Anda di halaman 1dari 10

UJIAN AKHIR TAHUN

Masa: 1 jam 30 minit

Bahagian A

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C, dan D. Pilih satu

jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan seni ragam hias?


A. Hiasan pada pakaian tradisi melayu.
B. Hiasan dalam seni kraf atau karya seni.
C. Hiasan yang direka oleh seseorang yang ternama
D. Hiasan yang mempunyai motif flora sahaja.

2. Mengapakah generasi kini perlu mengetahui seni ragam hias?


A. Supaya mereka dapat menghargai nilai estetik yang terdapat dalam seni kraf
tersebut.
B. Supaya mereka dapat membezakan corak yang terdapat pada pakaian tradisional.
C. Supaya mereka dapat menjual warisan yang mempunyai seni ragam hias tersebut
kepada bangsa lain.
D. Supaya dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

3. Biasanya seni ragam hias pada wau menggunakan motif?


A. Fauna
B. Fauna dan awan larat
C. Flora dan awan larat
D. Awan larat

4. Apakah fungsi seni ragam hias pada beca atau kereta lembu?
A. Untuk keselamatan penumpang.
B. Untuk menunjukkan kemahiran
C. Untuk nilai estetik dan menarik perhatian.
D. Untuk menunjukkan identiti bangsa.
5. Apakah tujuan manusia awal menghasilkan lukisan pada dinding gua?
A. Untuk mengisi masa lapang
B. Untuk menunjukkan kemahiran dan bakat yang ada
C. Untuk memuja roh-roh jahat
D. Untuk menyampaikan pesan atau catatan-catatan peristiwa.

6. Mengapakah seni lukis penting?


A. Kerana melalui lukisan akan membuatkan seseorang berasa gembira dan tenang.
B. Kerana lukisan menggambarkan tahap kekayaan dan kedudukan seseorang.
C. Kerana lukisan merupakan salah satu seni yang dapat menghasilkan keuntungan
kepada pelukis.
D. Kerana lukisan merupakan pengetahuan awal untuk meluahkan perasaan atau
menyerlahkan pemikiran dan idea.

7. Manakah antara media berikut sesuai untuk menghasilkan seni lukisan?


I. Cat
II. Pensel
III. Krayon
IV. Akrilik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Siapakah yang membawa aliran realisme , iaitu aliran yang baharu dalam melukis figura
manusia?
A.  Mohamed Hoessien Enas
B. Khaw Sia
C. Abdullah Ariff
D. Yong Mun Seng

9. Kebanyakan pelukis awal cat air lebih kepada aliran __________________.


A. Realism
B. Impresionisme
C. Kubisme
D. Ekspresionisme
10. Apakah media yang digunakan untuk menghasilkan seni catan?
A. Pensel
B. Arang
C. Satira
D. Cat minyak

11. Apakah tujuan seseorang itu menghasilkan karya catan?


A. Mewakili gambaran pemikiran seseorang sama ada secara nyata atau abstrak
B. Menunjukkan bahawa karya catan lebih penting berbanding lukisan.
C. Menggambarkan perasaan sedih atau marah seseorang dalam menghasilkan karya
catan.
D. Menterjemahkan perasaan atau pemikiran seseorang dalam bentuk karya tiga
dimensi.

12. Siapakah contoh pelukis terawal Malaysia?


A. Zulkifli Yusoff
B. Yong Mun Sen
C. Bayu Utomo Radjikin
D. Hassan Ghazali

13. Apakah kelebihan seni cetakan berbanding dengan karya seni halus yang lain?
A. Menggunakan kertas atau kain
B. Boleh dicetak banyak dipanggil edisi
C. Menggunakan blok
D. Proses menerap

14. Berdasarkan ciri-ciri karya di atas, apakah teknik yang digunakan?


A. Kolaj
B. Gurisan asid
C. Potongan kayu
D. Potongan lino
15. Apakah fungsi sekuji?
A. Alat untuk mengukir plat
B. Untuk mencairkan dakwat cetak
C. Menyapu dakwat atau warna
D. Meregangkan pemidang

16. Landskap ini menggambarkan suatu tempat legenda Greek purba yang terkenal dengan
keindahannya.
A. Eradia
B. Arcadia
C. Meridian
D. Mediterranean

17. Apakah yang dimaksudkan dengan landskap kejur?


A. Objek hidup
B. Tidak bergerak
C. Elemen keras atau objek bukan hidup
D. Elemen lembut atau objek hidup

18. Berikan peranan estetik dalam landskap.


A. Sumber pendapatan kepada pereka landskap.
B. Menyejukkan iklim.
C. Sumber ilham kepada pengkarya.
D. Mengelakkan kebosanan.

19. Manakah antara berikut peninggalan landskap oleh penjajah Inggeris yang masih wujud
hingga kini?
A. Taman Botani, Putrajaya
B. Taman Botani, Shah Alam
C. Taman Tasik Taiping, Perak
D. Taman Tasik Kenyir, Terengganu

20. Manakah antara berikut adalah aspek-aspek penting dalam Reka Bentuk Hiasan
Dalaman?
I Ruang
II Keluasan
III Jenis perabot
IV Pencahayaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

21. . Manakah antara yang berikut persamaan antara fungsi prinsip kontra dengan
penegasan?
A. Untuk memberi fokus
B. Untuk mengelakkan kebosanan
C. Untuk menimbulkan ketenangan
D. Untuk memperlihatkan keindahan.

22. Pada abad ke-18 dan 19, seni apakah yang telah mengetengahkan era eklektisisme?
A. Gothic dan Renaissance
B. Mesir purba, klasik dan tradisional
C. Baroque, Art Deco dan Art Nouveau
D. Moden, kontemporari dan pascamoden

23. Apakah yang ditekankan dalam konsep tradisional Reka Bentuk Hiasan Dalaman?
A. Jenis perabot
B. Mementingkan fabrik
C. Warna alam dan bersifat natural.
D. Mengutamakan warna oren dan putih.

24. Prinsip kesatuan dalam Reka Bentuk Industri menimbulkan kesan .


A. sepadu
B. tumpuan
C. perspektif
D. idea berbeza

25. Reka Bentuk Industri yang baik akan .


A. meningkatkan bahan dan kos
B. mengurangkan harga dan kreativiti
C. meningkatkan produktiviti dan kos
D. mengurangkan kos dan menjimatkan ruang
26. Manakah antara berikut adalah kelebihan ergonomik?
I Meningkatkan keselamatan
II Meningkatkan keselesaan
III Meningkatkan tekanan
IV Meningkatkan kos
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Hasil Reka Bentuk Industri yang dicipta berdasarkan bentuk mengikut fungsi lebih
mengutamakan .
I nilai estetik
II reka bentuk luaran
III fungsi dan keperluan
IV fungsi yang optimum
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

28. Teknik sulaman bullion merupakan salah satu jenis .


A. sulaman mesin
B. sulaman tangan
C. sulaman kerawang
D. sulaman campuran

29. Seni sulaman kerawang menggunakan _____________.


A. Kain berpetak
B. Pelbagai jenis manik
C. mesin
D. Benang sulam

30. Apakah kegunaan pencucuk jarum (needle threader) ?


A. Jarum sulam
B. Penebuk kain
C. Memasukkan benang
D. Mencipta moti
31. Aktiviti seni sulaman boleh dihasilkan dengan baik pada .
A. permukaan kain yang kasar
B. permukaan kain yang lembut
C. permukaan kain yang beralun
D. permukaan kain yang rata dan tegang

32. Apakah fungsi prinsip pengulangan pada produk seni seramik?


A. Lebih stabil
B. Lebih berirama
C. Menimbulkan kesatuan
D. Menghasilkan penegasan

33. Apakah langkah awal sebelum memulakan proses pembuatan seni seramik?
A. Menyapu gerlis
B. Membuat hiasan
C. Membuat pembakaran
D. Menyediakan tanah liat

34. Manakah antara berikut, merupakan teknik yang paling sesuai untuk membuat mangkuk
potpuri?
A. Teknik picit
B. Teknik kepingan
C. Teknik lingkaran
D. Teknik lempar alin

35. Manakah yang berikut merupakan ciri simbol?


A. Menyampaikan mesej melalui gambar
B. Berdasarkan gabungan rupa bentuk dan huruf.
C. Menggunakan rupa mudah sesuatu objek.
D. Boleh mengandungi tulisan dan gambar.
36. Apakah sumber ilham yang menjadi idea utama bagi simbol yang digunakan dalam logo
SHELL?

A. Tangan
B. Batu permata
C. Kerang
D. Kipas

37. Mengapakah simbol dan logo penting?


A. Untuk menyampaikan makna dan mesej tertentu.
B. Lambang kebanggaan sesebuah agensi
C. Untuk menyatakan kemewahan
D. Untuk melambangkan identity sesebuah Negara

38. Apakah maksud perkataan fotografi dalam bahasa Greek?


A. Cahaya dan imej
B. Cahaya dan suhu
C. Cahaya dan lubang
D. Cahaya dan melukis

39. Apakah fungsi kamera pinhole?


A. Melihat cahaya
B. Menjelaskan imej
C. Merakam imej pegun
D. Merakam pergerakan cahaya

40. Imej yang dipantulkan oleh kamera pinhole adalah ____________.


A. lebih jelas jika lubang lebih besar.
B. songsang
C. tidak perlukan cahaya
D. lebih baik berbanding kamera digital.
Bahagian B

Arahan : Jawab semua soalan

1. Nyatakan media yang sesuai. [6 markah]

Media seni catan


2. Suaikan padanan yang betul [5 markah]

Teknik basah atas basah Sapuan bancuhan warna cair ke atas


permukaan kertas yang kering. Teknik
ini akan menghasilkan kesan legap.
Sapuan teknik ini senang dikawal.

Teknik basah atas kering

Sapuan warna pekat ke atas


permukaan kertas yang telah
dibasahkan. Teknik ini sukar dikawal.

Teknik kering atas kering

Sapuan bancuhan warna cair ke atas


permukaan kertas yang basah. Teknik
ini menghasilkan kesan lut sinar dan
paling sukar dikawal sapuannya.
Teknik kering atas basah

Sapuan warna pekat ke atas


permukaan kertas yang kering. Teknik
ini akan memberikan kesan legap.

Anda mungkin juga menyukai