Anda di halaman 1dari 3

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

KERTAS 2
2023
( GUNAKAN FORMAT SEKOLAH MASING-MASING )

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan


2. Jawab satu soalan sahaja

Arahan kepada Ketua Pengawas.

(a) Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5
berukuran lebih kurang 28 cm x 38 cm akan dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah.
Calon tidak boleh menggunakan kertas sendiri.

(b) Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dikutip. Hasil kerja tersebut
jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan.

(c) Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut hendaklah
dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh di bungkus
keseluruhannya dengan kertas atau plastik.

(d) Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh
menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah,
perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.
2611/2 SULIT
2

Arahan kepada calon

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat,
Angka Giliran, Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah
mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka belakang
kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.

NO. KAD PENGENALAN: ……..


NO. PUSAT: ……………………..
ANGKA GILIRAN: ……………...
5 cm KOD MATA PELAJARAN: …….
NO. SOALAN: …….……………..
MARKAH : ………..……………..

8 cm

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.


(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.
(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna atau
bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang
dibawa sendiri.
(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

2611/2 SULIT
3
Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja

1 Anda terkenangkan memori silam di zaman kanak-kanak , mandi-manda di kawasan kunci air bersama
rakan-rakan. Ada yang sedang mandi, sedang terjun dan ada yang sedang memanjat pokok untuk cuba
terjun dari dahan pokok tersebut . Suasana amat menyeronokkan pada ketika itu.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang .

2 Anda sedang berdiri di dalam sebuah cafe . Di hadapan anda telah sedia terhidang sebiji teko bersama
dua biji cawan berisi tea o panas. Semua hidangan tersebut terletak di atas sebuah dulang.

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan
komposisi.

3 Seekor angsa sedang cuba terbang dari permukaan tasik. Kelihatan angsa itu sedang mengepakkan
sayap dengan kesan kocakan air tasik memenuhi permukaan tasik itu.

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan
dan aksi.

4 Anda sedang berjalan-jalan di pinggir kampung pada awal pagi . Di hadapan anda kelihatan sebuah jeti
kayu yang sangat uzur. Jeti tersebut terletak di muara sebatang sungai .

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk
dan jalinan.

5 Dua ekor dinosaur kelihatan sedang bertarung dengan sangat sengit berebutkan satu kawasan.
Dinosaor tersebut sedang bertarung di satu kawasan tandus.

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk, jalinan
dan aksi .

6 Seorang kanak-kanak berada di dalam sebuah kedai gunting. Rambut kanak-kanak itu sedang
digunting oleh pekerja kedai gunting itu. Kelihatan juga peralatan menggunting rambut berada
di atas meja dalam kedai itu.

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk
Dan jalinan .

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai