Anda di halaman 1dari 174

TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan pengertian pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah; 2. menjelaskan matlamat pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah; 3. menjelaskan objektif pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah; 4. menerangkan pandangan tokoh-tokoh barat tentang seni visual; dan 5. menerangkan pandangan tokoh Timur dan Islam tentang seni visual. PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Apakah yang anda fahamkan tentang seni visual? Seni visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

Rajah 1.1 Sumber: http://images.google.com/images

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

1.1 PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 1.2: Pelajar sekolah rendah Sumber http://www.chungwa.edu.bn/images/enrolment/primary/pri_indexpic2.jpg

Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, anda patut lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, anda boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu: a. menggambar; b. membuat rekaan dan corak; c. membentuk dan membuat binaan; dan d. kraf tradisional. Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

1.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid anda seharusnya dapat: 1. menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan; 2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual; 3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya; 4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti; 5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual; 6. menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain; 7. menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa; 8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya; 9. menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup; dan 10.menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. 1.4 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT TENTANG SENI VISUAL Mari kita menghayati pendapat dari tokoh-tokoh barat berikut:

Plato Aristotle Pestalozzi Herbert Read Frank Cizek John Dewey

Walter Gropius Efland dan Chapman Lansing June McFee Feldman

ACTIVITY

Semasa membaca mengenai pendapat setiap tokoh di bawah ini, cuba anda catatkan penekaan dan sudut pandangan dalam petikan itu.

a. Plato (427/428 Sebelum Masehi 347 Sebelum Masehi)

Sumber: http://www.ironorchid.com/clipart/person/plato.html

Pada pendapat Plato: lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran; seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan; seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan; dan seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan. Pada zaman itu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikan atau nilai moral, kesejahteraan dan keindahan.

Rajah1.3: Bidang seni kini

Plato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya, dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat. Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu. Idea atau konsep objek tukang pembuat itu pula meniru konsep sebenar objek itu yang diberi oleh tuhan. Maka lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran. (Pendapat ini telah menyebabkan ramai memandang rendah kepada seni lukis. Bagaimanapun pendapat ini telah membawa pelajar teragongnya iaitu Aristotle kepada konsep baru mengenai lukisan). Mengikut Plato, walaupun cerita dalam puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca puisi mendapatkan ilham dari dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi. Maka puisi itu bukan ilmu mengenai kebenaran. b. Aristotle (384 Sebelum Masehi 322 Sebelum Masehi)

Sumber: http://clendening.kumc.edu/dc/pc/a.html Pada pendapat Aristotle: pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi stuktur bentuk yang universal kepada benda alam; dan pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan stuktur bentuk dalam cerita puisi itu.

Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi menberi stuktur bentuk yang universal kepada pokok. Dengan stuktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu adalah baik. Dengan stuktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik. Aristotle memberi penekanan kepada bentuk dan stuktur sesuatu hasil atau karya.

c. Pestalozzi (1746 1827)

Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/pestalozzi.html

Pada pendapat Pestalozzi, semua kanak-kanak sepatutnya diberi peluang belajar seni sama ada berbakat seni atau tidak. Caranya adalah seperti belajar tulisan dan geometri dan tidak beza dari mata pelajaran lain. Konsep ini memberi penekanan kepada kepentingan aktiviti mata dan tangan tetapi tidak pada keistimewaan seni yang membezakannya sebagai satu disiplin tersendiri. Pestalozzi juga percaya bahawa kerja tangan atau kraftangan mestilah juga diajar dengan menekankan konsep pendidikan sepanjang hayat (life -long) terhadap aktiviti-aktiviti bercorak praktikal. d Herbert Read

Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/herbetread.html Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah seperti Education Through Art dan History of Moden Art. Beliau telah menyentuh tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan

bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukan 3 perkara penting dalam seni seperti berikut:

o ekspresi diri dan komunikasi; o pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak; dan o apresiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.

Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan hujahan terkenalnya mengenai Moden Art is as old as man. Beliau juga mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa dengan konsep Global Art. Seperti pendapat Yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua negara. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.

ACTIVITY

Kalau anda berminat, bincangkan mengenai kesan berantai di mana perpaduan membawa ke kemakmuran, kemakmuran membawa ke perkembangan ilmu seni dan seterusnya. Tahukah anda bagaimana kedudukan batik hari ini boleh menjadi alat perpaduan antarabangsa? e Frank Cizek (1865 1946)

Sumber: http://www.aeiou.at/aeiou.encyclop.data.images.c/c505882a.jpg

Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam pendidikan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri. Berbeza dari orang dewasa, kanak-kanak mempunyai impuls kreatif yang tersendiri dan haruslah digalakkan untuk memajukan keindividualan sendiri mengikut kemampuannya. Kanak-kanak perlu dibebaskan dari kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilangkreativiti dan sifat keperibadian diri. Cizek mencadangkan agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila mencapai tahap tertentu, kanak-kanak boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni sebagai suatu pengukuhan. Cizek menyeru untuk membebaskan kanak-kanak dari nilai-nilai yang dipaksakan dari kaca mata orang dewasa. Keperluan asasi kanak-kanak dipentingkan dan kanak-kanak dikatakan adalah suci dan tulen seperti kertas putih. Apabila kanak-kanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, wujudlah suasana gembira dan suka riang. Minat belajar dan minat untuk memajukan diri meningkat. Maka kanak-kanak sedia untuk belajar dan ingin hendak belajar. Kenyataan ini juga telah membawa ke perkembangan cabang terapeutik seni, cabang kraf untuk kanak-kanak bermasalah dan seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran lain.

Sebagai guru, anda perlu menghadapi cabaran baru dan masalah bagaimana mencetuskan cara untuk memajukan imaginasi kanak-kanak. Banyak masa dan tenaga diperlukan untuk mengkaji dan mendekati kanak-kanak. ACTIVITY Adakah ini bermaksud guru boleh mengambil kesempatan untuk biar murid membuat apa sahaja sesuka hati? Mengapa? f. John Dewey (1859 1952)

Sumber: http://www.bealt.barnard.columbia.edu.amcw.images.html

Dewey membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual (kecerdasan fikiran) melalui seni. g. Walter Gropius (1883 1969)

Sumber: http://www.anxo.org/artigos/050600.html

Walter Gropius berpendapat bahawa Seni Visual seharusnya berfungsi dalam memberi faedah kepada kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsip asas reka ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetik telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas elektrik, kenderaan, bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan khas terhadap bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan senireka, seni komersial dan seni dalam kehidupan seharian. F Efland dan Chapman Efland dan Chapman berpendapat bahawa: o seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kepada kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat; dan o seni sangat bermakna jika kreativiti menjadi unsur yang diutamakan dan masyarakat menitikberatkan imaginasi yang direalitikan. Efland juga berpendapat bahawa teori seni seharusnya dipadankan dengan teori pendidikan yang melibatkan nature of art di

10

gabungkan dengan the nature of knowledge disamping the value and process of teaching. G Lansing

Lansing berpendapat bahawa seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor. Oleh itu, seni akan membantu seseorang itu membesar dengan kekuatan otak kiri (hoki) dan otak kanan (hoka).

June McFee

Sumber: http://aad.uoregon.edu/FCKeditor/cffm/custom/images/aad/research/mcfee.gif

McFee menekankan lebih kepada kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya sesuatu kaum. Bertitik tolak daripada aspek budaya inilah seni akan diterus dan dikembangkan. Feldman

Feldman membuat pernyataan yang hampir sama dengan McFee yang menekankan bahawa seni dan kebudayaan itu menjadi tunjang pembangunan seni kepada manusia.

11

1.4.1 Membina Konsep Kendiri Berdasarkan Konsep Seni Visual Barat a. Pendidikan Seni Visual seharusnya membantu dan membentuk daya kreativiti pelajar. b. Ia suatu proses untuk mengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan dalam Seni Visual. Melalui pelbagai teknik yang mereka pelajari, pelajar mula mengukuhkan sikap kendiri mereka. c. Seni seharusnya membantu dan menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya mereka. d. Menghargai dan memulihara seni merupakan pertimbangan yang paling ideal untuk memartabatkan seni visual secara global. e. Menghargai dan menyedari semata-mata juga tidak mencukupi kerana melalui kesedaran ini muridmurid seharusnya semakin kreatif dan produktif. f. Jauh lebih penting diperingkat global, ia membentuk sikap JERI seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menjadi tunjang utama dalam pemupukan dan pembinaan insan yang literal mengenai Pendidikan Seni Visual. g. 1.5 PANDANGAN TOKOH TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI VISUAL

Rajah 1.4: Seni Islam Sumber: photos1.blogger.com/img/11/1288/1024/abstrak.jpgl

1.5.1 Muslim Muslim dalam Kitab Al-Iman menyatakan bahawa apabila orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dengan objek alam semulajadi, akan dapat mencipta suatu karya atau sekurang-kurangnya dapat menghargai objek tersebut.

12

Mengikut pandangan Islam, Allah adalah yang maha berkuasa, maha esa dan maha indah. Segala seni perlu dikaitkan dengan kebaikan. Akhlak dalam ajaran agama adalah penting. Al-Ghazali menulis mengenai keindahan cinta pada tuhan dan keindahan berada di sisi tuhan. Tokoh lain yang terkenal adalah seperti Sidi Ghazali, Ibnu Khaldun dan Yusof al Qardawi.

ACTIVITY Cuba anda cari maklumat lanjut mengenai pandangan Islam terhadap seni dari sumber yang bertauliah.

1.5.2 Membandingkan Pandangan Al-Ghazali dengan Sidi Ghazalba dari Perspektif Islam a. Al-Ghazali Menurut Al-Gahzali: o seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah; o seni menuju kepada Al-Falah, untuk keredaan Allah dan menghindarkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah; dan o seni dijadikan sebagai pemangkin untuk ketaqwaan. Melalui karya seni, sifat tawaduk akan lebih tertampil dan lebih beriman kepada Allah. b. Sidi Ghazalba Menurut Sidi Ghazalba: o seni tidak ekses (melampaui batas-batas kesusilaan); o seni untuk Islam, bertunjangkan dari Allah untuk Allah; o keindahan yang dihasilkan dari ilham seni seniman bertunjangkan kepada mardatillah ; dan o seni membentuk peribadi muslim ke arah yang lebih mantap dan beriman. 1.6 SEJARAH PENDIDIK SENI VISUAL Jadual 1.1: Perkembangan Seni Visual Barat Zaman / Abad Tokoh-tokoh Media yang Digunakan Zaman Yunani Polygnotos Protogenes Zeuxis Apelles fresko mozek Hal Benda yang Dipaparkan adat istiadat agama

Zaman Renaissance (abad ke-14 - abad ke16)

Leonardo Da Vinci Albrecht Durer

fresko cat tempera cat minyak cat air

kitab suci agamaKristian potret peperangan

13

(abad ke-19 - abad ke20) Gaya baru: abstrak dan semi abstrak

Paul Cezanne Vincent Van Gough Henri Matisse Pablo Picasso Salvador Dali Jackson Pollock Roy Lichtenstein Victor de Vasarely Carl Andre Has Haacke

cat minyak cat enamel cat aluminium cat campuran

alam benda pemandangan lanskap kegiatan manusia konsep karyaan secara tidak diduga melalui eksperimen

Tahukah anda bahawa seni visual berbentuk catan bermula pada zaman Yunani dengan menggunakan media fresko atau mozek? Hal benda yang dipaparkan ialah peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Pelukis-pelukisnya terdiri daripada Polygnotos, Protogenes, Zeuxis dan Apelles.

Seni visual seterusnya mengalami zaman kemuncaknya di Eropah pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Zaman kemuncak ini berlaku pada Zaman Renaissance atau Zaman Pembaharuan. Media yang digunakan terdiri daripada fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Hal benda yang diperkatakan berkisar mengenai kitab suci, agama Kristian, potret dan peperangan. Pelukis-pelukis yang terkenal pada zaman itu ialah Leonardo Da Vinci (Itali 1452 1519) dan Albrecht Durer (Jerman 1471 1528)

Pada abad ke-19 hingga abad ke-20 pula, muncul catan gaya baru iaitu semi abstrak dan abstrak. Pada masa ini media yang digunakan terdiri daripada cat minyak, cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Hal benda yang ditampilkan berkaitan dengan alam benda, pemandangan, lanskap, kegiatan manusia dan konsep karyaan secara tidak diduga melalui eksperimen. Gaya catan ketika itu dipengaruhi oleh aliran isme seperti Impresionisme, Ekspresionisme, Ekpresionisme Abstrak, Kiubisme, Seni Pop, Seni Op, Seni Minimal dan Seni Konseptual. Pelukis-pelukis yang terlibat terdiri daripada Paul Cezanne, Vincent Van Gough, Henri Matisse, Pablo Picasso, Salvador Dali, Jackson Pollock, Roy Lichtenstein, Victor de Vasarely, Carl Andre dan Has Haacke.

14

Jadual 1.2: Perkembangan Seni Visual Malaysia Perkembangan Seni Visual Malaysia 1930-an 1940-an Perkembangan seni visual bermula. Pendekatan kaedah seni catan easel. Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat.

1950-an

Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat. Hal benda seni potret yang realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak.

1960-an

Pertembungan stail Timur dan Barat lebih berkembang dan berdaya saing lagi.

1970-an

Menampilkan banyak lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-pelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-isme barat.

1980-an 1990-an

Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas. Kebangkitan seni Islam mempengaruhi peluasan seni visual.

Perkembangan seni visual di Malaysia menyerlah bermula pada tahun 1930-an hingga 1940-an yang memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel dengan mengambil tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat. Pada tahun 1950-an, berlaku pertembungan stail Timur dan Barat yang menggunakan hal benda seni potret yang realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak. Menjelang tahun 1960-an situasi ini menjadi lebih berkembang dan berdaya saing lagi. Era 1970-an menampilkan banyak lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-pelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-isme barat seperti Ekspresionisme, Ekspresionisme Abstrak, Minimal, Pop, Op Dan Realisme. Akhirnya menjelang tahun 1980-an hingga 1990-an, perkembangan seni memuncak dan lebih meluas. Kebangkitan seni Islam mempengaruhi terhadap peluasan seni ini di instiusi pengajian tinggi.

15

1.7 PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Rajah 1.5 Sumber: http://www.icfdn.org/events/cryland/gallery/images/ch

Seringkali masyarakat merasa risau dan takut anak-anak mereka tidak mengenal huruf atau nombor sebagai asas membaca, menulis dan mengira. Namun, mereka juga seharusnya bimbang kalau anak-anak mereka tidak dapat melibatkan dan menguasai asas pengamatan tampak menerusi aktiviti seni. Ini akan menghalang kanak-kanak itu daripada menerima pengalaman tampak yang boleh didapati menerusi interaksi deria tampak melalui simbolsimbol tampak di sekeliling mereka. Pendidikan Seni Visual berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.

Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanakkanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran.

Dalam situasi lain, Eisner (1980) mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah menggunakan kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. Ini adalah keupayaan yang amat diperlukan dalam proses kehidupan mereka.

Feldman (1976) mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.

16

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Akhir sekali, Fuller dan Pribble (1982) dan Ross (1983), mendapati kanak-kanak boleh belajar dengan baik dalam melahirkan lukisan-lukisan kartun yang berunsur politik. Contoh ini dapat membuktikan kemampuan kanak-kanak di dalam membuat keputusan sesuatu karikatur yang sesuai untuk sesuatu idea secara tampak dan menentukan bagaimana melakar sifat-sifat fizikal imej karikatur dalam usaha melahirkan pendapatnya. ACTIVITY

Kalau anda minat, carilah maklumat lanjut mengenai sekolah seni. Apakah kelebihannya berbanding dengan sekolah biasa? RUMUSAN

Dalam topik ini, anda telah didedahkan kepada ruang lingkup dan pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Visual. Walaupun ruang lingkup ini meluas dan global sifatnya, kita perlu menumpukan tasawwur Pendidikan Seni Visual sekolah rendah berpandukan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran. Anda juga seharusnya dapat mengenal pasti bidang-bidang kemahiran pendidikan seni visual yang diajar di sekolah rendah disamping menyerap maklumat dan input-input yang seharusnya disogok kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Memahami Sukatan Pelajaran dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memudahkan persediaan anda menjadi bakal guru pendidikan seni visual sekolah rendah yang mantap. GLOSARI Al- Falah Jalan Allah Ekses Melampaui batas/norma/susila Ekspresi Luahan idea/perasaan/sentiman Estetik Kecantikan Imaginasi Gambaran/kerangka imej Inovatif Mengubahsuai kepada yang lebih baik dan menarik Intuisi Gerak hati, rasa qalbu

17

Inventif Merekacipta, merekabentuk, cari dapatan baru Isme Aliran/fahaman Karaktor Kartun berwatakkan manusia Mardatillah Diredhai Allah Persepsi Tanggapan/pegertian yang tajam Persuasive Meyakinkan Representatif Penyataan semula/gambaran semula/penampilan semula Tawaduk Merendah diri Universal Sejagat, umum

UJIAN 1

Apakah yang anda faham mengenai nilai-nilai estitik? Dengan memilih satu produk dalam pendidikan seni visual, huraikan bagaimana nilai-nilai estetika dapat diaplikasi dengan berkesan. UJIAN 2

Berdasarkan pengurusan grafik di bawah ini cari persamaan dan perbezaan di antara konsep seni Barat dan seni Islam/Timur

KONSEP SENI TIMUR/ BARAT PERSAMAAN 1 2 3 4 5 6

18

PERBEZAAN BARAT 1 2 3 4 5 TIMUR 1 2 3 4 5

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN

Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR remaja; 2. membanding bezakan setiap satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 3. menunjukkan proses pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual. GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

19

2.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual 2.1.1 Pengenalan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual mengandungi bidang-bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran; dan aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan untuk diikuti oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam sukatan pelajaran, pengetahuan kemahiran dan nilai dibahagikan kepada unit kecil dan dijelmakan ke dalam aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif yang dihasratkan.

2.1.2 Hasil Pembelajaran Berikut adalah hasil pembelajaran sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual:

20

Pada akhir sub topik ini anda dapat: i. ii. Menjelaskan matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual KBSR; Menerangkan bidang-bidang kegiatan yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan mencerakinkan aktiviti untuk setiap bidang mengikut bidang kegiatan, jenis teknik dan kandungan penghasilan; iii. Membanding beza hasil pembelajaran untuk aktiviti pembelajaran yang berlainan yang disediakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSR; iv. v. Mengagihkan bidang dan jenis kegiatan mengikut semester; dan Menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyediakan hasil pembelajaran yang khusus. 2.1.3 Kandungan Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disediakan mengikut: matlamat; objektif; organisasi kurikulum; dan kandungan. 2.1.4 Matlamat Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disediakan mengikut: Matlamat Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan proaktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dam negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.1.5 Objektif ACTIVITY Cuba anda senaraikan sepuluh objektif yang terkandung dalam Sukatan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.

Anda telah mengenali Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) semasa mengikut pelajaran Major anda dan Ilmu Pendidikan. Adakah anda masih ingat FPK dan perkara berikut?

21

Rajah 2.1

ACTIVITY Rujuk kepada FPK dan cuba senaraikan perkara yang anda belajar dalam konsep pendidikan seni visual yang boleh dihubungkaitkan dengan hasrat FPK, matlamat dan objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.

ACTIVITY Dengan menggunakan peta minda, terangkan bagaimana anda dapat memupuk nilai-nilai tersebut dalam diri anda dan murid-murid.

2.1.6 Organisasi Kurikulum

Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut: a. pemerhatian secara aktif; b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan; c. apresiasi Seni Visual secara mudah; dan d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh dibandingkan dengan aspek (ii) dan (iii) dalam model Chapman. Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan dengan aspek (c) dan di atas.

22

a. Pemerhatian yang Aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: o pengetahuan sedia ada murid; o benda yang konkrit; o minat, kecenderongan dan latar belakang murid; o bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan o mencetus idea dan imaginasi. b. Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan o aktiviti kecil mudah ringkas; o cuba mencuba, suaikenal dengan bahan; o penemuan oleh murid sendiri, uji menguji; o mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; o bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba; o aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan o menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

(ii) penghasilan / membuat o penggunaan alat bahan dan teknik; o tatacara, langkah dan proses membuat; o amalan tertib kerja; o keselamatan semasa bekerja; dan o penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

c. Apresiasi Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: o aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk; o aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda; o aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;

23

o penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; o perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan o penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

d. Menghargai Nilai Baik dalam Semua Aspek Kehidupan o nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan; o nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian; o tindakan susulan; o mencintai alam kehidupan; o nilai patriotisme dan nilai murni lain; o kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan o Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian. 2.1.7 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang

Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah seperti berikut: Menggambar Membuat corak dan rekaan Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setiap jenis aktiviti melibatkan pelbagai alat, bahan dan teknik. Setiap kandungan bidang pula boleh dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang sesuai dengan tahap, minat, latar belakang dan kecederungan murid.

ACTIVITY

Bolehkah anda tunjukkan bahagian ini dengan satu rajah Pengurusan Grafik? ACTIVITY

Terangkan bagaimanakah rajah di bawah ini membantu anda.

24

Bidang

Jenis Kandungan Tajuk Saya dan kakak saya menyiram bunga di halaman bunga. i. Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapat menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat. Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut iaitu seperti saiz, warna, lembut atau keras

1 Menggambar Kolaj Keluarga

2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (P&P PSV) KBSR 2.2.1 Pengenalan Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, anda perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, anda haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak dicapai.

Di antara strategi-strategi yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

25

Rajah 2.2 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

Sudahkah anda dapat buku yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum? Adakah anda sedang berkongsi salinan buku-buku tersebut bersama rakan anda?

Anda telah mempelajari strategi-strategi ini dalam ilmu pendidikan dan mata pelajaran major anda. Kita akan lihat bagaimana strategi ini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).

Pada akhir sub topik ini anda seharusnya dapat: i. ii. iii. mengenali dan menjelaskan strategi-strategi P&P PSV KBSR remaja; membanding bezakan setiap satu strategi; menunjukkan proses pelaksanaan strategi P&P dengan contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual; dan iv. mengaplikasi strategi di dalam perancangan P&P PSV KBSR.

2.2.2 Konstruktivisme

26

a. Pengertian Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.

Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.

Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara Konstruktivisme.

Imbas kembali tajuk ini yang anda pelajarai dalam ilmu Pendidikan dan Major anda berkenaan dengan perkara berikut: o huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh McBien & Brandt, (1997), Briner. M, (1999), dan Brooks & Brooks (1993); o ciri pembelajaran secara konstruktivisme; o kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme; o peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis; dan o perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme.

Cuba anda sediakan isi penting untuk perkara tersebut:

Kita akan membincangkan contoh bagaimana strategi ini boleh dilaksanakan dalam P&P PSV. Terlebih dahulu, mari kita mengenalpasti ciri-ciri konstruktivisme semasa kita aplikasikan 4 aspek utama organisasi kandungan menggunakan model pelajaran Chapman. (rujuk sub topik 2.1.6 Organisasi Rekaan)

(i) pemerhatian

27

(ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

Dalam rajah A dan B, perhatikan senarai perkara berikut: A. Perkara yang diberi perhatian dalam pelaksanaan strategi model pelajaran Chapman (rujuk sub topik 2.1.6). B. Perkara yang diberi perhatian dalam strategi konstrutivisme. Bolehkah anda meneroka dan tambah pada senarai itu?

Rajah A Aspek Pemerhatian o o o o o o melibatkan sensitiviti deria pengetahuan sedia ada murid benda yang konkrit minat, kecenderongan dan latar belakang murid bahan, bunyi, pergerakan dan aksi mencetus idea dan imaginasi

Rajah B o o o o o o o pengetahuan sedia ada membina pengetahuan baru interaksi dengan objek dan idea mencari idea, buat kajian berinteraksi dengan bahan dan idea proses inkuiri refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea

Aspek Penerokaan o o o o o . cuba-mencuba, suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid sendiri, uji menguji mencari alternatif, variasi dan kemungkinan lain aktif melibatkan pelbagai kecergasan

Aspek Penghasilan/Membuat: o o o penggunaan alat bahan dan teknik . penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk hasil

Aspek Apresiasi

28

o o o o

.. perasaan, penghargaan dan refleksi diri tindakan susulan ..

Cuba anda catatkan perkara yang menunjukkan bahawa pelajar: o tidak menerima pengetahuan secara pasif dari guru tetapi dapat membina pengetahuan baru dari pengetahuan sedia ada. o menyesuaikan dan menguji pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada interaksi yang aktif dengan bahan dan objek yang ada dalam pengetahuan sedia ada. o menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan apa yang mereka telah bentuk supaya dapat menerangkan maklumat baru. o membentuk peraturan melalui refleksi terhadap interaksi dan ujikaji yang dialami. ACTIVITY

Adakah anda juga sentiasa membina pengetahuan baru secara ini? Cuba berkongsi pengalaman anda dengan rakan anda. Adakah anda boleh jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar topik ini untuk belajar topik-topik seterusnya?

Rumusan

Kita akan mengingat kembali bahawa pendekatan konstruktivisme mengajar kita untuk menyusun satu tanggapan dan konsep serta pengetahuan baru jika dirancang dan disusun dengan teliti. Ini sesuai dengan pandangan Hilda Taba bahawa kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan Struktur Minda manusia. Struktur berkait dengan Kognitif, Ingatan dan Luahan Semula (Memory and Retention), Pemiki ran Bercapah, Pemikiran Bertumpu dan Penilaian

29

2.2.3 Teori Kecerdasan Pelbagai a. Pengertian Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing, perceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.

Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai: o kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar; o kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan o kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Rajah 2.3 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

30

ACTIVITY Murid meniru aksi pekerja menyusun bata di atas tembuk yang tinggi dan yang rendah.. Murid menggayakan aksi seperti sedang memandu kenderaan. Murid meniru bunyi kenderaan bergerak. Murid menggayakan aksi seperti sedang berjalan dalam air banjir. Murid meniru muzik dalam iklan. Murid menyebut ejaan untuk nama objek. Murid membandingkan panjang objek dengan panjang jarinya. Murid membilang bulatan yang telah dilukis. Dua orang murid bersama-sama menggayakan pergerakan diri di atas jongkang-jongkit.

Untuk setiap contoh di atas, cuba anda catatkan kecerdasan yang terlibat. Terangkan bagaimana contoh itu boleh digunakan dalam pelajaran dalam PSV. Kelaskan pengetahuan, kemahiran dan nilai (PKN) itu.

Rumusan Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, sebagai guru, anda boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam diri anda dan juga dalam pelajar-pelajar anda.

ACTIVITY Ingat! Anda patut cabut isi penting dan kemudian dapatkan contoh sedia ada PSV dari sekolah. Teliti dan pilih contoh mengikut bidang kegiatan. Kenal pasti bagaimana isi penting boleh dikaitkan dengan contoh. Kongsi pengalaman anda bersama guru, rakan dan tutor. 2.2.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

Sumber: http://www.childrenhospitalschool.leicester.sch.uk

31

a. Pengertian Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat sebagai satu alat tambahan kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.

Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah, bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media.

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Penggunaan Teknologi dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

b. Rumusan

Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepasa kemampuan teknologi itu sendiri. Ia berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik. 2.2.5 Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) a. Pengertian Pembelajari Akses Kendiri (PAK) adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada pelajar.

Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan anda sebagai guru. Anda perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan keperluan pelajar. Pembelajaran ini lebih fleksibel, tanpa tekanan dan pelajar dapat belajar secara persendirian atau kumpulan mengikut kadar kemampuan pelajar. Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri

32

b. Rumusan Untuk mempastikan keberkesanan program PAK, anda perlu sentiasa mempertingkatkan kualiti dan mempelbagaikan bahan untuk menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan di pusat PAK. Anda, sebagai guru, mesti memastikan bahan di pusat PAK adalah mencabar dan menarik untuk ketekalan penggunaan pusat PAK. 2.2.6 Pembelajaran Masteri a. Pengertian Pembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa yang diajar dahulu sebelum berpindah ke unit yang baru.

Sekiranya pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah memahaminya, diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, aktiviti pengajaran perlu menarik, keupayaan pelajar dinilai semasa aktiviti pembelajaran.

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Masteri b. Rumusan Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 2.2.7 Kajian Masa Depan a. Pengertian Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah.

Untuk mencapainya pelajar diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai positif.

33

Rajah 2.5 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

b. Rumusan Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku. 2.2.8 Pembelajaran Secara Kontekstual a. Pengertian Pembelajaran Secara Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman individu dan masyarakat dalam kehidupan harian.

Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti hands on dan mind on.

34

Rajah 2.6 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajarn secara kontekstual.

b. Rumusan

Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

35

2.2.9 Pembelajaran Secara Kontekstual a. Pengertian Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif.

Rajah 27 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Kemahiran berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

36

b.

Rumusan Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

c. Refleksi Adakah anda dapat jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar seperti yang dicadangkan dalam bahagian Konstruktivisme untuk belajar topic-topik tersebut? Mengapa? Bagaimana? Apakah tindakan susulan anda? Adakah cadangan itu membantu meningkatkan keberkesanan belajar anda? Mengapa? Bagaimana? Apakah tindakan susulan anda? 2.3 PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR 2.3.1 Konsep Pengujian dan Penilaian Pengujian bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem.

Misalnya, anda meminta murid-murid anda mengisi maklumat peribadi untuk melihat minat atau hobi serta kebolehan murid-murid anda. Dengan cara yang sedemikian mudahlah anda untuk mengkategorikan pelbagai minat dan kebolehan pelajar melalui rekod peribadi murid.

Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat dalam bentuk nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh. Menurut Stevens (1951) pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Tegasnya pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.

Pentingnya dalam pengujian dan pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu benar atau sah. Pengguna ujian hendaklah menentukan jenis maklumat yang diperlukannya. Tugas penggubal ujian ialah untuk membekalkan ujian yang dapat memberikan maklumat yang diperlukan itu. Jadi, pertama sekali, seorang guru Pendidikan Seni haruslah jelas akan tujuan menguji dalam bilik darjah. Tugas kedua ialah untuk mendapat suatu ujian yang dapat memenuhi kriteria pelajar dari kemahirannya.

Penilaian boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang wajar. Jadi tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur. Anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual perlu menguji dan mengukur kemahiran pelajar sebelum anda dapat membuat penilaian. Secara mudahnya, pengujian akan menjadi asas yang terawal, diikuti dengan pengukuran dan akhirnya penilaian. Penilaian merupakan aspek yang terpenting dalam sesuatu pengukuran. Terserahlah kepada anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual untuk membuat tafsiran penilaian anda. Ia boleh ditafsir dalam bentuk markah, gred, prestasi dan kriteria lain asalkan menepati sasaran dan tujuan penilaian.

37

(a) Tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual

Tujuan pengujian dalam Pendidikan Seni Visual adalah untuk: i. ii. memperoleh maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran; memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria yang sesuai bagi sesuatu tujuan termasuk mewakili sekolah untuk pertandingan Pendidikan Seni Visual; iii. iv. v. vi. memilih murid untuk tugas tertentu; mengkategorikan murid-murid; menggerakkan atau memotivasikan pembelajaran; dan menyelidik atau menyiasat pembelajaran dan pembelajaran di kalangan

2.3.2 Penilaian Formatif dan Sumatif Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian yang mengukur kemajuan murid, iaitu ujian yang dijalankan dalam bilik darjah dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kejayaan dan kegagalan pelajar. Penilaian ini merujuk kepada sesi soal jawab yang dikendalikan dalam bilik darjah, kuiz, lembaran kerja seni, menggambar, mencorak, membentuk binaan dan kraf. Cara pengujian ini tidak formal. Namun begitu ujian formatif ini boleh dilakukan secara formal, biasanya di dalam bentuk ujian bulanan. Maklumat yang diperolehi akan membantu guru menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran terutama sekali aktiviti pemulihan pelajar lemah.

Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun sesuatu kursus bagi tujuan menggred. Antara contoh penilaian sumatif ialah Peperiksaan semester-semester di universiti-universiti atau institusi pengajian, UPSR, PMR, SPM dan STPM.

2.3.3 Penilaian Berasaskan Sekolah Penilaian ini berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini menunjukkan reaksi pelajar yang membawa kepada pencapaian untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam KBSR. Alat-alat dan bahan-bahan ujian dibina oleh sekumpulan guru di sesuatu daerah dengan bimbingan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam sebutan yang lain, penilaian berasaskan sekolah (PKBS) ini diselaras secara berpusat. Sekaligus pencapaian yang disasarkan akan menjurus kepada matlamat dan objektifnya. Proses pemusatan mengikut daerah ini mengambil kira kesesuaian atau keserasian keperluan pelajar disamping aras pemikiran pelajar. Penekanan terhadap perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor dapat diimplementasi dengan terancang.

PKBS dikendali melalui tiga cara iaitu: pemerhatian, lisan, bertulis dan amali.

38

Penilaian PKBS dikendalikan secara formatif dan sumatif. Apapun jenis penilaian yang akan dikendalikan, penekanan pembinaan individu murid dari konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) menjadi pilihan utamanya. Akhir penilaian PKBS ini akan dapat merumus kekuatan dan kelemahan murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Apakah tindakan seterusnya? Kajian tindakan untuk meminimakan kelemahan pelajar dilakukan dan di atasi untuk proses peningkatan dari masa ke semasa. Penilaian PKBS Pendidikan Seni Visual menekankan kaedah pemerhatian bagi tujuan penilaian afektif dan pentaksiran hasil kerja bagi menilaian kognitif dan psikomotor.

2.3.4 Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk: i. mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam; ii. iii. iv. membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual; memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor; memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri; v. vi. vii. meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi; melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang. 2.3.5 Penilaian Portfolio Zaman / Abad Tokoh-tokoh Media yang Digunakan Zaman Yunani Polygnotos Protogenes Zeuxis Apelles fresko mozek adat istiadat agama Hal Benda yang Dipaparkan

Zaman Renaissance (abad ke-14 - abad ke-16)

Leonardo Da Vinci Albrecht Durer

fresko cat tempera cat minyak cat air

kitab suci agama Kristian potret peperangan

(abad ke-19 - abad ke- 20) Gaya baru:

Paul Cezanne Vincent Van

cat minyak cat enamel

alam benda pemandangan

39

abstrak dan semi abstrak

Gough Henri Matisse Pablo Picasso Salvador Dali Jackson Pollock Roy Lichtenstein Victor de Vasarely Carl Andre Has Haacke

cat aluminium cat campuran

lanskap kegiatan manusia konsep karyaan secara tidak diduga melalui eksperimen

Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.

Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar. Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas.

Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.

Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik.

40

RUMUSAN

Anda seharusnya telah mengenal dan memahami secara mendalam isi kandungan sukatan pelajaran KBSR Pendidikan Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur perancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada menggambar, membuat rekaan dan corak, membina dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional perlu diatur susunan perancangannya sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secara saksama dan seimbang. Bagi setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi mungkin akan diapilkasikan dalam satu topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan. Akhirnya buat penilaian. Anda boleh memilih penilaian secara formatif atau sumatif . Apa pun penilaian yang anda lakukan, objektifnya ialah untuk mengukur keupayaan murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tadi. GLOSARI Alternatif Pilihan Analogi Persamaan Apresiasi Penghargaan Behaviorisme Fahaman dari teori tingkah laku Hipotesis Andaian Inferens Kesimpulan Imaginasi Kerangka idea Kendiri Kenali diri Kognitivisme Fahaman dari teori pemikiran Konstruktivisme Pengukuhan, pembinaan konsep Manipulasi Mengendali dengan cekap Variasi Pelbagai

41

UJIAN 1

Berdasarkan maklumat yang anda perolehi daripada modul ini, beri contoh aktiviti P&P yang menggunakan 2 strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk satu bidang kegiatan. Jelaskan jenis kegiatan dan kandungan yang anda pilih.

UJIAN 2

Cuba laksanakan aktiviti dalam Ujian 1 di atas di bilik darjah. Apakah perasaan anda? Buatlah perbandingan kelebihan dan kelemahan penggunaan strategi P&P dalam bentuk pengurusan grafik.

Tahniah! Anda telah berjaya melaksanakan aktiviti yang menggunakan strategi P&P dalam bilik darjah. Anda juga telah berjaya membuat refleksi pengajaran. Sila kumpulkan semua hasilan kerja untuk dibincang bersama semasa pertemuan tutorial.

TOPIK 3 BIDANG KEGIATAN MENGGAMBAR

PENGENALAN

Tahukah anda apa itu menggambar? Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar perkataan menggambar? Adakah ia bermaksud mengambil gambar dengan menggunakan kamera? Menggambar itu bermaksud untuk membuat atau menghasilkan gambar. Mari kita tinjau dengan lebih lanjut dalam topik ini.

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.

42

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan asas-asas menggambar 2. mengenalpasti berbagai jenis aktiviti menggambar; dan 3. menghasilkan lima jenis hasil menggambar yang menggunakan pelbagai alat, bahan, teknik dan proses.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

43

3.1 ASAS ASAS MENGGAMBAR

ACTIVITY Cuba anda perhatikan rajah-rajah di bawah ini:

Bincangkan perbezaan Rajah P dan Rajah Q. Garisan dalam Rajah Q menggambarkan seekor arnab. Dalam kegiatan menggambar, kandungan sesuatu subjek atau hal benda dapat dikenali. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah kucing atau bunga atau rumah dan sebagainya. Hasil menggambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek, pemandangan, situasi dan lain-lain lagi.

Rajah 3.2 Sumber: http://www.mikepizzuto.com/past_art_r.htm

Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanakkanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.

44

Semasa menggambar, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit.

Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal banda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak. Kita akan membincangkan ini dengan lebih lanjut dalam topik-topik kemudian nanti.

3.2 ALAT DAN BAHAN ACTIVITY

Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan menggambar? Cuba anda senaraikan alat dan bahan yang pernah anda gunakan untuk menggambar. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik.

45

Rajah 3.3

Permukaan untuk catan adalah seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, easel atau kekuda dan alat masking.

3.3 TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR Terdapat berbagai-bagai jenis teknik menggambar. Antaranya adalah seperti yang berikut: a. Lukisan b. Catan c. Kolaj d. Montaj e. Cetakan f. Resis g. Gosokan h. Stensilan i. Percikan j. Gurisan k. Capan l. Mozek a. Teknik Lukisan Kita telah terangkan mengenai lukisan dan teknik lukisan di subjek 1.1 b. Teknik Catan

Rajah 3.4 : Contoh karya catan Sumber: http://202.71.102.238/~artgall/html/saksi.html

46

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

ACTIVITI Cuba and dapatkan contoh-contoh seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: a. Ali menggunakan berus Bristle untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan. b. Ahmad menggunakan berus basuhan untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan. c. Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.

Jenis berus dan cara memanipulasikan berus itu boleh memainkan peranan penting kepada si pelukis dan kesan hasil gambarnya. ACTIVITI Cuba anda cari apakah jenis berus yang dicadangkan oleh para pendidikan seni seperti Viktor Lowenfeld kepada kanak-kanak prasekolah, tahap 1 dan 2? Mengapa? c. Teknik Kolaj

47

Rajah 3.5 : Contoh karya kolaj Sumber: http://www.nitaleland.com/project/magazine.collageproct.htm

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahanbahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

ACTIVITI

Cuba anda dapatkan contoh-contoh seperti yang berikut: a. Lalita menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah. b. Ali menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air sungai. c. Swee Eng mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk menggambarkan rumput.

Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat perbandingan, membuat pilihan dan membuat keputusan bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Mereka membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan.

48

d. Teknik Cetakan

Rajah 3.6 : Contoh cetakan Sumber: http://www.icr.com.au/~danaj/printing.jpg

Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan strawboard atau polyfoam. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Misalnya, sifat garisan yang keras akan ketara pada blok kayu dan sifat jalinan yang bertitik-titik pada polyfoam.

'polyfoam Rajah 37 : Bahan cetakan: polyfoam dan linoleum

'linoleum

Sumber: http://www.dickblick.com/categories/block printing/html

49

e.

Teknik Resis

Rajah 3.8 : Batik Sumber: http://www.nymfaeum.nl/temp/images/batik.jpg Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Di kawasan yang berlilin, warna air tidak akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

50

f.

Teknik Gosokan

Rajah 3.9 : Teknik gosokan Sumber:http://sanford_artadventures.com/create/trythistexturerubbing.html

Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. ACTIVITI Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Ali dengan cara berikut: a. Ali melukis seekor katak. Ali meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu. Dalam aktiviti ini Ali sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit katak dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran berfikir. Ali perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza.

51

g. Teknik Stensilan

Rajah 3.10 : Alat stensil

Rajah 3.11 : Karya stensil

Sumber:http://www.janway.com/stencils.ht Sumber:http://www.monterosello.it/Corsi/stencil.ht ml ml

Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Teknik Percikan

Rajah 3.12 : Karya teknik percikan Sumber:http://www.apfs.org.uk/apfsresources.php?choice=4

52

Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.

Rajah 3.13 : Teknik percikan Sumber:http://wgby.org/local programs/watercolor/tips/oil paint.html

ACTIVITI Cuba anda dapatkan berbagai contoh gambar yang dihasilkan dengan teknik percikan. h. Teknik Gurisan

Rajah 3.14 : Karya teknik gurisan Sumber:http://www.kidsdomain.com/craft/crayon1.html

53

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. i. Teknik Capan

Rajah 3.15 : Contoh teknik capan menggunakan ubi kentang Sumber:http://www.funology.com/boredombusters/bb026.htm

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semula jadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

54

j. Teknik Mozek

Rajah 3.16 : Contoh karya teknik mozek Sumber:http://www.mosaicart.info/

Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

55

3.4 PERSEMBAHAN HASIL KARYA 3.4.1 Ekspresi Diri

Rajah 3.17 : Contoh karya teknik mozek Sumber:http://www.mosaicart.info/

LATIHAN

Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam lukisan dalam kerja menggambar yang anda hasilkan, kemudian jawab soalan yang berikut: a. b. c. Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi. Apakah teknik yang digunakan dalam kerja menggambar yang anda buat tadi?; Bagaimana penggunaan garisan dan ruang mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi imej gambar sehingga terhasilnya gambar yang menarik? Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mengekspresikan diri dengan lebih baik dalam penghasilan karya.

1. Pilih objek atau susunan objek yang sesuai dan menarik. 2. Tentukan sudut pandangan, komposisi, perspektif, ton, bentuk dan pencahayaan yang terlibat. 3. Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas. 4. Lakarkan garisan datar titik lenyap. 5. Bahagikan ruang tertentu bagi objek-objek dalam lukisan. 6. Lukis lakaran kasar objek-objek. 7. Gunakan teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang serta bayang (chiarascuro). 8. Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan fokus supaya membentuk jalinan dan ton yang berkesan.

56

3.4.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan dan digemari oleh pelukispelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis. Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya. 1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. 2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar. 3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.

4. Anda perlu menguasai kefahaman dalam beberapa kriteria di bawah untuk mendapatkan sentuhan gambar yang amat menarik dan bermakna: o asas seni reka; o perspektif; o teknik memilih sudut pandangan; dan o teknik mengukur objek mengikut kadar. 5. Anda perlu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar untuk mempraktikkan penguasaan di atas dengan lebih mudah dan berkesan. 6. Anda perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahan ruang yang sesuai dalam kerja menggambar. 7. Anda perlu mendapatkan ukuran yang tepat kerana ia menjadi kriteria penting dan menarik dalam kerja menggambar.

57

3.4.3 Apresiasi dalam Bidang Menggambar Anda boleh bertanyakan soalan-soalan dan mengikuti panduan berikut untuk lebih menghargai sesuatu karya. 1. Apakah hasilan karya yang anda buat yang menepati unsur-unsur seni reka seperti yang diterangkan dalam 3.4.2? 2. Sejauh manakah unsur-unsur seni reka tadi dapat diselaraskan dengan prinsip-prinsip rekaan dalam konteks menggambar? 3. Bagaimanakah penggunaan alat dan media dapat mewujudkan suasana gambar yang menepati nilai estetika dan etika? 4. Kaji dari segi teknik yang dipilih. Adakah teknik yang digunakan tepat dan betul berasaskan alat dan bahan yang diaplikasikan? 5. Lihat dari segi tema dan konsep. Berdasarkan tajuk karya, bagaimanakah ianya memenuhi hasilan karya yang berjaya? Kalau tidak berjaya, apakah saranan anda untuk mempertingkatkan kualitinya? 6. Rumus dari dapatan secara keseluruhan. Berjayakah pelukis itu menampilkan hal benda (subject matter) seperti yang ingin diutarakan berdasarkan tema dan konsepnya? Jika ya, beri ulasan. Jika tidak, beri maklumat sokongan untuk mempertingkatkan lagi kualiti karya. 7. Adakah pelukis berjaya membawa mesejnya? Dari perhatian anda, sejauh manakah mesej ini berjaya ditampilkan? 8. Akhirnya, adakah alat dan bahan yang digunakan itu menggambarkan suatu penemuan baru dari segi teknik dan konsep? Adakah pelukis ini masih terikut-ikut gayaan atau stail pelukis-pelukis yang sedia ada? RUMUSAN

Menggambar dianggap suatu bidang yang asasi dalam memulakan sesuatu karya samada dalam mencorak, membentuk dan membuat binaan serta kraf. Mendalami bidang menggambar bermakna juga bahawa anda akan mendalami pelbagai teknik, kaedah, alat dan bahan yang diperlukan sehingga terhasilnya gambar. Kehebatan sesuatu karya juga seringkali dikaitkan dengan kebolehan kita merangka dan melakar sebelum mengaplikasikan kepada objek yang sebenar. Mengetahui secara mendalam bidang menggambar membolehkan sesorang individu banyak mengekspresikan penemuan-penemuan baru yang akhirnya dapat menjelmakan banyak hasilan-hasilan menggambar yang menarik.

58

GLOSARI Chiarascuro Terang gelap Comte Kapur lukis Dominan Dikuasai, terbanyak, dimonopoli Impasto Penggunaan warna terus daripada tiub Lut sinar Telus cahaya, bolos cahaya Mood Perasaan si pemerhati/ pembuat Mozek Tampalan empat segi tak kira saiz Resis Kalis air Stroke Sapuan kuas UJIAN 1

Apresiasi dalam bidang menggambar. Lihat gambar di bawah dan jawab pernyataan-pernyataan yang berikut.

Rajah 3.18:Aku dan duniaku. Catan ini menggunkan media cat air menggunakan teknik glazing

59

i. Apakah hasilan karya yang dibuat menepati unsur-unsur seni reka seperti yang diterangkan dalam 3.4.2? ii. Sejauhmanakah unsur-unsur seni reka tadi dapat diselaraskan dengan prinsip-prinsip rekaan dalam konteks menggambar? iii. Bagaimana penggunaan alat dan media dapat mewujudkan suasana gambar yang menepati nilai estetika dan etika? iv. Kaji dari segi teknik yang dipilih. Adakah teknik tepat dan betul berasaskan alat dan bahan yang diaplikasikan? v. Lihat dari segi tema dan konsep. Berdasarkan tajuk karya, bagaimana ianya memenuhi hasilan karya yang berjaya. Kalau tidak berjaya, apakah saranan anda untuk mempertingkatkan kualitinya. vi. Rumus dari dapatan secara keseluruhan. Berjayakah pelukis itu menampilkan hal benda (subject matter) seperti yang ingin diutarakan berdasarkan tema dan konsepnya? Jika ya, beri ulasan. Jika tidak, beri maklumat sokongan untuk mempertingkatkan lagi kualiti karya. vii. Adalah pelukis berjaya membawa mesejnya? Dari perhatian anda, sejauh manakah mesej ini berjaya ditampilkan. viii. Akhirnya, apakah alat dan bahan yang digunakan itu menggambarkan suatu penemuan baru dari segi teknik dan konsep? Apakah pelukis ini maseh terikut-ikut gayaan atau stail pelukis-pelukis yang sedia ada?

TOPIK 4 BIDANG REKAAN DAN CORAK OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan apa itu corak; 2. mengenalpasti 13 jenis susunan corak; dan 3. enjelaskan teknik, alat dan bahan, proses dan hasil sesuatu penghasilan corak.

PENGENALAN Cuba anda perhatikan benda-benda di sekeliling anda sekarang. Bolehkah anda mengenalpasti apa-apa corak? Perhatikan dengan teliti kain baju anda, permaidani anda ataupun tali jam tangan anda. Adakah ia satu corak?

60

Rajah 4.1: Corak oleh M.C. Escher Sumbe: http://www.mcescher.com/

Dalam bidang kegiatan ini, anda akan memberi peluang kepada murid anda memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

61

4.1 APA ITU CORAK? Garisan dalam Rajah Q menggambarkan seekor arnab. Dalam kegiatan menggambar, kandungan sesuatu subjek atau hal benda dapat dikenali. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah kucing atau bunga atau rumah dan sebagainya. Hasil menggambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek, pemandangan, situasi dan lain-lain lagi.

Rajah 4.2 M.C. Escher tentang karyanya Sumber: http://www.mcescher.com/ Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana kebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

62

4.2 SUSUNAN CORAK Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah: Penuh Turun Separa Berulang Orgee Batu-bata Berpusat Sendeng Berombak Bertindih Jidar Bertimbul Berjalur Cerminan

63

Rajah 4.3 Corak Bebas

Turun separa Rajah 4.4

Orgee

Batu-bata

ACTIVITI

Carilah maklumat lanjut tentang susunan corak yang diberi di atas. Cuba anda cari contoh-contoh corak dan kelaskan mengikut jenis susunan corak yang diberi. LAMAN WEB

Untuk maklumat lanjut tentang susunan corak pergilah ke laman web berikut:

http://www.mmwindowtoart.com/foundations/pattern1.html

64

4.3 TEKNIK, ALAT DAN BAHAN, PROSES DAN HASIL (PRODUK) Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Corak Tidak Terancang Anda boleh menghasilkan corak tidak terancang dengan cara: Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan

Corak Terancang Anda boleh menghasilkan corak terancang dengan cara: Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi

(a) Corak Tidak Terancang

Bil Teknik 1 Pualaman

Alat dan Bahan Kertas, cat kilat, air dan besen.

Proses Isikan cat kilat ke dalam air dalam takungan dan tekapkan kertas. Sedut warna air dan tiupkan pada permukaan kertas. Titiskan cairan lilin ke atas kertas untuk meninggalkan kesan.

Hasil Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti.

Tiupan

Straw, warna air dan kertas katrid.

Titisan

Lilin, warna dan kertas.

Ikatan dan celupan

Kain, tisu dan warna batik. Ikatkan tisu atau kain dan celup dalam warna. Warna air dan kertas warna. Renjiskan campuran warna ke atas kertas.

Renjisan dan percikan

65

(b) Corak Terancang

Bil Teknik 1 Lukisan

Alat dan Bahan Warna air dan kertas.

Proses Lukis dengan teknik warna air atau poster.

Hasil Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti. Mengikut

Catan

Cat minyak dan kanvas atau kertas.

Lukis dengan teknik cat minyak.

Cetakan

Papan lino dan lino ink. Lakar dan ukir papan lino. Gelek

dengan warna, lalu pindahkan imej pada kreativiti. permukaan kertas. 4 Capan Media alam semulajadi Warnakan permukaan objek dan Mengikut kreativiti.

(bawang, kentang, bender cetakkannya di atas kertas. dll.). 5 Lipatan dan guntingan 6 Resis Kertas warna dan kertas lukisan. Lilin, air, warna dan kertas lukisan. 7 Kolaj Kertas warna atau bahan terbuang. 8 Kaligrafi Kertas warna atau warna air/poster. Lipat dan guntingkan mengikut corak yang dikehendaki.. Lakarkan imej pada kertas dengan lilin dan warnakan. Tampal bahan di atas kertas dan menjadikannya gubahan imej. Lukiskan corak bermotifkan huruf dan warnakan.

Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti. Mengikut kreativiti.

66

4.3.1 Contoh-contoh Proses Rekaan Corak (a) Teknik Tiupan

67

(b) Lipatan dan Guntingan

68

RUMUSAN Bidang rekaan dan corak ini membolehkan murid anda mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Topik ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid anda membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. Menerusi kegiatan yang telah anda jalankan, anda patut dapat memahami, mengenalpasti, mengkaji, dan mengaplikasi kepelbagaian ragam rekaan corak dalam alam, persekitaran, kehidupan serta kegunaanya.

GLOSARI Eksperimenatsi Percubaan, kaji uji Eksplorasi Penerokaan Jidar Hiasan tepi Kontemporari Masa kini Kaligrafi Seni tulisan Pualaman Corak bebas dari kesan warna minyak ke atas permukaan air

UJIAN 1

Huraikan: a. b. Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan? Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

69

UJIAN 2

Eksperimentasi dan Eksplorasi Teknik, Alat, Bahan, Motif dan Susunan Motif. Sila kemukakan sampel karya dengan aplikasi teknik, alat, bahan, motif dan susunan motif rekaan corak mengikut kesesuaian dan kepelbagaian ragam dan fungsinya.

Teknik Alat/bahan Motif Susunan motif

Teknik Alat/bahan Motif Susunan motif

TOPIK 5 BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep membentuk dan membuat binaan dalam konteks penghasilan karya tiga dimensi; 2. membanding beza konsep karya dua dimensi dan tiga dimensi; 3. menjelaskan jenis-jenis karya yang bersifat tiga dimensi untuk pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah KBSR 4. menjelaskan teknik, alat dan bahan di dalam penghasilan tiga dimensi dalam konteks membina dan membentuk; dan

70

5. membina dan membentuk karya seni dalam konteks Pendidikan Seni Visual KBSR seperti yang diterangkan.

PENGENALAN

Rajah 5.1: Kapal kertas

Rajah 5.2: Kapal terbang kertas

Sumbe: http://www.tavoosmag.com/photo/470-1.jpg/ Sumbe:http://www.pchelp.net/PaperAirplanes/plane3/

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan. Dalam topik ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja. GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

71

5.1 PENGERTIAN AKTIVITI Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:

(a) Arca timbul

(b) Arca asemblaj

(c) Arca mobail

(d) Arca stabail

(e) Model

(f) Diorama

(g) Boneka

(h) Topeng

72

(i) Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

ACTIVITI

Secara teliti dan ilmiah, mengapakah catan dikatakan objek dua dimensi sedangkan arca adalah objek tiga dimensi?

5.2 ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN Telitilah bahan, alat, teknik penghasilan dan contoh 9 jenis aktiviti membentuk dan membuat binaan berikut:

a. Timbul Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier-mache dan tanah liat. Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir dll. o o o o acuan tampalan asemblaj binaan Still Life With Musical Instruments oleh Jacques Lipchitz (1891-1973) Sumber:http://www.jacqueslipchitz.com/art.php Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh di buat secara: Contoh

73

b. Asemblaj Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan Kayu, logam, batu , simen, bongkahBahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu Contoh

bongkah, spare- kesatuan objek dan menjadi part kenderaan, satu konsep bermakna. bahan kutipan, besi dan sebagainya. o o o o kimpalan binaan cantuman skru/ paku gam Teknik hasilan:

Bicycle Wheel oleh Marcel Duchamp (1887 1968), Perancis. Sumber:http://www.beatmuseum.org/duchamp

74

/bicycle.html

c. Mobail Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan Besi, dawai, kertas, taliBahagian-bahagian dicantum untuk Contoh

temali, kepingan membentuk satu logam dan kadbod. kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang digunakan: o o o o kimpalan gam skru ikatan Horizontal Spines oleh Alexander Calder, 1942 Sumber:http://purecontemporary.blogs.com/behind_

75

the_curtains /art_accessories/index.html

d. Stabail Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan Simen, kepingan logam, plastik, spareparts kenderaan, besi, logam, papan dan sebagainya.. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan: o o o o o kimpalan skru ikatan acuan binaan Homage New York: A Self Construction and Contoh

76

Self Destroying Work of Art oleh Jean Tinguely 1925-1991. Sumber :http://www.medienkunstnetz.de/works /homage-to-new-york/images/1/

e.

Model

Bahan / Alat

Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan

Contoh

77

Kertas tebal, loyang, gangsa, plywood, zink, akar kayu, papan dan sebagainya.

Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buahbuahan. Teknik yang digunakan: o o o o gam kimpalan skru acuan

Womans head oleh Pablo Picasso, 1909 Sumber: http://www.metmuseum.org/toah/hd/pica/ ho_1996.403.6.htm

f.

Diorama

Bahan / Alat

Teknik Penghasilan

Contoh

78

dan Peralatan yang Berkaitan Plywood, papan, zink, cermin lutsinar, patung, karangan laut, dan sebagainya. o o o cantuman gam kimpalan Model-model yang di pamerkan di muzium-muzium untuk sesuatu tema. Sumber: http://home.earthlink.net/~grleone /diorama.htm Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa.Teknik yang digunakan

g. Boneka

79

Bahan / Alat

Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan

Contoh

Tekstil, span, plastik, tali, cat spray dan warna.

Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik yang digunakan: o o o o jahitan gam kimpalan skru

Boneka watak Puteri Sri Lanka Sumber: http://www.liverpoolmuseums.org.uk/wml/ exhibitions/ puppetworlds/PuppetsLinks.asp

h. Topeng

80

Bahan / Alat

Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan

Contoh

Papier mache, plastik, kertas surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik dan sebagainya..

Mewatakkan semula imej manusia, binatang atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan: o o o gam cantuman kimpalan

Topeng yang dibuat daripada papier mache'. Sumber: http://www.princetonol.com/groups/iad/lessons /middle/Larry-mask.htm

i. Origami Bahan / Alat Teknik Penghasilan Contoh

81

dan Peralatan yang Berkaitan Kertas, tekstil, gunting, pisau NT, gam dan tali. Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan: o o o lipatan golongan

Pelbagai contoh origami. Sumber: http://www.ipsd.org/Uploads/DEC1_6th%20 grade%20-%20origami.jpg

5.2.1 Aplikasi Alat, Bahan dan Teknik

Rajah 5.3 Sumber: http://www.sandhands.com/library/sculplog/1998/cat98p14/98p14.jpg

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi

82

ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sferasfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti. 5.3 MENENTUKAN TEMA ATAU HAL BENDA Walau apapun yang anda hasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini, perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal benda yang penting. (a) Alam Semulajadi dan Objek Persekitaran

Rajah 5.4 Flora dan fauna alam semulajadi Sumber: http://www.tribuneindia.com/2002/20020915/spectrum/travel.htm Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk (form), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis

83

Rajah 5.5 Karya imaginasi Sumber: http://www.innovationtools.com/Articles/EnterpriseDetails.asp?a=164 Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya. (c) Aliran dan Tema Sejagat

Rajah 5.6 Wau bulan Sumber: http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Contohnya, membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti

84

bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective Art, Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

Rajah 5.7 Jambatan Pulau Pinang Sumber:http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/montage/7_wonders/html/png_b.htm Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

ACTIVITI

Cuba anda cari contoh-contoh objek yang menunjukkan perkara-perkara berikut sebagai tema atau hal subjek: a. b. c. d. alam semulajadi dan objek persekitaran; perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis; aliran dan tema sejagat; dan keperluan dan pengalaman hidup harian.

5.4 PERKEMBANGAN DAN PENGHALUSAN IDEA

85

a. Pemerhatian dan Kajian Visual Perkembangan dan penghalusan idea boleh berlaku dari kesedaran kualiti tampak yang tinggi. Cara ini dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron dan Irvin Child, seseorang artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual berbanding dengan seseorang bukan artis. Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran kemahiran seni. Begitu juga mengikut J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa. b. Perubahan Cara Bekerja Mengikut cara ini, jika selama ini seseorang artis menggunakan kaedah bertumpu, dia seharusnya mengubah kepada kaedah bercapah untuk mendapatkan kelainan cara. Kaedah percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan. c. Penerokaan Simbol dan Makna Megikut cara ini, pelukis tidak seharusnya duduk diam. Dia harus cuba dan terus mencuba. Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan penyelesaian masalah, penemuan dapatan baru akan lebih memaknakan lagi hasilan.

ACTIVITI

Cuba anda bincangkan soalan-soalan berikut: a. Bagaimanakah rupa bentuk sesuatu tembikar itu boleh dipertingkatkan dan seterusnya dapat menawan pasaran antarabangsa? b. c. Apakah kriteria-kriteria estetika yang diingini oleh masyarakat umum? Bolehkah bentuk-bentuk tembikar dalam konteks dimensi baru dijadikan asas untuk menawan pengguna dan seterusnya menawan pengguna? 5.5 PENENTUAN ALAT DAN BAHAN Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan dalam bahagian 5.2 di atas, terdapat beberapa pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya: 1. bahan terbuang yang diguna pakai semula; 2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya; 3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan 4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

86

Rajah 5.8

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh: 1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek; 2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia; 3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran; 4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan 5. memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar. 5.6 CARA MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu binaan? Anda boleh: 1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapt dalam sesuatu binaan; 2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek; 3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan; 4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk; 5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan; 6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan; 7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar; 8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan; 9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan; 10.menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya; 11.menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan; dan

87

12.mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi. 5.7 PERSEMBAHAN HASIL KERJA a. Ekspresi Diri Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan kualitatif dan kuantitatif mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Bentuk binaan menepati tema dan tajuk. 2. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. 3. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. 5. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen. 6. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 7. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh. 8. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

b. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan: 1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat thumbnail print sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek . 3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang. 4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

88

c. Apresiasi Secara Mudah Berpandukan gambar-gambar yang ditampilkan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses membuat topeng. 1. 2. 3. 4. 5. Tajuk dan tema yang sesuai. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membentuk. Proses stailisasi, menambahbaikan dan adaptasi. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej. Kesesuaian secara keseluruhan.

Rajah 5.9

89

Rajah 5.10 RUMUSAN Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan jisim atau isipadu objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak boleh diambil remeh. Ia mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan dan ketepatan hasil dapatan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan. Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk membuat papier mache, mesin untuk menggaul papier mache, mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

90

GLOSARI Asemblaj Gabungan pelbagai objek Papier mache Serbuk kertas (selalunya kertas surat khabar) Mobail Arca yang digantung, boleh bergerak Perspek Kepingan plastik yang lutsinar Origami Seni lipatan kertas Topeng serkup Topeng selungkup/dimasukkan terus di kepala Tumbnail print' Lakaran kecil sebagai penjanaan idea

UJIAN 1

Huraikan: a. b. Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan? Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

UJIAN 2

Eksperimentasi dan Eksplorasi Teknik, Alat, Bahan, Motif dan Susunan Motif. Sila kemukakan sampel karya dengan aplikasi teknik, alat, bahan, motif dan susunan motif rekaan corak mengikut kesesuaian dan kepelbagaian ragam dan fungsinya.

91

Teknik Alat/bahan Motif Susunan motif

Teknik Alat/bahan Motif Susunan motif

TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan maksud kraf tradisional dan memberi 8 jenis kraf tradisional; 2. menjelaskan maksud alat permainan; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan alat permainan wau dan gasing; 3. menjelaskan maksud alat pertahanan diri dan memberi contoh-contohnya; 4. menjelaskan maksud batik; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan batik; 5. menjelaskan maksud seni tekat; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menyulam; 6. menjelaskan maksud tembikar; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan tembikar; 7. menjelaskan maksud seni anyaman; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan anyaman; dan
92

8. menjelaskan maksud seni ukiran; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan seni ukiran.

PENGENALAN Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

6.1 PENGERTIAN AKTIVITI Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

(a) Alat Domestik

(b) Alat Permainan

93

(c) Alat Pertahanan Diri

(d) Batik

(e) Seni Tekat

(f) Tembikar

(g) Seni Anyaman

(h) Seni Ukiran Kayu

6.2 ALAT DOMESTIK Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.

6.2.1 Alat dan Bahan Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat domestik berikut: (a) Alat : senduk tempurung

Bahan :

Rajah 6.1

94

Sumber: http://www.tmnetmall.com.my/prodCatMgt/prodItemDetDisp.asp? ProductID=2839&ProductType=4200&catgID=22 (b) Alat : kukur kelapa besi, kayu

Bahan :

Rajah 6.2 Sumber: http://www.tsu.ac.th/ists/EN/museum-01.htm (c) Alat : tenggala kayu

Bahan :

Rajah 6.3 Sumber: http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/Petani_tenggala.htm

6.2.2 Teknik Penghasilan

95

Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.

Apakah contoh alat domestik lain yang boleh and fikirkan yang merupakan kraf tradisional?

6.3 ALAT PERMAINAN Alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya di mainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.

Contoh-contoh alat permainan kraf tradisional adalah wau dan gasing.

6.3.1 Wau

Rajah 6.4 Wau Bulan Sumber:http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Tahukah anda bahawa sejarah permainan wau bermula sejak 3000 tahun lalu dan muncul di Negara China? Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Empayar Melaka.

96

Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat, Wau Bayan, Wau Bulan, Wau Burung, Wau Ikan, Wau Helang, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Jala Budi, Wau Katak, Wau Puyuh, Wau Sewah, Wau Payang dan banyak lagi nama yang kebanyakan dikenali di daerah masing-masing di tanah air.

(a) Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan wau

Alat

Bahan

Pisau raut, parang dan gunting.

Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

(b) Proses Membuat Wau

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan wau.

Proses

Penerangan

1. Proses memilih buluh

Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

2. Meraut buluh

Meraut buluh adalah proses yang memerlukan ketelitian. Bahagian kulit buluh tidak dibuang semasa meraut. Kemudian, bilah-bilah buluh di layur pada api sebelum dilentur

3. Membentuk rangka

Membentuk rangka memerlukan kemahiran. Biasanya buluh betung di jadikan tulang kerana ianya kuat. Pada masa kini buluh perlu ditimbang untuk imbangan yang betul. Untuk membuat sayap dan ekor, gunakan buluh yang mudah dilentur. Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.

4. Proses menampal kertas dan corak padan rangka

Kertas ditampal pada rangka wau mengikut saiz. Kertas adalah daripada jenis yang ringan. Kertas warna digunakan untuk membuat warna sebagai hiasan. Corak untuk motif adalah berdasarkan flora dan fauna.

97

Rajah 6.5: Gasing Sumber:http://www.sandstrum.com/malaysian-large.jpg Gasing merupakan jenis permainan tradisi yang popular di negara ini. Gasing dimainkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Gasing jenis tradisional adalah jenis gasing yang dimainkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini merupakan permainan untuk mengisi masa lapang. Kebiasaannya permainan ini di lakukan selepas mereka selesai menuai padi dan juga selepas selesai berkebun. Permainan gasing juga boleh merapatkan persahabatan di antara masyarakat kampung. Oleh sebab itu permainan gasing dikatakan sebagai permainan masyarakat.

(a) Jenis-jenis Gasing

Terdapat berbagai nama dan pelbagai bentuk gasing termasuklah Gasing Lang Laut, Gasing Leper, Gasing Uri dan Gasing Piring. Gasing juga mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu seperti Paksi, Temin, Turap Labu, Bahu, Leher, Kepala dan Patak. Terdapat tiga jenis gasing seperti Gasing Pangkah, Gasing Pemusing dan Gasing Hiasan.

(b) Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan gasing.

Alat

Bahan

Pembaris, kertas kaca, sesiku, pengarit, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, pelayar, gunting, pahat, andas, kapak, pelarik, gergaji dsb.

Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

98

(c) Proses Membuat Gasing

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan gasing.

Proses

Penerangan

1. Memilih kayu

Kayu perlu dipilih daripada jenis yang bermutu untuk menjaga kualiti gasing agar tidak pecah. Pemilihan kayu ini untuk menjaga ketahanan, kekuatan, kekerasan dan keliatan.

2.Proses Membakal

Kayu dikerat dan dipotong mirip bentuk kun agar senang apabila proses melarik.

3. Proses melarik

Proses ini dilakukan untuk membulatkan,meratakan,menyamakan ddan melicinkan gasing. Kerja-kerja melarik dilakukan dengan menggunakan alat pelarik.

4. Proses simpai

Simpai ialah lingkaran logam yang dipasang pada badan gasing, terutama pada bahagian bahu, labu dan patak gasing.

6.4 ALAT PERTAHANAN DIRI Alat untuk mempertahankan diri dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri. Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Ketampanan seseorang lelaki itu tidak lengkap jikalau tidak menyelitkan keris di pinggang. Keris juga merupakan simbol kelakian Melayu.

99

Rajah 6.6 Keris Sumber: http://ltc.smm.org/buzz/museum/object/2003_06_java_keris Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja. 6.5 BATIK Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.

Rajah 6.7 Batik Sumber : http://www.balibocraft.com/crafts/batik.html

100

Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Kini perusahaan batik telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi industri kampung yang utama terutama di negeri Terengganu dan Kelantan. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman. 6.5.1 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan batik.

Alat Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk dan bekas besar.

Bahan Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda dan pelembut kain/ fabrik.

6.5.2 Proses Membuat

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan batik. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) dikeringkan dan diregangkan pada pemidang kayu. Motif dan corak dilakar dengan menggunakan pensil. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana (lilin parafin 60% + damar 40%). Canting yang berisi lilin panas (cair) digunakan untuk melakar di atas permukaan fabrik. Bahan warna disapu pada motif. Fabrik dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu dengan pemati warna (sodium silikat) dan dibiarkan selama 8-12 jam atau direndam dalan cecair yang sama dengan tempoh yang sama ditempat yang terlindung. 7. 8. Fabrik yang telah dimatikan warna dibasuh dengan air lalu atau air mengali r. Fabrik seterusnya direbus di dalam air panas yang telah dicampur dengan sedikit debu soda (soda ash) sehingga lilin tanggal. 9. Fabrik dicuci dan dibilas dengan menggunakan air biasa sebelum dijemur sehingga kering.

101

Rajah 6.8: Proses membatik LAMAN WEB Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang batik:

http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

6.6 SENI TEKAT Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.

102

Rajah 6.9: Tekatan Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm

Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

6.6.1 Alat dan bahan Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni tekat.

Alat Pemidang kayu berkaki dan cuban.

Bahan Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam dan rotan saga.

6.6.2 Proses Menyulam Mari kita teliti proses menyulan untuk menghasilkan seni tekat.

Proses

Penerangan

1. Proses penciptaan Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat dimulakan.

103

2. Persiapan pemidang

Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.

3. Membentuk mempulur

Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas. Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekatkan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

4. Menyulam

Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang mempulur.

LAMAN WEB Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni tekat:

http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm

6.7 TEMBIKAR Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.

104

Rajah 6.10: Labu Gelugur Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/jenis.html#

Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan. 6.7.1 Kawasan Perusahaan Tembikar 1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak. 2. Lenggong, Grik, Perak. 3. Bukit Gantang, Taiping, Perak. 4. Pulau Tiga, Parit, Perak. 5. Kampung Alur Merah, Kedah. 6. Sungai Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang. 7. Sungai Puyu, Seberang Prai, Pulau Pinang. 8. Kampung Periuk, Tumpat, Kelantan. 9. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan.

105

10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang. 11. Kuching, Sarawak. 6.7.2 Alat dan Bahan Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar.

Alat Pisau, penggelek, papan golek, span, gergaji kecil, pengayak, dawai pemotong, kayu pengukur, angkup luar, pinggan, kayu pembentuk, batu sungai, pengguris dan berus.

Bahan Tanah liat

Rajah 6.11: Peralatan Tembikar

106

6.7.3 Proses Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.

1.

Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.

2. 3. 4.

Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.

5. 6.

Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.

7.

Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

8.

Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (leather hard).

9.

Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.

10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar. 11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai 12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. 13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

Rajah 6.12: Aktiviti menghasilkan labu sayong Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/aktiviti.html

107

6.7.4 Teknik Pembuatan Berikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:

(a) Teknik picitan (b) Teknik lengkaran (c) Teknik kepingan (d) Teknik Lempar Alin 6.7.5 Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong) Berikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:

(a) Labu Gondol atau Labu Air (b) Labu Kepayang atau Labu Pucung (c) Labu Gelugur (d) Labu Tanah (e) Labu Panai (f) Labu Kepap (g) Labu Tela (h) Labu Leper atau Labu Bocong 6.7.6 Reka Bentuk Tembikar Tradisional Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri. Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya fikiran serta tingkat kebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika. LAMAN WEB Anda boleh rujuk kepada laman-laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang tembikar: http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar1_pengenalan.htm http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/labu.html

108

6.8 SENI ANYAMAN

Rajah 6.13: Anyaman Sumber: http://palimpsest.lss.wisc.edu/~emraffer/175a.htm

Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Seni anyaman adalah seni kraf tangan yang muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Proses anyaman adalah berbeza mengikut bahan asas yang digunakan.

6.8.1 Alat dan Bahan Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni anyaman

Alat

Bahan

Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis, penyisip dan pisau kecil. daun serdang, rotan, rumput-rampai dan lidi.

109

6.8.2 Cara Memproses Daun Mari kita teliti cara memproses daun untuk menghasilkan seni anyaman.

Proses 1. Melayur daun pandan atau mengkuang

Penerangan Daun dilayur di atas api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadi lembut dan tahan lebih lama.

2 .Menjangka daun Alat jangka ialah sisir kayu atau buluh yang bermata tajam. Jangka digunakan untuk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yang dikehendaki. 3. Melurut Daun dianginkan selama lebih kurang satu jam. Daun kemudiannya dilurut dengan menggunakan pelurut. Daun dilurut bagi tujuan melembutkan bilah-bilah daun untuk mengelakkanya daripada bergulung. 4. Merendam Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam. Tongkol-tongkol direndam selama dua hari dua malam untuk melunturkan warna asal daun yang hijau itu. Air rendaman ditukar dua kali sehari. Tongkol daun kemudiannya dibuka untuk dicuci dan dijemur sehingga kering. Daun akan bertukar warna menjadi warna putih pasir. 5 .Pewarnaan daun cara tradisional a. b. c. d. e. kuning kunyit jingga dan merah buah kesumber India biru tua dan biru daun mengkudu hitam buah pokok arang hijau daun bemban

6.Proses mencelup warna

a. b. c.

Panaskan air bersih sehingga mendidih. Masukkan bahan pewarna. Masukkan daun yang telah diikat dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.

d. e. f.

Daun dikeluarkan dan cuci dengan air bersih. Buka ikatan daun dan jemur di tempat yang teduh sehingga kering Dilurut daun sekali lagi sehingga lembut.

110

6.8.3 Teknik dan Proses Anyaman

Rajah 6.14: Proses menganyam Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam3_pandan2.htm

Mari kita teliti proses anyaman.

Proses

Penerangan

1. Lagang

Proses ini juga dikenali sebagai proses menaja. Lagang merupakan tulang sesuatu ciptaan anyaman. Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. Setiap bilah daun dibentuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman dimulakan.

2. Mengayam

Proses ini melibatkan tiga langkah. Anyaman tengah dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman di mana daun diselang selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah. Mengepai merupakan proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai. Anyaman sudut disebut juga sebagai anyaman bucu.

3 .Pepeh atau lepih

Turut dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam secara berasingan dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.

4. Sisip

Proses ini dilakukan bagi mengelakkan anyaman daripada terburai. Alat penyisip digunakan. Alat ini biasanya diperbuat daripada buluh. Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.

5. Kerat

Pisau kecil yang tajam digunakan untuk memotong lebihan bilah anyaman bagi tujuan kemasan.

111

6.8.4 Kelarai Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini dilakukan serentak dengan proses anyaman. Kelarai mempunyai nama- nama yang tersendiri termasuk:

(a) Kelarai berakar (b) Kelarai beras patah (c) Kelarai bunga cengkeh (d) Kelarai tampuk manggis (e) Kelarai bunga mempelas (f) Kelarai anak ikan (g) Kelarai kepala lalat (h) Kelarai mata punai (i) Kelarai sisik kelah (j) Kelarai tapak harimau

6.8.5 Tokoh-tokoh Penting (a) Hjh. Minah Bt. Mohammed (Terengganu) (b) Cik Limah Bt. Mamat (Kelantan) (c) Dayang Asiah Bt. Awang Husin (Sabah) (d) Esah Bt. Said (Kelantan) (f) Cik Siah Bt. Jumaat (Terengganu) (g) Hjh. Asiah Bt .Saleh (Terengganu)

LAMAN WEB

Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni anyaman:

http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam1_sejarah.htm

112

6.9 SENI UKIRAN KAYU

Rajah 6.15: Mengukir Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

6.9.1 Fungsi Ukiran Seni ukiran kayu berfungsi sebagai hiasan di bahagian-bahagian bangunan, alat kelengkapan dapur, perabot serta peralatan rumah. Contoh bahagian-bahagian bangunan:

(a) pintu (b) siling (c) dinding (d) tebar layar (e) cucuran atap (f) ambang tingkap (g) dinding separuh tingkap (h) katil (i) kerusi (j) almari

113

6.9.2 Jenis Kayu untuk Ukiran (a) cengal (b) merbau (c) nyatoh (d) jelutung (e) berlian (f) jati (g) sena

6.9.3 Alat dan Bahan Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni ukiran kayu.

Alat Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, berus syelek.

Bahan Kayu

6.9.4 Teknik Mengukir Mari kita teliti 2 teknik mengukir.

Teknik 1. Bunga timbul

Penerangan Dibuat tidak menembusi bahagian belakang dan boleh menggunakan silat atau tidak. Tidak dapat berfungsi sebagai alat mengaliran udara tradisional. Mempunyai reka bentuk yang indah dan halus seni kraf tangannya.

2.

Papan tebuk

Ukiran jenis ini dibuat pada papan yang ditebuk. Bentuk ukiran yang sering digunakan adalah awan larat, silang, huruf dan reka corak yang terdapat pada bahagian lambar, selasar, bahagian atas pintu dan juga dinding. Dapat berfungsi sebagai alat pengaliran udara secara tradisional. Terdapat dua jenis papan tebuk iaitu, papan tebuk silat dan papan tebuk tidak silat.

114

6.9.5 Proses Mengukir 1. Pilih kayu mengikut kematangan serta urat yang cukup pejal. 2. Belah kayu dan biarkan kering. 3. Kayu yang suddah cukup kering dibelah dan diketam. 4. Corak bunga ditekap pada permukaan kayu. 5. Ukiran timbul bahagian yang hendak dibuang, ditebuk dengan menggunakan pahat. Ukiran tebuk bahagian yang hendak dibuang, gerudi digunakan. 6. Ratakan bahagian dasar. 7. Membuat ukiran silat. 8. Corak diukir dengan menggunakan pisau wali. 9. Licinkan ukiran dengan menggunakan kikir pari. 10.Proses melicinkan ukiran diulang dengan menggunakan daun mempelas dan dikuti dengan daun lalang kering. 11.Gunakan kiwi kayu, varnis atau syelek bagi tujuan kemasan.

6.9.6 Aplikasi Ukiran Kayu 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. Istana Balai Besar Kedah Istana Tengku Nik yang kini dikenali sebagai Muzium Induk Negeri Terengganu Istana Sri Menanti Negeri Sembilan asjid Kampung Keling, Melaka. umah-rumah kayu di Perlis, Melaka dan Johor. stana Jahar, Kelantan. umah Pak Ali Gombak Selangor.

115

Rajah 6.16: : Istana Kenangan, Perak Sumber: http://www.cuti.com.my/Sub/Perak/guide_royalmuz.htm

6.9.7 Motif Ukiran 1. Itik Pulang Petang 2. Badak Mudik 3. Kepala Cicak 4. Unduk-Unduk 5. Kosmos 6. Geomerti 7. Kaligrafi 8. Flora

6.9.8 Jenis-jenis Silat 1. 2. 3. 4. 5. Silat Belah Rotan Silat Minangkabau Silat Serong Silat Leper Silat Dada Tuma

116

LAMAN WEB

Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni ukiran kayu:

http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

RUMUSAN

Menerusi kegiatan dan kajian yang dilakukan, topik ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang betapa pentingnya kraf tradisional diperkenalkan kepada generasi sekarang. Pendedahan kandungan topik, teknik, alat dan bahan ini juga dapat memperjelaskan bagaimana kraftangan Melayu tradisional dihasilkan. Mempelajari dan memartabatkan kraf ini bermakna kita memelihara dan menjaga kepentingan kraf tradisional dalam kehidupan masyarakat Melayu yang semakin tergugat oleh arus pemodernan yang menipiskan kekebalan warisan budaya ini. GLOSARI Terap hitam Blok kayu yang berukir timbul Parang rosak Motif hiasan yang sentiasa menyerong Tepi gigi Bahagian birai atas dan bawah kain sarung Kampit Beg yang dianyam menggunakan daun pandan Lekar Anyaman dari lidi atau rotan Mengepa Proses mematikan tepi anyaman Sepuh Lapisan nipis yang bergemerlap dan lut sinar Mendiang Proses pemanasan atau pengeringan tembikar Silat Gaya ukiran Limar Kain tenunan daripada benang sutera halus Pelayang Alat yang diguna untuk menggulung benang

117

UJIAN 1

Batik tulis adalah sebahagian daripada kraf tradisional yang telah diusahakan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu hingga masa kini dan mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi. Huraikan proses penyediaan batik tulis dengan disiplin-disiplin yang telah dipelajari

UJIAN 2

Seni Ukiran banyak di terapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu. Huraikan dan jelaskan LIMA (5) bahagian di mana ukiran diterapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.

TOPIK 7 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN MENGAJAR OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menulis format persediaan mengajar untuk perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian; 2. menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan; 3. menerangkan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik; dan 4. membezakan ciri-ciri strategi pengajaran dan pembelajaran pemusatan guru, murid dan bahan.

PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berpusatkan pelajar dengan mengadakan aktiviti interaksi lisan yang merangsangkan pemikiran dan imaginasi pelajar serta menyakinkannya untuk berkomunikasi secara rasional dan logik. Aktiviti seni yang dijalankan mestilah sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan pelajar, mengembangkan daya kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan ekspresinya. Perkembangan diri individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuk penyerapan nilai-nilai

118

murni masyarakat hendaklah diberi keutamaan di dalam setiap pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ianya juga sebagai panduan kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengajar mata pelajaran ini dengan lebih sempurna dan berkesan, perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada aspek-aspek yang berikut.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

7.1 PERSEDIAAN RANCANGAN TAHUNAN DAN SEMESTER 7.1.1 Kepentingan Rancangan Tahunan dan Semester Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berpusatkan pelajar dengan mengadakan aktiviti interaksi lisan yang merangsangkan pemikiran dan imaginasi pelajar serta meyakinkannya untuk berkomunikasi secara rasional dan logik. Aktiviti seni yang dijalankan mestilah sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan pelajar, mengembangkan daya kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan diskriminasinya. Perkembangan diri individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuk penyerapan nilai-nilai murni masyarakat hendaklah diberi keutamaan di dalam setiap pelajaran Pendidikan Seni. Ianya juga sebagai panduan kepada guru-guru seni untuk mengajar mata pelajaran ini dengan lebih sempurna dan berkesan. Anda perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek-aspek yang berikut: (a) rancangan pengajaran; (b) persediaan guru dan pelajar; (c) kaedah pengajaran;

119

(d) pengelolaan pelajaran; (e) teknik penyoalan; (f) penyertaan pelajar; (g) pemupukan nilai estetik dan etika; (h) penyerapan nilai-nilai murni masyarakat; dan (i) penilaian kemajuan pelajar. 7.1.2 Tujuan Rancangan Pengajaran Tujuan rancangan pengajaran adalah supaya anda sebagai guru, dapat membuat persediaan yang rapi agar dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi tumpuan kepada:

(a) perkembangan pelajaran yang berperingkat-peringkat; (b) kesinambungan rancangan pengajaran; (c) kesinambungan jenis aktiviti; (d) perkembangan daya kreatif pelajar; (e) kepelbagaian bahan-bahan seni; (f) penyesuaian alat/bahan; (g) kesinambungan gerak kerja individu/kumpulan; dan (h) aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

7.1.3 Format Rancangan Tahunan dan Semester Setiap guru perlu mempunyai Sukatan Pelajaran semasa untuk rujukan bila-bila perlu. Huraian Sukatan Pelajaran bolehlah dirujuk semasa menyediakan rancangan pelajaran. (a) Rancangan Tahunan dan Semester (i) Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal, perkara-perkara yang perlu dinyatakan ialah: Kegiatan/Bidang Jenis Aktiviti Isi Kandungan Kemahiran Bahan/Alat Catatan (ii) Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek: Bidang Melukis dan Menggambar

120

Mereka dan Mencorak Membentuk dan Membina Mengenali Kraf Tradisional (iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang. Penggal............. Tahun.............

Kegiatan/Bidang Jenis Aktiviti

Isi andungan

Kemahiran

Bahan/Alat

Catatan

Rajah 7.1: Contoh Rancangan Penggal/Tahunan

(b) Rancangan Mingguan

(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu.

(ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan: Mata Pelajaran Tahun Kemahiran Isi kandungan Aktiviti Alatan

121

Minggu Ke .............

Mata Pelajaran

Tahun

Kemahiran

Isi Kandungan

Aktiviti

Alatan

Rajah 7.2: Contoh Rancangan Mingguan

(c) Rancangan Harian (i) Rancangan harian perlu disediakan dengan jelas dan tepat. Catatan-catatan yang memperlihatkan urutan, menyatakan objektif, aktiviti dan strategi pengajaran menjadi fokus utama catatan. (ii) Objektif pelajaran yang dipilih bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Unsur-unsur nilai yang hendak diserapkan juga dinyatakan dengan jelas dan sebaik-baiknya mempunyai kaitan dengan tajuk. (iii) Rancangan harian menggambarkan perkembangan pelajaran sebelumnya. Kesinambungan di antara tajuk diambil kira sebeberapa yang boleh. (iv) Rancangan harian hendaklah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar di antara kelas dan tahun yang sama. (v) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam (rancangan harian): Bidang Tajuk Objektif Kemahiran Aktiviti

122

Alat/bahan Nilai Murni

Mata Pelajaran : Tahun : Bil. Pelajar : Bidang Kegiatan : Tajuk : Isi Kandungan : Kemahiran : Objektif : Aktiviti : Alat/Bahan : Persediaan Guru/Murid : Strategi : (Jadual Perlaksanaan)

Per/Langkah Set Induksi Perkembangan: Langkah I Langkah IILangkah III Kemuncak Apresiasi/ Rumusan/Penutup

Isi Kandungan

Aktiviti P&P/ Strategi

BBM/Catatan

Rajah 7.3: Format Rancangan Harian

7.2 PERSEDIAAN MENGAJAR a. Menulis Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti segala aktiviti Pendidikan Seni secara menyeluruh, murid-murid anda diharapkan

123

boleh atau dapat mengenal, membeza, membuat dan menilai segala aspek yang berkaitan dengan bidang seni di peringkat asas.

Tiga faktor hasil pembelajaran yang harus anda gabungkan selari ialah: i. ii. unsur-unsur seni (garisan, bentuk, rupa, warna, jalinan dan ruang); kegiatan yang dicadangkan (melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan memperkenalkan kraf tradisional); dan iii. kemahiran-kemahiran yang dicadangkan adalah kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan persepsi.

b. Kemahiran-kemahiran

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan merupakan satu prosedur untuk memupuk perlakuan yang positif, pengetahuan budaya serta perkembangan persepsi.

Kemahiran-kemahiran yang dibentuk ialah: i. ii. iii. kemahiran perlakuan; pengetahuan budaya; dan perkembangan persepsi / pengamatan.

c. Kegiatan/Bidang

Empat jenis kegiatan yang dirancangkan untuk peringkat ini ialah: i. ii. iii. iv. d. Jenis melukis dan membuat gambar; membuat rekaan dan mencorak; membentuk dan membuat binaan; dan memperkenalkan kraf tradisional.

Terdapat 18 jenis aktiviti yang disarankan untuk membantu menyalurkan kemahiran-kemahiran dalam Pendidikan Seni. (rujuk Huraian Sukatan Pelajaran).

e. Kandungan

Kandungan ialah isi atau motif yang dapat dikaitkan ke dalam program pembelajaran Pendidikan Seni. Aspek inilah yang menentukan penyerapan dan hubungan nilai-nilai kepekaan murid terhadap alam sekeliling mereka.

124

f. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Masa untuk Pendidikan Seni ialah 60 minit seminggu. Dalam lingkungan masa yang terhad, pada jangkaan umum tentu membangkitkan beberapa masalah, namun demikian teknik pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR boleh menghapuskan sebahagian besar masalah tersebut.

Contoh Teknik Gabungjalin Pendidikan Seni dan Bahasa Kegiatan Jenis aktiviti Kandungan Tajuk : Membentuk dan Membuat Binaan : Topeng : Bentuk haiwan : Saya ada memelihara ..(kucing, ayam, burung dan lain-lain)

Objektif

: Mengenal rupa/nama beraneka jenis haiwan peliharaan (pengamatan). : Melukis mengikut sifat semula jadi sesuatu benda (kemahiran perlakuan).

Alatan

: kertas, krayon atau pensel, gam dan gunting.

Cara Pengelolaan

(a) Berbual darihal binatang peliharaan di rumah. (b) Mengenal beraneka jenis binatang peliharaan daripada gambar-gambar carta yang ada kaitan. (c) Mengenal rupabentuk simbol binatang-binatang yang mudah dikenal. (d) Aktiviti membentuk. (e) Menghias/mengubahsuai lebih menarik.

g. Isu dan Kesan dari Pengajaran dan Pembelajaran Tadi

Hasil Pembelajaran dapat dicapai dimana penggabung jalinan dapat dilakukan bukan sahaja di bidang pelajaran Bahasa, Seni, Muzik, Manusia dan Alam Sekitar bahkan juga merupakan satu langkah utama dalam memberi kemahiran asas KBSR dan 3M.

Kemahiran secara lisan seperti bercerita, bertutur dengan baik akan dapat diperolehi dan pada akhir pelajaran situasi lakonan boleh diadakan. Murid mengajuk karektor binatang yang direka dengan memakai topeng yang berkaitan. Lebih menarik lagi kalau diberi peluang murid-murid menyanyi sambil menggayakan watak-watak binatang yang dicipta.

125

h. Persediaan Guru

Di samping perancangan penggal, mingguan dan harian, anda sebagai guru hendaklah: (i) mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap topik/tajuk dan kaedah pengajaran yang sesuai; (ii) sentiasa bersedia dengan alat bahan pelajaran yang hendak digunakan; (iii) memperolehi berbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai; (iv) sentiasa peka dan memahami tentang keperluan dan masalah pelajar; dan (v) menentukan tempat yang sesuai untuk pengajaran. i. Persediaan Pelajar

Dalam proses pembelajaran, pelajar seharusnya bersedia dengan: (i) alat-alat dan bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses pembelajaran; (ii) membuat kajian dan rujukan yang diarahkan sebelum pelajaran yang diarahkan serta menyediakan soalan-soalan, idea-idea yang sesuai; dan (iii) buku-buku skrap, catatan, sampul lukisan dan buku lakaran. 7.2.1 Memilih Strategi dan Merancang Aktiviti Pengajaran secara kelas dengan hanya menitikberatkan satu aktiviti, satu tajuk dan satu jenis bahan adalah satu cara pendekatan biasa. Ini kerana cara ini tidak mengambil berat tentang perbezaan mental seseorang dan kemahuan individu. Pendidikan seni berkeupayaan meneroka sifat kreatif yang sedia ada pada kanak-kanak dari hasil aktiviti-aktiviti yang menarik, yang boleh menimbulkan perasaan gembira dan juga yang mencabar imaginasi kanak-kanak, cenderung untuk mencuba lagi membuat sesuatu aktiviti. Salah satu cara pendekatan yang lebih mencabar kreativiti kanak-kanak ialah dengan berinteraksi dalam kumpulan. a. Cara kumpulan boleh di jalankan dengan: i. ii. iii. iv. mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk satu satu tajuk; mempelbagaikan kegunaan bahan dalam satu jenis aktiviti; mempelbagaikan jenis aktiviti untuk satu jenis bahan dan tajuk; atau mempelbagaikan tajuk untuk satu aktiviti.

b. Beberapa faktor penting yang anda perlu sedari di dalam merancang program pendekatan secara kumpulan adalah seperti berikut i. Objektif pelajaran dan pembelajaran tepat, jelas dan dapat diukur prestasinya sebagai hasil satu unit keseluruhannya.

126

ii.

Tidak terlalu banyak kemahiran yang hendak disalurkan di dalam aktiviti yang dirancangkan. Sesuaikan kemahiran-kemahiran perlakuan yang sama untuk beberapa aktiviti yang ditetapkan.

iii.

Tentukan cukup masa untuk mengendalikan program pendekatan cara kumpulan. (

iv.

Adakan kemudahan dan kelengkapan yang cukup untuk kanak-kanak. Alat tidak cukup semestinya dibeli, bahan-bahan kutipan dan gantian lebih menghidupkan lagi suasana pembelajaran.

v.

Rancangkan aktiviti yang mudah atau senang tetapi menarik dan berkesan.

c. Contoh-contoh Cara Mempelbagaikan Aktiviti-aktiviti dalam Pengajaran Contoh A Mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk satu tajuk. 1. Melukis dan Mengambar a. b. Tajuk : Hari Kebangsaan Pelbagai aktiviti atas tajuk yang sama. (i) Lukisan (ii) Catan (iii) Kolaj (iv) Resis 2. Membuat Rekaan dan Corak a. Tajuk : Corak Kain Ibu Saya b. Pelbagai aktiviti. (i) Lukisan (ii) Catan (iii) Lipatan dan guntingan (iv) Kolaj 3. Membentuk dan Membuat Binaan a. b. Tajuk : Haiwan Jinak

Pelbagai aktiviti. (i) Lipatan dan guntingan (ii) Anyaman (iii) Assemblaj

127

4.

Memperkenalkan Kraf Tradisional a. b. Tajuk : Seni Ukiran Pelbagai aktiviti. (i) Lukisan (ii) Catan (iii) Gurisan dan tekanan (iv) Ukiran bermotif mudah

d. Contoh B Mempelbagaikan kegunaan bahan dalam satu jenis aktiviti. a. b. Aktiviti : Membentuk - Topeng

Bahan-bahan yang berlainan: (i) Kelongsong kertas (ii) Plastic (iii) Stokin (iv) Sampul surat (v) Kotak

Contoh C Mempelbagaikan jenis aktiviti untuk satu jenis bahan dan tajuk. 3. (a) Bahan : (b) Tajuk (c) Aktiviti : : Biji getah atau biji kelapa sawit. Alat Perhiasan

(i) membuat mobail / bidai (ii) kalung / rantai (iii) tali pinggang (iv) tanjak / ikat kepala 4. (a) Bahan : (b) Tajuk : Biji getah dan biji kelapa sawit Alam Haiwan (Serangga)

(c) Aktiviti : (i) Membentuk Semut (ii) Membentuk Labah-Labah (iii) Membentuk Rama-Rama (iv) Membentuk Nyamuk Contoh D Mempelbagaikan tajuk untuk satu aktiviti. (a) Aktiviti : Menggambar - Catan (b) Kandungan pelajaran : Keluarga (c) Tajuk-tajuk berkaitan :

128

(i)

Saya Bantu Ayah Basuh Kereta

(ii) Bermain Bola di Hadapan Rumah Dengan Abang

(iii) Di Dusun Buah-Buahan 7.2.2 Memilih Kaedah dan Teknik Pengajaran Kejayaan sesuatu pelajaran Pendidikan Seni banyak bergantung kepada seorang guru yang penuh komitmen, serta kreatif dan sentiasa ingin menambah pengetahuan serta dapat pula memilih kaedah dan teknik pengajaran yang wajar bagi pengajarannya. Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Seni hendaklah sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran, pengetahuan dan pengalaman serta minat pelajar dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang tersedia. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan termasuklah kaedah inkuiri penemuan, penerangan dan demonstrasi, projek individu/kumpulan, lawatan/kegiatan di luar bilik darjah, tayangan bahan-bahan visual. Teknik pula seperti nyanyian, bercerita, puisi, kuiz, lakonan, simulasi dan sebagainya. Teknik-teknik ini memberi peluang kepada murid mengasahkan kemahiran-kemahiran berikut seperti memerhati, mengumpul maklumat, membuat analisa, menyoal, merumus, melukis, menjalankan eksplorasi, menilai dan membuat rujukan. Kaedah dan teknik yang dipilih hendaklah berpusatkan pelajar dan haruslah dipelbagaikan supaya pelajar dapat menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktif dan merangsangkan pelajar. Ianya perlu sesuai untuk sesuatu tajuk pelajaran, keadaan kelas, kebolehan dan minat pelajar, alat dan bahan yang ada serta kecenderungan guru. 7.2.3 Diskripsi Beberapa Kaedah Pengajaran a. Kaedah Inkuiri-Penemuan i. Kaedah inkuiri-penemuan adalah paling sesuai pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni khususnya untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran berkaitan dengan ke empat-empat bidang dalam sukatan pelajaran. Kaedah inkuiri-penemuan melibatkan pelakjar secara aktif dalam proses mengingat kembali, memerhati dan mendengan, menyoal, menyiasat serta mengumpul dan mengelaskan maklumat, mengkaji, melakar, menyelidik, menganalisis, membanding serta menaakul. Proses-proses yang sedemikian tentunya dapat meningkatkan daya pemikiran daya kreativiti dan pemahaman pelajar. ii. Pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri penemuan boleh dirancang dan dilaksanakan bagi individu atau kumpulan bersesuaian dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah

129

ditentukan. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk aktiviti yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. iii. Antara faedah-faedah kaedah inkuiri penemuan bagi pelajar termasuklah: pelajar mempelajari sesuatu dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru yang minimum,; hasil-hasil dari kajian dan penerokaan adalah melalui usaha pelajar sendiri; pelajar mempelajari cara-cara untuk mendapatkan/mengumpul sesuatu yang diperlukan; proses inkuiri-penemuan menajamkan deria pelajar khususnya deria penglihatan dan perasaan; pendedahan pelajar kepada pelbagai jenis bahan sumber pembelajaran; dan latihan dalam proses mengesan dan menyelesaikan masalah. iv. Persediaan dan perancangan anda sebagai guru hendaklah teliti sebelum pelajar diberi sesuatu aktiviti yang dijalankan. Anda hendaklah menentukan jenis aktiviti dan langkah-langkah untuk menjalankannya. Anda perlu memberitahu pelajar anda tentang sumber-sumber yang diperlu dirujuk.

b. Kaedah Penerangan dan Demonstrasi

Kaedah penerangan dan demonstrasi atau tunjuk cara merupakan kaedah yang seringkali dilakukan oleh guru seni. Kaedah tersebut lebih berpusatkan guru dan penyampaian isi kandungan pelajaran adalah melalui penerangan alat/bahan dan atau tunjuk ajar sesuatu teknik menghasilkan 2D dan 3D. Namun begitu, penyertaan pelajar adalah digalakkan di dalam interaksi lisan dan demonstrasi. c. Kaedah Projek Individu/Kumpulan

Kaedah projek individu/kumpulan adalah sesuai untuk sesuatu jenis aktiviti yang dirancang dan mengambil masa yang lebih panjang. Pelajar dikehendaki mengumpulkan bahan-bahan yang perlu untuk aktiviti projek. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk kedua-dua jenis aktiviti 2D dan 3D. d. Lawatan/Kegiatan di Luar Bilik Darjah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni khususnya aspek asas senireka, lawatan dan kegiatan di luar bilik darjah adalah kaedah yang sesuai digunakan. Kaedah tersebut adalah paling sesuai apabila kajian-kajian penerokaan perlu dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan dari alam sekitar. Kaedah ini juga boleh digabungkan dengan kaedah inkuiri-penemuan pada masa-masa tertentu.

130

e. Tayangan Bahan-bahan Visual

Tayangan bahan-bahan visual seperti lutsinar OHP dan gambar-gambar slaid adalah satu kaedah yang dapat memberi motivasi serta menimbulkan perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Tayangan bahanbahan visual itu menghidupkan pelajaran di dalam bilik darjah sambil menajamkan fokus pemerhatian pelajar.

Penerangan konsep-konsep lebih berkesan jika dibantu dengan teknik tayangan bahan-bahan visual. Guru-guru seni hendaklah berusaha mengadakan koleksi bahan tersebut untuk memudahkan penyampaian pelajaran mereka serta mewujudkan motivasi di kalangan pelajar. 7.3 MENYEDIAKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI DENGAN ISI PELAJARAN Sebagai guru Pendidikan Seni yang berkesan, anda haruslah bijak dalam membuat pemilihan sumber atau alat bantuan mengajar pengajaran dan pembelajaran, penghasilan dan penggunaan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan penghasilan, pemilihan dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan baik ini akan dapat membantu guru dalam menentukan tahap pencapaian secara kolaboratif dan koperatif. Guru Pendidikan Seni perlu menentukan dan mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran mengikut pertimbangan peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak dan ini akan dapat mengaplikasikan pertimbangan asas untuk menggunakan bahan sumber atau alat bantuan mengajar secara lebih berkesan.

ACTIVITI Cuba fikirkan bersama persoalan-persoalan seperti: i. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber pengajaran? ii. Senaraikan jenis-jenis sumber-sumber pengajaran yang sesuai digunakan di dalam bilik darjah. iii. Apakah ciri-ciri sumber pengajaran yang baik?

7.3.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan Dua Dimensi dan Tiga Dimensi i. Bahan Bergambar Contoh: Lukisan, gambar, majalah, gambar foto, kalendar, suratkhabar, carta langkah (yang mempunyai keterangan lakaran urutan langkah.)

131

Rajah 7.4 Sumber:http://www.buffy.nu Sumber: http://www.furcon.de/album Sumber:http://www.schatzistreasure.com /cabyssinian.html

i.

Bahan Maujud Contoh: Bahan yang sebenarnya seperti buah-buahan, dan semua yang berkaitan dengan alam semulajadi dan alam benda

Rajah 7.5

(b) Bahan yang Boleh Menjelaskan Konsep Berdasarkan Pengalaman Sedia Ada Murid

Contoh: kreativiti murid, imaginasi, pengalaman masa lalu, pemikiran kritis dan kreatif dan peristiwa yang pernah di lalui. (c) Penggunaan Teknologi

Contoh: OHP, slaid, televisyen, radio, komputer (internet).

132

Rajah 7.6

RUMUSAN

Walau apapun kaedah yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran KBSR, murid seharusnya menjadi tumpuan pembelajaran. Oleh yang demikian anda sebagai guru, seharusnya arif mengendalikan kelas dan berupaya memilih teknik (cara) penyampaian pelajaran yang sesuai dengan taraf kebolehan murid, tajuk-tajuk pelajaran, masa, ruang serta bahan pengajaran dan pembelajaran.

GLOSARI Logik Secara akal dan pemikiran apa yang dilihat sahaja Estetik Nilai-nilai keindahan Interaks Perhubungan komunikasi Teknik Cara

133

Maujud Objek/bahan yang nyata Alternatif Pilihan Visual Tampak Inkuiri Hasil penemuan Eksploras Pelbagaikan, penerokaan Etika Prinsip Menaaku Hasil pemikiran Akses kendiri Kajian hasil secara individu/sendiri Masteri Mahir, pakar

UJIAN 1

Secara berkumpulan tidak lebih dari empat orang, hasilkan satu Perancangan Tahunan untuk tahap satu dan tahap dua yang merangkumi ke empat-empat bidang yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Sekolah Rendah.

UJIAN 2

Hasilkan satu Rancangan Harian yang mengandungi objektif, strategi, kaedah, teknik dan lengkap dengan alat bantuan mengajar.

134

TOPIK 8 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

PENGENALAN

Sebelum anda muncul sebagai seorang guru yang berketrampilan, amalan pengajaran dan pembelajaran yang betul dan berkesan perlu dilakukan. Ia bukan sekadar dirancang tetapi juga dipraktikkan di empat penjuru bilik darjah dan di hadapan murid dengan menggunakan strategi, teknik dan kaedah yang betul. Amalan mempraktik dan merancang dalam pengajaran dan pembelajaran perlu disuaikan dengan situasi pelajar, aras pemikiran pelajar dan strategi yang dapat menepati objektifnya. Pengajaran mikro merujuk kepada satu-satu proses atau kaedah tetapi bagi pengajaran makro melibatkan fizikal bilik darjah dan sejumlah pelajarnya sekali. Ia perlu diperincikan mengikut langkah atau perkembangan satu persatu. OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. menjelaskan bagaimana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melibatkan perancangan, strategi, alat bantu mengajar dan kaedah yang sesuai; 2. menjelaskan bagaimana pelbagai strategi boleh diaplikasikan di dalam pelbagai situasi dan bahan pengajaran; 3. menjelaskan bagaimana perancangan yang jitu dan tepat perlu untuk mencapai objek pengajaran dan pembelajaran; 4. menjelaskan bagaimana perancangan yang betul akan dapat menyempurnakan agihan bidang secara saksama bagi satu tahun pengajaran; dan 5. mengaplikasi secara betul perancangan pengajaran bagi bakal seorang guru permulaan.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

135

8.1 MEMBUAT RANCANGAN HARIAN

8.1.1 Pengenalan Perancangan pelajaran harian dibuat untuk memudahkan perlaksanaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu tempoh waktu tertentu, misalnya untuk satu waktu pengajaran, satu minggu atau satu semester. Jika tempoh jangkaan pengajaran itu hanya melibatkan satu jam, maka perancangan pengajaran ini mestilah disuaikan dengan tempoh satu jam itu. Begitulah seterusnya, pengajaran mungkin menjadi agak panjang kerana melibatkan sesuatu projek atau satu pengajaran yang berfasa. Cara membuat rancangan ini dilakukan dengan melihat beberapa penelitian antaranya:

136

Rancangan harian perlu disediakan dengan jelas dan tepat. Catatan-catatan yang memperlihatkan urutan, penyataan objektif, aktiviti dan strategi pengajaran menjadi fokus utama catatan. Objektif pelajaran yang dipilih bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Unsur-unsur nilai yang hendak diserap juga dinyatakan dengan jelas dan sebaik-baiknya mempunyai kaitan tajuk. Rancangan harian menggambarkan perkembangan pelajaran sebelumnya. Kesinambungan di antara tajuk diambil kira seberapa yang boleh. Rancangan harian hendaklah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar di antara kelas dalam darjah yang sama. Catatan dalam rancangan harian menunjukkan dengan jelas tentang bahan pelajaran dan pembelajaran yang akan digunakan. Perkara-perkara berikut perlu dicatat dalam rancangan harian: (i) Tajuk (ii) Objektif (iii) Kemahiran (iv) Nilai murni

8.1.3 Penyampaian Bahagian kedua dalam komponen rancangan pelajaran harian ini melibatkan penulisan langkah-langkah pengajaran yang disusun mengikut turutan berdasarkan prinsip pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian pelajaran akan berkembang berasaskan kepada prinsip-prinsip:

(a) Senang kepada susah (b) Dekat kepada yang jauh (c) Konkrit kepada abstrak (d) Sudah diketahui kepada yang belum diketahui Dalam perkembangan penyampaian ini guru akan mencatatkan apakah kandungan atau isi penting yang perlu dimasukkan, strategi, kaedah dan aktiviti yang sesuai, masa dan alat bantu mengajar yang sesuai. Juga ditekankan ialah perkara lain seperti penyerapan nilai murni, unsur kesepaduan, pengukuhan, penggunaan bahasa dan suara. Di bahagian ini guru mengamalkan segala teori dan prinsip pedagogi yang telah dipelajari untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di dalam perkembangan yang seterusnya, langkah-langkah pengajaran akan diteliti satu demi satu untuk mendapatkan pertalian yang sebenar-benar sekuen berasaskan masa dan kesinambungan isi pelalajaran yang terancang. Isi pelajaran yang akan diajar berdasarkan isi yang telah ditetapkan di bahagian awal hendaklah ditulis dengan terang dan jelas untuk memastikan bahawa isi pelajaran ini tidak tercicir atau tertinggal. Ia seharusnya dirujuk

137

bersaskan kepada objektif tingkahlaku pelajar serta bidang kemahiran yang ingin diterapkan dari masa ke semasa. Dengan ini guru akan dapat membawa satu kaedah yang terancang dan disertai pula dengan carta langkah yang telah disediakan oleh guru. Sebaiknya dalam produk seni, demonstrasi guru perlu dibuat untuk menunjukkan urutan hasilan dan kemahiran yang ingin diterap dalam pengajaran tersebut. Bagi satu isi yang besar atau projek, pecahkan beberapa langkah atau perkembangan untuk mendapatkan satu aliran perkembangan pemikiran dan kemahiran yang sentiasa sekuen dengan isi pelajaran. Bagi tujuan pengajaran Pendidikan Seni Visual, bahagian ini merupakan bahagian paling utama dan mengambil masa yang terbanyak. Ini disebabkan kerana perkembangan pelajaran akan disertai dengan perkembangan aktiviti menghasil produk atau ingatan.

8.1.4 Kemuncak Setelah selesai menyampai melalui proses menerang, mendemonstrasi, memandu pelajar dalam penguasaan kemahiran dan pembelajarannya, pelajar seterusnya menyudahkan produk atau hasilan seninya. Situasi ini berlaku sehingga tiga per empat waktu pengajaran dan ketika ini guru perlu menilai pencapaian objektif pengajarannya. Salah satu caranya ialah dengan meminta murid menunjukkan hasilan kerja atau karya menerang semula apa yang telah difahami oleh murid. Guru boleh membuat soalan-soalan yang menguji mengenai kefahaman intipati pelajaran yang dipelajari. Peringkat penilaian ( appraisal) ini sebenarnya mengukur keupayaan dan kebolehan pelajar serta merefleks keberkesanan pengajaran guru. Kemuncak atau appraisal ini diwujudkan untuk mengukur penguasaan dan kemahiran pelajar. Justeru itu kemuncak merupakan suatu bahagian penting sebelum penutup dalam pengajaran guru. Bahagian kemuncak amat perlu kerana ia:

(a) mengukur pencapaian pelajar; (b) mengukur kecekapan guru; (c) mengukur pencapaian objektif tingkahlaku pelajar; (d) adalah tindakan susulan sebelum ditamatkan; dan (e) adalah refleksi guru terhadap penguasaan ilmu dan kemahiran terhadap pelajarnya. 8.1.5 Penutup Penutup merupakan komponen yang terakhir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual. Jika subjek lain hanya melibatkan tiga komponen, Pendidikan Seni Visual memasukkan kemuncak bagi memperkukuhkan lagi penguasaan kognitif, psikomotor dan afektif. Pada peringkat penutup ini terangkum di dalamnya kesimpulan dan jenis-jenisnya, penilaian, tugasan susulan dan ulasan kendiri. Terdapat dua jenis kesimpulan yang didominasikan dalam pengajaran iaitu: (a) Kesimpulan Kognitif

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru biasanya melakukan tiga perkara tersebut:

138

memberitahu pelajar apa yang akan diajar; menyampaikan ilmu dan kemahiran; dan merumus dapatan pengajaran. Apapun yang penting dalam rumus kognitif ini ialah penguasaan secara total isi pelajaran dan kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh pelajar. (b) Kesimpulan Sosial

Ia merumuskan mengenai sikap pelajar, psikologi pelajar, kehadiran pelajar dan komitmen pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran guru tadi. Apakah yang dirasai oleh pelajar di akhir pengajaran guru tadi? Adakah pelajar merasa puas dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru? Adakah murid telah merasakan pengisian ilmu dari pengajaran dan pembelajaran guru? Adakah guru merasa puas bahawa hasilan pelajar membawa output yang menggembirakan? Biarpun begitu, guru juga harus merumus kekuatan dan kelemahan dalam pencapaian pelajar. Guru seterusnya mengukuhkan semula pemahaman pelajar melalui peneguhan istilah, rumus kemahiran dan rumus nilai yang diterap di sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

ACTIVITI

Bagi satu pengajaran dan pembelajaran di bawah tajuk pualaman, apakah pertimbangan-pertimbangan yang anda ambil untuk mengukur kefahaman pelajar di peringkat kemuncak dan penutup? 1. ______________________________________________________________________________

2.______________________________________________________________________________

3.______________________________________________________________________________

8.2 MENGGUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR YANG SESUAI Pemilihan pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dan relevan dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran dapat memperkukuhkan pemahaman dan pengalaman tampak kepada pelajar. Pemahaman secara first-hand dan bersifat konkrit dalam mindanya menjadikan suatu input yang bermakna dan pelajar akan teransang ke arah penguasaan ilmu secara bersistem. Guru yang mengajar akan lebih mudah untuk mengurus dan memandu arah pengajaran mengikut aturan perkembangan pelajaran yang dirancang. Peneguhan input kepada pelajar berbantu alatan guru yang digunakan akan menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan.

139

8.2.1 Pemilihan dan Pengunaan Alatan Mengajar Anda haruslah memilih dan menggunakan alatan mengajar yang: berkaitan dengan tajuk pelajaran; sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancangkan; sesuai dengan saiz kumpulan yang diajar (kumpulan besar, kecil atau individu); sesuai dengan lokasi pengajaran dan pembelajaran, seringkali dikaitkan dengan kedudukan di studio seni; melibatkan deria yang berkaitan; dan sesuai dengan latar belakang belajar.

8.2.2 Koleksi Pengunaan Alat Bantu Mengajar Pendidikan Seni Visual a. Hasil kerja pelajar yang baik yang boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas senireka, organisasi rekaan, pemahaman dan penghargaan.

b. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang, kayu hanyut, dedaunan, buah-buahan dan sebagainya yang akan dijadikan sebagai asas kajian pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

c. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan sebagai bahan kajian, penjanaan idea dan perbincangan mengenai subject matter dalam pengajaran dan pembelajaran.

d. Koleksi gambar slaid yang meliputi berbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk hasil karya pelukis-pelukis terkenal tempatan, antarabangsa, pemandangan dan situasi luar biasa yang boleh meransang dan menjadi pemangkin minda pelajar untuk menguasai maklumat pembelajaran.

Pelajar akan melihat mood gambar sebagai input pemahaman mengenai hal benda yang akan diperkatan.

140

e. Koleksi transparensi overhead projector (OHP) bagi menerangkan konsep serta langkah-langkah dalam aspek asas senireka dan organisasi rekaan dalam memperteguhkan lagi kefahaman dalam penguasaan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

f. Filem bergerak dan pita video boleh dipinjam dari Jabatan Filem Negara Malaysia, perpustakaan, Bahagian Teknologi Pendidikan dan perbadanan tertentu untuk mendapatkan bahan sokongan dalam menghidupkan situasi pengajaran dan pembelajaran.

g. Muzik juga dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran kerana mood belajar dan mengajar boleh dibentuk melalui lagu-lagu latar, disamping menjadikan bilik darjah tidak terlalu sunyi dan dapat menyuntik semangat pelajar untuk belajar. Penggunaan perakam kaset, perakam vedeo yang diselang-selikan dengan audio visual amat memberangsangkan dalam pembelajaran.

h. Bagi membantu dan menggalakkan pelajar membuat kajian, risalah-risalah mengenai beberapa aspek seni perlu diperolehi dan disimpan atau dipamerkan di Pusat Sumber Sekolah atau bilik seni. Selain daripada itu buku-buku rujukan, buku panduan khas, istilah dan sukatan pelajaran perlu dibekalkan untuk mempertingkatkan prestasi guru-guru Pendidikan Seni Visual.

i. Kontemporari ini, penggunaan peralatan dalam bidang teknologi maklumat telah digunakan secara global dan meluas. Penguasaan penggunaan komputer misalnya telah menjadi suatu agenda besar dalam dunia pendidikan. Lebih dari itu, pengajaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berbantukan perisian-perisian komputer mempermudah dan mempercepat urusan memproses dapatan dalam produk komputer.

ACTIVITI

Klasifikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bawah ini:

Pemusatan Guru Demonstrasi

Pemusatan Alat/ Bahan

Pemusatan Murid Projek

141

Syarahan Pengajaran berkumpulan Pengajaran mikro Bercerita Pengajaran keseluruhan kelas

Inkuiri penemuan Perbincangan Penyoalan Penyelesaian masalah Simulasi Main peranan Sumbangsaran Kumpulan

8.2.3 Tujuan Pengunaan Alat Bantu yang Sesuai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual a. Menentukan pendekatan objektif pelajaran dapat dicapai, mudah dan terancang. b. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan mengikut pecahan, perkara dan langkah-langkah c. Memberi maklumat secara first-hand kepada pelajar yang membolehkan pelajar menaakul maklumat dan pemahaman dengan lebih mudah. d. Penggunaan masa yang lebih terancang berdasarkan pemilihan alat dan bahan yang disuaikan mengikut langkah dan perkembangan. e. Guru mendapat suatu kelegaan dari urusan menyampai dan menerang kerana penggunaan alat dan bahan membolehkan guru mengatur strategi yang lebih terurus dan terancang. f. Pengagihan alat dan bahan pengajaran dapat digunakan sebagai kaedah untuk membuat pertimbanganpertimbangan tertentu dalam menukar strategi atau menukar teknik terutamanya apabila berlakunya masalah dalam penguasaan pemahaman pelajar.. g. Penggunaan alat dan bahan menjadikan pengurusan kelas lebih terancang kerana pemusatan pembelajaran berlaku ke atasnya. h. Penggunaan alat dan bahan juga menjadikan penguasaan kemahiran manipulatif dapat diawasi dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. i. Penggunaan alat dan bahan memudahkan untuk urusan penilaian. Samada ia dinilai secara formatif atau sumatif, produk seni visual mereka jelas menampilkan penguasaan pembelajaran yang di pelajari. j. Penyerapan nilai murni berlaku melalui penggunaan alat dan bahan yang digunakan dan pada jangka panjang pemantapan afektif akan berlaku. k. Perkara yang lebih penting dan bermakna dari penggunaan alat dan bahan ialah pemantapan domain kognitif, psikomotor dan afektif yang berlaku dari aktiviti Pendidikan Seni Visual. ACTIVITI

142

Bagaimanakah penggunaan alat dan bahan dalam penghasilan ukiran kayu Melayu dapat mempertingkatkan domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar? Cuba anda bincangkan.

8.3 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENYAMPAIAN Kemahiran penyampaian yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru lebih bersedia dan merasakan bahawa bidang tugasnya bukan suatu desakan atau tekanan. Ia merupakan suatu penguasaan dalam menganalisis, membuat sintesis dan membuat penilaian terhadap bidang atau tajuk yang akan diajar. Seseorang guru seharusnya merancang situasi dan bahan pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid agar dia berupaya meningkatkan kualiti pengajarannya. Seterusnya, strategi penyampaian pengajaran guru perlu disuaikan dengan aras pelajar, persekitaran dan objektif pelajaran. Strategi ini lazimnya mengambil kira penguasaan kognitif, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Tahap pemikiran pelajar boleh ditentukan dengan penggunaan jenis-jenis soalan mengukur kemahiran berfikir seperti menggunakan pelajaran pemikiran CoRT (Cognitive Research Trust). Kemahiran pengajaran ini merangkumi teknik-teknik seperti PMI (Plus, Minus, Interesting), APC (Alternative, Possibilities, Choices) dan C & S (Consequence and Sequence). Antara kemahiran penyampaian yang dapat diaplikasi dengan berkesan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual ialah: a. Membuat generalisasi mengenai isi kandungan pelajaran. b. Menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam sesuatu bidang atau tajuk yang bakal diajar dan dikuasai oleh pelajar. c. Membuat hukum biasaan terutamanya dalam sesuatu kaedah mengajar yang disenangi oleh pelajar. Ajar dari mudah kepada susah. d. Bersikap proaktif dalam menjalankan tugas atau peranan dan hindarkan retroaktif yang menggugat kelancaran penyampaian pengajaran. Watak guru menampilkan sesuatu yang disenangi dan ceria.. e. Membina konsep mudah di kalangan pelajar terhadap isi pelajaran yang bakal dikuasai. Gunakan formula tertentu untuk mudah difahami dan ditaakul. f. Menekankan teknik pengajaran berpusatkan pelajar. Lebih banyak peranan yang dimainkan oleh pelajar lebih baik dan berkesan.

8.3.1 Kemahiran Penyampaian Set Induksi Pada peringkat set induksi, guru hendaklah berbincang, bercerita, bersoal jawab dengan pelajar tentang tajuk serta perkara-perkara yang berkaitan. Guru haruslah mengaitkan tajuk dengan minat, pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam kehidupan sehariannya. Aktiviti-aktiviti lisan yang dijalankan perlulah melibatkan pelajar secara aktif. Satu aspek yang penting lagi ialah alat-alat bantu mengajar seperti bahan siap, contohcontoh gambar, benda-benda maujud dan bahan-bahan semulajadi eloklah digunakan supaya penyampaian akan lebih berkesan.

143

8.3.2 Kemahiran dalam Teknik Penyoalan Kemahiran guru menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni adalah satu faktor utama yang mendorong peningkatan daya intelek pelajar. Justeru itu, seorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah berkemahiran membentuk soalan-soalan yang bermutu tinggi untuk mencabar dan mengembangkan daya pemikiran pelajar. Beliau harus juga mahir mengemukan soalan-soalannya dengan berbagai teknik yang memberi peluang kepada semua pelajar untuk menjawab mengikut kebolehan masing-masing. Sambil menyoal, beliau juga mengetahui bagaimana memberi bimbingan yang sewajarnya ke arah menemui jawapan atau menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan tajuk pelajaran, pengetahuan dan pengalaman pelajar. Dalam aktiviti bersoal jawab, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual harus ingat menimbang perkara-perkara yang berikut: a. Pelajar harus mudah memahami soalan-soalan. b. Kemukakan soalan sebelum meminta individu memberi jawapan. c. Beri masa untuk pelajar berfikir. d. Beri peluang menjawab kepada setiap pelajar. e. Beri bimbingan yang sewajarnya untuk menjawab soalan. f. Beri soalan lebih mudah kepada pelajar lambat untuk membina keyakinan. g. Beri pujian atau komen positif terhadap jawapan baik sebagai galakan dan pengukuhan. h. Galakkan pelajar untuk mengemukakan soalan. i. Elakkan soalan-soalan yang hanya memerlukan jawapan YA atau TIDAK. j. Kemukakan soalan-soalan bercapah yang mencungkil pemikiran pelajar seperti soalan-soalan mengingat kembali, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. 8.3.3 Penilaian Kendiri dan Refleksi a. Definisi Penilaian kendiri

Satu proses yang bersistem bagi menentukan objektif pengajaran oleh diri sendiri telah dicapai. Menurut Rowntree, penilaian kendiri merupakan satu proses mendapat dan mentafsir maklumat tentang pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap seseorang. Penilaian kendiri tidak harus dilihat sebagai proses memberi markah atau gred semata-mata kerana cara ini sekadar menjalankan pengukuran. Secara ringkasnya pengukuran merupakan suatu cara untuk menghuraikan kuantitatif sedangkan penilaian menghuraikan kuantitatif, kualitatif dan pertimbangan nilai. Salah satu prinsip utama dalam penilaian kendiri ialah mentaktifkan sejelas mungkin mengenai tujuan penilaian itu

144

dibuat. Objektif-objektif penilaian kendiri sepatutnya dicatatkan dalam sinopsis atau rangka kerja yang dirancang oleh seseorang guru. Kerangka ini penting untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang apakah perubahan-perubahan yang akan berlaku dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran yang seharusnya berlaku sehingga akhir pelajaran. Bagi kebanyakan pengajar atau guru, penilaian kendiri hanya berasaskan kepada isi pelajaran yang diajar. Isi pelajaran memang tidak dinafikan penting tetapi mengukur sejauh mana pelajar memahami konsep-konsep yang menguasai kemahirankemahiran dan teknik-teknik menjadi kriteria yang lebih penting kerana pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual menekankan pembinaan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Sebab itu penilaian kendiri menekankan kepada pemusatan diri pelajar atau guru (student-centred / teachercentred) dan bukannya mata pelajaran (subject-centred). b. Refleksi Menurut Michael J. Wallace (1991) dalam bukunya Training Foreign Language Teachers: A Reflective Approach, refleksi ialah proses merenung kembali pengetahuan dan pengalaman yang relevan untuk membantu kita menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat menghadapi atau menyelesaikannya. Renungan boleh dibuat sebelum, semasa atau selepas masalah itu berlaku.

Rajah 8.1 c. Menurut model di atas, seorang guru memerlukan kedua-dua teori dan pengalaman. Yang pentingnya, guru itu menerima peluang yang mencukupi untuk menjalani latihan praktikal atau praktikum. Refleksi berlaku dengan melibatkan perkara-perkara berikut: o Menilai amalan bilik darjah dan mengenalpasti masalah atau perkara yang merisaukan kita dalam bilik darjah. o Mempertimbangkan faktor yang berkenaan dengan masalah itu. o Merenung kembali pengetahuan dan pengalaman relevan yang mungkin dapat membantu dalam menghadapi masalah.

145

o Menimbulkan satu atau lebih cara untuk menghadapi masalah itu. Tujuan utama refleksi ialah membantu guru pelatih menilai situasi pengajaran-pembelajaran dari masa ke semasa. Guru digalakkan menilai diri sendiri, pelajarnya serta keadaan bilik darjah untuk membantu menentukan: o sumber yang ada pada dirinya; o perubahan yang perlu diwujudkan sama ada pada dirinya atau pada pelajarnya dan bilik darjah; dan o amalan bilik darjah yang boleh dikekalkan.

d. Refleksi dalam Pengajaran

Pengajaran bermula dengan perancangan yang rapi. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan berbagai model yang difikirkan sesuai. Contoh model pengajaran Glaser dan Sim adalah seperti berikut:

Rajah 8.2 : Model Pengajaran Glaser

146

a. b. c. d. e. f.

Menulis objektif pembelajaran tersebut. Memilih isi kandungan yang tepat dan sesuai dengan objektif. Menyusun atau memeringkatkan isi kandungan yang dipilih. Menentukan kaedah mengajar. Merancang dan menyediakan bahan pengajaran-pembelajaran. Memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan membuat persiapan untuknya.

ACTIVITI

Bagaimanakah anda boleh melakukan refleksi dalam tiga situasi berikut? a. b. c. Konferensi prapengajaran Sesi pengajaran Konferensi pospengajaran

RUMUSAN

Memantapkan ilmu perguruan melalui penerapan ilmu dalam pembelajaran (content knowledge) dan ilmu dalam pengajaran (pedagogical knowledge) merupakan satu proses yang perlu dila kukan dengan teliti dan berhati-hati. Ia perlu dilakukan secara seimbang agar penyerapan ilmu ke dalam minda pelajar berlaku secara terancang dan tersusun. Kefahaman yang mendalam dalam memilih strategi, kaedah, input pembelajaran dan inferens mestilah melihat realiti pelanggan iaitu anak didik yang sedang diajar. Penggunaan alat bantu mengajar yang efisyen dan relevan dengan keperluan pengajaran memudahkan lagi proses penerimaan pelajar dalam konteks pembelajaran. Wujudkan suasana pembelajaran yang terapeutik, selesa dan iklim bilik darjah yang boleh merangsang pembelajaran. Ciri kelas yang kondusif perlu difikirkan oleh guru dan pihak pengurusan. Dalam sebarang situasi, guru perlu membuat refleksi kendiri. Dari amalan yang biasa, refleksi berlaku dalam tiga situasi: sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Apapun yang terhasil dari refleksi ini, ia menjurus kepada penghayatan sebagai seorang guru yang berkesan di samping membuat penambahbaikan. GLOSARI Terapeutik Damai, indah, menarik atau nyaman Kondusif Tenteram Refleksi Muhasabah

147

Kuantitatif Berkaitan dengan jumlah Kualitatif Berkaitan dengan mutu First hand Pertama dalam serba serbi Subject-matter Hal benda Sekuen Berurutan, berterusan, kesinambungan Pedagogi Ilmu mengajar kanak-kanak Andragogi Ilmu mengajar dewasa

UJIAN 1

Bagaimanakah penggunaan alat dan bahan dalam penghasilan ukiran kayu Melayu dapat mempertingkatkan domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar?

UJIAN 2

Bagaimanakah anda melakukan refleksi dalam tiga situasi yang berikut?

1. 2. 3.

konferens prapengajaran; sesi pengajaran; dan konferens pospengajaran.

TOPIK 9 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI PENGENALAN

148

Art appreciation is not always black and white. You get out of art what you're willing to put in. Art is a relationship and requires that you work at it. Richard Nilsen, The Arizona Republic, July 2, 2006

Sumber: http://www.azcentral.com/arizonarepublic/ae/articles/0702heard0702.html Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation,such as defining, valuing, and explaining. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Munurut Chapman(1978), If treat art as if it were only a matter of learning facts and mastering technique, we deny its value and character. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are expressed through language and art forms such as dress, architecture an decoration. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. menjelaskan maksud apresiasi dan kritikan seni dan objektifnya; menjelaskan tujuan apresiasi dan kritikan seni; menjelaskan dua pendekatan apresiasi dan kritikan seni; menjelaskan lima kaedah melihat seni; menjelaskan proses apresiasi seni; menjelaskan aspek nilai melalui apresiasi seni; dan memberi satu contoh kritikan seni

149

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

9.1 PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

9.1.1 Definisi Apresiasi bolehlah di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasilhasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan hal benda serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukkan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan Logical operation such as defining, valuing, and explaining. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman(1978),

150

If treat art as if it were only a matter of learning facts an mastering technique, we deny its value and character. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee(1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang; sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

9.1.2 Objektif Apresiasi Objektif apresiasi adalah untuk:

(a) memahami dan bertindak terhadap aspek seni; (b) mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan; (c) menghasilkan karya (produk seni); (d) memahami seni dan hubungannya; dan (e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

9.2 Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerjakerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

9.3 Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni Mengikut John A. Michael dalam bukunya Art and Adolescense ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

151

(a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi (a) Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

1. Secara Penerangan

Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.

2. Secara Pemerhatian

Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar.

3. Secara Perbandingan

Analisa, penilaian, perbandinan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran.

4.Secara Penghasilan

Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.

ACTIVITI

Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara logik dengan menggunakan satu contoh karya seni murid anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua empat cara yang diberi di atas. (b) Pendekatan Secara Psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistic dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. Secara perbincangan dan perbandingan. 2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery). 3 Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni. 4. Secara menyediakan setting/ set induksi. 5 Secara membesarkan gambar. 6 Secara mengolah bahan-bahan sebenar.

7. Secara aktiviti permainan seni.

152

8. Secara lawatan/pameran. 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

ACTIVITI

Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara psikologi dengan menggunakan satu contoh karya seni murid anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua cara yang diberi di atas.

9.4 KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (b) Kontekstualistik (c) Organistik (d) Normistik (e) Elektik a. Kaedah Hedonistik

Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: o suka / tidak. o tertarik / tidak o pernyataan spontan Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. b. Kaedah Konstekstualistik

Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

153

c. Kaedah Organistik

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. Kaedah Normistik

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. Kaedah Elektik

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. 9.5 PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan (description) (b) Menganalisa (analysis) (c) Tafsiran (interpretation) (d) Penilaian (evaluation) a. Menggambarkan

Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

154

b. Menganalisa

(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (iii) Menghuraikan stail sesuatu karya. c. Tafsiran

(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. (iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. d. Penilaian (i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. (ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?

(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. (c) Sejarah seni. (d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

9.6 ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

Butiran Bidang

155

Bidang Seni dalam Kehidupan

Objektif a. Memahami tentang kepelbagaiaan kegunaan dan kesan seni dalam kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya; b. membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam penghasilan barangan seni; c. memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya; dan d. mempertingkatkan pengetahuan tetang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni.

Seni dalam Komunikasi (Seni Halus)

a.

Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca, cetakan dan sebagainya.

Reka Bentuk Rumah Tradisional

a.

Memahami beberapa ciri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini.

Perkembangan Seni dalam Budaya Kebangsaan

a.

Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang: i. ii. iii. iv. sejarah perkembangan seni dalam negara; keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi; sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni serta budaya.

b.

Membolehkan pelajar mempunyai daya kritikan yang lebih rasional tentang seni budaya kebangsaan.

Hasil Seni Rakyat: Peralatan Kraf tekat Tenunan Bangunan Alat permainan

a. b. c.

Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi; mengetahui peranan keris dalam konteks budaya Melayu; memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan;

d.

memahami jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan; dan

e.

memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat permaian.

Perkembangan Seni Lukis Moden Malaysia

a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang: i. sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni

156

dalam negara; ii. iii. iv. keistimewaan ciri estetik dan fungsi; sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni dan budaya.

Seni Dalam Budaya Lain: Kraf Dan Seni Halus

a.

Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air dengan kraf luar negara.

b.

Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang: i. hasil karya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya; dan ii. gerakan seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dengan seni halus tempatan.

9.7 CONTOH KRITIKAN SENI

Rajah 9.1 Tajuk Tahun Media Saiz Lokasi : : : : : Pantai Timur 1 1978 Warna Fabrik 123 cm x 80 cm Balai Seni Lukis Negara

157

(a)

Menggambar (Description)

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna neutral menambahkan nilai estetik karya ini. Semangat kaum nelayan diperkuatkan dengan penggunaan warna jingga, kuning, oren, dan merah nyala..

Garisan Ruang Rupa

Berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline. Objek dilukis memenuhi ruang. Menggunakan objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan (movement). Dilukis dengan aksi yang berbeza.

Prinsip Rekaan

Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati.

Imbangan Kesatuan

Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan. Idea yang sama dan menyeluruh.

(b) Menganalisa (Analyse)

Subjek Unsur-unsur seni

Manusia 1. 2. 3. Warna Rupa Bentuk

Prinsip Rekaan

1. Penegasan 2. Keseimbangan 3. Bentuk

Kualiti Ekspresif

1. Mood tolong-menolong. 2. Suasana harmoni dan aman.

Bahan / Teknik / Kaedah

Menggunakan pastel pada kanvas tanpa memberi fokus pada ton.

158

(c) Tafsiran (Interpretation)

Makna / Mesej Subjek Simbol Unsur-unsur Seni Prinsip Rekaan Metafora/Analogi bagi menjelaskan makna

Masyarakat kampung Manusia Perpaduan Warna, rupa dan bentuk. Penegasan, keseimbangan dan kesatuan. Lebih menggambarkan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan mempunyai semangat kerjasama dalam kehidupan harian.

(d) Penilaian (Evaluation)

Kriteria Keaslian Gubahan Berdasarkan kepada pengalaman. Berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka. Teknik Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau untuk mengolah dalam bentuk fabrik. Fungsi Menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk mewujudkan suasana harmoni.

RUMUSAN

Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni harus dilihat sebagai satu bidang ilmu yang dapat memperkayakan pengalaman kesenian pelajar. Perancangan yang teratur dan perlaksanaanya yang berkesan di bilik darjah, dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar terhadap alat dan bahan, teknik, dan proses, rekabentuk serta fungsi hasil seni dalam kehidupan. Kajian karya seni dalam dan luar negeri dapat meningkatkan lagi penghargaan terhadap karya seni tempatan dan pandai tukang.

159

GLOSARI Stail Gaya Kognitif Daya pemikiran Persepsi Pengamatan Pemikiran intelek Pemikiran tinggi Holistik Menyeluruh Kronologi Urutan Ekspresif Luahan perasaan Metafora Ibarat/kiasan Analogi Persamaan Significance Keertiaannya

UJIAN 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Apriasiasi Seni dalam Pendidikan Seni dan mengapa ianya penting dalam pengajaran Pendidikan Seni? UJIAN 2

Berdasarkan salah satu contoh hasil karya di bawah, buatkan satu analisa bagi membuat perbandingan antara salah satu hasil seni tempatan. Penekanan harus diberikan kepada kriteria, persamaan dan kelainannya berdasarkan empat-empat proses aprisiasi seni.

160

Rajah 9.2: Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Ketika istana ini mula-mula dibina ia tidak menggunakan sebarang paku. Kini menjadi muzium Diraja Perak

Rajah 9.3: Sebuah wakaf di Kg. Berangan Tumpat, Kelantan

161

Rajah 9.4: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19

Rajah 9.5: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19

162

Rajah 9.6: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19

Rajah 9.7: Pinggan dengan hiasan berupa ayat-ayat suci al-Quran, Dinasti Ming kurun ke-16.

163

Rajah 9.8

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan bagaimana menguruskan bilik pendidikan seni visual; 2. menggambarkan keadaan bilik seni yang sesuai dengan menggunakan pelan bilik; 3. menjelaskan bagaimana mengendalikan buku stok dan senarai inventori bilik pendidikan seni visual; 4. menjelaskan bagaimana menjana iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif dari aspek fizikal, emosi dan sosial; 5. menyenaraikan prosedur pengurusan alat dan bahan pendidikan seni; dan
164

6. menghasilkan contoh borang penyimpanan stok.

PENGENALAN

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dlam Bilik Seni.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

165

10.1 PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

166

Rajah 10.1: Kelas Pendidikan Seni Sumber: http://bi-lingual.com/School/virtualtourgyoshu.htm

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, anda hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: unsur seni; menggambar / melukis; warna; lukisan alam semulajadi; seni huruf dan sebagainya.

Di dalam pengurusan bilik seni, anda harus beri aspek-aspek berikut perhatian yang sewajarnya: keselamatan; kebersihan; susunan perabot; pameran hasil kerja; kelengkapan bilik seni; pengagihan tugas; pengumpulan alat / bahan; dan jadual waktu penggunaan bilik seni.

167

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin. 10.1.1 Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) berikut merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai.

Rajah 10.2: Contoh pelan Bilik Seni

168

Rajah 10.3: Bilik Seni saiz bilik darjah

10.1.2 Buku Stok dan Senarai Inventori

Pengendalian buku stok merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni dan menjadi tanggungjawab guru kanan mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menguruskannya dengan sempurna dan kemaskini. Perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:

169

a. Semua alat/bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. b. Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat/bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat/bahan habis guna. Setiap jenis alat/bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan berbuat demikian, maka ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. c. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat/bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

10.1.3 Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual dari Aspek Fizikal, Emosi dan Sosial Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. a. Aspek Fizikal

Sumber: http://www.brookfieldschool.co.uk/images/Art/art_room.jpg

b.

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut

170

seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: i. ii. Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.< iii. Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. iv. Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid. v. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

c.

Aspek Sosial

Rajah 10.5: Murid berinteraksi Sumber: http://www.blackrockps.vic.edu.au/about_brps/Tour_art.html

d.

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:

171

(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid; (iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan (v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

e.

Aspek Emosi

Rajah 10.6: Guru mengajar kelas seni Sumber: http://dragons1.k12.ar.us/dragons/WCOBBWEB/art%20class.jpg

f.

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:

(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; (iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan (iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

172

10.2 PENGURUSAN ALAT DAN BAHAN SERTA BAHAN RUJUKAN

10.2.2 Contoh Borang Penyimpanan Stok (a) Borang Storu Peralatan Kekal

Bil.

Item ( Peralatan Kekal )

Bil. Unit

Tarikh Masuk

Tarikh Lupus

1 2 3 4 Jumlah Item:__

Meja guru Kerusi guru Almari kayu

2 2 4

12/5/03 12/5/03 12/5/03

2/12/03

8/10/03

Catatan:

Rajah 10.7: Contoh borang stor untuk peralatan kekal

(b) Borang Stok untuk Peralatan Tidak Kekal

Bil.

Item ( Peralatan Kekal )

Bil. Unit

Tarikh Masuk

Tarikh Lupus

Berus lukisan (keras- saiz 4)

32 dozen

10/3/01

2/12/03

Kertas lukisan ( imperior)

20 dozen

12/3/01

8/10/03

3 Jumlah Item:__ Rajah 10.8: Contoh borang stor untuk peralatan tidak kekal RUMUSAN Studio atau bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Ia seberapa boleh diasingkan atau dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh berusaha untuk mewujudkan iklim studio Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran dan pengajaran. Catatan:

173

GLOSARI Inventori Stok kawalan alatan Rapor Mesra dan peramah Spesifikasi Mengikut ciri atau pengkhususan Futuristik Masa hadapan Fisiologi Keperluan diri

UJIAN 1 Anda dikehendaki mencadangkan satu pelan bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif. UJIAN 2

Sila hasilkan sebuah buku stok yang sesuai bagi mengawal peralatan dan perabot bilik Pendidikan Seni Visual.

174

Anda mungkin juga menyukai