Anda di halaman 1dari 39

APRESIASI SENI

DEFINISI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai


tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan
stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-
aspek kognitif.

Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap
sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan
kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan

“logical operation such as defining, valuing and explaining”

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan
teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978)

“if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its
value and character”

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-
pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee (1961) menegaskan bahawa

“…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art
forms such as dress, architecture an decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya
seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh.
Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi
dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan
mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni

b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan

c) Menghasilkan karya (produk seni)

d) Memahami seni dan hubungannya

e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian


unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan
kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain
berdasarkan persepsi visual.
Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja
sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman penghargaan terhadap bidang seni

Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan
dalam apresiasi seni iaitu:

a) Pendekatan secara logik

b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek


semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada
yang melihat sesuatu karya seni tersebut:

Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan,


tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-
nilai estetika dan pengaruh
Secara pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid,
mengumpul dan menyusun gambar-
gambar
Secara perbandingan Analisa, penilaian, perbandingan antara
satu dengan yang lain serta menimbulkan
kesedaran
Secara penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail,
menimbulkan kefahaman masalah nilai-
nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri
dengan pelukis/pandai tukang gaya
konsep dan zaman
PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan


peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan
penghayatan sesuati karya seni.

Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan
mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat
orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang
digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

1. Secara perbincangan dan perbandingan


2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4. Secara menyediakansetting/set induksi
5. Secara membesarkan gambar
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7. Secara aktiviti permainan seni
8. Secara lawatan/pameran
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran
KAEDAH MELIHAT SENI

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:

a) Hedonistic

b) Kontekstualistik

c) Organistik

d) Normistik

e) Elektik

a. KAEDAH HEDONISTIC

Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan
perasaan, gemar, menarik dan benci.

Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

• Suka/tidak

• Tertarik/tidak

• Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah
ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.
Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK

Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik
dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah
dan prinsip rekaan.
Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak
pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.

Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman


konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang
menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan
terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh
intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang
dan penataan cahaya.

Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna,
jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai
masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri
kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian
yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak.

Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang
dibenar dalam budaya dan agama.

e. KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi
penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur
asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan.

Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek
kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses
apresiasi

Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni


berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan

b) Menganalisa

c) Tafsiran

d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,
bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

B. MENGANALISA

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip


dan stuktur

ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana

iii. Menghauraikan stail sesuatu karya


C. TAFSIRAN

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,


symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan

ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk


menjelaskan makna tersebut

D. PENILAIAN

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti


keaslian, gubahan, teknik dan fungsi

ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,
keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.
ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI

Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham
memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling,
cinta kepada Negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih,
boleh membuat pertimbangan, peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat,
bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

BUTIRAN BIDANG

Bidang Objektif

Seni Dalam Kehidupan a) Memahami tentang kepelbagaian kegunaan dan kesan seni dalam

kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya

b) Membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam


penghasilan barangan seni

c) Memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik


dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya

d) Mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai


dalam hasil seni

Seni Dalam Komunikasi a) Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca,
(Seni Halus) cetakan dan sebagainya

Reka Bentuk Rumah a) Memahami beberapa cirri yang mencerminkan budaya tempatan pada
Tradisional reka bentuk rumah di Negara ini.

Perkembangan Seni a) Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang:


Dalam Budaya i. Sejarah perkembangan seni dalam Negara
Kebangsaan
ii. Keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi

iii. Sumbangan dalam konteks warisan dan budaya dan

iv. Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan


seni serta budaya

b) Membolehkan pelajar mempunyai daya tkritikan yang lebih rasional


tentang seni budaya kebangsaan

Hasil Seni Rakyat a) Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi

• Peralatan b) Mengetahui peranan keris dalam konteks budaya melayu

• Kraf tekat c) Memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam konteks
budaya kebangsaan
• Tenunan
d) Memahai jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks
• Bangunan budaya kebangsaan dan

• Alat permainan e) Memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat
permainan

Perkembangan Seni a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang:


Lukis Moden Malaysia
I. Sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni dalam
Negara

II. Keistimewaan ciri estetik dan fungsi

III. Sumbangan dalam konteks warisan budaya dan

IV. Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan


seni dan budaya

a) Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air


Seni Dalam Budaya dengan krafluar Negara
Lain:
b) Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang:
Kraf Dan Seni Halus
i. Hasil katya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan
kelainannya dan

ii. Garakan seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan
kelainannya dengan seni halus tempatan

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.


Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk
dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan
ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan
diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata
pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid
digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri.
Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap
pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap
murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel
dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat
bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman
seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi
visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman
ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari
segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara
pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan
teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni
dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni,
menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid
pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni
visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat
pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

a. pemerhatian secara aktif


b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,


berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan
deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini
adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej
mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan
alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan
murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif
dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek
psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan
bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid
membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.
Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.
Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman
kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam
pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian
perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.
Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah
rendah.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman
membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan
menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini
termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak.

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-
kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal


Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot
tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti


Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam
pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi


murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria
melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi


Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan
keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat
ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS


(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya
untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri


Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.
Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat
membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya
intuisi kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)


Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan
apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik
mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat
meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK


1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak
mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di
atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium
seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak
menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.
-terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan
garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan
contengan rupa.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)


kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-
kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.
Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.

1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain


(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus
dan melintang kepada melukis bulatan.

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)


Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis
objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)


Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada
imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah
spontan, bebas dan berskala besar.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang
dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-
kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-
hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional
imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di
hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni
dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat
keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-


Henri Luquet
(a) Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba
dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir
sama dengan objek sebenar.

(b) Peringkat Failed Realism


Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan
imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali.

(c) Peringkat Intelectual Realism


Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa
yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

(d) Peringkat Visual Realism


Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.
Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada
peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan
pencapaian baik.

1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK


(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya
di[uji,dipamerkan)
(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan)
(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang
meneroka dan bereksperimentasi.
TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI
2.1 DEFINISI SENI
Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian
yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di
dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang
difikirkan paling efektif.

2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN


Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi
mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai
hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK


Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di
dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal.
Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan
mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus
kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman
kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.

2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK


(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat
awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis
dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan
mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini
lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan.
Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak
semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.
2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF
2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada
sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya
rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen
individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan
melibatkan proses kognitif – minda membuat anjakan daripada memahami setiap
komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.

Hukum-hukum Teori Gestalt


(a) Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan
pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.

(b) Hukum Persamaan (Similarity)


Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.
Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai
persamaan di dalam kumpulan yang sama.

(c) Hukum Keintiman (Proximity)


Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan
elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di
antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.

(d) Hukum Lengkap (Closure)


Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan
rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.
(e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada
masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus
dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah
sifatnya.
(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka
secara keseluruhan terhadap sesuatu objek
tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.
- Teori Gestalt juga
mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak
diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.
- Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada
produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses
penghasilan produk itu sendiri.

2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang


biologi dan falsafah.)
-Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti
untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang
mengasah minda mereka.
Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir
mereka yang berbeza. - prinsip penyelidikan biologinya :

(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)


Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan
akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu
dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada
penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.

(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki


Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema
fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia
sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan
digantikan dengan skema tersusun.
Perkembangan Kebolehan Kognitif
(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)
Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan
objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui
kesan deria dan gerak-gerinya.
Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep ‘kekal’
(permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada
pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.

(b) Peringkat Pra-olahan (2 – 6 Tahun)


Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama
untuk panggilan objek di sekelilingnya.
Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang
sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal.

(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 – 11 Tahun)


Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat
dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit
seperti susunan
angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu
perkara daripada pelbagai perspektif.

d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)


Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman
remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan
mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga,
perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan
mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja.
Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran
(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila
kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru
prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana
secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.

(b) Peringkat Pengolahan Konkrit


Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan
sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian.
Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang
sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka
mendiamkan diri.

(c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)


Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk
identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan
konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam
topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan
ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan
serta menetapkan matlamat.

Pendekatan Konstruktivis
Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran
Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran
menggunakan pendekatan konstruktivis.
1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks
kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).
2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar
dengan mudah (organisasi).
3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui
maklumat yang dibekalkan guru).
Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.
1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat
maklumat yang diterima.
2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami
3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran
4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment)
yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)


- Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam
penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
• Garisan
• Rupa
• Bentuk
• Jalinan
• Ruang
• Warna

- Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak
tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta
menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

- Rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya.
Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih
kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai
rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan
yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil
pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk
konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer
dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk
ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh
dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat
menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi
kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang
dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan
jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya
dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.

Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di
sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.
warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan
warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya
boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri
daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua
warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas
dan sekunder.

PRINSIP-PRINSIP REKAAN
-Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-
unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni
adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.

- Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang
menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin
tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).
- Penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada
pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya,
mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik.

Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama
kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.
Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan
imbangan semua arah.

Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar,


berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni
tampak dua dimensi.

Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza
saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik,
berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang
kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

ORGANISASI REKAAN
Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar
berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada
dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik
meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi,
tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik.
Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan
intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen
dan sebagainya.
Simbol
Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam
semula jadi dan alam buatan manusia.
Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling
manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.

Logo
Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab,
persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu.

Maskot
Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri
kemesraan.

Tipografi (Muka Taip)


Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat
dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3
kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san
serif dan hiasan.

Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut
dan pembungkusan jenis keras.
Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan
kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol
dan sebagainya.

Grafik Persekitaran
Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan
pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca
dan pengguna.
Ilustrasi
Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk
gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan
peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring
dengan penemuan teknik percetakan.

Komputer Grafik
Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna,
bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer
grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah
tersedia dalam pelbagai perisian.

Multimedia
Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan
menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian
hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan
berkomunikasi.

KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU


Tembikar/Seramik
merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun
manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian
sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian,
hiasan dan dalam kematian.

Anyaman
adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negerinegeri
Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih
merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam
diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau
objek harian seperti tikar, tudung saji dan sebagainya.
Ukiran
Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang
menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai
unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain.

Tekat
Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni
sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang
diliputi benang emas.

Batik
Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak
hairanlah ia menjadi salah satu produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis
batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang
digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.

Tenunan
Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain.
Tenunan merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang
pakan (benang sisip).

REKA BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP


Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang awam supaya
dapat meningkatkan status ruang tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita
rasa pemiliknya. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa
elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap.
Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk ruang
kediaman dan reka bentuk ruang awam dan komersil.
REKABENTUK PERSEKITARAN
Lanskap
Lanskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun
buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi
lanskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.

Jenis-jenis Lanskap
Lanskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang
meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup
bumi. Satu lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur.

Peranan dan Fungsi Lanskap


Secara umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama.
(a) Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap
• mengawal hakisan tanah
• memberi perlindungan dan teduhan
• meredakan iklim
• mengawal pencemaran alam
• menjadi tirai dan dinding
• mengarah pergerakan atau petunjuk arah
• imbangan ekologi dan kehidupan fauna

(b) Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap


• membentuk ruang
• merangka pemandangan
• melembutkan
• mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi
• menjadi penyatu pelbagai elemen

(c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap


Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu menyediakan
pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan
negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK


4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat
merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan
memanipulasikan objek alam.

4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media


(a) Alatan Asas
Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.

(b) Gambar
Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya
gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang
lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan
mereka.

(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT


guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik
media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan
memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas,
kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan
menyeronokkan.

4.2 PENGALAMAN DERIA


Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar,
deria lihat dan deria sentuh.
Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu
membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan
kreatif dengan alam, alat dan bahan.
4.2.1 Cara Belajar
4.2.1.1 Belajar Secara Visual
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar
menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan
maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih
cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.

4.2.1.2 Belajar Secara Auditori


Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota
dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis
dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.

4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik


Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan
pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.

TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK


5.1 KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh
dengan perasaan ingin tahu.

5.2 PENGERTIAN KREATIVITI


Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud
“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan
kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan
ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di
dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau
telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang
sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor
tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi
individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa
tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya.
Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun
sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur
melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian
(mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,
merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses
engamatan dan merekod.)

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI


5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan
sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan


Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan
sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti


Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti
‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’

(e) Kajian Semula


Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah
dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :


(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan
karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)


Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang
lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak
dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)


guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai
makna dan nilai tersendiri.

Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara
spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal
mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan
contengan mudah.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan


guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif


Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek
melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan
motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif


Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea
baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan
menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.
(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh,
figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya
oleh kanakkanak apabila melukis.

CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan
dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka


Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya
termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen


Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-
mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak
kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan
rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(d) Bersifat Terbuka


Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain
mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka
juga sangat menghormati masa.

(f) Berfikiran Bebas


Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu
perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang
dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-
hati dan bijak membuat keputusan.

5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI


5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh
membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan
tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kedah Kedua


Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan
saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan
ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya
mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan
secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah Ketiga


Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan
cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah Keempat


Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal.
Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan
supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa
sahaja.

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance


proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan
oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui
penyelidikan dan kajian.

(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata
malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan,
dan sebagainya.

(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu
yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang
dikehendaki.

(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai
barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.

(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk
dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar
supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain
merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan
perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh
menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI


Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses
kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh
digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang
cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil
karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni
visual.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel


Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia
untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan
menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

(f) Memberikan Galakan dan Motivasi


Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak
berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang
mereka berikan di dalam kelas.