Anda di halaman 1dari 3

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MPT / 144/ 100 / 35 Jld. ( )


Tarikh


______________________________
______________________________
______________________________
______________________________


YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan

MEMOHON PENAJAAN BAGI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN
GURU DI KAMPUNG TALANG, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kumpulan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan
Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah (DPLI-SR) Rekabentuk dan Teknologi Institusi Pendidikan
Guru Kampus Pendidikan Teknik akan menjalankan program khidmat masyarakat. Butir-butir
pelaksanaan adalah seperti berikut :

Tempat : Kampung Talang, Kuala Pilah , Negeri Sembilan
Tarikh : 7 8 Oktober 2012
Masa : 8.00 pagi (7 Oktober) 2.00 petang (8 Oktober)

3. Program ini merupakan salah satu program untuk mewujudkan hubungan yang baik
antara guru pelatih bersama komuniti setempat serta memberi sumbangan kepada golongan
setempat terutamanya golongan miskin yang memerlukan perhatian.

4. Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri, pihak kami ingin memohon penajaan daripada
YBhg. Datuk / Datin / Tuan / puan bagi menjayakan program tersebut. Bersama-sama ini
disertakan lampiran tawaran pakej sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan tersebut.

5. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Ketua Penajaan Program Khidmat
Masyarakat, Pn Farhatna Binti Ismail @ Zanudin di talian 0126686855. Segala jasa baik dan
keprihatinan pihak YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan amat kami hargai dan diucapkan jutaan
terima kasih.
Sekian

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA

Saya yang menurut perintah


(DR. MAHMUD BIN YAHYA)
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Kuala Lumpur






LAMPIRAN






SUMBANGAN

TAWARAN PAKEJ

RM 500 dan ke atas

Sumbangan beras dan wang ringgit kepada
golongan miskin dan peralatan gotong-royong
(cat, plastik sampah)

RM 300 hingga RM 500

Sumbangan minyak masak dan wang ringgit
kepada golongan miskin dan peralatan gotong-
royong (cat, plastik sampah)

RM 100 hingga RM 300

Sumbangan minyak masak kepada golongan
miskin dan peralatan gotong-royong (cat,
plastik sampah)

Anda mungkin juga menyukai