Anda di halaman 1dari 11

BAB1- Pengenalan

1.1 Pendahuluan
Tajuk kajian kami adalah tanda-tanda hari kiamat.Kajian ini dilakukan adalah

bertujuan untuk mengkaji mengenai tanda-tanda hari kiamat yang akan berlaku dan yang

sedang berlaku pada masa kini.Dewasa ini,pelbagai masalah-masalah yang telah muncul

yang melibatkan semua kehidupan di alam fana ini,yang semakin dimamah usia sebagai

contoh pemerintah yang tamakkan duniawi hingga sanggup bertindak zalim terhadap

rakyatnya.Hal ini dikatakan sebagai salah satu tanda-tanda kiamat.Selain itu,gempa bumi

yang kerap melanda di dunia ini.Baru-baru ini sahaja,banyak nyawa yang

terkorban.Purata pelajar perempuan di IPTA semakin meningkat naik saban tahun seperti

yang kita ketahui di Universiti Utara Malaysia memperlihatkan lebih kurang 74 peratus

pelajar perempuan yang baru memasuki IPTA tersebut.Manakala kaum Adam membuang

masa yang tidak melihat akibat sikap mereka.Hal ini amat membimbangkan kerajaan

kita.
BAB 2 – Hasil Kajian

2.1 Pendahuluan
Bagi menyiapkan folio kami ini, kami telah melakukan pelbagai kaedah untuk

mengumpul segala bahan melalui pelbagai sumber. Kami telah mengalami beberapa

kesulitan bagi menyiapkan folio ini. Misalnya, masalah kewangan yang dialami oleh

kumpulan tesis kami semasa hendak mencari bahan.

Kami bekerjasama dalam kumpulan bagi mencari idea untuk menjayakan folio ini

sebagai salah satu syarat bagi memenuhi syarat graduasi. Hasil daripada kajian ini,

diharapkan dapat memberi kesedaran kepada segenap golongan masyarakat agar kembali

mengamalkan ajaran islam yang sebenar.


2.2 Dapatan Kajian
 Kaedah Kajian:-

Terdapat 3 jenis kaedah kajian yang telah kami gunakan:-

 Temuramah- Kami gunakan kaedah temuramah dengan pergi ke tempat-

tempat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

 Internet- Kami menggunakan internet untuk mencari bahan-bahan yang

boleh dimasukkan dalam kajian kami dan yang berkaitan dengan tajuk

yang sedia ada untuk memahami dengan lebih mendalam untuk

menghasilkan hasil kajian yang membanggakan.

 Rujukan- Kami juga mengambil sumber-sumber yang boleh diguna pakai

dalam kajian ini dengan membuat rujukan melalui buku-buku ilmiah,

majalah,surat khabar dan yang berkaitan.

 Tempat:-

Kami menggunakan beberapa tempat untuk memenuhi kajian ini seperti di Kuala

Lumpur,Selangor dan di sekitar Muar.Kami juga akan membuat rujukan dengan

pergi ke beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti UIAM,Gombak dan di

Bangunan Bernama dan Berita Harian.

 Jadual Aktiviti:-

I. Julai:kami menyiapkan hasil proporsal untuk di hantar kepada guru

penasihat dan guru yang terbabit dalam menguruskan hasil tesis.


II. Ogos-September:Menyiapkan folio dan membuat kajian mengenai tanda-

tanda kiamat yang telah muncul pada masa kini dan yang akan berlaku di

masa hadapan.

III. Januari-Februari:Menyiapkan hasil kajian dan menyediakan bahan untuk

persediaan membuat pembentangan.

IV. April:membuat pembentangan pada hari Pesta Type III 2007


1.4 Tujuan Kajian
a. Ingin memberi pendedahan kepada pelajar menganai tanda-tanda hari kiamat

yang bakal tiba.

b. Mengenal pasti ciri-ciri dan peristiwa yang bakal berlaku semasa hari kiamat

nanti.

c. Untuk meneroka dan mengkaji segala tanda-tanda hari kiamat melalui Al-

Quran dan Hadis.

d. Memberi gambaran kepada masyarakat masa kini mengenai kekufuran

manusia semasa hari kiamat kelak.

e. Ingin memberi pengajaran kepada para pelajar supaya kembali ke pangkal

jalan.
3.1 Kesimpulan Kajian.
Gejala sosial yang semakin serius dalam masyarakat kini menunjukkan dunia

semakin dekat dengan hari kiamat.Tanda-tanda kecil semakin jelas kelihatan.Masyarakat

kini semakin bersikap materialistic dan semakin jauh daripada mematuhi perintah

Allah.Umat islam perlulah kembali ke pangkal jalan kebenaran dan berpegang kembali

kepada perinsip agama.Al-Quran dan Hadis hendaklah dijadikan pegangan hidup seluruh

umat islam agar berjaya di dunia dan akhirat.


3.2 Implikasi Kajian.
a. Menyedarkan setiap lapisan masyarakat terutamanya para pelajar tentang ketibaan

hari kiamat yang semakin hampir.

b. Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang tanda-tanda hari kiamat berdasarkan

Al-Quran dan Hadis.

c. Memberi gambaran keadaan dan situasi masyarakat semasa hari kiamat.

d. Memberi kesedaran kepada pelajar supaya kembali berpegang kepada Al-Quran

dan Hadis.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dewasa ini kebanyakkan umat islam di muka bumi ini mengejar cita-cita

yang berlandaskan duniawi sehingga terlupa kehidupan yang kekal abadi menanti

selepas meninggalkan dunia fana,iaitu kehidupan akhirat. Umat Islam mula

pincang dengan keseronokan dunia justeru,mereka mula melupakan amal ma’aruf

nahi mungkar diantaranya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Selain

itu,tiada lagi sikap belas kasihan sesama manusia seperti bunuh-

membunuh,membuang anak yang tidak berdosa. Selain itu,kita juga dapat melihat

keadaan kehidupan masyarakat kini yang menganggap perkara-perkara itu sebagai

satu masalah yang besar. Itulah antara drama-drama antagonis umat islam yang

meruncing. Impaknya Allah menurunkan bala kepada seluruh masyarakat tidak

kira baik mahupun jahat sebagai contoh tsunami yang pernah berlaku selama 10

darsa warsa telah pun berlaku pada 26 DISEMBER 2004.Selain itu taufan yang

melanda Amerika Syarikat dan banjir besar di Selatan tanah air semenanjung

Malaysia.

Segala perumitan ini kami cuba rungkaikan dalam tesis kami yang

berbentuk dokumentari untuk memberi kesedaran terhadap semua lapisan

masyarakat khususnya umat islam agar pedoman ini menjadi benteng diri

daripada terus terjerumus ke lembah maksiat.


1.3 Masalah Kajian
Hari berganti-hari kehidupan semakin maju.Namun,sebaliknya bagi

pegangan umat islam yang semakin luntur.Terutamanya golongan lingkungan

usia 13 hingga 21 tahun atau golongan remaja yang gemarkan kebebasan.Namun

ini tidak bermakna golongan remaja sahaja,umat islam secara amnya sudah

lupakan akhirat. Mereka sudah tidak takut dengan Allah.Larangan-laranganNya

dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan perintahnya ditinggalkan.Ini

berpunca darpada kurang kesedaran tentang hari akhirat dan balasan yang akan

menimpa di akhirat kelak.Ia juga berpunca daripada kurangnya didikan agama

yang jitu di dalam diri umat islam.


1.5 Kepentingan Kajian
Kajian tesis ini dilakukan secara amnya untuk menyedarkan umat islam

tentang tanda-tanda hari kiamat yang telah pun wujud tanpa kita sedari. Tanda-

tanda ini diturunkan oleh Allah dalam bentuk balasan atau sebaliknya,bertujuan

untuk mengingatkan umat islam dan manusia semua untuk kembali ke jalan Allah

S.W.T.

Secara khususnya pula,kajian dapat memberi pendedahan awal tentang

dosa dan balasan atau azab yang diturunkan oleh Allah tidak kira dimana kita

berada.
3.3 Rumusan
Berdasarka hasil kajian yang kami perolehi, kami dapat menyimpulkan

bahawa masyarakat pada ketika ini terutamanya umat islam semakin menjauhi

lunas – lunas islam yang sebenar. Mereka sibuk dalam mengejar kebendaan dan

duniawi tanpa memikirkan bekalan di ukhrawi.Melalui kajian ini kami

mengharapkan agar seluruh umat islam yang terdiri daripada golongan pelajar,

ibu bapa, guru dan sebagainya kembali berpegang kepada ajaran islam yang

sebenar berlandaskan Al – Quran dan Al – Hadith. Situasi kini menunjukkan telah

muncul banyak tanda – tanda hari Kiamat yang telah muncul sepertimana yang

diceritakan di dalam Al – Quran dan Hadis. Diharapkan segala kemungkaran di

muka bumi ini dapat dihentikan.

Anda mungkin juga menyukai