Anda di halaman 1dari 27

Sejarah dan Apresiasi

Seni Visual
Sejarah Seni Visual
Seni visual dikenali sebagai seni lukis moden selepas kemerdekaan.

Selepas merdeka, subjek lebih tertumpu kepada figura berbanding
pemandangan.

Negara kita banyak dipengaruhi daripada pelukis di luar negara dan
kebanyakannya berasal dari Nanyang Academy School of Art.

Era selepas kemederkaan (1957-1960), pelukis Malaysia mula menyedari
bahawa budaya kita perlu dikekalkan.

Timbulnya idea-idea menghasilkan lukisan tentang kemasyarakatan,
rumpun kaum serta adat istiadat.

Antara pelukis yang giat pada era ini ialah: Cheong Lai Tong, Patrick Ng
Kah Onn, Lee Joo For, Hoessein Enas dan Cheong So Pient.
Samb
Pada era tahun 1960an-1970an, pelukis telah mula berani
menyalurkan idea masing-masing.

Konsep karya adalah bebas dan tidak terikat dengan tema
atau subjek.

Mempunyai identiti karya tersendiri untuk lebih dikenali.

Figura manusia lebih dipermudahkan untuk mewujudkan
identiti.

Contohnya karya Kelambu oleh Dzulkifli Buyong adalah
satu karya yang dipermudahkan tetapi masih mempunyai
nilai-nilai estetika serta penceritaannya.
Dzulkifli Buyong (1964)
Kelambu, Pastel on Paper
Chuah Thean Teng (1968)
Musim Buah, Batik Painting
Lukisan foto-realis, Hoessein Enas
Potret Diri
(1968)
Pastel on Paper
Gadis Melayu
(1959)
Oil on Canvas
Hoessein Enas
(1969)
Admonition
Samb
Pada 70an-80an seni arca mula berkembang dan
kebanyakan pelukis lahir dari bekas graduan Institut
Teknologi MARA.

Pada era inilah yang mula menggabungkan pengaruh
lukisan barat.
Maksud Sejarah Seni Visual
Sejarah Seni Visual muncul sebagai suatu disiplin ilmu
mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas.

Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan
atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan
melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni
itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan
pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan,
makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan
kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada
kewujudan karya seni itu.

Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah
faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan,
peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat
terhadap sesuatu karya.

Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian
yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain.

Ianya juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang
menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria
Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey
dan Kleiner, 1996).



Tujuan Sejarah Seni Visual
Penghayatan terhadap sejarah membolehkan khalayak
ramai mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk
memahami situasi masa kini.

Karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang
merakamkan masa atau era yang menghasilkannya,
sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi
dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas
untuk memahaminya.

Selain daripada memperjelaskan bentuk, makna, dan fungsi
sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan
perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna
yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan
mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu
perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).


Kaedah Sejarah Seni Visual
Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan
mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji
ataupun dihayati.

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?;
untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?;
bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek
sedemikian?; apakah maksudnya?;
apakah yang cuba disampaikan?;
bagaimanakah ia dipersembahkan?;
dan siapakah yang menghayatinya?; siapakah pembuatnya?;
di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia
sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?;
berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya?
(Pointon, 1994: 61).

Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta
memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih bermakna.

Dalam tulisan Hauser menegaskan bahawa dalam usaha memahami karya
seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri
dengannya.
Apakah itu Apresiasi Seni?
Apresiasi boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-
pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka,
faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja,
bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya
dan cara mereka mengikut kreativiti masing-masing untuk
mengolah suatu gambar menjadi seperti penceritaan.

Semua ini berhubung dengan aspek pemahaman mereka dari
aspek- aspek kognitif.

Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan
perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu.

Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat
dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan
aspek-aspek afektif.

Objektif Apresiasi
a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni

b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam
kehidupan

c) Menghasilkan karya (produk seni)

d) Memahami seni dan hubungannya

e) Membuat dan menggunakan pertimbangan
estetik dan kualiti karya seni

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan



Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.
Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di
sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik
menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978)




Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya
seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai
sesuatu masyarakat.
logical operation such as defining, valuing and explaining
if treat art if it were only a matter of learning acts an
mastering technique, we deny its value and character
Macfee (1961) menegaskan bahawa




Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh
dan deria pandang.

Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang
manakala acra dan binaan disentuh.

Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa
untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan
dan dirasakan.


every culture, differences in value and belief are expressed through
language an art forms such as dress, architecture an decoration
Tujuan Apresiasi Seni
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek
nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai
sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf.

Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri
dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.

Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat
melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-
kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan
dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.
Pendekatan Apresiasi Seni
Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence
terdapat dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:
a)Pendekatan secara logik
b)Pendekatan secara psiklogi

Pendekatan Secara Logik
Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan
pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada
aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya
seni tersebut.

Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
Secara Penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan,
tujuan/teknik pelukis, media, proses,
nilai-nilai estetika dan pengaruh
Secara Pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid,
mengumpul dan menyusun gambar-
gambar
Secara perbandingan Analisa, penilaian, perbandingan
antara satu dengan yang lain serta
menimbulkan kesedaran
Secara Penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail,
menimbulkan kefahaman masalah
nilai-nilai khas, kepuasan,
menghubungkan diri dengan
pelukis/pandai tukang gaya konsep
dan zaman
Pendekatan Secara Psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni.

Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat
berkesan dan mendalam.

Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat
orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat
yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
1. Secara perbincangan dan perbandingan
2.Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3.Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4.Secara menyediakan setting/set induksi
5.Secara membesarkan gambar
6.Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7.Secara aktiviti permainan seni
8.Secara lawatan/pameran
9.Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

Kaedah melihat Seni
a.Kaedah Hedonistic
Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan
seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan
benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:
Suka/tidak
Tertarik/tidak
Pernyataan spontan
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli
psikologi yang menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan
oleh otak (pemikiran) tetapi berdasarkan maklumat kendiri.
Ianya tidak dapat diukur bilangan sebenar dan terdapat
pelbagai citarasa.

b. Kaedah Kontekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat
secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta
kejelasan.

Ianya berkait rapat dengan pengetahuan sejarah, falsafah
dan prinsip rekaan.

Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek
persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi
pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.

Kaedah ini akan menyediakan pengetahuan mantap dalam
pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian
bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang
menarik oleh pemerhati.

c.Kaedah Organistik
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu
sistem yang teratur dan terancang.

Penilaian dibuat secara menyeluruh berdasarkan konteks
seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan.

Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur,
ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk
kesatuan untuk melihat sesuatu karya dari segi
warna, jalinan, unsur-unsur seni,
imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.





d.Kaedah Normistik
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu
karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya.

Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada
Allah, rasa takwa, dan tiada unsur sensasi.

Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur
ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak.

Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah
melampaui batas yang dibenarkan dalam budaya dan agama.
e.Kaedah Elektik
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic,
ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang
tanggapan positif dan negatif.

Kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur
organisasi serta alat dan bahan.

Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak
menjurus kepada aspek kronologinya.

Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

Lukisan Terkenal di dunia
Monalisa, Da Vinci Last Supper, Da Vinci
Starry Night ,
Vincent van Gogh
Seine Grande Jatte,
Georges Seurat

Las Meninas

Anda mungkin juga menyukai