Anda di halaman 1dari 8

Sejarah telah menbuktikan bahawa fenomena permodenan pasti akan mewujudkan

permasalahan sosial. Ini adalah kerana respon atau tindakbalas individu itu sendiri
terhadap pesekitaran sosial dan mereka terpaksa menghadapi kehidupan yang serba
mencabar. Bagi menangani permasalahan ini, pihak-pihak yang berwajib terpaksa
menhulurkan batuan. Cara yang terbaik untuk memberikan pertolongan ialah dengan
melahirkan pakar-pakar terutamanya dalam bidang sosial.
Uniknya keja sosial yang dianggap sebagai satu kerjaya ialah ia menpunyai kaedahkaedah yang berbeza bagi setiap penyelesaian masalah. Kaedah-kaedah ini
menjadikan prosedur dan proses kerja sosial mempunyai peringkat yang tertentu
setiapkali menjalankan intenversi.
Memiliki kemahiran sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kecekapan seorang
pekerja sosial tanpa gabungan bersama ilmu pengetahuan dan nilai kerja sosial. Untuk
menganalisis masalah-masalah ,individu dan situasi, merancang kaedah intervensi
yang dapat merawat atau mengubah individu dan juga untuk melaksanakan teknikteknik yang bersesuaian, ia memerlukan kepada aeas kefahahaman yang tinggi dan
meluas tentang teori-teori praktik kerja sosial serta pengetahuan tentang tingkah laku
manusia dalam persekitaran sosial.
Teori-teori banyak menbantu pekerja sosial mempraktikkan kerja dengan lebih
berkesan. Ia menjadikan satu acuan kepada pekerja sosial untuk mengaplikasikan
pengetahuan; nilai dan kemahiran kerja sosial kedalam situasi yang sebenar
bergantung kepada permasalahan yang dihadapi. Secara ringkasnya, sistem teori
memberi tiga sumbangan penting kepada pembangunan kerja sosial iaitu;
i. Menyediakan asas untuk menyatupadukan profesion kerja sosial.
ii. Menyediakan satu rangkaian teori-teori untuk praktik kerja sosial.
iii. Membantu menyatukan tradisi-tradisi dan kaedah-kaedah yang berbeza yang
menbentuk rangka-rangka kerja sosial,seperti kerja kes, kerja kelompok, kerja komuniti
dan juga menyatukan disiplin-disiplin akademik yang berbeza yang menjadi asas
kepada kerja sosial seperti disiplin sosiologi,psikologi dan sebagainya.
Teori ekologi ialah ilmu yang mengkaji hubungan diantara hidupan masyarakat iaitu
masyarakat manusia persekitaran. Untuk meningkatkan interaksi diantara individu dan
persekitarannya, ia boleh dilakukan dengan menggunakan teori ini. Ia lahir daripada
konsep biologi dimana terdapat dua keadaan yang akan mempengaruhi tingkah laku
manusia iaitu tekanan luaran dan juga tekanan dalaman. Hasil daripada kedua-dua
tekanan ini akan menbentuk tingkah laku mausia. (Skidmore,et.al,1997)

Skidmore dan rakan-rakan juga menjelaskan bahawa teori ekologi juga telah memberi
sumbangan yang besar kepada bidang kerja sosial khususnya kepada tiga peringkat
sistem mikro yang merujuk kepada individu dan juga mengabungkan unsure biologi,
psikologi dan sistem sosial yang menberi kesan kepada individu. Kedua sistem mezzo
yang merujuk kepada kumpulan kecil dan memberi kesan kepada individu seperti
keluarga,kelompok dan sosial kelompok. Ketiga sistem makro yang merujuk kepada
kumpulan dan sistem yang lebih besar dari keluarga.
German dan Gitterman (1990,dalam Charles& Bret,1997) merupakan dua tokoh yang
banyak menyubang teori ekologi dalam prektik kerja sosial mengatakan bahawa
perspektif ekologi menyediakan satu penyesuaian dan pandangan yang bersifat evolusi
keatas tingkah laku manusia dalam proses pertukaran yang berterusan dengan elemenelemen persekitaran mereka. Manusia mengubah fizikal dan persekitaran sosial mereka
dan pada masa yang sama mereka juga diubah oleh persekitaran melalui prosesproses
yang berterusan iaitu penyesuaian dua hala.
Teori-teori psikologi merujuk kepada teori-teori yang berkaitan dengan personaliti,
pembangunan personaliti, struktur dan fungsi. Perubahan-perubahan yang wujud dalam
teori personaliti menyebabkan ahli-ahli teori mengambil berat tentang keadaan semula
jadi manusia dan tingkah laku individu. Teori ego psikologi misalnya banyak
menpegaruhi kerja kes dengan menbantu menyediakan asas untuk pembangunan
prinsip-prinsip operasi yang spesifik terutamanya dalam perawatan umum. Teori
modifikasi tingkah laku pula lebih merujuk kepada kaedah untuk menkaji tingkah laku
supaya dapat diubah. Simptom tingkah laku yang idpengaruhi adalah sama sebagai
tindak balas yang utama atau operan. Model ini boleh dikatakan satu cabang teori
psikologi.
Teori elektik (electic)merujuk kepada gabungan pelbagai teori yang tertentu untuk
diaplikasikan kedalam situasi yang sebenar. Kebiasaannya, pekerja sosial hari ini
menggunakan asas teori ini untuk menjalankan praktik kerja sosialnya sama ada
dengan individu , kelompok dan komuniti kerana ia lebih sesuai dan mencakupi
kesemua aspek.

Dalam melaksanakan teori dan praktik kerja sosial, Morales dan Shefor (1988)
membahagikan beberapa pendekatan yang boleh dan perlu dipraktikkan oleh
seseorang pekerja sosial. Antaranya ialah pendekatan kaedah tradisional (Traditional
practice method) iaitu kaedah yang digunakan untuk menjadikan profesion kerja sosial
sebagai satu profesion yang unik. Ia meliputi kaedah kerja kes, kelompok, komuniti dan
organisasi, penyelidikan dan pentadbiran. Selain daripada itu juga mengadakan
intervensi keatas klien dan sistem klien lebih daripada satu tahap. Selain itu tedapat

pendekatan kaedah pelbagai (Multimethod practice approach)iaitu kaedah yang


digunakan melalui komitmen dengan masyarakat dalam mengenal pasti kerja sebagai
satu profesion yang menpunyai satu pendekatan praktik yang bersepadu (unifying
practice method). Pekerja sosial melakukan intervensi yang pelbagai tahap dan corak
ke atas klien agar masalah sebenar klien dapat diselesaikan secara paling berkesan.
Misalnya ,jika pekerja sosial tidak dapat menyelesaikan masalah secara bersendirian
,rujukan perlu dibuat kepada organisasi atau pihak yang lebih sesuai untuk
menyelesaikan masalah tersebut dan mungkin akan melibatkan banyak pihak dan
kaedah.
Selain daripada itu ,pekerja sosial boleh menggunakan pendekatan kaedah
menyeluruh(Generalist prwctive approach) iaitu satu kaedah yang muncul pada tahun
1960-an lagi. Kaedah ini mengandungi dua kompenen dasar iaitu yang pertama,
pekerja sosial perlu mengambil kira situasi dan kedua situasi praktik akan menentukan
kaedah yang akan digunakan. Pendekatan menyeluruh merupakan satu pendekatan
praktik kerja sosial yang bercirikan;
(a) Fokus ke atas kedua-dua iaitu individu dan persekitaran.
(b) Proses yang bermula dengan keunikan disituasi yang dibawa masuk oleh
klien,pemilihan teori yang bersesuaian untuk menerangkan situasi, mengaplikasi
strategi intervensi yang bersesuian dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-kedua
pihak terutamanya oleh pekerja sosial.
Pendekatan yang seterusnya yang boleh dimainkan oleh pekerja sosial ialah
pendekatan kepakaran (specialist approach). Pendekatan ini adalah satu praktik yang
bercirikan kepada aplikasi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terpilih ke atas satu
situasi praktik yang kecil skopnya. Ia juga berdasarkan kepada situasi praktik, populasi
yang menerima khidmat permasalahan sosial yang cuba diatasi dengan cara intervensi
semasa digunakan. Pendekatan ini juga menggunakan kemahiran yang lebih
mendalam dan menjurus iaitu menggunakan satu kemahiran sahaja tetapi berkesan.
Dalam kerja sosial terdapat empat proses yang digunakan untuk membantu
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh individu dan keluarga. Prosesproses tersebut ialah pengkajian, pengujian, intervensi dan penamatan.
(a) pengkajian
Proses pertama yang digunakan oleh pekerja sosial seperti caregiver apabila bekerja
dengan individu ialah proses pengkajian atau study yang mana pekerja sosial ini akan
berjumpa secara bersemuka. Di sini klien akan membentangkan atau mencurahkan
segala masalah yang dihadapi oleh mereka kepeda pekerja sosial. Pekerja sosial akan
mendengar segala pembentangan itu. Penglibatan klien pada peringkat ini diperlukan

sepenuhnya kerana mereka merupakan individu yang menpunyai masalah. Jadi


mereka perlu terlibat dengan efektif. Selain itu,pekerja sosial perlu menjalinkan
hubungan yang erat dengan klien mereka. Dengan hubungan ini,pekerja sosial dan
klien dapat berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang cuba diatasi.
Setelah pekerja sosial mengenali diri klien,pekerja sosial akan membawa klien mereka
kepada tahap-tahap yang seterusnya. Pada peringkat ini,klien akan membuat
keputusan sama ada mahu menerima atau tidak mahu menerima rawatan yang akan
diadakan.
Pada peringkat ini juga, pekerja sosial akan menfokuskan kepada keadaan masalah
dan persepsi klien serta aspek-aspek permasalahan lain yang timbul. Pekerja sosial
dan klien akan menberi pandangan secara tidak mendalam dalam penkajian ini.
Selepas itu, pekerja sosial akan mengumpul data-data dan maklumat-maklumat yang
mendalam tentang klien dan hasil daripada data-data tersebut akan digunakan untuk
peringkat proses yang seterusnya. Data ini berguna untuk penilaian yang menyeluruh
dan untuk keputusan rawatan kepada klien.
(b) Penilaian
Selepas kata putus diberikan oleh klien dan mereka mahu menerima rawatan, maka
proses kedua akan diteruskan. Proses ini ialah penilaian. Penilaian bersifat secular atau
tidak henti-henti dan ia bersifat pusingan. Penilaian akan sering dilakukan keatas klenklien yang mendapatkan khidmat bantuan kerana pekerja sosial ingin tahu
perkembangan diri klien. Penilaian ini mengambil kira tentang perbezaan klien serta
keperluan individu. Ia bermula dengan klien menyatakan masalah mereka kepada
pekerja sosial. Dari sini pekerja sosial akan memahami masalah yang dikemukakan
oleh klien dan seterusnya menumpukan kepada kekuatan, keupayaan, limitasi ,motivasi
serta peluang yang ada pada klien.
Selain itu, matlamat akan ditetapkan dan ia perlulah selari dengan keperluan yang
dikehendaki oleh klien dan kemudahan pekhidmatan yang ada. Sebelum meneruskan
kerja ini, pekerja sosial perlu mendapatkan persetujuan daripada klien. Jika persetujuan
diperoleh maka pekerja sosial akan meneruskan proses yang seterusnya.
(c) Intervensi
Proses yang ketiga pula ialah intervensi. Intervensi bermula dengan contact yang
pertama. Ia berdasarkan kepada keperluan-keperluan klien dan kemudahan
perkhidmatan yang ada. Di sini pekerja sosial boleh menggunakan pelbagai bentuk
pendekatan yang ada untuk menbantu individu menyelesaikan masalah mereka.
Pendekatan tersebut seperti pendekatan behaviorisme,pendekatan humanistic,
pendekatan psikodi-namik dan pendekatan kogniktif.

Selain itu,untuk menjalankan proses ini pekerja sosial perlu tahu tentang prinsip-prinsip
intervensi. Prinsip-prinsip intervensi ialah hak klien dalam menentukan arah
tindakannya, penerimaan diri klien itu sendiri, merujuk kepada kekuatan klien,
menbantu klien membantu diri mereka sendiri dan berkongsi maklumat serta
pengetahuan dengan klien.
Disamping itu, kemahiran-kemahiran intervensi juga mengambil kira tentang kemahiran
menemu duga, merekod, menulis surat dan merujuk kepada lain-lain agensi dan
perkhidmatan. Dengan adanya kemahiran-kemahiran seperti ini ia dapat menbantu
pekerja sosial bekerja dengan individu lebi baik lagi.
(d) Penamatan
Proses yang keempat pula ialah penamatan iaitu menamatkan atau mengehadkan
proses yang telah dimulakan. Penamatan proses diatas ialah kerana ada kepercayaan
pekerja sosial kepada klien. Penamatan ini mengelakan pergantungan klien ke atas
pekerja sosial dan dalam kontek ini, perhubungan klien dengam pekerja sosial sudah
sampai ke penhujungnya. Di sini jumlah faedah yang diperolehi akan digambarkan oleh
pekerja sosial kepada klien. Tumpuan penting pada tahap ini ialah pengesahan
daripada pihak klien untuk berfugsi dengan baik. Selepas itu, kerja kes ini akan
ditamatkan kerana klien telah bersedia untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat

Bagi matlamat kerja sosiall,menurut Picus and Minahan 1973,menyatakan bahawa kerj
social adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penylesaian masalah
seseorang ,menhubungkan seseorang dengan system yang menbekalkan mereka
sumber perkhidmatan dan peluang-peluang, seterusnya adalah untuk mengalakkan
supaya sistem-sistem ini beroperasi secara berkesan dan berperikemanusiaan
disamping bertujuan untuk menyumbangkan kepada perkembangan dan kemajuan
polisi-polisi social. Bisma 1994 pula menyatakan tiga misi atau matlamat kerja social
yang perlu dicapai iaitu yang pertamanya adalah untuk menperbaiki fungsi-fungsi sosial
, kedua untuk mendorong individuhidup dalam masyarakat mereka dan yang
terakhirnya adalah untuk menolong masyarakat menbekalkan sumber-sumber kepada
warganya. Bagi meningkatkan keupayaan yang lemah, menbekal sumber-sumber
individu,sosial dan mencegah kegagalan fungsi-fungsi social pula adalah matlamat
yang dinyatakan oleh Boehm pada tahun 1989,matlamat yang telah dinyatatakan oleh
Boehm ini sebenarnya telah diterima oleh Council On Social Work Education. Antara
peranan yang harus dimainkan oleh pekerja social pula ialah pertamanya adalah
bertanggungjawab untuk menberi perkhidmatan secara langsung iaitu pekerja social ini
seharusnya wajib untuk bersemuka dengan klien yang terlibat untuk menberi
perkhidmatan yang sepatutnya dan bersesuaian dengan masalah yang dialami oleh

klien mereka seperti perkhidmatan kaunseling ataupun perkhidmatan kerja


berkelompok. Peranan seterusnya adalah berkaitan dengan system perhubungan iaitu
pekerja social perlu berperanan sebagai orang tengah didalam penyelesaian sesuatu
masalah contohnya menjadi broker, penimbang tara dan pendamai. Tugas yang
seterusnya ialah mencari sumber-sumber maklumat yang boleh menbantu kliennya
antaranya ialah caregiver. Caregiver ialah pekerja social yang menbantu mendapatkan
maklumat atau sumber yang dapat menbantu kliennya atau individu yang ingin berjaya.
Selain itu caregiver juga menberi bantuan khidmat nasihat kepada klien yang
memerlukan

Sebagai seorang pekerja social yang berperanan sebagai crang caregiver, ia


seharusnya berorientasikan dengan kliennya untuk mengenal pasti punca
permasalahan yang dihadapioleh kliennya itu. Dalam kes ini caregiver seharusnya tahu
jenis masalah,keadaan sekeliling,punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah
yang terpaksa ditanggung oleh kliennya itu. Caregiver juga perlu mengetahui jenis
permasalahan social yang tidak boleh diubah dengan secara fizikal seperti yang hadapi
oleh klienya yang merupakan OKU. Bagi caregiver yang mendapat @menerima
klienyayang merupakan OKU,ia perlu menberi jalan penyelesain kepada klienya,
contohnya menberi atau mendapatkan bantuan daripada Jabatan-Jabatan Kebajikan
contohnya Jabatan Kebajian Masyarakat, pejabat zakat dan sebagainya. Selain itu ia
perlu memberi motivasi atau kata semangat kepada kliennya supaya mereka merasa
diri mereka berguna kepada agama,nusa,dan bangsa. Caregiver ini juga boleh
menyediakan kelas atau kursus-kursus kemahiran kepada kliennya ini supaya mereka
boleh hidup berdikari.
Sebagai seorang pekerja social yang berperanan untuk menbantu kliennya dalam
menyelesaikan masalah,ia seharusnya dapat menerima keunikkan atau kepelbagaian
manusia. Seorang pekerja social juga tidak boleh memilih klien hanya dari kaum atau
jantina tertentu sahaja. Sebagai pekerja social yang berperanan sebagai caregiver,
menbantu klien dalam mendapatkan maklumat,petolongan,sumber-sumber adalah satu
tanggungjawab asas yang perlu dilaksanakan oleh pekerja social ini. Pekerja social ini
juga perlu mengetahui sumber-sumber yang boleh diperolehi untuk menbantu kliennya
yang menhadapi masalah. Sebagai seorang pekerja social ,ia seharusnya tidak terlalu
mengongkong atau memaksa klienya. Pekerja social seharusnya menggunakan caracara yang lembut untuk memujuk kliennya menceritakan masalah yang dihadapinya.

Bagi mencapai misi pekerja social yang terdiri daripada penjagaan (caring), perawatan
(curing), perubahan (changing), caregiver seharusnya menjaga kliennya supaya
mereka merasa selesa dan berupaya untuk menghadapi permasalahan yang
dihadapinya. Dalam proses ini cargiver tidak boleh terlalu menekan kliennya ti kliennya
itu bertindak diluar jangkaan seperti menbunuh diri. Dalam proses penjagaan,caregiver
seharusnya boleh mengenal pasti masalah dihadapi oleh kliennya. Dalam misi
perwatan caregiver juga perlu mencari sumber-sumber yang boleh menbantu kliennya
itu. Sepanjang proses ini juga, caregiver perlu memotivasikan kliennya atau menberi
kaunseling. Dalam proses ini kerjasama dari kliennya amat diperlukan bagi menbantu
mereka menyelesaikan masalah yang dihadapinya diber. Cargiver perlu mengutamakan
kepentingan dan menolong mereka menyakinkan pihak pembuat polisi supaya menberi
tindakbalas yang sepatut diberikan. Sepanjang misi ini caregiver perlu mengubah
pandangan dan sikap individu ,keluarga dan masyarakat terhadapklien yang
bermasalah ini contohnya seorang penagih ingin bebas dari najis dadah dan kembali ke
pangkuan masyarakat. Misi lebih dikenali sebagai perubahan (changing)selain daripada
itu caregiver ini perlu tahu tentang akspek aspek keselamatan,ungdang-undang, sikap
dan prosedurbagi merawat kliennya
Sebagai seorang pekerja sosial yang berperanan sebai caregiver juga, memilih
kelemahan yang wujud dikalangan kliennya merupakansatu tanggungjawab asas yang
perlu dimainkan oleh pekerja sosial ini. Dalam proses ini kaedah yang boleh digunakan
oleh pekerja caregiver ialah curative(perawatan) iaitu cuba menghilangkan atau
mengurangkan permasalahan yang dihadapi oleh klienny

Menurut Bohm 1959,fungsi pekerja social dibahagikan kepada beberapa bahagian


antaranya memulihkan kelemahan yang wujud dikalangan kliennya. Sebagai seorang
cargiver yang berperanan menberi perkhidmatan sokongan kepada klienya yang tidak
mendapat sepenuhnya menyelesaikan masalah dan mencapai keperluan mereka,
caregiver perlu menberi curative(perawatan) kepada kliennya yang dapat
mengurangkan atau menghilagkan punca-punca yang menyebabkan ketidakfungsian
atau berlakunya masalah dikalangan kliennya. Sebagai contoh apabila seorang
caregiver yang berhadapan dengan anak yatim yang mengalami masalah penempatan,
ia seharusnya berusaha mencari penempatan atau rumah-rumah kebajikan yang dapat
menbantu anak yatim tersebut. Caregiver juga perlu menberi
Rehabilative(pemulihan)kepada kliennya iaitu dengan menyusun atau menbina semula
corak interaksi individu dalam persekitaran mereka. Caregiver juga harus memberi
nasihat dan kata semangat kepada kliennya ini. Disini peranan caregiver tidak terbatas
hanya kepada caregiver sahaja tetapi ia merangkumi tugas-tugas pekerja social yang
lain seperti menberi kaunseling kepada kliennya,cuba mencari tempat perlindungan
kepada kliennya,dan mencari sumber-sumber bantuan yang boleh menbantu kliennya.

Fungsi pekerja social yang kedua ialah melengkapkan sumber individu dan social iaitu
dengan menggunakan sepenuhnya sumber sosial yang sedia ada bagi menbantu
kliennya. Sebagai pekerja social yang berperanan sebagai caregiver ia seharusnya
tahu sumber-sumber yang perlu diperolehi bagi menbantu kliennya yang menhadapi
masalah. Caregiver juga perlu mewujudkan intervensi social yang lebih efektif kepada
kliennya bagi menrapatkan hubungan antara klien dengan pekerja sosial. Dalam
melengkapkan sumber individu caregiver juga boleh menberi input berbentuk
pendidikan kepada kliennya.

Bagi memastikan keberkesanan pekerja sosial dal an tugas am menjalank,intervensi


kerja sosial perlulah dimiliki oleh setiap pekerja sosial ini. Antara intervensi kerja sosial
yang terlibat semasa caregiver menbantu menyelesaikan masalah kliennya ialah
dengan cara perundingan. Dalam intervensi ini caregiver dan kliennya haruslah
bekerjasama untuk pelan perubahan. Sebagai seorang pekerja sosial ia seharusnya
pandai berinteraksi dan berunding dengan kliennya bagi mencapai persetujuan
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh kliennya. Selain itu

Anda mungkin juga menyukai