Anda di halaman 1dari 2

SMK TAMAN PELANGI INDAH

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2022/2023


PENDIDIKAN SENI VISUAL | Kertas 2
TINGKATAN 3
2 JAM
NAMA: _______________________________________ KELAS:___________

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan. Jawab satu soalan sahaja.


2. Kertas ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu sebelum
tarikh peperiksaan kertas ini.
3. Kertas soalan hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.

Arahan kepada calon:

A) Tulis dengan terang Nama, Tingkatan, Nombor Soalan dan Markah mengikut
susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah muka hadapan lukisan anda.

NAMA:
TINGKATAN:
5 cm NOMBOR SOALAN:

MARKAH:

8 cm

B) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.


C) Memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan kecuali ruang 5cm x 8 cm.
D) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil
kerja yang telah siap.
E) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan.
F) Anda bebas menggunakan apa jua teknik menggambar kecuali teknik semburan atau
“asemblaj”. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas
berwarna, bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah dan perca kain yang
dibawa sendiri.
G) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D sahaja.

Arahan tambahan:

A) Calon tidak boleh menggunakan kertas lukiran sendiri.


B) Kertas tidak boleh digulung atau dilipat.
C) Jika anda menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan hendaklah dilapik
dengan kertas yang sesuai.
Bahagian B (60 Markah)

Anda dikehendaki melakar dan menghasilkan karya seni dengan mengaplikasikan media
bebas, alatan, teknik dan gaya pilihan sendiri. Markah diberi berdasarkan bentuk yang
tepat, komposisi dan teknik mewarna yang menarik .

Pilih mana-mana soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan:

1. Gambarkan suasana sebuah pulau. Kelihatan beberapa buah rumah disebalik


gunung-ganang yang tinggi dan suasana kampung yang tenang.

2. Sebuah tasik berhampiran rumah anda dipenuhi daun dan bunga teratai. Di
dalamnya kelihatan seekor ikan berenang-renang di sebalik bunga teratai tersebut.
Gambarkan suasana jarak dekat.

3. Hasilkan pemandangan tepi pantai pada waktu senja. kelihatan pokok-pokok kelapa
melambai-lambai ditiup angin dan burung-burung bebas berterbangan di udara.
Gambarkan suasana tersebut.

4. Hasilkan sebuah gambaran lukisan di dasar laut. Terdapat pelbagai hidupan laut
seperti tapak sulaiman, terumbu karang dan lain-lain lagi. Gambarkan suasana
tersebut. Warnakan dengan warna yang harmoni.

5. Di dalam mimpi, anda berada di suatu kawasan taman. Taman tersebut dipenuhi
dengan cendawan-cendawan ganjil dan dihiasi warna-warna harmoni. Gambarkan
suasana taman anda.

6. Sekolah anda telah mengadakan pertandingan poster. Anda sebagai ahli Kelab Seni
wajib menyertai pertandingan tersebut. Hasilkan poster bertemakan “Sayangi Bumi
Kita” mengikut kreativiti anda.

-Kertas Soalan Tamat-

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ……………………………. ……………………………. …………………………….


(SITI AMIRAH ABDU RAHMAN) (SUHANI BT SURATMAN) (MALLIGA A/P SUPPIAH) (LUA BEE YUEH)
Guru Pendidikan Seni Visual Ketua Panitia GKMP Pengetua
Pendidikan Seni Visual Sains Kemasyarakatan SMK Taman Pelangi Indah

Anda mungkin juga menyukai