Anda di halaman 1dari 9

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN 2

BAHAGIAN A :
( 20 markah )

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D . Pilih satu jawapan yang
terbaik bagi tiap-tiap soalan .

1 Apakah kepentingan memahami Seni Ragam Hias masyarakat tempatan ?

A Mengetahui kos pembuatan alata


B Mengkaji kelebihan dan kekurangan warisan
C Membandingkan dengan warisan negara luar
D Menghargai nilai estetik dan budaya masyarakat

2 Gambar di bawah merupakan alatan keperluan di rumah .

Apakah nama alatan tersebut ?

A Acuan putu bambu


B Acuan putu piring
C Acuan putu kacang
D Acuan kueh bahulu

3 Gambar di bawah menunjukkan peralatan domestik masyarakat tempatan.

Apakah nama dan fungsi alatan tersebut ?

A Kerusi – alat permainan


B Kerusi – tempat alas duduk
C Kukuran – mengukur isi kelapa
D Kukuran – membuang sabut kelapa

4 Antara berikut, alat permainan manakah tidak memerlukan Seni Ragam Hias ?

A Wau
B Gasing
C Congkak
D Batu Seremban

1
5 Gambar di bawah merupakan bahagian yang terdapat pada perahu tradisional .

Apakah nama bagi komponen tersebut ?

A Okok
B Badan
C Caping
D Bangau

6 Apakah fungsi lukisan bagi peringkat awal perkembangan kanak-kanak ?

A Luahan idea dan emosi


B Komposisi dan perspektif
C Grafik reka bentuk produk
D Dokumentasi budaya dan sejarah

7 Ilustrasi di bawah menunjukkan sebuah karya Seni Lukisan .

Mengapakah ia dikatakan lengkap dan menarik .

A Subjek yang dipilih menarik


B Kesan sapuan berus yang baik
C Media yang digunakan berkualiti
D Mempunyai kesan ton dan bayang

8 Ilustrasi di bawah merupakan satu watak lukisan kartun yang terkenal .

Siapakah pelukis kartun tersebut ?

A Datuk Lat
B Saidin Yahya
C Dzulkifli Buyong
D Mohamed Hoessein Enas

2
9 Pilih teknik lukisan yang sesuai jika menggunakan media pensil .

A Lorekan,gosokan dan tekapan


B Titikan, lorekan dan semburan
C Garisan, tekapan dan semburan
D Lorekan, gosokan dan contengan

10 Ilustrasi di bawah ialah karya Seni Lukisan .

Apakah teknik lukisan tersebut ?

A Teknik kontur
B Teknik lorekan
C Teknik campuran
D Teknik contengan

11 Berikan definisi yang paling tepat tentang catan .

A Proses menggambar menggunakan media kering


B Proses menggambar menggunakan media basah
C Aktiviti menggambar pada permukaan yang rata
D Cara meluah perasaan secara nyata atau abstrak

12 Apakah tema yang menjadi pilihan bagi Seni Catan bagi era 1930-an ?

I Figura dan fauna


II Budaya tempatan
III Pemandangan semula jadi
IV Aktiviti kehidupan seharian

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Negeri manakah yang menjadi perintis kepada Seni Catan moden Malaysia .

A Melaka
B Selangor
C Pulau Pinang
D Kuala Lumpur

3
14 Gambarajah di bawah menunjukkan karya catan air .

Siapakah pelukis catan tersebut ?

A Khaw Sia
B Abdullah Ariff
C Zakariah Noor
D Tay Hooi Keat

Bumi Bahagia-Lombong Bijih Timah Malaya (1960)

15 Maklumat di bawah tentang teknik catan air .

 Sapuan warna pekat pada permukaan kertas yang kering


 Menghasilkan kesan legap

Apakah teknik tersebut ?

A Teknik basah atas basah


B Teknik basah atas kering
C Teknik kering atas kering
D Teknik kering atas basah

16 Bagaimanakah karya cetakan dihasilkan ?

A Proses mewarna pada satu permukaan


B Menerap blok atau plat pada satu permukaan
C Membuat turisan pada sekeping plat yang keras
D Terapan lilin bewarna pada sekeping plat yang keras

17 Berdasarkan perkembangan Seni Cetakan di Malaysia,apakah kaedah cetakan yang paling awal ?

A Stensil
B Foto emulsi
C Gurisan asid
D Potongan kayu

4
18 Gambarajah di bawah menunjukkan satu karya Seni Cetakan.

Namakan pelukis cetak dan kaedah yang


digunakan .

A Lee Joo For – potongan lino


B Lee Joo For – potongan kayu
C Tay Hooi Keat – potongan lino
D Tay Hooi Keat – potongan kayu

19 Apakah teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan Seni Cetakan menggunakan kaedah timbulan ?

I Gurisan kayu
II Potongan lino
III Gurisan asid
IV Foto emulsi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20 Gambarajah di bawah menunjukkan kaedah menghasilkan karya Seni Cetakan .

Apakah kaedah cetakan tersebut ?

A Kaedah benaman
B Kaedah timbulan
C Kaedah permukaan
D Kaedah Sutera Saring

21 Gambar di bawah menunjukkan sebuah logo .

Apakah syarikat yang paling sesuai menggunakan logo tersebut ?

A Syarikat perkapalan
B Syarikat sewaan bot
C Syarikat peralatan memancing
D Chalet penginapan tepi pantai

5
22 Maklumat di bawah menerangkan tentang Seni Reka Grafik .

 Reka bentuk grafik yang diringkaskan


 Berdasarkan imej manusia, haiwan dan alam benda

Apakah bidang Seni Reka Grafik tersebut ?

A Logo
B Simbol
C Papan tanda
D Pembungkusan
23 Apakah tujuan utama simbol dicipta ?

A Infomasi di kawasan tumpuan ramai


B Rupa ringkas mengandungi banyak makna
C Memberi maklumat dalam bentuk rupa ringkas
D Lambang atau tanda bagi pertubuhan atau syarikat

24 Pilih seramik yang betul mengikut negeri yang menghasilkannya .

A Labu Sayong - Selangor


B Jambangan – Pulau Pinang
C Tembikar Terenang - Johor
D Tembikar Mambong - Kelantan

25 Apakah yang menjadi keutamaan dalam menghasilkan reka bentu kerusi pejabat seperti
di bawah ?

A Kesatuan
B Keindahan
C Ekonomik
D Ergonomik

26 Apakah kemahiran yang perlu ada dalam menghasilkan seni ragam hias bagi peralatan domestik seperti
rehal dan jebak puyuh ?

A Kemahiran menggubah dan anyaman


B Kemahiran anyaman dan memilih motif
C Kemahiran pertukangan dan sulaman
D Kemahiran pertukangan dan ukiran kayu

27 Berikan definisi Lukisan yang paling tepat ?

A Aktiviti mengolah ilustrasi


6
B Aktiviti menghasilkan karya mudah
C Teknik menggambar dengan media kering
D Teknik menggambar dengan warna yang minimum

28 Berikan definisi Lukisan yang paling tepat ?

A Aktiviti mengolah ilustrasi


B Aktiviti menghasilkan karya mudah
C Teknik menggambar dengan media kering
D Teknik menggambar dengan warna yang minimum

29 Maklumat di bawah menerangkan tentang satu proses cetakan .

 Menggunakan plat logam yang dituris


 Dakwat cetak diletakkan pada alur turisan

Apakah kaedah cetakan tersebut ?

A Timbulan
B Benaman
C Permukaan
D Saring sutera

30 Ilustrasi di bawah menunjukkan sebuah Kamera Pinhole .


Dimanakah kedudukan lubang jarum ?

D
C

7
BAHAGIAN B : ( 20 markah )
Arahan : Jawab semua soalan

1 .Pilih jawapan yang betul dari pilihan jawapan yang diberi . ( 10 markah )

a. Seni ragam hias berfungsi untuk menarik perhatian dan nilai _____________ ( estetik / visual )

b. Seni Ragam Hias juga dikenali sebagai _____________ .( ornament/ ragaman)

c. Kolek dan______________( sekoci / sekaki ) adalah nama lain bagi perahu .

d. Bangau ialah ukiran kayu yang terletak pada _______________ ( hadapan / belakang ) perahu .

e. Kebiasaannya motif flora dan _______________ ( awan larat / awan larik ) menghiasi wau .

f. Seni ragam hias pada gasing terdapat pada bahagian _____________ ( leher / bahu ) gasing.

g. Rehal merupakan papan _____________ ( bertindan / bersilang ) bagi meletakkan al-Quran .

h. Alat tradisional untuk mengikis isi kelapa dikenali sebagai ______________ ( kukuran / pengikis )

i. Seni Ragam Hias acuan putu terletak pada ______________ ( dasar / dinding ) acuan .

j. Hasni bin Ali merupakan tukang yang mahir dalam penghasilan ______________( jebak puyuh / perahu)

2 Lengkapkan maklumat di bawah berdasarkan info yang di beri di bawah ini. ( 4 markah )

Basah atas basah Basah atas kering Kering atas kering Kering atas basah

a. Warna yang basah di sapu atas permukaan kering .

Teknik _________________________

b. Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah.

Teknik _________________________

c. Warna dari tiup terus disapu pada permukaan kertas yang kering .

Teknik _________________________

8
d. Warna dari tiup terus disapu pada permukaan kertas yang basah .

Teknik ________________________

3. Tuliskan pada ruangan yang diberi sama ada betul ( / ) atau salah ( X ) . ( 6 markah )

a. Kelebihan seni cetakan ialah ia boleh di perbanyakkan (edisi) . ( )

b. Seni Cetakan di Malaysia bermula dengan cetakan litografi . ( )

c. Stensil merupakan salah satu kaedah cetakan timbulan . ( )

d. Ismail Zain antara pelopor dalam seni cetakan digital . ( )

e. Juhari Said antara pelukis seni cetak yang berjaya di Malaysia . ( )

f. Cetakan asli merujuk kepada pengkarya menyediakan sendiri plat cetakan . ( )

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai