Anda di halaman 1dari 39

APRESIASI SENI DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil

seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978) if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.

Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni: Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik: Secara penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilaiSecara pemerhatian nilai estetika dan pengaruh Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambarSecara perbandingan gambar Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan Secara penghasilan kesedaran Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilainilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Secara perbincangan dan perbandingan Secara proses inkuiri penemuan (discovery) Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni Secara menyediakansetting/set induksi Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara aktiviti permainan seni Secara lawatan/pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik

a. KAEDAH HEDONISTIC Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: Suka/tidak Tertarik/tidak Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.

Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. KAEDAH NORMISTIK Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. iii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI

Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada Negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

BUTIRAN BIDANG Bidang Seni Dalam Kehidupan Objektif a) Memahami tentang kepelbagaian kegunaan dan kesan seni dalam kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya b) Membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam penghasilan barangan seni c) Memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya d) Mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni Seni Dalam Komunikasi (Seni Halus) Reka Bentuk Rumah Tradisional a) Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca, cetakan dan sebagainya a) Memahami beberapa cirri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di Negara ini.

Perkembangan Seni

a) Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang:

Dalam Budaya Kebangsaan

i. ii. iii. iv.

Sejarah perkembangan seni dalam Negara Keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi Sumbangan dalam konteks warisan dan budaya dan Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni serta budaya

b) Membolehkan pelajar mempunyai daya tkritikan yang lebih rasional tentang seni budaya kebangsaan Hasil Seni Rakyat Peralatan Kraf tekat Tenunan d) Memahai jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks Bangunan Alat permainan budaya kebangsaan dan e) Memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat permainan Perkembangan Seni Lukis Moden Malaysia a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang: I. Sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni dalam Negara II. Keistimewaan ciri estetik dan fungsi III. Sumbangan dalam konteks warisan budaya dan IV. Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni dan budaya a) Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi b) Mengetahui peranan keris dalam konteks budaya melayu c) Memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan

a) Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air

Seni Dalam Budaya Lain: Kraf Dan Seni Halus

dengan krafluar Negara b) Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang: i. Hasil katya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dan ii. Garakan seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dengan seni halus tempatan

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni

mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, 3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman

kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. 1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanakkanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhatihati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. 1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh GeorgesHenri Luquet (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. (d) Peringkat Visual Realism Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK (a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya di[uji,dipamerkan) (b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan) (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.

TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI 2.1 DEFINISI SENI Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. 2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. 2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.

2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. (b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. (c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF 2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. Hukum-hukum Teori Gestalt (a) Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. (b) Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama. (c) Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. (d) Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. (e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.

(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut. - Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. - Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. 2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.) -Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. - prinsip penyelidikan biologinya : (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun.

Perkembangan Kebolehan Kognitif (a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep kekal (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja. (b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun) Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal. (c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun) Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif. d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja.

Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran (a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun) Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak. (b) Peringkat Pengolahan Konkrit Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri. (c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat. Pendekatan Konstruktivis Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis. 1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan). 2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi). 3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).

Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik. 1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima. 2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami 3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran 4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu. TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA) - Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna - Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. - Rupa Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk

ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

PRINSIP-PRINSIP REKAAN -Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsurunsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. - Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).

- Penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik. Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah. Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian. Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan. ORGANISASI REKAAN Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik. Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.

Simbol Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia. Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks. Logo Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu. Maskot Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan. Tipografi (Muka Taip) Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan. Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya. Grafik Persekitaran Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.

Ilustrasi Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan. Komputer Grafik Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian. Multimedia Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi. KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU Tembikar/Seramik merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.

Anyaman adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negerinegeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau objek harian seperti tikar, tudung saji dan sebagainya.

Ukiran Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain. Tekat Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas. Batik Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya. Tenunan Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip). REKA BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang awam supaya dapat meningkatkan status ruang tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap. Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk ruang kediaman dan reka bentuk ruang awam dan komersil.

REKABENTUK PERSEKITARAN Lanskap Lanskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi lanskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam. Jenis-jenis Lanskap Lanskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup bumi. Satu lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur. Peranan dan Fungsi Lanskap Secara umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama. (a) Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap mengawal hakisan tanah memberi perlindungan dan teduhan meredakan iklim mengawal pencemaran alam menjadi tirai dan dinding mengarah pergerakan atau petunjuk arah imbangan ekologi dan kehidupan fauna (b) Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap membentuk ruang merangka pemandangan melembutkan mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi menjadi penyatu pelbagai elemen (c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan

negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan. TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK 4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. 4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media (a) Alatan Asas Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. (b) Gambar Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. (c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. 4.2 PENGALAMAN DERIA Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.

4.2.1 Cara Belajar 4.2.1.1 Belajar Secara Visual Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar. 4.2.1.2 Belajar Secara Auditori Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru. 4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on. TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK 5.1 KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. 5.2 PENGERTIAN KREATIVITI Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.) TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher (a) Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. (c) Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. (d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? (e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri . Laura H. Chapman 3 kaedah diperkenalkan : (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang

lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Calvin W. Taylor (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. (b) Kreativiti Melalui Penghasilan guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. (c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. CIRI-CIRI KREATIVITI (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada manamana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. (d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu

perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhatihati dan bijak membuat keputusan. 5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI 5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. (b) Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. (c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. (d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. 5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.

(a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. (b) Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. (c) Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. (e) Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan (f) Memberikan Galakan dan Motivasi Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. (g) Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai