Anda di halaman 1dari 4

ULASAN WEBINER: PENCEN: ANDAINYA AKU PERGI DULU

Pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain yang diperuntukkan di bawah undang-undang pencen bukanlah
merupakan hak mutlak seseorang anggota. Seseorang anggota hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
dalam undang-undang pencen untuk melayakkannya menerima faedah persaraan.

Skim Pencen di Malaysia juga memanjangkan faedah persaraan kepada tanggungan anggota berpencen yang
meninggal dunia sama ada semasa masih dalam perkhidmatan Kerajaan ataupun selepas bersara. Faedah ini dikenali
sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan

OBJEKTIF PEMBERIAN PENCEN


 Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah
dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah;
 Berbentuk suatu ikatan ke atas anggota-anggota agar mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan;
 Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan;
 Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota-anggota yang telah meninggal dunia sama
ada semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan atau selepas mereka bersara; dan
 Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada anggota-anggota yang dikehendaki bersara
atau meninggal dunia akibat mengalami kecederaan atau menghidap penyakit kerana terdedah kepada
bahaya-bahaya tertentu ketika menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.

Tanggungan gemulah layak dipertimbangkan Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan. Orang
yang layak menerima faedah-faedah tersebut ialah:

Pencen Terbitan
Balu/Duda/Anak
Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota mati yang mana
perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana
undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
Anak pula ertinya anak anggota yang di bawah umur 21 tahun dan masih belum berkahwin
termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak tak sah taraf, anak angkat dan anak cacat.

Ganjaran Terbitan
(i) Balu/duda/anak;
(ii) Ibu gemulah dan jika ibunya telah mati, kepada bapa tanggungannya;
(iii) Jika tiada orang yang berkelayakan, akan dibayar kepada wakil diri yang sah di sisi undang-
undang.
(iv) Bagi anggota bujang yang meninggal dunia, hanya Ganjaran Terbitan yang akan dibayar
kepada ibu/bapa atau wakil diri yang sah di sisi undang-undang.
Sekiranya anggota meninggal dunia, waris hendaklah memaklumkan Ketua Jabatan gemulah
dengan segera. Waris dipohon untuk memberikan kerjasama dengan menyediakan dan
mengemukakan dokumen-dokumen berikut kepada Jabatan gemulah:

CARA PENGIRAAN PENCEN:

(i) Ganjaran Terbitan merupakan bayaran sekaligus yang diberikan kepada balu atau
duda, anak dan ibu atau bapa tanggungan gemulah mengikut formula berikut:-

7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir
diterima

Pembahagian Syer

Balu/duda/anak 9/10 (kadar penuh jika tiada ibu/bapa)

Ibu/Bapa 1/10 (kadar penuh jika tiada balu/duda/anak)

 
(ii) Pencen Terbitan merupakan suatu bayaran bulanan kepada balu atau duda dan anak
sahaja yang dihitung mengikut formula berikut:-

1/600 x tempoh perkhidmatan yang x gaji hakiki bulanan yang boleh dimasukira akhir
diterima, tertakluk kepada maksimum setengah daripada gaji akhir

Pembahagian Syer

Balu/Duda - 2 bahagian/syer
Anak - 1 bahagian/syer

PEMBAYARAN PENCEN UNTUK ANAK DI IPT

 anak yang masih menuntut di IPT di dalam atau di luar negara dikehendaki menyempurnakan borang Borang JPA.BP.SPT.B03a -
Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

 Borang ini perlu dikembalikan kepada Bahagian Pencen, JPA untuk tindakan selanjutnya.

 Institusi Pengajian Tinggi meliputi kolej-kolej swasta yang menyediakan pendidikan di peringkat Ijazah
Pertama atau kelayakan yang setaraf dengannya.

 Anak gemulah tersebut adalah dibenarkan mengikuti kursus Diploma, Diploma Lanjutan dan kursus yang
membawa kepada Ijazah Pertama atau kelayakan yang setaraf dengannya.

 Kursus pengajian hendaklah diikuti sepenuh masa.


 Anak disyaratkan untuk menghabiskan kursusnya dengan jayanya dalam tempoh pengajian yang munasabah,
sebagaimana ditetapkan oleh IPT berkenaan.

Sekiranya anak gemulah tersebut gagal untuk menamatkan kursus pengajiannya dan ia dibenarkan

melanjutkan tempoh pengajiannya selama tidak kurang dari 2 tahun, sebagaimana dikeluarkan oleh IPT
berkenaan, maka Pencen Terbitan hendaklah diteruskan meliputi tempoh lanjutan tersebut.
PEMBAYARAN PENCEN UNTUK ANAK CACAT

Tafsiran Anak Cacat

Seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara
kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.

Prosedur

1. Waris hendaklah mengemukakan permohonan dengan menyatakan jenis kecacatan anak tersebut.

2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri berkenaan diminta membuat siasatan.

3. Waris hendaklah membawa anak tersebut kepada Pakar Perubatan Kerajaan bagi penyakit berkenaan untuk
dilengkapkan Laporan Pemeriksaan Pakar Perubatan.

4. Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

 1 salinan Surat Beranak anak tersebut dan salinan Kad Pengenalan bagi anak yang berumur lebih 18 tahun.
 
 Sekeping gambar foto anak yang menunjukkan anggota sepenuhnya (full length photograph).
 
 1 salinan Kad Pengenalan waris atau penjaga (jika anak tersebut tidak dipelihara oleh ibu/bapa kandung atau
ibu/bapa kandung telah meninggal dunia).
 
 Melengkapkan Surat Akuan Pengesahan Penjaga yang boleh diperoleh di Bahagian Pencen, JPA. Borang ini
hanya perlu diisi oleh penjaga yang bukan terdiri dari ibu atau bapa kandung sahaja.
 

 
Senarai Bank Yang Menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank
SKIM A DAN SKIM B 
1. Bank Muamalat (M) Berhad
2. Malayan Banking Berhad (Maybank)
3. Bank Simpanan Nasional
4. Affin Bank Berhad
5. CIMB Bank Berhad
6. Bank Islam Malaysia Berhad
7. Public Bank Berhad
8. Alliance Bank Berhad
9. RHB Bank Berhad
10. HSBC Bank Malaysia Berhad
11. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
12. Hong Leong Bank Berhad
13. Agro Bank Berhad

Catatan :

1. Hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan


2. Penggunaan akaun CIMB Islamic untuk pembayaran di bawah Skim B adalah tidak dibenarkan

Disediakan oleh:

…………………………

(Zuariana Bt Yahya)

Anda mungkin juga menyukai