Anda di halaman 1dari 5

Sajak Pengait Tua Muhammad Haji Salleh

Januari 17, 2010


Sajak Pengait Tua
Seorang wanita usang
hampir terlipat di bangku pantai
kakinya terbenam
di warna pasir kasar
Dengan benang putih
dijalinkan
masa sudahnya
dan dengan benang hitam
dia mengikat
pucuk, ranting dan kelopak
bunga mimpinya
anak yang jauh
sepi-rindu malam hari
cucu yang tak tiba
waktu dicita
seharian dia di bangku kecil hijau
dai mengait dunianya.
Nukilan: Muhammad Haji Salleh
Ulasan Sajak: Pengait Tua (Muhammad Hj. Salleh)
1. Maksud:
Penyair menggambarkan seorang wanita tua sedang duduk di pantai. Wanita tua itu
sedang mengait sambil menanti kepulangan anak dan cucunya yang sudah lama
tidak pulang. Siang malam wanita itu sentiasa mengingati mereka, namun sia-sia
sahaja. Orang yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba. Ketika menanti kepulangan
mereka, ibu tua itu mengingati saat-saat lalu sewaktu dia membesarkan dan
mendidik mereka.
Ibu tua itu terus menanti dan sering menunggu di sebuah bangku kecil tanpa
mempedulikan kesibukan orang lain dan hal-hal yang berlaku disekelilingnya.
2. Tema & Persoalan:
Seorang wanita tua yang merindui anak dan cucu-cucunya.
a. Kerinduan seorang datuk.
b. Setia menunggu orang yang disayangi.
c. Nasib datuk yang tidak dipeduli oleh anak dan cucunya.
d. Kesibukan kerja anak cucu hingga melupai jasa ayah dan ibu.
3. Mesej:
a. Kita sebagai anak hendaklah ingat jasa ibu bapa.

b. Ambil berat tentang ibu bapa


c. Kasih sayang orang tua tidak berpenghujung.
4. Nilai:
a. Kasih sayang
b. Jiwa yang sepi kerana rindu kepada anak cucu.
5. Latar:
Zaman kini, era zaman moden
Masyarakat yang terperangkap kerana arus kemajuan.
Kerana kesibukan mereka melupakan nilai kemanusiaan dan kekeluargaan.
Mengharapkan kerinduan tertunai.
Jauh di desa-desa yang sepi.
6. Peranan/fungsi:
Sajak ini berperanan menggingatkan anak-anak zaman sekarang supaya tyidak
melupakan jasa orang tua mereka. Kerana ibu bapalah yang telah mendidik dan
membesarkan kita. Tanpa ibu bapa kita tidak akan lahir ke dunia ini dan membesar
seperti yang ada pada hari ini.
7. Nada:
melankolik.
8. Gaya Bahasa:
a. Personifikasi mengait dunianya
b. Metafora bunga mimpinya
c. Inversi di warna pasir kasar sepatutnya di pasir yang berwarna kasar.
sepi-rindu malam hari sepatutnya malam hari sepi-rindu.
d. Asonansi:
Pengulangan bunyi vokal dan pengulangan bunyi konsonan.
9. Bentuk
bebas.
https://penyair.wordpress.com/category/muhammad-haji-salleh/

sekarang masanya
sekarang masanya
untuk berlalu
dan tinggalkan apa yang
tak mungkin dibawa
kerana kita tak akan di sini lagi
menjemput ke belakang

ialah meraba bunga kering.


jadi sekarang kita putuskan
makna kekinian ini, di sini,
atau kita akan di sini saja.

kenangan seorang siswazah


(buat pbmum dan pbmus)
dari pinggir remaja ini
aku bisa berdiri di dataran masa
melihat tahun-tahun aku mahasiswa:
hari-hari sedih dan riang
hari girang dan payah
bekerja untukmu pbmum,
alma mater kedua,
di waktu idealisma tegak sekali
kerjaku rajin sekali
bersama teman-teman seluar kusam
dan baju rosak oleh duplicating ink.
aku tau aku bererti
walaupun kurang studi
dan tak punya kekasih.
betapa penuh marah akan badut
di hari teargas
yang membunuh taakulan
aku lebih maju dari politikus dan polis
lebih sayang pada manusia
di waktu negeri ini gelap.
dan di hari-hari mesyuarat
betapa kucar-kacir
tetapi betapa bulat kebulatan
betapa nyaring fikiran muda
dan betapa bermakna.

di pinggir remaja ini


aku bisa berdiri di speaker's corner ingatanku
berbicara atau menyindir
kerana aku hidup,
merasa dan muda,
kerana aku bererti
sekali dan berkali.

terlalu lama
terlalu lama
aku di sini.
hidup di antara
tempat dan tempat
waktu dan waktu
pertukaran dan pertukaran.
jikalau akarku
merangkak ke tanah ini
akan lainlah buahnya nanti
getahnya akan jadi anih
kental atau beku
atau mengalir
melawan arus.
tapi akan kupegang uratku
tenung mataku
dengan otot-otot yang sudah
diajar membantah.

http://azriq.blogspot.com/2014/02/tiga-sajak-pendatang-muhammad-haji.html

** RUJUK LAMAN WEB INI


http://books.google.com.my/books?
id=OMfOAgAAQBAJ&pg=PR4&lpg=PR4&dq=sajak+dan+muhammad+haji+salleh&s

ource=bl&ots=i3vrPd0Fg5&sig=K6kXcVYj7OnXC3yQIMTRijr39FU&hl=en&sa=X&ei=l
xvyU8i4FtihugT6vYG4DA&ved=0CC8Q6AEwAjgU#v=onepage&q&f=false

Anda mungkin juga menyukai