Anda di halaman 1dari 11

SMK SULTAN ISMAIL, JB

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN 3 2021

PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/1


SEPTEMBER

60 minit Satu jam

PENDIDIKAN SENI VISUAL


KERTAS 1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan kepada calon :

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B .
2. Bahagian A mempunyai 30 soalan dan Bahagian B satu soalan menggambar.
3. Jawab semua soalan.
4. Jawab dengan mengisikan jawapan yang betul pada kertas jawapan.
5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tuliskan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

saheeda

( NORSAHEEDAWATI SABRI ) ( PN. BADARIAH BINTI NAZAR) (EN HASHIM BIN BAHRIN)
KETUA PANITIA PENDIDIKAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
KEMANUSIAAN PK PENTADBIRAN
SENI VISUAL
SMK SULTAN ISMAIL SMK SULTAN ISMAIL
SMK SULTAN ISMAIL

1
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN 3

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D . Pilih satu jawapan yang
terbaik bagi tiap-tiap soalan .

1 Antara berikut, pilih perhiasan diri masyarakat melayu (wanita) yang dipakai pada bahagian dada.

I Dokoh
II Gendik
III Pending
IV Kalung papan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Gambar di bawah menunjukkan perhiasan diri bagi bagi wanita melayu .

Di manakah perhiasan tersebut di pakai ?

A Bahagian dahi
B Bahagian bahu
C Cuping telinga
D Bahagian pinggang

3 Antara berikut, pilih penutup kepala yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian tradisional
lelaki cina Samfu.

A B C D

4 Apakah aliran yang mempengaruhi perkembangan seni lukis tempatan pada era 1960 an ?

I Klasisme
II Ekspresionisme
III Abstrak Ekspresionisme
IV Post Impresionisme

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2
5 Jika kita menghasilkan karya seni kontemporari dengan menggabungkan karya seni lukis dengan
tampalan bahan-bahan 3 dimensi, karya tersebut dikenali sebagai ______________ .

A Teknik hibrid
B Media baharu
C Media campuran
D Teknik lukisan digital

6 Maklumat di bawah merupakan peralatan yang diperlukan bagi satu karya lukisan .

Alat dan Bahan :


Komputer, mesin pencetak dan
perisian Adobe Photoshop
Apakah jenis karya lukisan yang akan terhasil ?

A Lukisan hibrid
B Lukisan digital
C Lukisan moden
D Lukisan media baru

7 Gambar di bawah menunjukkan sebuah karya Seni Catan .

Apakah teknik yang digunakan dalam catan tersebut ?

A Glazing
B Impasto
C Hard-Edge
D Pointillisme

8 Maklumat di bawah tentang satu aliran seni catan .

• Aliran seni lukis moden Barat tahun 60-an hingga 70-an


• Menggunakan unsur iklan dan komersial

Apakah aliran seni catan tersebut ?

A Pop Art
B Realisme
C Surealisme
D Impresionisme

3
9 Senarai di bawah merupakan media dan alatan bagi satu jenis seni catan .

Apakah jenis catan tersebut ?

A Akrilik
B Cat air
C Tempera
D Cat minyak

10 Definisi seni arca dalam bahasa latin disebut sculpere yang membawa maksud ______________.

A Teknik binaan bahan keras


B Teknik mengukir dan melarik
C proses meyambung bahan 3 dimensi
D Proses mengukir, memotong dan menggores

11 gMbar rajah di bawah menunjukkan satu karya seni arca .

Siapakah tokoh yang menghasilkan karya tersebut ?

A Rosli Zakaria
B Raja Shahriman
C Mad Anuar Ismail
D Ramlan Abdullah

12 Gambar di bawah menunjukkan sebuah arca estetik .

Mengapa ia dikenali sebagai arca estetik

A Hanya dipamerkan di galeri seni


B Boleh diguna untuk fungsi tertentu
C Rekaan yang indah dengan pelbagai fungsi
D Diperagaan untuk tujuan keindahan sahaja

4
13 Kerjaya yang melibatkan merancang, mereka bentuk dan menguruskan landskap dikenali
sebagai __________ .

A Penghias taman
B Pereka Landskap
C Kodinator Landskap
D Juru Teknik Landskap

14 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu arca taman .

Apakah fungsi arca tersebut ?

A Penumpuan
B Keringkasan
C Keseimbngan
D Kepelbagaian

15 Gambar di bawah menunjukkan konsep reka bentuk landskap .

Namakan reka bentuk konsep tersebut ?

A Landskap Bali
B Landskap Jepun
C Landskap Inggeris
D Landskap Taman Melayu

16 Jika anda ingin menghasilkan Reka Bentuk Hiasan Dalaman, apakah maklumat awal yang
diperlukan ?

A Menghasilkan pelan tapak


B Menentukan fungsi dan tema
C Menghasikan pelan perspektif
D Menentukan warna yang sesuai

5
17 Gambar di bawah menunjukkan sebuah ruang dalaman sebuah perpustakaan .

Apakah prinsip rekaan yang diberi keutamaan ?

A Irama
B Kontra
C Perincian
D Imbangan

18 Maklumat di bawah tentang prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman.

Semua elemen dalam ruang berfungsi


bersama dan saling melengkapi

Apakah prinsip hiasan dalaman tersebut ?

A Skala
B Kontra
C Kesatuan
D Imbangan

19 Gambar rajah di bawah menunjukkan pelbagai bahan terbuang .

Pilih bentuk arca yang paling sesuai


menggunakan bahan tersebut .

A Mobail
B Stabail
C Timbulan
D Asemblaj

20 Pilih antara berikut tokoh yang banyak membuat kajian tentang tekstil dan busana tradisi melayu.

I Azaz Aziz
II Fatimah Hashim
III Aishah Abdul Ghani
IV Siti Zainon Ismail

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6
21 Maklumat di bawah tentang istilah satu teknik dalam seni lukis .
Penerokaan kepada media, alatan
dan teknik baru dalam seni lukis

Maklumat tersebut merujuk kepada ____________ .

A Seni Moden
B Teknik Futuristik
C Seni Kontemporari
D Teknik Konvensional

22 Gambar di bawah menunjukkan sebuah poster filem.

Apakah teknik yang digunakan bagi


menghasilkan poster tersebut ?

A Teknik Kolaj
B Teknik digital
C Teknik Hibrid
D Teknik Campuran

23 Gambar di bawah menunjukkan sebuah institusi seni visual .

Apakah peranan utama institusi tersebut ?

A Institusi pendidikan seni visual


B Pusat aktiviti persatuan seni visual
C Pusat pameran dan penjualan karya
D Penghimpun warisan seni tampak negara

24 Pilih pernyataan yang sesuai dengan ciri-ciri aliran Kubisme dalam Seni Catan .

A Gambaran alam sebenar


B Bentuk geometri bersatah
C Meneroka minda separa sedar
D Mengutamakan kesan atmosfera

25 Nyatakan kaedah untuk menghasilkan arca dalam kuantiti yang banyak .

A Kaedah Acuan
B Kaedah Binaan
C Kaedah Luakan
D Kaedah Manipulasi

7
26 Maklumat di bawah menerangkan tentang pakaian tradisional

Menggunakan kain ela panjang dan memerlukan


kemahiran melilit untuk memakainya

Apakah pakaian tradisional tersebut ?

A Sari
B Jippa
C Thundu
D Ketapu

27 Susun semula langkah-langkah mereka bentuk taman mengikut urutan yang betul .

I Melakar gambarajah buih


II Menghasilkan pelan dengan skala
III Mengenal pasti simbol landskap
IV Menentukan tema dan konsep

A I , II , IV , III
B III, IV, I , II
C II , I , III, IV
D IV, III, I , II

28 Gambar rajah di bawah menunjukkan salah satu alat untuk menghasilkan lukisan pelan berskala.

Namakan alat tersebut ?

A Sesiku T
B Keluk Perancis
C Sesiku segi tiga
D Pembaris skala

29 Bagaimanakah untuk menghasilkan keselesaan pada ruang dalaman yang sempit ?

I Elemen kontra pada syiling


II Corak geometri pada dinding
III Penggunaan warna-warna cerah
IV Perabot yang ringkas dan minima

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8
30 Ilustrasi di bawah menunjukkan lukisan perspektif ruang dalaman.

Apakah jenis lukisan perspektif tersebut ?

A Perspektif tiga titik lenyap


B Perspektif dua titik lenyap
C Perspektif satu titik lenyap
D Perspektif ruang dalaman

9
BAHAGIAN A (Objektif ) :

NAMA : …………………………………………………………………
TINGKATAN : ……………………………………………………….

1. 11. 21.

2. 12. 22.

3. 13. 23.

4. 14. 24.

5. 15. 25.

6. 16. 26.

7. 17. 27.

8. 18. 28.

9. 19. 29.

10. 20. 30

10
BAHAGIAN B : ( 20 markah )

Arahan : Jawab soalan di bawah menggunakan buku lakaran.

Soalan : Anda diberi satu contoh lakaran sayur-sayuran . Berdasarkan contoh yang diberi, lakar dan
lukis semula karya tersebut . Anda dibenarkan mengubahsuai kedudukan objek mengikut kreativiti
sendiri . Markah diberi berdasarkan bentuk yang tepat, teknik pelukisan, kesan ton dan bayang.

( HANTAR LUKISAN YANG TELAH SIAP DALAM GOOGLE CLASSROOM)

11

Anda mungkin juga menyukai