Anda di halaman 1dari 9

MODUL 12

TEKAT

Anda tentu pernah melihat tekat. Cantik bukan? Apakah maksud hasil seni yanghalus
buatannya ini? Menurut Kamus Dewan, tekat membawa maksud sujianatau sulaman dengan
menggunakan benang. Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan
kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat
memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan
benang emas untuk membentuk bunga tekat.Sulaman ini pula dikaitkan denganaktiviti
menyulam menggunakan benang emas atau perak manakala sujian pulaaktiviti menyulam
dengan menggunakan benang sutera.Mari kita tinjau kembali sejarah awal kewujudan seni
ini. Kewujudan awal senitekat adalah pada kurun ke-15 semasa Zaman Kesultanan Melayu.
Penggunaantekat pada asalnya adalah untuk golongan raja-raja sahaja. Pada waktu itu,
istanamerupakan penggerak utama perkembangan seni tekat kerana segalakelengkapan
diraja disulam benang emas untuk memperlihatkan kemewahandan keagungan. Tukang-
tukang pandai tekat dijaga dan mendapat layananistimewa agar mereka sentiasa dapat
mencipta motif tekat yang indah.Selain golongan istana, masyarakat Cina Peranakan Baba
Nyonya jugamenggunakan sujian benang sutera untuk menghiasi pakaian tradisi
merekaseperti baju kebaya dan kasut. Seni tekat begitu popular di kalangan masyarakatini
kerana dikatakan tekat asalnya dibawa dari Negeri China ke Melaka (EndonMahmood, 2004).

Kini, rakyat yang masih bergiat menghasilkan tekat ialah rakyat negeri Perak danNegeri
Sembilan. Seni tekat tidak lagi dikhaskan pemakaiannya untuk golonganistana sahaja, malah
penggunaanya telah diperluaskan kepada rakyat jelata.Perkembangan seni ini juga semakin
maju setelah wujudnya PerbadananKemajuan Kraftangan Malaysia yang bertanggungjawab
mengadakan programlatihan di Enggor, Perak dan mempromosi jualan hasil tekat tradisional
dandimensi baru di dalam dan luar negara.


Proses tekat
Sumber: http://peraktoday.com/?p=20122

DefinIsi
Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu prosesmenyulam benang emas ke
atas kain dasar iaitu baldu.
seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tujitimbul) di kalangan
pengusaha tekatan.
Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Samaada disulam, ditekat atau
disuji, ragam hias hiasnya semuadibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari
permukaandasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.
Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatuperkataan lama yang bermaksud bertubi-
tubi dan berturut-turut(melakukan sesuatu).
Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertasyang sederhana tebal dan
di salit dengan benang emas di ataslain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.
menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul.
Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat. . Tekatan tebukan
perada sejenis tekatan yang menggunakantampalan kertas perada di atas kain
berwarna.
seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seniini digunakan untuk
hiasan barang-barang tiga dimensi sepertitudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak
yang digunakan untuktekat berasaskan corak awan larat dan tumbuh-tumbuhan
seperti yang terdapat pada ukiran kayu.
motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daunkeladi, daun bunga
padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motifbunganya pula adalah seperti bunga cengkih.
bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya, bunga raya, bunga
cempaka dan bunga lalang.

Sejarah
berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya dipengaruhi dengan motif
pilihan yang diubahsuai dari sumberalam oleh tukang-tukang tempatan.
berkembang pesat di istana pada zaman Kesultanan MelayuMelaka, iaitu pada kurun
ke 15.
Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan dikalangan kerabat di
raja. Di Perak, seni tekat pada asalnyadimonopoli oleh golongan istana. Raja
Permaisuri Perak pada
akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyakmenghasilkan reka
bentuk tekat.
dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunanbaba dan Nyonya
Melaka serta orang-orang tempatan di beberapanegeri Melayu lain setelah kejatuhan
Kesultanan Melayu melaka.
Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.Kehalusan dan keunikan
seni tekat menampakkan mutu seni yangrumit, indah dan mewah.
Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnyatekatan digunakan untuk
penghasilan barangan tiga dimensiseperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tepak sirih,
kasut dan lain-lainlagi.
terbatas dan kegunaannya adalah terhad.


Fungsi tekat
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan
seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan
seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya
merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya
yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

Peranan Institusi dan Istana
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai
pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana
memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan
keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana.
Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan
program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual
hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi
yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu
untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung,
kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut
kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Tokoh Tekat
1. Ahdijah bt. Hasim
Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh
Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana
kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya
bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak.
Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak,
Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.


http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html


2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak.
Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun
temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat.
Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan
Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk
membuat demontrasi menekat.


Jenis-Jenis Tekat:
Tekat timbul benang emas atau perak
Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turutdi atas irasan baldu,
melangkahi mempulur kertas yang digunakansehingga seluruh permukaan mempulur
kertas diliputi benangemas atau perak.

Tekat gubah
Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kaindasar. Mempulur tidak
digunakan. Acu yang diperbuat daripadakertas yang ditebuk diletakkan di atas kain
dasar sebagai panduanuntuk melukis corak.
Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enauberwarna hitam dililit rapi
dengan benang sutera merah (benanguntina) sebagai bahan membentuk motif.
Beberapa benang emas
atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kaindengan menggunakan
benang sutera berwarna.
Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikanlagi dengan manik dan
labuci yang ditaburkan pada ruang-ruangkosong atau yang tidak bertekat.

Tekat perada
Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulenyang ditebuk
berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagiantepi kerawang disusuri dengan
empat lembar benang emas,ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala
bahagianbawah kerrawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarnalain atau
cermin untukmengindahkannya lagi.
tidak lagi diusahakan sekarang.












Alatan Tekatan


http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html


Pemidang kayu
dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.
digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkantekatan dengan
menggunakan peregang, akan memudahkanbahagian tepi kain digunting.

Cuban dan benang emas
Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas.
diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perakatau tanduk berukir.
Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalambentuk palang.

Irasan atau kain dasar
Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kainbaldu untuk tekatan
dan kain kapas untuk sulaman.

Benang putih atau benang kapas
Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emaspada mempulur.
Benang ini tidak kelihatan di permukaan kainkerana benang ini seolah menyambut
benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan
bagimengait dan mendapatkan jarak tekatanyang rapat.

Mempelur
Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertastebal dan dipotong
sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat
sebelum proses menyulambenang emas dimulakan.

Proses tekatan
Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam
dengan melukis dan memotong kad tebal. Mempulur bukan hanya sebagai rangka
reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan
bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar).
Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. Tujuan pemidang
adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain
tekatan bila kain baldu
diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya lekat pada
kain putih yang diregang.
Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain
dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti
merah hati, biru tua, hijau
tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil
tekatan yang berwarna emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk
menambahkilauannya, kadangkala labuci digunakan.
Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang
mempulur.
ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang putih harus melalui
bahagian bawah mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada
permukaan mempulur. Tiap kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat
supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini, sulaman benang emas
akan lebih teratur dan kemas. Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur
tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup
dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan
bahagian itu ditutup.





















Jenis Tekat
Sekarang mari kita pelajari jenis-jenis tekat. Tekat dikelaskan berdasarkanteknik
menghasilkan motifnya. Ada dua jenis tekat iaitu tekat timbul bungaemas dan tekat gubah.
Apakah perbezaan antara kedua-dua tekat ini?


Bentuk Tekat
Hasil barangan seni tekat sebenarnya bukanlah jenis barangan lasak danselalunya ia
dijadikan sebagai hiasan atau digunakan secara bermusim sepertiupacara perkahwinan dan
pertabalan diraja.




Hasil Karya


Tilam nikah, tepak sirehdan kipas
Sumber: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html



Sarung bantal
Sumber: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html


Lemudi pintu
Sumber: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html

RUJUKAN
Siti Zainon Ismail. (1986). Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Dunia Seni Visual Tahun 1, 2 dan
3 Sekolah Rendah.

Anda mungkin juga menyukai