Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PERGURUAN GAYA

Soalan Tugasan Taksiran

Kemahiran berfikir

NAMA : WONG ING WEI


ANGKA GILIRAN : 2007072310078
NOMBOR KAD PENGENALAN : 890531-13-6087
UNIT : PPISMP MT/BI/BC (AMBILAN JULAI 2007)
MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN BERFIKIR
NAMA PENSYARAH : ENCIK LADIUS EMOR
TARIKH SERAHAN : 3 MAC 2008

Apakah sebenarnya maksud berfikir? Terdapat banyak definisi


bagi

berfikir

tetapi

maksud

sebenarnya

masih

dipertikaikan

kerana

kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Sebagai


contohnya, mengikut Mayer, berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental
tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang
bertujuan menyelesaikan masalah manakala mengikut Fraenkel, berfikir
merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Namun begitu , kebanyakan
tokoh pemikir bersetuju bahawa berfikir dapat dikaitkan dengan proses
menggunakan minda
masalah. Oleh itu,

untuk membuat keputusan

dan menyelesaikan

dapatlah dirumuskan bahawa kemahiran berfikir ialah

proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap


s esuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses
yang dialami.

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu,


kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Kemahiran

berfikir

secara

kritis

ialah

kecekapan

dan

keupayaan

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu


idea, meneliti kebernasan dan

kelemahan sesuatu hujah, dan membuat

pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Sebaliknya


kemahiran berfikir secara kreatif membawa maksud kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan
sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan.

Terdapat beberapa ciri bagi kemahiran berfikir secara kritis dan


kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis mempunyai
ciri seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagianbahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menentukan sumber
yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat
inferens, membuat urutan dan membuat generalisasi. Selain itu, kemahiran
berfikir secara kreatif menerapkan ciri seperti menjana dan menghasilkan
idea yang pelbagai, mencipta analogi dan mencipta metafora.

Kemahiran berfikir secara kritis mempunyai ciri membanding


dan membeza. Maksudnya adalah mencari persamaan dan perbezaan
berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau
peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau
kemungkinan,

membuat

pilihan

atau

keputusan.Langkah

penggunaan

kemahiran ini ialah perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau
beberapa objek dahulu. Kemudian, kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
Selepas itu, tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
Di samping itu, nyatakan ciri itu sama atau berbeza. Sebagai contohnya, dua
bunga diambil dari taman. Cari persamaan dan perbezaan antara dua bunga
ini. Kita boleh gunakan rajah Venn membandingkan dan membezakan bunga
tersebut. Kita boleh membuat Rajah Venn dengan lukis dua bulatan yang
bertindih.Selepas itu, rekodkan ciri bunga A dalam bulatan A dan rekodkan
ciri bunga B dalam bulatan B. Jika ciri bunga A sama dengan bunga B, rekod
ciri dalam kawasan bertindih antara dua bulatan.( Rujuk kepada Rajah 1.0,1.1
pada Rujukan).

Selain itu, membuat kategori atau mengklasifikasi merupakan salah


satu ciri bagi kemahiran berfikir secara kritis. Ia bermaksud mengasingkan
dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat
banyak item atau maklumat dan item atau maklumat yang tidak tersusun.
Langkah penggunaan adalah kenal pasti ciri umum sekumpulan item dahulu.
Kemudian, beri nama

kepada kumpulan item itu. Selepas itu,

kenal pasti ciri lain dan masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang
lebih kecil. Akhir sekali, ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat
dikumpulkan dalam suatu kumpulan. Sebagai contohnya, diberikan item-item
yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin, baju hujan,
pen dan pensil. Kita boleh gunakan carta organisasi untuk mengelas itemitem tersebut. ( Rujuk kepada Rajah 1.2 pada Rujukan).

Ciri lain kemahiran berfikir secara kritis ialah meneliti bahagianbahagian Kecil dan Keseluruhan. Kemahiran ini dapat membantu kita melihat
dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme
atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan
keseluruhahan.

Setiap

bahagian

kecil

memberi

sumbangan

kepada

keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan


membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.
Sebagai contohnya, soalan objektif meneliti bahagian-bahagian kecil,
berdasarkan pemerhatian kamu (rujuk kepada Rajah 1.3 pada Rujukan),
kenal pasti tiga sifat fizikal bagi haiwan itu. (A. Beralun, berinsang, berbintik
,B. Kasar, berinsang, ekor bercabang ,C. Lembut, licin, bersegi empat ,D.
Bersirip, ekor bercabang, berjalur) .Jawapanya ialah D.

Di samping itu, meramal juga merupakan ciri bagi kemahiran berfikir


secara

kritis.

Langkah

penggunaannya

adalah

memerhatikan

atau

mengumpulkan maklumat. Selepas itu,tentukan corak atau pola yang terdapat

dalam kumpulan maklumat. Akhirnya buat jangkaan yang paling sesuai.


Sebagai contohnya ,meramalkan nombor seterusnya bagi pola nombor 2, 4,
6, 8, _, _, _ . Pertama sekali, mengenal pasti pola yang terdapat pada
susunan nombor tersebut. Didapati bahawa perbezaan antara dua nombor
berterusan ialah dua. Dengan kata lain, (nombor pertama + 2 = nombor
seterusnya). Dengan itu, kita boleh meramal nombor seterusnya dengan
menggunakan pola yang dikesan. Jawapan adalah 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14.
(8+2=10, 10+2=12, 12+2=14)

Salah satu ciri bagi kemahiran berfikir secara kritis ialah mengusul
periksa andaian. Cara yang digunakan ialah dengan menganalisis. Kita perlu
mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih
kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna
yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian,
memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
Kita hendaklah menentukan pendapat atau kenyataan. Selepas itu, cari
andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci. Renung
semula pendapat atau andaian kemudian. Akhirnya buat pernyataan yang
telah diperbaiki dengan sokongan fakta. Sebagai contohnya, buat analisis
bagi andaian "komputer adalah penting kepada kehidupan". Untuk megusul
periksa andaian kita perlu menentukan pendapat atau kenyataan komputer
adalah penting kepada kehidupan. Kita juga perlu huraikan andaian yang
tersirat

"penting

kepada

mengunakannya mencari

kehidupan"

dari

segi

computer

seperti

maklumat melalui internet, boleh mengisi masa

lapang dengan bermain permainan computer dan menyenangkan kiraan atau


lukisan yang susah. Kita membuat kenyataan yang telah diperbaiki iaitu,
Komputer adalah penting kepada kehidupan kerana komputer dapat mencari
maklumat melalui internet, boleh mengisi masa lapang, dan menyenangkan
kiraan atau lukisan yang susah.

Ciri lain bagi berfikir secara kritis ialah membuat Inferens.


Kemahiran ini membantu kita dalam membuat ramalan berhubung fenomena
tanpa bukti yang dapat dilihat secara terus. Proses membuat inferens
memerlukan kita menggunakan pengetahuan yang ada pada kita bagi
menyelesaikan masalah. Contohnya, cuaca hari ini mendung. Jadi, kita boleh
membuat inferens yang hari ini akan hujan lebat untuk satu tempoh masa.
Selain itu, kita juga boleh membuat inferens yang lain seperti hujan akan
turun tanpa henti hingga menyebabkan berlakunya banjir.

Kesimpuannya, kemahiran berfikir memainkan peranan yang


amat penting dalam kehidupan kita. Kemahiran berfikir akan menentukan
kehidupan seseorang itu. Oleh yang demikian, kita haruslah menguasai
kemahiran berfikir ini.

BIBLIOGRAFI
1.

Without Author ( 12 March 2008 ) . Guru yang Kritis , kreatif dan


inovatif .Internet .

http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97402.htm

2.

Azamri ( 12 March 2008 ) . Pemikiran Kritis. Internet .

pkukmweb.ukm.my/~azamri/modul_10_pemikiran_kritis.doc

3.Azraai ( 13 March 2008 ) . Pemikiran Kritis. Internet .

www.ftsm.ukm.my/azraai/TM2913/nota/M3.ppt

4.Without Author ( 13 March 2008 ) . Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan


Kreatif . Internet .
http://www.geocities.com/pspn_nsdk/kbkk.htm
5.

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal ( 13 March 2008 ) . Kemahiran


Berfikir Secara Kritis dan Kreatif . Internet .

http://members.tripod.com/~MUJAHID/kbkk.html

6.

Without Author ( 13 March 2008 ) . Kritis . Internet .

http://mahirkbkk.tripod.com/kritis.htm

7.

Without Author ( 13 March 2008 ) . Pengenalan Pemikiran . Internet


.

Refleksi
Apabila saya menerima Kerja kursus Pendek (KKP) ini , saya amat
bimbang akan bagaimana menyiapkannya. Hal ini disebabkan semester ini
baru kita mempunyai waktu kuliah bagi Kemahiran Berfikir dan saya tiada
pengalaman dalam menyiapkan kerja kursus mata pelajaran ini.
Walau bagaimanapun, setelah taklimat dan penerangan diberikan
oleh Encik Ladius Emor, saya baru mengurangkan kebimbangan saya kerana
apa yang perlu kita buat tiada sekatat sukar yang saya fikirkan. Selepas itu,
saya berusaha untuk mencari maklumat dari beberapa sumber iaitu, internet
dan buku rujukan dari perpustakaan.
Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya mempelajari banyak
perkara. Saya lebih memahami tentang kepentingan nilai gigih. Saya gigih
dan berusaha untuk mencari matlumat. Saya tidak berputus asa apabila
menghadapi halangan dan rintangan. Selain itu, saya juga mempelajari
bertanggungjawab. Saya haruslah berbuat demikian dengan menyiapkan
kerja yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Di samping itu, saya
mengetahui secara lebih mendalami tentang Kemahiran Berfikir.Hal ini amat
membantu dalam masa depan saya.
Akhir sekali, saya amat bersyukur dan menghargai Encik Ladius
Emor, dan rakan-rakan yang memberikan bantuan dan tujuk ajar dalam
penyediaan KKP ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Memang banyak
pembelajaran semasa menyediakan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai