Anda di halaman 1dari 5

SEJAUHMANAKAH PENDEKATAN MODULAR MENDEPANI ASPEK SENI BAHASA DAN

TATABAHASA
Nurul Fatini Binti Ahmad Sukri

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu mengandungi


Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
yang mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur
serta pentaksiran secara holistik bagi mencungkil potensi murid dalam penerokaan pelbagai
bidang ilmu pengetahuan. Bagi memenuhi hasrat tersebut kemahiran abad ke-21 perlu
diserap dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang perlu diterapkan


bagi melahirkan murid yang berdaya saing pada millennium baru. Kemahiran abad ke-21 ialah
kemahiran kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca,
Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal dan sebagainya Tiga kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terdapat
dalam kemahiran abad 21 ialah kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat,
media dan teknologi serta kemahiran hidup dan kerjaya (Pengurusan Sumber Pendidikan,
2013)

Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang


dikenali sebagai modul. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul kemahiran tersebut
untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.

Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Melalui pembelajaran modul ini,
murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan
bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan
pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.

Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami
dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan dan dilaksanakan melalui pengajaran yang
terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan
menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan
bertulis.

Objektif aspek seni bahasa menyokong pendekatan modular DSKP yang terbahagi
kepada tiga kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan

1
kemahiran menulis bagi mengukuhkan kecekapan berbahasa di samping sebagai panduan
guru dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang menarik. Objektif seni bahasa yang
boleh dikaitkan dengan kemahiran mendengar dan bertutur ialah menyanyikan lagu mengikut
irama lagu kanak-kanak dengan irama yang betul. Aktiviti yang dapat diterapkan dalam
kemahiran mendengar dan bertutur bersesuaian dengan objektif seni bahasa ialah
menyanyikan lagu Tema 5 iaitu Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan yang bertajuk
‘Setianya Tentera Negaraku’ mengikut irama lagu kanak-kanak “Can Mali Can” (Buku Bahasa
Melayu Tahun 2, 2017) (Hal: 10) yang mana dapat meningkatkan keyakinan diri murid untuk
menyanyikan lagu dengan irama yang betul. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemenjadian
murid ke arah murid yang berpatriotik mampu mempamerkan kasih sayang dan sokongan
terhadap negara kerana lagu tersebut menekankan tentang kesetiaan pejuang negara dalam
memastikan kesejahteraan negara. Jelaslah pendekatan modular disokong oleh objektif seni
bahasa mengukuhkan kecekapan berbahasa yang dapat dilihat dalam objektif seni bahasa
iaitu mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif ini dapat
dikaitkan dengan objektif kemahiran membaca iaitu membaca dan mempersembahkan sajak
dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai di mana aktiviti yang dapat diterapkan
dalam kedua-dua objektif tersebut ialah mendeklamasikan sajak Tema 5 iaitu Jati Diri,
Patriotisme dan Kewarganegaraan tentang ‘Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran’ (Buku
Bahasa Melayu Tahun 2, 2017) (Hal: 16). Aktiviti ini dapat meningkatkan motivasi murid untuk
mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul selaras dengan objektif
aspek seni bahasa. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membentuk murid yang berpatriotik
kerana bermenerapkan kepada murid tentang kad pengenalan dan sijil kelahiran merupakan
salah satu jati diri bagi menunjukkan bahawa seseorang itu merupakan rakyat Malaysia.
objektif seni bahasa tahun 2 iaitu mencipta dan mempersembahkan pantun secara kreatif
menyokong objektif kemahiran menulis iaitu membina dan menulis pantun secara kreatif.
Aktiviti yang dapat dilakukan berdasarkan objektif tersebut ialah mencipta pantun secara
separa terkawal berdasarkan petikan Tema 6 iaitu Alam Sekita dan Teknologi Hijau yang
bertajuk ‘Indahnya Alam’ dan mempersembahkannya (Buku Bahasa Melayu Tahun 2, 2017)
(Hal: 26). Aktiviti ini menjana kecekapan bahasa murid untuk menghasilkan pantun-pantun
yang kreatif melalui mencipta pantun secara kreatif dan mampu mempersembahkannya
dengan betul. Hal ini bertepatan dengan objektif seni bahasa dan secara tidak langsung dapat
membentuk murid yang prihatin dalam memastikan kelestarian alam sekitar. Pendekatan
modular bukan sahaja dapat disokong dengan objektif seni bahasa malah dapat disokong
dengan objektif tatabahasa. Objektif tatabahasa iaitu mengaplikasi jenis dan bentuk ayat
majmuk mengikut konteks dengan betul dapat menyokong objektif kemahiran mendengar
bertutur ialah mendengar, memahami, dan memberikan respons dengan membuat tafsiran
terhadap ayat majmuk dengan betul dan tepat. Aktiviti yang bertepatan dengan objektif ialah

2
mendengar, mengecam dan menyebut ayat majmuk dalam petikan Tema 8 iaitu Integriti yang
bertajuk “Cerita Dino” (Buku Bahasa Melayu Tahun 2, 2017) (Hal: 64). Aktiviti ini dapat
meningkatkan kemahiran menginterpretasi murid kerana murid mendengar dengan teliti
petikan yang dibaca di samping murid mengenal pasti dan mengulangi ayat majmuk yang
terdapat dalam petikan tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja selaras dengan objektif tatabahasa
tetapi juga menjadi panduan murid untuk mengikut teladan yang terdapat dalam petikan dan
membantu guru dalam kemenjadian murid yang berprinsip di mana murid perlu melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang anak yang baik. Seterusnya, objektif tatabahasa iaitu
menggunakan ayat tunggal mengikut konteks dengan betul menyokong objektif kemahiran
membaca iaitu membaca petikan. Aktiviti yang dapat dipraktikkan dengan objektif ialah
membaca petikan tema 7 iaitu Pertanian dan Penternakan yang bertajuk “Ternakan Puyuh”
(Buku Bahasa Melayu Tahun 2, 2017) (Hal: 54). Aktiviti ini menggalakkan murid membaca
dengan menggunakan ayat tunggal mengikut konteks. Aktiviti ini dapat membentuk murid
yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi supaya murid dapat meneroka dan mempelajari
perkara baharu dan dapat menjana pembe;ajaran sepanjang hayat secara berterusan.
Objektif tatabahasa iaitu menggunakan kata tanya mengikut konteks dengan betul yang
menyokong objektif kemahiran menulis ialah membina dan menulis ayat tanya. Aktiviti yang
bertepatan dengan objektif ialah membina ayat tanya dengan kata tanya mengikut konteks
berdasarkan petikan Tema 6 iaitu Alam Sekitar dan Teknologi Hijau yang bertajuk “Jimatkan
Elektrik” (Buku Bahasa Melayu Tahun 2, 2017) (Hal:38). Aktiviti ini mengalakkan
pembelajaran konstruktivisme di mana murid meneroka dalam menggunakan kata tanya
mengikut konteks yang betul dalam pembinaan ayat tanya selain guru dapat membentuk
murid yang bermaklumat di mana murid mengetahui cara menjimatkan elektrik. Daripada
aktiviti-aktiviti yang telah dinyataka di atas jelaslah bahawa objektif seni bahasa dan objektif
tatabahasa menyokong pendekatan modular bagi mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.

Intihanya, DSKP selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pendekatan modular disokong oleh
objektif aspek seni bahasa dan tatabahasa bagi memenuhi keperluan kemahiran abad ke- 21
dan didik hibur untuk menjana aktiviti-aktiviti yang memenuhi kepelbagaian kemahiran.

3
RUJUKAN

Juriah Long. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran. Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah

Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Safiah, Haji Musa, Farid M. Onn & Abdul Hamid Mahmood. (2014). Tatabahasa Dewan

edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Pengurusan Sumber Pendidikan. (2013). Kemahiran Abad 21. Diakses daripada http://

bibliografi.moe.edu.my/Sumber Pendidikan.

4
Membaca petikan kb

kemahiran mendengar bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis ot

Anda mungkin juga menyukai