Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pengenalan

Dalam keadaan negara bergelut dengan usaha menangani isu Covid-19, Malaysia juga tidak lari
dari berhadapan dengan isu tekanan. Tekanan atau lebih dikenali sebagai stres merupakan salah
satu penyakit yang berkait dengan tahap kesihatan mental seseorang individu. Kamus Dewan
Edisi Kedua (1984) dalam Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail, Mohamad Shahril Azwan
Mohamad Rozi & Sholihien Ahmad (2015) tekanan ditakrifkan sebagai desakan untuk menekan
atau keadaan menanggung beban yang sukar untuk ditanggung.

Menurut Hatta Sidi dan Mohamed hatta Shaharom (2002) dalam Raja Maria Diana
(2015), stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa
disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah sesuatu yang asing bagi
masyarakat negara ini. Stres biasanya di alami oleh semua manusia apabila berada dalam
keadaan yang tidak menyeronokkan.

Di Malaysia, fenomena stres di kalangan guru kini sedang hebat diperkatakan. Acap kali
dikaitkan pentingnya peranan guru dalam membantu murid berdepan dengan sesi Pembelajaran
dan Pengajaran di rumah (PdPR) yang menguji ketabahan mereka. Profesion perguruan itu
sendiri merupakan satu khidmat sosial yang sungguh mencabar dan kini ditambah lagi dengan
pelaksanaan pelbagai reformasi pendidikan. Syed Sofian Syed Salim & Rohany Nasir (2010)
menyatakan perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak di
samping harapan masyarakat terhadap guru semakin menggunung tinggi. Justeru, guru merasa
tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami
perubahan.

Kenapa tekanan kerja ini dilihat sebagai satu perkara yang penting? Ianya penting kerana
menurut A Dictionary of Human Behavior (1981) dalam Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail,
Mohamad Shahril azwan Mohamad Rozi & Sholihien Ahmad (2015) tekanan adalah ketegangan
fizikal dan psikologi yang berpanjangan dalam satu masa yang boleh mengugat keupayaan
seseorang untuk mengendalikan suatu situasi. Dalam erti kata lain, tekanan memberi kesan yang
negatif pada kualiti serta prestasi kerja seseorang itu.

Kenyataan ini turut disokong oleh Sapura Sipon (2007) dalam Raja Maria Diana (2015),
menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini
seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan profesion perguruan yang seterusnya akan
membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke
tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Bagi Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan
produktif jika ia berada dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu
tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal
menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan
menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih
sayang (Syed Sofian Syed Salim & Rohany Nasir, 2010)

Secara umumnya, kita sedia maklum profesion perguruan perlu ada elemen atau sifat
toleransi dan kasih sayang dalam perhubungan guru dengan pelajar. Terutamanya, untuk guru
bimbingan demi memastikan objektif sesuatu respon atau tindakan dapat disampaikan dengan
baik. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005 ke atas 9328 orang responden yang terdiri daripada
kakitangan perguruan di seluruh Malaysia. Hasil daripada kajian mendapati bahawa 69 peratus
responden bersetuju bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres. Dengan ini, adalah wajar bagi
pihak-pihak tertentu untuk peka dengan permasalahan stres di kalangan guru demi memastikan
kualiti dan kecemerlangan pendidikan terus terjamin.

2.0 Latar belakang kajian

Charlesworth dan Nathan (1982) menamakan abad ke-20 ini sebagai “Abad Tekanan”. Ini kerana
tekanan hidup merupakan satu punca masalah kehidupan yang paling kerap di hadapi oleh
manusia pada zaman ini. (Wan Zuriaty Ismail, 2012). Pelbagai kajian mengenai tekanan dan
stres dalam kalangan guru-guru telah dilakukan sejak dua dekad yang lalu, contohnya, kajian
yang dijalankan oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978) menjadi rujukan kajian oleh Florence Adeoti
Yusuf, Yinusa Rasheedat Olufunke & Metu David Valentine (2015) akibat dan kesan stres ke
atas produktiviti guru. Responden terdiri daripada 300 orang guru sekolah rendah di Nigeria.
Responden telah dipilih secara rawak. Hasil daripada kajian mendapati bahawa majoriti guru
sekolah rendah berada dalam keadaan stres dan memberi impak negatif pada produtiviti mereka.
Pada tahun 2011, satu artikel berkaitan peratusan kadar stres mengikut pekerjaan telah
dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian. Dalam artikel tersebut meletakkan pekerjaan guru di
tempat keempat iaitu 45.8% selepas pekerjaan polis 53.7%, pegawai penjara 48.8%, dan bomba
47.3%. Kajian oleh Kinman dan Wray (2014) turut konsisten apabila mendapati 87% responden
bersetuju bahawa profesion pendidikan adalah bidang kerjaya yang seringkali berdepan dengan
masalah tekanan kerja yang tinggi disebabkan oleh faktor persekitaran kerja. Selain itu, kajian
Darling-hammond (2003) dan Ingersoll (2003) mendapati, satu pertiga daripada sebahagian guru
di Amerika Syarikat meninggalkan profesion kerana mengalami masalah tekanan kerja yang
tinggi oleh pelbagai faktor persekitaran (Suhaimi Kamarudin dan Muhamad Suhaimi Taat,
2020).

Manakala, pada tahun 2018, bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik telah
memaklumkan bahawa satu kajian telah dijalankan oleh pihak Kementerian berkaitan stres di
kalangan guru membabitkan 48, 258 responden. Hasil kajian menunjukkan 4.4% iaitu 2,123
orang guru mengalami stres tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan stres di
kalangan guru disebabkan oleh beberapa faktor antaranya isu keluarga, kewangan, pentadbiran,
beban tugas, tidak mendapat penghargaan, kurang kemahiran dalam menjalankan tugas dan tidak
dilatih untuk menangani stress (Berita Harian online, 28 Ogos 2018). Berdasarkan pada data
statistik tersebut, didapati tekanan kerja sangat ketara dalam kalangan guru-guru. Tekanan ini
bukan sahaja di rasai oleh guru biasa tetapi guru bimbingan turut terlibat sama. Apakah faktor
yang menyumbang kepada berlakunya tekanan? Antara faktor penyumbang tekanan yang telah
di kenalpasti buat guru ialah beban tugas serta dasar KPM yang telah diamanahkan, tingkah laku
murid, ibu bapa, kekangan masa, rakan sejawat dan gaya kepimpinan.

Guru di lambakkan dengan pelbagai beban tugas antaranya mengajar, menyemak buku,
menanda kertas ujian, menguruskan hal-hal sosial murid seperti kokurikulum, urusan dokumen
murid, dan aspek luar kelas. Ditambah pula dengan perubahan demi perubahan dalam sistem
pendidikan, guru perlu menghadiri perjumpaan dan pelbagai kursus. Terdapat kajian lepas yang
dijalankan bagi mengenal pasti tahap dan punca-punca stres dalam kalangan guru. Antaranya,
kajian oleh Van Dick dan Wagner (2001) terhadap 557 orang guru mendapati faktor beban kerja
merupakan penyumbang yang utama terhadap stres guru. Kajian mereka turut menunjukkan
bahawa stres yang di alami oleh guru memberi kesan negatif bukan sahaja dari segi fisiologi
seperti tekanan darah tinggi, malahan, turut memberi kesan kepada tingkah laku guru. Begitu
juga dengan Tang dan Yeung (1999) dalam kajian terhadap 259 guru sekolah menengah di Hong
Kong mendapati, faktor beban tugas telah menyebabkan stres kepada guru hingga boleh
menyebabkan burnout (Fazura Mohd Noor, 2011)

Menurut Abdullah Shukor (1986) dalam Raja Maria Diana (2011), sekolah sebagai
sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai beban tugas dan ada kalanya tugas ini bukan
satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga. Selain itu, ibu bapa juga ialah
antara faktor penyumbang tekanan guru. Terdapat ibu bapa yang memandang sinis pada guru,
melihat tugas guru sebagai mudah atau meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada guru dalam
mendidik serta menguruskan anak-anak mereka di sekolah. Kenyataan ini telah disokong oleh
kajian-kajian lepas dalam Fazura Mohd Noor (2011) antaranya, kurangnya keyakinan dan
kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru (Troman, 2000), harapan yang tinggi daripada ibu
bapa pelajar (Center dan Steventon, 2001) dan berurusan dengan pelajar (Rieg, Paquattee dan
Chen, 2007) merupakan satu lagi cabaran yang harus ditempuh oleh guru. Ibu bapa pelajar
sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan
akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak
realistik (Center dan Steventon, 2001) hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan
stres.

Rakan sejawat turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kurangnya
tekanan di kalangan guru. Membuat perbandingan tugas seperti menganggap jawatan guru
bimbingan merupakan pekerjaan yang mudah dan menyeronokkan kerana hanya perlu
mendengar luahan murid tanpa perlu mengajar, menyemak buku latihan dan menanda kertas
ujian juga adalah amalan yang tidak sihat. Ini di sokong oleh Kokkinos (2007) dalam Fazura
Mohd Noor (2011) beliau juga mendapati hubungan dengan rakan setugas, kesamaran peranan,
pembahagian tugas, membuat keputusan dan kurang bahan bantu mengajar turut mengundang
stres dalam kalangan guru.

Menurut Fazura Mohd Noor (2011), faktor salah laku pelajar dan karenah pelajar turut
menyumbang terhadap stres guru. Tingkah laku di dalam kelas seperti kurang menghormati guru,
kurang penumpuan dalam kelas, masalah disiplin, kurang bermotivasi dan tidak menyiapkan
kerja sekolah didapati telah menyebabkan guru berasa tertekan setiap kali memasuki kelas (Fun,
2008; Kim, 2006; Tang dan Yeung, 1999; Montgomery dan Rupp, 2005). Akibat karenah
pelajar, guru sering keletihan dan tidak bersemangat untuk mengajar. Kesukaran yang dihadapi
oleh guru dalam berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar telah menyebabkan sebahagian
guru mengalami burnout (Wai dan Kwok, 1995).

Faktor yang keempat ialah kekangan masa. Jumlah waktu mengajar dan tekanan masa
yang terhad dalam tugas juga menyebabkan guru mengalami tekanan. Pengurusan masa yang
tidak cekap dalam mengurus dan melaksana pelbagai tugasan di sekolah jelas memberi kesan
negatif terhadap keberkesanan profesionalisme guru sehingga membawa kepada masalah
tekanan kerja. Dengan erti kata lain, tugas yang pelbagai dan tempoh masa yang terhad,
kekangan masa turut menjadi punca stres guru. Ini disokong dengan kajian oleh Kyriacou dan
Chien (2004) terhadap 203 orang guru dari 22 buah sekolah rendah di Taiwan mendapati 26
peratus daripada guru yang mengalami stress yang ekstrim adalah berpunca daripada beberapa
faktor. Antaranya, faktor perubahan polisi pendidikan, kerja-kerja tambahan berkaitan
pengurusan, tingkah laku negatif pelajar, tekanan daripada ibu bapa pelajar kekangan masa dan
tanggapan negatif masyarakat.

Menurut Fazura Mohd Noor (2011) lagi, terdapat juga kajian-kajian luar dan dalam
negara mendapati kekangan masa turut menyebabkan guru stress (Boyer, 2009; Chaplain, 1995;
Ages, 2011; Tang & Yeung, 1999; Kim, 2006; Fun, 2008). Akhir sekali, dalam pengurusan
sesebuah sekolah, gaya kepimpinan turut mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan guru.
Pentadbir bukan sahaja perlu bijak menguruskan sekolah tetapi juga perlu sentiasa menjaga
hubungan dengan guru-guru. Dalam Fazura Mohd Noor (2011) menyatakan, kajian daripada
Weidner (2002) terhadap guru-guru di sekolah rendah swasta menunjukkan guru-guru yang
mendapat sokongan daripada pihak pentadbir kurang berasa stress dalam melaksanakan tugas.
Manakala, Littrell, Billingsley dan Cross (1994), sokongan pentadbir haruslah meliputi empat
dimensi iaitu emosi, pengajaran, informasi dan penghargaan.

Pentadbir yang menunjukkan rasa hormat dan sentiasa menghargai orang bawahannya,
sememangnya amat disenangi oleh guru-guru. Pengagihan tugas yang sama rata dan jelas oleh
pentadbir amat penting bagi mengelakkan kesamaran tugas. Kajian ke atas 165 pensyarah
politeknik di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berkenaan punca stres, mendapati kesamaran
peranan merupakan salah satu punca stres (Wan Mohamad Nasir, 2002). Kajian Pauley (2009)
pula dilakukan terhadap 40 orang guru juga menunjukkan dapatan yang sama (Fazura Mohd
Noor, 2011).

Gaya kepimpinan ini disokong oleh Ibrahim Jari (2017), di mana satu kajian telah
dilaksanakan bertujuan mengenal pasti pengaruh perilaku kepimpinan pengetua terhadap tekanan
kerja guru Sekolah Menengah di Melaka. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti hubungan
antara perilaku kepimpinan pengetua dan amalan timbang rasa pengetua dan kesan amalan
timbang rasa ke atas hubungan antara perilaku kepimpinan pengetua dan tekanan kerja guru.
Hasil kajian yang dijalankan ke atas 361 orang guru dari 28 buah sekolah menengah di Melaka
mendapati terdapat hubungan yang positif antara kemahiran kepimpinan dalam organisasi
dengan tahap tekanan rendah. Amalan timbang rasa pengetua dapat meneutralkan tekanan kerja
guru.

Dapatan-dapatan daripada kajian ini, bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca


dominan yang menimbulkan stres atau tekanan di kalangan guru-guru. Dengan pengetahuan ini,
harapan agar satu strategi yang bersesuaian dapat dirangka untuk mencegah masalah ini. Oleh
itu, pengkaji ingin melihat samaada terdapat kesan yang sama terhadap guru bimbingan.
Pengkaji memilih untuk mengkaji mengenai gaya kepimpinan yang mempengaruhi tekanan kerja
dalam kalangan guru bimbingan di negeri Johor.

3.0 Pernyataan Masalah

Dalam setiap setiap organisasi sekolah, guru amnya dan Guru Bimbingan khususnya akan
terkesan dengan gaya kepimpinan yang dibawa oleh setiap pentadbir. Ini kerana menurut kajian
yang dijalankan oleh Nurul Syafiqah Shazana, M., & Jamalul Lail, A.W. (2018) Perubahan
setiap organisasi yang berlaku kepada organisasi adalah wujud daripada gaya kepimpinan itu
sendiri. Oleh itu, pihak pentadbir dilihat dapat memberikan impak kesan kepada setiap guru
dalam menjalakan tugas yang diamanahkan. Selain itu,kajian ini menggunakan Model Kalshoven
et al.(2011) yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan beretika merangkumi 6 dimensi yang
terdiri daripada keadilan, perkongsian kuasa, penjelasan peranan, berorientasikan
insan,keperihatinan terhadap kemampanan dan bimbingan beretika.
Menurut kajian mengenai gaya kepimpinan yang dijalankan oleh Nurul Ain, A. (2018)
Terdapat pelbagai gaya kepimpinan seperti laissez-faire, autokratik, berkarisma, birokrasi,
demokratik, dan kepimpinan transformasi (Mosadeghrad, 2004). Namun begitu, pengkaji telah
menggunakant Robert House’s Path Goal theory yang menggariskan tiga bentuk gaya kepimpina
iaitu gaya kepimpinan menyertai (participative), gaya kepimpinan menyokong (supportive) dan
gaya kepimpinan mengarah (directive). Dalam kajian ini melihat ketiga-tiga gaya kepimpinan
Pengarah Kolej dalam memberi kesan secara langsung kepada pensyarah –pensyarah dan
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan diantara gaya kepimpinan yang diamalkan
kepada pensyarah. Selain itu, dalam kajian ini lebih kepada melihat hubungan antara gaya
kepimpinan dengan kepuasan kerja tanpa melihat dari faktor tekanan kerja. Ia dilihat sebagao
sebuah kajian yang baik dan boleh dikaitkan dengan tekanan kerja yang berlaku dalam organisasi
lain.

Melalui sebuah kajian yang dijalankan, Haswandi, M. (2012) menjelaskan bahawa tekanan
kerja bukan sesuatu yang asing dikalangan guru. Ada guru yang berjaya mengatasinya dan ada
juga yang gagal mengatasinya dan akhir ia menjadi penyebab kepada ketegangan dan tekanan
dalam diri guru. Kajian ini yang telah dijalankan terhadap tekanan kerja guru j-QAF dan
hubungan dengan gaya kepimpinan Guru Besar di Beufort, Sabah menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan diantara kedua-dua faktor. Kajian menggunakan The Leader Behavior
Description Questionnaire (LBDQ) dan instrumen Teacher Stress Inventory yang telah
diubahsuai bagi menunjukkan kaitan diantara keduanya.

4.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji Gaya Kepimpinan yang mempengaruhi Tekanan Kerja
dalam kalangan guru-guru di sekolah. Ianya sangat penting bagi memastikan segala kerja buat
yang dilakukan oleh guru-guru dapat dilaksanakan dengan baik. Secara tidak langsung, dapat
meningkatkan lagi kualiti sistem pendidikan di Malaysia. Adalah diharapkan hasil kajian ini
dapat memberi faedah dan manfaat kepada pihak-pihak yang memerlukannya. Di antara
kepentingan kajian ini ialah :

(a) Dapat memberi maklumat dan pengetahuan yang lebih jelas berkaitan gaya
kepimpinan Pengetua atau Guru Besar dan tekanan kerja guru dalam kalangan guru-guru.
Maklumat ini diharap dapat membantu mereka mengenalpasti tahap tekanan kerja dan cuba
mengatasinya demi kebaikan diri dan sekolah.

(b) Dapat memberi maklumat dan pengetahuan kepada guru-guru dan staf sokongan
di sekolah-sekolah. Melalui maklumat ini mereka dapat memikirkan stategi untuk saling
bekerjasama supaya pihak pentadbir dan mereka tidak terterkan dalam melaksanakan sesuatu
kerja serta dapat menikmati kepuasan bekerja.

(c) Dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran


Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam aspek-aspek berikut :

i. Membuat perancangan dalam agihan tugas supaya sesuai dengan keupayaan


sesebuah sekolah, tidak terlalu banyak dalam sesuatu had masa yang pendek dan
memberi bantuan serta penjelasan secara sitematik tentang tugas-tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Pengetua atau Guru Besar.

ii. Mengadakan kursus-kursus profesionalisme yang lebih berkesan bagi


meningkatkan kemahiran Pengetua atau Guru Besar dari semasa ke semasa. Kursus
pengurusan tekanan kerja juga perlu diadakan bagi membantu Pengetua atau Guru Besar
mendapat maklumat mengenai tekanan kerja dan membantu mereka mengatasinya.

iii. Mengambil kira pandangan Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru dalam
pelaksanaan sesuatu dasar atau polisi baru pendidikan supaya ia dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan di peringkat sekolah, bersesuaian dengan keadaan dan situasi
semasa.

iv. Memastikan gaya kepimpinan Pengetua atau Guru Besar tidak memberi tekanan
kepada guru-guru apabila ada perubahan pucuk kepimpinan kerana gaya kepimpinan
mereka yang berbeza-beza.

v. Memberi pengiktirafan serta penghargaan yang sesuai kepada Pengetua atau Guru
Besar dan guru-guru bagi meningkatkan kepuasan kerja.

5.0 Teori-teori kajian

Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
organisasi. Terdapat banyak teori yang dikemukakan oleh sarjana kepimpinan. Untuk tujuan
pemahaman, perbincangan teori kepimpinan dikategorikan kepada empat yang utama iaitu, teori
tret, teori tingkah laku, teori kontigensi atau situasi, dan teori kontemporari. Kepercayaan Teori
Tret ialah pemimpin dilahirkan dan bukannya dibentuk, dipelajari atau diberikan latihan (Burns,
1978). Dengan kata lain, seseorang yang dilantik sebagai pemimpin kerana faktor genetik dan
bukannya faktor persekitaran yang menyediakan pembelajaran kepimpinan. Teori tingkah laku
pula mengklasifikasikan keberkesanan sesebuah kepimpinan boleh dilihat berdasarkan tindakan
seorang pemimpin dalam menentukan sesebuah organisasi yang dipimpin. Kajian awal oleh Kurt
Lewin, 1939 telah membahagikan gaya kepimpinan utama merangkui kepimpinan autokratik
yang bersifat pengawalan, kepimpinan demokratik pula mementingkan kesakmaan pemimpin
dan pekerja manakala kepimpinan laissez-faire yang membawa kebebasan.

Seterusnya, Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory; 1971) yang
diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya
dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja. Teori Path-Goal ini telah
diasaskan oleh Robert J. House pada tahun 1971 dan dikembangkan oleh T.R Mitchell tiga tahun
kemudian. Pada asalnya teori ini dibentuk bagi menyokong Teori Kontigensi yang pernah
diperkenalkan oleh Fiedler pada tahun 1967. Beberapa kelemahan hasil kritikan pakar terhadap
teori ini telah mendorong House mengeluarkan satu versi baru di mana teori asal telah
diformulasikan semula dengan penambahbaikan yang akan diterangkan nanti. Perubahan yang
disifatkan sebagai ‘major overhaul’ ini disifatkan lebih sempurna berbanding teori asal beliau.

Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan


perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan
memahami bahawa guru bimbingan akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa
berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan ataupun berkepercayaan tentang
aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya. Justeru, adalah menjadi cabaran
kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik
keperluan motivasi guru bimbingan. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang
difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.

5.1 Gaya Kepimpinan Teori Laluan Matlamat (Path Goal, 1996)


Rajah 1.2: Hubungan Kepuasan Kakitangan Terhadap Ketua Dengan Gaya Kepimpinan
Berdasarkan Jenis Lokus Kawalan Seseorang

5.1.1 Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

Gaya kepimpinan berorientasikan arahan dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau


memberi penjelaskan kepada pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas.
Dengan menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga
turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan
waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada
pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk
memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.

5.1.2 Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Gaya kepimpinan merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja.
Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini
bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu,
seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati
status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja
termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

5.1.3 Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk
mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan
kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga dengan
peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan
organisasi.

5.1.4 Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan
tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari
peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan
keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi
cabaran tersebut.

Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan


hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya
mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada guru
bimbingan agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Oleh itu, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang dihadapi adalah
kompleks; manakala sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya menyertai (participative)
pula boleh digunakan; jika guru bimbingan mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda,
gaya berorientasikan pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan; manakala gaya
berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi guru bimbingan yang memerlukan
kawalan.

Kesimpulannya, setelah dianalisis kesemua teori yang dinyatakan, pengkaji telah


memilih Teori Laluan Matlamat kerana teori ini adalah yang terbaru yang telah ditambah baik
daripada teori teori kepimpinan yang lama, serta banyak pengkaji yang telah menggunakan teori
ini dalam kajian mereka. Justeru itu, pengkaji telah menggunakan Teori Laluan Matlamat dalam
melihat gaya kepimpinan yang mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan guru bimbingan di
Negeri Johor.

6.0 Model-model kajian

6.1 Model Kepimpinan Penglibatan (Participative Leadership)

Model kepimpinan ini melibatkan penyertaan pentadbir sekolah bukan sahaja dalam struktur
perlaksanaan aktiviti (jawatankuasa induk) malahan melibatkan diri dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh UBK secara langsung (hands on). Dalam penerangan yang mudah seseorang
pentadbir perlu sama-sama menjadi tenaga pelaksana dalam sesuatu program. Sebagai contoh
program mentor dan mentee yang mana seseorang pentadbir boleh turut sama dilantik sebagai
salah seorang dari penerima menteenya dan tidak sekadar merasmikan acaranya sahaja. Begitu
juga dengan perbincangan LDP juga PLC pentadbir sewajarnya memberi pandangan
penambahbaikan sesuatu program dengan mengambil latarbelakang mereka sebagai guru dan
bukan sekadar pentadbir.
6.2 Model Kepimpinan Reflektif (Reflective Leadership)

Sepertimana yang dinyatakan diatas model kepimpinan ini adalah menjurus kepada kepimpinan
melalui teladan. Hal ini bersangkut paut dengan karektar seseorang pentadbir yang perlu
menunjukkan contoh terbaik dari segi tingkahlaku juga tahap moral dan akademia yang tinggi
agar boleh dijadikan modal, alat atau rujukan yang boleh diaplikasikan bagi menambah
keyakinan pelajar terhadap sesuatu proses bimbingan dan kaunseling. Kepimpinan ini juga ada
terkait rapat dengan keterlibatan Pentadbir dalam aktiviti yang dianjurkan oleh UBK.

6.3 Model Kepimpinan Transaksional (Transactional Leadership)

Model ini sebagaimana yang dinyatakan adalah bersifat instruksional iaitu pentadbir hanyalah
semata-mata mengeluarkan arahan yang perlu dilaksanakan oleh kaunselor tanpa penglibatan
secara aktif dalam unit UBK. Model ini menjurus kepada pemantauan secara umum tanpa
penglibatan atau hands on. Kelemahan utama model ini ialah ia mampu menjatuh dan menaikkan
motivasi seseorang kaunselor bergantung kepada keupayaan Pentadbir itu sendiri untuk
memberikan penghargaan atau tidak menghargai langsung sumbangan yang diberikan oleh
seseorang kaunselor.

6.4 Model Rasional-Emosi (Rational-Emotion Leadership)

Model kepimpinan ini berkait rapat dengan keupayaan seseorang pentadbir membuat keputusan
samada ia adalah berdasarkan rasional atau emosional. Rasional memfokus kepada perkaitan
dengan fakta dan kesan secara realistik manakala emosional banyak berkaitan dengan empati,
simpati yang keterlaluan yang sering menyimpang jauh dari realiti. Seseorang pentadbir yang
bagus dapat menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan oleh UBK secara rasional tetapi
pada masa yang sama perlu seimbang dengan empati terutama dalam memahami masalah yang
dihadapi oleh seseorang kaunselor.

7.0 Kajian-kajian lepas

7.1 Gaya Kepimpinan

Dalam kajian yang dilakukan oleh Ferit Hysa (2014) ke atas guru-guru sekolah yang
berpengalaman lebih 9 tahun. Kajian ini mendapati bahawa 40 peratus guru tidak ingin berjumpa
dengan pihak pentadbir sekolah dan 30 peratus gaya kepimpinan yang digunakan oleh pihak
sekolah ialah gaya kepimpinan autokratik dan demokratik, manakala 70 peratus lagi
mengaplikasikan gaya kepimpinan laizes faire. Manakal, dalam kajian yang telah dilaksanakan
oleh Yusuf (2011), dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara gaya
kepimpinan pengetua dan tekanan kerja guru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semakin
dominan gaya kepimpinan oleh pengetua, semakin tinggi tekanan kerja guru.

Dalam kajian lain, menurut Azmi & Siren (2018), gaya kepimpinan mempengaruhi tahap
kepuasan kerja bagi guru-guru berdasarkan tempoh perkhidmatan, bebanan kerja dan pendapatan
pekerja. Selamat & Mukapit (2018) pula mendapati dalam kajiannya bahawa kepimpinan penting
dalam mengekang stress pekerjaan, ketidakhadiran bekerja, dan kemalangan di tempat kerja.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohamad, Ismail dan Ahmad,(2017) iaitu kajian berkaitan
stres pekerjaan dan perkaitannya dengan kesihatan pekerja dalam kalangan kontinjen polis di
Semenanjung Malaysia mendapati bahawa kekaburan peranan, konflik peranan dan beban
peranan dalam pekerjaan mampu mempengaruhi stres dan kesihatan pekerja. Keupayaan
responden dan organisasi untuk menguruskan permasalahan tersebut secara teratur dapat
membantu responden untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka seterusnya dapat
mengembalikan kefungsian serta dapat berkhidmat dengan baik dalam organisasi. Gaya
kepimpinan pemimpin merupakan salah satu faktor dalam menentukan tahap stres dalam
kalangan pekerja (Shafieipour, Ghasemi & Aslani, 2011).

Cai, Jia dan Li, (2017) menyatakan persepsi tahap gaya kepimpinan dalam sesebuah
organisasi boleh dijangka melalui tahap kesejahteraan pekerja. Kesejahteraan pekerja boleh
terganggu akibat daripada stres pekerjaan yang merupakan antara faktor risiko utama terhadap
tahap kesihatan yang tidak memuaskan (Yamaguchi, Kim, Oshio & Akutsu, 2017). Dapatan
kajian ini adalah selari dengan kajian oleh Jens & Wolff (2009) yang mendapati bahawa gaya
kepimpinan ini mempunyai hubungan yang positif dengan stres dalam kalangan kakitangan
kerajaan di Jerman. Dalam gaya kepimpinan mengurus secara kekecualian pasif ini, pemimpin
tidak membuat sebarang jangkaan atau persediaan dalam menghadapi sesuatu masalah,
sebaliknya hanya mengambil tindakan apabila sesuatu masalah telahpun berlaku (Smith et al.
2016). Apabila sesuatu masalah telah berlaku, masalah ini boleh menjadi punca kepada stres
selagi ia tidak diselesaikan.

7.2 Tekanan Kerja


Berdasarkan kajian Saravanan dan Lakshmi (2017), kajian ini dilaksanakan terhadap guru-guru
sekolah menengah dan hasil kajian menunjukan bahawa guru-guru di sekolah swasta mengalami
tekanan kerja lebih tinggi berbanding sekolah kerajaan. Kajian ini juga meneroka faktor yang
menyebabkan tekanan kerja iaitu pembuat polisi dari segi latihan guru, sistem pentaksiran dan
tadbir urus di sesebuah sekolah. Untuk itu, kajian ini mendapati bahawa tekanan kerja guru-guru
di sekolah kebangsaan adalah lebih tinggi disebabkan oleh bebanan kerja yang sangat tinggi
namun dibayar gaji pada kadar yang rendah.

Menurut Sing dan Katoch (2017) dalam kajiannya mengenai Tekanan Kerja dalam
kalangan Guru Sekolah Menengah mendapati bahawa pihak pentadbir perlu memastikan
sokongan, budaya kerjasama, latihan pengurusan masa dan kemudahan yang lengkap diberikan
untuk mengurangkan tekanan kerja oleh guru. Kajian ini juga mendapati bahawa pihak
pentadbiran perlu mewujudkan suasana kerja dan cara pentabiran sekolah yang teratur di sekolah
bagi mengurangkan kadar tekanan kerja.

Kaur dan Kumar (2019) dalam kajianya mendapati bahawa, tekanan kerja adalah salah
satu isu yang dialami oleh majoriti guru di kawasan Bandar di India. Pengkaji ini juga
mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan tekanan kerja guru dengan menggalakkan
kerjasama dalam kalangan guru-guru serta gaya kepimpinan pentabir di sesuaikan mengikut
keadaan dan bebanan tugas guru. Kumar et. Al (2019) dalam kajiannya, mengenai hubungan
antara komitmen terhadap organisasi dan personality pentadbir dengan tekanan kerja. Kajian ini
mendapati bahawa kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai tekanan kerja yang sama di
sekolah. Pengkaji juga menyatakan bahawa komitmen dan peranan organisasi sangat memainkan
peranan dalam pengurusan tekanan kerja peserta kajian. Pengkaji mencadangkan kajian pada
masa depan perlu lebih memfokuskan terhadap faktor tekanan kerja guru dengan mengambil kira
faktor luaran dan faktor dalaman guru-guru.

Menurut kajian lain dilaksanakan oleh Harmsen, Lorenz, Maulana dan Veen (2018),
perhubungan guru dengan pentadbir serta hubungan guru dan murid sangat mempengaruhi
tekanan kerja guru. Pada masa yang sama, kajian ini mendapati bahawa perhubungan yang baik
di antara guru dan pentadbir serta murid akan mengurangkan tekanan dan bebanan kerja guru.

Kabito dan Wami (2020) melaporkan dalam kajiannya pula menunjukkan bahawa
tekanan kerja dalam kalangan guru dipengaruhi oleh empat faktor utama iaitu pengalaman kerja,
tahap pendidikan, perhubungan dengan warga sekolah yang lemah dan bebanan tugas yang
diberikan. Untuk mengurangkan tekanan kerja guru, pengkaji mendapati bahawa guru perlu
digalakkan untuk lebih banyak berkolaborasi dalam melaksanakan tugas di sekolah. Namun,
dalam kajian yang telah dilaksanakan oleh Bhuin (2017) pula, ketidakadilan pemimpin sekolah,
Role Ambiguity and Role Overload adalah tiga punca utama tekanan kerja dalam kalangan guru-
guru di West Bengal. Pengkaji juga mencadangkan kepimpinan ketua pentadbir perlu
melaksanakan latihan berkaitan dengan pengurusan tekanan kerja dalam kalangan guru.

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dianalisis, pengkaji mendapati bahawa terdapat


beberapa kajian yang mengkaji pengaruh gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dan tekanan
kerja yang lebih memfokuskan sampel guru-guru sahaja. Untuk itu, dalam kajian kali ini,
pengkaji ingin mengkaji mengenai pengaruh gaya kepimpinan terhadap tekanan kerja dalam
kalangan guru bimbingan dan kaunseling di Johor Bahru.

8.0 Inventori

Kajian yang boleh digunakan atau selalu diguna pakai untuk menentukan gaya kepimpinan dan
pengaruh ke atas guru bimbingan ialah,

8.1 Teacher stress inventory


8.2 Leadership Behaviour decription Questionaire(LBDQ)
8.3 Multifactor-leadership Questionnaire(MLQ)
8.4 Leadrship Style QuestionaireKilicoglu (2018).
8.5 Counsellor Occupational Stress Inventory (COSI:Gray1982)
8.6 Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES)
9.0 Penutup

Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa banyak faktor yang akan mempengaruhi
tahap tekanan guru bimbingan dan kaunseling. Daripada kajian-kajian yang dikaji, pengkaji telah
mendapati bahawa gaya kepimpinan pentadbir sekolah merupakan faktor utama yang
mendatangkan kesan terhadap tekanan seseorang guru bimbingan dan kaunseling. Hal ini
demikian kerana pemilihan gaya kepimpinan seseorang pentadbir sekolah boleh memberikan
kesan dari segi psikologi dan emosi guru bimbingan dan kaunseling.
Justeru, Teori Kepimpinan Laluan Matlamat yang diasaskan oleh Robert House pada
tahun 1971 telah dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji dalam kajian ini di mana teori ini
telah mencadangkan empat tingkah laku kepimpinan iaitu kepimpinan berorientasikan arahan,
kepimpinan berorientasikan sokongan, kepimpinan berorientasikan penyertaan dan kepimpinan
beorientasikan pencapaian. Sejajar dengan teori ini, seseorang pentadbir sekolah perlulah
mengaplikasikan kepelbagaian gaya kepimpinan memandangkan kepelbagaian gaya kepimpinan
yang digunakan boleh menangani pelbagai situasi atau keadaan di sekolah (Anis Salwa & Siti
Noor Ismail, 2018).

Kesimpulannya, tekanan guru bimbingan dan kaunseling berkait rapat dengan gaya
kepimpinan seseorang pentadbir sekolah. Oleh itu, pentadbir sekolah tidak boleh menggunakan
hanya satu sahaja gaya kepimpinan di mana gaya kepimpinan pentadbir sekolah perlulah sesuai
dengan persekitaran, masa, dan iklim sekolah. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling akan
berasa selesa untuk melaksanakan kerja yang diarahkan dan menyempurnakan tugas dengan
penuh tanggungjawab yang seterusnya mendatangkan kesan terhadap pencapaian sekolah.
RUJUKAN

Anis Salwa Abdullah & Siti Noor Ismail, Interaksi Kepimpinan Perkongsian dan Kepimpinan
Sahih Guru Besar Terhadap Motivasi dan Tekanan Kerja Guru. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan. Vol. 5 No. 1: Januari 2018.
Azmi, I. A. G & Siren, N.R. (2018). Job satisfaction level of non-government Islamic religious
school teachers. Jurnal Akademika 88(2): 35-58.
Bhuin PK (2017). A study on work related stress among the Teachers and Administrators of
privately managed Business Schools in West Bengal. Bhatter College Journal of
Multidisciplinary Studies, Vol.7, Iss:2, PP.7-16
Cai, Y., Jia, L. & Li, J. (2017). Dual-level transformational leadership and team information
elaboration: The mediating role of relationship conflict and moderating role of middle
way thinking. Asia Pacific Journal of Management 34(2): 399-421.
Fazura Mohd Noor, Faktor-faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru-guru: Kajian di Sekolah
Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur. Open University Malaysia, 2011.
Ferit Hysa (2014).
Florence Adeoti Yusuf, Yinusa Rasheedat Olufunke & Metu David Valentine, Causes and
Impact of Stress on Teachers’ Productivity As Expressed by Primary School Teachers in
Nigeria. Journal creative Education, Vol. 6 No. 18, 29 October 2015.
Harmsen R, Lorenz MH, Maulana R & Veen KV (2018). The relationship between beginning
teachers’ stress causes, stress responses, teaching behavior and attrition. International
Journal of Education, Vol.24, Iss.6, PP.626-643.
Ibrahim Jari (2017). Pengaruh Perilaku Kepimpinan Pengetua ke Atas Tekanan Kerja Guru
Sekolah Menengah di Melaka. Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2017.
Volume 5, page 59 to 74.
Ines Wichert (2018). Leadership Development: The Role of Reflection Leadership Success.
Diakses pada (September 15, 2021) dari https://www.hrmagazine.co.uk.
Jens, R. & Wolff, S. (2009). Transformational and transactional leadership and followers’
chronic stress. Leadership Review 9: 35-48.
Kabito GG and Wami SD (2020). Perceived work related stress and its associated factors among
public secondary school teachers in Gondar city: A cross-sectional Study from Ethiopia.
BMC Research Notes 13, No.36. https://doi.org/10.1186/s13104-020-4901-0
Kaur and Kumar (2019). Determinants of Occupational Stress among urban Indian School
Teachers. Research in Education, Vol.105, Iss.1, PP.3-17.
Kendra Cherry (2020) Very Well Mind Portal: How A Transactional Leadership Works. Diakses
pada (September 15, 2021) dari https://www.verywellmind.com.
Kimberley Ratclif (2013). Edutopia: School Administrator's Guidance to Supporting Role of
School Counselor. Diakses pada (September 15, 2021) dari https://www.edutopia.org
Kumar P, Batta A, Kumar V, Sharma P, Bhatia G & Bhuchar V (2019). Organizational
Commitment and Hardiness personality in relation to occupational stress of Primary
School Teachers. International Journal of Recent Technology and Engineering, Vo.5,
Iss.6S5, PP.472-475
Mohamad, NI, Ismail A, Rozi MSAM & Ahmad S. (2017). Tekanan kerja dan perkaitannya
dengan kesihatan pekerja: Kajian empirikal sebuah kontinjen polis di Semenanjung
Malaysia (Work stress and its relationship with workers’ health: An empirical study of a
police contingent in Peninsular Malaysia). Geografia-Malaysian Journal of Society and
Space 11(10): 63-75
Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail, Mohamad Shahril Azwan Mohamad Rozi & Sholihien
Ahmad, Tekanan Kerja dan Perkaitan dengan Kesihatan Pekerja: Kajian Empirikal
Sebuah Kontinjen Polis di Semenanjung Malaysia. Geografia Online TM Malaysia
Journal of Society and Space 11 Issue 10 (63-75) 2015. ISSN: 2180-2491.
Raja Maria Diana. R. A. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (stres) di
Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Open University
Malaysia.
Rational Versus Emotional Leadership, https://www.teresauranga.wordpress.com.
Sarah Horton Deutsch (2013). American Nurse: Thinking It Through The Path To The Reflective
Leadership. Diakses pada (September 15, 2021) dari https://www.myamericannurse.com.
Saravanan K & Lakshmi KM (2017). A study on Occupational Stress among Teachers of Higher
Secondary Schools in Nagappattinam District. Journal of Teacher Education and
Research, Vol.12, No.2, (2017), PP.144-156.
Selamat, M.N. & Mukapit, M. (2018). The relationship between task factors and Occupational
Safety and Health (OSH) performance in the printing industry. Jurnal Akademika 88(3):
65-76.
Shafieipour, V., Ghasemi, M. & Aslani, M. (2011). The effects of leadership styles on the stress
of school’s directors. Procedia-Social and Behavioral Sciences 28: 82-86.
Sing N & Katoch A (2017). Study of occupational Stress of Secondary School Teachers.
International Journal of Advanced Education and Research, Vol.2, Iss.4 (2017),PP.28-31
Smith et.al (2016)
Suhaimi Kamarudin & Muhamad Suhaimi Taat (2020). Pengaruh Faktor-faktor Tekanan Kerja
dalam Kalangan Guru di Sekolah Menengah: Satu Analisis Persamaan Struktur (SEM-
PLS). Malaysian Journal of Social sciences and Humanities. Vol.5, Issue 11, November
2020. ISSN: 2504-8562.
Syed Sofian Syed Salim & Rohany Nasir (2010). Kesan Kecerdasan Emosi ke Atas Tekanan
Kerja dan Niat Berhenti Kerja Profesion Perguruan. (2010) Journal of Faculty Social
Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. Volume 5, Number 1, 53-68,
2010. ISSN: 1823-884x.
Wan Zuriaty binti Ismail (2012). Berita Harian Online: Stres dalam Kalangan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya Johor. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Mei 2012. Diakses pada (September 12, 2021)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/467001/44-peratus-guru-stres
Yamaguchi, A., Kim, M.S., Oshio, A. & Akutsu, S. (2017). The role of anger regulation on
perceived stress status and physical health. Personality and Individual Differences 116:
240-245.
Yusof, N. M. (2011). School principal leadership and teachers’stress level in Malaysia primary
school. International Journal for Educational Studes, 4(1), 63-82.

Anda mungkin juga menyukai