Anda di halaman 1dari 9

TAJUK TUGASAN :

Analisis Abstrak dan Pengenalan/Pendahuluan Kajian

BSK60104:

KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF DALAM KESUSASTERAAN

MELAYU

NAMA PELAJAR:

MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN

NO. MATRIK:

P20202001583

NAMA PENSYARAH:

DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI


1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan ini, pengkaji akan menganalisis penulisan abstrak dan pengenalan

yang terdapat dalam makalah Abdul Halim Ali yang berjudul Konsep Keindahan

dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Penganalisisan terhadap penulisan abstrak

dan pengenalan itu bersandarkan pada beberapa pendapat tentang abstrak dan

pengenalan.

2.0 DEFINISI KONSEP

Apakah yang dimaksudkan dengan abstrak? Menurut Juhl dan Norman (1989),

Abstrak menyatakan tujuan sesuatu kajian itu dilakukan, metodologi yang digunakan

dalam kajian dan aspek-aspek lain termasuklah dapatan kajian serta rumusan.

Gayle Morris (2013) telah menggariskan empat ciri penulisan abstrak yang

baik dan berkesan, iaitu:

1. Pernyataan Masalah: Mengapa kajian anda ini penting? Apakah

lompong atau jurang praktikal, saintifik, teoritikal hampun artistik

yang cuba diisi oleh kajian ini?

2. Metod/prosedur/pendekatan: Apakah yang dilakukan unruk

mendapatkan dapatan kajian?

3. Dapatan kajian: Dengan menggunakan pendekatan di atas, apakah

yang telah anda perolehi/hasilkan/cipta?

4. Penutup/Implikasi: Apakah implikasi terbesar daripada hasil kajian

anda terutama dalam hal yang bersangkutan dengan pernyataan


masalah yang telah dinyatakan sbelum ini? Mengapa kajian ini

bernilai?

Pengenalan/pendahuluan merupakan bahagian awal dalam sesebuah

penulisan. Menurut Steven Bailey (2011) sebuah pengenalan yang efektif akan

menerangkan tujuan dan skop sesuatu penulisan itu kepada pembaca. Shona

McCombes (2019) menjelaskan bahawa pengenalan yang bik cukup penting dalam

sesebuah penulisan. Ia kan mwngarahkan perbahasan dan memberitahu gambaran

awal tentang sesuatu perkara kepada pembaca.

Selanjutnya Shona turut menyatakan bahawa sebuah tujuan pengenalan

adalah untuk:

i. Menarik minat pembaca

ii. Memberikan latar belakang topik yang akan dibicarakan.

iii. Menyampaikan ‘tesis statement’ iaitu tumpuan utama dalam

penulisan.

3.0 HURAIAN

3.1 PENULISAN ABSTRAK

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap makalah Abdul Halim Ali (2020)

yang berjudul Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu, telah didapati bahawa

abstrak yang telah dihasilkan menepati ciri-ciri sebuah penulisan yang baik dan tepat.

Perician penulisan abstrak itu adalah seperti berikut:


i. Tujuan/Objektif Kajian

Penulis telah memulakan abstraknya dengan menyatakan bahawa

“Makalah ini bertujuan membincangkan konsep keindahan dalam

kesusasteraan Melayu tradisional berasaskan gagasan estetika yang

dikemukakan oleh Muhammad Hj. Salleh dan idea estetika oleh I.V.

Braginsky”.

ii. Metodologi

Penulis memberikan penjelasan berkaitan metodologi kajian yang

digunakan dalam penulisan makalah.

“…Analisis ini adalah sebuah analisis kepustakaan dan perbincangan

dibuat secara deskriptif berdasarkan dua buah teks utama, iaitu Puitika

Sastera Melayu (2020) karya Muhammad Hj. Salleh dan buku Erti

Keindahan dan Keindahan Erti (1994) oleh Braginsky”.

iii. Dapatan Kajian

Penulis telah menyampaikan secara ringkas dapatan kajian yang telah

diperolehi setelah melakukan kajian secara deskriptif terhadap buah

teks tersebut.

“…Hasil analisis menunjukkan terdapat tiga perbezaan ketara dalam

mengkonsepsikan keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional

oleh dua tokoh ini, iaitu sumber keindahan, dasar keindahan dan cara

mengkonsepsikan keindahan. Braginsky bersandarkan kepada idea


struktural Yury Tynyanov lebih mementingkan aspek deskripsi tekstual

yang dihubungkan dengan sokongan sumber Islam manakala

Muhammad Hj. Salleh juga bersandarkan deskripsi tekstual tetapi tidak

bersandarkan kepada sokongan sumber agama Islam”.

iv. Rumusan

Penulisan abstrak itu diakhiri dengan rumusan seperti berikut:

“…Analisis juga menunjukkan dua buah gagasn idea ini menjadi asas

akademik untuk memahami makna keindahan dalam kesusasteraan

Melayu dengan persepktif yang berbeza”.

3.2 PENULISAN PENGENALAN

Setelah dilakukan analisis yang terperinci terhadap bahagian pengenalan makalah

Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional, bahagian pengenalan

itu dapat dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu:

i. Kewujudan konsep keindahan dalam kesasteraan Melayu Tradisional.

Penulis makalah telah memulakan penulisan beliau dengan

menyatakan dalam dunia kesusasteraan Melayu lama, konsep

keindahan ini telah lama wujud. Menurut penulis lagi, kewujudan

konsep keindahan terserlah melalui beberapa kajian yang telah

dilakukan oleh sarjana sastera seperti Muhammad Hj. Salleh dan


Braginsky. Kajian tentang keindahan ini terakam dalam dua buah iaitu

Erti Keindahan dan Keindahan Erti (Braginsky, 1994) dan Puitika

Sastera Melayu (Muhammad Hj. Salleh, 2000). Penulis menyatakan

bahawa menerusi penghasilan buku-buku tersebut telah membuatkan

konsep keindahan benar-benar telah ditemukan dalam kesusasteraan

Melayu tradisional.

ii. Definisi Kesusasteraan

Pada perenggan kedua ini, penulis menyatakan bahawa awalan ‘su’

dalam perkataan kesusasteraan yang bermaksud baik dan indah.

Manakala kata sastra yang berasal dari perkataan Sanskrit yang bererti

sarana atau alat yang membawa pengajaran. Rangkuman awalan su dan

kata sastra yang membentuk perkataan susastra boleh diertikan

sebagai saran yang membawa pengajaran dengan cara yang indah.

Pembentukan kata susastra jelas kelihatan di dalamnya sudah

terkandung aspek keindahan.

iii. Keindahan dalam konteks kesusasteraan Melayu

Penulis menjelaskan bahawa sudah lama citra bangsa Melayu tarisonal

menyukaia keindahan dalam seni sastera. Muhammad Hj. Salleh dan

Braginsky berpendapat bahawa aspek keindahan menjadi kayu

pengukur terpenting dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu

tradisional. Namun begitu, penulis menyatakan terdapat perbezaan

antara pemahaman konsep keindahan oleh Muhamamd Hj. Salleh dan

Braginsky. Dalam perenggan ini juga, penulis menjelaskan secara


ringkas tiga sfera keindahan yang telah digagaskan oleh Braginsky,

iaitu sfera keindahan luaran, sfrea keindahan dalaman dan sfera

fungsional.

iv. Kelebihan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional

Pada perenggan kelima, penulis telah memberikan beberapa fungsi

keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradsional, baik kepada

pengarang mahupun kepada pembaca hasil sastera tersebut. Penulis

menyatakan bahawa konsep keindahan mampi menjadi penarik kepada

pembaca kerana mampu membantu pembaca berasa tenteram dan

nyaman. Seprti yang dinyatakan pada perenggan tersebut, iaitu “…

Sudah menjadi naluri manusia suka pada keindahan dan ini akan

menjadi pendorong yang memandu gerak gri dan ilham manusia untuk

betingkah laku yang baik-baik dan mulia”. Selain itu, penulis turut

menjelaskan terdapat sarjana-sarjana sastera yang turut melakukan

kajian terhadap konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu.

v. Persoalan tentang konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu

Perenggan terakhir pada bahagian pengenalan, dimulakan dengan satu

lontaran satu pertanyaan menyangkut kewujudan konsep keindahan

kesusasteraan Melayu moden seperti mana dalam kesusasteraan

Melayu tradisional, iaiut konsep keindahan telah dijadikan teras dalam

karya-karya pada zaman tersebut.


4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan penulisan abstrak dan pengenalan dalam makalah yang

dibicarakan ini menepati konvensi penulisan akademik yang baik. Penulis makalah

berjaya memasukkan kesemua elemen yang diperlukan dalam penulisan sebuah

abstrak yang baik. Begitu juga halnya dalam penulisan bahagian pengenalan.

Keseluruhan perenggan yang ada pada bahagian pengenalan mampu unntk

memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca tentang perkara yang dibicarakan

dalam bahagian-bahagian selanjutnya.


5.0 RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2020). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu.


Pendeta:Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera. Tanjung Malim:
Penerbit UPSI

Bailey, Steven. (2011). Academic Writing A Handbook for International


Students 3rd. edition. London: Routledge.

Juhl, Nyla dan Norman, Virginia L. (1989). Writing An Effective Abstract.


Applied Nursing Research. Volume 2, pages 189-191. Elsevier Inc.

McCombes, Shona. How to write an essay introduction.


https://www.scribbr.com/academic-essay/introduction/

Morris, Gayle. (2013). What exactly is an abstract, and how do I write one?
Sweetland Center for Writing. University of Michigin.
https://lsa.umich.edu/sweetland/undergraduates/writing-guides/what-
exactly-is-an-abstract-.html

Anda mungkin juga menyukai