Anda di halaman 1dari 7

Kesusasteraan Melayu Sastera Non naratif - Puisi

Puisi lama Pantun Puisi moden - Sajak Sastera rakyat yang merupakan bentuk bukan cerita ialah mengenai puisi rakyat dalam masyarakat Melayu lama. Puisi atau dendangan rakayat ini termasuklah pantun, peribahasa, mantera, jampi, bahasa berirama, perbilangan gurindam, seloka dll. Sastera rakyat dalam bentuk non naratif ini tetap tidak berubah susunan dan penggunaannya hingga hari ini. Puisi lama iaitu pantun adalah pancaran masyarakat lama. Kita dapat memahami masyarakat lama apabila kita mengkaji dan menghayati puisi lama. Susunan puisi lama dimulakan dengan pantun. Ini kerana pantun adalah bentuk puisi lama yang paling popular. Alasan yang menyebabkan pantun menjadi popular antara lain ialah kerana bentuknya yang simple atau bersahaja. Pantun juga mudah digubah dan mudah pula diingati. Pantun amat ketara dalam susunan rimanya iaitu a-b-a-b. Pantun bukan setakat empat baris atau bait sahaja malahan ada yang enam, lapan malahan dua belas baris. Jenis-jenis pantun: 1. Pantun kanak-kanak (pantun dua baris) Pantun ini paling mudah dicipta, bentuknya hanya dua baris dan banyak sukukatanya ialah di antara 8 hingga 12. Baris pertama ialah pembayang maksud sementara baris kedua barulah maksudnya. Maksud biasanya dikiaskan keada sesuatu yang lain. Sebab itulah, pantun dua kerat banyak mengandungi unsur kiasan ataupun sindiran. Objek-objek alam banyak diangkat sebagai pembayang maksud. Banyak pula unsur sindiran dan kiasan ini disampaikan dalam bentuk jenaka. Unsur nasihat diperolehi daripada kiasan atu sindirian itu. Contoh: kerbau mandul banyak lemak kerbau kurus banyak tulang sudah ratip hendak upah Contoh pantun dua kerat Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut senang hati. Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri. 2. Pantun orang muda ( pantun empat baris) Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan, 1

Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan saya serahkan.

3. Pantun orang tua Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. 4. Pantun nasihat Pantun nasihat di bawah ini menasihat sesorang agar tidak bertindak menurut kehendak hati. Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut pecah batang, Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datang. 5. Pantun perantau Pantun perantau di bawah ini pula menggambarkan perasaan seseorang yang berada jauh di rantau orang. Dari ladang pergi ke gurun, Buluh duri melingkar kata, Waktu petang hujan turun, Dagang berurai air mata. Pantun empat kerat mengandungi empat baris serangkap. Rima akhirnya iaitu baris pertama bertentang dengan baris ketiga sementara baris kedua bertentang dengan baris keempat. Oleh itu pola rima akhir pantun empat kerat adalah a-b-a-b. Dua baris pertama dipanggil pembayang maksud sementara dua baris yang akhir ialah maksud. Selalunya pantun nasihat bersifat langsung. Apa yang disuratkan itulah yang dimaksudkan. 6. Pantun teka-teki Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? 7. Pantun adat Laksamana berbaju besi, Masuk ke hutan melanda-landa, Hidup berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda. 2

Anak teruna tiba di barat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. 8. Pantun budi Tanam lenggun tumbuh kelapa, (lenggun adalah sejenis tumbuhan) Terbit bunga pucuk mati, Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. 9. Pantun agama Daun tetap di atas dulang, Anak udang mati dituba, Dalam kitab ada terlarang, Perbuatan haram jangan dicuba. 10. Pantun sindiran dan kiasan Jika dilurut padi masak, Jatuh ke tanah berderai-derai, Jika takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai. 11. Pantun kepahlawanan Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi, Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati. 12. Pantun jenaka Gemuruh tabuh bukan kepalang, Di asah lembing berkilat-kilat, Gementar tubuh harimau belang, Nampak kambing pandai bersilat. Anak Hindu beli petola, Beli pangkur dua-dua, Mendengar kucing berbiola, Duduk termenung tikus tua. 13. Pantun berkait penjenisan ini berdasarkan coraknyanya, iaitu pantun yang berkaitkaitan di antara yang awal dengan yang selepasnya. Perhatikan hubungan di antara pantun pertama dengan pantun yang kedua di bawah ini:

Bunga melur cempaka biru, Bunga rampai di dalam puan, Hendak tidur merasa rindu, Belum sampai padamu tuan. Bunga rampai di dalam puan, Ruku-ruku dari Peringgit, Belum sampai padamu tuan, Rindu saya bukan sedikit. Pantun diatas dikait-kaitkan iaitu baris (b) dalam bait pertama menjadi baris (a) dalam bait kedua. Ternyata baris kedua dalam rangkap pertama diulang menjadi baris pertama dalam rangkap kedua. Baris keempat rangkap pertama menjadi baris ketiga dalam rangkap kedua. Keadaan ini berterusan, dan pantun jenis ini disebut pantun berkait kerana kaitan y ang sedemikian. 14. Pantun enam kerat Apa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina, Sedang bersembunyi di celah batu, Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tidak berguna, Adat dunia sudah begitu. Apa diharap padi seberang, Entah berderai entahkan tidak, Entah dimakan pipit melayang, Apa diharap kekasih orang, Entah bercerai entahkan tidak, Entah makin bertambah sayang. 15. Pantun lapan kerat Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejar anak rusa, Tampak dari tanah seberang, Bersyukurlah aku pada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Keindahan pantun Bahasa pantun terasa lembut, segar, berkesan lagi indah. Pemilihan kata-kata amat dijaga dengan teliti. Baris-baris pantun ditandai dengan persamaan rima di hujung baris. Bahasa pantun lembut dan mesra. Ada banyak kesan keindahan dan kemerduan pengucapan yang dapat dirasakan. Unsur keindahan dan kemerduan paling ketara ialah pada pertentangan bunyi

rima akhir. Sebagai contoh kehulu dengan guru, padi dengan hati. dilurut dengan diturut, daik dengan baik dan perahu dengan ilmu. Kesan keindahan juga terdapat pada unsur perulangan perkataan dan perturutan kata-kata. Antaranya jangan dilurut, kalau dilurut. Paling menarik perhatian ialah kesan keindahan bunyi daripada perturutan konsonan dan vokal. Ini dipanggil unsur aliterasi dan asonansi. Contoh adalah dayung perahu tuju haluan (permainan vokal u) dan ibarat pokok tidak berbuah (perulangan konsonan k). Terdapat juga perbandingan simile dengan menggunakan kata ibarat, sebagai contoh misalnya ilmu tidak diamalkan, ibarat pokok tidak berbuah. aliterasi (Lin) pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa perkataan yg berturutan (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak) spt derup derap. asonansi (Lin) pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh.

Puisi Moden - Sajak Kemunculan puisi moden atau sajak dapat dikatakan beriringan dengan kemunculan sikap dan fikiran baru dalam masyarakat kita. Perubahan berlaku agak perlahan. Puisi moden yang pertama dihasilkan oleh Omar Mustaffa dalam tahun 1913. Karyanya berjudul Angan-angan dengan Gurindam (tersiar dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913). Jika kita perhatikan judul sajak di atas, kita dapati Omar Mustaffa tidak bermaksud menulis sajak. Dia bermaksud menulis gurindam. Akan tetapi, apabila ditinjau bentuk dan isinya, didapati karya itu adalah sajak, bukan gurindam. Perhatikan rangkap pertama karya tersebut. Bangkitlah bangkit! Mengapa tidur lama sangat? Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita? Bangkitlah bangkit! Timah dimasak sudahlan hangat. Gaya persajakan Omar Mustaffa tidak diikuti dengan segera oleh penulis-penulis lain. Hanya dalam dekad 30-an barulah sajak menjadi genre yang popular dengan gaya yang lembut dan romantik. Penulis sajak yang penting dalam tahun 1930-an ialah Punggok, atau nama sebenarnya Mohammad Yasin Maamor. Sajak pertama Punggok berjudul Di Tengah Segara. Sajak ini bermodelkan pantun. Perhatikan rangkap pertamanya. Di dalam gelombang hambur menghambur Kudengan seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak bisa. 5

Dikatakan sajak di atas bermodelkan pantun kerana alasan-alasan dibawah ini: I. II. III. Setiap rangkapnya terdiri daripada empat baris. Jumlah sukukata setiap baris di antara 8 12. Rima akhirnya a-b-a-b.

Walau bagaimanapun kita tidak dapat menyamakan sajak tersebut dengan pantun kerana ketiadaan bahagian pembayang. Kesemuanya adalah maksud. Dalam dekad 30an, dan seterusnya 40-an, kita menemui sejumlah sajak yang mirip pantun atau syair. Para penyair pada masa itu masih terikat kuat dengan teknik dan gaya puisi klasik. Bahasa mereka amat lembut dan selalu menimbulkan kesan romantik dan melankolik. Zaman yang khusus dalam dekad 40-an ialah zaman pendudukan Jepun. Sebenarnya masa yang terangkum terlalu pendek iaitu dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Sajaksajak yang dihasilkan dalam zaman tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu dari segi isinya. Ciri-ciri isi ini adalah akibat dari kehendak pemerintah Jepun yang mahu menggunakan penerbitan akhbar dan majalah sebagai alat untuk mengemukakan slogan Asia untuk Asia. Oleh itu tidak hairanlah sajak Di Telapak Ibu oleh Thaharuddin Ahmad berakhir dengan rangkap yang menyebut Asia Raya. Kalau tak kita yang berusaha Ibu pertiwi tak akan jaya Dalam lingkungan Asia Raya Menuju kemakmuran kita bersama.

Gaya persajakan dalam zaman pendudukan Jepun agak keras kerana para penyair sudah mengenali perjuangan. Dalam zaman ini, tema sajak adalah bersemangat. Penyair-penyair didorong untuk mencipta karya-karya yang membawa tema penentangan terhadap penjajah dari barat. Keadaan ini berlangsung hingga ke tahun-tahun 50-an, walaupun ketika itu Jepun telah lama meninggalkan tanahair. Penyair-penyair tahun 50-an mengemukakan persoalan politik dan sosial, dan di antara mereka ada yang berkebolehan mengemukakan isi yang kritis dengan gaya yang memuaskan. Di antara mereka, Usman Awang iaitu penyair yang paling terkemuka. Sajak-sajak Usman Awang yang dianggap kuat ialah Ke Makam Bonda, Pak Utih, Bunga Popi dan beberapa lagi. Terdapat kecenderungan sajak bermodelkan puisi klasik dan ia adalah berterusan. Sajak Ke Makam Bonda adalah sajak yang bermodelkan syair. Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda. (1955) Sajak-sajak yang dihasilkan dalam tahun-tahun 50-an pula kebanyakannya membawa tema kepincangan sosial, semangat menuntut kemerdekaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sajak-sajak yang mengungkapkan perasaan peribadi dihasilkan juga. Sajak Ke Makam Bonda oleh Usman Awang, misalnya mengemukakan tema kasih sayang antara anak dengan ibu. Penyair mencurahkan perasaan kasihnya kepada ibunya yang telah meninggal, di samping menggambarkan kenangannya. 6

Gaya dan teknik baru persajakan kian ketara mula tahun 1960-an. Gaya dan teknik baru ini kian mantap dalam dekad 70-an dan seterusnya dalam dekad 80-an. Beberapa orang penyair dalam dekad-dekad tersebut memperlihatkan kelainan dan kemajuan gaya dan teknik persajakan berbanding dengan sajak-sajak sebelumnya. Perbezaan dan kemajuan yang jelas ini dapat dilihat dalam karya-karya Kemala, Baha Zain, A.Latiff Mohidin, Muhammad Haji Salleh, A. Ghafar Ibrahim, T.Alias Taib dan Moechtar Awang. Sajak-sajak dalam tiga dekad 60-an, 70-an dan 80-an membawa tema yang lebih pelbagai. Ini disebabkan sebahagian dari penyair dalam dekad-dekad tersebut berpeluang membaca karya-karya yang penting daripada sastera dunia, malah ada yang berpendidikan tinggi, maka kita menemui sajak-sajak yang matang daripada sudut pemikiran. Terdapat juga sajak-sajak yang melanjutkan mesej atau perutusan seperti yang dihasilkan sebelumnya. Sajak-sajak Dharmawijaya, Zam Ismail dan beberapa orang lagi, adalah sajak-sajak yang padat dengan nasihat atau pandangan-pandangan yang bersemangat. Mereka berusaha mempertahankan gaya yang sedia ada untuk menyampaikan nasihat dan pandangan-pandangan tersebut.

Isi dan teknik sajak Sajak dapat difahami, dihayati dan dinilai keseluruhannya dengan meninjau aspekaspek isi dan teknik. Jika isi sajak yang dikaji itu berpadu dengan teknik secara yang baik dan harmonis, maka sajak itu dianggap bermutu. Kenyataan ini subjektif sifatnya, tetapi apabila seseorang telah terbiasa dengan kajian sajak, persoalan keseimbangan isi dan teknik ini dapat difahami. Isi adalah fikiran, fakta dan perasaan yang terkandung di dalam sesebuah sajak itu. Isi yang paling penting atau isi utama, disebut tema. Apabila kita membaca sesebuah sajak dan dapat memahami keseluruhan maksud sajak itu, kita dapat merumuskan temanya. Teknik persajakan bermaksud cara isi sajak disampaikan. Sajak-sajak bebas dihasilkan mengikut rentak makna, tidak mengikut rentak daripada jumlah sukukata dan persamaan bunyi. Satu aspek lain yang penting berkaitan dengan teknik ialah gayabahasa. Gayabahasa bermaksud cara bahasa digunakan utnuk menimbulkan kesan. Di antara gayabahasa yang dimaksudkan adalah pengulangan, metafora, simile, personifikasi dan inversi.

Anda mungkin juga menyukai