Anda di halaman 1dari 10

Konsep & Pengelasan KKE

(Kompetensi Kecerdasan Emosi )


Disediakan oleh Wong Ing Wei Grace Yii Su Kiu PPISMP MT/ BI / BC (Sem3)

Konsep KKE
Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Dipanggil EQ(Emotional Quotient)seperti IQ(Intelligence).

Menurut Daniel Goleman dengan bukunya Working with Emotional Intelligence(1998) menyatakan bahawa Penilaian seseorang individu bukan sahaja diasakan kepada kecerdasan intelektual(IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi(EQ). Setiap orang dalam pengurusan organisasi dituntut untuk memiliki EQ yang tinggi supaya mendapat kejayaan.

Goleman berpendapat bahawa IQ bersifat relative tetap, sementara EQ boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.

Ciri-ciri berikut banyak berkait rapat pada emosi seseorang.


Kemahiran mendengar serta berkomunikasi verbal Respon yang inovatif serta kreatif dalam menangani halangan dan kegagalan. Urus diri yang baik, keyakinan diri, motivasi kerja, perasaan bangga diri terhadap pencapaian. Keberkesanan dalam kerja-kerja berpasukan, kemahiran interpersonal dan kebolehan menangani ketidaksetujuan atau perselisihan faham. Keberkesanan dalam organisasi, menyumbang kepada organisasi serta mempunyai potensi kepimpinan.

Pengelasan
Kompentensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Kompetensi Kecerdasan Emosi


(KKE)

Kompetensi Personal
- Kesedaran Kendiri
- Pengurusan Kawalan Kendiri - Motivasi kendiri

Kompetensi Sosial - Kesedaran


sosial (Empati) - Kemahiran Sosial

Kompetensi Kecerdasan Personal


Kesedaran Diri Kesedaran emosi kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya.Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan demikian individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri. Pengurusan kawalan kendiri Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti
kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi.

Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi.

Motivasi kendiri Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti
motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme.

Tiap-tiap aspek tingkah laku ini juga membentuk sesuatu individu dari segi pengurusan personal.

Kompetensi Kecerdasan Sosial


Kesedaran Sosial Kesedaran kendiri memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti
empati, orientasi khidmat, mengembangkan orang lain, melayani kepelbagaian dan kesedaran politik.

Kita akan lihat pada setiap jenis tingkah laku dan ciri-cirinya

Kemahiran Sosial Kemahiran sosial bererti sesuatu individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial seperti
pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, menyemai dan mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama, keupayaan berpasukan.

Kita lihat pada tingkah laku dan ciri-ciri yang patut ada bagi setiap aspek tersebut.

Anda mungkin juga menyukai