Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya
dapat saya melaksanakan tugasan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 ini dengan
sempurna tepat pada masa yang ditetapkan. Program BIG yang dijalankan pada
kali ini melibatkan bengkel selama 3 jam dan juga program khidmat pendidikan
selama 7 jam. Semua pelatih yang mengikuti kursus PISMP Semester 3 tahun 2012
diwajibkan mengikuti kesemua program yang dijalankan bagi melayakkan mereka
mendapat ijazah perguruan kelak.
Program bengkel BIG telah diadakan pada 3 Februari 2012 jam 8.00 pagi
sehingga jam 12.00 tengahari. Program bengkel tersebut telah dijalankan di Dewan
Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Bagi program ini juga, saya telah diberi tugas
dalam bahagian pendokumentasian. Apabila tugas-tugas tersebut diberi, saya telah
mengarahkan beberapa orang rakan kelas untuk merakam perjalanan program
berkenaan. Dalam majlis tersebut juga, pihak penganjur telah menjemput Tuan Haji
Mohd Radzi Johari sebagai penceramah bagi membincangkan tajuk Protokol dan
Etika Sosial. Beliau telah menerangkan dengan ringkas tentang teknik-teknik
pengucapan awam, kesantunan berbahasa, tertib di meja makan, cara
mengendalikan majlis dan juga etika berpakaian.
Seterusnya, pada hari Isnin yang lalu bersamaan dengan 2 Mac 2012, pelatih
PISMP unit J1 telah mengadakan satu program khidmat pendidikan di Sekolah
Kebangsaan Seroli bagi melengkapkan lagi 7 jam baki program ini. Kami memilih
sekolah tersebut adalah kerana mempunyai jarak yang tidak terlalu jauh dari
kawasan institut. Selain itu, kami menyambut seruan guru besar sekolah tersebut
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat terhadap anak muridnya. Kami
seramai 20 orang guru pelatih telah menjalankan satu bengkel akademik yang telah
disertai oleh murid-murid Tahun 4 ,Tahun 5 dan Tahun 6 sekolah tersebut. Di sini,
jelas dapat diperhatikan bahawa kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh pihak
sekolah dan murid-muridnya.
Aktiviti pertama yang kami jalankan ialah program motivasi dan kempen
kesedaran kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan
murid tahun 4 dan 5. Hal ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid
tentang kepentingan menimba ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Aktiviti kedua
pula, kami menjalankan aktiviti permainan bahasa. Ternyata, murid sekolah rendah
memang seronok dan gembira jika permainan dijalankan. Mereka sangat teruja
sehinggakan kami terpaksa mengawal dengan lebih rapi pergerakan mereka. Hal ini
kerana, ada murid yang sehinggakan terlanggar rakan yang lain, ada juga yang
berebut sehingga merosakkan cermin mata rakannya.
Selepas itu, murid dibenarkan rehat sekejap dan kemudian aktiviti terakhir
bermula iaitu aktiviti Tom Tom Bak. Kami telah telah melaksanakan aktiviti ini
dengan pembentukan kumpulan yang terdiri daripada murid Tahun 4, Tahun 5 dan
Tahun 6. Kerjasama yang diberikan oleh murid murid telah menjadi bukti akan
kejayaan kami dalam melakukan Bina Insan Guru atau BIG pada semester ini.
Selepas itu, program ini diakhiri dengan majlis penutup yang diadakan pada jam
12.00 tengahari. Majlis penutup tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seroli, iaitu Tuan Syed Hassan .
Secara keseluruhannya, saya telah memperoleh banyak pengalaman yang
bermakna melalui program BIG pada kali ini. Hal ini kerana, saya sendiri yang telah
berurusan dengan pihak sekolah dan juga dalam melancarkan program ini.
Sebelum berlangsungnya program ini, kami telah mengadakan perbincangan
beberapa kali bagi memastikan segala persediaan dapat dipersiapkan. Akhir sekali,
saya berasa amat seronok dan bagi saya pengalaman BIG Fasa 3 ini merupakan
satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana terpaksa berdepan dengan
masalah-masalah pihak pengurusan institut, pihak sekolah dan juga kerenah murid-
murid. Saya berharap, saya dapat menjalankan program seperti ini lagi pada masa-
masa akan datang. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

MOHAMAD FARIS EDHWAN BIN ZAKARIA
(910422 03 5645)

Anda mungkin juga menyukai