Anda di halaman 1dari 9

1.

PENGENALAN Gangguan seksual bukanlah satu isu yang baru, tapi telah menjadi isu global yang telah hangat dibincangkan oleh banyak pihak bukan sahaja di negara ini bahkan diseluruh dunia. Saban hari, terdapat sahaja berita yang membicarakan isu ini sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Pokok perbincangan adalah berkisar kepada diri mangsa. Pengkaji-pengkaji berusaha bersungguh-sungguh mencari faktor-faktor yang mendorong gangguan seksual ini berlaku. Akhirnya banyak faktor telah ditemui bagi menjawab persoalan mengapa tingkah laku tidak bermoral ini sanggup dilakukan oleh pelaku-pelakunya. Di samping itu, isu yang menjadi minat juga kepada pengkaji pengkaji lepas terhadap konsep ini ialah kesan yang ditanggung oleh mangsa. Kebanyakan keputusan kajian yang dibuat menyatakan bahawa mangsa dikatakan berasa tidak selamat di tempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga menganggu kehidupan seharian mereka. Kesan lansung dan tidak lansung daripada tindakan yang tidak bermoral ini akhirnya dikaitkan dengan rendahnya prestasi mangsa dan kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi.Oleh itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil oleh organisasi atau pihak-pihak berkenaan, kemungkinan perlakuan gangguan seksual ini akhirnya boleh menjadi satu wabak dalam masyarakat.

2.0

PENGERTIAN KONSEP GANGGUAN SEKSUAL

Kamus mendefinisikan gangguan seksual sebagai kesusahan akibat dari serangan yang berulang-ulang. Oleh itu, terma gangguan seksual merujuk kepada tingkah laku yang ada kaitan dengan elemen seksual yang dilakukan secara berulang-ulang yang boleh menimbulkan kesusahan kepada orang yang menerimanya.

Terdapat banyak definisi gangguan seksual yang dibuat oleh pengkaji untuk mentakrifkan maksud sebenar gangguan seksual. Menurut Sinclair dan Anor (1994), gangguan seksual boleh dirujuk sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan penghinaan, penganiayaan dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat oleh seseorang atau sekumpulan orang kerana hendak memenuhi keinginan seksual mereka. Manakala Backhouse dan Cohen (1981) pula mentakrifkan gangguan seksual sebagai segala kritikan yang bercorak seksual yang berulang-ulang yang ingin dihindari kerana ia

menyebabkan individu rasa tidak selesa di tempat kerja. Definisi yang lebih jelas telah dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja, Malaysia. mendefinasikan ganggguan seksual sebagai segala

pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja (Zaiton, 1990). Menurut (EEOC) ataupun The Equal Employement Opportunity Commission (1980) pula gangguan seksual sebagai perlakuan seksual secara berlebihan yang tidak diingini, dan memberi kesan negatif terhadap prestasi kerja dan mewujudkan permusuhan di persekitaran tempat kerja. Makna gangguan seksual seperti yang tercatat dalam Kod Amalan (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999) yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pula mendefinisikan gangguan seksual sebagai perlakuan-perlakuan seperti menjilat bibir atau makan dengan cara menggoda boleh dianggap sebagai gangguan seksual. Kod amalan tersebut juga menjelaskan bahawa gangguan seksual bermakna tingkah laku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa.

2.1

Jenis-jenis gangguan seksual

Berdasarkan kod amalan tersebut, gangguan seksual dibahagikan kepada dua iaitu pengenaan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaan atau istilahnya quid pro quo, dan tingkah laku yang disifatkan menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada mangsa di tempat kerja.

Gangguan jenis pertama tersebut ialah gangguan seksual secara langsung dan biasanya berlaku antara majikan dan pekerja, berlaku apabila pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji atau kenaikan pangkat, mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan seksual kepadanya sebagai ganjaran kenaikan pangkat atau gaji.

Manakala gangguan jenis kedua pula ialah perlakuan dilakukan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal. a. Gangguan Secara Lisan Gangguan secara lisan ini dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual b. Gangguan Secara Isyarat Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan. c. Gangguan Secara Visual Dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, dan sebagainya d. Gangguan Secara Psikologi Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk perlakuan mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. e. Gangguan Secara Fizikal Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel badan

3.0

PENDEKATAN-PENDEKATAN GANGGUAN SEKSUAL

Terdapat banyak pendekatan yang relevan dan boleh diaplikasikan dengan masalah gangguan seksual di tempat kerja. Banyak pengkaji mencari pendekatan yang boleh digunakan bagi membendung isu gangguan seksual di tempat kerja. Abd Rahim (2003) telah mengemukakan Teori Seksualiti serta tiga model oleh Tangri et.al (1982) iaitu Model Biologikal, Model Organisasi dan Model Sosio-budaya. Apa yang penting di sini ialah, teori dan model yang digunakan di sini adalah bertujuan untuk membolehkan suatu kerangka pemikiran dan bagi tujuan pengkaji mengkonstrukkan isu dan permasalahan yang dibincangkan. a. Teori Seksualiti Teori seksualiti menjelaskan perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti. b. Model Biologikal Model Biologikal mengandaikan bahawa gangguan seksual merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks dan bersifat semulajadi. Model ini juga mengandaikan kaum lelaki lebih kuat kemahuan seksualnya berbanding kaum wanita. c. Model Organisasi Model Organisasi mengandaikan bahawa gangguan seksual di tempat kerja berlaku adalah akibat daripada peluang-peluang tertentu yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi, iaitu melalui hierarki dan hubungan autoriti yang khusus yang mana, individu boleh menggunakan kuasa atau statusnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada orang bawahannya. d. Model Sosio-Budaya Model Sosio-budaya mengandaikan bahawa gangguan seksual sebagai satu manifestasi kepada patriarchy system, di mana lelaki dianggap sebagai pemerintah dan masyarakat secara umumnya harus

mengesahkan pemerintahannya.
4

4.0

PERSONALITI MANGSA DAN PELAKU GANGGUAN SEKSUAL

Personaliti

merupakan

satu

konsep

yang

digunakan

apabila

menggambarkan diri seseorang. Biasanya personaliti diberi definisi mengikut kecenderungan masyarakat. Para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi (Ryckman, 2000). Menurut kajian yang dibuat oleh pengkaji, personaliti mangsa dan pelaku gangguan seksual dapat dikenalpasti melalui trettret personaliti berikut: a. Agreasif - tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. b. Analatikal sensitif kepada persekitaran dan keputusan dibuat

berdasarkan pemerhatian. c. Autonomi - lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya. d. Bersandar - suka bergantung kepada orang lain e. Ekstrovert - suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang lain. f. Intelektual - berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. g. Introvert - suka mengelak situasi-situasi yang akan memaksa mereka berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas. h. Kepelbagaian mendapatkan berterusan. i. Ketahanan - cekal dan bermotivasi untuk menyelesaikan semua tugas. j. Kritik-diri - tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. k. Mengawal - suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin. l. Menolong - berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.
5

dapat

menghayati yang baru

berbagai-bagai ke arah

situasi

bagi yang

pengalaman

perubahan

m. Sokongan - memerlukan perhatian, simpati dan ingin dikasihi. n. Struktur - suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur, berulangulang dan terperinci. o. Pencapaian - bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka persaingan.

5.0

KESAN-KESAN GANGGUAN SEKSUAL

Peristiwa gangguan seksual boleh mewujudkan suasana kerja tidak tenteram dan tidak menarik. Mangsa gangguan seksual akan mengalaini gangguan fikiran, perasaan takut apabila berseorangan, dan merasai lemah (powerlessness) apabila terserempak dengan pengganggu seksual yang berkenaan. Trauma emosi dan mental yang dialami oleh mangsa

membuatkannya hilang tumpuan dan minat terhadap kerjanya. Mangsa juga berkemungkinan besar akan membuat keputusan untuk terus berhenti bekerja di syarikat berkenaan. Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa gangguan seksual boleh menjejaskan kesihatan mangsa terbabit. Mangsa akan mengalami

keresahan,tekanan, cepat naik radang dan lain-lain tanda tekanan kerja. Kepuasan kerja dan prestasi kerja mangsa juga akan menunm. Akhirnya pekerja yang terlibat akan dibuang kerja ataupun berhenti kerja

Gangguan seksual juga didapati mempunyai kesan negatif ke atas produktiviti syarikat dimana kekerapan untuk mangsa bekerja berkurangan disebabkan kepada ketakutan pada pelaku gangguan seksual di tempat kerja. Sekiranya produktiviti sesebuah syarikat berkurangan, maka daya saing bagi sesebuah syarikat itu akan menjadi lemah disebabkan produktiviti yang berkurang.

6.0

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Langkah-langkah pencegahan gangguan seksual hendaklah dilaksanakan dengan lebih ketat dan menyeluruh. Setiap peraturan atau undang-undang yang dibuat atau digubal mestilah meliputi keseluruhan aspek bagi tujuan

membendung isu gangguan seksual daripada terus berlarutan.Sebagai mangsa langkah-langkah pencegahan awal dari diri sendiri hendaklah dibuat, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini, antara langkah yang boleh diambil oleh mangsa adalah dengan membuat catatan tentang kejadian gangguan seksual yang anda alami. Mangsa hendaklah mencatat dengan teliti identiti pelaku, tempat kejadian, tempat kejadian, waktu, saksi, dan bahan bukti. Selain itu, mangsa boleh memberitahu pada orang lain tentang gangguan seksual yang di alami. Ceritakan kepada rakan, atasan, atau siapa saja yang dipercayai bagi mengelakkan perasaan tertekan atau trauma pada diri mangsa. Mangsa juga boleh melaporkan gangguan seksual tersebut, kerana gangguan seksual melanggari undang-undang. Laporkan kepada seminima bilangan orang yang mungkin agar dapat menjaga kepentingan mangsa dan sipelaku gangguan seksual. Organisasi juga merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal isu gangguan seksual di tempat kerja. Sekiranya isu ini tidak dikawal oleh sesebuah organisasi, kemungkinan maruah dan nama baik sesebuah organisasi akan tercalar dan membawa kesan yang buruk kepada organisasi. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh organisasi antaranya, membuat peraturan bertulis yang mana ianya lebih menyeluruh dan melindungi mangsa gangguan seksual serta hukuman yang akan dikenakan pada pelaku gangguan seksual. Peraturan yang dibuat mestilah dihebahkan dan dikuatkuasakan secara serta merta agar isu gangguan seksual dapat dibendung. Kemudahan khidmat kaunseling perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi bagi membolehkan mangsa gangguan seksual mengadu masalah mereka dan mendapatkan
7

bantuan pakar kaunseling. Dengan kemudahan kaunseling yang bersesuaian, mangsa akan rasa lebih tenang dan selamat. Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam memastikan isu permasalahan ganguan seksual di tempat kerja ini dapat di kawal dan sekaligus dibendung. Kod Amalan yang diwujudkan di Malaysia merupakan salah satu langkah yang dibuat oleh kerajaan yang menggariskan secara komprehensif mekanisma dalaman yang patut ditubuhkan oleh organisasi bagi mencegah, menangani, dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Antara elemen penting dalam mekanisma tersebut ialah: satu kenyataan dasar yang melarang gangguan seksual di dalam organisasi; definisi gangguan seksual yang jelas; prosedur membuat aduan; peraturan disiplin dan hukuman langkah-langkah perlindungan dan pemulihan kepada mangsa; dan program promosi dan pendidikan. Selain itu, cara terbaik yang boleh dilaksanakan adalah melalui pendidikan sejak kecil lagi ini kerana pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik membangunkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual. Kebanyakan negara maju hari ini telah memperkenalkan pendidikan seks bagi mendedahkan pelbagai isu bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan seksual.

7.0

KESIMPULAN

Gangguan seksual merupakan satu bentuk salahlaku yang serius di tempat kerja. Ia boleh dianggap sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual kerana mangsa boleh mengalami gangguan emosi dan mental yang serius. Gangguan seksual juga tidak terhad di sesebuah negara atau wilayah sahaja, tetapi merupakan fenomena sejagat. Masalah ini menjadi semakin serius dan perlu mendapat perhatian secara global kerana boleh menyebabkan pergerakan dan penempatan kakitangan syarikat merentasi sempadan negara, budaya dan tatacara kerja.

Beberapa kemajuan telah dicapai dalam usaha untuk menangani dan mengurangkan kecenderungan untuk melakukan gangguan seksual di tempat kerja. Langkah yang diambil oleh beberapa syarikat besar boleh dijadikan sebagai contoh untuk dilaksanakan oleh syarikat lain. Syarikat Dupont telah memperkenalkan A Matter of Respect Program bagi tujuan menghindar gangguan seksual melalui kesedaran, memahami dan menghormati hak orang lain. Federal Express dan Levi Strauss juga melaksanakan program yang serupa. Di Malaysia, gangguan seksual di teinpat kerja berlaku tetapi sejauhmana dan berapa serius masalah ini berlaku belum dapat ditentukan.

Data mengenai gangguan seksual di tempat kerja di Malaysia belum lagi dibangunkan dengan lengkap. Sungguhpun begitu, usaha telah diambil oleh pihak Kementerian Sumber Manusia untuk membendung dan membasmi masalah ini dengan memperkenalkan satu kod amalan yang dinamakan Kod Amalan Untuk Pencegahan dan Pembasmian Ganggunn Seksual Di Tempat Kerja . Kod Amalan ini merupakan satu mekanisme dalaman untuk memberi kesedaran kepada pekerja tentang keburukan perilaku ini dan langkah yang perlu diambil untuk menangani dan seterusnya membasmi masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai