Anda di halaman 1dari 29

BENGKEL PENDIDIKAN SENI

VISUAL

Tarikh :04/07/2013
Masa :1.30 petang
Tempat :Pusat Sumber Sekolah

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


SJK(T) LADANG JAWI
TEKNIK LUKISAN
 hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering
atau menggunakan warna paling sedikit.
 karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan rata.
 Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad
kepada media kering seperti pensel, pensel warna,
arang, pen dan dakwat.
 Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok
juga dinamakan lukisan.
 Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan
ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.
CONTOH TEKNIK LUKISAN
TEKNIK CATAN

 Proses menghasilkan seni dengan


menggunakan bahan berwarna atau cat yang
disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata.
 Aktiviti ini membolehkan seseorang menyedari
serta dapat merakamkan kesan cahaya pada
bentuk, rupa serta susunan yang terdapat
pada alam sekitar.
CONTOH TEKNIK CATAN
TEKNIK KOLAJ
 Bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke
atas suatu permukaan.
 Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain
atau bahan lain di atas permukaan 2D menjadi imej.
 Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.
Banyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan untuk
mewujudkan imej-imej yang dikehendaki.
 Antaranya ialah:
· Beras
· Gula
· Kekacang
· Pasir
· Rempah-rempah
CONTOH TEKNIK KOLAJ
TEKNIK MONTAJ
 Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan
untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan, alam sekitar.
 Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari
manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
 hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti
dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya
bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
 komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose
dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang
kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
 Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun
secara bertindih di antara satu sama lain
CONTOH TEKNIK MONTAJ
TEKNIK CETAKAN

 Proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu


permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
 Ia melibatkan proses penciptaan plat yang
dapat menghasilkan pelbagai imej.
TEKNIK RESIS
 satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna
basah dan contengan lilin.
 Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan
kertas atau kain.
 Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai
suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke
permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian
bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
 Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara
menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke
atas permukaan kertas yang disapu lilin.
TEKNIK GOSOKAN

 Gosokan adalah pemindahan reka bentuk atau


corak dari sesuatu permukaan lain dengan
cara menggosokkan pensel di atas permukaan
yang hendak dipindahkan.
TEKNIK STENSILAN

 Rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat


stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas stensil.
 Apabila bahan warna disapu atas stensil yang
diletakkan di atas kertas, bahan warna akan
melalui ruang yang kosong atau lubang di atas
stesil dan diresap oleh kertas. Garis luar pada
lubang itu memberi kesan.
TEKNIK PERCIKAN

 satu teknik hiasan catan dengan mendetik,


mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus.
 Percik-percik halus warna disembur ke serata
tempat untuk menghasilkan kesan antik.
 Teknik corakan warna dihasilkan dengan
tepukan atau jentikan menggunakan berus
lukisan yang mengandungi warna ke atas
permukaan yang rata.
TEKNIK GURISAN
 Gurisan dilakukan menggunakan sesuatu alat
yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu
bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
 Permukaan kertas disapu dengan krayon
secara berlapis supya bahan krayon yang tebal
berlekat di atas kertas.
 Ia boleh dilakukan dengan alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya
gambar tehasil.
TEKNIK CAPAN
 Mengecap dengan bahan alam atau semula
jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
 Capan berbeza dengan cetakan kerana tidak
perlu disediakan blok cetakan.
 Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada
jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau
bahan alam tersebut.
 Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang
sama dengan jalinan yang ada pada jari.
TEKNIK MOZEK
 mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka
bentuk atau gambar yang dibuat daripada
serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan
tembikar.
 Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan
menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti
kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di
atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak
rata dan menghasilkan pantulan /kilauan.
 Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih,
disusun secara bersebelahan
Corak

Corak tidak terancang

Corak terancang
Corak tidak terancang
 Titisan
 Renjisan
 Ikatan dan celup
 Tiupan
 Pualaman
 Lipatan
 tarikan
 Corak terancang
 Lukisan

 Catan

 Cetakan

 Capan

 Lipatan dan guntingan

 Resis

 Kolaj

 kaligrafi
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai