Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PAMERAN SENI VISUAL TAHUN 6


SK SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI
2017

14 OKTOBER 2017

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK SEKSYEN 7

JEJAK BERSENI
1. Pendahuluan
Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk menghargai karya seni murid-
murid. Ia adalah satu bentuk aktiviti bagi warga sekolah mendekati dan menghayati
karya seni. Seni mungkin sering kali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah.
Hal ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan
adanya pameran sebegini ia menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat
memupuk minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam
kalangan muridmurid. Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid murid dapat
ditingkatkan melalui pelbagai garapan idea penghasilan seni daripada karya yang
dipamerkan. Ia secara langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan
karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat
menonjolkan bakat yang terpendam dalam kalangan murid murid.

2. Rasional

Penganjuran Pameran Seni ini merupakan satu aktiviti murid tahun 6 yang
mempamerkan hasil karya mereka daripada 4 bidang (modul) seni. Mereka juga
mempelajari cara pengurusan sesuatu pameran dan menerangkan setiap langkah
penghasilan sesuatu karya seni. Pengurusan pameran adalah satu daripada aktiviti
yang terdapat dalam DSKP PSV KSSR Tahun 6. Pameran seni ini adalah satu
wadah bagi semua warga SKS 7 khasnya murid murid dalam meningkatkan
kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya - karya yang
dipamerkan adalah dari hasil karya murid-murid dan murid tahun 6 khasnya serta
guru-guru. Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid terhadap Pendidikan
Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid murid juga akan memperoleh idea baru
dalam penghasilan karya seni melalui karya karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia
secara langsung akan dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid
dan juga warga SKS 7 serta dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat
seni yang terpendam dalam kalangan murid.
3. Matlamat

3.1 Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek Pendidikan Seni
Visual.

3.2 Melahirkan generasi yang kritis , kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan
karya seni.

3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid di samping
menambah pengetahuan tentang seni visual.

4. Objektif

4.1 Memupuk keyakinan diri murid tahun 6 dalam menguruskan pameran seni.

4.2 Meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan


Seni Visual melalui karya yang dipamerkan.

4.3 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni
dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran.

4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya
yang dipamerkan.

4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam
melalui pameran yang dijalankan.

4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran
dan hands on yang dilaksanakan.

5. Tarikh Pelaksanaan

14 Oktober 2017 (Sabtu)

6. Tempat

Pondok Bancaan PSS

7. Anjuran

Panitia Pendidikan Seni Visual SKS 7

8. Kumpulan Sasaran

Semua warga SKS 7


9. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pameran Seni.

PENGERUSI

En Mohamad Jafar b Ibrahim


Guru Besar SK Seksyen 7

TIMBALAN PENGERUSI
Pn Nor Saliza bt Mohd Ghazali
GPK 1

NAIB PENGERUSI 1
En Azlan b Abd Kadir
GPK HEM

NAIB PENGERUSI 2
En Yusrizal b Yusoff
GPK KOKURIKULUM

NAIB PENGERUSI 3
Pn Sharifah bt Said
GPK PETANG

KETUA PANITIA PSV


Pn Juliana bt Mhd Yatim

PENYELARAS PAMERAN
Pn Rohana bte Abdullah ( tahun 6)
Pn Siti Nur Zehan (tahun 1)

AHLI JAWATANKUASA KECIL

FOTOGRAFI
Pn Tijani bt Abu Kassim

DOKUMENTASI
Pn Rohana bte Abdullah

BUKU PROGRAM
Pn Wan Rosilawati bt Wan Haron
10. Sumber kewangan

Bil. Peruntukan Jumlah

1 Panitia PSV RM 350.00

11. Belanjawan
Bil Item Kuantiti RM
1 Banner (3x10 kaki) 1 100.00
2 Hadiah Aktiviti
Tempat 1 1 50.00
Tempat 2 1 30.00
Tempat 3 1 20.00

JUMLAH 200.00

12. Tentatif program

TENTATIF PROGRAM
PAMERAN SENI VISUAL TAHUN 6

14 OKTOBER 2017 (SABTU)

7.45 8.45pg : Persediaan tempat pameran


8.15 9.15pg : Majlis perasmian
- Kata-kata aluan pengacara majlis
- Ucapan Guru Besar
9.15 12.00 tgh : Pameran PSV
12.00 12.30 tghr : Mengemas tempat pameran
13. Penutup

Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir SKS 7 menyokong penuh


pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada warga SKS
7 terutamanya muridmurid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini.
Ini juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti di kalangan murid dan warga SKS
7. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi
memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas kerjasama dan perhatian
daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................. .....................................................

( PN. ROHANA BTE ABDULLAH ) ( PN NOR SALIZA BT MOHD GHAZALI)

Penyelaras, GPK KURIKULUM

Pameran Seni Visual, SKS 7 SK Seksyen 7

Disahkan oleh,

....................

(En Mohamad Jafar b Ibrahim)

Guru Besar SK Seksyen 7

Anda mungkin juga menyukai