Anda di halaman 1dari 38

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE

ISU ISU KONTEMPORARI MUSLIMDI MALAYSIA


(MPU3333)
S2 2019
PROJEK DRAMA PENDEK
(KISAH 3 BERANAK – PENGORBANAN IBU)

NAMA : NUR AIN BINTI ROSLAN (51211217188)


SITI RAMLAH ‘AQILAH BT ARSHAD (51211117184)
NUR FANIDA NAJWA BT MUKIM (51211117183)
'AFIFAH MUSFIRAH BINTI ABDULLAH (51219117074)
NAJIHAH LIYANA BINTI MUHAMMAD NAZRI (51219117075)
NURUL NAJIHAH BINTI HASSIM (51219117075)
AMYDIAMNI BIN ROSLAN (51215217047)
ALI IMRAN BIN KAMALUDDIN (51211116192)
PENSYARAH: USTAZAH SAKINAH MUNARWARRAH BINTI HASHIM
KELAS : L04-T01
TARIKH HANTAR: 13 OKTOBER 2019, RABU

1
KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA


1 Kandungan 2

Pendahuluan

2 1. Penghargaan 3
2. Tema dan Tajuk 4
3. Barisan Pelakon 4
4. Sinopsis Drama Pendek 4

Penghasilan Filem

1. Pra – Produksi
 Objektif Drama 5
 Idea 5
 Pembahagian Tugas 5
 Budget 7
 Lokasi 7
 Peralatan 9
 Jalan Cerita (Storyboard) 9
16
 Kronologi Rakaman

3
2. Produksi
 Teknik Kamera
18
 Teknik Pencahayaan
22
 Teknik Suntingan
23
 Penggunaan Transisi
23
 Penggunaan Audio dan Muzik 24
 Penggunaan Visual Efek 24

3. Pasca Produksi
 Keaslian (Adaptasi) 26
 Sarikata 26

4 Penutup
 Penutup 27
 Lampiran 27

2
PENDAHULUAN

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya akhirnya dapat kami menyiapkan juga
drama pendek ini dalam tempoh masa yang ditetapkan pada semester ini. Terima kasih tidak terhingga
kami ucapkan kepada Ustazah Sakinah Munarwarrah binti Hashim dan Ustaz Saiful Azri bin Sharuddin
yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan untuk menyiapkan drama pendek ini.
Tanpa bantuan dan didikan mereka kami tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Homestay
D’ Sawah Padi Tanjong Karang dimana tempat ini merupakan lokasi pengambaran utama serta tempat
penginapan pelakon utama kami sepanjang 2 hari pengambaran drama pendek ini dijalankan. Tidak
lupa juga penghargaan untuk Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute dan Pejabat
International, Industrial & Institutional Partnership (IIIP) UniKL BMI kerana memberi ruang untuk kami
melakukan pengambaran di sekitar kampus dan menggunakan pejabat mereka sebagai lokasi
pengambaran drama pendek ini.

Penghargaan juga di buat untuk ibu bapa kami semua kerana membantu dari segi kewangan
untuk menjalankan pengambaran ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, kami tidak mampu untuk
menyiapkan drama pendek ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada warga kerja dan pelajar
UniKL BMI yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyokong pembikinan drama
pendek kami ini.

Pendahuluan

Drama pendek ini yang diberi judul Kisah 3 Beranak: Pengorbanan Ibu adalah drama yang
mengisahkan kehidupan keluarga kecil yang menetap di Utara Malaysia iaitu Kedah. Drama pendek ini
berdurasi 21 minit yang menceritakan perihal kekeluargaan sebagai konsep utama penceritaan drama
pendek ini. Kami memfokuskan nilai nilai hubungan kekeluargaan dimana hubungan adik beradik serta
ibu yang sanggup bekorban demi anak – anaknya. Drama pendek ini diusahakan sepenuhnya oleh
pelajar pelajar UniKL BMI yang mengikuti subjek Isu – Isu Kontemporari Muslim di Malaysia semester
Julai – Disember 2019. Tidak lupa juga isu-isu semasa diketengahkan di dalam drama ini adalah hasil
olahan idea kreatif dari iklan raya HyppTV Pengorbanan Ayah. Drama pendek ini berunsurkan humour
dalam penceritaannya kerana kami ingin menyampaikan mesej dalam bentuk komedi sesuai dengan
jalan cerita drama pendek ini yang berkonsepkan kekeluargaan. Kami beranggapan, drama pendek
bertemakan keluarga tidak seharusnya menengahkan unsur unsur sedih dan menyayat hati kerana
keluarga adalah institusi penting dalam kehidupan dan memberi impak yang tinggi terhadap penonton.

3
Tema dan Tajuk

Tema yang digunakan dalam tugasan drama pendek ini adalah bertemakan “Kekeluargaan”.
Dalam tugasan ini, tajuk “Kisah 3 Beranak – Pengorbanan Ibu” telah dipilih sebagai tajuk drama pendek
ini.

Barisan Pelakon

Pelakon untuk drama pendek Kisah 3 Beranak: Pengorbanan Ibu ini terdiri daripada pelajar
pelajar Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) semester Julai – Disember 2019
yang sedang mengikuti subjek Isu-Isu Islam Kontemporari Muslim di Malaysia (MPU 3333). Jadual di
bawah merupakan senarai nama pelakon dan watak yang di pegang dalam drama pendek ini.

Pelakon Utama
Nama Watak
Nurul Najihah Binti Hassim Ibu
Siti Ramlah ‘Aqilah Binti Arshad Kakak
Najihah Liyana Binti Muhammad Nazri Adik
Pelakon Sampingan
Nama Watak
Nur Fanida Najwa Binti Mukim Rakan sekampung Kakak
‘Afifah Musfirah Binti Abdulla Rakan sekampung Adik
Nur Ain Binti Roslan Rakan sekerja
Ali Imran Bin Kamaluddin Boss
Amydiamni Bin Roslan Pria

Sinopsis Drama Pendek

Drama pendek “3 Beranak – Pengorbanan Ibu” ini ialah drama komedi dimana menceritakan
kisah dua adik beradik, iaitu kakak dan adik yang sering bergaduh walaupun hal kecil yang mereka
hadapi setiap hari. Walaubagaimanapun, ibu mereka sanggup berkorban untuk bertindak
menyelesaikan setiap masalah mereka dengan cara yang tersendiri. Tetapi hubungan mereka sebagai
adik beradik semakin utuh hasil dari pergaduhan kecil harian mereka sewaktu mereka kecil dahulu.
Apabila mereka sudah bekerjaya, hubungan mereka berdua tiada masalah sehinggakan suatu hari
seorang pria dating mengunjungi rumah mereka untuk bertanyakan jalan di kawasan kampong mereka.
Disebabkan pria inilah, mereka bergaduh besar. Persengketaan ini menyebabkan mereka tidak
bertegur sapa dan tidak balik ke kampong dalam tempoh yang lama.

4
PENGHASILAN FILEM

Dalam penghasilan sesebuah karya filem atau drama mahupun drama pendek, penghasilan
filem terbahagi kepada 3 tahap iaitu Pra – Produksi, Produksi dan Pasca Produksi. Tanpa perancangan
yang teliti oleh ahli kumpulan, sudah semestinya kelancaran pengambaran drama pendek ini tidak
dapat dicapai dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Berikut adalah tahap-tahap penghasilan
drama pendek ini secara terperinci.

1. Pra – Produksi

 Objektif Drama

Objektif utama drama pendek ini adalah untuk menceritakan dan menyampaikan
mesej hubungan kekeluargaan dan menerapkan perasaan kasih sayang antara
keluarga khusunya hubungan adik beradik dan ibu bapa walau apa rintangan yang
dihadapi. Seterusnya adalah untuk menyampaikan mesej kepada penonton betapa
pentingnya pengorbanan ibu dalam sesebuah keluarga.

 Idea

Idea asal drama pendek ini adalah hasil adaptasi dan olahan kreatif daripada iklan raya
HyppTV 2017: Pengorbanan Ayah oleh Kelvin Anthony dan Claire Anthony. Namun
drama pendek kami diolahkan semula dalam versi ibu serta anak-anak perempuan.

 Pembahagian Tugas

Penghasilan drama pendek ini melibatkan seluruh ahli kumpulan sahaja dan tiada
penglibatan tenaga luar. Disebabkan had ahli kumpulan hanyalah 8 orang sahaja,
setiap hali kumpulan memikul beberapa tugas. Jadual dibawah merupakan senarai
tugas ahli kumpulan.

No. Nama Ahli Tugasan


1. Pengarah
2. Penulis Skrip dan Lakon Layar
3. Jurukamera Utama
4. Pengarah Fotografi (DP)
1 Amydiamni bin Roslan 5. Penata Pencahayaan
6. Pelakon Sampingan
7. Penyunting Drama Pendek (Offline dan Online)
8. Pengangkutan
9. Alatan Pengambaran

5
1. Produser
(Lokasi Pengambaran, Props dan Kostum
pelakon)
2 ‘Afifah Musfirah binti Abdullah 2. Penata Audio
3. Penata Pencahayaan
4. Pelakon Sampingan
5. Krew Produksi
1. Krew Produksi
3 Ali Imran bin Kamaluddin 2. Pelakon Sampingan
3. Menyediakan Prop untuk pengambaran
1. Krew Produksi
4 Nur Ain binti Roslan 2. Pelakon Sampingan
3. Menyediakan Prop untuk pengambaran

1. Produser
(Props dan Kostum Pelakon)
2. Menyediakan Prop untuk pengambaran
5 Nur Fanida Najwa binti Mukim 3. Penata Audio
4. Pembantu pengarah
5. Artis Storyboard
6. Pelakon Sampingan

1. Pelakon Utama: Watak ADIK


6 Najihah Liyana binti Muhammad 2. Menyediakan Prop untuk pengambaran
Nazri 3. Menguruskan kebajikan krew produksi
(Makanan dan Minuman)

1. Pelakon Utama: Watak KAKAK


2. Menyediakan Prop untuk pengambaran
7 Siti Ramlah ‘Aqilah binti Arshad 3. Penerbit
4. Jurukamera Sampingan

1. Pelakon Utama: Watak IBU


2. Menyediakan Prop untuk pengambaran
8 Nurul Najihah binti Hassim 3. Pengangkutan
4. Penata Audio

6
 Budget

Penghasilan drama pendek ini memerlukan bajet demi kelancaran pengambaran.


Disebabkan kekangan bajet, segala perkara harus diambil teliti dan dicatit untuk
dijadikan bukti. Jadual berikut merupakan bajet kami untuk penghasilan drama pendek
ini.

No. Perkara Bajet Jumlah


Pengangkutan
1. 1. Minyak (2 Kereta) RM50 x 2 RM100
2. Tol (2 Kereta) RM15 x 2 RM30

Penginapan
2. 1. Chalet D’ Homestay Tanjung Karang RM170/satu malam RM170
2. Tubestay Sungai Besar RM70/satu malam RM70

3. Kebajikan
1. Makanan
Hari Pertama ( Makan Malam) RM5 x 8 RM40
Hari Kedua (Sarapan, Makan RM10 x 8 RM80
Tengahari)

4. Props dan Kostum


1. Kostum (Baju Kedah) RM10 RM10
2. Sirap (Penghasilan darah tiruan) RM2 RM2
3. Kopi (Penghasilan darah tiruan) RM2 RM2
4. Coklat RM3.50 RM3.50
5. Basikal (Sewaan) RM10 RM10

JUMLAH RM517.50

 Lokasi

Penghasilan drama pendek ini memerlukan pengambaran di luar kampus UniKL BMI.
Disebabkan jalan cerita ini mengisahkan keluarga kecil yang menetap di Kedah, kami
menetapkan lokasi pengambaran di jalankan di Tanjung Karang, Selangor untuk
mendapatkan rakaman sawah padi untuk meniru suasana kampong di Kedah. Berikut
merupakan lokasi pengambaran drama pendek ini.

No. Lokasi

1.

D’Sawah Homestay Tanjung Karang, Selangor

7
2.

Sawah Padi, Tanjung Karang, Selangor

3.

Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute

4.

Pejabat International, Industrial & Institutional Partnership (IIIP) UniKL BMI

5.

Gelanggang Serba Guna UniKL BMI

8
 Peralatan

Pembikinan drama pendek ini menggunakan peralatan kamera, audio dan


pencahayaan yang professional standing dengan kualiti yang dihasilkan. Berikut
adalah senarai peralatan yang digunakan.

No. Peralatan Unit


1. Kamera:
1. Panasonic GH5 1 Unit
2. Panasonic GH5s 1 Unit

2. Audio:
1. Rode Video Micro (Shotgun Mic) 1 Unit
2. Rode Link (Wireless Lavelier Mic) 2 Unit
3. Zoom H5 (Recorder) 1 Unit

3. Pencahayaan:
1. Aputure Amaran AL-528W LED 2 Unit
2. Came TV 55W Boltzen Light 1 Unit

4. Grip:
1. Sirui P-204SR Monopod 1 Unit
2. Tripod pencahayaan 3 Unit
3. ZhiYun Crane 2 Gimbal 1 Unit

 Jalan Cerita (Storyboard)

Jalan cerita (Storyboard) untuk pembikinan filem drama pendek ini adalah berdasarkan
iklan raya HyppTV: Pengorbanan Ayah. Tetapi drama pendek kami telah diolahkan
semula dan terdapat perbandingan daripada iklan raya tersebut. Berikut adalah jalan
cerita (Storyboard) untuk drama pendek Kisah 3 Beranak: Pengorbanan Ibu

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...”

Voice Over KAKAK


“Eh kejap kejap kejap, ni bukan iklan raya
kenapa ada takbir ni?”

Adik : Weh! Kakak jenis apa kau ni?

Ibu : Kamu berdua ni apa hal? Tiap


tiap hari nak bertekak

Adik : Mulai saat ini, ya saat ini detik


ini, aku dah tak ada kakak. Kakak aku dah mati!

Kakak : Innalillawinnaillahirojiun,
takziah sis. Ibu boleh dah buat kenduri tahlil
kakak.

Adik : Kurang ajar! Dasar anak *****

9
Voice Over KAKAK
“Apaaaa? Aku dah tak ada adik? Hmphh...
disebabkan benda yang kecik je aku bergaduh
dengan adik aku. Hampa semua nak tahu ke?
Tak yah la dok kalut jaga tepi kain orang”

Voice Over ADIK


“Kak, habaq je la dekat depa, kang tak jadi pulak
drama pendek ni kak”

Voice Over KAKAK


“Aihhh hang ni sabaq sat, ceritanya bermula
macam ni”

Drone shot tengah bandar

Voice Over KAKAK


“Eh kejap kejap kejap, salah tempat ni. Patah
balik”

Insert shot (Fast cut) pintu kereta, hidupkan


enjin, pakai seat belt, betulkan side mirror, ram
minyak sikit. Drone shot sawah padi

Voice Over KAKAK


“Haa sini baru betul, kat sini lah segala galanya
bermula”

Adik menempekkan alat solek di muka, lipstick


dibibir di hadapan cermin

Voice Over KAKAK


“Ini adik, dia la manusia paling annoying dekat
bumi Kedah ni. Hobi utamanya, curi barang
orang lepastu buat macam barang dia”

Kakak : Adikkkkkkkkkkkkk!
Adik : Ibuuuuuuuuuuuuuu! Kakak
mengganas lagi.

Voice Over ADIK


“Ini pulak kakak, kerja dia nak marah orang je
tahu. Apa salah aku tah tiap tiap hari kena
marah”

Kakak memasuki bilik adik dan mereka


bergaduh dan berebut barang make up dan
saling menyalahkan antara satu sama lain.

Kakak : Eh ni aku punya la kenapa


suka hati ambik tak bagitahu
aku.
Ibu : Woi! Apa masalah korang ni?
Adik : Tak la bu, adik saja nak make
up make up nak melawo la

10
Katakana, takkan tak boleh kot
bu.
Kakak : Nak melawo pun tak boleh ke
beli sendiri adik oi ni
kakak punya kau sebat kau
rembat waaaaa lemak ni dik
Ibu : Kakak... adik... Setiap masalah,
ada penyelesaiannya.
Meh sini make up tu bagi ibu
yang pakai

Insert shot (fast cut) ibu pakai make up depan


meja solek

Ibu : Tadaaaa... dah dah dah, make


up ni ibu yang punya ya.
Ibu nak ke pekan ni nak beli
barang dapur.
Kakak & Adik : Ibuuuuuuuuuuu!!!!!!!!

Voice Over ADIK


“Hah tu pulak ibu kami merangkap mem besar
dalam rumah ni, cara ibu setelkan pergaduhan
kami berdua memang kami tak paham. Pelik
pelik je ibu ni”

Kakak buka kabinet/peti ais untuk ambik coklat


bar sambil dengar Spotify lalu ke ruang tamu
untuk beristirehat.

Adik kemudiannya lalu di belakang kakak dan


merampas coklat tersebut.
Kakak : Adikkkkkkkkkkk!
Adik : Bu kakak mengganas yang kali
ke 105 untuk hari ni!
Ibu : Eeeiiiiii... Apahal lagi korang
ni? Tak boleh tengok
ibu senang ke?
Adik : Tak bu, coklat ni adik yang beli
semalam. Kakak tiba
tiba ambik lepastu makan.
Kakak : Mana ada, aku jumpa dalam
peti ais dulu so aku punya.
Ibu : Kakak... Adik... Dah 105 kali
ibu cakap untuk hari ini, Setiap masalah ada
penyelesaiannya. Ni bahagian adik (sambil
makan coklat bahagian adik) ni pulak bahagian
Kakak (sambil makan coklat bahagian kakak).

11
Actually ibu sekarang ni tengah diet, tapi demi
anak anak ibu, ibu sanggup berkorban apa
sahaja.

Kakak & Adik : Ibuuuuuuuuuuuu!

Voice Over KAKAK


“Hmmph... Itulah cara ibu, berkorban kononnya
untuk kami. Kan kami dah habaq ibu kami ni
pelik, hampa tak caye”
Title sequence pop up between hook up and
bridge

Voice Over ADIK


“Ayah dah lama tak ada, so ibu la segala
galanya buat kami”

Insert shot ibu mengajar mengaji, masak sama


sama sampai la ke besar kerja pun sama sama
jadi lecturer dekat UniKl BMI.

Voice Over KAKAK


“Walaupun kami selalu bergaduh, hubungan
kami adik beradik tetap rapat sampai la
sekarang. Sampaikan kerja pun satu office.
Gaduh masa dulu dulu tu la yang merapatkan
kami sekarang ni”

Voice Over ADIK


“Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan
putus”

Voice Over KAKAK


“Clichénya kau ni dik”

Voice Over ADIK


“Drama aku kan sukahati aku la”
Insert shot aktiviti bersama, main volleyball lepas
kerja, dan di kampong sedang menyapu sampah

12
Voice Over KAKAK
“Selama ni memang tak ada masalah, ada pun
gaduh gaduh manja. Sampai la suatu kejadian
yang berlaku di kampung. Ada 3 PA yang jadi
punca perempuan ni bergaduh. Pangkat, rupa
dan satu lagi Pria laaa.”

Voice Over ADIK


“Kak macam tak kena je PA dengan Pria?”

Voice Over KAKAK


“Haishh budak kecik mana tahu”

Insert shot seorang lelaki tampan macho naik


kereta berhenti di tepi jalan untuk bertanyakan
jalan.

Insert shot adik dan kakak cuba mengorat pria


tersebut lalu dijalanan

Voice Over KAKAK


“Dan sebabkan pria ini juga la, punca kami adik
beradik bergaduh”

Masuk scene akhir intro part adik berkata kurang


ajar (SLOW MO)

Voice Over ADIK


“Selepas kejadian itu, segala galanya berubah,
kami dah tak serapat dulu. Masing masing buat
hal sendiri. Lama jugak la tak bertegur sapa”

Insert shot adik main volleyball seorang diri,


kena marah dengan boss sebab prestasi
merudum

Boss : Buat kerja hancur, nak jadi apa


korang ni?

13
Insert shot adik dan kakak pandang sesama
sendiri dengan muka sedih dan mula berpelukan

Voice Over KAKAK


“Bak kata pepatah melayu, air dicincang takkan
putus apatah lagi kami adik beradik”

Voice Over ADIK


“Eh kak, ayat aku tu tadi, ayat pun kau nak curi
ni”

Voice Over KAKAK


“Dik, jangan spoilkan mode drama peliss”

Insert shot, seminggu sebelum raya adik dan


kakak pulang ke kampong untuk ready
persiapan raya tahun ini. Adik bawak teddy bear,
kakak bawak mangkuk tingkat. Shot rumah
kampong sambil adik kakak berjalan ke rumah
berpelukan bahu

Adik : Assalamualaikum ibu...


Ibu : Eh balik juga kamu berdua
raya tahun ni, 3 tahun korang
tak balik. Allahuakbar tak sunyi
ibu raya tahun ni.
Alhamdulillah dah berbaik
jugak kamu berdua ni
Kakak : Maafkan kakak ibu
Adik : Maafkan adik ibu
Ibu : Ialah, ibu maafkan kamu.
Abanggg...

Adik dan kakak pandang sesama sendiri dan


buat muka pelik sambil berkata abang tetapi
mulut sahaja yang digayakan.

Pria : Sayang panggil

14
Insert shot kakak dan adik pandang pria di atas
rumah, insert shot pria senyum sinis, kakak
terjatuhkan mangkut tingkatnya, ibu memandang
pelik kearah kakak dan adik.

Ibu : Kakak dengan adik dah balik,


belikan daging batang
pinang, ayang nak masak gulai
batang pisang lauk
berbuka nanti (sambil flying
kiss)
Pria : Baik ayang, abang pergi pekan
sat naa
Ibu : Ayah tiri korang ni suka makan
gulai batang pinang
Kakak & Adik : AYAH TIRI!
Ibu : Suka betul dia, tu yang ibu nak
masak gulai batang
pisang sempena korang dah
balik ni. Itu lah korang,
asyik bergaduh je. Macam
mana ibu nak jemput majlis
perkahwinan ibu.

Voice Over KAKAK


“Punyalah kami bergaduh bagai nak rak
rebutkan dia, last last ibu juga dia usha”

Ibu : Actually ibu tak berminat nak


kahwin lagi. Tapi demi
Korang. Ibu sanggup
berkorban apa saja.

Insert muka tak puas hati kakak, adik gigit teddy


bear sampai putus. Kamu berdua pergi masuk
mandi siap siap tolong ibu dekat dapur.

Kakak:Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

15
 Kronologi Rakaman

Rakaman drama pendek ini, dijalankan selama 3 hari berturut turut. Bermula pada
tarikh 1 September 2019 hingga 3 September 2019. Pada 1 dan 2 September,
pengambaran diadakan di Homestay D’Sawah Tanjung Karang yang terletak di Hulu
Selangor, manakala pada 3 September 2019, dilanjut kan di UniKL BMI, menggunakan
Kawasan Pejabat UniKL BMI IIIP, perkarangan UniKL BMI dan juga gelanggang serba
guna UniKL BMI.

1 September 2019, Ahad


Permulaaan pengambaran babak
suasana subuh, di mana babak adik dan
kakak bergaduh. Percubaan ibu untuk
meleraikan pergaduhan antara adik dan
kakak.
Untuk mendapatkan suasana subuh,
pengambaran dengan kekangan waktu,
rakaman babak tersebut dilakukan
Babak 1 6.30pm – 10.00pm diantara waktu 6.30 petang hingga
8.30malam.

Kemudian, disambung kan dengan


melakukan suara latar untuk drama
pendek. Suara latar ini menggunakan
suara si adik and kakak.

2 September 2019, Isnin


Rakaman babak ini, dilakukan di
Kawasan tali air. Babak ini di mana kakak
dan adik Bersama kawan masing-masing
bergaduh.
Babak 2 8.00am – 10.00am
Setiap babak diantara adik dan kakak,
menceritakan pengalaman terserempak
dengan pria

Babak ini menggunakan bilik dihomestay,


dimana kakak dan adik bergaduh
Babak 3 11.30am – 12.30pm
disebabkan adik menggunakan makeup

16
kakak. Percubaan 2 ibu meleraikan
pergaduh tersebut
Seterusnya babak, yang dimana kakak
mengambil coklat adik, dan percetusnya
Babak 4 12.45pm – 1.30pm
pergaduh. Sekali lagi ibu cuba meleraikan
pergaduhan tersebut.
Babak kali ini, menceritakan kali pertama
kali pria datang ke rumah mereka,
Babak 6 2.00pm – 3.00pm
sedang mereke mengemaskan halaman
rumah.
Babak terakhir, dimana adik dan kakak,
datang ke rumah melawat ibu untuk raya
Babak 7 3.15pm – 5.00pm
bersama, dengan pengakhiran ibu sudah
berkahwin dengan pria.
3 September 2019, Selasa
Rakaman ini dilakukan di Kawasan UniKL
BMI. Babak di Pejabat UniKL BMI IIIP
adalah babak dimana suasana bekerja
antara adik dan kakak. Kemudian babak
yang di mana adik dan kakak dimarahi
Babak 5 5.00pm – 7.00pm
oleh boss mereka.

Kemudian babak seterusnya adik dan


kakak bermain bola tampar bersama
rakan-rakan di padang bola tampar.

17
3. Produksi

 Teknik Kamera

Teknik Kamera Babak


Teknik Pergerakan Kamera
1. Dolly Shot

Shot pergerakan sama ada dari


hadapan, belakang ataupun kiri
dan kanan untuk menunjukkan
sesuatu subjek ataupun latar
belakang.
Babak dari minit ke 1:06 – 1:14

2. Pan Shot

Shot kamera static tetapi


pergerakan kamera tidak terbatas
dari kiri ke kanan ataupun dari
kanan ke kiri.

Babak dari minit ke 2:03 – 2:09

3. Zoom Shot

Shot yang sengaja di zoom in atau


zoom out semasa pengambaran
untuk menyampaikan emosi
subjek dengan lebih mendalam.

Babak dari minit ke 8:28 – 8:30

4. Tracking Shot

Shot dimana pergerakan kamera


mengikuti subjek sama ada dari
hadapan, belakang ataupun dari
tepi sehinggalah penghujung
subjek keluar dari frame kamera.
Babak dari minit ke 2:32 – 2:35

Babak dari minit ke 3:20 – 3:36

18
Jenis-jenis Shot
1. Extreme Wide Shot (EWS)

Shot ini digunakan untuk


menunjukkan di mana lokasi
subjek berada tetapi tidak
menunjukkan subjek itu sendiri
sebagai contoh establishment
Babak dari minit ke 13:08 – 13:15
sesuatu tempat dan pemula
drama.

2. Wide Shot

Shot yang sangat luas, namun


secara visual ia sudah lebih ke
dalam dan sudah nampak sedikit
subjek.

Babak dari minit ke 7:08 – 7:15

3. Mid Shot

Mid Shot atau Medium Shot


merupakan shot yang
menunjukkan beberapa bahagian
dari subjek secara lebih terperinci,
bahagian shot ini akan diambil
Babak dari minit ke 10:49 – 10:59
pada bahagian pinggang ke
kepala.

4. Medium Close Up

Medium Close Up merupakan shot


yang menunjukkan wajah subjek
dengan jelas, ukuran shot diambil
pada bahagian dada hingga
kepala.
Babak dari minit ke 13:41 – 13:43

5. Close Up

Close Up digunakan untuk


menunjukkan emosi subjek
dengan lebih terperinci. Shot ini
biasanya mengambil bahagian
kepala sahaja. Pengambilan
Babak dari minit ke 13:44 – 13:47

19
drama dengan shot close up dapat
digunakan untuk merakam
ekspresi wajah subjek dengan
lebih mendalam, sehingga
penonton dapat turut merasakan
emosi yang disampaikan oleh
subjek. Babak dari minit ke 8:51 – 8:55

6. Extreme Close Up

Extreme Close Up merupakan


shot yang menunjukkan wajah
subjek dengan lebih dekat seperti
mata, hidung, atau telinga. Shot ini
kerap dilakukan di dalam filem
Babak dari minit ke 8:12 – 8:14
bergenre seram atau thriller, sho t
ini akan menunjukkan subjek di
dalam ketakutan atau gelisah.
Namun kami menggunakan shot
ini untuk menampakkan ekspresi
pelakon dengan lebih mendalam.
Babak dari minit ke 7:09 – 7:14
7. Two Shoot

Two Shot merupakan shot yang


menunjukkan dua subjek dalam
satu frame kamera. Shot ini sering
digunakan ketika dua subjek
adalah kawan baik atau musuh
Babak dari minit ke 9:09 – 9:14
satu sama lain untuk filem
bergenre aksi.

8. Over The Shoulder

Over the Shoulder adalah shot


yang dilakukan untuk dua subjek
sama seperti two shot tetapi
pengambilan shot dilakukan dari
belakang bahu salah satu subjek.
Babak dari minit ke 1:14 – 1:16
Shot ini biasa digunakan dalam
percakapan di antara dua subjek.

20
9. Point of View (POV)

Point-of-view shot adalah shot


yang menunjukkan sudut
pandangan dari mata subjek.
Kamera akan menjadi mata
pemerhatian subjek dan tidak
Babak dari minit ke 14:23 – 14:25
akan menunjuk kepala dan muka
subjek.

Arah atau Sudut Penggambaran


1. Rakaman Sudut Aras Mata (Eye
level shot)

Shot yang diambil adalah satu


aras dengan mata subjek.
Kebanyakan shot digunakan
adalah eye level shot.
Babak dari minit ke 1:27 – 1:28

2. Rakaman Sudut Rendah (Low


angle shot)

Shot diambil dari sudut


pandangan bawah subjek untuk
menampakkan subjek yang lebih
bekuasa dalam sesuatu babak.
Babak dari minit ke 7:28 – 7:31

3. Rakaman Sudut Tinggi (High


angle shot)

Shot diambil dari sudut


pandangan atas daripada subjek
untuk menunjukkan kekuasaan
subjek dalam sesuatu babak
adalah kecil. Babak dari minit ke 8:59 – 9:02

21
 Teknik Pencahayaan

Teknik Pencahayaan Babak


1. Hard Light

Cahaya yang dihasilkan dari


sumber cahaya dengan kadar
cahaya yang tinggi dan lebih
bersifat spot. Menghasilkan
kontra yang tinggi dan
Babak dari minit ke 1:15 – 1:37
bayangan gelap)

2. Soft Light

Cahaya yang lembut dan tidak


terlalu tingg kontra antara
subjek dan latar belakang.
Cahaya ini dihasilkan dari
sumber halus dan kebiasanya
Babak dari minit ke 8:28 – 8:30
cahaya yang dipancarkan
adalah flood dan diterangi
dengan filter atau elemen
penghalus/pelembut cahaya.

3. Natural Light

Cahaya natural dari sumber


cahaya matahari dalam satu
frame atau adengan mahupun
babak bersumber dari cahaya
yang bersifat natural.
Babak dari minit ke 2:10 – 2:31

4. Key Light

Pencahayaan diarahkan dari


sisi samping di depan objek
yang akan diambil. Cahaya
yang datang dari key light
merupakan cahaya dominan
Babak dari minit ke 12:37 – 12:41
dalam babak.

22
5. Back Light

Back light adalah


pencahayaan yang
dipancarkan dari belakang
objek. Hal ini dilakukan untuk
mempertegas perbezaan
Babak dari minit ke 5:12 – 5:17
objek yang dipancarkan
dengan latar belakang agar
lebih jelas.

 Teknik Suntingan

Teknik suntingan untuk drama pendek ini adalah menggunakan teknik narratif
dimana watak utama menceritakan semula jalan cerita dengan menggunakan latar
belakang suara (Voice Over) untuk menerangkan satu persatu babak didalam drama
pendek ini. Ianya dapat memperkuatkan lagi jalan penceritaan untuk memudahkan
penonton memahami keseluruhan jalan cerita dengan lebih tepat.

 Penggunaan Transisi

Teknik Cut Shot

Cut shot boleh merujuk kepada jenis-jenis shot yang digunakan dalam
penggambaran mahupun penyuntingan video. Teknik ini digunakan bagi memastikan
projek video yang dihasilkan tidak membosankan akibat wujudnya babak-babak yang
terlalu panjang dan static. Ia juga sering digunakan bagi mempelbagaikan shot bagi
satu-satu babak yang seterusnya mampu memberi kesan yang lebih dramatic. Antara
teknik-teknik utama yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan yang dinyatakan dan
diimplementasi didalam drama pendek ini ialah:

a) Jump-Cut
Jump Cut digunakan untuk menghasilkan babak yang lebih dramatik dengan
menggabungkan beberapa frame daripada babak yang berlainan.

b) Match Cut/Straight Cut


Match Cut atau Straight Cut digunakan daripada satu frame atau babak yang
sama tetapi telah di zoom kan untuk frame yang seterusnya dalam
penyuntingan untuk membezakan

23
 Penggunaan Audio dan Muzik

Penggunaan audio dan muzik dalam penghasilan drama pendek ini adalah
berunsurkan humour untuk menaikkan dan menguatkan lagi mood drama selari jalan
cerita yang berunsur humour dan kelakar. Antara audio dan muzik yang digunapakai
dalam drama pendek ini ialah:

Audio:
a) Disc scratch rewind (Minit ke 1:00)
b) Glass breaking sound effect (Minit ke 1:12)
c) Running sound effect (Minit ke 1.59)

Muzik:
a) Miguelito Valdes – Negra Leono
b) Son Montuno – Latin Music
c) Peterpen – Bintang di Surga
d) Jurrivh – Sad and Emotional Piano Song Instrumental
e) Tan Sri SM Salim – Apa Dah Jadi
f) Tan Sri SM Salim dan Ramli Sarip – Lagu Zaman
g) Takbir Raya TV3 2018

 Penggunaan Visual Efek

Untuk drama pendek ini, penggunaan visual efek tidak diketengahkan kerana
ingin minimalkan penggunaan efek yang keterlaluan bagi menghalang gangguan
perjalanan dan penyampaian drama pendek ini. Visual yang hanya digunakan adalah
perkataan tajuk dan konklusi babak semata. Berikut adalah contoh visual efek yang
digunakan dalam drama pendek ini:

Gambar 1: Visual efek untuk tajuk drama pendek keseluruhan

24
Gambar 2: Visual efek untuk konklusi babak 1

Gambar 3: Visual efek untuk konklusi babak 2

Gambar 4: Visual efek untuk konklusi babak 3

25
4. Pasca Produksi

 Keaslian (Adaptasi)

Drama pendek Kisah 3 Beranak: Pengorbanan Ibu ini adalah hasil daripada
adaptasi dan inspirasi daripada iklan raya HyppTV 2017, Pengorbanan Ayah yang
dilakonkan oleh Azlee Senario. Karya dan idea asal iklan tersebut adalah dari Kelvin
Anthony dan Claire Anthony. Namun kami telah mengolahkannya semula drama
pendek ini dalam versi ibu dan dua orang anak perempuan yang menetap di Kedah.
Kami juga telah menambah beberapa babak dalam drama pendek ini bagi menguatkan
lagi penceritaan drama pendek ini.

 Sarikata

Disebabkan drama pendek ini banyak menggunakan Bahasa kasar ataupun


Bahasa pertuturan seharian dalam loghat utara, sarikata Bahasa Melayu telah
disertakan sekali di dalam drama pendek ini bagi memudahkan penonton memahami
penceritaan drama pendek kami.

26
PENUTUP

1. Penutup

Alhamdulillah dengan berkat doa dan sokongan daripada ahli kumpulan, keluarga
serta pensyarah akhirnya dapat juga kami menyiapkan drama pendek Kisah 3 Beranak:
Pengorbanan Ibu dengan jayanya. Dengan adanya kerja khusus seperti ini dapat mengajar
dan mendidik kami sebagai seorang jurutera untuk berkemahiran kreatif dalam apa jua bidang.
Bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu karya kerana perancangan yang teliti harus
dilakukan sebelum bermulanya proses pengambaran. Selari dengan subjek Isu – Isu
Kontemporari Muslim di Malaysia, penghasilan drama pendek ini juga dapat memupuk
semangat kekeluargaan yang semakin rapuh dek zaman ini. Kami berharap, drama pendek ini
dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

2. Lampiran

Gambar 5: Garis masa suntingan online didalam aplikasi Adobe Premiere Pro

27
UNIVERSITI KUALA LUMPUR BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE

ISU ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA

FESTIVAL DRAMA PENDEK UNIKL BMI (DraPen)

SKRIP
IBU, KAKAK & ADIK
(PENGORBANAN SEORANG IBU)

IDEA & SKRIP: AMYDIAMNI ROSLAN

28
INTRO

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...”


VO KAKAK
“Eh kejap kejap kejap, ni bukan iklan raya kenapa ada takbir ni?”

Suasana subuh kampung memecah kesunyian dan keheningannya apabila


terdengar sayup sayup suara pergaduhan di dalam rumah ibu. Kedengaran
jelas gelas jatuh serta pecah berderai.

Adik : Weh! Kakak jenis apa kau ni?


Ibu : Kamu berdua ni apa hal? Tiap tiap hari nak bertekak
Adik : Mulai saat ini, ya saat ini detik ini, aku dah tak ada
kakak. Kakak aku dah mati!
Kakak : Innalillawinnaillahirojiun, takziah sis. Ibu boleh dah
buat kenduri tahlil kakak.
Adik : Kurang ajar! Dasar anak *****

VO KAKAK
“Apaaaa? Aku dah tak ada adik? Hmphh... disebabkan benda yang kecik
je aku bergaduh dengan adik aku. Hampa semua nak tahu ke? Tak yah la
dok kalut jaga tepi kain orang”

VO ADIK
“Kak, habaq je la dekat depa, kang tak jadi pulak drama pendek ni
kak”

VO KAKAK
“Aihhh hang ni sabaq sat, ceritanya bermula macam ni”

29
HOOK

Drone shot tengah bandar

VO KAKAK
“Eh kejap kejap kejap, salah tempat ni. Patah balik”

Insert shot (Fast cut) pintu kereta, hidupkan enjin, pakai seat
belt, betulkan side mirror, ram minyak sikit. Drone shot sawah padi

VO KAKAK
“Haa sini baru betul, kat sini lah segala galanya bermula”

Adik menempekkan alat solek di muka, lipstick dibibir di hadapan


cermin

VO KAKAK
“Ini adik, dia la manusia paling annoying dekat bumi Kedah ni. Hobi
utamanya, curi barang orang lepastu buat macam barang dia”

Kakak : Adikkkkkkkkkkkkk!
Adik : Ibuuuuuuuuuuuuuu! Kakak mengganas lagi.

VO ADIK
“Ini pulak kakak, kerja dia nak marah orang je tahu. Apa salah aku
tah tiap tiap hari kena marah”

Kakak memasuki bilik adik dan mereka bergaduh dan berebut barang
make up dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

30
Kakak : Eh ni aku punya la kenapa suka hati ambik tak bagitahu
aku.
Ibu : Woi! Apa masalah korang ni?
Adik : Tak la bu, adik saja nak make up make up nak melawo la
Katakana, takkan tak boleh kot bu.
Kakak : Nak melawo pun tak boleh ke beli sendiri adik oi ni
kakak punya kau sebat kau rembat waaaaa lemak ni dik
Ibu : Kakak... adik... Setiap masalah, ada penyelesaiannya.
Meh sini make up tu bagi ibu yang pakai

Insert shot (fast cut) ibu pakai make up depan meja solek

Ibu : Tadaaaa... dah dah dah, make up ni ibu yang punya ya.
Ibu nak ke pekan ni nak beli barang dapur.
Kakak & Adik : Ibuuuuuuuuuuu!!!!!!!!

VO ADIK

“Hah tu pulak ibu kami merangkap mem besar dalam rumah ni, cara ibu
setelkan pergaduhan kami berdua memang kami tak paham. Pelik pelik
je ibu ni”

31
HOOK UP

Kakak buka kabinet/peti ais untuk ambik coklat bar sambil dengar
Spotify lalu ke ruang tamu untuk beristirehat.

Adik kemudiannya lalu di belakang kakak dan merampas coklat


tersebut.

Kakak : Adikkkkkkkkkkk!

Adik : Bu kakak mengganas yang kali ke 105 untuk hari ni!

Ibu : Eeeiiiiii... Apahal lagi korang ni? Tak boleh tengok

ibu senang ke?

Adik : Tak bu, coklat ni adik yang beli semalam. Kakak tiba

tiba ambik lepastu makan.

Kakak : Mana ada, aku jumpa dalam peti ais dulu so aku punya.

Ibu : Kakak... Adik... Dah 105 kali ibu cakap untuk hari ini,

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Ni bahagian adik

(sambil makan coklat bahagian adik) ni pulak bahagian

Kakak (sambil makan coklat bahagian kakak). Actually

ibu sekarang ni tengah diet, tapi demi anak anak ibu,

ibu sanggup berkorban apa sahaja.

Kakak & Adik : Ibuuuuuuuuuuuu!

VO KAKAK

“Hmmph... Itulah cara ibu, berkorban kononnya untuk kami. Kan kami
dah habaq ibu kami ni pelik, hampa tak caye”

32
Title sequence pop up between hook up and bridge

BRIDGE

VO ADIK

“Ayah dah lama tak ada, so ibu la segala galanya buat kami”

Insert shot ibu mengajar mengaji, masak sama sama sampai la ke besar
kerja pun sama sama jadi lecturer dekat UniKl BMI.

VO KAKAK

“Walaupun kami selalu bergaduh, hubungan kami adik beradik tetap


rapat sampai la sekarang. Sampaikan kerja pun satu office. Gaduh
masa dulu dulu tu la yang merapatkan kami sekarang ni”

VO ADIK

“Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus”

VO KAKAK

“Clichénya kau ni dik”

VO ADIK

“Drama aku kan sukahati aku la”

Insert shot aktiviti bersama, main volleyball lepas kerja, dan di


kampong sedang menyapu sampah

33
KLIMAKS

VO KAKAK

“Selama ni memang tak ada masalah, ada pun gaduh gaduh manja. Sampai
la suatu kejadian yang berlaku di kampung. Ada 3 PA yang jadi punca
perempuan ni bergaduh. Pangkat, rupa dan satu lagi Pria laaa.”

VO ADIK

“Kak macam tak kena je PA dengan Pria?”

VO KAKAK

“Haishh budak kecik mana tahu”

Insert shot seorang lelaki tampan macho naik kereta berhenti di tepi
jalan untuk bertanyakan jalan.

Insert shot adik dan kakak cuba mengorat pria tersebut lalu
dijalanan

VO KAKAK

“Dan sebabkan pria ini juga la, punca kami adik beradik bergaduh”

Masuk scene akhir intro part adik berkata kurang ajar (SLOW MO)

34
VO ADIK

“Selepas kejadian itu, segala galanya berubah, kami dah tak serapat
dulu. Masing masing buat hal sendiri. Lama jugak la tak bertegur
sapa”

Insert shot adik main volleyball seorang diri, kena marah dengan
boss sebab prestasi merudum

Boss : Buat kerja hancur, nak jadi apa korang ni?

Insert shot adik dan kakak pandang sesama sendiri dengan muka sedih
dan mula berpelukan

VO KAKAK

“Bak kata pepatah melayu, air dicincang takkan putus apatah lagi
kami adik beradik”

VO ADIK

“Eh kak, ayat aku tu tadi, ayat pun kau nak curi ni”

VO KAKAK

“Dik, jangan spoilkan mode drama peliss”

35
ENDING

Insert shot, seminggu sebelum raya adik dan kakak pulang ke kampong
untuk ready persiapan raya tahun ini. Adik bawak teddy bear, kakak
bawak mangkuk tingkat. Shot rumah kampong sambil adik kakak berjalan
ke rumah berpelukan bahu

Adik : Assalamualaikum ibu...

Ibu : Eh balik juga kamu berdua raya tahun ni, 3 tahun korang

tak balik. Allahuakbar tak sunyi ibu raya tahun ni.

Alhamdulillah dah berbaik jugak kamu berdua ni

Kakak : Maafkan kakak ibu

Adik : Maafkan adik ibu

Ibu : Ialah, ibu maafkan kamu. Abanggg...

Adik dan kakak pandang sesama sendiri dan buat muka pelik sambil
berkata abang tetapi mulut sahaja yang digayakan.

Pria : Sayang panggil

Insert shot kakak dan adik pandang pria di atas rumah, insert shot
pria senyum sinis, kakak terjatuhkan mangkut tingkatnya, ibu
memandang pelik kearah kakak dan adik.

Ibu : Kakak dengan adik dah balik, belikan daging batang

36
pinang, ayang nak masak gulai batang pisang lauk

berbuka nanti (sambil flying kiss)

Pria : Baik ayang, abang pergi pekan sat naa

Ibu : Ayah tiri korang ni suka makan gulai batang pinang

Kakak & Adik : AYAH TIRI!

Ibu : Suka betul dia, tu yang ibu nak masak gulai batang

pisang sempena korang dah balik ni. Itu lah korang,

asyik bergaduh je. Macam mana ibu nak jemput majlis

perkahwinan ibu.

VO KAKAK

“Punyalah kami bergaduh bagai nak rak rebutkan dia, last last ibu
juga dia usha”

Ibu : Actually ibu tak berminat nak kahwin lagi. Tapi demi

Korang. Ibu sanggup berkorban apa saja.

Insert muka tak puas hati kakak, adik gigit teddy bear sampai putus.
Kamu berdua pergi masuk mandi siap siap tolong ibu dekat dapur.

Kakak : Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

TAMAT

37
3. CD Drama Pendek

38

Anda mungkin juga menyukai