa Melayu supaya

komponen satera ini diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Pemilihan adalah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan untuk pengajaran.Pemilihan bahan biasanya dipengaruhi oleh tujuan dan kegunaan serta tingkat pencapaian para pelajar. Sumber penggunaan bahan bahasa Melayu begitu meluas kerana tiap-tiap bahan sememangnya mempunyai unsur-unsur bahasa. Walaupun begitu beberapa perkara harus difikirkan apabila memilih bahan sama ada dari segi bahan,bentuk, taraf, peranan, unsur-unsur bahasa dan kemahiran yang terkandung di dalamnya Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ini kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat (Hashim Awang: 1985) Bahan hendaklah menepati kehendak matlamat dan objektif pengajaran. Bahan yang tidak menepati matlamat dan objektif adalah tidak sesuai untuk digunakan dalam sesuatu pengajaran. Bahan juga hendaklah sesuai dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Minat pelajar dan jantina perlu diambil kira semasa menentukan bahan pengajaran. Bahan juga harus disesuaikan dengan bentuk aktiviti yang akan guru jalankan, sama ada aktiviti secara kelas, berkumpulan, berpasangan dan individu. Sehubungan dengan itu, Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan merupakan karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan, dan citra masyarakat. Objektif pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera (KOMSAS) seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, iaitu: membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmudan memproses maklumat secara kritis; memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; 3

memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan Negara 2.0 Pelaksanaan KOMSAS dalam memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dicapai melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hal ini, pada 22 Jun 1999 Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah menengah aliran Sastera, Sains, Teknik, Vokasional, dan Agama diwajibkan mempelajari Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan Inggeris. Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas mempelajari kesusasteraan, maka penggunaan karya sastera diwajibkan sebagai komponen dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya. Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera. Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi sebaliknya, penguasan ilmu 4

bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan jati diri pelajar. Hal ini jelas tergambar dalam matlamat pengajaran Komsas. Sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, mempunyai tata cara hidup yang berbeza, ketidakfahaman terhadap sesuatu budaya bangsa lain seringkali menimbulkan konflik antara kaum. Pengenalan dan pengajaran komsas yang diperkenalkan oleh PPK yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan harmorni, terutama dari segi pembangunan dan kerohanian. Impian dan harapan negara akan tercapai melalui pengajaran komsas yang bersifat serampang dua mata seperti yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2003 yang telah menggariskan dasar dan matlamat sosial negara. Hasrat penyatuan bangsa ini terus diperkukuhkan oleh kerajaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Hishammudin Bin Hussin pada tahun 2006. Antara elemen yang terdapat dalam PIPP menyarankan beberapa dasar pendidikan yang bertujuan membina bangsa Malaysia yang mempunyai ciri ciri glokal, patriotik dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa dengan perasaan bangga. Hasrat ini akan dapat disempurnakan melalui pengajaran komsas dengan menerapkan sistem nilai, displin , sahsiah, akhlak dan jati diri semua pelajar. Cadangan dan saranan yang di kemukakan oleh Dato Hishammuddin adalah bertitik tolak dari dasar pendidikan yang dikemukakan oleh Tun Abdul Razak sebelum kemerdekaan bagi mewujudkan perpaduan antara kaum. Antara intipati adalah berbunyi seperti berikut, Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.( Penyata Razak, perenggan 12, 1956 ) Pengajaran komsas juga bertujuan membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dalam membina masyarakat. Sehubungan itu, fokus Kementerian Pelajaran 5

Malaysia dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu di samping memantapkan perpaduan dan integrasi nasional. Dengan pemupukan kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Gabungjalin yang terdapat dalam pendidikan komsas diharap akan dapat melahirkan sebuah negara yang mantap perpaduan dan berintergrasi nasional. Pendidikan komsas dan sastera yang diajarkan disekolah sekolah telah banyak membantu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira warna kulit. Penggunaan teks yang sama dalam pengajaran komsas akan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bangga terhadap warisannya. Pembelajaran sastera dan komsas yang berkaitan dengan tokoh masyarakat secara tidak langsung akan dapat melahirkan semangat nasionalisme. Kita seharusnya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara. Kita perlu menghormati pemimpin kita dan berusaha bersama sama mengekalkan perpaduan dan kemajuan negara bukan dengan mengkritik. Tokoh tokoh utama negara sepatutnya dihormati dan dihargai, tanpa mereka negara kita belum tentu lagi memperolehi kemerdekaan. Pengajaran komsas dalam Bahasa Melayu banyak membantu pelajar dalam membentuk semua masyarakat yang harmoni. Berkenaan dengan pengajaran yang dijalankan, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dalam menyampaikan isi pengajaran seperti teknik lakonan, syarahan, deklamator dan sebagainya yang memerlukan interaksi antara murid. Melalui tugasan yang diamanahkan, golongan pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum terpaksa berinteraksi antara satu sama lain samada melalui perbincangan dan sumbangan idea. Hubungan sesama pelajar dalam melunaskan tugasan tersebut, secara tidak langsung akan menjalinkan hubungan yang erat sesama pelajar. Intergriti pelajar akan dapat dijalinkan denagn baik berdasarkan medium pengajaran komsas seperti yang dituntut dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2006, berkenaan dengan Teras II, PIPP. Pendedahan yang berterusan kepada bahan sastera diharap dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatupadu, membangunkan sahsiah diri pelajar serta dapat 6

menarik minat pelajar untuk terus membaca bahan-bahan sastera secara berdikari tanpa lagi bergantung kepada guru selepas alam persekolahan. Hal ini penting sebagai langkah memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia yang dilihat begitu rapuh Bahasa berperanan sebagai penghubung dan mempunyai elemen dalam membina nilainilai perpaduan. Pendidikan bahasa dan sastera merupakan peluang yang terbaik bagi guru menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dengan menggunakan bahasa sebagai simbol perpaduan tidak seperti mata pelajaran matematik. Melalui pengajaran sastera, pendedahan terhadap kehidupan masyarakat yang penuh variasi seperti pngajaran puisi, novel, cerpen, drama dan sebagainya dapat memberikan teladan kepada masyarakat yang berbilang kaum. Penggunaan karya yang ditulis oleh penulis Melayu dan bukan Melayu dapat mengambarkan suasana Masyarakat Malaysia yang pelbagai pandangan. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum seringkali menimbulkan perasaan tidak puashati, dengki dan salahanggap akibat suasana sosial yang tidak seimbang. Berdasarkan penghasilan sastera, seseorang pengarang akan dapat mencipta sebuah hasil kesusasteraan yang bertangungjawab dan menumpukan ke arah perpaduan negara dengan menggunakan fakta sejarah yang telah terjadi dan telah diolah dengan lebih bebas bagi mencipta hasilnya sendiri. Menurut Georg Lukacs (1962: 53), novel sejarah yang sebenar ialah novel yang membawa masa lampau kepada kita dan membuat kita mengalami hakikat masa silam yang sebenar Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Fauziah (1999) telah memetik kenyataan penulis- penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long (1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan bahawa sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik.

3.0

Bagaimana Komsas Membantu Pengusaan Berbahasa Pelajar Dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan penguasaan dan

penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Murid-murid bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu disediakan bagi memenuhi keperluan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Rentetan itu, kesusasteraan Melayu telah dijadikan sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu mencakupi pendedahan apresiasi karya-karya kesusasteraan Melayu daripada pelbagai genre seperti puisi tradisional, puisi moden, prosa klasik, drama, cerpen dan novel. Melalui pendedahan dan penelitian karya-karya seperti itu, murid diharapkan dapat mengenal dan menikmati karya-karya kesusasteraan Melayu negara. Selain menggalakkan lagi minat membaca murid, karya tersebut dapat juga menjadi wahana bagi murid memahami budaya dan cita rasa masyarakat negara ini. Murid diharapkan juga akan berminat untuk berkarya bagi melahirkan idea dan cita rasa mereka sendiri. Justeru, dengan usaha yang demikian akan mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid. Di sini dijelaskan tentang gaya dan seni bahasa yang terdapt di dalam cerpen yang dipilih: 1. Paradoks gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat. Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu. 2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek. Bukti: Soalan itu bukan yang pertama. Waktu rehat Ahmad tidak keluar.

Dia tidak bercakap banyak. Dia telah pun menduga. 3. Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis. Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya. -Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung. -Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu. -Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah. -Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. -Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki. -Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung. 4. Peribahasa ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur. 5. Personifikasi penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia. Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya. 6. Sinkof penggunaan singkatan kata Buktinya: tak, dah, nak, ni 7. Repitasi pengulangan kata. Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialog Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras. Selain itu, dengan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS ini, pelajar dapat mendalami dan menilai keindahan dan kehalusan bahasa sastera yang tinggi. Pelajar Contoh peribahasa yang terdapat di dalam cerpen ialah membatukan diri, berkaki ayam, budak hingusan, ambil kisah, seperti ayam kalah menyabung, lurus bendul, kaki lima dan berkecil hati. Apabila pelajar dapat menyebutkan peribahasa-peribahasa ini, bermakna mereka mula mengenali dan menilai keindahan dan kehalusan yang terdapat dalam bahasa sastera.

10

Soalan 2
KOMSAS telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun 2001. Dalam hal ini, beberapa kajian telah dijalankan berhubung tentang KOMSAS sama ada berkaitan dengan teks, pelaksanaan, penilaian mahupun isu-isu berkaitan dengan pelaksanaannya. (Nik Rafidah Nik Mohamad Affendi:2009)

a. i. Tajuk kajian : Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah: Satu Tinjauan ii. Nama pengkaji : Mohd Rasdi bin Saamah iii.Institusi : Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan b. Kaedah Kajian : Kajian ini akan meneliti semua permasalahan tersebut dari aspek persepsi guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Komsas. Kajian ini diharapkan dapat mengesan unsur-unsur yang boleh menghalang keberkesanan pelaksanaan pengajaran Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta boleh dijadikan panduan kepada guru-guru atau ahli-ahli akademik yang ingin membuat kajian lanjut tentang Komsas pada masa akan datang.

2.0 METODOLOGI KAJIAN 2.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kes dan dilaksanakan dalam bentuk tinjauan. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini akan memberikan gambaran tentang aspek-aspek yang terdapat dalam objektif kajian ini serta dapat

menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas, minat pelajar terhadap Komsas dan dalam pengajaran Komsas. strategi digunakan

11 2.2 SUBJEK KAJIAN Subjek kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Sekolah-sekolah tersebut ialah: 1. 2. 3. Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Pasir Mas, Kelantan. Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan.

Subjek kajian diambil berdasarkan kaedah purposeful sampling (Miles & Huberman 1984) iaitu semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Tingkatan 4 dan 5 di ketiga-tiga buah sekolah berkenaan diambil sebagai subjek kajian. Pemilihan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang lebih jelas kerana semua subjek kajian terlibat dengan pengajaran Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kerana alat ini

mampu memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh dibandingkan dengan alat pungutan data yang lain (Musa Daia 1987; Bergam 1989; Mohd Jonit Johari 1994). Selain itu soal selidik juga digunakan kerana alat ini dapat menjimatkan masa dan belanja (Cates; Mohd Majid Konting 1990). Soal selidik kajian ini merupakan soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian (Lampiran 2), iaitu: Bahagian A - Maklumat latar belakang guru dari segi jantina, taraf pendidikan akademik dan pengkhususan, dan pengalaman mengajar Bahasa Melayu.

Bahagian B - a) Mengandungi item-item yang berkaitan dengan persepsi guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Komsas menggunakan Skala Likert 5 mata dengan skala 1. Sangat Tidak Setuju, 2. Tidak Bersetuju, 3. Tidak pasti, 4. Bersetuju dan 5. Sangat Bersetuju. b) Mengandungi item-item berhubung dengan persediaan guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran Komsas, persepsi guru terhadap minat pelajar dalam pengajaran Komsas, strategi guru dalam pengajaran Komsas, minat guru terhadap pengajaran 12 Komsas, peruntukan waktu mengajar Komsas, kursus pendedahan tentang pelaksanaan Komsas dan kesesuaian kandungan tersebut kepada guru-guru yang menghadirinya. 3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 3.1 Maklumat Latar Diri Kajian ini melibatkan 30 orang populasi guru Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 di 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 yang kesemuanya terletak di sekitar bandar Pasir Mas, Kelantan. Daripada jumlah 30 orang tersebut 9 (30.0%) orang daripadanya lelaki dan 21 (70.0%) orang adalah terdiri daripada perempuan. Mereka terdiri daripada 21 (70.0%) orang berkelulusan Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan, seramai 8 (26.7%) orang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan hanya 1 (3.3%) orang mempunyai kelulusan Diploma/Sijil Guru. Dari segi pengalaman mengajar BM pula seramai 12 (40.0%) orang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun, 8 (26.7%) orang mempunyai pengalaman 6 hingga 10 tahun, 2 (6.7%) orang mempunyai pengalaman 3 hingga 5 tahun dan 8 (26.7%) orang berpengalaman kurang dari 3 tahun (Rujuk Jadual 3).
Jadual 3 : Maklumat Latar Diri Responden Profil Jantina Lelaki Frekuensi 9 % 30

Perempuan Taraf Pendidikan Akademik Diploma/sijil guru Sarjana Muda Pendidikan Sarjana Muda dgn Dip. Pend. Kurang daripada 3 tahun 3-5 tahun 6-10 tahun > 10 tahun

21 1 18 21 8 2 8 12

70 3.3 26.7 70 26.7 6.7 26.7 40.0

Pengalaman Mengajar BM

13 Manakala daripada Jadual 4 di bawah pula didapati 7 orang (23.3%) daripada 30 orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan Bahasa Melayu dan Sastera. Daripada jumlah tersebut 2 orang (6.7%) dari bidang Ekonomi atau Perdagangan dan masing-masing 1 orang (3.3%) bagi bidang Sains Kemasyarakatan, Komunikasi, Psikologi, Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan Pendidikan Jasmani. Mereka untuk mengajar Bahasa Melayu kerana kekurangan guru dalam mata pelajaran tersebut di sekolah masing-masing. Peratus keseluruhan guru BM yang tidak mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera ialah 23.2% iaitu 7 orang. Manakala daripada jumlah tersebut seramai 23 orang guru atau 76.8% mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera kerana masing-masing daripada jurusan yang berasaskan bahasa dan kesusasteraan. Jadual 4: Pengkhususan Semasa di Maktab Perguruan/Universiti
Pengkhususan/Opsyen Pengajian Melayu dan Geografi Pengajian Melayu dan Sastera Kesusasteraan dan Sejarah Pendidikan Bahasa Melayu Pengajian Melayu dan Sejarah Persuratan Melayu Ekonomi/Perdagangan Sains Kemasyarakatan Komunikasi Psikologi Bimbingan dan Kaunseling Pendidikan Jasmani Frekuensi & % 6 (20.0) 5 (16.6) 4 (13.3) 3 (10.0) 3 (10.0) 2 (6.7) 2 (6.7) 1 (3.3) 1 (3.3) 1 (3.3) 1 (3.3) 1 (3.3)

Jumlah

30 (100)

Kajian ini mendapati semua subjek kajian (30 orang) bersetuju (Skala Agak Setuju, Setuju dan Sangat Setuju) dengan item yang menyatakan mereka mengkaji dan membaca terlebih pelajaran tersebut. dahulu Semua semua subjek teks Komsas sebelum mereka mengajar mata kajian juga bersetuju dengan item yang

menyatakan mereka merujuk buku-buku lain selain teks Komsas demi untuk melengkapkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan Komsas. 14 Manakala dalam item yang menyatakan sama ada mereka banyak menggunakan buku ulasan-kajian, seramai 20 orang guru (66.6%) bersetuju dan 10 orang lagi (33.3%) tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 24 orang guru atau 80.0% bersetuju yang mereka menggunakan pelbagai bahan dalam pengajaran Komsas dan selebihnya 6 orang (20.0%) tidak bersetuju. Namun demikian, meskipun kebanyakan mereka bersetuju dengan item-item di atas tetapi 86.6% atau 26 orang daripada mereka bersetuju dengan pernyataan Komsas merupakan beban baru bagi guru-guru Bahasa Melayu. Peratus tersebut juga sama dengan peratus persetujuan mereka yang menyatakan mereka terpaksa mengejar sukatan pelajaran. Keadaan ini ada hubungannya dengan pernyataan dalam Jadual 9 yang mana 83.3% daripada subjek kajian berpendapat peruntukan waktu mengajar Komsas tidak mencukupi. Bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan

pembelajaran Komsas, guru haruslah mewujudkan perancangan atau strategi yang mantap. Pelaksanaan Komsas memerlukan guru yang bukan sahaja menguasai bahan dengan baik tetapi juga harus cekap, bijaksana dan yakin diri dalam lapangannya serta kreatif dan berketerampilan dalam memanfaatkan multiteknik pengajaran yang relevan dengan tahap prestasi pelajar, situasi dan persekitaran bagi mencapai objektif-objektif pengajaran Komsas. Penguasaan guru terhadap bahan Komsas, sama ada isi kandungan, jenis atau kategori cerita dan keupayaan pelajar penting bagi tujuan keberkesanan pengajaran.

Meskipun begitu pada masa yang sama guru Bahasa Melayu juga perlu menumpukan pengajaran mereka terhadap Kertas 1 Bahasa Melayu yang terdiri daripada 6 soalan karangan daripada jenis-jenis karangan yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Guru juga perlu memberikan penekanan kepada aspek-aspek lain dalam Kertas 2 Bahasa Melayu seperti Rumusan yang membawa 30 markah, Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa yang membawa 20 markah dan pemahaman petikan umum yang membawa kira-kira 10 markah. Keadaan ini sebenarnya menjadikan guru Bahasa Melayu berkecenderungan untuk 15 mengejar dan menyelesaikan sukatan pelajaran yang akhirnya memberi kesan kepada tahap persediaan mereka untuk mengajar dengan baik. 3.2 Persepsi Guru Terhadap Minat Pelajar

Kajian ini menunjukkan bahawa 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam Komsas (Rujuk Jadual 6). Manakala 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka berminat kerana Komsas termasuk dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Selain itu 22 orang atau 73.3% daripada mereka bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mereka ajar tidak berminat kepada Komsas. Bagi item yang menyatakan Komsas membosankan, seramai 17 orang (56.6%) guru bersetuju dengan pernyataan tersebut berdasarkan pengalaman mereka di kelas masing-masing.
Jadual 6: Pandangan Guru Terhadap Minat Murid Kepada Komsas ST 1(3.3) 1(3.3) 1(3.3) TS 3(10) 2(6.6) 7(23.3) 12(40.0) AS 7(23.3) 4(13.8) 15(50) 8(26.6) S 14 10 2 2 SS 6 13 5 7

a. minat Genre tertentu b. Minat kerana peperiksaan c. Tidak minat KOMSAS d. KOMSAS membosankan

Pola minat pelajar terhadap Komsas dalam kajian ini menunjukkan ada perkaitan antara pelaksanaan sistem SPM sijil terbuka yang di mana mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu tidak lagi menjadi mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran sastera, tetapi hanya dijadikan mata pelajaran elektif. Manakala pelajar-pelajar daripada aliran Sains, Teknikal, Vokasional dan Perdagangan pula tidak berminat kepada mata pelajaran sastera kerana mata pelajaran tersebut tidak langsung Kini mata pelajaran Kesusasteraan diperkenalkan dalam aliran-aliran tersebut.

Melayu dijadikan mata pelajaran elektif yang boleh diambil oleh mana-mana calon yang berminat tanpa mengira aliran. Namun demikian mata pelajaran tersebut tetap menjadi fobia kepada mereka, disebabkan tanggapan umum bahawa sastera bukan merupakan kombinasi yang mempunyai nilai komersial kepada mereka berbanding mata 16 pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan lain-lain lagi. Keadaan ini berlarutan dan terpaksa dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Komsas. 3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran Komsas , kajian ini mendapati 16 orang subjek kajian atau 53.3% bersetuju (masing-masing 23.3% agak bersetuju dan bersetuju dan 6.6 sangat setuju) bahawa mereka mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib Komsas, manakala 46.7% lagi tidak bersetuju. Bagi item guru mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas, kajian ini mendapati 27 orang subjek kajian (90.0%) bersetuju dan hanya 3 orang atau 10% sahaja yang tidak besetuju. Bagi item yang menyatakan guru hanya menggunakan kaedah chalk and talk, didapati 14 orang subjek kajian (46.6%) bersetuju manakala selebihnya 16 orang atau 53.4% tidak bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan kaedah tersebut. Dalam item guru mengadakan aktiviti kumpulan pula didapati 50% subjek kajian ada melaksanakan dan 50% lagi tidak bersetuju mereka gunakan strategi itu. Keadaan ini menunjukkan item tersebut hampir sama dengan item penggunaan kaedah bestari yang melibatkan penggunaan alat bantuan elektronik seperti OHP, LCD dan lain-lain, yang mana 16 orang (53.3%) bersetuju mereka gunakan, manakala 14

orang lagi (46.6%) tidak bersetuju. Akhir sekali bagi item yang menyatakan sama ada guru menyediakan modul pengajaran, kajian ini mendapati 26 atau 86.6% bersetuju di samping hanya 4 orang sahaja tidak bersetuju item tersebut. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh subjek kajian dalam kajian ini nampaknya masih lebih bermirip kepada pedagogi yang tradisional. Guru masih lagi mengarahkan pelajar membaca buku teks dan diikuti dengan penerangan. Lebih malang lagi penggunaan buku ulasan Komsas turut digunakan dalam strategi tersebut. Penggunaan kaedah pengajaran yang lebih dinamik seperti aktiviti kumpulan dan pengajaran kaedah bestari masih berada pada tahap 17 yang tidak memuaskan iaitu masing-masing 50% dan 53.3% sahaja subjek kajian yang menggunakannya. Guru sepatutnya membawa menjadikan pengajaran Komsas lebih menarik dengan pedagogi yang sesuai. Dalam konteks ini, Prof. Tan Sri Datuk Awang Had Salleh ketika merasmikan Seminar Pedagogi Sastera 2001, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka menegaskan, Pedagogi akan menjadikan pelajaran kesusasteraan amat memikat serta dapat diterapkan dengan lebih cepat serta berkesan. Jika pendekatan pelajaran kesusasteraan tanpa pedagogi disogokkan kepada pelajar, ia akan melemahkan matlamat mata pelajaran itu sendiri kerana penerimaan pelajar menjadi agak lemah (Utusan Malaysia, 16 Jun 2001). 3.4 Minat Guru Terhadap Pengajaran Komsas Dalam hal minat guru terhadap pengajaran Komsas, kajian ini mendapati 18 subjek yang dikaji atau 62.1% berminat mengajar Komsas iaitu 12 orang (40.0%) berminat kerana memang mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera dan 6 orang (20.0%) berminat walaupun sastera bukan pengkhususan mereka. Selebihnya 5 orang guru (16.6%) hanya berminat mengajar Bahasa Melayu tanpa Komsas, manakala 7 orang (23.3%) tidak berminat langsung kerana sastera terlalu asing bagi mereka. Pola minat guru tersebut dapat dikaitkan dengan bidang pengkhususan mereka semasa di universiti atau maktab perguruan sebagaimana yang dapat dilihat dalam

Jadual 4 pada bahagian awal perbincangan ini. Berdasarkan jadual tersebut didapati 7 orang (23.3%) daripada 30 orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan sastera. Peratusan 23.3% dari kalangan guru yang menganggap sastera terlalu asing bagi mereka tetapi diberi tugas mengajar Bahasa Melayu ada hubungannya dengan peratusan mereka yang tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera tersebut. Kajian juga menunjukkan bahawa purata 2 orang guru bagi setiap sekolah yang tidak berminat langsung kepada pengajaran Komsas merupakan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Lebih malang lagi bagi mereka yang tidak langsung 18 terdedah dengan bidang sastera ini tidak diberi latihan atau kursus pendedahan . Kekurangan guru berlaku di mana-mana tetapi pihak pentadbiran sekolah seharusnya menangani masalah ini dengan bijaksana. Membiarkan guru-guru yang tidak berminat mengajar Komsas dalam Bahasa Melayu tanpa memberikan bimbingan dan pendedahan kepada mereka adalah satu kesilapan besar yang perlu diperbaiki segera oleh pihak pentadbiran sekolah. Dalam hal ini sudah tentu para pelajarlah yang menjadi mangsanya, terutama bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan awam sama ada SPM atau PMR. Peranan guru dalam sesuatu kelas bahasa amat penting, lebih-lebih lagi bagi kelas yang melibatkan pengajaran unsur sastera. Dalam kelas yang melibatkan unsur sastera, seseorang guru yang baik perlu mengetahui karya yang diajar dan menguasai genre dengan baik seperti dapat mendeklamasikan sajak, berpantun, bersyair dengan nada dan irama yang sebenar serta berdrama. Kreativiti guru amat perlu dalam usaha menanam minat dan kefahaman pelajar terhadap pengajarannya. Seseorang guru kesusasteraan perlu peka terhadap keperluan memilih strategi dan aktiviti yang sesuai untuk membawa wacana dalam kelas ke aras tinggi (Rajendran 2000). Pengajaran kesusasteraan lebih berkesan sekiranya seseorang guru dapat menggabungkan kebolehan semulajadi murid, matlamat dan kebolehan bersastera guru itu sendiri (Block 1997). Namun apa yang menjadi masalah ialah tidak semua guru yang

mengajar kelas bahasa sama ada kelas mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris boleh mengajar kesusasteraan. Lebih malang lagi terdapat sesetengah guru Bahasa Melayu yang tidak berminat kepada sastera, apa lagi bagi guru yang terpaksa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan kekurangan guru bagi mata pelajaran berkenaan. 3.5 Peruntukan Waktu Mengajar Komsas

Dari aspek peruntukan waktu mengajar Komsas, kajian ini mendapati hanya 5 orang atau 16.7% sahaja subjek kajian yang menyatakan masa yang diperuntukan mencukupi dan sesuai dari semua aspek. Manakala seramai 25 orang (83.3%) 19 menyatakan peruntukan masa tidak mencukupi iaitu 16 orang (53.3%) daripadanya mencadangkan isi pelajaran perlu diubahsuai dan 9 orang (30.0%) lagi mencadangkan peruntukan waktu seminggu perlu ditambah. Sehubungan dengan itu di bawah topik Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera telah dinyatakan kandungan Komsas dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu terlalu banyak untuk diajar oleh guru Bahasa Melayu sedangkan masa yang ditetapkan cuma 2 waktu sahaja seminggu. Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2 dalam bahagian tersebut, semua enam genre sastera iaitu novel, cerpen, drama, puisi moden (sajak), puisi tradisional dan prosa tradisional dengan jumlah 26 karya setiap kelas perlu diajar dengan peruntukan 56 waktu setahun. Keduanya, meskipun salah satu daripada soalan sama ada cerpen atau drama akan keluar dalam Soalan 3(b) Kertas 2 Bahasa Melayu, begitu juga dengan Soalan 3(d) iaitu sama ada puisi moden atau puisi tradisional akan keluar, namun semua tajuk perlu dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan kerana guru tidak boleh meneka soalan genre manakah yang akan keluar daripada pilihan tersebut. Dalam aspek guru menghadiri kursus pendedahan Komsas, kajian ini mendapati seramai 14 orang (46.7%) daripada guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian tidak pernah menghadiri sebarang kursus yang berkaitan dengan Komsas.

Seramai 5 orang (16.6%) pernah menghadiri kursus di peringkat sekolah, hanya 1 orang (3.3%) menghadiri kursus peringkat PKG/Zon, 4 orang (13.3%) menghadiri kursus di peringkat PPD dan 6 orang (20.0%) yang pernah menghadiri kursus di peringkat JPN. Enam orang yang pernah menghadiri kursus di peringkat Jabatan Pendidikan ini terdiri daripada ketua-ketua bidang dan ketua-ketua panitia di ketiga-tiga sekolah berkenaan. Apa yang sepatutnya berlaku kesemua 6 orang peneraju utama mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah tersebut yang pernah menghadiri kursus di peringkat JPN mesti mengadakan kursus dalaman (inhouse training) untuk memberi pendedahan 20 kepada ahli panitia di sekolah masing-masing. Dalam hal ini pihak pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan utama dan bertanggungjawab memantau keadaan tersebut kerana mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM dan Komsas merupakan komponen yang wajib dijawab oleh semua calon dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Pelaksanaan Komsas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memerlukan pendedahan yang menyeluruh kepada semua guru Bahasa Melayu di sekolah. Pada peringkat awal pelaksanaan atau sebelum pelaksanaannya, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang) Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu dihantar berkursus di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pendedahan tersebut. Guru-guru berkenaan kemudiannya akan balik ke sekolah masing-masing dan emberikan pendedahan kepada ahli panitia masing-masing melalui kursus dalaman (inhouse training). Dengan ini semua guru Bahasa Melayu mendapat pendedahan secara enyeluruh di samping kursus-kursus lain yang dianjurkan di peringkat Pusat egiatan Guru (PKG) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari semasa ke semasa. 3.6 Pendapat Guru Tentang Kesesuaian Kandungan Kursus

Dari aspek ini seramai 16 orang (53.3%) daripada jumlah 30 subjek kajian telah

menghadiri kursus Komsas. Daripada jumlah tersebut kajian ini mendapati seramai 6 orang subjek kajian (37.5%) menyatakan kursus itu sesuai dan mencakupi semua aspek, 4 orang atau (25.0%) menyatakan sesuai tetapi perlu ditambah kandungannya dan 6 orang lagi (37.5%) menyatakan kursus tersebut tidak mencakupi sepenuhnya aspek-aspek dalam pengajaran Komsas Dapatan kajian di atas juga ada hubungannya dengan Jadual 10 di atas yang mana 6 orang (37.5%) yang menyatakan kursus yang mereka hadir sesuai dan mencakupi semua aspek adalah terdiri daripada mereka yang menghadiri kursus di peringkat JPN. Oleh kerana kursus tersebut merupakan kursus pendedahan yang asas, maka sudah tentu kursus tersebut lebih lengkap. Mereka yang hadir adalah terdiri daripada 21 ketua bidang bahasa dan ketua panitia yang akan memberikan kursus kepada guruguru Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Manakala 4 orang (25.0%) subjek kajian yang menyatakan kursus yang mereka hadir sesuai tetapi kandungannya perlu ditambah adalah terdiri daripada mereka yang menghadiri kursus di peringkat PPD dan di peringkat PKG/Zon. Bagi mereka yang menghadiri kursus di peringkat sekolah (inhouse training) pula menganggap kursus yang dilaksanakan di peringkat tersebut tidak mencukupi sepenuhnya aspek-aspek dalam Komsas. 4.0 Cadangan Beberapa cadangan dianggap penting bagi mengatasi masalah atau isu-isu yang timbul setelah Komsas dilaksanakan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam kajian ini. Antara cadangan-cadangan tersebut ialah. 1. Kandungan Komsas dalam Bahasa Melayu hendaklah dikaji semula terutama

sekali dalam soal pemilihan genre novel dan cerpen. Pemilihan novel dan cerpen yang tidak bermutu boleh menjejaskan objektif pelaksanaan Komsas itu sendiri. 2. Kandungan bagi sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk disesuaikan

dengan peruntukkan waktu mengajar komponen tersebut dalam seminggu. Misalnya pelajar dikehendaki mempelajari 6 karya bagi genre cerpen, puisi moden (sajak) dan puisi tradisional bagi semua tingkatan berbanding 3 bagi drama dan 4 bagi prosa tradisional. Adalah dicadangkan semua genre tersebut diajar 3 tajuk sahaja bagi setiap kelas untuk mengelakkan guru terlalu mengejar Sukatan Pelajaran sehingga menjejaskan mutu pengajaran mereka. 3. Pihak berkenaan khususnya pihak PPD dan pentadbiran sekolah hendaklah

memastikan semua guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan yang secukupnya mengenai Komsas melalui kursus, bengkel dan seminar secara serius dan memantau hasilnya selepas program tersebut dilaksanakan. 4. Pihak berkenaan juga perlu menerbitkan satu buku panduan tentang

Komsas sebagai buku pegangan yang mengandungi garis panduan kepada guru22 guru Bahasa Melayu. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan guru dalam mentafsirkan perbezaan antara pengajaran Komsas dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu. 5. Pihak atasan sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan atau PPD

hendaklah memastikan pentadbir sekolah mengambil berat tentang pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengetua, Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang dan Ketua Panitia hendaklah sama-sama memantau pengajaran guru kerana layak mendapat sijil atau tidak. 6. Bagi mengatasi masalah guru yang tidak berminat mengajar Komsas, pihak statistik sebenar sekolah-sekolah yang mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi penentu sama ada seseorang calon peperiksaan itu

jabatan Pendidikan di setiap negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian hendaklah mendapatkan kekurangan guru berpengkhususan BM dan sastera. Unjuran mengenainya perlu meskipun mereka bukan

dibuat dengan tepat dan dikemaskinikan pada setiap masa bagi mengelakkan adanya guru-guru yang terpaksa mengajar Bahasa Melayu mempunyai pengkhususan dalam bidang berkenaan.

7.

Bagi meningkatkan minat semua pelajar, guru seharusnya sentiasa membuat

persediaan yang rapi dan kreatif. Panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan modul pengajaran Komsas yang bersepadu bagi meningkatkan minat pelajar terhadap komponen ini. Pihak sekolah perlu memberikan sokongan yang padu dalam soal penyediaan bahan-bahan pengajaran dan segala perkaitannya yang melibatkan Komsas. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini bertujuan agar Komponen Wajib

Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan benar-benar mencapai objektif asal perlaksanaannya. Kajian kecil ini walaupun tidak menggambarkan sepenuhnya populasi guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan 4 dan 5 di seluruh negara, tetapi gambaran awal pola permasalahan yang wujud di dalamnya adalah jelas dan boleh dianggap 23 universal dalam situasi sistem pendidikan negara kita sekarang. Sehubungan dengan itu diharapkan kajian ini akan menjadi salah satu daripada kajian rintis yang berguna kepada guru-guru atau ahli-ahli akademik yang berhasrat untuk membuat kajian tentang Komsas pada masa akan datang.

24 Penutup Sebagai kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika tinggi. Pelajaran kesusasteraan Melayu atau komsas ini penting kepada pelajar, bukan setakat menghafal cerita, malah karya komsas yang disenaraikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman, etik dan pelbagai lagi. Bahkan, didapati di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya. Dengan demikian tidaklah lagi timbul masalah atau perkara yang mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan pembelajaran komsas dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk belajar Bahasa Melayu dengan yakin.

25 RUJUKAN Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajaran keseluruhan otak dan daya berfikir: Kuala Lumpur: Utusan Publication. Abdul Shukor Abdullah. 2000. (Kata Pengantar)Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah): Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Baharum Hj. Sulaiman. 1995. Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pelita Bahasa. Disember: 18 21 Block, Cathy Collins. 1997. Teaching The Language Arts. Ed. ke-2. Massachusettes: Allyn & Bacon. Misran Rokimin. 1998. Era Globalisasi: Pendidikan Sastera Masih Adakah Kepentingannya Lagi?. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, Othman Puteh .2001. Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu

hlm. 220 - 237. Shahabudin Hashim, et. al. (2003), Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Publication & Distributors. Tuan Jah Tuan Yusof. (2009). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu: Open University Malaysia: Meteor Doc Sdn. Bhd. The Malaysian Smart School. (1997). An BSC Flagship Aplication: A conceptual blueprint. Ministry of Education: Malaysia. Yahya Othman, (2008). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu: PTS Profesional. Berita Harian. 2001. 21 Februari. Berita Harian. 2001. 20 Mac. Berita Harian. 2001. 4 April. Berita Harian. 2001. 17 April.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai