Anda di halaman 1dari 3

SULIT

PEPERIKSAAN PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG2009

TINGKATAN 1 2611/2
PENDIDIKAN SENI VISUAL
SENI HALUS
Kertas 2
Mei

3 jam
Tiga jam

1. Kertas ini mengandungi enam soalan.


2. Pilih satu soalan sahaja.
3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon seminggu sebelum tarikh
Peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

( Lihat sebelah )
2611/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM SULIT
SULIT 2 2611/2

Arahan kepada calon

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nama, Tingkatan, Nombor Kad
Pengenalan,Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Markah mengikut
susunan yang ditetapkan
di sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda.

Sila lihat contoh.

NAMA :_____________________________
TINGKATAN :_____________________________
5 cm NO. KAD PENGENALAN :_____________________________
KOD MATA PELAJARAN :_____________________________
NO. SOALAN :_____________________________
MARKAH :_____________________________

8 cm

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli. Anda dilarang membawa masuk
sebarang contoh atau lakaran ke dalam dewan peperiksaan.

(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.

(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.

(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan
asemblaj. Jika teknik kolaj atau teknik campuran digunakan, anda hendaklah
menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit
majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri.

(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

2611/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM SULIT


SULIT 3 2611/2

Pilih satu soalan sahaja.

1. Seorang lelaki sedang memberi makanan kepada binatang-binatang ternakannya


di sebuah kampung.
Lukis situasi ini dari sudut yang menarik dengan memberi penekanan kepada aksi,
bentuk dan ruang.

2. Dua orang pengawal berkepala haiwan sedang berkawal di hadapan sebuah istana
yang diperbuat daripada air batu.
Lukis gaya mereka dan persekitarannya dengan memberi penekanan kepada
ekspresi muka, bentuk dan jalinan.

3. Beberapa ekor ikan sedang bermain-main di celah-celah daun teratai di dalam


sebuah kolam yang jernih.
Lukiskan suasana yang mengasyikkan ini dari jarak dekat dengan memberi
penekanan kepada bentuk, jalinan dan pergerakan.

4. Buku-buku rujukan, alat tulis dan secawan kopi panas terdapat di atas sebuah
meja belajar dalam sebuah bilik.
Lukis gambaran ini dari jarak dekat dengan penekanan kepada bentuk, jalinan dan
ruang.

5. Sebuah kereta berhias yang dipenuhi dengan bunga-bungaan mengadakan


pertunjukan dalam satu perayaan. Seorang gadis di atas kereta berhias tersebut
melambaikan tangannya kepada penonton.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan,
ruang dan pergerakan.

6. Sebatang anak sungai mengalir tenang melalui sebuah lembah yang dipenuhi
pokok bunga-bungaan dengan latar belakang bukit bukau.
Lukis suasana yang indah ini dengan penekanan kepada bentuk, jalinan dan
ruang.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai