Anda di halaman 1dari 8

UJIAN SELARAS 1

TINGKATAN 1
(Dari tajuk 1 – tajuk 5 Buku Teks PSV )

BAHAGIAN A : ( 20 markah )

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D . Pilih satu jawapan yang terbaik
bagi tiap-tiap soalan .

1 Maklumat di bawah menerangkan tentang istilah dalam bidang dalam seni visual .

“Penghargaan, pengiktirafan serta penghayatan


nilai sesuatu karya dan tokoh seni ”

Apakah istilah yang dimaksudkan ?

A Definisi Seni Visual


B Aplikasi Seni Visual
C Apresiasi Seni Visual
D Pedagogi Seni Visual

2 Gambar rajah di bawah menunjukkan tokoh dalam bidang seni halus .

Apakah bidang seni halus yang beliau ceburi ?

A Arca
B Catan
C Cetakan
D Reka bentuk

3 Jika anda meminati bidang animasi, siapakah sepatutnya tokoh yang menjadi rujukan ?

A Jimmy Choo
B Zulkifli Haron
C Haji Hashim Hassan
D Hassan Abdul Muthalib

4 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu intitusi kraf di Malaysia .

Apakah peranan institusi tersebut ?

A Intitusi pendidikan seni karaf


B Badan yang menyediakan alatan kraf
C Memelihara dan melindungi kraf negara
D Badan meluluskan peraturan tentang kraf
5 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu kraf tradisional .

Tokoh manakah yang mempunyai kemahiran


menghasilkan kraf tersebut ?

A Norhaiza Nordin
B Yusoff Haji Abdullah
C Zamari @ Zamri Pandak
D Haji abdul Rahman bin Long

6 Gambar rajah di bawah menunjukkan sebuah olahan garisan .

Apakah pernyataan yang paling sesuai bagi gambar tersebut ?

A Garisan menghasilkan ton


B Garisan menghasilkan rupa
C Garisan menghasilkan ruang
D Garisan menghasilkan bentuk

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan jalinan pada baju batik lelaki .

Apakah fungsi jalinan pada baju tersebut ?

A Kecantikan
B Keselamatan
C Perlindungan
D Penyamaran

8 Garisan-garisan selari yang dilukis semakin rapat akan menghasilkan kesan _____________.

A Ton
B Rupa
C Bentuk
D bayang
9 Apakah unsur seni yang paling ketara dari karya seni lukisan di bawah ?

A Rupa
B Warna
C Ruang
D Bentuk

10 Maklumat di bawah menerangkan tentang definisi salah satu unsur seni .

Sifat permukaan sesuatu objek yang boleh


dikesan melalui deria penglihatan dan sentuhan

Apakah unsur seni tersebut ?

A Rupa
B Bentuk
C Ruang
D Jalinan

11 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu olahan rupa .

Apakah olahan rupa yang terhasil ?

A Organik positif
B Geometri positif
C Organik positif dan negatif
D Geometri positif dan negatif

12 Pilih antara berikut bahan dan media manakah yang boleh menghasilkan bentuk konkrit ?

I Arkrilik
II Tempera
III Tanah liat
IV Plaster Paris

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
13 Ilustrasi di bawah menunjukkan satu corak ringkas .

Bagaimanakah ia dihasilkan ?

A Cantuman rupa asas


B Cantuman rupa simbol
C Cantuman rupa organik
D Cantuman rupa geometri

14 Antara berikut, yang manakah mempunyai bentuk konkrit?

A Arca
B Catan
C Lukisan
D Cetakan

15 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu hamparan kotak .

Jika ia dicantumkan, apakah bentuk yang terhasil ?

A Kon
B Kiub
C Kuboid
D Silinder

16 Bagaimanakah untuk mewujudkan bentuk dari ilustrasi rupa di bawah ?

A Memasukkan corak
B Menambah nilai garisan
C Warnakan dengan pensil warna
D Lorekkan pensil dengan kesan ton
17 Gambar rajah di bawah menunjukkan teknik menghasilkan jalinan .

Apakah teknik tersebut ?

A Teknik kolaj
B Teknik capan
C Teknik tiupan
D Teknik pualaman

18 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu fungsi jalinan.

Apakah fungsi jalinan tersebut ?

A Hiasan
B Cengkaman
C Perlindungan
D Penyamaran

19 Pilih pasangan yang betul .

Objek Jalinan
A Corak baju Jalinan sentuh
B Tayar kereta Jalinan tampak
C Kulit tembikai Jalinan tampak
D Batik canting Jalinan sentuh

20 Gambar di bawah merupakan lukisan perspektif .

Apakah unsur seni yang ketara pada gambar tersebut ?

A Bentuk dan ruang


B Bentuk dan jalinan
C Garisan dan rupa
D Ruang dan rupa
BAHAGIAN B : ( 30 markah )

Arahan : Jawab semua soalan

1. Di bawah merupakah tokoh-tokoh seni halus . Isi tempat kosong di bawah dengan bidang seni halus yang
mereka ceburi sama ada Seni Lukisan, Seni Catan , Seni Arca atau Seni Cetakan . ( 5 markah )

NAMA TOKOH SENI HALUS BIDANG SENI HALUS

Juhari Said

Anthony Lau

Dzulkifli Buyong

Ibrahim Hussein

Chuah Thean Teng

2. Suaikan nama tokoh seni visual Malaysia dengan bidang yang mereka ceburi .( 5 markah )

Hasan Abdul Muthalib Reka Bentuk Fesyen


(kasut)

Haji Hashim Hassan Reka Bentuk Teknologi Kreatif

Jimmy Choo Animasi

Zulkifli Haron Seni Reka Grafik

Lim Kok Wing Reka Bentuk Teknologi


3. Senaraikan 2 Seni Kraf Tradisional dan 3 Seni Kraf Moden pada ruangan di bawah. ( 5 markah )

SENI KRAF TRADISIONAL SENI KRAF MODEN

1. 1.

2. 2.

3.

4. Di bawah ini disenaraikan tokoh-tokoh Seni Kraf Tradisional . Suaikan nama tokoh-tokoh kraf dengan
bidang yang mereka ceburi berdasarkan maklumat di bawah . ( 5 markah )

Anyaman Ukiran Kayu Kraf Tembikar Kraf Batik Tenunan

NAMA TOKOH BIDANG SENI KRAF

Aminah Haji Amat

Haji Abdul Rahman Long

Zamari @ zamri Pandak

Yusoff Haji Abdullah

Hajah Habibah Zikri

5. Tuliskan pada ruangan yang diberi sama ada betul ( / ) atau salah ( X )
( 10 markah )

a. Sejarah seni visual di Malaysia bermula pada tahun 1920-an. ( )


b. Antara tokoh pelukis pada tahun 1930-an ialah Anthony Lau . ( )
c. Reka Bentuk Grafik merupakan salah satu bidang seni halus. ( )
d. Institut Teknologi Mara merupakan institusi terawal yang menawarkan bidang seni reka. ( )
e. Catan Kontemporari merupakan salah satu bidang seni reka . ( )
f. Jimmy Choo pernah mendapat pendidikan di London College of Fashion . ( )
g. Antara filem animasi pendek karya Hassan Abdul Muthalib ialah ‘Nasib Si Kancil’. ( )
h. Kraf Manik merupakan salah satu Seni Kraf Tradisional . ( )
i. Aminah Haji Amat pernah mendapat anugerah Adiguru Kraf Anyaman Rombong . ( )
j. Institusi Kraf Negara berfungsi sebagai pusat pemasaran barangan kraf . ( )
SKEMA JAWAPAN UJIAN SELARAS 1
TINGKATAN 1

BAHAGIAN A (Objektif ) :
1 C 11 C
2 B 12 D
3 D 13 C
4 C 14 A
5 C 15 C
6 C 16 D
7 A 17 C
8 A 18 B
9 C 19 C
10 D 20 A

BAHAGIAN B
Soalan 1 :
NAMA TOKOH SENI HALUS BIDANG SENI HALUS
Juhari Said Seni Cetakan
Anthony Lau Seni Arca
Dzulkifli Buyong Seni Lukisan
Ibrahim Hussein Seni Catan
Chuah Thean Teng Seni Catan

Soalan 2 : ( jawapan di atas )


Soalan 3 :
Kraf tradisional : Batik, tembikar, ukiran kayu, tenunan, anyamandan tekatan
Kraf Moden : seni kertas, kraf sabun, kraf manik, kraf lilin dan kraf tali dan mana-mana yang sesuai )

Soalan 4 :
NAMA TOKOH BIDANG SENI KRAF
Aminah Haji Amat Anyaman
Haji Abdul Rahman Long Ukiran Kayu
Zamari @ zamri Pandak Kraf Tembikar
Yusoff Haji Abdullah Kraf Batik
Hajah Habibah Zikri Tenunan

Soalan 5 :
a. Sejarah seni visual di Malaysia bermula pada tahun 1920-an. ( / )
b. Antara tokoh pelukis pada tahun 1930-an ialah Anthony Lau . ( X )
c. Reka Bentuk Grafik merupakan salah satu bidang seni halus. ( X )
d. Institut Teknologi Mara merupakan institusi terawal yang menawarkan bidang seni reka. ( / )
e. Catan Kontemporari merupakan salah satu bidang seni reka . ( X )
f. Jimmy Choo pernah mendapat pendidikan di London College of Fashion . ( / )
g. Antara filem animasi pendek karya Hassan Abdul Muthalib ialah ‘Nasib Si Kancil’. ( X )
h. Kraf Manik merupakan salah satu Seni Kraf Tradisional . ( X )
i. Aminah Haji Amat pernah mendapat anugerah Adiguru Kraf Anyaman Rombong . ( / )
j. Institusi Kraf Negara berfungsi sebagai pusat pemasaran barangan kraf . ( X )

Anda mungkin juga menyukai