Anda di halaman 1dari 1

Kaedah Paint With Number Untuk Membantu Murid Menguasai Teknik Basah Atas Kering

LOW JIA MIN


Pendidikan Seni Visual
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
E-mel : carmen_min94@yahoo.com

PN WINDAY SINI
Jabatan Hal-Ehwal Pelajar
Institut Pnedidikan Guru Kampus Gaya
E-mel : mywinday@yahoo.com

ABSTRAK

Secara umumnya, kreativiti kanak-kanak dapat diperkembangkan melalui aktiviti seni.Kanak-


kanak juga dapat meluahkan emosi mereka melalui mewarna dengan sama ada media kering
ataupun media basah. Justeru, kajian tindakan ini berfokus kepada pengkaji untuk membantu
murid menguasai teknik basah atas kering dengan mengunakan kaedah Paint With Number.
Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai teknik
basah atas kering bagi aktiviti catan.Sasaran responden terdiri daripada 6 orang murid tahun
4. Kajian tindakan ini dijalankan berdasarkan model Kemmis and Mc Taggart yang terlibat
dengan empat fasa iaitu fasa perancangan, fasa tindakan, fasa pemerhatian dan fasa
refleksi.Kaedah Paint with Number didapati berkesan membantu murid untuk
menghasilkan karya catan dengan teknik basah atas kering melalui kajian tindakan ini.
Murid-murid mewarna mengikut nombor yang telah ditunjukan pada templat yang diberikan.
Kaedah ini juga membantu murid menghasilkan karya catan yang lebih menarik dari segi ton
warna dan perspektif. Teknik basah atas kering ditindih secara berperingkat-peringkat untuk
menghasilkan kesan lutsinar. Proses ini telah memberikan motivasi kepada saya untuk
mendidik dan memberi bimbingan kepada murid-murid dengan kaedah yang berlainan dalam
bidang Pendidikan Seni Visual. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual, saya percaya
bahawa setiap murid dapat menghasilkan karya catan dengan teknik basah atas kering
berdasarkan kreativiti mereka masing-masing. Selain itu, mereka akan lebih berkeyakinan
untuk berkongsi idea mereka melalui menggambar.

Kata Kunci : lutsiar, mewarna, catan, teknik basah atas kering, nombor

Anda mungkin juga menyukai