Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V

BENGKEL GURU DAN PERUNDANGAN


SEMESTER 5
2013

1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan guru merupakan salah satu program yang wajib
dijalani oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada
setiap semester. Pada semester kelima, setiap pelajar dikehendaki mengikuti
lawatan Benchmarking ke sekolah cemerlang dan bengkel/ceramah secara
berkumpulan untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru pada kali ini.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada
pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi
sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai, dan
akhlak keguruan dalam kalangan guru-guru pelatih. Proses pembinaan insan
guru terbina berasaskan aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah
mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang
cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru
memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek
sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru
juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik
di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-
pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu
dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya
dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.




2.0 RASIONAL
Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, dan mempunyai ketahanan fizikal. Program ini
juga diharapkan dapat meningkatkan profesion keguruan dalam kalangan guru-
guru pelatih serta dapat memberikan sumbangan kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Undang-undang perguruan merupakan panduan kepada bakal-bakal guru
dalam menjalankan tugas. Di samping itu, guru pelatih PISMP IPG diharapkan
dapat menjadi seorang guru yang berdedikasi serta patuh terhadap undang-
undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita
murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya
membantu membina realiti wawasan Negara.

3.0 MATLAMAT
Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru
yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya
ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru. Pembinaan insane guru merupakan usaha berterusan pada sepnajang
program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program Bina
Insan Guru ini juga dibina dengan harapan dapat membina insan guru yang
dapat menjalankan tugas dengan berdedikasi dan patuh kepada perundangan
yang telah ditetapkan.


4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Pada akhir program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP ambilan
Januari 2011 diharapkan dapat :

Mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperolehi kearah pembangunan diri sebagai insane guru secara
berterusan.
Memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta
sentiasa bersedia serta mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan
dan aras globalisasi.
Meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan, berdaya tahan, nilai-nilai murni dan
keterbukaan fikiran.














5.0 LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 5
5.1 LAPORAN SEBELUM
Sebelum pelaksanaan Bengkel Bina Insan Guru Fasa 5, iaitu pada 17 Januari
2013, kelas unit J1 telah membuat persiapan tempat iaitu menguruskan kelengkapan
untuk memastikan pelancaran berlangsungnya Bengkel Bina Insan Guru Fasa 5. Bukan
itu sahaja, kami unit J1 telah melakukan aktiviti secara bergotong royong. Bagi
memastikan persiapan tersebut dapat dilaksanakan dengan kemas dan teratur, kerja
kerja pembersihan dan penyusunan dilakukan dengan mengikut kesesuaian untuk
melaksanakan bengkel pada keesokan harinya, iaitu pada 18 Januari 2013.

Segala peralatan dan hak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telahpun kami
manfaatkan untuk melengkapkan Dewan Sri Tanjung untuk memastikan
berlangsungnya bengkel tersebut. Bukan itu sahaja, kami juga telah mengunakan
dengan penuh cermat supaya memastikan kemudahan yang kami guna dapat
dimanfaatkan oleh seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Walaupun unit J1 hanyalah ditugaskan untuk persiapan tempat, kami telah
merangka penyusunan yang sesuai, iaitu terdapat tiga meja sebagai tempat
pendaftaran pelajar untuk menyertai bengkel ini. Tambahan pula, bengkel ini
merupakan kewajipan kepada kami untuk memenuhi peruntukan jam kredit pada
semester ini.





5.2 LAPORAN SEMASA
Pada hari Jumaat, iaitu pada 18 Januari 2013, berlangsunglah Bengkel Bina
Insan Guru Fasa 5. Setelah diperhatikan, rangka penyusunan tempat telahpun
digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa Unit J. Penglibatan keseluruhan Unit J yang
mengendalikan bengkel ini telah menyebabkan kelancaran pelaksanaannya. Bengkel
ini berlangsungnya pada jam 8.00 pagi dengan didahului oleh pendaftaran mahasiswa
Unit J sebagai menghadiri khusus pada semester 5. Sebagaimana semester lepas,
kami didahulukan dengan pelaksanaan bengkel.

Bengkel BIna Insan Guru Fasa 5 telah berlangsung selama tiga jam iaitu,
ceramah selama 1 jam, bengkel bersama tutor selama sejam dan soal jawab atau
penutup selama 1 jam. Walaupun pelaksanaan bengkel BIG selama tiga jam, namun
telah mencukupi bagi kami sebagai guru pelatih untuk mendapatkan pengetahuan dan
keilmuan perguruan yang menjadi asas kepada kami apabila ditempatkan disekolah
nanti.Jam kontrak bagi BIG fasa 5 adalah sebanyak 10 jam. Jam selebihnya kami telah
mengadakan lawatan penanda aras selama 7 jam di Sekolah Kebangsaan Convent
Kota, Taiping.

Semasa Bengkel Bina Insan Guru Fasa 5 berlangsung, kami diterpakan dengan
pelbagai panduan dan keilmuan tentang bidang perguruan. Terutamanya asas dalam
menjadi guru kelak. Walaupun pendedahan ini adalah asas, tetapi amat berguna
kepada saya terutamanya untuk menjadi seorang guru yang berwibawa kelak. Asas
inilah yang akan digunakan oleh saya apabila bergelar nanti. Oleh itu, bengkel ini
selama tiga jam amat memberikan input kepada saya.



5.3LAPORAN SELEPAS
Selepas pelaksanaan bengkel ini, kami sekali lagi secara bersepakat
melaksanakan tugasan penyediaan dan mengemaskan tempat. Bagi memastikan
sebuah Dewan Sri Tanjung yang bersih, kami mengembalikan kesemua kemudahan
pada tempat asal. Hal ini demikian adalah penting bagi kami untuk menjaga
kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.

Setelah itu, kami telah merangka pelbagai perancangan untuk melaksanakan
Program Bina Insan Guru Penanda Aras di sekolah. Atas segala kebaikan
perbincangan, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping sebagai
sekolah untuk dilawati selama tujuh jam. Segala prosedur yang telahpun kami tepati
untuk memastikan pengurusan dan pelaksanaan dapat dijalankan dengan teratur.

Setelah segalanya kami turuti, kami telahpun berjaya melaksanakan Program
Penanda Aras pada 8 Februari 2013. Lawatan ke sekolah tersebut telahpun banyak
memberikan kami pendedahan tentang pengurusan sekolah yang cemerlang ataupun
dikenali sebagai sebuah sekolah kluster. Walaupun pendedahan tentang sekolah
kluster hanyalah selama tujuh jam, namun telah banyak memberikan kami pengetahuan
dan asas kepada kehidupan sebuah sekolah kluster.






6.0 REFLEKSI KENDIRI
Bina Insan Guru Fasa 5 pada semester 5 telah pun berlangsung pada 17 Januari
2013, iaitu Bengkel Bina Insan Guru Fasa 5 dan 8 Februari 2013 lawatan ke Sekolah
Kebangsaan Convent Kota, Taiping. Pelaksanaan Bina Insan Guru merupakan satu
kewajipan kepada kami, iaitu peruntukan masa selama 10 jam. Melalui Bina Insan Guru
Fasa 5 ini, didapati telah banyak kami perolehi tentang identiti seorang guru dan
pendedahan tentang kebudayaan sebuah sekolah kluster, iaitu Sekolah Kebangsaan
Convent Kota, Taiping.

Bengkel yang berlangsung selama 3 jam di Dewan Sri Tanjung telah banyak
mendedahkan tentang keperibadian seorang guru. Hal ini demikian, identiti seorang
guru amat penting kepada saya kerana penerapan budaya dan nilai keguruan akan
menjadi asas kepada saya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru kelak.
Bagi saya, guru bukan sahaja bertugas sebagai tenaga pengajar malahan juga guru
bertanggungjawab kepada persekitaran, iaitu sekolah, pelajar dan sebagainya.

Kerjaya sebagai seorang guru dikatakan mencabar kerana pada zaman yang
serba canggih ini, guru perlulah selari dengan perkembangan semasa. Terutamanya
dari segi ilmu pendidikan. Hal ini demikian, peredaran yang semakin berkembang akan
menyebabkan kemahiran perguruan juga diperkembangkan demi memastikan pelajar
dapat mencapai kehendak yang difokuskan. Secara realitinya, budaya dan nilai
keguruan haruslah berada selari dengan semangat keguruan demi memastikan kerya
keguruan digemari oleh guru walaupun mencabar.

Dari segi komuniti pula, guru memainkan peranan yang penting dalam
memastikan pembentukan sebuah komuniti ganerasi baru yang berilmu dan dipupuk
oleh nilai nilai keperibadian yang tinggi. Pembentukan komuniti yang bernilai murini
berupaya dipupuk oleh guru berdasarkan didikan guru kepadaa generasi yang baharu.
7.0 PENUTUP
Bina Insan Guru Fasa 5 sememangnya memberikan input yang positif kepada
pelatih guru. Terutamanya dalam membentuk keperibadian seorang guru yang
berwawasan dan berintegriti. Pendedahan tentang penanda aras juga menjadikan
motivasi kepada guru pelath dalam proses mengenali sekolah.

Secara kesimpulannya, Bina Insan Guru merupakan arca yang penting kepada
guru pelaytih dalam proses untuk mewujudkan keperibadian guru pelatih yang
mempunyai perancangan dan integriti yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai