Anda di halaman 1dari 20

PERTIMBANGAN & PENGAMATAN ASAS DALAM LUKISAN

Hal Benda Ruang Suasana

HAL BENDA
' A subject is a person, a thing, or an idea...'.
Buku Art Fundamentals edisi 10
Pelukis atau pengkarya akan mencari sesuatu subjek sebagai bahan utama untuk melukis atau berkarya. Ia bermula dengan pemikiran dan idea serta dari pengalaman, pembacaan atau pun isu-isu semasa. Terpulang kepada pengkarya untuk mengolah subjek itu samada dalam gaya penampilan Naturalisme, Realism, Semi-abstrak atau pun Abstrak.

Apa-apa objek yang ada disekeliling kita boleh dijadikan hal benda (subject matter) dalam karya. Objek-objek yang terbiar dan tidak dipedulikan jika diangkat dan disusun dalam satu komposisi pada ruang alas lalu diberi warna dengan kesesuaian palet yang dipilih dapat menghidupkan karya dan memberi persepsi yang menarik kepada audian.
Salleh Ismail

Hal Benda : Botol

Hal Benda : Flora & Fauna

Hal Benda : Figura

RUANG
Ruang ialah jarak antara dua objek yang menghasilkan satu keluasan dan kelebaran. Terdapat dua jenis ruang iaitu : ruang terbuka ruang ilusi.

Ruang Terbuka Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T, kenderaan dan lansdkap persekitaran.

Ruang Ilusi Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar bangunan.

KONSEP Ruang Dalam RUANG DALAM KARYA SENI


Ruang yang dipersembahkan dalam karya memperlihatkan keluasan dan kedalaman sesuatu objek dari segi saiz dan jarak. Selalunya pelukis akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam sejajar dengan ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek untuk menunjukkan konsep ruang.

Ruang Cetek Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya akan memilih tema lukisan atau catan potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.

Ruang Rata Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif.

Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan HUBUNGAN RUANG DAN WARNA ruang.
Dalam catan pemandangan, objek yang dekat diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti dan sebaliknya pula bagi objek yang berada jauh. Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan melaluinya. Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.

SUASANA
Kandungan: Memahami pelbagai tema yang menjadi

pilihan bagi menyampaikan maksud dan pengertian


dalam karya seni visual. Mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi yang disampaikan melalui karya seni

visual.Suasana menunjukkan kepada kesan gubahan.


Aspek-aspek tersebut biasanya dikaji dalam konteks

kualiti estetik dari segi imitationalisme (Literal quality),


formalisme (Formal qualities) dan emosionalisme (expressive qualities).

PANAS

SEJUK

RIANG

SEDIH

CEMAS

~ Sekian ~

Anda mungkin juga menyukai