Anda di halaman 1dari 41

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

KUMPULAN 1 : PRISCILLA SEBELIE ODELIA KASSIM SHIRLEY EMPEN ALANA DULLI

PENGENALAN

Menjurus kepada seni tampak dan tidak menjurus kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Proses penghasilan seni ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini , murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan lagi kepekaan dengan membawa nilai murni dalam pendidikan sejagat.

PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PSV KBSR lebih menekankan dalam penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Dalam proses penghasilan ini, murid seharusnya dapat memahami perasaan estetik dan daya kreativiti pelajar melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu; Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional

MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kretif, inovatif dan inventif. Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

Penghargaan keindahan alam ciptaan Tuhan Memupuk budaya penyelidikan dalam penghasilan karya seni visual

Meningkatkan pengetahuan , daya kreativiti , inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Membuat diskripsi, analisi, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual Menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

Menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan seni visual di Malaysia dan antarabangsa. Menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya Menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup. Menunujukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

PENDANGAN TOKOH TOKOH BARAT TENTANG SENI VISUAL

PLATO
427/428 sebelum Masehi-347 sebelum Masehi

Pendapat Tokoh Plato.


Lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran Pembaca puisi memainkan perasaan dengan ilham yang diterimanya Seni dan pendidikan perlu berpandukan kepada kebenaran, kebaikan ,kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dengn kaitannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkn perpaduan. Bahasa persuasif menggunakan unsur persuasif seperti logik, perwatakan dan nilai moral.

KESEJAHTERAAN

ILMU PENGETAHUAN

KEINDAHAN

NILAI MORAL/KEBAIKAN

konsep lukisan dengan konsep imitasinya dan puisi dengan konsep ilhamnya. ( Membandingkan lukisan dengan kebenaran)
Pelukis melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat Tukang pembuat meniru idea atau konsep mengenai objek itu. Idea atau konsep tukang pembuat itu pula meniru konsep yang diberi oleh Tuhan.

Maka,lukisan adalah tiga kali terpisah daripada kebenaran.

ARISTOTLE
(384 Sebelum Masehi-322 Sebelum Masehi )

Pendapat Aristotle.
Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi stuktur bentuk yang universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan stuktur bentuk dalam puisi itu. Seni itu baik. Seni digunakan untuk membina budaya yang baik. Aristotle memberikan penekanan kepada bentuk dan stuktur sesuatu hasil atau karya.

JOHN DEWEY
(1859-1952)

Pendapat John Dewey..


Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Fungsi pendidikan seni adalah : - untuk memimpin kanak-kanak kearah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah sau proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia.

WALTER GROPIUS (1883-1969)

Berpendapat bahawa Seni Visual berfungsi dalam memberi faedah kepada kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Memberi kepentingan prinsip asas reka ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains dan teknologi.

Prinsip rekaan dan nilai estetik telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas elektrik, kenderaan, bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan khas terhadap bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan senireka, seni komersial dan seni dalam kehidupan seharian.

CHAPMAN

Seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kepada kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat ; dan Seni sangat bermakna jika kreativiti menjadi unsur yang diutamakan dan masyarakat menitikberatkan imaginasi yang direalitikan.

FELDMAN

Feldman membuat penyataan yang hampir sama dengan McFee yang menekankan bahawa seni dan kebudayaan itu menjadi tunjang pembangunan seni kepada manusia.

Al - Faruqi
Al-Faruqi merupakan cendikiawan dan aktiviti Islam yang banyak mengetahui pelbagai budaya intelektual. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bidangmeliputi penulisan, peyuntingan dan penterjemahan.

Konsep Seni Islam dan pembawaanya adalah benar-benar menjurus ke arah konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan.
Tauhid adalah perinsip utama bagi estetika. Seni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara kebaikan dan berakhlak.

Al-Faruqi mengetengahkan bidang Tauhid sebagai:


Intipati pengalaman keagamaan Prinsip sejarah Pengetahuan Etika Estetika Kekeluargaan Politik Sosial dan ekonomi.

Seni adalah proses penemuan alam dalam usaha menghasilkan intipati dalam bentuk tampak. Seni bukanlah peniruan. Dalam berkarya, ia adalah sebahagian daripada manipulasi kesan interaksi dan pengalaman manusia pada makhluk lain.

Kesenian Islam it tidak terhad kepada hasil ciptaan ataupun bangunan yang berunsur keagamaan semata-mata. Kesenian juga meliputi segala hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai estetika dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada digunakan untuk tujuan keagamaan ataupun tidak.

Kesimpulannya, beliau berpendapat seni dalam Islam mestilah merangkumi keseluruhan kehidupan muslim, bukannya bersifat individualistik atau egoisme tetapi segala hasil karya seni menjadi lambang cita rasa masyarakat Islam keseluruhannya.

Ibn khaldun
Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir Islam yang unggul, terutama dalam bidangsosiologi dan falsafah. Tulisannya yang dikenali sebagai Muqaddimah atau prolegomene (Estidotmy Utusan Malaysia, 2002) Menurut Ibnu Khaldun seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan. Di dalamnya terkandung ciri-ciri :
Estetika Etika Logika

Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasilkarya itu dihasilkan. Etika pula merujuk kepada elemen-elemen akhlak atau moral yangmembina manusia.

Logika pula merujuk kepada suatu kebenaran yang hakiki. Menurut beliau, pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia.
Kebenaran dalam Kesenian haruslah berpaksikan Allah s.w.t. Dalam Islam, kesenian dicetuskan dengan niat mendapat keredhaan Allah.

Seni dalam Islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak. Kesimpulannya, dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan, dan falsafah kehidupan manusia.

Al - Ghazali
Al-Ghazali meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam khususnya, dan tidak kurang juga yang berkaitan dengan seni Islam. Dalam bidang kesenian, al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni.

Keindahan menurut al-Ghazali adalah nikmat yang tersendiri, yang dihayati kerananya dan bukan tujuan yang lain. Menurut beliau, pendidikan yang unggul ialah keselarasan dengan objektif kejadian manusia iaitu penguasaan ilmu tentang Allah. Ilmu demikian meliputi ilmu pencipta dan ciptaan-Nya termasuk alam semesta, roh,keadaan-keadaan yang berlaku selepas mati dan sebagainya. Rasional daripada matlamat ini adalah penghampiran diri manusia dengan Allah,dengan penghampiran diri kepada Allah itu mustahil kecuali melalui ilmu.

Secara keseluruhannya, konsep seni yang menjadi pegangan


al-Ghazali khususnya dan agama Islam secara amnya menyanjung tinggi dan meletakkan seni pada suatu kedudukan yang amat istimewa.

Al- Ghazali

Sumber Rujukan : 1. Buku : HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2. Internet : http://id.scribd.com/doc/92345012/Konsep-Pendidikan-Seni-Visual http://id.scribd.com/doc/83026167/Topik1KonsepPendidikanSeniVi sual http://www.scribd.com/doc/59264958/KONSEP-PSV http://www.scribd.com/doc/59264958/KONSEP-PSV

Anda mungkin juga menyukai