Anda di halaman 1dari 10

Bahagian A : Kertas soalan berikut mengandungi 30 soalan aneka pilihan.

Setiap soalan berikut


diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling
sesuai.

1. Berdasarkan rajah di atas, namakan jenis rupa tersebut.

A Rupa positif
B Rupa organik
C Rupa negatif
D Rupa geometri
III

IV

II

2. Karya di atas dipersembahkan dalam pelbagai prinsip rekaan. Bahagian yang manakah
menunjukkan prinsip kontra?

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

1
3. Antara corak baju di bawah, yang manakah menampakkan pemakainya kelihatan besar dan
lebar?

A B C D

4. Aktiviti menghasilkan karya melibatkan kerja menyusun dan menampal bahan kutipan seperti
kertas, tali, dan perca dinamakan

A arca
B tekat
C kolaj
D tenunan

5. Garisan mendatar memberikan kesan perasaan

A ketenangan
B kesangsian
C kekukuhan
D keberanian

6. Olahan garisan dapat menimbulkan

A ton, bentuk, warna, pergerakan


B jalinan, ruang, bentuk, warna
C jalinan, ton, bentuk, pergerakan
D ton, jalinan, warna, pergerakan

7. Garisan merupakan cantuman satu siri

A warna
B percikan
C renjisan
D titik

2
8. Dalam catan cat air, teknik yang manakah sesuai digunakan dalam menghasilkan kesan kabur
dan berkabus?

A Kering atas basah


B Basah atas basah
C Basah atas kering
D Kering atas kering

9. Prinsip paling ketara yang terdapat pada kraf gasing ialah

A harmoni
B kesatuan
C imbangan
D kepelbagaian

10. Ilustrasi dalam rajah di atas dihasilkan bagi menunjukkan kesan kontra. Antara berikut, unsur
asas manakah yang dikontrakan?

A Rupa
B Warna
C Bentuk
D Garisan

11. Antara berikut, yang manakah dikaitkan dengan prinsip penegasan?

I Sekuntum bunga raya di atas sehelai kain putih


II Seekor kucing dalam sekumpulan anak ayam
III Setangkai buah rambutan di dalam pinggan
IV Sawah padi yang menguning

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D II dan I

3
12. Penegasan pada rajah di bawah terdapat pada imej

A botol yang terpelanting


B botol yang masih tegak
C bayangan botol
D bola boling

13. Antara media berikut, yang manakah paling kerap digunakan dalam kerja menghasilkan
lakaran?

A Pensel
B Pastel
C Cat air
D Dakwat

14. Medium di bawah boleh menghasilkan karya

A lukisan
B cetakan
C ukiran
D catan

4
15. Bongkah kayu dalam rajah di bawah sering digunakan dalam kerja menghasilkan arca. Antara
berikut, jenis arca manakah yang dihasilkan menggunakan bongkah kayu tersebut?

A Arca estetik
B Arca binaan
C Arca luakan
D Arca timbulan

16. Sesuatu reka corak yang menarik biasanya mempunyai prinsip

A irama
B kesatuan
C imbangan
D pergerakan

17. Mengapakah tayar basikal mempunyai jalinan?

A Supaya ia kelihatan cantik


B Untuk memastikan ia bergerak pantas
C Untuk mendapatkan cengkaman
D Supaya tayar dapat berpusing

18. Prinsip imbangan penting dalam sesuatu karya seni tembikar kerana

A mudah untuk menghasilkannya


B hasilan akan tahan lebih lama
C nilai estetika kraf lebih tinggi
D hasilan kukuh dan stabil

5
19. Antara rajah di bawah, yang manakah rupa baharu yang dihasilkan melalui teknik tindanan?

A B C D

20. Baju cekak musang juga dikenali dengan nama

A baju Johor
B baju kurung
C baju Kedah
D baju Melayu

21. Apakah yang anda tahu tentang warna utama?

A Warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain


B Warna yang dihasilkan dengan campuran warna biru, kuning dan merah
C Warna yang dihasilkan dengan campuran warna asas
D Warna yang dihasilkan dengan campuran warna

22. Cara berikut boleh menghasilkan kesan garisan, kecuali

A Menyulam di permukaan kain


B Menggaris di permukaan papan
C Renjisan warna ke permukaan kertas
D Mengoyak dan menampal di sesuatu permukaan

23. ________ adalah jenis jalinan tampak.

A Tayar motor
B Bulu ayam
C Kulit pokok
D Poster

6
24. Antara yang berikut, yang manakah tidak dapat menghasilkan bentuk konkrit?

A Arca
B Ukiran
C Binaan
D Cetakan

25. Bentuk buah epal pada gambar rajah di atas dapat ditimbulkan melalui unsur seni

A jalnan
B garisan
C warna
D ton

26. Antara berikut, yang manakah alatan yang digunakan dalam kerja catan?

I II III IV

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV

7
27. Kesan cap jari di bawah merupakan salah satu jalinan melalui teknik

A sentuh
B capan
C gosok
D lukis

28. Sesetengah haiwan atau serangga memanfaatkan warna kulitnya sama dengan warna tempat ia
hinggap. Ini menunjukkan salah satu fungsi warna adalah untuk tujuan

A kecantikan
B perlindungan
C keselesaan
D menarik perhatian

29. Apakah ciri utama warna asas?

A Tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna


B Mudah dilihat dan warnanya sangat terang
C Warnanya dapat menarik perhatian manusia dan haiwan
D Sering digunakan dalam kerja-kerja mewarna

8
30. Rajah di bawah merujuk kepada sudut pandangan sebuah

A bilik tidur
B bilik bacaan
C bilik pejabat
D perpustakaan

Tuliskan jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Bil. Jawapan Bil. Jawapan


1. 16.
2. 17.
3. 28.
4. 29.
5. 20.
6. 21.
7. 22.
8. 23.
9. 24.
10. 25.
11. 26.
12. 27.
13. 28.
14. 29.
15. 30.

9
10

Anda mungkin juga menyukai