Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN
Apakah itu emosi? Bagi setiap manusia, emosi adalah naluri yang paling
penting. Emosi mempengaruhi sebahagian besar kehidupan bermula sejak saat
seseorang itu dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya.

Tidak ada manusia

yang dilahirkan tanpa emosi dan sering kali emosinya terserlah sebelum
kebolehan seseorang berfikir dapat dipamerkan. Pemikiran dan emosi boleh
dianologikan seperti dua muka berbeza pada sehelai wang kertas yang sama,
walaupun pada zahirnya kedua-dua belah wang kertas itu nampak berlainan
tetapi masing-masing saling bergantung bagi membolehkan wang kertas itu
terbentuk.
Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka belajar
melahirkan emosi mereka bukan dengan kata-kata tetapi melalui raut wajah,
pergerakan dan tangisan.

Greenspan (1995) dalam bukunya yang berjudul

Stages of Childhood: A New Way of Thinking About Your Child menamakan


keupayaan emosi pada peringkat ini sebagai emotional idea. Seseorang kanakkanak dapat merasakan sesuatu perasaan itu tetapi dia tidak dapat menyatakan
mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan dia berperasaan seperti itu.
Emosi ini hanya dapat dipamerkan dalam bentuk fizikal melalui raut muka
mahupun bahasa badan.
Menurut Lupton (1998), emosi adalah fenomena yang terbentuk, dialami
dan di interprestasikan melalui proses-proses social dan budaya. Dalam erti
kata lain, emosi terbentuk melalui proses pengalaman yang terhasil daripada
interaksi kita dengan orang lain dalam konteks-konteks sosial yang pelbagai.
Kadangkala pembentukan emosi ini disertai oleh sensasi fizikal, contohnya
apabila kita sebak mendengar takbir di pagi raya atau berita kematian ibu bapa
mahupun saudara, kita mungkin merealisasikan emosi itu dengan menitiskan air
mata.

Kanak-kanak pula mengaitkan rasa selamat di dalam pelukan ibunya

dengan emosi yang positif seperti perasaan disayangi. Seseorang yang sedang
berang menunjukkan kemarahannya dengan raut muka yang bengis dan

meninggikan suara.

Apabila seseorang itu sedang runsing, sukar untuk dia

menunjukkan perwatakan yang ceria dan memberi tumpuan pada orang lain.
Setiap insan mempunyai satu set emosi asas yang sama, contohnya
marah, sedih, gembira, teruja, cemburu dan sangsi. Walau apa pun bangsa,
kulit, mahupun dari benua mana sekalipun, setiap seorang daripada kita memiliki
set emosi asas ini. Walaupun bagaimanapun, ekspresi emosi asas itu mungkin
berlainan daripada satu golongan ke golongan yang lain kerana dipengaruhi oleh
sistem agama, falsafah hidup, taraf pendidikan dan kebudayaan yang berbeza.
Menurut buku Kompetensi Kecerdasan Emosi tulisan Mok Soon Sang
pula, perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang
bermaksud untuk keluar. Menurutnya, tujuan emosi ditonjolkan keluar adalah
untuk mendapat kepuasan kendiri. Emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa
yang kuat.

Kamus Advanced learners English-Malay Dictionary (2001)

menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti


kasih sayang, benci, takut, gembira, sedih dan sebagainya. Daniel Goleman,
dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), menyatakan bahawa emosi
merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan
psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk
bertindak.
Berdasarkan huraian di atas, emosi merangkumi tiga komponen iaitu
komponen kognitif di mana pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar,
termasuklah aspek pernilaian. Kedua, komponen fisiologikal iaitu merangsang
dan menbangkitkan badan fizikal dan yang ketiga komponen behavorial iaitu ciri
ekspresi yang ditunjukkan secara terbuka.

Ini bermakna emosi biasanya

digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa bukan lisan.

2.0 KECERDASAN EMOSI


Mayer dan Salovey (1993)

menyatakan bahawa kecerdasan emosi

membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi


menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk
kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan
orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk
menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan.
Goleman (1997), mengatakan bahawa koordinasi suasana hati adalah inti
dari hubungan sosial yang baik. Apabila seseorang pandai menyesuaikan diri
dengan suasana persekitaran hati individu yang lain atau mampu berempati,
orang tersebut akan memiliki tingkat emosionaliti yang baik dan akan lebih
mudah menyesuaikan diri dalam pergaulan sosialnya.
Tambahan lagi, Goleman mengatakan bahawa kecerdasan emosi adalah
kemampuan lebih yang dimiliki oleh seseorang dalam memotivasi diri, ketahanan
dalam menghadapi kegagalan, mengedalikan emosi dan menunda kepuasan
serta mengatur keadaan jiwa. Dengan kecerdasan emosi tersebut, seseorang
dapat menempatkan emosinya pada kedudukan yang stabil, tepat, memilih
kepuasan dan mengatur suasana hati.
Selain itu, Cooper dan Sawaf (1998) pula mengatakan bahawa
kecerdasan emosi adalah kemampuan merasakan, memahami dan secara
selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber tenaga dan
pengaruh yang menusiawi.
Kecerdasan emosi menuntut penilikan perasaan untuk belajar mengakui,
menghargai perasaan pada diri dan orang lain serta menganggapinya dengan
tepat, menerapkan secara efektif tenaga emosi dalam kehidupan seharian.
Selanjutnya Howes dan Herald (1999) mengatakan pada intinya, kecerdasan
emosional merupakan komponen yang membuatkan seseorang itu menjadi bijak
menggunakan emosi.

2.1

KONSEP KECERDASAN EMOSI


Kecerdasan

emosi

merupakan

kebolehan

seseorang

individu

menggunakan emosi dalam kehidupan dan pekerjaan mereka seharian. Ia juga


bagi membantu individu dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
serta berfungsi secara efektif. Kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan
minda berfungsi secara semulajadi dalam keadaan-keadaan yang dipengaruhi
oleh kognisi, perasaan dan emosi pada diri mereka. Perubahan tingkah laku
berlaku setelah emosi diransang di mana akal akan bertindak secara logik dan
hasil yang diharapkan bergantung pada situasi. Sekiranya tingkah laku serta
keputusan yang dibuat melibatkan elemen akal dan perasaan maka hasilnya
boleh dijangka dan ianya lebih baik.
Gardner (1983) dalam bukunya Frames of Ming mengenal pasti 7 jenis
kecerdasan manusia yang mana dua di antaranya, kecerdasan interpersonal dan
kecerdasan intrapersonal yang berkait rapat dengan emosi. Menurut Gardner
lagi, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan memahami orang lain.
Gardner

membuat

kajian

bahawa

kecerdasan

interpersonal

merupakan

keupayaan untuk menilai dengan teliti dan bertindak balas secara berpatutan
berdasarkan perasaan, pembawaan, motivasi dan dan keinginan orang lain.
Kecerdasan intrapersonal pula ialah kebolehan membentuk diri sebagai model
yang sesuai dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam
kehidupaannya.

Di dalam kecerdasan intrapersonal yang berasaskan ilmu

pengetahuan diri sendiri, Gardner menambah daya memperolehi perasaan diri,


keupayaan membandingbezakan di antara perasaannya seterusnya membuat
pemilihan sebagai panduan untuk bertingkah laku.

2.2

KOMPONEN KECERDASAN EMOSI


Kecerdasan emosi (EQ) bukan merupakan lawan kepada kecerdassan
intelektual yang biasa dikenali dengan istilah IQ, namun kedua-duanya
berinteraksi secara dinamis. Hakikat yang perlu diakui bahawa EQ memainkan
peranan yang sangat penting untuk mencapai kejayaan di sekolah, tempat kerja
dan dalam komunikasi sosial dalam kalangan masyarakat.
Goleman (1995) mengungkapkan 5 komponen EQ yang boleh menjadi
pedoman bagi setiap individu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan seharihari:a) Mengenali emosi diri
Kesedaran diri dalam mengawal perasaan sewaktu perasaan itu terjadi
merupakan dasar kecerdasan emosi.

Pada tahap ini diperlukan adanya

peninjauan perasaan dari waktu ke waktu agar timbul wawasan psikologi dan
pemahaman tentang diri.

Ketidakmampuan untuk mencermati perasaan

yang sesungguhnya akan membuatkan diri berada dalam kekuasaan


perasaan.

Hal ini menyebabkan tidak peka akan perasaan yang

sesungguhnya yang berakibat buruk bagi pengambilan keputusan masalah.


b) Mengelola emosi
Mengelola emosi ialah menangani perasaan agar perasaan mampu
terungkap dangan tepat.

Hal ini merupakan kecekapan yang sangat

bergantung kepada kesedaran diri.

Emosi dikatakan berhasil dikelolakan

apabila mampu menghiburkan diri ketika ditimpa kesedihan, dapat melepas


kecemasan, kemurungan atau ketersinggungan dan bangkit kembali dengan
cepat dari semua itu. Sebaliknya orang yang buruk kemampuannya dalam
mengelola emosi akan terus menerus bertarung melawan perasaan murung
atau melarikan diri daripada hal-hal negatif yang merugikan dirinya sendiri.

c) Memotivasi diri
Kemampuan seseorang memotivasi diri bolrh ditelusuri melalui hal-hal
dengan cara mengendalikan dorongan hati.

Selain itu, darjat kecemasan

yang berpengaruh terhadap unjukkerja seseorang dan kekuatan berfikir


secara positif. Akhir sekali ialah bersikap optimisme. Kebolehan mengatur
emosi ke arah objektif yang ditentukan adalah perlu bagi menumpu perhatian
motivasi diri dan penguasaan serta untuk kreativiti. Individu yang mempunyai
kemahiran ini akan menjadi lebih produktif dan elektif dalam setiap tugas
yang mereka usahakan.
d) Mengenali emosi orang lain
Empati atau mengenali emosi orang lain dibangunkan berdasarkan kepada
kesedaran diri.

Jika seseorang terbuka pada emosi sendiri, maka dapat

dipastikan bahawa ia akan terampil membaca perasaan orang lain.


Sebaliknya orang yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan emosi sendiri
boleh dipastikan tidak akan mampu menghormati perasaan orang lain.
e) Membina hubungan dengan orang lain
Membina hubungan dengan orang lain merupakan keterampilan sosial yang
mendukung keberhasilan dalam pergaulan dengan orang lain.

Tanpa

memiliki keterampilan, seseorang itu akan mengalami kesukaran dalam


pergaulan sosial.

2.3

KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI


Berikut dinyatakan secara ringkas kepentingan-kepetingan kercerdasan
emosi seseorang murid yang diasaskan berlandaskan lima bidang tersebut di
atas. Kepentingan yang pertama ialah memahami emosi diri sendiri. Hal ini
kerana kemajuan mengenal pasti dan menamakan emosi diri sendiri dan lebih
berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan. Selain itu,
dapat mengenal pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan.
Kedua, menguruskan emosi kendiri. Toleransi merupakan sifat yang lebih
berkesan terhadap kecewa dan pengurusan emosi marahnya. Masalah displin di
sekola juga akan berkurangan di samping tingkah laku distruktif juga dapat
dikurangkan. Tambahan lagi, perasaan positif dapat ditingkatkan terhadap diri,
sekolah dan keluarga. Kerungsingan social dan kesepian dapat dikurangkan.
Ketiga, memanfaatkan emosi. Seseorang individu itu akan menjadi lebih
bertanggungjawab dan berupaya menumpukan perhatian dengan lebih teliti
terhadap tugasan masing-masing. Tindak balas juga akan lebih rasional dan
berdaya serta dapat mengawal diri secara lebih berkesan.
Seterusnya yang keempat ialah empati atau membaca emosi. Dengan
empati, dapat meningkatan keupayaan menerima perasaan orang lain serta
meningkatkan empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain.

Di

samping itu, sentiasa bersedia dan cekap mendengar percakapan orang lain.
Akhir sekali ialah menguruskan hubungan dengan orang lain. Dengan
pengurusan kecerdasan emosi yang baik dapat menyelesaikan konflik dan
merunding perselisihan faham dengan lebih berkesan dan disanjungi olh orang
ramai. Selain itu, kebolehan bertambah dan daya menganalisis dan memahami
hubungan antara orang serta dapat berinteraksi dengan individu lain dengan
lebih mesra.

2.4

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI


Dalam konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan
atau kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna.
Menurut Marshall, Patricia (1996), istilah kompetensi merupakan ciri potensi
seorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk
sesuatu tugas dalam sesuatu situasi.
Menurut Whiddett dari Hollyfords (2003) pula, kompetensi boleh
didefinisikan sebagai tingkah laku yang didemostrasikan oleh individu secara
efektif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya.

Secara

tuntasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitan dengan prestasi yang cekap
dan tinggi atas kerja yang ditugaskan.
Sehingga hari ini, terdapat tiga jenis model-model kecerdasan emosi
iaitu:a) Model Abiliti Kecerdasan Emosi
b) Model Bercampur Kecerdasan Emosi
c) Model Kecerdasan Emosi Tret (Perangai)

3.0 KOMPETENSI PERSONAL

3.1

KONSEP KESEDARAN EMOSI KENDIRI


Kesedaran emosi kendiri merujuk kepaada pengenalpastian emosi diri
dan emosi orang lain. Menurut kajian Mcphail, kesedaran emosi mengandungi
empat tahap yang disusun secara progresif. Ianya bermula dari kompetensi
mengenal pasti emosi diri dan emosi orang lain, diikuti dengan aplikasi emosi,
kemudian empati emosi, dan akhirnya emosionaliti.

3.2

KOMPONEN DAN SUBKOMPONEN KESEDARAN EMOSI KENDIRI


Komponen

Kesedaran

Emosi

Kendiri

dipecahkan

lagi

kepada

subkomponen yang menggambarkan secara keseluruhan ciri-ciri kesedaran


emosi kendiri.

Kesedaran
Ketepatan
Kendiri

Kesedaran
Emosi
Kendiri

Keyakinan
Kendiri
KESEDARAN
EMOSI
KENDIRI

Kesejahteraan
kendiri

Penghormatan
Kendiri

Rajah 3.1 : Subkomponen Kesedaran Emosi Kendiri


9

Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri seorang individu itu bergantung kepada


keupayaan mengenal pasti dan mengenali emosi serta kesannya. Individu tersebut
pula berupaya membuat tafsiran emosi kendiri dengan tepat dan keyakinan diri.
Dengan mempunyai kompetensi kesedaran emosi ini, individu itu seterusnya
memperoleh emosi penghormatan kendiri dan akhirnya akan disusuli dengan emosi
kesejahteraan kendiri.

Kompetensi subkomponen-subkomponen tersebut akan

dicerminkan secara menyeluruh sebagai kompetensi kesedaran kendiri. Cirri-ciri yang


dapat dihayatkan daripada orang yang memiliki kompetensi emosi kendiri ini dinyatakan
dalam jadual 3.1 di bawah berikut:-

Ciri-ciri Individu yang

Kompetensi Kesedaran

Memiliki Kompetensi

Emosi Kendiri

Emosi Kendiri

Sedar emosi diri dan


mengenali ciri dan

Kesedaran Emosi Kendiri

Contoh Situasi

kesannya.
Sedar emosi diri dan
dikaikan dengan
perasaan, pemikiran,
tindak balas, tingkah

Hafiz sedar akan


kelemahan dirinya yang
mudah gugup apabila
bercakap di depan
khalayak ramai.

laku dan peraturan

keputusannya untuk

mempertahankan

Kesedaran Ketepatan
Kendiri

Hafiz tetap berpegang akan

Berani

hakikat yang sebenar


Berupaya membuat
keputusan tepat.

10

berpindah rumah
disebabkan acap kali
rumahnnya dimasuki
perompak.

Hafiz sentiasa bersikap


terbuka apabila dirinya

Sedar kekuatan dan

ditegur oleh rakanrakannya kerana dia sedar

kelemahan diri
Bersikap hati terbuka

Keyakinan Kendiri

bahawa teguran boleh


menyedarkan kan kekuatan
dan kelemahan dia.

Penghormatan Kendiri

Sering menggunakan
pemikiran reflektif untuk

Hafiz hormat akan dirinya

menambahbaik prestasi

supaya tidak bergelumang

diri
Memiliki penghargaan

dengan jenayah dadah dan


perlumbaan haram.

kendiri positif
Setiap hari Hafiz akan

Kesejahteraan Kendiri

Sering riang, gembira

memulakan harinya dengan


senyuman walaupun

dan optimistik
Keceriaan dan
optimistik

masalah kerana Hafiz bijak

menghadapi pelbagai
menguruskan emosinya.

Jadual 3.1 : Ciri-ciri individu yang memiliki Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri

11

3.3

KOMPONEN DAN SUBKOMPONEN PENGURUSAN EMOSI KENDIRI


Terdapat

beberapa

subkomponen

yang

menggambarkan

secara

keseluruhan ciri-ciri pengurusan emosi kendiri.

Kebolehsuaian

Kawalan
Emosi Kendiri

Kebolehpercayaan

PENGURUSAN
EMOSI
KENDIRI

Berorientasi
Pencapaian

Inisiatif

Ketekunan

Inovatif

Optimistik

Rajah 3.2 : Komponen Pengurusan Emosi Kendiri

12

Pengertian Dan Ciri-Ciri Subkomponen Pengurusan Emosi Kendiri

Kompetensi Kesedaran
Emosi Kendiri

Ciri-ciri Individu yang


Memiliki Kompetensi

Contoh

Emosi Kendiri

Dapat mengawal emosi


dan perasaan yang

Menguruskan emosi dan


Kawalan Emosi Kendiri

mengawalnya agar tidak


menjadi destruktif.

distrutif
Tenang menghadapi

tekanan
Boleh membuat
keputusan yang wajar
dalam situasi tekanan

Kebolehsuaian

Mempunyai ciri fleksibel


Boleh menangani

perubahan
Boleh adaptasi dengan

Mengurus emosi untuk


mengadaptasi perubahan

keadaan yang sering


berubah

amanah dan

Menguruskan emosi kendiri


Kebolehpercayaan

untuk mengekalkan nilai


integrity dan kejujuran

Mempunyai nilai jujur,

bertanggungjawab
Tepati janji
Bertindak mengikut
peraturan

Mengurus emosi kendiri


Ketekunan

untuk memupuk nilai


kerajinan

Mempunyai sifat dedikasi


Keseronokan bekerja
Melaksanakan tugas
bersungguh-sungguh

13

Sering menggunakan
pemikiran secara kritis

Inovatif

Mengait emosi kendiri


dengan pemikiran kreatif.

dan kreatif
Berani mencuba sesuatu

baru
Tidak takut kegagalan
Mempunyai konsep

kendiri positif
Mempunyai konsep

penghargaan kendiri tinggi


Memandang halangan

Mengurus emosi kendiri


Optimistik

yang sesuai untuk


memupuk konsep kendiri
positif.

sebagai cabaran

Inisiatif

Mengurus emosi kendiri


untk memupuk sifat proaktif.

Bersikap proaktif
Mempunyai bakat

memimpin
Bersedia merebut peluang
yang akan datang

Berorientasi

Mengurus emosi kendiri dan

mengaitkannya dengan

Motivasi intrinsik kuat


Mengamalkan

Pencapaian

motivasi instrinsik ke arah

pembelajaran sepanjang

motivasi pencapaian.

hayat

Jadual 3.2 : Pengertian Dan Ciri-Ciri Subkomponen Pengurusan Emosi Kendiri

4.0 KOMPETENSI SOSIAL


4.1

KLASIFIKASI KOMPETENSI SOSIAL


Di dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi, Kompetensi Sosial merupakan
salah satu komponen utama selain daripada Kompetensi Personal. Kompetensi
Sosial juga dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu komponen
kesedaran sosial dan komponen kemahiran sosial.
14

Kompetensi kesedaran sosial ialah seseoran individu boleh dikenalpasti


daripada tingkah laku dan ekspresi individu itu berdasarkan kompetensi
kecerdasan

subkomponen-subkomponen

yang

merangkumi

empati,

membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasi perkhidmatan


danmelayani kepelbagaian.
Kompetensi
berlandaskan

kemahiran

kemahiran

sosial

merupakan

prestasi

subkomponen-subkomponen

dan

seperti

tindakan

komunikasi,

pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik membina perhubungan,


kepimpinan berinspirasi dan kerja berpasukan dan kolaborasi.

4.2

KOMPONEN DAN SUBKOMPONEN KESEDARAN SOSIAL


Dalam komponen kesedaran sosial, terdapat beberapa subkomponen
yang menggambarkan secara keseluruhan ciri-ciri kesedaran sosial.

15

Empati

Melayani
Kepelbagaian

Membangunkan
Individu Lain
KESEDARAN
SOSIAL

Berorientasikan
Perkhidmatan

Kesedaran
Organisasi

Rajah 4.1 : Subkomponen Komponen Kesedaran Sosial

4.3

KOMPETENSI KESEDARAN SOSIAL

Kompetensi kesedaran sosial seorang individu dilihat daripada beberapa


jenis tingkah laku dan prestasi berlandaskan kepada kemahiran empati, usaha
16

membangunkan

individu

lain,

kesedaran

organisasi,

berorientasikan

perkhidmatan dan melayani kepelbagaian orang.

a) Empati
Kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan orang lain
yang juga merupakan kemahiran asas manusia. Individu yang menguasai
kemahiran empati ini akan dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni
dalam interaksi sosial iaitu mnggambarkan apa yang menjadi keperluan dan
diingini orang lain. Ini adalah empati yang mencerminkan prinsip bertimbang
rasa, mempertimbangkan kebajikan dan kebahagian orang lain sebelum
dirinya.
b) Mengembangkan orang lain
Rela dan berupaya

membantu dan berupaya

menggalakkan orang

meningkatkan prestasi mereka. Individu yang memiliki kompetensi ini rela


memberi tunjuk ajar, menggalakkan orang belajar, membantu orang
mencapai kemajuan dan membimbing orang supaya berilmu pengetahuan.
c) Kesedaran organisasi
Kecekapan membaca arus emosi ahli-ahli dala sesuattu organisasi dan
cekap mengenal pasti hubungan kuasa antara ahli-ahli dalam organisasi
yang terlibat.

d) Berorientasi perkhidmatan
Kecekapan

mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan

orang lain sama ada keluarga, sahabat, pelanggan, klien, masyarakat atau
negara.
17

e) Melayani kepelbagaian
Keupayaan

kepelbagaian

orang

tanpa

mengira

keturunan,

jantina,

kedudukan, status ekonomi-sosial, agama dan lain-lain.

4.4

KOMPETENSI KEMAHIRAN SOSIAL


Kemahiran sosial merujuk kepada kemahiran dalam aspek-aspek tingkah
laku sosial.

18

Pengaruh

Kerja pasukan
dan kolaborasi

Pemangkin
perubahan

KEMAHIRAN
SOSIAL

Pengurusan
konflik

Komunikasi

Kepimpinan
berinspirasi

Membina
hubungan

Rajah 4.2 : Subkomponen Komponen Kemahiran Sosial

Pengertian dan ciri-ciri tingkah laku di bawah subkomponen


komponen kemahiran sosial

19

Kompetensi

Maksud

Ciri-ciri

Kemahiran Emosi
Sesuatu proses penyampaian
atau pertukaran maklumat di
Komunikasi

Berpesaan empati
Kestabilan dan kawalan

emosi
Ambil berat kesejahteraan

antara dua individu atau di


antara seorang individu dengan

orang lain

sekumpulan orang.

Memiliki kemahiran

komunikasi
Memiliki kemahiran

memimpin
Cekpa membuat

Menggunakan teknik yang


Pengaruh

berkesan untuk mendapat


penerimaan, kepercayaan dan
keyakinan orang lain.

persembahan

Pemangkin
Perubahan

Pengurusan
Konflik

Membina
Hubungan

Keupayaan menggerak dan


mempercepat proses
perubahan.

Kemahiran berunding untuk

Peka keperluan untuk

perubahan
Berupaya mengurus dan

mengadaptasi perubahan
Sanggup menjadi agen

perubahan
Memahami jelas apa yang

mereka hendak capai


Mengemukan program

menyelesaikan perselisihan

perubahan sebagai

dalam kumpulan sosial.

Kemahiran komunikasi

keputusan rasional
Boleh mentransformasikan

aspirasi kepada praktikal


Kebolehan menganalisis

interpersonal dalam aktiviti

dan memahami hubungan

sosial.

20

antara orang
Disanjungi oleh orang ramai
Timbang rasanya

dipertingkatkan.

Kepimpinan
Berinspirasi

Kemahiran memimpin dan


memberi inspirasi kepada ahliahli dalam organisasinya.
Kemahiran menyatupadukan

Kerja Berpasukan
dan Kolaborasi

tenaga-tenaga pekerja sebagai

perasaan

Berupaya memimpin
Berupaya berkongsi

matlumat dan sumber


Mahir menjalin hubungan

satu unit yang erat dan


bekerjasama mencapai

Kemahiran bertutur
Orientasi analitikal
Kebolehan menganalisis

matlamat yang dipersetujui.

interpersonal

Jadual 4.2 : Pengertian dan ciri-ciri tingkah laku di bawah subkomponen


komponen kemahiran sosial

5.0 KESIMPULAN

21

Rumusan yang dapat diringkaskan ialah kompetensi kecerdasan emosi


seseorang individu seharusnya merupakan tahap penguasaan literasi emosi dan
boleh ditinjau dan ditentukan berdasarkan model progresif kesedaran yang
dibentuk oleh McPhail di bawah kerangka kompetensi personal dan sosial.
Selain itu, komponen kecerdasan emosi adalah diklasifikasikan kepada
dua komponen kompetensi yang utama iaitu komponen kompetensi personal
dan komponen kompetensi sosial. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas,
komponen personal juga dipecahkan kepada dua utama iaitu kompetensi
kesedaran emosi kendiri dan kompetensi pengurusan emosi kendiri.
Begitu juga pecahan kepada kompetensi sosial.

Kompetensi sosial

terbahagi kepada dua iaitu kompetensi kesedaran sosial dan kompetensi


kemahiran sosial.

Sebagaiman yang telah dihuraikan dalam topik ini,

kompetensi kesedaran sosial seseorang individu boleh dikenalpasti daripada


tingkah laku, prestasi daan ciri peribadi individu berdasarkan kompetensi
kecerdasan subkomponen-subkomponennya. Manakala, kompetensi kemahiran
sosial pula seorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku prestasi dan ciri
peribadinya berdasarkan kompetensi kecerdasan.

6.0 REFLEKSI INDIVIDU


22

NAMA : NURKHAIRUN NISHA BINTI ZAINODIN

NO.I/C : 930709-10-5004

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat


saya menyiapkan kerja kursus pendek ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkipli bin
Othman selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk ajar
sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Tugasan yang diberi pada kali ini mengenai Kompentensi Kecerdaasan Emosi.
Saya juga seperti rakan-rakan lain yang menghadapi beberapa kekangan pada
mulanya dalam mencari maklumat tentang tugasan ini. Saya telah mencari inisiatif lain
dengan mencari maklumat dari pelbagai sumber antaranya di Perpustakaan IPG
Kampus Perlis, Perpustakaan Negeri Kangar dan juga sumber internet. Setelah itu,
saya dapat mengumpul bahan sebanyak yang mungkin untuk menjadi rujukan ketika
menyiapkan kerja kursus ini.
Hasil daripada tugasan ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah saya dapat
belajar serba sedikit cara menguruskan emosi di samping mengenal emosi diri saya
sendiri.

Kompentensi Kecerdaasan Emosi terbahagi kepada dua iaitu Komptensi

Personal dan Kompetensi Sosial. Kompetensi Personal mengandungi dua unsur utama
iaitu Kompetensi Kesedaran Kendiri yang merujuk kepada pengenalpastian emosi diri
dan emosi orang lain, manakala subkomponen Pengurusan Emosi kendiri mempunyai
pengertian dan ciri-cirinya yang tertentu yagn sudah dijelaskan di atas.
Selain itu, dengan tugasan ini juga dapat membantu saya memahami dengan
lebih mendalam tentang Kompetensi Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial yang mana
seorang individu itu dilihat daripada beberapa jenis tingkah laku dan prestasi
berlandaskan kepada kemahiran empati, usaha membangunkan individu lain,
kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan dan melayani kepelbagaian orang.
Kompetensi Kemahiran pula boleh dikenal pasti melalui prestasi dan tindakan
berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi, pengaruh,
pemangkin perubahan, pengurusan konflik membina perhubungan, kepimpinan
berinspirasi dan kerja berpasukan dan kolaborasi.
23

Akhir kata, harapan saya agar tugasan yang saya lakukan ini dapat memenuhi
kehendak pensyarah dan dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang. Semoga
dengan kerja kursus saya ini dapat membantu rakan-rakan yang lain dalam
mempelajari tajuk Kompetensi Kecerdasan Emosi.

BIBLIOGRAFI

Azlena Zainal & Munir Shuib. (2004). Meningkatkan Potensi Diri. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor: Penerbitan
24

Multimedia Sdn Bhd


Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn Bhd
SMSI. (2005). Menjana Kecerdasan Emosi. Selangor: Penerbitan PCT Sdn Bhd

25

Anda mungkin juga menyukai