Anda di halaman 1dari 24

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(SDP)
Dihasilkan oleh: MUHAMMAD FATHUDDIN ISMAIL ASMAA MOHD SHAFIE SAHIDA SHAFIE

Definisi Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar dan lain-lain lagi.

BATIK ALAT PERMAINAN

UKIRAN

ALAT PERTAHANAN DIRI JENIS-JENIS KRAF TANGAN

TENUNAN

PERHIASAN DIRI

TEMBIKAR

ALAT DOMESTIK ANYAMAN

TEKATAN

BATIK
Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan.

Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

CONTOH BATIK

UKIRAN
sesuatu yang diukirkan/ lukisan yang diukirkan (Kamus pelajar) Tiga teknik ukiran dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Terdapat 3 jenis bentuk ukiran utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

CONTOH UKIRAN

TENUNAN
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja raja.

CONTOH TENUNAN
Songket

TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam, dan lainlain.

CONTOH TEMBIKAR

Tembikar Mambong - Dari Kelantan - Tidak bersepuh

Tembikar Sarawak

TEKATAN
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih.

CONTOH TEKATAN

Tekat Sulam Tikam

ANYAMAN
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

CONTOH ANYAMAN

ALAT DOMESTIK
Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.

CONTOH ALAT DOMESTIK

CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI

CONTOH ALAT PERMAINAN

CONTOH ALAT PERHIASAN DIRI (ORNAMEN)

SENARAI RUJUKAN
http://prpm.dbp.gov.my/ http://psvisual.wordpress.com/2010/04/30/ mengenal-kraf-tradisional/ http://bobezani.tripod.com/budaya.htm http://imannnotapadat.blogspot.com/2009/ 03/nota-padat-psvhbae1103-edisiimann9969.html

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai