Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM MINGGU
PENDIDIKAN SENI VISUAL 2012

NAMA PROGRAM : “SAYA BERBAKAT”

Tarikh : 06 Ogos hingga 10 Ogos 2012


Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang

1.0TUJUAN MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk
mengadakan program minggu Pendidikan Seni Visual SK Palong 7 (Felda).

2.0 PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni
Visual Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda). Ia merupakan satu program tahunan
Panitia Pendidikan Seni Visual. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar
Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda) terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang
kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda) supaya minat terhadap mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan, kreatif dan inovatif.

3.0 MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
meyeronokkan

 Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.

 Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

 Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.

 Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.

 Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

 Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.

 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.

 Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau


permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras
dengan hasrat negara iaitu konsep ”1 Malaysia”.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar dan warga pendidik
Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 06 Ogos hingga 10 Ogos 2012
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : Waktu Perhimpunan pagi, waktu Kokurikulum dan waktu
persekolahan
Tempat : Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

7.0 JADUAL PELAKSANAAN

Tarikh Aktiviti Masa Guru


Bertanggungjawab

06 Ogos 2012 Majlis Perasmian 7.35 – 8.05 pg Pn Nasurah bt Mazlan


( Isnin ) Pembukaan

07 Ogos 2012 Pertandingan Melukis 11.30 – 1.00 ptg Pn Khatijah bt Bongkek


(Selasa) Spontan (Tahap 1)
(Terbuka)
En Mohd Zailan
(Tahap 2)
Pertandingan Mewarna
(Tahap 1 dan 2)

08 Ogos 2012 Pertandingan Melukis 12.00 – 1.00 ptg Pn Juraida bt Md Jani


(Rabu) Tahap 1 ( Tahap 1)

Tajuk : Taman Bunga

Pertandingan Melukis Pn Nor Azuna bt Ghani


Tahap 2 ( Tahap 2 )

Tajuk : Pemandangan Di
Dasar Laut

09 Ogos 2012 Pertandingan Mereka 12.00 – 1.00 ptg En Mohd Zailan


(Khamis) Cipta Tahap 1 ( Tahap 1 )
(Individu)

Tahun 1 : Kad Ucapan


Tahun 2 : Kolaj
Tahun 3 : Topeng Muka
Pertandingan
Merekacipta Tahap 2 Pn Nasurah bt Mazlan
(Kumpulan) ( Tahap 2 )

Tahun 4 : Kenderaan
Tahun 5 : Alat Muzik
Tahun 6 : Kasut / Selipar

10 Ogos 2012 7.35 – 8.05 pg Pn Nasurah bt Mazlan


Pameran Hasil Kerja
(Jumaat) Murid Pn Khatijah bt Bongkek

Pameran
Alat/Bahan/Media
Dalam PSV

Majlis Penutup dan


penyampaian hadiah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Peruntukan kewangan : Wajib ( Pendidikan Seni Visual)

Tarikh Aktiviti Perkara Kos (RM)

Percetakan buku
06 Ogos 2012 Majlis Perasmian
( Isnin ) Pembukaan program
Johan RM 30.00 X 1
07 Ogos 2012 Pertandingan Melukis
(Selasa) Spontan Naib Johan RM 25.00 X 1
(Terbuka) Ketiga RM 20.00 X 1
Saguhati tempat 4-10 RM 15.00 X 7

RM 180.00
Pertandingan Mewarna Hadiah Tahap 1 :
(Tahap 1 dan 2) Johan RM 30.00 X 1

Naib Johan RM 25.00 X 1


Ketiga RM 20.00 X 1
Saguhati tempat 4-10 RM 15.00 X 7

RM 180.00
Hadiah Tahap 2 : RM 30.00 X 1
Johan RM 25.00 X 1
Naib Johan RM 20.00 X 1
Ketiga RM 15.00 X 7
Saguhati 4-10
RM 180.00
Hadiah Tahap 1 : RM 30.00 X 1
08 Ogos 2012 Pertandingan Melukis
(Rabu) Tahap 1 Johan RM 25.00 X 1
Naib Johan RM 20.00 X 1
Tajuk : Taman Bunga
Ketiga RM 15.00 X 7
Saguhati tempat 4-10
RM 180.00
Pertandingan Melukis Hadiah Tahap 2 : RM 30.00 X 1
Tahap 2
Johan RM 25.00 X 1
Tajuk : Pemandangan Di Naib Johan RM 20.00 X 1
Dasar Laut
Ketiga RM 15.00 X 7
Saguhati tempat 4-10
RM 180.00

Hadiah Tahap 1 :
09 Ogos 2012 Pertandingan Mereka
(Khamis) Cipta Tahap 1 Johan RM 20.00 X 3
(Individu) Naib Johan RM 15.00 X 3
Tahun 1 : Kad Ucapan Ketiga RM 10.00 X 3
Tahun 2 : Kolaj Saguhati 4-10 RM 8.00 X 21
Tahun 3 : Topeng Muka
RM 303.00
Pertandingan
Merekacipta Tahap 2 Hadiah Tahap 2 :
(Kumpulan) Johan RM 20.00 X 3

Naib Johan RM 15.00 X 3


Tahun 4 : Kenderaan
Tahun 5 : Alat Muzik Ketiga RM 10.00 X 3
Tahun 6 : Kasut / Selipar Saguhati 4-10 RM 8.00 X 21
RM 303.00
10 Ogos 2012 Majlis penutup dan - -
(Jumaat) penyampaian hadiah
Perbelanjaan runcit RM 214.00
Jumlah Keseluruhan RM 1720.00

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT
PN AINY BT AHMAD
GURU PENOLONG KANAN 1

PENGERUSI
PN RAFEAH BT
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENYELARAS
PN NASURAH BT MAZLAN
KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

SETIAUSAHA
PN KHATIJAH BT BONGKEK

BENDAHARI
PN NOR AZUNA BT GHANI

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

10.0 Penutup

Program ini adalah salah satu rancangan bagi Panitia Pendidikan Seni Visual bagi
tahun 2012 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan
dari pelbagai pihak terutama dari guru-guru SK Palong 7 (Felda) dan murid-murid.
Semoga rancangan ini dapat membantu mencungkil bakat dan menarik minat
semua murid dalam mendalami bidang seni.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. …………………………….
( PN JURAIDA BT MD JANI )
( NASURAH BINTI MAZLAN )
Guru Penolong Kanan HEM
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)
Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

Diluluskan oleh,

…………………………….
( PN AINY BT AHMAD )
Guru Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

Anda mungkin juga menyukai