Anda di halaman 1dari 17

Topik 7 X Kegiatan

Membuat Gosokan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan gosokan; Mereka cipta gosokan sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik; dan Menilai dan menghargai hasil kerja dari aktiviti gosokan yang dibuat.

X PENGENALAN
Pengenalan aktiviti gosokan dimulakan dengan menyatakan definisi gosokan. Berbagai jenis contoh alatan dan media beserta contoh-contoh ditunjukkan. Kemudian beralih pula pada bahagian penerokaan pelbagai teknik gosokan dan penyesuaian peralatan dan bahan untuk menghasilkan jalinan. Dalam sub topik berikutnya pula disentuh tentang aplikasi alat, media dan teknik. Banyak contoh dikemukakan dari aspek tema yang berkaitan dengan figura, lanskap, haiwan dan gabungan kolaj dan gosokan dalam satu hasil kerja. Akhir sekali dinyatakan tentang persembahan hasil karya dengan menyatakan beberapa contoh cadangan positif dan negatif dalam pembelajaran seni. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan definisi gosokan?

108 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

7.1
(a) (i) (ii)

PENGENALAN AKTIVITI GOSOKAN


Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.

Definisi Gosokan

(iii) Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. (iv) Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. (v) Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

(vi) Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu. (vii) Gosokan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Catan Mastura Abd. Rahman menggunakan teknik jalinan


Rajah 7.1: Contoh catan yang menggunakan teknik jalinan Sumber: Hassan Mohd Ghazali. (2005). Siri teks referens pendidikan seni visual. Petaling Jaya: Pearson

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 109

Lihat pula dua pendapat lain. Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Dalam Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Banyak manafaat boleh didapati apabila kita mempelajari bidang kegiatan gosokan ini. Di antaranya ialah dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis. (b) Alat dan Media Kebiasaannya alat, bahan dan media yang digunakan dalam kegiatan gosokan adalah terpulang kepada pengkarya itu sendiri. Walau bagaimana pun diperingkat sekolah rendah, peralatan, bahan dan jenis media adalah terhad kepada kemampuan dan keupayaan tahap murid itu sendiri. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam pemilihan bahan yang sesuai untuk digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran dalam kegiatan gosokan. Berikut ialah senarai alatan dan media yang boleh digunakan dalam aktiviti gosokan: (i) Berbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel berasaskan lilin dan berbagai jenis pensel warna yang terdapat di pasaran. Pensel dan pensel warna akan memberikan kesan yang halus. Kesan graphite pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai untuk dibuat gosokan tetapi cepat rosak. Apa yang perlu dibuat ialah dengan menyembur fixer atau pemati warna pada bahagian berjalinan atau meletakkan satu lapisan plastik pada permukaan jalinan.

110 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

(ii)

Kapur dan pastel yang berbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak akan kekal lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan rapuh. Perlu menggunakan penyembur pemati warna atau fixatif untuk melindungi jalinan daripada rosak.

Rajah 7.2: Jalinan yang terhasil dari pensil, kapur Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark

Cara menghasilkan jalinan tersebut ialah dengan meletakkan kertas nipis di atas permukaan yang berjalinan. Gosok kapur atau pensil di atas permukaan kertas tadi dengan memberikan sedikit tekanan pada tempat gosokan. Perhatikan contoh jalinan dalam Rajah 7.2. Tak secara langsung kita akan dapat melihat berbagai jenis jalinan yang menarik telah terhasil. Tekanan yang kuat dan rapat dengan permukaan jalinan akan menghasilkan jalinan yang lebih gelap. Manakala tekanan yang lemah dan jauh dari permukaan jalinan akan menghasilkan jalinan yang kurang gelap. (i) Berbagai jenis warna krayon dan krayon lilin. Memberikan kesan yang tebal dan dapat memberikan kesan gosokan yang lebih nyata. Penggunaan krayon digosok secara sisi atau dibaringkan akan menghasilkan kesan jalinan yang lebih baik daripada menggunakan mata krayon. Gosokan di atas permukaan yang berjalinan dengan menggunakan krayon lilin, kemudian disapukan warna air di atasnya akan menghasilkan satu teknik baru dalam aktiviti gosokan yang dipanggil resis. Aktiviti resis dalam bidang menggambar ini akan disentuh pada Topik 8 nanti. Dalam Rajah 7.3 jalinan yang terhasil dibuat dengan cara memegang kertas lukisan di atas permukaan yang mempunyai jalinan lalu digosok dengan menggunakan krayon. Lihat

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 111

kesan jalinan-jalinan tersebut. Terdapat jalinan yang kasar, halus, berputar, melintang, menegak dan berbiji. Jalinan-jalinan tersebut boleh diaplikasikan ke dalam lukisan atau aktiviti mencorak. Jalinan tersebut boleh dihasilkan dalam pelbagai warna mengikut cita rasa sendiri. Kamu akan melihat dengan lebih jelas lagi bagaimana jalinanjalinan yang terhasil dari aktiviti gosokan ini boleh menjadikan sesuatu lukisan itu lebih menarik dan unik daripada lukisan biasa.

Rajah 7.3: Jalinan yang terhasil dari krayon Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark

(ii)

Arang semulajadi dari pembakaran kayu atau arang pensel yang dijual di kedai menjual peralatan seni. Gosokan yang dihasilkan dengan menggunakan arang mudah rosak apabila disentuh kerana bahannya jenis rapuh. Semburan pemati warna yang disembur ke atas permukaan jalinan akan menyelamatkan keadaan lukisan atau corak daripada rosak.

(iii) Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian. Penggunaan berbagai jenis kertas ini adalah sebagai bahan untuk mencetak jalinan apabila digosok. Contohnya: kertas diletakkan di atas permukaan yang berjalinan dan digosok dengan krayon diatas permukaan kertas. Kawasan yang timbul adalah kawasan terkena gosokan manakala kawasan yang tenggelam tidak terkena gosokan dan kekal pada warna kertas itu sendiri.

112 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

Apabila memilih jenis permukaan jalinan yang hendak digosok, murid harus menggunakan kreativitinya untuk mencari dan meneroka berbagai jenis permukaan yang terdapat dipersekitaran mereka. Secara keseluruhannya kita boleh melihat bahawa jalinan-jalinan yang hendak diaplikasikan pada aktiviti gosokan boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu jalinan yang terdapat di alam semulajadi atau ciptaan Tuhan dan jalinan buatan manusia. Hampir semua permukaan yang tidak rata akan respon terhadap gosokan. Senarai di bawah adalah di antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan jalinan dalam aktiviti gosokan: (i) (ii) Permukaan pada kulit buah-buahan yang kasar seperti kulit buah nangka, cempedak, oren, nona, nanas. Peralatan rumah dan dapur seperti pengayak tepung, penapis kelapa, bakul rotan, tikar, cermin tingkap, tikar buluh, alas meja yang bercorak, alas periuk, pasu bunga bercorak, ukiran hiasan dinding

(iii) Pakaian seperti tali pinggang, beg tangan yang berjalinan, topi anyaman, tapak kasut atau selipar (iv) Kenderaan seperti tayar kereta, tempat duduk kereta, alas kaki, bahagian-bahagian permukaan kereta yang berjalinan. (v) Aksesori wanita dan lelaki seperti rantai, gelang tangan, jam tangan. (vi) Pokok seperti permukaan kulit pokok, daun-daun yang berjalinan, akar-akar. (vii) Lain-lain seperti sikat, tali kasar, duit syiling, permukaan jalan, kertas pasir, cop getah dan sebagainya.

Rajah 7.4: Contoh gosokan dari buatan manusia dan alam semulajadi Sumber 1: Hassan Mohd. Gahazali & Rahmat Salihon. (2001). Teks lengkap pendidikan seni. Shah Alam: Fajar Bakti Sumber 2: Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi & Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. (2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 113

(c)

Penerokaan Pelbagai Teknik Gosokan Secara sepintas lalu apabila kita memperkatakan tentang teknik mendapatkan jalinan akan terbayang bahawa proses itu dihasilkan dengan menggosok diatas permukaan kertas yang terdapat bahan berjalinan di bawahnya. Sebenarnya jika diteliti dengan lebih lanjut lagi teknik-teknik gosokan boleh dipelbagaikan seperti: (i) (ii) Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali

(iii) Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan (iv) Gosokan secara pusingan (v) Gosokan menggunakan bagai warna berbagai-

(vi) Gosokan monokrom (vii) Gosokan potongan kertas


Rajah 7.5: Contoh gosokan menunjukkan bagaimana ton yang gelap boleh dihasilkan dengan menggunakan teknik superimpose iaitu cara gosokan berulang kali di atas permukaan yang sama. Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.

Terdapat berbagai jenis tips untuk menghasilkan gosokan yang berkualiti. Pernyataan berikut sedikit sebanyak dapat membantu dalam membuat pemilihan alat, media, bahan dan teknik yang bersesuaian dan cara menghasilkan gosokan: (i) (ii) Gosokan menggunakan kertas putih dengan krayon hitam akan meninggalkan kesan yang menarik. Gosokan pada kertas yang dilipat, dikoyak atau dipotong akan menghasilkan corak yang menarik.

(iii) Gosokan dari berbagai jenis cop getah akan menghasilkan jalinan yang nyata. (iv) Gosokan di atas kertas hitam dengan menggunakan krayon warna metalik akan menjadikan jalinan yang luarbiasa. (v) Bersihkan permukaan hasil gosokan dengan menggunakan stokin nylon untuk mendapatkan lebih kilauan dan membuang lebihan warna yang tidak diingini.

114 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

(vi) Kreatif terhadap tekanan yang anda buat pada sesuatu permukaan jalinan. Tambahkan ton yang berkualiti dengan gosokan yang tebal, lebihkan pada kawasan-kawasan tertentu dan kurangkan ton pada kawasan-kawasan yang lain. (vii) Arah gosokan samada dari arah atas, bawah, kiri dan kanan yang dibuat akan menentukan hasil sesuatu gosokan. (viii) Setiap gosokan akan menghasilkan ton yang berlainan terpulang kepada tekanan yang dikenakan apabila menggosok samada tekanan itu lemah atau kuat. (ix) (x) (xi) Lekatkan bahan berjalinan di atas permukaan dahulu sebelum memulakan gosokan. Warnakan dengan warna air di atas kesan gosokan dari lilin. Lilin boleh dibuang dengan cara menseterika. Buat blok lilin sendiri dengan mencairkan krayon lama dalam tin.

(xii) Untuk mendapatkan kekemasan semasa mewarna, letak sekeping kadbod di sekeliling tempat yang hendak digosok supaya lebihan warna yang tidak diingini tidak kelihatan dalam hasil kerja. (xiii) Dalam proses penilaian dan kekemasan, hasil gosokan hendaklah di potong dengan kemas di sekeliling corak tersebut lalu dibingkaikan pada mounting board. Pemilihan warna mounting board perlulah disesuaikan dengan warna corak pada hasil gosokan.

AKTIVITI 7.1
1. Apakah perbezaan kesan jalinan yang dapat dilihat apabila menggunakan berbagai jenis alatan dan media dalam aktiviti gosokan. 2. Buat penerokaan jalinan dalam aktiviti gosokan menggunakan pelbagai jenis teknik mengikut kreativiti sendiri.

7.2

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Pada kebiasaannya dalam pembelajaran seni, tema atau subjek yang hendak dilukis akan ditentukan terlebih dahulu oleh guru. Tujuannya adalah untuk memberi kawalan dan disiplin dalam proses pengajaran yang dilaksanakan. Tumpuan terhadap satu tema lebih memudahkan guru dan boleh diajar secara keseluruhan kelas. Tema yang berlainan boleh juga dilaksanakan tetapi harus dibuat secara berkumpulan. Tujuannya supaya murid-murid boleh berbincang bersama rakan mereka tentang topik yang diberi. Dengan cara ini akan dapat

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 115

melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tersebut. Tema atau subjek yang boleh dicadangkan ialah seperti figura, haiwan, corak, pemandangan, alam benda, gabungan dua atau lebih kegiatan (kolaj & gosokan). Berikut ialah contoh hasil kerja dari gosokan berbagai tema:

Rajah 7.6: Contoh hasil kerja gosokan dari tema: figura Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Dalam contoh hasil kerja gosokan dari Rajah 7.6, pelukis telah menggunakan berbagai jenis jalinan dari permukaan halus sehingga ke permukaan kasar. Pelukis telah berjaya menghasilkan satu kegiatan menggambar yang unik dan dapat menyesuaikan jenis-jenis jalinan dengan bahagian-bahagian tertentu. Berbagai jenis garisan telah wujud secara tak langsung dari aktiviti gosokan tersebut. Garisan-garisan yang jelas kelihatan ialah garisan berputar pada topi, garisan lurus pada corak baju, garisan beralun pada kolar baju, garisan kasar pada rambut, garisan halus pada muka dan banyak lagi. Unsur-unsur seni rupa dan bentuk boleh dilihat dengan jelas pada figura lelaki dan perempuan ini. Contoh rupa dan bentuk yang kelihatan ialah bentuk bulatan, bentuk empat segi, bentuk empat segi tepat. Ruang belakang dihasilkan secara gosokan terutama pada bahagian figura perempuan yang jelas kelihatan. Dari aspek prinsip rekaan pula, kontra warna jelas kelihatan yang mana pelukis telah menggunakan warna hitam dan putih. Gambar diletakkan di bahagian tengah kertas lukisan menunjukkan perseimbangan di antara kiri dan kanan. Corak topi menggunakan garisan pusaran menerapkan konsep pergerakan dalam figura tersebut. Kepelbagaian dalam menggunakan pelbagai jenis jalinan menjadikan hasil kerja ini menarik dan unik.

116 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

Dalam hasilkerja ini kelihatan berbagai jenis gosokan telah dihasilkan dari berbagai jenis permukaan. Hasil jalinan tersebut telah dipotong dan kemudiannya ditampal semula di atas permukaan kertas dengan menggunakan teknik kolaj. Teknik gosokan yang dihasilkan ini ialah teknik monokrom di mana hanya menggunakan warna putih dan hitam sahaja. Walaupun aktiviti ini agak rumit dijalankan tetapi hasilnya menarik.

Rajah 7.7: Kolaj dihasilkan secara gosokan Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

7.2.1

Gosokan Potongan Kertas

Lihat hasil kerja gosokan dari potongan kertas yang dijalankan secara turutan: 1. Alatan yang perlu disediakan ialah gunting, krayon, kertas lukisan, kertas binaan, gam simen. Potong bentuk yang dikehendaki daripada kertas binaan/tebal. Susun bentuk-bentuk di atas permukaan kertas hingga menjadi satu objek/imej. Lekatkan bentuk-bentuk tadi dengan gam. Letakkan kertas lain di atas imej tersebut Gosok krayon di atas permukaan kertas menggunakan gosokan secara tindanan Hasilnya jalinan dari gosokan akan terhasil.

2. 3.

4. 5. 6.

7.

Rajah 7.8: Contoh hasil kerja gosokan bertemakan haiwan Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 117

Rajah 7.9: Contoh hasil kerja gosokan bertemakan pemandangan/situasi Sumebr: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark

Dalam Rajah 7.9 pula jalinan dihasilkan dari teknik gosokan (i) (ii) Buat lakaran pemandangan yang dikehendaki dengan pensel di atas kertas lukisan jenis nipis. Letakkan kertas lukisan di atas permukaan berjalinan dan gosok dengan krayon di atas permukaan kertas lukisan tersebut. Jalinan tersebut akan menghasilkan corak pemandangan yang cantik.

(iii) Letakkan kertas tersebut pada permukaan jalinan yang lain pula. Kelihatan tiga jenis pokok mempunyai jalinan yang berlainan. (iv) Jalinan boleh diulang atau ditindih dengan menggunakan permukaan jalinan yang sama atau permukaan jalinan yang lain. (v) Kesan yang menarik akan kelihatan apabila menggunakan krayon pelbagai warna.

AKTIVITI 7.2
Analisa hasil kerja seni beberapa orang pelukis dari aspek alatan, media, teknik, jenis jalinan, tema dan campuran warna yang mereka gunakan.

118 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

7.3

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Setakat ini kita telah mengetahui berbagai cara untuk mempersembahkan dan menilai sesuatu hasil karya seni. Dari tajuk-tajuk yang lepas kita memperkatakan tentang cara seseorang itu mengekspresi diri dan luahan perasaan apabila dalam hasil kerja seni. Pengetahuan dan kefahaman dari berbagai aspek ditinjau. Komen dan kritikan seni secara positif dan negatif juga disentuh. Berkomunikasi terhadap sesuatu hasil kerja secara sistematik dari aspek diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian. Dalam tajuk ini apa yang hendak diperkatakan atau disentuh ialah cara bagaimana menjalani apresiasi seni secara mudah dan cara murid-murid meluahkan perasaan dalam hasil kerja sendiri atau orang lain. Kadangkala murid tidak dapat menjalani sesi ekspresi diri dan apresiasi seni dengan baik disebabkan guru terlepas pandang beberapa perkara yang dianggap tidak penting tetapi sebenarnya ia memberikan kesan atau impak jelas terhadap aktiviti seni yang dijalankan. Berikut adalah di antara cadangan-cadangan positif dan negatif yang boleh diambilkira semasa proses pengajaran dan pembelajaran seni:

7.3.1
(i)

Cadangan Positif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni

Benarkan murid meluahkan perasaan dalam hasil kerja mereka dengan mengambil kira: 1. 2. 3. 4. perasaan yakin dalam mengawal bahan penggunaan berbagai jenis media tidak terhad kepada satu jenis media sahaja pemahaman jelas tentang alam yang terdapat di persekitaran mereka kepuasan dalam menghasilkan kerja-kerja seni yang datang dari naluri dalaman secara kreatif.

(ii)

Galakkan murid menggunakan peralatan seni dalam aktiviti pembelajaran harian mereka dalam subjek lain. Beri mereka peluang meluahkan perasaan hati dan keikhlasan hati dalam kerja-kerja yang mereka lakukan. Fahami bahawa murid-murid mencipta secara emosional dan intelektual. Cara mereka mengilustrasikan perasaan dalaman mereka. Hargai apa yang mereka lakukkan bukannya kritikan secara negatif. Murid-murid juga perlukan privacy dalam menghasilkan hasil kerja mereka.

(iii)

(iv)

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 119

(v) (vi)

Hargai hasil kerja mereka secara adil dan mengambil tahu tentang semua murid bukan sebahagiannya. Beri peluang meneroka produk-produk seni dengan lebih dekat lagi. Beri mereka peluang menjalani sesi apresiasi seni secara berterusan berpandukan penilaian mereka. Kaitkan arahan-arahan seni dengan pengalaman murid-murid di luar studio. Galakkan murid menunjukkan dan menerangkan kerja mereka kepada murid lain supaya dapat mencipta suasana minat secara bersama. Beri pendedahan cara menjaga dan membersihkan bengkel seni dan diri sendiri. Cara begini dapat memberikan kesedaran terhadap nilai-nilai murni pada diri masing-masing. Galakkan kreativiti dan pemikiran secara individu dan berkumpulan selalu. Galakkan murid menerapkan asas-asas senireka dalam hasil kerja mereka dan memberikan tumpuan terhadap konsep seni secara moden dan terkini. Tunjukkan satu korelasi dan perhubungan dalam kerja-kerja seni dengan lain-lain bidang. Jadikan seni sebagai sebahagian daripada proses pencetusan idea dalam memulakan segala aktiviti harian mereka. Jujur terhadap diri sendiri. Akui bahawa hasil atau projek seni yang memuaskan boleh wujud secara tak langsung atau hasil daripada disiplin-disiplin khas yang dilalui oleh murid-murid. Benarkan murid meningkatkan diri mengikut kemampuan mereka. Peruntukkan masa mengikuti kompleksiti aktiviti. Guna semua kemudahan visual yang terdapat secara maximum untuk melihat hasil yang efektif.

(vii) (viii) (ix)

(x) (xi)

(xii)

(xiii)

(xiv) (xv) (xvi)

(xvii) Galakkan gambaran idea selalu dalam aktiviti personal harian mereka. (xviii) Hulurkan bantuan kepada murid yang lemah untuk meneruskan aktiviti sebagai motivasi supaya mereka juga boleh hasilkan seperti murid lain. (xix) Rawat setiap murid secara berasingan dengan mengambilkira sikap dan keupayaan mereka. Cuba memahami masalah mereka lebih daripada memberikan komen-komen yang negatif tentang hasil kerja mereka. Biarkan mereka hasilkan sendiri kerja-kerja seni dan beri mereka kepuasan dalam penggunaan alat dan media secara terkawal.

(xx)

120 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

(xxi)

Galakkan pembelajaran secara tidak formal dalam kelas supaya dapat memberi keselesaan dalam menjalani aktiviti seni. Eksplorasi diri, elakkan tekanan dan saling bertukar idea yang membina. Gunakan kritikan secara konstruktif daripada menyatakan bahasa yang negatif.

(xxii)

7.3.2
(i) (ii)

Cadangan Negatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni

Elakkan dari memberikan idea kepada murid secara seratus peratus. Galakkan murid mencipta idea sendiri. Kritikan hasil kerja seni murid sehingga memalukan murid perlu dielakkan. Galakkan murid membuat refleksi kepada pengalaman persekitaran mereka dan reaksi murid terhadap situasi harian. Jangan risau tentang objek yang dilukis atau teknik yang digunakan tidak betul. Murid akan meminta bantuan sehingga pada satu tahap di mana mereka perlu membuat perubahan pada hasil kerja mereka. Elakkan dari mematahkan semangat murid yang bersungguh-sungguh dalam menyiapkan hasil kerja mereka walaupun kerja mereka tidak memuaskan. Jika menggunakan hasil kerja murid sebagai contoh dalam aktiviti apresiasi seni, elakkan memberikan pujian yang melambung dan mencari kesalahan. Jangan hadkan teknik yang diguna, beri mereka kebebasan. Jangan hampakan murid tentang tema atau subjek yang dilukis di luar bidang kemampuan mereka. Jangan pisahkan murid dengan rakan lain, galakkan murid berkomunikasi dan berkongsi idea. Beri kebebasan cara berkomunikasi, ekspresi diri, meluahkah perasaan dan membuat refleksi seni dengan cara berdisiplin dan terpimpin. Elakkan dari proses peniruan hasil kerja orang lain. Galakkan mereka menghasilkan kerja sendiri. Elakkan dari menghasilkan ilustrasi yang bersifat negatif, tidak imaginatif, menggambar dengan cara lama dan asyik meminta bantuan orang lain. Jangan kumpulkan murid-murid yang bermasalah dan murid-murid yang berbakat dalam acuan yang sama. Tubuhkan satu aktiviti khas bagi murid-murid tersebut.

(iii)

(iv)

(v)

(vi) (vii) (viii)

(ix) (x)

(xi)

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 121

(xii) (xiii) (xiv)

Tidak digalakkan memberikan kritikan negatif yang keterlaluan apabila respon terhadap hasi kerja murid. Jangan harapkan sepenuhnya murid dapat menghasilkan sempurna, tepat, jelas bersifat akademik dalam hasil kerja seni. secara

Elakkan penggunaan alatan dan teknik sedia ada seperti mengadakan buku mewarna untuk murid-murid. Tidak ada sensitiviti dan originaliti dalam menghasilkan kerja yang kreatif. Jangan harapkan hasil kerja yang sama dan baik pada semua murid. Elakkan dari memberikan bantuan pada hasil kerja murid. Beri arahan yang jelas dengan menggunakan idea sendiri.

(xv) (xvi)

(xvii) Jangan sekat kebebasan mereka berkomunikasi dan bergerak semasa aktiviti dijalankan. Guru hanya memberi pantauan dan kawalan jika perlu.

Rajah 7.10: Contoh hasil kerja gabungan kolaj, gosokan dan cetakan Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Sehingga Topik 7 ini, anda telah pun mengetahui beberapa kegiatan menggambar. Lihat Rajah 7.10 yang menunjukkan hasil kerja melibatkan tiga jenis kegiatan iaitu kolaj, gosokan dan cetakan. Hasil kerja yang kreatif ini boleh dilaksanakan individu atau pun berkumpulan terpulang kepada masa yang diperuntukkan dalam satu sesi pembelajaran seni. Bolehkan anda menjalani sesi apresiasi seni terhadap hasil kerja dari Rajah 7.10 ini?

122 X TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN

AKTIVITI 5.3
1. 2. Hasilkan satu aktiviti gosokan dengan menggunakan pelbagai teknik yang anda ketahui. Jalani satu sesi apresiasi seni secara berkumpulan dari hasil karya anda dengan memberikan penekanan terhadap tema dan asas senireka.

Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia. Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus. Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan. Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak. Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik. Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik. Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik. Cadangan-cadangan positif dan negatif yang dikemukakan sekurangkurangnya dapat memberi perubahan dan mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di antara guru dan murid di masa akan datang.

x x

x x x x x x x x x

TOPIK 7

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN W 123

fixer graphite Mounting board Apresiasi Cetakan Ekspresi Gosokan Kolaj Komunikasi

Krayon Monokrom Negatif Nylon Originality Pastel positif Refleksi Sensitivity

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993). Glosari seni lukis. Kuala Lumpur: KPM. Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford. Hassan Mohd. Gahazali & Rahmat Salihon. (2001). Teks lengkap pendidikan seni. Shah Alam: Fajar Bakti. Hassan Mohd Ghazali. (2005). Siri teks referens pendidikan seni visual. Petaling Jaya: Pearson. Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark. Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi & Syed Rukaidar Syed Isa AlIdroes. (2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia.

Define: rubbing

google search (2007). Retrieved March 15. 2007, From

http://www.google.com.my.

Anda mungkin juga menyukai