Anda di halaman 1dari 36

KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Bolehkah anda mengecam perasaan-perasaan diri sendiri serta menanganinya? Kebolehan untuk mengecam perasaaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik dopanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) Kecerdasan emosi didefinasikan juga sebagai sejenis kecerdasan social yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang lain. (young 1996) Kecerdasan Emosi adalah banyak dibelajar sepanjang hisup kita dan kompetensi kita dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Kadang-kadang Kecerdasan Emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intelligence Quotient). Mengikut

Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ. Maksudnya IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi. Daniel Goleman dalam bukunya working with emotional intelligence

(Goleman, D. 1998) menyatakan bahawa penilaina seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu, termasuk aspek kesihatan dan social. Goleman menekankan betapa perlunya kecerdasan emosi dalam dunia kerja, suatu bidang yang seringkali dianggap lebih banyak menggunakan cara berfikir secara analitikal daripada melibatkan perasaan atau emosi. Menurutnya setiap orang dalam `pengurusan organisasi dituntut untuk memeliki EQ yang tinggi. Selain itu, Goleman berpendapat bahawa IQ bersifat relative tetap, sementara EQ boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari. Dalam bidang pekerjaan, mengikut Goleman people of high IQ flounder and those of moderate IQ do surprisingly well Lack oe emotional

intelligence can sabotage the intellect and ruin careers.. ini membawa maksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah diimbangi dengan aspek emsosi. Kini kita sedang menghadapi satu krisis masyarakat di mana IQ meingkat sedangkan EQ menurun. Mungkin IQ meningkat kerana lebih ramai dapat pendidikan tinggi, nutrisi lebih baik, terdapat pelbagai cara untuk mengekses pengetahuan dan juga saiz kelurga kecil di mana anak-anak dapt perhatian yang lebih. Gelaja-gejala yang menunjukkan kemerosotan EQ ialah seperti keganasan, jenayah, penyalahgunaan dadah, kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja, pembuangan bayi, pembulian sekomah, keciciran di sekolah, penyakit pemakanan, alienasi dan sebagainya. Masalah-masalah ini boleh dikaitkan kepada KKE yang kurang baik

Kajian telah menunjukkan bahawa majikan perlu individu yang mempunyai Kemahiran mendengar serta berkomunikasi verbal Respon yang inovatif serta kreatif dalam menangani halangan dan kegagalan Urus diri yang baik, keyakinan diri, motivasi kerja, perasaan bangga diri terhadap pencapaian Keberkesanan dalam kerja-kerja berpasukan, kemahiran internasional dan kebolehan menangani ketidaksetujuan atau perselisihan faham Keberkesanan dalam organisasi, menyumbang kepada organisasi serta mempunyai potensi kepimpinan

Sejarah perkembangan Kecerdasan Emosi (KE) Minat terhadap emosi dan perkembangan seseorang individu telah bermula pada awal kurun 19. Perkembanganya mengikut aliran seperti berikut: 1920: E.L Thorndike menggunakan istilah Kecerdasan Sosial 1983: Howard Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai

1985: Para penyelidik social telah mula guna istilah Kecerdasan Emosi 1988: Istilah Emotional Quotient (EQ) digunakan oleh Reuven Bar-On. Mengikut beliau, orang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi EQ yang rendah tidak berjaya dalam hidup. 1990: Artikel entang EI telah diterbitkan dalam Jurnal Akedemik oleh John Mayer dan Peter Salovey. Mereka guna istilah Emotional Inteligence. 1995: Daniel Goleman menulis buku Emotional Intelligence yang menjadi buku yang paling laris dijual di antarabangsa. 1997: Steiner dan Perry telah menggunakan istilah Literasi Emosi untuk mengkelaskan sebagai satu kemahiran atau kompetensi, mengikut beliau Literasi Emosi terdiri daripada 3 kebolehan iaitu: Kebolehan memahami emosi diri sendiri Kebolehan mendengar dan berempati dengan emosi orang lain Kebolehan meluahkan atau mengekspresi perasaan secara produktif 1999: Higgs dan Dulewicz telah menjalankan ujian psikometrik dan mengeluarkan buku menyokong kenyataan kecerdasan emosi 2000: Geetu Bharwaney telah menunjukkan bahawa KE boleh diukur, boleh dibelajar, berfungsi bersama dengan IQ dan boleh digunakan untuk membezakan antara prestasi cemerlang dan prestasi sambil lewa Sekarang: EI dianggap penting bagi semua lapisan masyarakat dan mulai diterapkan dalam kurikulum pendidikan latihan guru dan juga menjadi komponen penting dalam latihan pembangunan sumber manusia pihak swasta dan kerajaan. Literasi Emosi Literasi emosi harus diperkembangkan untuk mengenalpastikan dengan tepat perasaan kita serta mengkomunikasinya dengan tepat. Tahap literasi emosi yang paling tinggi ialah memberi nama yang tepat bagi perasaan kita. Ini adalah penting seperti yang

dikatakan oleh Mayer dan Salovey bahawa kita harus mendiskriminasi antara perasaan kita dan menggunakannya untuk memandu tindak-tanduk kita.latihan yang asas untuk meningkatkan literasi emosi ialah menyebut perasaan kita melalui 3 perkataan.

Kejujuran Emosi Adakah budaya kitamembenarkan kita menunjukkan perasaan kita secara terus terang? Bolehkah kita tunjuk perasaan marah, dengki, kecil hati dan sebagainya dengan secara terus terang? Biasa dikatakan bahawa manusia memakai pelbagai topeng untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya. Jika kita cuba menanamkan atau

menyembunyikan perasaan-perasaan sebenar kita ini supaya mencerminkan gambaran luar yang baik kita tidak jujur dengan emosi kita. Kejujuran emosi bererti kebolehan mengekspresi atau meluahkan perasaan sebenar kita. Untuk menjadi jujur dalam menunjukkan emosi kita, kita mula-mula perlu sedar tentang emosi kita itu. Kecerdasan emosilah yang dapat memberi kita kebolehan untuk mengenalpasti dengan tepat perasaan sebenar kita itu. Kita mestilah jujur dengan emosi kita. Kita sentiasa perlu tanya diri sendiri. Biasanya perasaan kita tidak dapat dikawal. Perasaan-perasaan ini berlaku di bahagian otak yang di panggil limbic brain. Kita dapat perasaan ini tanpa fikir. 80% daripada perasaan ini ditunjuk secara fizikal melalui pancaindera kita. Contohnya apabila kita dapat satu perasaan marah atau takut, suhu badan naik atau turun, otot-otot menjadi tegang, tekanan darah naik, pengalairan darah berubah, mulut jadi kering atau badan berpeluh dan sebagainya. Kita biasanya tidak sedar tentang berubahan ini tetapi bahasa badan kita itu dilihat oleh orang luar. Tetapi dengan persetujuan Kecerdasan Emosi kita dapat mengawal cara kita berasa.

Ciri-ciri orang yang berkecerdasan emosi tinggi Melebalkan perasaaanya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi. Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan Bertanggungjawab atas perasaan sendiri Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan Menghormati perasaan orang lain Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati, pertimbangan untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negative. Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang lain Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati

perasaannya.

Faktor-Faktor Yang Boleh Menjejaskan Masalah Emosi Individu

Setiap individu yang dilahirkan dalam dunia ini tentunya mempunyai emosi. Emosi ini juga kadang kala membawa masalah kepada individu itu sendiri. Oleh hal yang demikian, masalah emosi merupakan sesuatu yang tidak asing bagi seseorang yang mempunyai masalah. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.. Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya. Antara faktor-faktor yang menjejaskan masalah emosi individu ialah:

1. Faktor peristiwa dalam hidup

Setiap orang akan melalui hidupnya dan menempuhi segala macam peristiwa yang berlaku dari kecik sehinggalah sekarang. Peristiwa hidup selalunya menyebabkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam hidup. Adakalanya mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Antara peristiwa kehidupan yang negative adalah penderaan,perceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, di penjara, penyalahgunaan bahan terlarang, krisis kewangan dan lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuklah perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa yang berlaku dalam hidup boleh memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang. Tertekan juga antara peristiwa dalam hidup yang selalunya berkait rapat dengan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, manusia akan merasa susah hati, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain. Emosi tersebut boleh mengancam fisiologi individu itu sendiri dan menyebabkan demam, selesema, sakit kepala, susah tidur dan loya.

2. Faktor Pengaruh Keluarga Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanakkanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Tetapi sekiranya, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. 3. Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Pada peringkat remaja,hubungan sosial diantara rakan sebaya turut berlaku. Peringkat ini, mereka lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa.Remaja yang kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam kumpulannya akan membentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang, suka membantu,bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Remaja seperti ini lebih cenderung bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan idea yang baik. Remaja yang sering disingkirkan oleh rakan-rakan pula mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka. Remaja ini sentiasa merasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Selain itu, remaja yang bersikap agresif, sombong dan terlalu mendesak menyebabkan mereka tidak disukai dan kemungkinan ditolak rakan sebaya. Oleh hal yang demikian, remaja yang tidak disukai oleh kawan- kawannya akan merasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

4. Faktor Pengaruh Sekolah

Sekolah juga merupakan antara faktor yang penting dan turut memainkan peranan penting dalam personaliti kanak-kanak. Di sekolah, guru akan mempengaruhi perasaan

kanak-kanak terhadap diri mereka dengan cara guru membetulkan tingkahlakunya. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka

membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti murid. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai gagal dan tidak berguna.

5 Kes Kenakalan Remaja yang Berlaku Pada Masa Sekarang Akibat Kegagalan Emosi

Buli

Dari perspektif psikologi tingkah laku, memeras ugut rakan, adalah antara contoh buli yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Perlakuan itu adalah bentuk tingkah laku antisosial dan bila berlaku di kalangan kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun berkemungkinan ia berpunca daripada tingkah laku agresif yang tidak dibendung dan ditangani dengan baik ketika kanak-kanak itu berada di peringkat pra sekolah lagi. Buli adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif dan berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa, manakala mangsa selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan. Buli biasanya membabitkan tiga pihak, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang membuli, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang menjadi mangsa buli dan kanak-kanak lain yang kadangkala menyaksikan proses buli itu berlaku.

Tingkah laku negatif ini selalunya ditonjolkan dalam bentuk fizikal seperti memukul, menendang dan sebagainya; atau dalam bentuk verbal (kata-kata) seperti memeras ugut, mengejek, mengutuk dan menjatuhkan maruah sehingga menyebabkan mangsa buli hilang rasa harga diri. Buli juga boleh berlaku dalam bentuk manipulasi sosial seperti mempengaruhi kawan lain supaya seseorang kanak-kanak itu merasakan

dirinya dipinggirkan atau tidak diterima dalam sesuatu kelompok rakan sebaya. Keadaan itu berkemungkinan berlaku khasnya jika di rumah kanak-kanak menjadi mangsa keganasan dan mereka terpaksa berkelakuan baik serta memendam apa yang terbuku di dada kerana takut pada keadaan. Sebaliknya bila di sekolah mereka mungkin akan melepaskan geram tersebut dengan mengganas dan mencari mangsa untuk melepaskan dendam mereka. Kanak-kanak seperti itu lazimnya dididik agar takutkan sesuatu bayangan atau seseorang sedangkan jiwa mereka memberontak dan bila orang yang ditakuti tiada, mereka seperti bebas melakukan apa saja untuk mencapai kepuasan diri bagi menggantikan apa yang tidak dapat mereka kecapi di rumah. Faktor-faktor berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya gologan remaja adalah seperti individu yang membuli ini memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka dan mereka pernah menjadi mangsa buli. Selain itu, gangguan personality seperti antisocial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan dan individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain serta mereka tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin. Antara faktor lain ialah akibat pencerian ibu bapa atau terlalu dimanjakan oleh ibu bapa dan sekadar mahu berseronok serta mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. Akhir sekali, marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa inggeris dan ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Remaja membuli kerana wujudnya pengaruh-pengaruh seperti pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, faktor sekolah dan media. Pengaruh Keluarga, remaja mungkin kerana meniru tingkah laku agresif yang diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan tindakan agresif yang diperlakukan ke atas ahli keluarganya. Contohnya ayah mendera ibu, atau adik-beradik lain didera di hadapannya. Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga akan mengajar kanak-kanak bahawa kekerasan dan keganasan adalah satu cara yang

efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang dihajati apatah lagi jika mereka tidak mendapat bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa. Pengaruh rakan sebaya, faktor utama mengapa kanak-kanak terbabit dengan gejala membuli dan tingkah laku antisosial yang lain. Kehadiran kanak-kanak lain yang menjadi penyokongnya menjadikan dia berasa mempunyai kekuatan kerana meraih populariti dan status. Akan tetapi rakan sebaya juga boleh menjadi penghalang kepada popularitinya sekiranya mereka menyebelahi mangsa yang dibuli cuma selalunya mereka ini akan senyap dan tidak berani membuat tindakan apa-apa kerana takut dengan ugutan dan sebagainya. Faktor sekolah, tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang mendorong kanak-kanak membuli. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi, aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku mereka. Buli dan tindakan agresif kanak-kanak dikatakan mempunyai kaitan dengan sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar, pentadbiran yang lemah, kaedah mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten, garis panduan mengenai sesuatu perlakuan yang dianggap salah tidak begitu jelas dan pemantauan yang tidak dilakukan dengan sempurna. Media, sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen, cakera padat video (vcd), cakera video digital (dvd) dan sebagainya adalah antara faktor yang mendorong kanak-kanak melakukan aksi ganas seperti membuli.Kanak-kanak selalunya akan meniru dan cuba untuk merealisasikan apa yang dilihat di kaca televisyen di dalam kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula seronok melakukannya, mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang positif. Kesannya akan lebih ketara terhadap kanak-kanak yang menghadapi masalah emosi, bermasalah pembelajaran, mengalami gangguan tingkah laku dan sukar untuk mengawal diri.

Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Vandalisme

boleh

didefinisikan

sebagai

tindakan

membinasakan

atau

merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain. Terdapat juga pelaku vandalism ini menyatakan kononnya vandalism adalah cara unutk melepaskan geram. Vandalism kebiasaanya dilakukan oleh remaja yang ingin menonjolkan bakat terpendam mereka melalui lukisan-lukisan mural dan tulisan graffiti tetapi terdapat juga yang melakukannya kerana ingin melepaskan geram, ada rasa tidak puas hati dan sekadar suka-suka.

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalism merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii.

Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-

buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii.

Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv.

Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar.

Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Dadah

Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. (Rujuk Lampiran A: Profil Penagih Mengikut Umur Ketika Dikesan). Manakala berdasarkan laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalah ini benar, ini bermakna jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia boleh menjadi sejuta orang berbanding hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati,

kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun. Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula seperti sekolah dan masyarakat.

Faktor Kurangnya Peranan Ibu Bapa Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran. Dalam kajian ke atas 408 orang kanak-kanak, pengkaji mendapati keadaan di rumah adalah lebih cepat dikaitkan dengan kemajuan sekolah daripada kecerdasan. Sungguhpun begitu, kedua-duanya mempunyai hubungan signifikan (Ibid; 1990). Dengan ini jelaslah betapa penting dan besarnya peranan ibu bapa dalam membentuk, mendidik dan mengasuh anak-anak. Dengan kata lain, keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Contohnya, ibu bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autokratik dipercayai menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu agresif, memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Remaja yang bersifat agresif dan memberontak kebiasaannya lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, dari sini bermulalah pengaruhpengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-kawan yang devian, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak dengan najis dadah Faktor Masalah keluarga Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow, 1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan Wan Azmi, 1987). Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan obor panduan hidup. Maka, lahirlah personaliti remaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya. Seterusnya menyumbang kepada pelbagai gejala negatif termasuklah penagihan dadah. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga menentukan jenis-jenis kemudahan yang dapat disediakan untuk anak-anak. Keluarga yang berada mampu menyediakan bahanbahan pengajaran tambahan seperti komputer, tutor bimbingan, alat permainan (raket, tenis, skuasy, alat muzik seperti piano, organ elektrik) dan sebagainya. Dengan

kemudahan ini anak-anak mendapat pendedahan yang begitu luas. Seseorang remaja yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta dapat bermain pelbagai permainan dan alat muzik, memang mempunyai aras keyakinan diri yang tinggi. Sebaliknya, remaja daripada keluarga yang miskin mengalami pelbagai jenis masalah seperti ketiadaan tempat khas hendak belajar ataupun ketiadaan tutor ataupun buku panduan tambahan. Walaupun remaja itu mungkin hendak menyertai permainan tenis ataupun skuasy, mereka menghadapi masalah hendak membeli raket berkenaan. Perkembangan personaliti remaja berkenaan turut terjejas dan mempengaruhi proses pembelajarannya. Hal ini, jika tidak dibimbing dengan baik akan membawa kepadahilangnya minat belajar, ponteng kelas atau sekolah seterusnya membawa kepada masalah yang lebih serius seperti menghidu gam, mencuri, dan menagih dadah. Faktor Pengaruh Sekolah Remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T. Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan

personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan Sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh menyebabkan remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh

menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untuk belajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka, pelbagai pengaruh negatif akan melanda remaja tersebut antaranya ialah penyalahgunaan dadah. Faktor Pengaruh Rakan Sebaya Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya (Beyth-Marom, et al., 1993; Conger, 1991; Deaux, et al, 1993; Papalia & Olds, 2001) Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktivit yang negatif.

Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah. Faktor Masyarakat Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang

bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah penyalahgunaan dadah. Faktor Diri Sendiri (Rasa Ingin Tahu) Faktor lain yang membawa kepada berlakunya penagihan dadah adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Sebagai contohnya

fenomena lumba haram, di mana mereka ingin menunjukkan belang mengecap keseronokan bersama rakan sebaya. Selain itu juga, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut dengan gaya, cara hidup lain daripada orang lain. Jika tidak kena pada caranya, masalah seperti hamil luar nikah mudah terjadi. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah di kalangan remaja. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima. Perkara sedemikian hanya mengundang pada keruntuhan akhlaknya sendiri Kesan-kesan penyalahgunaan dadah pada emosi remaja William James menyatakan emosi adalah perubahan perasaan yang bertindak sebagai reaksi kepada sesuatu yang menarik yang berlaku disekeliling. Di peringkat usia remaja, mereka mengalami konflik atau krisis mencari identiti dan kekeliruan peranan. Fasa remaja sering dianggap sebagai fasa yang sangat tidak stabil dalam perkembangan manusia. Pendapat Elkind menyatakan bahawa remaja memiliki semacam perasaaninvu lnerabil ity iaitu keyakinan bahawa diri mereka tidak mungkin mengalami keadaan yang membahayakan diri. Keadaan ini menyebabkan remaja seringkali terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Kesan emosi yang ketara hasil tindak balas dadah terhadap remaja tersebut seperti cepat marah, panik dan mungkin mengalami kemurungan. Remaja yang ketagihan dadah menunjukkkan perubahan emosi yang sangat jelas, sama ada menjadi terlalu gembira, asyik ketawa, berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak mahu melakukan aktiviti. Remaja yang mengambil ganja suka bunyi bising, jadi mereka mungkin memasang radio atau televisyen sekuat hati. Emosi akan menjadi tidak stabil akibat kesan dadah. Apabila mengambil dadah, mereka berasa lebih yakin dan gembira, sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat dadah. Apabila keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi, akan berlaku

gangguan dan ketidaktenteram jiwa. Remaja yang dalam keadaan ketagihan dadah yang memuncak mungkin akan bertindak agresif untuk menghilangkan ketagihan dadah yang sedang dialami. Menurut Teori Emosi Plutchik (1980), gabungan emosi primer marah dan benci akan menghasilkan emosi sekunder iaitu emosi agresif. Emosi agresif akan diterjemah melalui tindakan agresif remaja yang ketagihan dadah. Untuk mengatasi rasa gian dadah remaja sanggup melakukan apa sahaja sehingga bertindak ganas malahan sanggup melakukan pembunuhan. Menurut Perunding Terapi Penagihan Chris Sekar, kesan kronik penyalahgunaan dadah adalah kebergantungan kepada dadah yang dipecahkan kepada tiga jenis iaitu kebergantungan yang membolehkan seseorang itu berfungsi seperti berasa gembira, kebergantungan fizikal seperti badan ada keinginan memuncak pada dadah dan kebergantungan minda seperti fikiran asyik tertumpu pada dadah. Penyalahgunaan dadah seperti ganja memberi impak yang kuat kepada otak sehingga menyebabkan penagih mengalami psikosis iaitu sakit mental yang teruk.

Gengsterism

Gengsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan Negara. Kewujudan kumpulan gengster di sekolah akan memberikan kesan yang buruk kepada para pelajar khususnya dan amnya kepada pihak sekolah kerana ahli ahli gengster sentiasa melakukan salah laku yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Gaustad, 1991). Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana sentiasa diganggu oleh pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster termasuklah aspek gangguan terhadap pengajaran guru. Mereka ini juga tidak berminat untuk belajar. Menurut Lal et. al. (1993) perlakuan gengsterisme merupakan masalah yang memerlukan perhatian serius dan strategi mengurangkan masalah itu. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda -tanda awal perlakuan gengsterisme adalah amat penting bagi menangani masalah perlakuan gengsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak

selamat di kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gengsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Punca-punca Gengsterisme :

1. Kawasan persekitaran dan tempat kediaman yang tidak kondusif Kawasan kediaman yang sesak, tidak teratur dan tidak selesa Kawasan persekitaran tempat tinggal yang tidak kondusif untuk pembesaran dan perkembangan diri pelajar Sesetengah daripada kawasan tempat tinggal ini menimbulkan perasaan tidak selamat Hal ini menyebabkan pelajar lebih suka menghabiskan sebahagian besar masanya di luar rumah Perkampungan baru Cina di mana pelajar tinggal mudah terdedah kepada gangsterisme Tempat kediaman rumah pangsa dan petempatan terancang seperti FELDA juga didapati pembabitan pelajar dalam akiviti bersifat negative kerana pergaulan sesama sendiri. Aktiviti gangsterisme yang memang telah berakar umbi di kawasan persekitarannya sebagai tempat berlindung

2. Ibu bapa gagal memberikan bimbingan dan perhatian Kegagalan ibu dan bapa telah menyebabkan berlakunya kerosakan akhlak anak-anaknya Kesibukan ibu bapa mancari rezeki untuk menampung kehidupan yang semakin mendesak Keadaan ini mengakibatkan sesetengah pelajar hidup dalam keadaan terbiar Terdapat ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah

Sesetengah ibu bapa langsung tidak mangambil tahu tentang kegiatan dan kawan-kawan anaknya Kurangnya penglibatan ibu bapa dengan kegiatan sekolah kerana kadar ibu bapa yang bekerja di luar meningkat Namun demikian, sebilangan pelajar yang lemah dalam bidang akademik mengalihkan perhatian mereka kepada kumpulan rakan sebaya yang tertentu sahaja untuk berkongsi masalah seperti kumpulan gangsternya

3. Pencapaian akademik yang rendah Pelajar yang lemah dalm bidang akademik mempunyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gangster Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri dengan kumpulankumpulan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti negative itu Penglibatan pelajar untuk mendapatkan sokongan moral membolehkan diri mereka berasa mempunyai identity yang tersendiri Sesetengah pelajar tersebut untuk mendapatkan perhatian, pengiktirafan, mempunyai kuasa untuk memnuhi cita rasa masing-masing Majoriti ahli kumpulan gangster di kalangan pelajar merupakan gangster lelaki

4. Pengaruh media massa Maklumat dan informasi sama ada positif atau negative Media massa sama berbentuk bercetak, ataupun elektronik yang kini semakin sukar untuk dikawal pengedarannya. Pengaruh negatif yang dibawa oleh media massa dalam kalangan pelajar memang susah dikawal Remaja atau pelajar terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara- negara barat

Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika, iaitu sedikit sebanyak telah berubah cara hidup remaja kita. Media massa juga patut dipersalahkan. Keutamaan majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika.

5. Pengaruh rakan sebaya Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilang kecil mengurus kepada pembentukan kumpulan geng dan samseng Pembentukan kumpulan-kumpulan ini secara umumnya telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri dalam kalangan remaja Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing

Perkara ini menjadi faktor yang membawa kepada wujudnya gangsterisme dan kumpulan samseng dalam kawasan sekolah

Kesan-kesan:

1. Membawa kesan negatif kepada sekolah Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada pata pelajar Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia bolah mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah Ini seterusnya memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamnatan sekolah, dan juga proses penyampaian pendidikan amnya

2. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran Salah laku pelajar memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan di sekolah Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu proses P&P Berasaakan perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah --- jika tidak dikawal akan menimbulkan gangguan terhadap P&P di dalam dan di luar sekolah Unsur-unsur gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan Negara

3. mewujudkan budaya takut Kehadiran geng di sekolah menyebabkan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan menjadi 2 kali ganda lebih takut Para pelajar takut menjadi mangsa keganasan iklim di sekolah menjadi tidak selamat dan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar sering berada dalam keadaan ketakutan kerana ada yang tidak bersalah menjadi mengsa ganas geng Pelajar-pelajar hilang semangat untuk belajar dan mengajar bagi guruguru Masalah banyak pelajar yang tidak bersalah menjadi mangsa ugutan secara langsung atau tidak langsung akan mengganggu dan

melemahkan seluruh perjalanan sekolah

4. Sekolah menjadi pusat aktiviti geng Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster di luar sekolah malas masuk ke kawasan sekolah Sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting untuk pengambilan ahli-ahlibaru dan untuk, tujuan social yang lain Majoriti geng ini ada di sekolah kerana sekolah merupakan satu tempat di amna mereka dapat berkumpul dan membincangkan aktiviti-aktiviti mereka Merekajuga memberikan perlindungan kepada ahlinya dan menakutnakutkan pelajar lain mengambil ahli-ahli baru dan melibatkan diri dalam perlakuan-perlakuan jenayah

5. Vandalisme dan merosakkan harta benda sekolah Jenis vandalisme meninggalkan kesan buruk dan bahagian-bahagian sekolah, harta guru dan pelajar lain dengan sengaja dirosakkan Ahli-ahli geng juga melakukan contengan grafik pada harta sekolah Grafik-grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan pembelajaran untuk membersihkan Terdapat kejadian di mana bangunan sekolah dibakar oleh pelajarpelajar yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah

Mat Rempit

Mat Rempit bukanlah satu fenomena baru, malah ia amat dikenali dikalangan masyarakat umum di Malaysia. Terma Mat Rempit di Malaysia bermaksud individu yang menyertai perlumbaan haram menggunakan motosikal berkuasa kecil (Rozmi Ismail, 2004/2005). Mereka juga di cap sebagai samseng jalanraya kerana sering menimbulkan kekecohan di jalanraya dan dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti merompak, merogol, menyerang serta membunuh orang yang melawan mereka. Media arus perdana acapkali melaporkan pandangan dan bantahan awam akibat dari kekacauan yang ditimbulkan oleh Mat Rempit seperti gangguan ketenteraman awam seperti bunyi bising pada waktu tengah malam, masalah dadah dan arak, mencuri untuk tujuan membeli dadah, pertaruhan, berkongsi perempuan dan seks rambang beramairamai. Aktiviti mereka bukan sahaja melanggar batas-batas norma dan nilai sosial masyarakat dan mereka telah membawa satu perubahan cara hidup yang menjurus kepada satu petumbuhan sub-budaya baru. Perkataan rempit sebenarnya diambil dari bahasa inggeris ramp-it yang menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar) yang akhirnya menjadi nama jolokan rempit bagi kumpulan terlibat (Rozmi Ismail, 2004). Akhir-akhir ini isu Mat Rempit menjadi semakin hangat dan merungsingkan semua pihak sehingga timbul perdebatan dari segi nama yang sesuai harus diberi kepada mereka misalnya ianya patut diberi nama dajal rempit kerana nama Mat Rempit nampak bersopan dan tidak sesuai dengan kelakuan mereka yang amat bertentangan dengan nilai sosial dan budaya masyarakat Malaysia. Namun apa yang jelas mereka adalah pelumba haram

atau pelumba jalanan yang sentiasa wujud pada waktu malam di kawasan-kawasan tertentu dan menganggu masyarakat sekeliling. Beberapa dekad yang lepas mereka yang terlibat dalam perlumbaan yang laju, tanpa mengikut adab jalan raya dan dipanggil pelumba haram. Mereka ini tidak menganggu orang awam. Selepas beberapa tahun, fenomena lumba haram ini melalui evolusi nama dan kegiatan mereka. Nama Mat Rempit mula diperkenalkan dan sudah pasti nama ini sinonim dengan aksi ganas mereka ketika beraksi di jalan raya. Masyarakat kita memang terkenal dengan label-melabel. Jika diimbas kembali pada masa dulu heboh dengan gejala remaja perempuan yang suka berpelesaran dan dinamakan Bohsia manakala bagi jantan pula dipanggil Bohjan. Kini, wujud pula label Mat Rempit dan gelaran ini sememangnya bersesuaian dengan tingkah laku mereka yang melanggar norma-norma masyarakat. Apakah motif bagi perlakuan Mat Rempit? Dari segi psikologinya aktiviti Mat Rempit menyediakan hiburan, tempat bagi melepaskan kemarahan, kelakuan bagi mencari tumpuan, menyediakan ruang bagi interaksi sosial antara peserta dan klik yang mana membentuk satu komuniti dengan matlamat, minat dan cara hidup yang sama (Rozmi Ismail, 2003). Mat Rempit juga menyediakan peluang bagi seseorang itu membuktikan nilai diri, kelelakian dan keseronokan mudah dengan perlumbaan haram lebih-lebih lagi apabila melawan penguatkuasa undang-undang (Rozmi Ismail, 2004). Fenomena ini semakin serius dan kebelakangan ini kegiatan mereka semakin menyimpang daripada nilai-nilai murni dan melakukan pelbagai aksi yang mengundang bahaya. Sebelum ini mereka sekadar berlumba secara haram dan laju di jalan raya, akan tetapi hari ini mereka berani mempamerkan aksi angkat motor, berdiri atas motor ketika motor laju bergerak dan pelbagai lagi aksi yang sememangnya membuatkan ramai orang teruja. Sehinggakan ada pelancong luar negara yang mengatakan keberanian aksi mereka memang tidak pernah wujud di luar negara. Gejala lumba haram dan merempit sangat sukar dibanteras, bahkan merebak sehingga seluruh pelosok termasuk FELDA dan kampung-kampung. Jika kita berada di kampung kita dapat saksikan budak-budak kampung sekarang ini semuanya mahu

menunjukkan kehandalan untuk menjadi Mat Rempit. Mereka seringkali menunggang secara berkumpulan dan merbahaya serta membuat bising di malam hari. Berdasarkan pandangan rambang, lumba haram merupakan produk gejala sosial yang hanya wujud di Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, hatta negara jiran seperti Thailand, Singapura, malah Vietnam dan Laos, tidak ada kedengaran remaja mereka terlibat dalam lumba haram, walhal motosikal merupakan kenderaan utama. Inilah persoalan asas yang ingin dikaji mengapa situasi ini hanya wujud di negara kita dan apakah yang perlu dilakukan bagi mencegah dan membenteras fenomena ini. Fenomena ini perlu dikaji dan diteliti mengapa golongan remaja begitu terpengaruh dan yang paling merunsingkan ialah ia melibatkan pelajar sekolah dan belia Melayu yang masih muda. Mat Rempit bukan setakat merempit, malah mereka juga turut terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki mabuk, kaki rogol malah sanggup membunuh. Ini realiti yang berlaku di negara kita hari ini. Di mana beberapa hari yang lepas, akhbar metro harian telah menyiarkan seorang pemuda maut akibat dipukul sekumpulan Mat Rempit. Sekarang gejala wabak Mat Rempit telah berada pada ranking pertama dalam liga jenayah remaja negara ini. Jika suatu ketika dahulu gejala Bohsia dan Bohjan menjadi isu hangat di media-media massa dan cetak. Tetapi gejala ini agak sepi diperkatakan walaupun gejala ini masih berleluasa. Justeru itu, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja di negara in terlibat dengan gejala Mat Rempit? Adakah mereka ini ingin digelar sebagai Mati Katak atau Sebagai pembunuh diri ? Antara faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya virus Mat Rempit ini ialah :

Perasaan ingin mencuba Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada resiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.

Terpengaruh dengan rakan Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja ini. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi.

Gaya hidup dan taraf pendidikan Gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala Mat Rempit ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala Mat Rempit ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.

Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi ibu bapa

yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut. Dengan demikian, virus Mat Rempit harus dibendung dengan segera sebelum ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak harus memikirkan apakah cara yang paling terbaik untuk mengatasi gejala sosial ini. Jika ia tidak dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang paling merbahaya di negara ini. Kalau dahulu mereka hanya merempit, tetapi sekarang golongan ini semakin berani melakukan apa sahaja sehingga sanggup membunuh dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak takut kepada hukuman yang bakal diterima.

Implikasi Daripada Masalah Emosi Kanak-Kanak Ke Atas Perkembangan Masa Depan Tingkah laku dan ciri-ciri personaliti remaja boleh dipengaruhi oleh cara didikan semenjak dari kecil lagi. Masalah sering timbul kerana perbezaan pemahaman dan pengalaman yang ketara ianya dinamakan sebagai jurang generasi. Antara punca Konflik yang berlaku antara ibu bapa dan remaja ialah jurang generasi. Ianya adalah perbezaan yang terdapat dalam sikap, nilai dan tingkah laku antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu bapa selalu memarahi anak remaja kerana mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan peraturan mereka. Perhubungan antara remaja dan ibu bapa akan pulih menjadi lebih baik apabila anak mereka melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di tempat lain.

Antara implikasi didikkan ibubapa pada masalah emosi kanak-kanak ke atas perkembangan masa depan ialah: Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak Perasaan dendam, marah dan benci akan wujud dalam diri pelajar apabila ibu bapa sering kali mengabaikan mereka. Remaja ini akan berasa terancam dan tidak disayangi dan berasa tidak diingini dalam keluarga sendiri. Oleh hal yang demikian, mereka sukar dikendalikan apabila berada di sekolah dan menyebabkan mereka terjebak dengan merokok ,minum arak dan judi. Selain itu, mereka juga biasanya meninggalkan keluarga yang sering mengabaikan sebelum waktunya dengan konflik kebencian kepada keluarga .Selain itu,mereka tidak percaya pada orang lain dan tidak tahu bagaimana ada perhubungan baik dengan orang lain kerana tidak mempunyai model keluarga asal yang baik untuk dicontohi. Maka, ketika mereka kecewa dengan anggota keluarga, mereka mengambil jalan tanpa berfikir panjang yang hanya akan lebih menjauhkan tali persaudaraan.. Mereka akan bertindak kasar dan membuat orang lain tidak senang dengan kehadiran dirinya.

Ibu bapa authoritarian (keluarga kuasa) Anak-anak remaja yang belasan tahun sering melawan ibubapa dan melakukan kelakuan yang tidak murni sehingga menjadi remaja yang bermasalah. Hal ini kerana, ibu bapa enggan mengerti perasaan anak-anak mereka dan tidak memaafkan anakanak sekiranya mereka melakukan perbuatan yang tidak diingini. Wujudnya konflik apabila di antara anak-anak dengan ibubapa kerana kurang persetujuan dan kompromi. Walaubagaimanapun keluarga kuasa memberikan motivasi yang positif kepada anakanak yang selama ini telah melahirkan keyakinan secara semula-jadi dan mereka dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan dan kemampuan sendiri. Mereka dapat membuat keputusan dengan diri sendiri dan dapat membuktikan kebolehan melakukan sesuatu perkara dengan baik. Ibu bapa yang amat melindungi Anak-anak dalam keluarga protektif ini menerima banyak perhatian dan dorongan. Mereka biasanya dididik dengan didikan yang sempurna.Kesannya,.mereka menunjukkan hormat terhadap orang lain. Anak anak daripada didikan sebegini terlalu banyak menghabiskan waktu untuk fikirkan apa yang diingini oleh orang tua sehingga dapat memenuhinya. Implikasinya,anak-anak tidak suka berperasaan jelik,dan mereka sering terapkan kaedah yang sama terhadap teman-teman,pekerja dan suami atau isteri mereka. Mereka tidak membantah keputusan ibu bapa, kerana mereka tidak mahu rasa serba salah terhadap ibu bapa. Selain itu ,mereka mudah mengalah dan hilang keyakian diri dari pelbagai aspek. Golongan ini juga akan bertengkar dengan ibu bapanya sekiranya segala permintaan mereka dibantah dan akan menuduh orang tuanya tidak mempedulikannya dan menggunakan kesalahan dan kasihan diri untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Ibu bapa dan keluarga seimbang Mereka merasa sentiasa dihormati oleh ibubapa dan dapat mengembangkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang luar pada bila-bila masa. Mereka dapat memaafkan perbuatan yang tidak sengaja dilakukan oleh ahli keluarga dengan nilaian yang manasabah dan relevan. Melalui Perhubungan di antara mereka dengan anak-

anak amat erat dan mesra kerana anak-anak merasa mereka diberi ruangan yang agak luas untuk meluangkan perasaan yang bebas dan jujur.

Jelaskan kepentingan guru mengawal emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang kondusif. Kita sedia maklum dan mengetahui bahawa seorang pelajar banyak

meluangkan masanya ketika menuntutnya di bangku sekolah. Jadi ,suasana bilik darjah merupakan suasana penting dalam memupuk kompetensi kecerdasan emosi. Jadi peranan guru dan pihak sekolah menjadi penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemaikan kompetensi-kompetensi tersebut. Perasaan murid-murid terhadap guru mereka juga boleh mempengaruhi suasana emosi di bilik darjah. Suasana emosi ini akan mewujudkan pelbagai jenis tingkah laku murid yang terjadi akibat dari sifat guru dan gaya pengajarannya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap tidak memilih kasih.

Kepentingan Guru Mengawal Emosi

Mewujudkan Keadaan yang ceria dan kondusif Sekiranya dapat mewujudkan keadaan yang ceria dan kondusif emosi perasaaan marah, dengki, memfitnah dan lain-lain dapat dikurangkan apabila pelajar menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dalam suasana kondusif dan emosi terkawal. Oleh hal yang demikian, keadaan yang ceria dan

kondusif mempengaruhi mood dan minat serta kecergasan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Membantu Pelajar Rasa Dirinya Sebahagian daripada Bilik Darjah Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat hati rnanusia adalah rnenjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran Wujud kerjasama guru dan pelajar. Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan berkualiti. Pentingnya guru mengawal emosi bilik darjah kerana pelajar berpeluang berkomunikasi dengan guru . Berpeluang menekankan nilai-nilai murni Guru juga berpeluang menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan sosial. Contohnya,melayani kepelbagaian pelajar melalui layanan yang saksama terhadap pelajar lemah,miskin atau kurang upaya. Memperkembangkan pengalaman pelajar Guru berpeluang menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar; Mereka boleh memberi penjelasan serta memperIuas bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai