Anda di halaman 1dari 74

Melalui

Menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka

Memberatkan pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai kenegaraan.

Latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat dalam sesuatu karya seni diperkenalkan.

Seni Visual

*
Membentuk dan Membuat Binaan

Menggambar

Mengenal Kraf Tradisional

Membuat Corak dan Rekaan

Tajuk ini akan dibentangkan pada hari ini.

Barangan dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan

Konsep Kraf
Daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun

Keluaran Kraftangan - apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional -hasil dari sesuatu proses, kemahiran tangan

Kesedaran

Memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.

Kenalkan

Memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Proses pembelajaran

Satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.

Dilakukan

Boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Kepentingan

Contoh Kraf
Anyaman Tembikar

A. Batik

Batik Batik

adalah hasil proses penerapan lilin dan mewarnakan kain. Seni ini mempamerkan kemahiran dan kreativiti, keaslian tulin serta pengawalan mutu yang cekap. dipercayai berasal dari perkataan Jawa 'ba' dan 'tik' yang bermaksud setitis lilin. M alaysia. Sejak abad ke 15 Masihi, peningkatan permintaan dan bantuan teknologi moden membantu memesatkan perkembangan industri batik khususnya di Kelantan dan Terengganu. telah diterima menjadi sebahagian daripada corak pakaian antarabangsa dengan nilai yang tersendiri.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di

Batik

Batik

lukis merupakan satu kaedah membuat batik yang telah meningkatkan perusahaan batik di Malaysia.

Bahagian batik

B. Tekat Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

C. Tembikar Tembikar daripada tanah liat dikenali sebagai labu sayong. Masa kini -Tembikar telah ditambah nilai perak dan tembaga, motif tradisional Melayu untuk menambah nilai komersialnya. Tujuan: keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar.

Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kawasan yang terkenal dengan tembikar: Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan, Sarawak

*
1.GELUK Fungsi: Bekas air Ciri-ciri : Ragam hias daripada motif yang ringkas dan kecil 2.JAMBANGAN Fungsi : Meletak bunga Ciri-ciri : Badan berbentuk labu yang ditinggikan 3. LABU Fungsi: Bekas air Ciri-ciri: Berbentuk buah labu, Corak alam sekeliling dan geometri,banyak terdapat di Perak. 4.BEKAS BARA / BEKAS PERASAPAN Fungsi: Membakar kemenyan Ciri-ciri: Digunakan dalam upacara tertentu

5.BEKAS PEREMBUNAN Fungsi: menakung air embun Ciri-ciri: Berbentuk seperti batil ,bahagian keliling diikat tali penyangkut ,permukaan dicat merah atau putih

6.TERENANG Fungsi: bekas air tertutup Ciri-ciri: Corak motif flora dan fauna, diusahakan di Kampung Pasir Durian, Pahang

7.TEMBIKAR MAMBONG Fungsi: peralatan dapur seperti periuk, belanga dan sebagainya Ciri-ciri: berasal dari Kampung Mambong, Kelantan,tiada corak / corak mudah

8.TEMBIKAR SARAWAK Fungsi: menyimpan barang berharga, mengisi tuak atau jambangan bunga. Ciri-ciri: Corak motif tempatan,Tembikar tradisional berbentuk tempayan ukir dengan hiasan kepala naga ,berwarna, bergerlis

D. Tenunan

Satu produk dalam industri tekstil. Asas proses tenunan adalah hasil jalinan @ sulamam benang-benang secara berselang-seli antara benang loseng dengan benang pekan.

Menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar


dan digilapkan Bermula zaman primitif lagi. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa.

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.

* *

Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

E. Ukiran Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan, kayu, atau objek tertentu. Dapat diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata, peralatan kegunaan harian. Seni ukiran tradisional Melayu melibatkan awan larut, flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos, bentuk geometri. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan

Zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu.
Ukiran dapat dilihat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam.

F. Wau
Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai rangka atau bingkai,imbangan,berekor dan dihias dengan kertas atau kain

bermotifkan corak digantung atau diterbangkan ke udara bertalikan benang Merupakan satu permainan tradisional masa lapang petani terutamanya pesawah padi.

Wau terbahagi kepada 2 :


i. Wau cantik ii. Wau tegak

Wau boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis: -wau untuk pertandingan ketinggian 500kaki -wau untuk pertandingan keindahan hiasannya

-wau untuk hiasan dinding

Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan


Perlis. Wau dikenali sebagai Layang-layang di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka

yang terperangkap di bukit.

G. Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik.

Gasing mula memperkenalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan gasing bulat dan tinggi berbentuk jantung.
Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu dan permainan ini dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing diperbuat daripada kayu keras.

Sebelum perang dunia ke2,masyarakat Melayu mula bermain dua jenis gasing iaitu gasing jantung dan gasing merembang yang diperbuat daripada kayu keras.
Mengikut kepercayaan,gasing yang dimain perlu mengeluarkan dengungan yang kuat dipercayai untuk menghalau hantu jembalang dan musuh-musuh tanaman.

Kraf Tradisional Batik

Jenis-Jenis Batik lukis, batik skrin , batik pelangi (tanpa penggunaan lilin), batik blok, batik gabungan tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada

Motif Geometri Organik Flora Fauna

Tekat

Tenunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Corak geometri Motif pucuk rebung,lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design) Motif Ragam Hias Motif Geometri Motif Gayaan Organik

Tembikar

Geluk, Buyung, Jambangan, Labu, Bekas Perasapan / Bekas Bara, Bekas Perembunan, Terenang, Tembikar Mambong, Tembikar

Kraf Jenis-Jenis Tradisional Tenunan Tenunan Pahang , Tenunan Songket, Tenunan Pua

Motif

Flora Fauna Peralatan Figura lagenda

Ukiran

Ukiran tebuk tembus, Ukiran timbul, Ukiran layang, Ukiran alat dan bahan wau bulan,wau burong,wau merah,wau bayan,wau kuching,wau ikan,wau katak,wau helang dan lain-lain Gasing toyol, Gasing begelen, Gasing berembang, Gasing buku benang, Gasing jantung, Gasing leper, Gasing leper Kelantan ?

Motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Bermotifkan corak digantung atau diterbangkan ke udara bertalikan benang -

Wau

Gasing

Anyaman

*
Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar.
Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu.

Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, payapaya, kampungkampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

*
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini.

Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang).

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palmaengeissona tritis dan nipah.

Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya.

Sejarah & Perkembangan


Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Anyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas

Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau

Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.

Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek

Jenis-jenis Anyaman
Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain Anyaman Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding

Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

Anyaman Rotan Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain

Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor

Anyaman ribu-ribuPaku pakis ribu-ribu. Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain

Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.

Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh
yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :

1. Merendam Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di

dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah
digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.

2. Menyalai Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar

dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah


bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selangseli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam.

* Proses

menganyam adalah rumit dan memerlukan kemahiran mencipta motif dengan cara menyilang dan menyisip dari arah yang berlawanan. Setiap baris bilah buluh perlu dikira satu per satu supaya reka corak yang terbentuk cantik dan seimbang.

* Setelah anyaman siap, bentuk anyaman boeh dikemaskan lagi


menjadi beg atau bakul yang dikehendaki.

*
A) Lagang Kerja-kerja lagang adalah asas atau tulang kepada rekabentuk anyaman tikar mengkuang serta juga menentukan panjang dan bentuk anyaman.Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan corak.

B) Anyaman Anyaman pula terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Anyaman kelarai, Anyaman biasa atau anyaman sulam.Anyaman dimulakan dari bahagian tengah (lagang) seterusnya dianyam ke bahagian tepi.Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan bentuk anyaman bagi menyerlahkan bentuk kelarai. C) Pepeh atau Lepih Anyaman Mati iaitu mengakhiri anyaman

D) Sisip Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam bilah anyaman atau disisip supaya nampak kemas dan tidak terurai dari anyaman.

E) Kerat Pepeh,sisip dan kerat adalah kerja-kerja berkaitan diantaranya. Setelah siap menganyam marilah kita lihat hasil anyaman kelarai tersebut yang antaranya disimpan begitu lama oleh pemiliknya. Ada sebahagian dari tikar yang disimpan sudah berusia 30tahun. Tikar-tikar mengkuang ini adalah hasil usaha oleh Puan Hajjah Fatimah bt Haji Mohd Ali sendiri kecuali tikar rubai yang dibeli dari Alang Payang (perempuan) dari Lambor Kiri/Kuchai. Beliau juga dizaman 70an menganyam tikar untuk dijual diMukim Lambor, Padang Changkat, Sedingka, Bota Kanan dan hingga ke Pulau Tiga Kampong Gajah. Harga sekeping tikar ketika itu adalah serendah 0.70sen sehelai dan paling tinggi pun RM3.50 dengan saiz tikar panjang sembilan, tujuh dan enam serta lebar sekitar 3.5kaki,4kaki, 4.5 atau 5kaki.

*
*Kelarai
ialah corak atau motif yang berbentuk dam terhasil daripada proses menganyam. *Anyaman yang tidak mempunyai kelarai dipanggil anyaman ghadas atau anyaman biasa. *Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. *Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. *Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan corak

*Susunan warna sesuatu anyaman biasanya


dinamakan corak

*Jenis

kelarai boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan nama individu. bentuk-bentuk kelarai berdasarkan tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan abstrak.

*Kebiasaan

CONTOH-CONTOH MOTIF

Corak Anyaman Tikar


1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap 2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.

4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.

Corak anyaman tikar


5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. 6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petakpetak digunakan adalah campuran merah dan biru.

7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.

8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.

Corak Anyaman tikar

9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.

11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

Anyaman Rotan (Bahan)


Rotan Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk. Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.

Pewarna Kimia
Rotan boleh dicelup dalam bentuk bilah sebelum dianyam ataupun dalam bentuk bakul / bekas setelah siap dianyam.

Proses (Anyaman Rotan)


Rotan direbus.

Rotan diraut serta dibelah halus-halus dan nipis untuk dijadikan buluh (biasanya 2mm-3mm).

Kerja tangan rotan bermula di bahagian tapak bakul. Kerja tangan rotan perlu disepit dengan belahan rotan halus yang dipaku pada sekeping papan (sebagai alas) untuk memudahkan kerja anyaman.

Setelah tapak siap dibentuk, barulah badan bakul dianyam dan akhir sekali, bahu bakul (jika ada). Bingkai bakul (daripada belahan rotan halus) kemudian dipasang dan dililit pada bakul tersebut. Jika bakul mempunyai rangkai, kerja anyaman tangkai pula dilakukan dan seterusnya dipasangkan pada bakul.
Anyaman bentuk lain kebanyakannya berasaskan anyaman bakul. Penganyam hanya perlu membuat beberapa pengubahsuaian.

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

Anyaman Mengkuang dan Pandan

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Anyaman Mengkuang dan Pandan

Memproses Bahan Mengkuang dan Pandan)

(Anyaman

Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daundaun baru. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahanbelahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain.
Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut. Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurangkurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilahbilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilahbilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Menganyam
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih.
Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji

*Penerokaan yang lebih berani dan kreatif telah


dipraktikkan dalam seni anyaman.

*Dimensi baru ini menyaksikan penghasilan barangan kraf


yang moden untuk memnuhi cita rasa semasa.

*Teknik baru telah diaplikasikan, seperti:

Teknik Baru

Contoh

Campuran teknik

Teknik ikat dan celup dengan anyaman teknik tampal dan cantum. Gabungan seni kulit kayu dengan anyaman. Tampalan hasil tenunan pada permukaan anyaman.
Bahan-bahan seperti kain, kulit kayu, tangkai buah kelapa,PVC (bahan plastik), logam, kulit pokok, nipah, upih digabungkan dengan anyaman. Cotoh: Bahan tambahan hiasan daripada logam atau plastik menjadikan hasil lebih canggih dan menarik. Rantai logam dan pengancing hiasan beg tangan wanita. Bahan fabrik seperti kain pembalut dan renda menjadikan hasil kemas dan berseri.

Campuran bahan

Memperlbagaika Alat moden digunakan untuk memproses bahan. Contoh: n alat dan Mesin peracik digunakan untuk mengambil bahagian luar bahan moden kulit buluh. Alat pembelah buluh dapat menghasilkan belahan yang sama saiz dalam masa yang lebih singkat. Bahan-bahan pewarna kimia membolehkan pilihan warna yang lebih pelbagai, berseri, serta tahan lama.

Jenis Ciptaan Untuk kelengkapan rumah Untuk aksesori

Contoh Pengadang ruang, hiasan dinding, alas meja, alas cawan/pinggan, kaki lampu, sarung kusyen, tudung saji, perabot (rotan dan buluh), dan sebagainya. Bekas serba guna, kipas moden, bekas tisu, fail, pelbagai jenis bakul, bingkai cermin, dan sebagainya.

Untuk hiasan diri

* Tas tangan, topi, selipar, kasut, dan


sebaganya.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.

Zaman dahulu menganyam tikar, Sunyi menyepi desa terpinggir, Seni anyaman haruslah diajar, Jangan tinggal sebutan dibibir. Buluh muda mudah dilentur,

Buat ampaian penyidai jala,


Semangat juang belum luntur,

Seni anyaman jangan dilupa.

*
Kraf tradisional Pakaian (kain batik lepas, kain batik ela) Adat istiadat perkahwinan Aspek Peranan dan fungsi Kraf dimensi baru Kelengkapan rumah (langsir, kusyen, hiasan dinding) Aksesori (bekas tisu, bekas serbaguna) Perhiasan diri (beg tangan, skaf, pakaian, dan kasut) Menggunakan mesin (digital) Menggunakan skrin (batik skrin)

Secara manual, menggunakan tenaga manusia Bersihkan kain dasar bagi menghilangkan kanji Melakar corak dan motif menggunakan pensel (batik canting) Bentang kain di atas meja pengecap (batik blok) Panaskan lilin Mulakan proses membuat corak menggunakan canting @ blok

Proses

*
Kraf tradisional Aspek Kraf dimensi baru Tepak sirih Tudung saji Pelamin Alas pahar Kasut Kotak tisu Kipas tangan Sarung bantal Hiasan pada sejadah Hiasan dinding Bingkai cermin Kelengkapan perkahwinan Peranan Upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, dan fungsi berkhatam Al-Quran dan seumpamanya Di kalangan kerabat diraja pakaian kebesaran dan hiasan seharian

Penyediaan alat dan bahan menekat (benang emas, benang putih dan kain dasar iaitu kain baldu, rotan sega, kertas tebal, kanji yang digunakan untuk mempulur) Penyediaan mempulur Pesiapan pemidang Menyulam Proses kemasan

Proses

*
Kraf Tradisional Bekas kegunaan harian (menyimpan air) Menyambut sesuatu acara (sabahmenyambut gawai padi baru) Pasu bunga Periuk Alat pengebumian sesetengah suku kaum di Sabah dan Sarawak (Kelabitmenyimpan mayat dalam tempayan besar iaitu bengkalai) Lapik tiang (negeri sembilan) Aspek Peranan dan fungsi Kraf Dimensi Baru Perhiasan Cenderamata

Menguli tanah liat Diterap pelbagai corak Diserap serta dibakar

Proses

Hanya proses pembakaran berbeza iaitu menggunakan Tanur gas Tanur kayu Tanur elektrik Tanur raku

*
Kraf tradisional Pakaian seharian Pakaian golongan raja- menaikkan status Pakaian pengantin Mahar dalam perkahwinan Lambang kehormatan masyarakat Melayu Sampin Melerai benang yang telah kering Menganing tentukan ukuran panjang benang Menggulung benang Menyampuk memasukkan benang ke dalam gigi jentera atau sikat. Menghubung benang daripadan losen kepada benang yang tertinggal pada jentera Mengarak melilit benang asing kepada kayu karat Menyolek menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki (menghasilkan motif bunga di atas songket) Menenun benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain Aspek Kraf dimensi baru Peranan Pakaian dan Beg tangan fungsi Alat perhiasan

Proses

*
Kraf tradisional Terdapat pada binaan rumah, istana raja, masjid, mimbar, wakaf, pintu gerbang Alat permainan masa lapang (congkak) Alat muzir tradisi Perabot Kepala perahu (bangau) Senjata (hulu keris) Peralatan memasak Peralatan pertukangan Pengangkutan tradisi (perahu, kereta kuda, kereta lembu) Aspek Peranan dan fungsi Kraf dimensi baru Hiadan dalaman (hiasan dinding, rak, perabot, meja sorong, bingkai gambar, cermin) Kelengkapan rumah (pengadang ruang) Bekas buah Bekas pasu bunga Perhiasan diri (gelang, manik, loket, tali pinggang, terompah atau kasut) tongkat

Lukis dan tekap corak Pahat bahagian latar belakang corak (bunga timbul) Gerudi bahagian yang hendak dibuang (dan ukir menggunakan pahat (tebuk tembus) Lurut dan kikis menggunakan pisau wali untuk membuat silat Licin dengan kikir pari,daun mempelas, atau kertas pasir Gilap dengan bahan sesuai

Proses

Perbezaan dari segi penyediaan alat dan bahan iaitu Gabungan bahan seperti kayu dengan tanduk, kayu dengan logam atau campuran pelbagai jenis kayu Alat seperti mesin kayu dan sembur angin Bahan pewarna digunakan mengikut trend semasa

*
Kraf tradisional Tikar Bakul Nyiru Dulang Pengayak Tudung saji Penapis Kipas Aspek Peranan dan fungsi Kraf dimensi baru Bekas surat Hiasan dinding Topi Beg duit Alas pinggan Bekas tisu Terendak

Menyediakan daun (mengkuang, pandan dan sebagainya) Membelah daun menggunakan alat jangka Menganyam

Proses

Penyediaan bahan (daun, riben, kertas dan sebagainya)

*
Kraf tradisional Aspek Kraf dimensi baru 1. Anyaman sama tegang dan rapi. 2. Cantuman kemas dan teliti. 3. Jahitan rapi dan kukuh. 4. Susunan corak seimbang dan berharmoni. 5. Kombinasi warna sesuai dan menarik. 6. Bahagian sambungan kemas. 7. Kesesuaian bahan tambahan dengan bahan anyaman. 8. Kesesuaian bentuk dengan fungsinya. 1. Anyaman sama tegang Kemasan dan dan rapi Persembahan 2. Keratan tepi hasil karya rapi dan kemas. 3. Pemati dibuat dengan teliti. 4. Ketepatan bentuk dan permukaan licin, serta kemas. 5. Susunan kelarai kemas, corak pada hasil tersusun. 6. Penyambung helaian daun kemas, rapi, kukuh, dan tersembunyi. 7. Kombinasi warna menarik. 8. Kesesuaian bentuk dengan fungsinya.

Kepentingan Kraf
Dijadikan sebagai alat permainan
Alat Permainan

Dijadikan hiasan & digubah mengikut citarasa semasa


Hiasan

Alat pertahana n Diri

Dijadikan Alat pertahanan diri

Alat domestik Dijadikan alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian.

Anda mungkin juga menyukai