Anda di halaman 1dari 12

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan

satu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri


dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta
menguruskan emosi dengan baik ketika
berhubung dengan orang lain.
Goleman membahagikan kecerdasan emosi
kepada lima komponen utama iaitu tiga
komponen yang pertama berbentuk kompetensi
emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi
sosial.
Lima komponen tersebut adalah mengenali
emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri,
memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi
orang lain dan membina hubungan
Kompetensi emosi
Kompetensi diri
keprihatinan terhadap
kekuatan diri, aturan
kendiri dan motivasi
Kompetensi sosial
ditentukan berdasarkan
sifat empati terhadap
individu lain dan kemahiran
sosial.

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)
Menurut Marshall, Patricia (1996), istilah
kompetensi merupakan ciri potensi seorang
individu yang membolehkannya menghasilkan
prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas,
peranan atau dalam sesuatu situasi.
Menurut Whiddett dan Hollyfords (2003),
kompetensi ditakrifkan sebagai tingkah laku
yang didemostrasikan oleh individu secara efektif
atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks
organisasinya.
Ringkasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang
berkaitan dengan prestasi yang cekap dan tinggi
atas kerja yang ditugaskan.

Konsep Kesedaran Emosi Kendiri
Merujuk kepada pengenalpastian emosi diri
dan emosi orang lain.
Mengikut kajian McPhail, kesedaran emosi
mengandungi empat tahap, disusun secara
progresif, bermula dari kompetensi mengenal
pasti emosi diri dan emosi orang lain, diikuti
dengan aplikasi emosi, kemudian empati
emosi dan akhirnya emosionaliti

Konsep Pengurusan Emosi Kendiri
Cara untuk mengenal pasti emosi kendiri.
Dapat mengenal pasti jenis emosi yang kita
serta penyebab-penyebab yang mencetuskan
emosi tertentu.
Seseorang individu itu dapat mengurus
keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan
dan potensi dirinya sendiri.
Contoh boleh dilihat melalui dorongan dan
potensi yang seseorang individu itu peroleh
dia dapat menguruskannya dengan baik
melalui keadaan dalamannya

Model Pertama : Model Reuven Bar-On (EQ-i)

Reuvon Bar-On merupakan seorang ahli psikologi yang mengkaji bidang
Kecerdasan Emosi. Beliau telah membentuk Model Inventori
Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kaedah pengukuran yang digunakan
untuk menilai individu kerana kebergantungan serta kesahihan sesuatu
keputusan yang diperolehi. Kaedah ini bermatlamat mengenal pasti
kemahiran bukan kognitif seseorang sehingga menentukan kejayaan
dalam bidang-bidang dalam hidup mereka.

Selain itu, tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi
seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain.
Kaedah ini biasa digunakan bagi proses pemilihan pekerja (selection)
dan pembangunan kerjaya. ReuvenBar-On telah menyebutkan definisi
kepada Kecerdasan Emosi ialah sebagai serangkaian kemampuan,
kompetensi, dan kecekapan bukan kognitif, yang mempengaruhi
kemampuan seseorang untuk berhasil mengatasi tuntutan dan tekanan
lingkungan. Melalui definisi yang telah diberikan Reuven bar-On ,
dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan
kemampuan-kemampuan yang merangkumi pada aspek pengendalian
diri, kemampuan untuk memotivasi diri sendiri dan kemampuan untuk
mencari pemecahan masalah sebagai sebahagian daripada diri

intrapersonal
interpersonal
Mood am
Pengurusan
tekanan
penyelesaian
Model Kedua : Model Mayer & Salovey (4 Branch Model)

Pada tahun 1990 Mayer dan Salovey telah membawa dimensi
baru dalam Penilaian Pendidikan dengan memperkenalkan istilah
kecerdasan emosi (EQ) kepada dunia. Hal ini menyebabkan ramai
pakar mengatakan kegiatan manusia tidak hanya bergantung
kepada kecerdasan intelek (IQ) seseorang tetapi keputusan yang
mereka buat dalam banyak perkara juga bergantung kepada EQ.

Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi
secara spesifik ialah Mayer dan Salovey (1990). Menurut mereka,
kecerdasan emosi merujuk kepada :

"Emotional intelligence is the ability to perceive, to access and
generate emotions so as to assist thought, to understand
emotions and emotional knowledge, and to relectively regulate
emotions so as to promote emotional and intellectual growth".
(Mayer dan Salovey,1990)
Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa
kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan
menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut
mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan
seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan
orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan
untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran
dan tindakan. Contohnya, menggunakan perkataan kebolehan
tetapi bukan kemahiran





Definisi yang diberikan oleh Goleman (1998) kepada
Kecerdasan Emosi ialah kemampuan untuk mengawal
dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek
perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan
tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu
tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.

Goleman (1995) kemudiannya pernah mengatakan bahawa
penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan
kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualnya (IQ),
tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ)
yang ada pada dirinya. Bermaksud kecerdasan emosi
sebagai kebolehan mengenalpasti emosi diri sendiri dan
orang lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan
emosi dengan baik serta pembinaan hubungan antara
perseorangan.


Menurut buku The Emotional Intelligence yang ditulis oleh Goleman,
terdapat bukti kecerdasan emosi amat berkuasa malahan lebih berkuasa
daripada IQ dalam sebarang domain kehidupan manusia. Dalam erti kata
lain kecerdasan emosi lebih mampu mencorakkan kehidupan manusia
daripada kecerdasan azali (sedia ada). Dari sudut saintifiknya pula,
Mayer (1997), dalam bukunya Emotional Development and Emotional
Intelligence, telah mendefinisikan kecerdasan emosi (emotional
intelligence) sebagai keupayaan untuk menakul emosi terbahagi dalam
empat perkara iaitu mempersepsi emosi, menyepadukan emosi dalam
pemikiran, memahami emosi dan menguruskan emosi.


Tuntasnya dari pelbagai definisi dan pandangan yang dikemukakan di
atas, dapat disimpulkan bahawa kesemua konsep yang dikemukakan
telah dirangkum dalam definisi kecerdasan emosi yang dikemukakan
oleh Goleman iaitu Keupayaan seseorang menyedari dan mengenal
pasti perasaannya dan perasaan orang lain, mempunyai motivasi kendiri,
boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin hubungan
dengan mesra dan baik.



Dari definisi yang dikemukakan oleh Goleman (1999),
secara tidak langsung kita boleh memahami bahawa
terdapat lima domain dalam kecerdasan emosi.
Domain-domain yang dimaksudkan adalah


1) Self Awareness (menyedari emosi kendiri),


2) Self Regulation (mengawal emosi kendiri),

3) Self Motivation (motivasi kendiri),

4) Empathy (empati), dan

5) Social skill (kemahiran sosial)

Anda mungkin juga menyukai