Anda di halaman 1dari 27

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

PENGENALAN

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

KOMPETENSI PERSONAL

KOMPETENSI SOSIAL

Kesedaran Kendiri

Pengurusan Kendiri

Motivasi Kendiri

Kesedaran Sosial

Kemahiran Sosial

Kompetensi kecerdasan emosi terbahagi kepada dua iaitu kompetensi personal iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri dan motivasi kendiri. Yang kedua kompetensi sosial, iaitu kesedaran sosial (empati) dan kemahiran sosial. Kompetensi personal

terdiri daripada subkompetensi-subkompetensi berikut, iaitu kesedaran kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan demikian individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri.

Individu yang mempunyai memiliki kompetensi ini biasanya sedar emosi yang dirasakan dan biasanya. Individu ini juga sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan. Mereka juga sedar bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya. Individu ini juga mempunyai kesedaran tinggi tentang nilai dan matlamat hidup dan sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri. Bersikat reflektif dan belajar dari pengalaman serta terbuka kepada maklum balas yang jujur atau perspektif baru atau pembelajaran berterusan atau perkembangan diri atau semuanya.

Individu yang memliki kompetensi juga biasanya berupaya menunjukkan unsur kecintaan dan perspektif-perspektif lain tentang diri sendiri. Mereka juga berkeyakinan, berketrampilan dan disedari kehadirannya seta berani mengeluarkan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sasuatu yang betul disamping berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan tekanan.
1

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


KONSEP dan KEPENTINGAN

Menurut Mok Soon Sang (2010), dalam konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna. Kelayakan seseorang individu menguruskan emosinya dengan berkesan akan membolehkan dirinya tabah menghadapi situasi yang sukar dan mencabar. Dengan berpandukan kompetensi kecerdasan emosi, seseorang itu mampu mengatasi segala rintangan dalam menguruskan emosi dengan lebih berkesan.

Menurut Marshall, Patricia (1996) dalam Mok (2010), istilah kompetensi merupakan ciri potensi seorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi. Whiddett dan Hollyfords (2003) dalam karya sama juga, kompetensi boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang didemostrasikan oleh individu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya.

Pokoknya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitan dengan pretasi cekap dan tinggi atas kerja yang ditugaskan. Setiap individu akan dihadapkan dengan tugasan yang mencabar. Oleh itu, bagi memastikan tugasan itu dapat dilaksanakan, seseorang individu akan menunjukkan kompetensi kecerdasan emosi seperti prestasi yang cekap dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Dalam Mok (2010) konsep kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam personaliti individu, iaitu sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan kognitif seseorang. Oleh itu, berdasarkan huraian di atas dan konsep kecerdasan emosi, maka kompetensi kecerdasan emosi boleh diertikan sebagai ciri-ciri kecekapan menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati, intrapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran sosial.

Secara keseluruhan konsep istilah, A.J.Michael (2006) menyatakan Kompotensi Kecerdasan Emosi (KKE) adalah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik.
2

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Kepentingan Menurut Goleman (1997) pula dalam A.J.Michael (2006), KKE ialah kemampuan memotivasi diri, membina ketahanan dalaman sehingga mampu mengatur jiwa dan kepuasan diri semasa menghadapi cabaran dalam hidup seharian. Kecerdasan emosi adalah banyak dipelajari sepanjang hidup kita dan kompetensi kita dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Kadang-kadang kecerdasan emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intelligence Quotient). Menurut beliau lagi, EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ. Maksudnya, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi.

Peranan Kompetensi Kecerdasan emosi adalah yang pertamanya, untuk membantu individu mengenali emosi mereka sendiri dan mengetahui kesannya. Individu itu dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mampu mempunyai keyakinan diri dalam diri mereka. Melalui Kompetensi Kecerdasan emosi ini, kita mapu mengawal emosi kita dengan baik dan berkeyakinan.

Selain

itu,

Kompetensi

Kecerdasan Emosi ini

juga berperanan untuk

membolehkan individu itu mampu menguruskan kawalan kendiri seperti bersikap amanah, tekun melakukan kerja, berkebolehsuaian, dan inovasi. Ini bererti setiap individu itu mampu menguruskan emosi destruktif, dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti serta bertanggungjawab atas prestasi diri sendiri.

Bukan itu sahaja, peranan kompetensi kecerdasan emosi ini juga adalah melatih seseorang melakukan motivasi kendiri. Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Tiap-tiap aspek tingkah laku ini juga membentuk sesorang individu dari segi pengurusan personal.

Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi kepada individu yang juga diperlihatkan secara umumnya ialah KKE membantu dalam perkembangan menyeluruh seseorang individu itu. Hal ini adalah kerana KKE meliputi segala keperluan seseorang individu. Contohnya jika seseorang individu itu mempunyai KKE yang kurang baik maka kehidupannya bagai bangkai bernyawa. Hal ini kerana seseorang itu tidak akan mahir dalam menguruskan emosinya dan berkemungkinan akan menghidapi stres yang kronik yang akhirnya boleh mengundang berbagai-bagai penyakit berbahaya seperti strok,
3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


kurang siuman, darah tinggi dan sebagainya. Selain itu, juga KKE membantu individu dalam menguruskan perhubungannya dengan orang lain. Dengan ini perselisihan faham dan pertelingkahan akan dapat dielakkan.

Dari segi kepentingan KKE kepada masyarakat, KKE dapat melahirkan sebuah masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. JERIS memang lima prinsip utama yang juga diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengajaran KKE tergolong dalam sistem pendidikan negara kita justeru kelima-lima elemen ini dapat dikaitkan dengan kemaslahatan yang akan tertera hasil penguasaan KKE dalam kalangan komuniti. Keseimbangan ini penting bagi menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah masyarakat dalam membentuk dan menjalin kesatuan fikiran yang utuh. Sekiranya masyarakat tidak mampu bersatu, bagaimana mungkin hasrat negara yang ingin mencapai tahap perpaduan yang jitu akan dapat mengintegerasikan hubungan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat yang dapat mengawal emosinya akan dapat menyuburkan semangat kejiranan serta mampu menguatkan ukhwah.

Pokoknya melalui kompetensi kecerdasan emosi, individu dan komuniti yang cerdas intelektual tetapi tidak cerdas emosi lebih banyak menunjukkan kegagalan daripada kejayaan. Kecerdasan emosi yang tinggi akan mampu meningkatkan motivasi kendiri agar berusaha, bersabar dan tekun. Manakala berbeza dengan kawalan emosi seseorang yang kurang kecerdasan akan mengalami kesukaran, gelisah, kelam kabut dan tidak tenteram dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya kegembiraan dan ketenangan sebenar adalah bergantung kepada hati yang senantiasa dapat mengawal kehendak naluri hati.

Pendek kata, KKE berperanan sebagai kayu ukur individu. Dengan huraiannya, cemerlang bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi lebih penting ialah kecerdasan emosinya kerana EQ meninggalkan kesan lebih mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan individu terutama dari segi mengekalkan kesihatan dan hubungan sosial yang juga selaras dengan kelima-lima prinsip JERIS dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Gejala Sosial: Penagihan Dadah dalam Kalangan Remaja

Setelah meneliti berita penagihan dadah dalam kalangan siswa ini, telah dianalisis dan diperlihatkan bahawa kes ini berlaku kerana mempunyai hubung kait dengan kedua-dua komponen utama KKE. KKE terbahagi kepada dua komponen iaitu Komponen Kompetensi Personal dan Komponen Kompetensi Sosial. Dalam pengajian faktor penagihan dadah dalam kalangan remaja, ia hanya meliputi subkomponen kecerdasan emosi dari topik kesedaran kendiri dan juga kawalan kendiri dari topik pengurusan kendiri. Tentulah terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong remaja menagih dadah.

Dadah secara umumya adalah sejenis bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Dalam laporan dadah tahun 2012 oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri, kes penagihan dadah merupakan

kesalahan yang diletakkan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Rajah 1: Dadah

Masalah ini semakin serius sejak tahun 1970an

sehingga mendorong kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara pada tahun 1983. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan menangani permasalahan yang berkaitan dengan dadah agar mewujudkan satu masyarakat dan negara yang bebas daripada dibelenggu permasalahan dadah.

Namun, menurut analisis AADK pada tahun 1998 hingga tahun 2003, seramai 72%-76% penagih dadah adalah dalam kalangan belia. Malah jumlah penagih dadah ini semakin meningkat pada tahun yang seterusnya. Gejala sosial ini semakin meruncing saban hari dalam kalangan warga Malaysia.

Sebab dan Akibat Sebenarnya, terdapat beberapa faktor penting atau secara umum yang telah dikenal pasti sebagai penyebab utama kepada penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Malaysia iaitu faktor diri sendiri, ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan faktor persekitaran dan masyarakat.
5

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

Faktor diri sendiri sebagai pendorong remaja menagih dadah. Perasaan ingin tahu dan secara tidak sengaja mencetuskan punca keterlibatan penagih dengan dadah. Buktinya menurut Noraini Ahmad (1998) dalam Aminah Haji Noor (2009), perasaan ingin tahu kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja kerana para remaja terdedah kepada krisis identiti sepanjang proses perkembangan remaja sebelum mencapai peringkat dewasa. Di samping itu, senario sebegini juga boleh mendorong pelajar mengalami tekanan jiwa yang kronik seandainya mereka gagal menyesuaikan diri di alam remaja. Ini adalah antara elemen kecerdasan emosi dan kawalan emosi dalam KKE yang diungkitkan sebelum itu. Kedua-dua elemen ini mustahak pada zaman remaja. Mereka yang bersifat panas baran perlu mempunyai kecerdasan emosi dan kawalan kendiri untuk mengawal nafsu diri sendiri dan dapat menghindari gejala maksiat yang akan memusnahkan masa depan diri. Remaja merupakan mereka yang mudah mempunyai perasaan ini kerana pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru, mula berputik. Jadi, fikirlah semasak-masaknya sebelum bertindak, kalau tidah, buruk padahnya.

Remaja tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dadah menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal untuk terlibat dengan dadah. Hal ini didorong oleh kelemahan dalam mengawal nafsu dan emosi, kekurangan ilmu dalam agama serta perasaan tidak takut pembalasan di akhirat kelak kerana mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan diri sendiri. Kesedaran yang kurang tentang
Rajah 1: Remaja menghisap dadah dengan rakan sebaya.

bahayanya dadah menyebabkan mereka mudah menjerumuskan diri ke arah yang negatif. Kesedaran dalam diri itu penting kerana ia merupakan faktor pelindung yang dapat melindungi diri kita daripada terlibat dengan najis dadah.

Sifat remaja yang suka kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan kepada diri sendiri menyebabkan mereka terjerumus dalam najis dadah. Hasilnya remaja mula ketagih dan menjadikan dadah sebagai medium utama untuk berseronok. Statistik dalam buletin dadah terbitan AADK menunjukkan sebab utama remaja
6

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


mencuba adalah untuk keseronokkan. Dan ia menunjukkan peratusan yang agak tinggi pada tahun 2009 iaitu sebanyak 9.2%. Justeru tiadanya kecerdasan kawalan emosi dan mengenali emosi kendiri dalam diri remaja mendorong mereka mencari keseronokan dan terjebak dalam najis dadah.

Selain itu, tekanan jiwa juga merupakan penyebab utama seseorang itu mengambil keputusan untuk mencuba dadah sebagai medium utama bagi

mengurangkan tekanan yang dihadapi. Menurut Roberts (1997) dalam Charles F. Levinthal (1999), kadar kemurungan meningkat sebanyak dua kali ganda pada zaman remaja berbanding pada zaman kanak-kanak dan kadar ini meningkat lagi apabila remaja terbabit menginjak usia dewasa. Kini, remaja bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku sehingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Inilah telah memaparkan tiadanya ilmu KKE dalam remaja dan tiada pendedahan yang tepat kepada mereka menyumbang kes penagihan dadah kini. Akhirnya mereka memilih dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.

Semua yang diungkitkan di atas adalh fakor diri sendiri remaja yang berkaitan dengan komponen kurangnya penguasaan KKE dalam diri mereka. Seterusnya, faktor ibu bapa. Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Mereka hanya mementingkan materialistik sematamata sehingga tiada langsung masa untuk diluangkan mengetahui aktiviti semasa mereka. Lantaran itu, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Mereka berasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan sesuatu yang tidak diduga. Remaja akan menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

Selain itu, kurangnya didikan agama oleh ibu bapa juga menjadi salah satu penyebab mengapa individu mudah terlibat dengan dadah. Kurangnya pendidikan
7

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama. Mereka juga tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala. Pengetahuan tentang dosa dan azab seksaan di neraka yang amat pedih dan perit yang kurang didedahkan menyebabkan mereka tidak mempedulikan dan ambil kisah. Peranan ibu bapa penting untuk mengelakkan anak-anak mereka terjerumus ke kancah penagihan dadah.

Bukan itu sahaja, faktor rakan sebaya juga antara penyebab penagihan dadah dalam kalangan belia. Hal ini kerana statistik pada bulan Januari hingga Disember 2005 menunjukkan pengaruh rakan berada pada kedudukan yang tertinggi iaitu sebanyak 6573 orang penagih baru dan 7203 orang penagih berulang dengan peratusan sebanyak 41.9% daripada jumlah keseluruhan penagih. Hal ini demikian kerana kebanyakkan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Keinginan penerimaan daripada rakan-rakan juga menyebabkan seseorang itu mula terlibat dengan dadah. Berkawan dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak tinggi menyebabkan remaja mudah terjerumus dengan kancah penagihan dadah. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah ia secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius.

Faktor sekolah penyumbang kes penagihan dadah. Sekolah memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi rohaniah, lahiriah dan jasmani. Namun, apa yang mendukacitakan apabila sekolah dijadikan sebagai tempat berlakunya gejala buli, samseng, berjudi dan yang paling membimbangkan adalah sebagai tempat mengedar dadah. Remaja mula terjebak dengan dadah sejak dibangku sekolah sangat berleluasa sekarang sehingga kurang kawalan oleh pihak sekolah. Misalnya berita melaporkan bahawa di Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera semua pihak. Sekolah dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah kepada remaja yang ingin mencuba dan ingin mendapat perhatian daripada rakan-rakan mereka. Remaja menjadi sasaran utama pengedar yang bermotifkan keuntungan.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Akhir sekali, faktor masyarakat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Persekitaran yang negatif seperti masyarakat sekitarnya banyak yang terlibat dengan dadah menjadi penyumbang utama kepada keinginan remaja untuk mencuba dadah itu sendiri. Remaja yang pada awalnya bebas dengan dadah mula berjinak-jinak dengan benda tersebut setelah melihat sendiri di depan mata cara bagaimana dadah itu digunakan. Tambahan pula, bekalan dadah yang mudah didapati juga menjadi faktor pendorong remaja mula menjinakkan diri ke arah penyalahgunaan dadah. Bekalan dadah yang mudah didapati di kawasan perbandaran dan di kawasan sempadan negara menyebabkan bekalan dadah mudah masuk ke Malaysia. Hasil tangkapan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) menunjukkan bahawa penyeludupan dadah sering diseludup melalui lapangan terbang utama dan kawasan pelabuhan di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan, sehingga ada segelintir rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah.

Faktor-faktor pengambilan dadah telah diperlihatkan dari pelbagai aspek. Namun, terdapat juga kesan penagihan dadah kepada seseorang. Akibat penagihan dadah dapat tergolong kepada empat aspek iaitu akibat ke atas penagih, keluarga penagih, masyarakat dan Negara.

Dari aspek kesan terhadap penagih diri sendiri terbahagi kepada kesan fizikal, mental dan emosi serta sosial. Kesan fizikal jika ketagihan dadah ialah kadar penafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar dengupan jantung berkurangan dan tubuh penagih akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme. Selain itu, keadaan mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih juga akan mengalami penurunan secara mendadak. Dari kesan mental dan emosi pula, juga dipanggil dengan kesan psikologi iaitu kesan pergunaan dadah terhadap otak manusia. Penagih yang mengambil dadah akan mengalami rasa khayal dan seolah-olah mereka tidak berpijak di alam nyata. Perasaan ini akan berterusan selagi terdapat dadah ada di dalam badan penagih namun kesan-kesan khayal ini akan hilang dan ini menyebabkan penagih perlu mengambil mengambil dadah secara berterusan. Namun, jika penagih dadah tidak mendapat bekalan dadah mereka akan mengalami gian iaitu ketagihan dadah, hidung berair, perut berasa sakit dan pedih. Jika perasaan gian penagih tidak dapat diatasi, kemungkinan besar penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan
9

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibu bapanya semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah. Dari aspek kesan sosial, kebanyakan penagih yang terlibat dengan najis dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi di tempat kerja akan merosot, kehancuran dalam keluarga. Kesan ini jelas terpapar dalam kalangan remaja yang akan mengabaikan kerja sekolah dan gagal dalam peperiksaan malah yang memusnahkan masa depan diri yang cerah.

Kesan diperlihatkan ke atas institusi kekeluargaan. Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dalam kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan danpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Selain itu, dari aspek kesan ke atas masyarakat, suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Mengikut laporan Polis Diraja Malaysia, didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan,

pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

Dari segi kesan ke atas negara, negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi, kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah, menyelenggara program-program pencegahan dan lain-lain. Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh

10

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.

Kaum belia ialah harapan nusa dan bangsa. Kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Gejala najis dadah ini jika dibiarkan berterusan sudah tentu boleh memudaratkan negara dalam jangka masa panjang. Lantaran itu, hasrat negara untuk menghasilkan rakyat yang bersifat Global Players di mana boleh bersaing dalam arus globalisasi tentunya akan gagal. Pepatah Melayu ada menyebut, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Fikirkan seandainya belia negara hanyut dalam permasalahan sosial terutamanya terlibat dengan gejala najis dadah siapa lagi pelapis dan pemimpin masa depan justeru remaja mesti mempunyai kemahiran menguasai kompetensi kecerdasan emosi kerana faktor inilah yang akan membentuk akhlak mulia dan sifat positif mereka dalam menghindari segala anasir negatif dan gejala maksiat. Lantaran itu, sinergi-sinergi membanteras kemelut ini haruslah digalas oleh semua lapisan masyarakat demi mengangkat persada negara agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa dan negara yang lain di seluruh dunia.

Jenis-jenis Emosi Dalam Mok (2010), Goleman (1997), seorang ahli psikologi mendefinisikan emosi sebagai sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Beliau mengenal pasti lapan jenis emosi yang utama iaitu perasaan marah, sedih, takut, gembira, sayang, hairan, benci dan malu. Antaranya, perasaan marah merupakan emosi yang sering kali timbul dalam perasaan marah.

Banyak kemelut yang distruktif boleh dilakukan jika perasaan marah tidak dapat dikawal. Misalnya gejala sosial yang kian menular dalam kalangan golongan belia dalam era globalisasi ini. Gejala sosial yang berlaku seperti penyalahgunaan dadah, gengsterisme, vandalisme, masalah disiplin, dan lain-lain adalah akibat tiada kawalan dan kecerdasan emosi dalam remaja yang panas baran ini. Buruk padahnya akan ditimpa sekiranya remaja tidak mempunyai keakalan dan kawalan mental serta emosi dalam menngendalikan semua hal dalam kehidupan.

11

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Terdapat pelbagai jenis emosi yang terlibat dalam remaja yang berkaitan dengan gejala sosial ini. Kebiasaannya, individu yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah ini terlibat dalam jenis-jenis emosi seperti berasa marah, seronok, sedih, terpaksa dan terdesak, minat serta takut.

Jenis emosi marah iaitu di luar kawalan emosi terlibat dengan penglibatan remaja dalam gejala sosial dadah. Akibat rasa marah dan tertekan dengan masalah peribadi, kerja atau keluarga, remaja mula memilih untuk mengambil dan mencuba dadah. Daripada sikap marah dan singkat pemikiran, akhirnya mereka lemas ke dalam kancah dadah. Emosi ini lumrah diperlihatkan dalam kalangan remaja yang panas baran. Mereka bertindak mengikut nafsu sendiri tanpa memikirkan padahnya.

Remaja yang terbabit merasa bahawa pengambilan dadah ini menyeronokkan kerana apabila mengambil dadah, segala tekanan jiwa dan runsingan kehidupan yang dihadapi dapat dilupakan. Mereka mula terdesak untuk mengambil dadah apabila tidak ada lagi jalan yang lebih baik untuk mereka melepaskan tekanan. Mereka memilih jalan ini tanpa berfikir tentang kesannya tetapi hanya memikirkan keseronokan apabila mengambil dadah.

Emosi seterusnya yang mendorong remaja mengambil dadah ialah emosi sedih. Apabila mereka merasa sedih, mereka mula mencari sesuatu untuk mengubati kesedihan mereka. Apabila kesedihan sukar dan tidak dapat dilupakan, mereka mula ingin mencuba dadah kerana berharap agar kesedihan itu dapat dilupakan.

Selan itu, remaja terbabit dalam gejala sosial ini juga berkait rapat dengan emosi terpaksa dan terdesak dalam dirinya. Singkat pemikiran menyebabkan mereka merasakan pengambilan dadah merupakan jalan terbaik dan paling ringkas bagi mereka untuk melupakan semua tekanan. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian. Ada sesetengah remaja yang terpaksa mengambil dadah apabila mereka dicabar oleh rakan-rakannya. Oleh sebab keinginan remaja menjaga air muka, tidak mahu rasa malu serta pantang dicabar, akhirnya mereka terpaksa mencuba dadah.

Dari aspek faktor rakan sebaya, timbullah jenis emosi minat dalam diri remaja untuk mengambil dadah. Apabila melihat rakan-rakan mengambil dadah, mereka mula
12

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


berminat untuk mencubanya. Sesetengah pihak mula berminat dengan dadah kerana terpengaruh dengan cerita-cerita di televisyen yang memaparkan kisah-kisah yang tidak sepatutnya dipratontonkan. Inilah pengaruh persekitaran seperti media massa pada alaf baru ini.

Namun begitu, jenis emosi takut juga terlibat. Dengan huraiannya, apabila remaja sudah mengambil dadah, mereka mula berasa takut. Namun, ada juga yang tidak berasa takut malah tidak serik-serik mengambilnya lagi. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang Negara dan hukum-hukum agama.

Peranan Guru Guru sebenar ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Prinsip utamanya seorang guru mesti faham bahwa tugas mengajar dan mendidik serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad iaitu menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.

Peranan guru penting dalam menangani kemelut sosial ini dengan penerapan nilai murni dalam diri remaja sejak mereka di bangku sekolah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai muri haris dipupuk sejak kecil kerana zaman remaja ialah zaman keganasan remaja dan mereka akan melakukan apa-apa sahaja tanpa kawalan emosi dan tingkah laku mereka malah adanya bercanggah dengan didikan agama. Justeru, sebagai guru sewajarnya menitikberatkan nilai-nilai disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajarnya agar membolehkan para pelajar membesar menjadi ahli-ahli masyarakat yang bersifat akhlak mulia dan menjauhi diri daripada gejala sosial seperti penagihan dadah. Penerapan nilai murni yang kukuh dalam kalangan kanak-kanak akan mengembang mekar sehingga mereka dewasa dan mereka
13

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


akan sentiasa berkelakuan baik dan menyayangi diri sendiri. Nilai murni disalurkan seperti dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan moral dan sivik di sekolah dapat menyemai sifat-sifat positif dalam remaja dan lama-kelamaan nilai-nilai ini menjadi satu kebiasaan untuk mereka amalan. Dengan ini, tentulah remaja akan bertimbang rasa atas segala kelakuan mereka dan memikirkan kesan sebelum bertindak.

Selain itu, guru sebagai pendidik perlu mempunyai iltizam yang lebih untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dan menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan bagi mencapai aspirasi-aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang baru, guru harus lebih bersedia untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi sosial, intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kelima-lima aspek ini penting untuk melahirkan modal insan yang bakal tonggak negara dalam usaha menuju kepimpinan ke aspirasi Wawasan 2020. Sistem pendidikan juga menggariskan sukatan pelajaran mengikut kehendak kelima-lima elemen ini agar remaja menimba ilmu dan membentuk akhlak berpandukan aspekaspek ini.

Selain itu, guru-guru juga perlulah menjadi suri teladan kepada anak didiknya. Seseorang guru itu perlu memiliki sifat yang terpuji untuk menjadi seorang guru contohnya seperti berbudi pekerti, suka membantu, menunjukkan sifat yang baik, lemah lembut dalam pertuturan dan sebagainya. Kebiasaannya, murid-murid suka meletakkan gurunya sebagai idola. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh gurunya sentiasa tepat bagi mereka. Oleh itu, tunjukkanlah nilai-nilai positif kepada anak didik agar dapat diikuti oleh anak didik kita. Dengan itu, masalah ini dapat diselesaikan kerana apabila murid-murid memiliki nilai yang terpuji, mereka sendiri dapat menghindari daripada berlakunya masalah ini.

Peranan guru dalam mengatasi masalah sosial remaja juga diperlihatkan dengan wujudnya kerjasama yang mantap antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Misalnya, kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diperkasakan dengan memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru tingkatan perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG
14

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


janganlah jadi umpama Kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi. Jangalah ibu bapa mempunyai tanggapan bahawa mereka telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan itulah tempat mereka mempelajari segala-gala ilmu dan prinsip nilai murni serta pegangan hidup dan itulah tugas guru untuk mendidik mereka. Memang tidak dapat dinafikan obligasi guru sebagai pendidik namun ibu bapa harus memikul tugas untuk mendidik anak juga kerana mereka juga memerlukan didikan dua hala di rumah agar tidak menjejak langkah maksiat. Seseorang pendidik memang harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Kalau anak-anak mereka telah terlibat dalam gejala sosial di sekolah, ibu bapa dapat mendapat khabar tersebut terlebih dahulu dan bergegas mengambil tindakan terhadap anak-anak dan membetulkan kelakuan mereka.

Melalui pendekatan akademik, peranan guru mustahak agar memupuk JERIS dalam kalangan murid di sekolah. Ia dapat dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum yang meliputi badan beruniform, kelab-kelab, persatuan dan lain-lain di sekolah. Guru-guru di sekolah boleh kerap mengadakan aktiviti mengarang esei atau artikel bertemakan dadah dan kesan pengagihan dadah agah memberikan pendedahan kepada muridmurid tentang betapa pentingnya menjauhi diri daripada najis dadah. Dadah mampu memusnahkan masa depan mereka malah mengaut nyawa mereka. Pertandinganpertandingan sebegini dianjurkan dan murid-murid harus aktif melibatkan diri dalamnya agar usaha pendidik tidak akan disia-siakan. Para guru boleh berganding bahu menjayakan aktiviti sebegini dengan menyediakan ganjaran atau hadiah yang menarik untuk memikat penyertaan pelajar. Guru-guru dari pelbagai jabatan di sekolah juga boleh mengadakan pameran berkaitan dadah untuk mendedahkan kedahsyatan dadah kepada murid-murid. Dalam pameran itu, brosur-brosur atau risalah-risalah tentang dadah yang telah direka dan dicetak boleh diedarkan kepada pelajar agar sentiasa mengingatkan mereka bahawa akhlak mereka harus dijaga dan tidak sesekali menyentuh dadah. Dengan ini, mereka tidak akan terjerumus dalam sebarang gejala sosial kerana akhlak mereka telah pun terjamin.

15

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Peranan guru dalam aktiviti separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum juga dapat membanteras gejala sosial ini daripada terjebak di alam sekolah yang indah ini. Menurut pandangan tokoh, Abdul Rahim M. Ali (2001), apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah. Seperti yang telah diungkitkan di atas, peranan guru di sini berkaitan rapat dengan perkembangan kelima-lima elemen dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dari segi rohani, dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya. Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang tinggi. Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang bernilai tinggi. Mata pelajaran yang disalurkan di sekolah akan meningkatkan unsur kepercayaan kepada Tuhan seperti yang digariskan dalam Rukun Negara. Pegangan agama dalam kalangan belia sebagai prinsip kehidupan agar tidak terpesong dengan anasir-anasir negatif di dunia luaran ini. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera.

Dari unsur jasmani, aktiviti ko-kurikulum kini menegaskan kesepaduan antara domain kognitif dan domain psikomotor dan juga selaras dengan penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalah berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Jika kita lihat dari unsur jasmani, ko-kurikulum memerlukan pergerakan aktif pelajar dalam melakukan pergerakan asas ketika bersukan, sesi permainan dan mendirikan khemah. Secara tidak langsung, dapat menyedarkan murid tentang
16

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


kepentingan kesihatan. Badan sihat, otak cerdas. Mereka juga berupaya untuk menggunakan kecergasan fizikal bagi memanfaatkan masyarakat agar dapat

mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial justeru segala gejala sosial tidak akan ternampaknya jejak golongan belia.

Dari segi intelek, guru boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan melalui ko-kurikulum kerana biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran murid. Melalui latihan dan ujian, mereka dapat menguasai kemahiran asas dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat dijumpai dalam buku. Sebagai implikasinya, mereka akan lebih mencintai ilmu pengetahuan serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka justeru menghindari aktiviti-aktiviti yang membuangkan masa. Malahannya, kokurikulum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia dan menjauhi gejala sosial serta tidak akan mudah terjerumus dalam kancah maksiat. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik dalam sanubari murid agar berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip-prinsip hidup. Di institut pembelajaran, unsur intelek juga dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah dalam kalangan pelajar. Sebagai contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan mangamalkan amalan tersebut, mereka akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif tentang kehidupan mereka.

Dari segi emosi, tekanan terbahagi kepada dua komponen utama iaitu tekanan emosi dan tekanan fizikal. Komponen emosi meliputi perasaan seperti kesedihan, kegembiraan dan kebimbangan, manakala komponen fizikal merangkumi pernyataan badan seperti perasaan letih, menggeletar dan kesukaran untuk tidur. Seseorang individu dikatakan akan mempunyai kesejahteraan dan kualiti hidup yang baik jika mereka hanya melalui beberapa pengalaman tekanan yang kecil atau rendah darjahnya. Melalui penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum, pelajar dapat menenangkan emosi dan merasai kelegaan dalam diri sendiri. Hal ini disebabkan kawalan diri yang tinggi membantu belia yang panas baran mengawal tingkah laku, emosi serta minda secara positif dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah. Kawalan diri yang tinggi

17

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


membolehkan remaja sebagai bakal pemimpin membuat persediaan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat dijangkakan pada masa depan.

Tambahan pula, dari aspek sosial, sokongan sosial merupakan komitmen, sikap mengambil berat, pemberian nasihat, dan bantuan yang diberi atau diterima sebagai sumbangan peribadi seseorang kepada individu yang memerlukan. Keaktifan dalam aktiviti riadah yang baik amat penting dalam menjana sokongan sosial yang positif. Kegiatan ko-kurilum di sekolah boleh memberi individu laluan kepada beberapa peranan dengan jaringan bebas yang akan menyemarakkan pelbagai fungsi untuk hubungan yang lebih menyokong dan menguntungkan. Individu akan dapat mengekalkan hubungan yang lebih bermakna dengan orang lain dalam kebanyakan situasi seperti pengurusan masalah, kebolehan berbincang serta sikap timbang rasa dan bekerjasama sesama ahli kumpulan. Selaras dengan perkembangan sosial pelajar, keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan dapat dibina kerana mereka sudah kebiasaan berinteraksi dan bergaul secara mesra tanpa rusuhan dan perbalahan antara pelbagai kaum.

Aktiviti ko-kurikulum meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan FPK. Ini memperlihatkan kepentingan aktiviti kokurikulum dan peranan guru untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam tersebut untuk membanteras gejala sosial. Ini adalah satu-satunya cara terpenting kerana pembentukan akhlak belia yang sempurna dari segi JERIS, bebas daripada gejala-gejala sosial.

Guru-guru juga boleh mengadakan kempen antidadah di sekolah agar pelajar dapat didedahkan dengan lebih terperinci tentang bahayanya dadah. Kempen ini boleh dilakukan dengan menjemput agensi antidadah untuk hadir ke sekolah dan mengadakan program ceramah dan pameran. Dengan ini, murid dapat melihat sendiri dengan lebih jelas tentang apa itu dadah. Dalam kempen yang diadakan, murid-murid boleh mengenali dengan lebih mendalam tentang dadah justeru dapat menghindari dadah.

Yang akhir sekali peranan guru yang juga tidak kurang adalah dengan melatih murid-murid agar menguasai kompetensi kecerdasan emosi. Dengan kawalan emosi yang baik dalam remaja, mustahillah mereka akan terjebak dalam sebarang gejala
18

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


sosial seperti penagihan dadah. Guru boleh menggunakan teknik-teknik atau strategi pengajaran seperti memberikan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif. Pembelajaran Kolaboratif dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bercampur gaul dengan rakan-rakan dalam kumpulan lain dengan bekerjasama antara sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Dalam melakukan sesuatu tugasan, setiap kumpulan boleh berkolaborasi supaya kongsi maklumat untuk mendapat isi kandungan yang lebih mantap. Dalam proses mencari maklumat dan membincang serta menghujah dan meneliti isi-isi, pelajar perlu berinteraksi sosial dan menggunakan kompetensi personal dan sosial supaya tidak ada banyak konflik atau perselisihan faham hasil daripada kekasaran dalam percakapan atau mudah tersinggung atau pemonopolasian oleh pelajar yang dominan dan sebagainya. Dalam Yeow Kwai, Tam (2006) guru perlu mengambil peluang untuk menyemai nilai-nilai dan kompetensi personal dan sosial dalam kalangan pelajar semasa aktiviti pembelajaran koperatif dikendalikan. Contohnya, guru boleh mendengar pertuturan pelajar dan menegur sebarang penyelewengan, menyelesai masalah konflik jika timbul pada langkah serta penimbulan daya kepimpinan mengikut keadaan perlu diakui dan diberi peluang untuk berkembang lagi. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Oleh itu, pemberian pembelajaran koperatif merupakan kaedah mengajar yang dapat menyemaikan kompetensi kecerdasan emosi.

Sebagai

seorang

guru,

saya

akan

mengingati

diri

agar

sentiasa

bertanggungjawab terhadap murid-murid dengan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan dan agama. Sebagai guru harus merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Malah, mereka juga haruslah

menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan teladan yang baik kepada murid. Guru yang berkualiti hendaklah sentiasa memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya untuk membentuk modal insan yang seimbang justeru dapat membekalkan sumber manusia untuk negara Malaysia.

19

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


" Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan transformasi pendidikan berdasarkan FPK. Menurut Ee Ah Meng (1998), dalam penulisan kod etika perguruan Malaysia, para guru mendidik anak murid agar membentuk warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Seseorang guru mempunyai autonomi dalam pemilihan strategi, teknik dan kaedah mengajar yang dianggap paling sesuai serta sejajar dengan minat dan kebolehan pelajar. Janganlah sesekali abaikan muridmurid yang bermasalah disiplin kerana mereka adalah remaja berkepimpinan juga kepada negara pada masa depan. Mereka hanya memerlukan didikan dan kasih sayang yang mencukupi untuk membentuk akhlak mulia. Oleh itu, guru adalah

bertanggungjawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati warga-warga emas dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama dan yang terpenting melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah sahaja. Dengan obligasi ini, sesebuah masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dapat berinteraksi, bergaul dan menikmati keharmonian dan ketenteraman negara kita bersama-sama tanpa jenayah yang serius, pertelingkahan dan perbalahan. Secara tidak langsung, pembangunan sumber manusia yang sempurna dapat memacu pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara Malaysia ke arah kemajuan.

20

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


RUMUSAN

Seseorang yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi belum tentu juga mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. Tanpa kekuatan dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE), individu itu sukar membuat perancangan, bertindak dan melaksanakan penilaian kendiri demi memastikan diri dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai bidang kehidupan.

Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) amat penting untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh semua manusia dalam kehidupan harian. Hal ini adalah kerana KKE merupakan kayu ukur seseorang individu. Unuk menjadi cemerlang bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi lebih penting ialah kecerdasan emosinya kerana EQ meninggalkan kesan lebih mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan individu terutama dari segi mengekalkan kesihatan dan hubungan sosial. Justeru itu, keseimbangan antara IQ dan EQ amat perlu dalam memburu kejayaan dalam kerjaya. Selain itu spiritual quotient juga sangat penting dalam bentuk harapan, ketakutan, kerendahan hati, zikir dan sebagainya. IQ merupakan kecerdasan minda anugerah Tuhan. EQ adalah kemampuan emosi yang boleh ditambah dan dipertingkatkan. Oleh itu, penguasaan KKE penting untuk mengawal emosi kendiri agar tidak menjejak langkah maksiat dan memusnahkan nama baik diri sendiri.

Kompetensi Kecerdasan Emosi diterapkan ke dalam kurikulum perguruan hari ini untuk menjadikan guru berdaya tahan dan mempunyai jati diri yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan profesion keguruan. Kompetensi Kecerdasan Emosi akan menyediakan bakal guru dengan kemahiran menangani pelbagai masalah tingkah laku pelajar. Elemen ini turut membantu bakal guru dalam membuat keputusan, mempamerkan keterampilan diri, meningkatkan keyakinan diri, menguruskan diri, masa dan yang pentingnya mengawal emosi dalam pelbagai situasi yang dihadapi. Kerjaya perguruan menuntut guru bekerja secara kolaborasi dengan rakan sejawat, kakitangan sekolah dan semua warga sekolah lain. Sikap hormat-menghormati dan bertolak ansur sesama ahli dalam kumpulan akan menjadikan semua masalah di dalam kumpulan dapat diselesaikan secara adil dan berkesan. Jelaslah kepentingan ilmu KKE untuk semua dalam kehidupan kita.

21

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


REFLEKSI

LAW YIING YIING IPGKG/PPISMP/BM(SJKC)/2012/06/009

Bersyukurlah kepada Tuhan tugasan kerja kursus pendek Kompetensi Kecerdasan Emosi akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya walaupun sebelum itu terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, terlau banyak pengajaran yang dapat diambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup sebagai profesion pendidik kelak. Daripada pengalaman kendiri saya dalam melaksanakan tugasan ini, banyak kesukaran dan juga kemaslahatan telah saya perolehi.

Faktor masa juga menambahkan lagi kesulitan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna mungkin hal sedemikian kerana pertindihan masa kerja kursus lain. Namun, saya membahagikan masa secara berjadual agar saya dapat menyiapkan segala tugasan secara sistematik tanpa berlengah-lengah. Nilai menghargai masa juga antara nilai mulia yang perlu saya pupuk demi kerjaya pendidik masa depan.

Selain itu, saya juga mengalami masalah suasana

persekitaran semasa

menyiapkan tugasan ini. Hal ini berikutan dengan suasana kolej kediaman yang terlalu bising dan tidak begitu selesa menyukarkan saya untuk fokus dalam melaksanakan tugasan ini terutama pada bahagian penghasilan karangan. Yang mana ia memerlukan ketenangan kepada saya untuk mendapat ilham. Namun bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengubah waktu untuk saya siapkan bahagian tersebut kepada waktu petang. Saya sering menyiapkan bahagian penulisan ini sekitar jam satu pagi kerana pada waktu ini hampir semua penghuni mempunyai amalan tidur waktu petang dan suasananya begitu tenang tanpa gangguan bunyi bising dan sebagainya.

Melalui tugasan ini saya dikehendaki mengkaji sesuatu isu di mana yang berkenaan dengan salah laku sosial pada masa sekarang. Isu yang menarik minat saya ialah penyalahgunaan dadah. Semasa saya mencari maklumat tentang isu ini terdapat banyak maklumat yang membuatkan saya tidak tidur malam kerana mangsa-mangsa
22

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


yang bergelumbang dengan najis dadah ini tidak pernah memikirkan tentang dirinya malahan mereka lebih sanggup menyuntik diri atau sebagainya tanpa mereka fikir apa yang bakal berlaku ada mereka dan saya dapat rasakan mereka telah dikuasi oleh kekuatan dadah tersebut.

Sepanjang proses menjalankan tugasan ini, bantuan dari segi idea daripada rakan sebaya telah menambahkan lagi maklumat yang sedia ada. Perbincangan secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan juga telah banyak membantu saya dari segi pertukaran idea dan pendapat. Pendapat yang diberikan membolehkan kami berfikir secara lebih mendalam lagi berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan.

Rujukan daripada pusat sumber institut juga telah banyak membantu saya dari segi mendapatkan maklumat yang betul dan sahih. Tanpa rujukan daripada pusat sumber, saya tidak dapat memperoleh maklumat tambahan di samping penghasilan idea yang cukup lagi bernas untuk menampung ayat yang dibina. Selain itu, kaedah teknologi maklumat dari laman web juga banyak membantu saya dengan memberikan maklumat berkaitan dengan tugasan ini sehingga hasillah sebuah tugasan yang sempurna.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis lagi di samping dapat memantapkan ilmu pengetahuan saya tentang bidang Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) ini. Saya mendapati bahawa KKE berbeza dengan IQ (Intelligence Quotient) yang dianggap sebagai terlalu cetek dan telah lapuk jika digunakan untuk menilai dan mengesan kejayaan seseorang. IQ hampir kekal bersama kita sepanjang hayat. Sedangkan KKE boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan yang betul. KKE juga boleh dipelajari dan dipupuk dalam diri seseorang individu.

Memang tidak dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Jadi, suasana bilik darjah merupakan suasana penting dalam memupuk kompetensi-kompetensi kecerdasan emosi selain daripada suasana keluarga di rumah. Jadi peranan guru dan pihak sekolah menjadi penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemaikan kompetensi-kompetensi tersebut.
23

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Kemahiran KKE amat penting dan perlu dipraktikkan oleh setiap guru dalam proses mendidik murid-murid dan anak-anak di rumah serta dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri. Induvidu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan mendalami kemahiran ini demi keharmonian masa depan.

Pentingnya guru mengawal emosi bilik darjah kerana pelajar berpeluang berkomunikasi dengan guru. Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan berkualiti. Bukan itu sahaja, sebagai bakal guru juga harus akan cuba untuk memasuki dunia peIajar dengan hasrat mempengaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar khususnya pada taraf emosi yang mesra.

Saya menyedari betapa pentingnya kemahiran KKE dalam diri guru sendiri. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kawalan emosi bilik darjah perlu diambil kira serta kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Selain itu, kehebatan pengajaran guru juga bergantung pada beberapa aspek seperti kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, tidak membosankan, inovasi, kreatif, pengurusan masa yang berkesan, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid dan penglibatan murid dalam proses P&P agar mendidik mereka menjadi modal insan minda kelas pertama kelak.

Sebagai bakal guru, kita haruslah berusaha menyediakan perangsang kemajuan emosi para pelajar dengan baik. Kecerdasan emosi pelajar lazimnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu bilik darjah, rutin bilik darjah dan organisasi bilik darjahsuasana bilik darjah yang sesuai akan mengundang keseronokan dan keselesaaan dalam kalangan pelkajar sehingga membuatkan pelajar mudah menimba ilmu. Elakkan suasana kelas yang gelap dan sempit supaya tidak mengganggu emosi pelajar.
24

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

Sebenarnya KKE mudah untuk diaplikasikan dan disemai dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang bakal pendidik saya akan berusaha untuk

mengimplementasikan penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam murid. Saya akan sebagai teladan kepada anak-anak buah saya. Guru sebagai role model adalah untuk mencerminkan kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi personal dan sosial. Gaya cakap, bertindak dan mengurus pengajaran dan pembelajaran semuanya diperhatikan oleh pelajar dan mereka akan belajar atau mengikutnya. Jadi adalah penting supaya guru sentiasa menunjukkan subkompetensi seperti kawalan emosi, kebolehpercayaan, ketekunan, optimis, motivasi kendiri dan lain-lain yang berkenaan dengan kompetensi personal.

Ciri-ciri

kompetensi

sosial

yang

perlu

juga

ditunjukkan

ialah

empati,

membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi dan membina perhubungan. Dalam kelas, terdapat pelbagai peluang untuk guru

menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan sosial. Contohnya, melayani kepelbagaian pelajar melalui layan saksama terhadap pelajar lemah, miskin atau kurang upaya. Bahasa dan ayat yang digunakan haru menunjukkan sikap adil, saksama dan mesra.

Akhir kata, kerja ini boleh dikatakan agak mudah berbanding kerja kursus yang lain kerana soalan tertumpu kepada gejala masalah yang umum. Oleh itu, bagi saya tugasan ini sangat berkesan dalam melatih minda pelajar serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang konsep KKE, cara mengatasi masalah penyalahgunaan dadah serta peranan KKE dalam menyelesaikan masalah ini. Saya akan sentiasa mengingati bahawa sebagai bakal guru, saya haruslah pandai untuk memupuk emosi baik dan mengawal emosi. Hal ini kerana, prestasi seseorang pelajar bergantung kepada cara didikan guru. Guru yang baik boleh memikat hati pelajarnya apabila berada di dalam dan luar kelas. Guru yang baik juga menyebabkan pelajar berasa selesa apabila bersama kita. Dengan itu, kerjaya kita sebagai pendidik barulah dianggap unggul dan terbilang.

25

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

BIBLIOGRAFI Rujukan Khusus Buku

A.J.Michael (2006). Kompetensi kecerdasan emosi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Aminah Haji Noor (2009). Kesihatan mental: Cara mengenali & mengatasinya. Selangor: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd. Charles F. Levinthal (1999). Drugs, behavior, and modern society (2nd ed.). Needham Heights: Allyn & Bacon. Ee Ah Meng (1988). Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd. Azhar Abd. Hamid (2006). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mohd. Ismail Mustari (2006). Menjadi belia cemerlang. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2010). Kompetensi kecerdasan emosi. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2010). Psikologi pendidikan (ed. ke-2). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Othman Mohamed (2000). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Yeow Kwai, Tam (2006). Konsep dan pedagogi Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

26

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

Rujukan Umum Laman Sesawang

Amir Gassi (2010). Definisi Kecerdasan Emosi. Dicapai pada 3 Ogos 2013 daripada http://amirgassi.blogspot.com/2010/09/definisi-kecerdasan-emosi.html Angau (2010). Kesan-kesan penyalahgunaan dadah. Dicapai pada 1 Ogos 2013 daripada http://gelorajiwaremaja.blogspot.com/2010/03/kesan-kesanpenyalahgunaan-dadah-kepada.html Hj Mohd Zin Bin Yusoff (2012). Konsep dan Model Kompetensi Kecerdasan. Dicapai pada 3 Ogos 2013 daripada http://psikologikaunselingipgkb.blogspot.com/2012/08/konsep-dan-model-kompetensi-kecerdasan.html Kong Zhen Xi (2012). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dicapai pada 10 Ogos 2013 daripada http://ipgkbm2012kong.blogspot.com/2012/07/sejahtera-encik.html Lim Tzuen Tze (2012). Pengenalan. Dicapai pada 10 Ogos 2013 daripada http://limtzuentze.blogspot.com/ Muaz Rikah (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dicapai pada 10 Ogos 2013 daripada http://muazrikah.blogspot.com/2010/12/kompentensi-kecerdasanemosi.html Nadzim Bakri (2012). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dicapai pada 7 Ogos 2013 daripada http://nadzimbakri.blogspot.com/2012/06/kompetensi-kecerdasanemosi-kke.html Noraini Madina (2009). Kompetensi Kecerdasan. Dicapai pada 7 Ogos 2013 daripada http://senoritafromgaruda.blogspot.com/2009/02/muhasabah-diri-kompetensikecerdasan.html Ryvonica Jikim (2012). Kecerdasan Emosi. Dicapai pada 7 Ogos 2013 daripada http://onicknica.blogspot.com/ Sherli (2012). Model Kecerdasan Emosi. Dicapai pada 11 Ogos 2013 daripada http://sherlisherli.blogspot.com/2012/07/model-kecerdasan-emosi-olehgoleman.html Tiada pengarang (2008). Modal Insan Pemangkin Negara. Dipetik daripada http://cempakabiru.wordpress.com/2008/02/25/modal-insan-pemangkin-negaramaju/ pada 11 Ogos 2013.

Tiada pengarang (2011). Peranan Sekolah dalam Merealisasikan FPK. Dipetik daripada http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/peranan-sekolah-dalammerealisasikan.html pada 11 Ogos 2013.

27

Anda mungkin juga menyukai